The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUNAWARRAH BINTI HAMIZAN
PENGAJIAN MELAYU 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUNAWARRAH HAMIZAN, 2024-03-14 12:08:27

TUGASAN 2 BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

MUNAWARRAH BINTI HAMIZAN
PENGAJIAN MELAYU 1

MORFOLOGI BAHASA MELAYU MUNAWARRAH BINTI HAMIZAN TUGASAN 2: BMMB3203 PENGAJIAN MELAYU 1


ISI KANDUNGAN Pembentukan perkataan baharu dalam bahasa Melayu Isu kesalahan kata dari sudut morfologi dalam media cetak atau media elektronik


PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU BAHASA MELAYU


PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU Perkataan baharu biasanya muncul atau dicipta dalam sesuatu bahasa dengan tujuan mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat pengguna bahasa. Apabila masyarakat berkembang, maka banyaklah konsep, benda, proses, keadaan atau kejadian baharu yang memerlukan perkataan baharu untuk melengkapnya. Terdapat dua situasi yang menyebabkan pembentukan perkataan baharu dalam bahasa Melayu seperti:- Media massa, penulisan kreatif dan sebagainya Berkaitan dengan penggunaan kegiatan kehidupan seharian Untuk mengungkapkan istilahistilah, konsep, benda, keadaan, dan kejadian yang baharu khususnya dalam bidang ilmu. PENGGUNAAN POPULAR PERANCANGAN BAHASA RASMI


KONSONAN VOKAL 18 KONSONAN ENAM VOKAL BUNYI ASLI BAHASA MELAYU Bahasa Melayu mempunyai 24 bunyi iaitu:


18 konsonan asli dalam bahasa Melayu dapat dikelaskan mengikut cara serta daerah penyebutan, berdasarkan jadual di bawah: KONSONAN ASLI


KONSONAN PENGELASAN p, t, k, m, n, ng, s, h, r, dan i boleh hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan b, d, g, c, dan j berada di akhir perkataan pinjaman seperti perkataan beg dan kolej. ny, w, dan y tidak terdapat pada akhir perkataan 10 konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Terdapat konsonan yang hanya berada pada akhir perkataan pinjaman. Terdapat juga huruf konsonan yang tidak terletak dimana-mana akhir perkataan. KONSONAN ASLI


Contoh taburan huruf konsonan asli bahasa Melayu adalah seperti yang diberikan dalam jadual berikut:


Enam vokal asli bahasa Melayu terdiri daripada tiga vokal depan, satu vokal tengah dan dua vokal belakang. VOKAL


KEDUDUKAN / vokal AWAL PERKATAAN TENGAH PERKATAAN (terbuka/tertutup) AKHIR PERKATAAN i ikan bilah/pisau kari e ekor besok/besan - a ayam basah/batuk kereta e empat ketam/belah - u usap gusar/bulat saku o otak bola/kolam - VOKAL Dalam sistem ejaan baharu bahasa Melayu, bunyi daripada vokal ‘e’ dapat dipisahkan kepada dua iaitu bunyi ‘e’ pada leka dan bunyi ‘e’ pada empat. ‘e’ pada leka ialah e-taling iaitu vokal depan separuh sempit. ‘e’ pada empat ialah e-pepet yang dikenali sebagai vokal tengah separuh luas.


BUNYI BAHASA PINJAMAN Sebagai suatu bahasa asli yang tergolong ke dalam salah satu bahasa yang pesat berkembang di dunia, bahasa Melayu tidak terkecuali daripada menghadapi arus perubahan, pembinaan dan pengembangan. Akibat pertembungannya dengan bahasa-bahasa lain, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris, maka bahasa Melayu telah mengalami proses peminjaman bunyi bahasa daripada bahasa-bahasa tersebut. Bunyi bahasa ini dipinjam untuk menampung kemasukan sekian banyak bentuk kata pinjaman untuk memperkaya khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu.


KEDUDUKAN DIFTONG AWAL PERKATAAN TENGAH PERKATAAN AKHIR PERKATAAN f formal sifir wakaf v variasi universiti - th (s) thabit mithali bahath dz (z) /dh (d) dzat dhuha nidzam hadhir - haidh z zaman azan Aziz BUNYI BAHASA PINJAMAN


KEDUDUKAN DIFTONG AWAL PERKATAAN TENGAH PERKATAAN AKHIR PERKATAAN sh (sy) sharat masharakat skuash kh Khamis akhir tarikh gh ghaib baghal baligh q (k) qariah aqiqah fariq BUNYI BAHASA PINJAMAN


KONSONAN PINJAMAN Bahasa Melayu mengalami proses peminjaman bunyi bahasa daripada pelbagai bahasa. Rajah di sebelah menunjukan bunyi-bunyi pinjaman dalam bahasa Melayu.


Dengan bertambahnya bidang ilmu yang baharu, sistem imbuhan asing telah dipinjam untuk menampung kemasukan bentuk-bentuk kata pinjaman, terutama dihubungkan dengan keperluan peristilahan. Oleh itu, berlakunya proses penambahan bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu, iaitu dengan cara meminjam unsur-unsur imbuhan asing, sama ada imbuhan asing tersebut diterima sepenuhnya atau diubah suai mengikut sistem tatabahasa bahasa Melayu. Unsur-unsur imbuhan asing terbahagi kepada 3 kumpulan seperti:- Imbuhan daripada Sanskrit. Imbuhan daripada Arab-Parsi Imbuhan daripada Yunani-Latin-Inggeris PEMBENTUKAN KATA


IMBUHAN DARIPADA SANSKRIT Awalan maha- , tata- , pra-, swa-, tuna-, eka-, dwi-, pri-, panca-, pasca Akhiran -wan, -man, -wati, -nita IMBUHAN AWALAN PENGERTIAN CONTOH mahapaling atau tahap yang besar mahasiswa tata- susunan atau peraturan tatacara prasebelum atau syarat tertentu prasejarah swa- sendiri swafoto


IMBUHAN AWALAN PENGERTIAN CONTOH tuna- tiada atau tidak mempunyai tunakarya eka- satu ekabahasa dwi- dua dwifungsi tri- tiga tribulan panca- lima pancaindera pasca- sesudah pascamerdeka


IMBUHAN AKHIRAN PENGERTIAN CONTOH -wan kategori lelaki [kata dasar yang berakhir dengan huruf a `] hartawan -man kategori lelaki [kata dasar yang berakhir dengan huruf i] seniman -wati kategori perempuan [padanan kepada akhiran -wan dan -man] angkasawati -nita kategori wanita [padanan kepada akhiran -wan dan -man] karyawanita


IMBUHAN DARIPADA ARAB-PARSI IMBUHAN AWALAN PENGERTIAN CONTOH bi- bermaksud tidak biadap


IMBUHAN AKHIRAN PENGGUNAAN CONTOH -wi huruf vokal pada akhir kata dasar duaniwi -i huruf konsonan pada akhir kata dasar azali -lah membentuk kata adjektif yang membawa makna atau ciri yang terkandung dalam kata dasar lahiriah -in menunjukkan kata nama bagi lelaki hadirin -at menunjukkan kata nama bagi perempuan hadirat -ah menunjukkan kata nama bagi perempuan qariah


IMBUHAN DARIPADA YUNANILATININGGERIS IMBUHAN AWALAN PENGERTIAN CONTOH promenunjukkan tanda bersetuju, memihak atau menyebelahi sesuatu pihak proaktif antimenunjukkan tanda melawan, membantah, menentang atau tidak bersetuju dengan sesuatu pihak antisosial poli- membawa maksud banyak politeknik auto- membawa maksud secara bersendirian automatik sub- membawa maksud sebahagian daripada keselurahan subtopik supra- membawa maksud melebihi, mengatasi atau merentas suprakategori


IMBUHAN DARIPADA YUNANI- LATIN- INGGERIS IMBUHAN AKHIRAN CONTOH -isme nasionalisme -ik linguistik -si klarifikasi -ai klinikal -is praktis


Isu kesalahan kata daripada media cetak atau media elektronik


MEDIA CETAK Media cetak merupakan satu cara penyampaian informasi dengan cara pencetakan kertas.


1. KESALAHAN PADA PAPAN TANDA KESALAHAN PEMBETULAN HURAIAN Goreng pisang Goreng Keledek Pisang Goreng Keledek Goreng Kesalahan hukum DM “Pisang goreng” ialah pisang yang telah digoreng, iaitu sejenis makanan dan tergolong dalam kategori kata nama. Frasa “goreng pisang” dalam gambar tersebut tidak menepati Hukum DM. Menurut buku Tatabahasa Dewan, Hukum DM ialah singkatan bagi (D) diterangkan dan (M) menerangkan. Hukum DM digunakan untuk memastikan frasa nama digunakan dengan betul. Seharusnya bentuk yang betul ialah “pisang goreng” kerana merujuk kata nama pisang sedangkan kata “goreng” merujuk kata kerja.


2. KESALAHAN PADA KERATAN AKHBAR KESALAHAN PEMBETULAN HURAIAN Ula Lumpur Kuala Lumpur Kesalahan ejaan Kuala Lumpur sebagai ibu kota Malaysia sepetatutnya dieja dengan betul kerana penulisan nama tempat yang betul dan tepat juga dapat meningkatkan kejelasan dan kemudahan dalam membaca berita, terutama bagi pembaca yang kurang mendedahkan dengan daerah atau tempat yang dimaksudkan, Hal ini juga dapat membantu pembaca untuk lebih memaham. konteks dan informasi yang disampaikan dalam berita.


3. KESALAHAN PADA PAPAN TANDA KESALAHAN PEMBETULAN HURAIAN Merbahaya Berbahaya Kesalahan imbuhan Imbuhan ‘mer’ tidak wujud dalam bahasa Melayu dan perlu digantikan dengan imbuhan ‘ber’. Papan tanda tersebut ini menyampaikan bahawa ada selekoh yang berbahaya di hadapan.


4. KESALAHAN PADA POSTER KESALAHAN PEMBETULAN HURAIAN Ramadhan Ramadan Kesalahan ejaan pada kata serapan bahasa Arab iaitu ‘ramadhan’ Menurut Kamus Dewan (2015), perkataan yang betul adalah ‘ramadan’ yang membawa maksud bulan ke sembilan dalam tahun Hijrah iaitu bulan puasa. Disebabkan faktor peminjaman tulen yang merupakan peminjaman yang dilakukan secara penuh kata-kata daripada sesuatu bahasa asing, menyebabkan masyarakat menganggap perkataan tersebut betul kerana ejaannya memiliki sebutan yang sama seperti bahasa Arab.


MEDIA ELEKTRONIK Media sosial merupakan sejenis media yang digunakan secara dalam talian yang membolehkan para pengguna berkongi, mencipta, berhubung dengan lebih pantas tanpa batasan.


1. MEDIA ELEKTRONIK: FACEBOOK KESALAHAN PEMBETULAN HURAIAN Mee Mi Kesalahan ejaan Mi merupakan bahan makanan yang rupanya seperti laksa tetapi biasanya berwarna kuning. (Kamus Dewan Bahasa 2015)


KESALAHAN PEMBETULAN HURAIAN x lmbt kat ye tak lambat dekat ya Kerancuan ayat dan singkatan perkataan. Dalam perbualan itu, terdapat beberapa fenomena kesalahan ejaan dan penggunaan kata singkatan. menggunakan kata singkatan di dalam perbualan sehariannya seperti penggunaan ayat ‘x’ , ‘lmbt’ , ‘kat’ dan ‘ye’. 2. MEDIA ELEKTRONIK: WHATSAPPS


3. MEDIA ELEKTRONIK: TWITTER KESALAHAN PEMBETULAN HURAIAN Peguambela Peguam bela Kesalahan penggunaan kata majmuk Kata majmuk yang tidak termasuk dalam 15 perktaan kata majmuk mantap mestilah dieja sebagai satu perkataan Oleh itu, ejaan peguam dan bela harus dijarakkan kerana tidak tergolong dalam golongan kata majmuk mantap.


KESALAHAN PEMBETULAN riya ringgit mu kamu panda pandai kecek bercakap Gambar rajah tersebut telah menunjukkan berlaku kerancuan bahasa di dalam aplikasi Instagram di mana berlaku fenomena penggunaan bahasa dialek yang ketara di dalam media sosial. Negara kita dipenuhi dengan pelbagai dialek seperti dialek Kelantan, Terengganu, Kedah, Sabah dan sebagainya. Pengguna tersebut telah menggunakan beberapa bahasa dialek Kelantan iaitu 'kecek' merujuk kepada 'bercakap' , 'mu' merujuk kepada 'kamu' , 'panda' merujuk kepada 'pandai’ dan sebagainya. Penggunaan bahasa dialek ini telah memberi kesan kepada penulisan di dalam media sosial. Malah, fenomena ini juga akan menimbulkan isu makna yang berbeza jika dibaca pengguna yang bukan berasal dari Kelantan. Kebanyakkan pengguna dialek tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu yang betul. Hal ini kerana, mereka sudah terbiasa dengan persekitarannya yang menggunakan bahasa dialek mereka sendiri. KESALAHAN PENGGUNAAN DIALEK


Berdasarkan contoh berikut, kesalahan bahasa yang dapat dilihat dengan jelas ialah percampuran kod. Percampuran kod ini merujuk kepada kesalahan dalam mencampuradukkan bahasa dengan bahasa yang lain. Percampuran kod dapat dilihat dalam contoh berikut ialah percampuran Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Hal ini mewujudkan kekeliruan pembaca dari segi penyampaian penulis sama ada ingin menyampaikannya melalui bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Contoh: (1) Nak kulit glowing and bright? (2) Aim to fight acne and kurangkan oil kat muka? KESALAHAN PERCAMPURAN KOD


Di dalam majlis rasmi, adalah penting untuk menggunakan bahasa Melayu baku dengan betul agar komunikasi berjalan lancar dan memberikan kesan yang profesional. Contohnya, kesalahan penggunaan bahasa Melayu baku yang sering berlaku adalah apabila seseorang menggunakan kata-kata yang tidak tepat seperti 'aku' atau 'kau' sebagai ganti kata 'saya' atau 'anda'. Contohnya, dalam sebuah persembahan, seorang penceramah tidak sepatutnya berkata, "Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir hari ini, " tetapi sepatutnya berkata, "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir hari ini." Dengan menggunakan bahasa Melayu baku yang sesuai, maklumat dapaat disampaikan dengan lebih jelas dan memberikan kesan yang lebih profesional dalam majlis rasmi tersebut. BAHASA MELAYU BAKU


Penggunaan perkataan "online" merupakan cedokan daripada bahasa Inggeris. Sepatutnya penggunaan kata yang betul adalah ‘dalam talian’. KESALAHAN PENGGUNAAN PINJAMAN KATA ASING Penggunaan perkataan "scammer" yang bermaksud individu yang melakukan aktiviti penipuan untuk mendapatkan keuntungan. Sepatutnya perkataan yang sesuai digunakan menurut Dewan Bahasa dan Pustaka ialah penipu. Perkataan "viral" merupakan bahasa Inggeris yang membawa maksud tular dalam bahasa Melayu.


Abdul Rashid Melebek, & Amat Juhari Moain. (2001). Sosiolinguistik dan bahasa Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdullah Hassan. (1987). 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Teo Kok Seong. (2006). Kerancuan dalam bahasa melayu. Jurnal Bahasa, 6(4), 697–712. RUJUKAN


SEKIAN, TERIMA KASIH semoga bermanfaat!


Click to View FlipBook Version