The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI RAFIDAH, 2021-02-09 03:28:03

PAMERAN BERTEMA CNY

PAMERAN BERTEMA CNY

LITERASI MAKLUMAT 01:

PERAYAAN
TAHUN BARU CINA

ANJURAN :
PUSAT SUMBER SEKOLAH,

SK KERDAU





MAKANAN WAJIB DIHIDANG:

Ikan

• Ikan ataupun (鱼 Yú /yoo/) merupakan antara makanan
yang wajib ada di atas meja makan semasa makan malam
keluarga sebelum Tahun Baru Cina menjelang.

• Hal ini demikian kerana sebutan ‘ikan’ dalam Mandarin
mempunyai sebutan yang sama dengan perkataan
Mandarin yang merujuk pada maksud ‘lebihan’. Oleh itu,
masyarakat Cina percaya bahawa jika mereka makan ikan,
khususnya spesies ikan tertentu pada malam sebelum
sambutan Tahun Baru Cina, mereka akan ada simpanan
(lebihan) pada penghujung tahun agar mereka dapat lebih
banyak lagi pada tahun seterusnya.

Ladu Cina

• Ladu merupakan makanan yang cukup sebati dalam sajian
masyarakat Cina sejak lebih 1800 tahun dahulu. Ladu
merupakan sajian tradisional yang sering kali dikaitkan
dengan jamuan makan malam Tahun Baru Cina,
khususnya di Utara China.

• Ladu Cina merupakan sebahagian daripada sajian wajib
Tahun Baru Cina kerana ladu merupakan simbol kekayaan.
Hal ini demikian kerana bentuk ladu adalah sama seperti
wang emas Cina yang berbentuk seperti bot kecil.

• Menurut kepercayaan, lebih banyak ladu yang dimakan
semasa sambutan Tahun Baru Cina, lebih banyak wang
yang anda akan jana sepanjang tahun.

Popia

• Popia ataupun Chūnjuǎn (春卷), pada mulanya, disediakan
untuk dinikmati semasa Pesta Musim Bunga. Popia merupakan
hidangan yang cukup popular di wilayah di Timur China
seperti di Jiangxi, Jiangsu, Shanghai, Fujian, Guangzhou,
Shenzhen dan Hong Kong.

• Popia merupakan gulungan berbentuk silinder yang diisi inti
sayur, daging atau sesuaty yang manis. Inti ini digulung dengan
kulit pastri yang akan digoreng hingga menjadi warna perang
keemasan.

• Bagi individu berketurunan Kantonis, popia merupakan
sebahagian daripada hidangan dim sum. Pada Tahun Baru Cina,
popia merupakan hidangan yang menandakan kekayaan. Hal
ini demikian kerana popia kelihatan seperti jongkong emas.

Pulut (Nian Gao)

• Kek Pulut atau Nian Gao merupakan satu sajian tradisional
wajib setiap kali sambutan Tahun Baru Cina menjelang.

• Bagi masyarakat Cina, Nian Gao ialah homonim yang merujuk
pada frasa ‘semakin tinggi tahun demi tahun’. Hidangan Nian
Gao semasa jamuan makan malam adalah cukup penting bagi
golongan peniaga kerana hidangan ini menandakan
peningkatan dan pengembangan perniagaan mereka ataupun
terdapat peningkatan dalam kehidupan mereka.

• Nian Gao lazimnya manis dan disediakan menggunakan bahan-
bahan seperti pulut beras, gula, buah berangan, kurma cina
dan daun bunga teratai.

Bebola Pulut Manis

• Bebola pulut manis atau Tāngyuán (汤圆) lazimnya
dihidangkan semasa sambutan Pesta Tanglung tetapi di selatan
China, bebola pulut manis dimakan semasa Tahun Baru Cina.

• Sebutan dan bentuk bebola pulut ini seringkali dikaitkan
dengan hubungan kekeluargaan yang erat dan kesatuan. Oleh
sebab itulah hidangan ini merupakan hidangan wajib semasa
jamuan makan malam.

Mihun Panjang

• Mi Panjang ataupun Chángshòu Miàn
(长寿面) merupakan hidangan yang
dikaitkan dengan umur panjang. Mi
yang panjang dan tidak dipotong
menandakan kepanjangan usia
individu yang diberikan mi tersebut.

• Hidangan mi panjang ini lazimnya,
disediakan dengan menggoreng atau
dimakan dengan sup.

Buah Bertuah

• Buah Oren dan Limau

• Makan atau mempamerkan buah oren dan limau dilihat sebagai tanda tuah
dan kekayaan kerana sebutan dan ejaan buah-buahan tersebut dalam
bahasa Mandarin iaitu chéng (橙) yang mempunyai bunyi yang sama seperti
sebutan perkataan ‘kejayaan’ (成).



• Limau Gedang

• Makan buah limau gedang pula melambangkan kebahagiaan berterusan.
Lebih banyak anda makan, lebih banyak kekayaan yang akan dijana. Hal ini
demikian kerana ejaan limau gedang, yòu (柚) adalah sama seperti yǒu (有
), yang membawa maksud ‘memiliki’ sementara sebutannya adalah
seperti yòu (又) yang membawa maksud ‘sekali lagi’.

SEKIAN, TERIMA KASIH..


Click to View FlipBook Version