The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tragedi 13 mei(PENGHyTn etika peraDABAN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANJING CUTE, 2020-10-23 05:14:06

Tragedi 13 mei(PENGHyTn etika peraDABAN)

Tragedi 13 mei(PENGHyTn etika peraDABAN)

TRAGEDI 13
MEI : PUNCA
DAN
PENGAJARAN

Ditulis oleh :
Nik Arif Haqimi bin Nik Azuri
Muhamad Irfan Bin Zulkafli
Mohammad hafiz najmi bin mohd syariff

PUNCA BERLAKUNYA 13 MEI

1.Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

-Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat
Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-
beza. Masyarakat Cina umpamanya telah
dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina
umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk
oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-
orang Melayu.
-Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah
berperang dengan China sebelum ini
menyebabkan perasaan saling mendendami
antara satu sama lain masih segar dalam
ingatan. Layanan berat sebelah ini telah
menyemai perasaan permusuhan antara orang
melayu dan cina.

2.Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

-Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan
konsep pecah dan perintah merupakan satu
tindakan yang berkesan dan telah menjadi
punca wujudnya jurang antara kaum sama ada
dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.
Umpamanya orang-orang Cina tinggal di
bandar-bandar menjalankan perniagaan .
-Orang-orang Melayu tinggal di luar bandar
sebagai petani atau nelayan kecil.
Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh
kasar kerajaan dan pekerja di ladang .
Keadaaan ini menyebabkan kedudukan
ekonomi masyarakat bumiputera khususnya
Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak
penglibatan ekonomi antara kaum dalam
kegiatan ekonomi yang berbeza telah
menjadikan kedudukan sosio-ekonomi -mereka
tidak seimbang

3.Latar Belakang Pendidikan yang
Berbeza

-Latar belakang pendidikan yang
berbeza juga telah dikaitkan sebagai
punca yang membawa kepada
meletusnya peristiwa 13 Mei.
-Hal ini berlaku apabila sistem
pendidikan yang wujud di Tanah
Melyu sebelum merdeka terbahagi
kepada empat aliran mengikut kaum
iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan
Inggeris.

4. Pertelingkahan Parti Politik

-Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat
(Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam
pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan
antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin
PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu
tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun
apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah
meletak calonnya seramai sembilan orang .
-Bagaimanapun setelah Tunku membuat
perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan
keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP
yang gagal untuk menyertai Perikatan telah
menukar corak kempennya dengan menyerang
UMNO dan orang-orang Melayu .
Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa
orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf
bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan
tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang
Melayu.

5. Perasaan tidak puas hati
terhadap hak istimewa orang
melayu

•PAP telah secara lantang
menyuarakan rasa tidak puashati
terhadap apa yang disebut sebagai
hak istimewa orang Melayu dalam
perlembagaan . Mereka mendakwa
hak kaum-kaum lain telah
diketepikan kononnya mereka telah
tersisih daripada keadilan
•Namun hakikat sebenarnya
kedudukan taraf ekonomi orang
Melayu adalah terkebawah
berbanding dengan kaum Cina .

6. Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi negara

-Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya
dalam menyumbangkan faktor kepada
peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan
kemerdekaan Tanah Melayu 1957,
sebuah perlembagaan Persekutuan telah
dibentuk yang antara lainnya menyatakan
dengan jelas tentang kedudukan bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris adalah
sebagai bahasa rasmi negara.
-Selepas sepuluh tahun merdeka
kerajaan akan mengkaji semula tentang
kedudukan bahasa Inggeris dengan
tujuan untuk mengugurkannya daripada
status bahasa rasmi dan hanya bahasa
Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai
bahasa rasmi.

7. Perbezaan agama dan budaya

Kaum melayu sebahagian besarnya
beragama islam Kaum cina beragama
Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius
manakala kaum india beragama hindu. Di
samping itu terdapat juga yang beragama
kristian. Setiap kaum juga mempunyai
kebudayaan yang tersendiri. Masalah
perpaduan ini bukannya bermula
disebabkan agama lain tetapi akibat dari
sikap jahil terhadap agama-agama lain
hingga banyak perkara yang dilakukan
secara tidak sengaja telah menyinggung
emosi penganut agama lain. Inilah punca
yang telah mengakibatkan peristiwa 13
Mei 1969.

8. Masalah ekonomi

Kegiatan ekonomi berbeza telah
mewujudkan jurang pendapatan berbeza
antara kaum dan menimbulkan rasa tidak
puas hati dan persaingan ekonomi secara
tidak sihat. Ketidakseimbangan ini
menyebabkan setiap kaum saling
mencemburui satu sama lain. Orang
melayu mencemburui kemewahan dan
kejayaan orang cina manakala orang
cina dan india mencemburui kelebihan
orang melayu yang mendapat peluang
perkhidmatan dalam sektor
pentadbiran.

9. Persatuan-persatuan etnik

Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia
telah melahirkan banyak persatuan politik, sosial
dan ekonomi yang memperjuangkan kaum
masing-masing tanpa menghiraukan kaum-kaum
yang lain. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud
(2007) Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah
peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh
Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir
memusnah-kan negara ini. Alhamdulillah,
dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat
setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat
ditangani dan negara kembali pulih seperti
sediakala. Banyak pengajaran yang boleh
dipelajari daripada bencana itu. Antara yang
terpenting ialah peri mustahaknya
memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan
perpaduan antara kaum demi kestabilan politik
dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum
ini.

PENGAJARAN
DARIPADA
PERISTIWA 13 MEI

1.Kehilangan Nyawa dan
Harta Benda

Peristiwa 13 Mei 1969 ini
sebenarnya tidak
menghasilkan sebarang
faedah kepada berlakunya
perpecahan dan perbalahan
antara kaum Melayu dan
kaum Cina yang
mengakibatkan kerosakan
harta benda yang besar
malah yang paling malang
ialah nyawa yang terkorban,
kejadian seperti ini
meninggalakan kesan dan
pengajaran yang pahit dan
getir kepada saudara mara
dan kaum keluarga yang
terlibat.

2.Keuntungan Kepada Musuh-Musuh
Negara

-Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah
menguntungkan kepada musuh-musuh
negara yang sentiasa mengambil
kesempatan dan peluang untuk
memecah-belahkan rakyat dan ingin
menakluk Malaysia sebagai taklukan
dan jajahan negaranya .Pengalaman
yang perlu diteladani daripada
peristiwa ini ialah keadaan negara
yang menjadi tidak aman , huru-hara
dan rakyat yang berbilang kaum
berpecah-belah akibat daripada rasa
tidak berpuashati dengan isu-isu yang
sensitif terutama isu perkauman .Antara
contoh-contoh yang boleh dijadikan
panduan kepada negara ialah
kejatuhan empayar Melayu Melaka di
tangan penjajah portugis pada tahun
1511 begitu juga dengan
pencerobohan dan penaklukan tanah
kepunyaan negara Arab khususnya di
Semenanjung Gaza dan Tebing Barat
Jordon oleh kuasa Israel , dan
penindasan secara kejam terhadap
rakyat Palestin setelah berjaya
mencerobohi bumi Arab ini .

3.Perpaduan Nasional

Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi
kepada kita pengajaran dan kerajaan telah
mengadakan dasar perpaduan antara
kaum dan masyarakat sekeliling untuk
dijadikan panduan dan pegangan
masyarakat yang berbilang kaum bagi
menjalankan hidup secara aman dan
sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu
sama lain .Kesedaran penting di kalangan
rakyat bahawa sikap hormat-menghormati ,
bertolak-ansur , bertoleransi dan menjauhi
sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki ,
beriri hati dan menanam sifat curiga di
antara kaum . Dengan terdapat pelbagai
jenis kaum , agama , budaya dan
pegangan agama di Malaysia maka
Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang
sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu
sensitif yang timbul seperti hak kedudukan
istimewa kaum Melayu yang merupakan
penduduk asal bagi negara ini . Oleh itu
kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini
perlu menghormati kedudukan istimewa
kaum Melayu dan mewujudkan suasana
yang harmoni di kalangan masyarakat .
Pendek kata tanggungjawab perpaduan
adalah tanggungjawab semua pihak.

KESIMPULAN

-sebagai seorang rakyat
Malaysia kita haruslah
mempunyai sifat perpaduan
nasional , sedia berkorban
untuk negara kita dan
peristiwa ini telah memberi
keuntungan kepada musuh-
musuh negara dan
kehilangan nyawa dan harta
benda kepada rakyat
Malaysia.

SUMBER RUJUKAN:-

Punca:
http://my13mei.blogspot.com/p/punca.html?m=1

Pengajaran:

kisah13mei1969.blogspot.com
https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
https://www.malaysiakini.com/news/475927


Click to View FlipBook Version