BAHAGIAN PENDIDIKAN & LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
NOTA KULIAH 4
SEMESTER SEMESTER 2 TAHUN 1 DIPLOMA SESI 2020/2021
JABATAN JABATAN PERNIAGAAN
PROGRAM
NOTA KULIAH 2
DIPLOMA PERAKAUNAN
KOD / KURSUS DBE2313 PERAKAUNAN KEWANGAN 1
KOMPETENSI K1 MENGURUS AKAUN BELUM BAYAR
K2 MENGURUS AKAUN BELUM TERIMA
K3 MENYEMAK PENYATA PENYESUAIAN BANK
K4 MENGURUS WANG TIDAK DITUNTUT
K5 AKAUN CAWANGAN DISATUKAN
KOMPETENSI UNIT 4.1 Mengenal pasti kepentingan Akta Wang Tidak Dituntut 1965
4.2 Mengenal pasti baki Akaun Belum Bayar dan Akaun BelumTerima yang melebihi 12 bulan.
4.3 Membuat catatan jurnal untuk baki wang tidak dituntut
4.4 Menyediakan senarai wang tidak dituntut
4.5 Mengesahkan status wang tidak dituntut
4.6 Membuat jurnal wang tidak dituntut yang lebih 24 bulan untuk dihantar Jabatan Akauntan
Negara mengikut borang Wang tidak dituntut berdasarkan peraturan yang ditetapkan
4.7 Memastikan kepatuhan merekod wang tidak dituntut
1. Menghasilkan Pengurusan Akaun Belum Bayar, Pengurusan Akaun Belum Terima, Semakan
Penyata Penyesuaian Bank, Mengurus Wang Tidak Dituntut dan menyedia Akaun Cawangan
Disatukan (C3, PLO1).
2. Menganalisa Laporan Pengurusan Akaun Belum Bayar, Pengurusan Akaun Belum Terima,
HASIL PEMBELAJARAN Semakan Penyata Penyesuaian Bank, Laporan Pengurusan Wang Tidak Dituntut dan Penyata
Kewangan Akaun Cawangan Disatukan mengikut Standard Prosedur Operasi (SOP) (P3,
PLO2).
3. Mendokumentasi Laporan Pengurusan Akaun Belum Bayar, Pengurusan Akaun Belum
Terima, Semakan Penyata Penyesuaian Bank, Pengurusan Wang Tidak Dituntut dan Akaun
Cawangan Disatukan (A2, PLO6)
PLO 1 Memperoleh dan mengaplikasi pengetahuan matematik, sains dan asas serta prinsip dalam Perakaunan
PLO 2 Mengaplikasi kemahiran praktikal dalam Perakaunan
PLO 6
Memahami serta memberi komitmen secara profesional, beretika dan bertanggungjawab selari dengan
kod amalan profesion
MAKLUMAT PELAJAR
NAMA
TARIKH
TAJUK / TITLE :
Mengurus Wang Tidak Dituntut (Manage Unclaimed Money)
TUJUAN PEMBELAJARAN / INSTRUCTIONAL AIMS :
Nota Kuliah ini dibuat untuk pelajar-pelajar menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan
kefahaman tentang teori dan amali berkaitan Wang Tidak Dituntut iaitu :
(i) Mengenalpasti kepentingan Akta Wang Tidak Dituntut 1965
(ii) Mengenalpasti baki Akaun Belum Bayar dan Akaun Belum Terima yang
melebihi 12 bulan.
(iii) Membuat catatan jurnal untuk baki wang tidak dituntut
(iv) Menyediakan senarai wang tidak dituntut
(v) Mengesahkan status wang tidak dituntut
(vi) Menyediakan catatan jurnal untuk wang tidak dituntut yang lebih 24 bulan
untuk dihantar ke Jabatan Akauntan Negara menggunakan borang Wang
tidak dituntut berdasarkan peraturan yang ditetapkan
vii) Memastikan kepatuhan merekod wang tidak dituntut
PENERANGAN / INFORMATION
PENGENALAN
Mulai tahun 2015, syarikat/firma tidak perlu menyerahkan Borang UMA-3 kepada Percetakan
Nasional Malaysia (PNMB). Syarikat/firma adalah dikehendaki untuk menyerah wang, cakera
padat (CD), borang serahan WTD (Borang UMA-4) dan daftar WTD (ketiga-tiga salinan asal
Daftar WTD Borang UMA-3) terus kepada pejabat Pendaftar.
MENGENAL PASTI KEPENTINGAN AKTA WANG TIDAK DITUNTUT 1965
Definisi Wang Tak Dituntut
Merujuk kepada seksyen 8, Akta WTD 1965 , WTD bermaksud:
1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar
dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun. Contoh di bawah kategori ini
ialah:
i. gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada
kakitangan;
ii. dividen;
iii. keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
iv. tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
v. draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang
serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
vi. simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
vii. cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
viii. pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan
apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh tahun. Contoh
di bawah kategori ini ialah:
i. akaun simpanan;
ii. akaun semasa;
iii. simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)
3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui
apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun. Contoh di
bawah kategori ini ialah:
i. akaun pemiutang dagangan;
ii. akaun penghutang dagangan berbaki kredit
PERUNTUKAN AKTA WANG TAK DITUNTUT 1965
Akta Wang Tidak Dituntut
Akauntan Negara Malaysia telah dilantik oleh Menteri Kewangan sebagai Pendaftar Wang
Tak Dituntut (WTD) pada 1 Jun 1975.
Perlantikan Pendaftar Wang Tak Dituntut menurut Seksyen 9 (1) dan Seksyen 9 (2) Akta
Wang Tak Dituntut 1965 adalah seperti berikut :
P.U.(B) 221
"Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Seksyen-Kecil (1) Seksyen 9 Akta Wang
Tak Dituntut 1965, Menteri Kewangan telah melantik Akauntan Negara sebagai Pendaftar
Wang Tak Dituntut mulai daripada 1 haribulan Jun, 1975."
[Perb.(12.20) 443/34 - 1 Jld.2;P.N.(PU2)254.]
Pendaftar Wang Tidak Dituntut
Pendaftar adalah bertanggungjawab untuk menjalankan kewajipan dan fungsi yang terletak
di bawah Bahagian II, Akta Wang Tak Dituntut 1965 seperti berikut :
1. Pemegang amanah terhadap WTD yang diterima.
2. Membayar balik WTD kepada empunya WTD sekiranya terdapat permohonan
tuntutan.
3. Memeriksa rekod syarikat atau firma bagi memastikan kepatuhan peruntukan Akta.
4. Mencadangkan kompaun dan hukuman denda terhadap syarikat atau firma yang
gagal mematuhi peruntukan Akta.
Syarikat atau Firma yang wajib mematuhi Akta
1. Menurut seksyen 8 Akta WTD 1965, syarikat atau firma yang wajib mematuhi Akta
ialah:
i. Syarikat yang ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Syarikat 1965, termasuk
syarikat asing yang ditetapkan di bawah Bab 2 Bahagian XI Akta tersebut;
ii. Lembaga yang ditubuhkan untuk menguruskan kumpulan wang berkaitan
dengan faedah-faedah persaraan;
iii. Pertubuhan dan koperasi yang didaftarkan;
iv. Perbadanan, pihak berkuasa awam dan kesatuan sekerja; dan
v. Firma iaitu pihak-pihak yang bersatu bagi menjalankan perniagaan.
2. Seksyen 14 Akta WTD 1965 memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang
mempunyai wang, selain daripada WTD dalam tangan yang belum dituntut oleh
empunya, boleh menyerahkan wang tersebut kepada Pendaftar seolah-olah wang
tersebut adalah WTD yang perlu dibayar walaupun beliau tidak wajib untuk berbuat
demikian menurut Akta.
3. Seksyen 18 Akta WTD 1965 memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk
memberi pengecualian bagi sesebuah syarikat atau firma dalam mematuhi
peruntukan dalan bahagian II, Akta tersebut.
Kepentingan Akta Wang Tidak Dituntut 1965
1. Akta yang memberi hak kepada penuntut yang berhak menuntut wang yang tidak
dituntut. Akta ini menjelaskan prosedur dan garis panduan kepada si penuntut
bagaimana untuk menuntut hak mereka
2. Akta ini juga menggariskan tanggungjawab sesebuah syarikat dalam mematuhi
peruntukan akta ini
3. Kegagalan syarikat dalam mematuhi akta ini akan dikenakan hukuman.
Kewajipan Syarikat atau Firma
Berdasarkan Seksyen 10, Akta Wang Tak Dituntut 1965, syarikat/firma bertanggungjawab
untuk melaksanakan perkara seperti berikut:
i. Menyelenggara dan menyimpan satu (1) Daftar WTD sehingga 31 Disember mengikut
format yang ditetapkan oleh Pendaftar WTD.
ii. Menyerahkan WTD bersama-sama Daftar WTD tidak lewat dari 31 Mac tahun
berikutnya.
iii. Mengemukakan Daftar WTD bagi tujuan pewartaan.
Bermula pada tahun 2016, syarikat/firma hendaklah membuat serahan WTD melalui
pindahan dana secara elektronik (EFT) ke Akaun Bank Pendaftar WTD.
Tuntutan Bayaran Balik Wang Tak Dituntut
1. Empunya atau mana-mana pihak yang dapat membuktikan beliau mempunyai hak di
sisi undang-undang terhadap WTD, bolehlah membuat tuntutan di Pejabat Pendaftar
pada bila-bila masa sahaja.
2. Bagi tujuan bayaran balik WTD, Pihak yang mengemukakan tuntutan perlu
menyerahkan borang UMA-7 dan dokumen sokongan yang diperlukan oleh Pendaftar.
Proses untuk menguruskan penyerahan Wang Tidak Dituntut:
LANGKAH 1
Melengkapkan & menghantar Borang UMA-1(Pin.1/2018) berserta surat iringan rasmi dengan
menggunakan kepala surat syarikat/firma dan dokumen-dokumen pendaftaran syarikat/firma
(contoh: dokumen SSM) kepada Pendaftar WTD melalui e-mel bagi mendapatkan Kod Entiti.
(Bagi entiti yang membuat serahan pertama kali).
LANGKAH 2
Membuat pindahan wang secara elektronik ke akaun bank Pendaftar WTD.
LANGKAH 3
Melengkapkan Borang UMA-4 (Pin.1/2018) mengikut panduan yang telah disediakan oleh
Pendaftar WTD.
LANGKAH 4
Melengkapkan Daftar WTD (Pin.1/2018) dalam fail MsExcel mengikut panduan yang telah
disediakan oleh Pendaftar WTD.
LANGKAH 5
Membuat encryption ke atas Daftar WTD (Pin.1/2018) fail MsExcel dan melakukan proses
burn ke dalam CD mengikut panduan yang disediakan oleh Pendaftar WTD.
LANGKAH 6
Menghantar semua Salinan hardcopy dokumen-dokumen yang diperlukan ke alamat pejabat
Pendaftar WTD dengan mengemukakan ke kaunter atau melalui pos:
i. Satu (1) salinan Bukti Bayaran
ii. Dua (2) salinan asal Borang UMA-4 (Pin.1/2018)
iii. Satu (1) salinan Daftar WTD (Pin.1/2018)- encrypted CD
iv. Satu (1) salinan asal Borang UMA-1 (Pin.1/2018) -surat iringan rasmi dan dokumen
pendaftaran syarikat/firma (dokumen SSM)
LANGKAH 7
Menyediakan jurnal pelarasan yang berkaitan iaitu :
1. Jurnal pelarasan pemiutang :
Dt. Akaun Pemiutang xx
Kt. Akaun Wang Tidak Dituntut (Liabiliti Semasa) xx
(Memindahkan baki pemiutang ke akaun wang tidak dituntut)
2. Jurnal penyerahan wang tidak dituntut :
Dt. Akaun Wang Tidak Dituntut xx
Kt. Bank xx
(Menyediakan cek untuk diserahkan kepada Perbendaharaan)
LANGKAH 8
Kemas kini buku daftar wang tidak dituntut
CONTOH BUKU DAFTAR WANG TIDAK DITUNTUT
BIL TARIKH NAMA NO RUJ PERKARA NO PV AMAUN
1 2 JAN SYARIKAT 842097 K AKAUN PV03/01/15 RM
2015 KAY S/B NIAGA 2690.00
MEMASTIKAN KEPATUHAN MEREKOD WANG TIDAK DITUNTUT
Hukuman Ketidakpatuhan Akta
1. Syarikat atau firma atau pegawainya yang gagal mematuhi peruntukan Akta, jika
disabitkan kesalahan, boleh dihukum denda bagi setiap kesalahan atau penjara atau
kedua-duanya sekali.
2. Seksyen 16 Akta WTD 1965 menjelaskan bahawa Pendaftar boleh mengenakan
kompaun ke atas kesalahan dilakukan pada amaun tidak melebihi 50% dari denda
maksimum bagi kesalahan tersebut dan pendakwaan tidak akan diambil bagi
sesiapa yang membayar kompaun berkenaan.
Latihan :
1. Jelaskan maksud Wang Tidak Dituntut dan nama Akta yang mengawal wang
berkenaan.
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………
2. Huraikan dua kepentingan Akta Wang Tidak Dituntut 1965?
a) …………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
b) …………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
3. Tuliskan catatan jurnal untuk memindahkan baki pemiutang ke akaun wang tidak
dituntut.
Catatan jurnal
RUJUKAN (REFERENCES):
Rujukan Utama
• Morni Hayati Jaafar Sidik, 2016, Financial Accounting 1, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
• Mohd Nizal Hanif, Anuar Nawawi, Rodziah Abd Samad dan Intan Salwani Mohamed
(2014), Fundamentals Of Financial Accounting , Companion Website
Rujukan Tambahan
• MALAYSIAN ACCOUNTING STANDARD BOARD (MASB) / FINANCIAL
REPORTING STANDARD (FRS)
http://www.masb.org.my/images/stories/archive/PERS/!masb1.pdf
• Bahan Simulasi Amali Industri, Kursus Pemantapan SKM Tahap 4 (2014),
Institut Xelfact, Kuala Lumpur.
• Wan Madznah Wan Ibrahim (2015), Perakaunan Teks STPM, Penggal 2,
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
• Frank Wood dan Alan Sangster (2012), Business Accounting 2, Pearson
Education Limited.
• http://www.anm.gov.my/index.php/utama/2-uncategorised/1482-wang-tak-
dituntut