BAHAGIAN PENDIDIKAN & LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
NOTA KULIAH 2
SEMESTER SEMESTER 2 TAHUN 1 DIPLOMA SESI 2020/2021
JABATAN JABATAN PERNIAGAAN
PROGRAM
NOTA KULIAH 2
DIPLOMA PERAKAUNAN
KOD / KURSUS DBE2313 PERAKAUNAN KEWANGAN 1
KOMPETENSI K1 MENGURUS AKAUN BELUM BAYAR
KOMPETENSI UNIT
K2 MENGURUS AKAUN BELUM TERIMA
K3 MENYEMAK PENYATA PENYESUAIAN BANK
K4 MENGURUS WANG TIDAK DITUNTUT
K5 AKAUN CAWANGAN DISATUKAN
2.1 Mendefinisikan Senarai Akaun BelumTerima dan Pengumuran Akaun BelumTerima serta
fungsinya.
2.2 Membuat penyesuaian / perbandingan Lejar Akaun BelumTerima dengan Pengumuran Akaun
BelumTerima.
2.3 Melaksanakan langkah kerja penyesuaian Akaun Belum Terima berdasarkan perbezaan yang
diperolehi.
2.4 Menganalisis Akaun Belum Terima berkaitan tempoh pengumuran dan amaun Tertunggak
2.5 Menyatakan tindakan yang perlu diambil berdasarkan Analisa Pengumuran
2.6 Mewujudkan Peruntukan Hutang Ragu / Hutang lapuk mengikut SOP syarikat
1. Menghasilkan Pengurusan Akaun Belum Bayar, Pengurusan Akaun Belum Terima,
Semakan Penyata Penyesuaian Bank, Mengurus Wang Tidak Dituntut dan menyedia Akaun
Cawangan Disatukan (C3, PLO1).
2. Menganalisa Laporan Pengurusan Akaun Belum Bayar, Pengurusan Akaun Belum Terima,
HASIL PEMBELAJARAN Semakan Penyata Penyesuaian Bank, Laporan Pengurusan Wang Tidak Dituntut dan
Penyata Kewangan Akaun Cawangan Disatukan mengikut Standard Prosedur Operasi
(SOP) (P3, PLO2).
3. Mendokumentasi Laporan Pengurusan Akaun Belum Bayar, Pengurusan Akaun Belum
Terima, Semakan Penyata Penyesuaian Bank, Pengurusan Wang Tidak Dituntut dan Akaun
Cawangan Disatukan (A2, PLO6)
PLO 1 Memperoleh dan mengaplikasi pengetahuan matematik, sains dan asas serta prinsip dalam Perakaunan
PLO 2 Mengaplikasi kemahiran praktikal dalam Perakaunan
PLO 6
Memahami serta memberi komitmen secara profesional, beretika dan bertanggungjawab selari dengan
kod amalan profesion
MAKLUMAT PELAJAR
NAMA
TARIKH
TAJUK/ TITLE :
Mengurus Akaun Belum Terima (Manage Accounts Receivable)
TUJUAN :
Nota Kuliah ini dibuat untuk pelajar-pelajar menguasai dan mengaplikasi pengetahuan
serta kefahaman tentang teori berkaitan Akaun Belum Terima.
MENDEFINISIKAN SENARAI AKAUN BELUM TERIMA DAN PENGUMURAN
AKAUN BELUM TERIMA SERTA FUNGSINYA.
- Jualan barangan niaga atau perkhidmatan kepada pelanggan yang telah
dilakukan secara kredit dan jumlah penerimaan yang telah diterima daripada
pelanggan dapat dirujuk dalam Lejar Subsidiari. Tempoh kredit adalah satu
kemudahan yang diberikan kepada pelanggan untuk menjelaskan amaun perlu
bayar dalam invois dalam tempoh masa yang dipersetujui.
- Di dalam Lejar ini setiap pelanggan atau penghutang mempunyai akaunnya
sendiri dan pemilik perniagaan boleh melihat jumlah baki yang masih belum
dijelaskan oleh penghutang. Senarai Akaun Belum Terima akan menyenaraikan
baki hutang pelanggan.
- Jumlah keseluruhan dalam Senarai Akaun Belum Terima (Debtors Listing)
menunjukkan jumlah hutang pelanggan (penghutang) kepada perniagaan dalam
satu tempoh masa.
Contoh :
Nama Perniagaan : Butik Kyra Maisarah
Senarai Akaun Belum Terima pada 31 Ogos 2018
Bil Particular Folio Trade Remark
1 Koperasi Muslimin Debtors
2 Kedai Batik Mutiara
3 Sally Enterprise DL01 3,200.00
4 Kedai Baju Bt 6
DL02 1,400.00
JUMLAH
DL03 350.00
DL04 290.00
5,240.00
Ini bermaksud bahawa jumlah yang masih belum dijelaskan oleh pelanggan /
penghutang Butik Kyra Maisarah adalah berjumlah RM5,240.00 (Aset Semasa
kepada Perniagaan Kyra)
DEFINISI DAN FUNGSI PENGUMURAN AKAUN BELUM TERIMA.
- Pengumuran Akaun Belum Terima bermaksud tempoh masa
penghutang masih belum menjelaskan hutang (tempoh keberhutangan)
kepada perniagaan bagi setiap urusniaga jualan kredit.
- Proses penerimaan / kutipan hutang pelanggan perlu dibuat tepat pada
masanya atau sebelum tarikh akhir pembayaran yang dapat
mengelakkan dari sebarang masalah tunggakan hutang yang boleh
menjejaskan hubungan baik dengan pelanggan.
MEMBUAT PENYESUAIAN / PERBANDINGAN LEJAR AKAUN BELUM
TERIMA DENGAN PENGUMURAN AKAUN BELUM TERIMA.
Sebelum analisis pengumuran dilakukan, pemilik perniagaan perlu membuat
perbandingan dan penyesuaian jika berlaku perbezaan antara maklumat berikut :
(i) Lejar Penghutang / Penyata Akaun yang dihantar kepada
pelanggan/penghutang dengan Surat Pengesahan Audit,
(ii) Maklumbalas daripada penghutang selepas penghutang menerima
Penyata Akaun.
(iii) Lejar Penghutang dengan Senarai Penghutang (Debtors Listing).
Perbezaan maklumat mungkin berlaku atas sebab-sebab berikut :
i. Cek telah diposkan oleh pelanggan (penghutang) tetapi belum diterima
atau belum dikemukakan kepada bank semasa Penyata Akaun
disediakan.
ii. Kesilapan pihak peniaga - tersalah masuk ke akaun penghutang lain.
iii. Kesilapan tersalah masuk akaun oleh pelanggan (penghutang).
iv. Kesilapan mencatat amaun. Contoh RM 1211 dicatat sebagai RM
1121.
v. Senarai Penghutang (Debtors Listing) menunjukkan nilai berbeza
dengan baki di Lejar Am.
PENYATA PENYESUAIAN PENGHUTANG BAGI BULAN ……………….
NAMA PENGHUTANG : ……………………………………………………………..
BAKI SEPERTI DALAM LEJAR PENGHUTANG (SEBELUM
PELARASAN)
CAMPUR :
TARIKH PERKARA NO. NILAI
RUJUKAN
TOLAK : PERKARA NO. NILAI
TARIKH RUJUKAN
BAKI SEPERTI DALAM LEJAR PENGHUTANG
(SELEPAS PELARASAN)
PENYESUAIAN AKAUN BELUM TERIMA BERDASARKAN PERBEZAAN YANG
DIPEROLEHI :
Peniaga perlu membuat semakan Akaun Belum Terima dengan memadankan
maklumat yang berkaitan Akaun Belum Terima khususnya penghutang antara amaun
di Kunci Kira-Kira, Imbangan Duga, Lejar Am dan Senarai Penghutang. Padanan
maklumat boleh menggunakan borang berikut :
ACCOUNT RECEIVABLE
AS AT ……………………………………
NO PARTICULAR BALANCE TRIAL GENERAL TOTAL
SHEET BALANCE LEDGER DEBTORS
LISTING
Tujuan menyediakan Jadual Akaun Belum Terima di atas :
(i) Bagi memastikan penyemakan telah dilakukan ke atas setiap rekod dan
laporan secara sistematik dan terperinci.
(ii) Ketidaksamaan hendaklah dikenalpasti melalui kerja penyesuaian.
Sekiranya terdapat perbezaan antara maklumat Kunci Kira-Kira (Balance Sheet) dan
Lejar Am (General Ledger), peniaga perlu :
(i) Menyediakan Penyata Penyesuaian Penghutang
(ii) Membuat jurnal pelarasan jika terdapat kesilapan merekod.
Kesimpulannya, Penyata Penyesuaian Penghutang boleh disediakan pada bila-bila
masa sekiranya terdapat perbezaan amaun.
MELAKSANAKAN PENGESAHAN BAKI PENGHUTANG :
DEBTORS COMFIRMATION
AS AT : ……………………………
N PARTICULA TOTAL AUDIT RECONCILIATIO FINAL
O R DEBTOR COMFIRMATIO N AMOUN
SN T
LISTING
CONTOH SURAT PENGESAHAN JURUAUDIT TENTANG BAKI PENGHUTANG :
CONFIRMATION FOR AUDIT PURPOSES
THIS IS NOT A REQUEST FOR PAYMENT
Date : 31/08/2018 PIHAK PENGHUTANG
To : Batik Pesona Timur Sdn. Bhd PIHAK PENIAGA
Lot 3, Wisma Syed Munir
Taman Syahbandar TUNGGAKAN HUTANG Batik Pesona
20100 Kuala Terengganu Timur kepada D’Delima Textile
RE : D’Delima Textile Sdn. Bhd.
--------------------------------------
In the course of our regular examination of the accounts of our above client, we find that the balance on your account
is as follows:
Balance as at Due from you Due to you
31/8/2018 RM 2 500.00 RM 0.00
If the balance shown above at the date mentioned is correct, please confirm by signing this letter where indicated and
returning to us.
We appreciate that the account may have been paid or settled since the date mentioned but confirmation of the
balances still required and no reference to payment need be made.
If the balance is not correct we should be obliged if you would write direct to us giving details of the difference.
Kindly send to the following address:
SHAZIN & CO.
Chartered Accountants
303A, Jalan Mahkota,Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur
Tel # 03-92844366 / 92845366; Fax # 03-92848366
Yours faithfully,
------------------------------------- COMPANY CHOP
For and behalf of
SHAZIN & CO.
CONFIRMATION
I/ we confirm that the balance shown above is correct.
Signature:
Position:
Date:
MENGANALISIS AKAUN BELUM TERIMA BERKAITAN TEMPOH PENGUMURAN
DAN AMAUN TERTUNGGAK
CONTOH 1 :
Rumusan Analisis Pengumuran di atas :
Perniagaan masih belum menerima pembayaran daripada penghutang sebanyak RM130
820.00. Daripada analisis ini, perniagaan perlu memberi keutamaan membuat kutipan
daripada Extreme Co. kerana hutangnya gagal dilunaskan melebihi 61 hari sebanyak
RM18,210.00. Semakan dan tindakan perlu diambil bagi mengenalpasti punca
kelewatan membayar hutang kepada perniagaan.
CONTOH 2 :
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL BERDASARKAN ANALISIS PENGUMURAN
MENGIKUT KRITERIA BERIKUT:
- Tempoh Hutang Penghutang
Perniagaan perlu memantau dan menyemak tempoh pelanggan telah berhutang
dan tempoh kredit yang diberikan kepada pelanggan berkenaan.
- Polisi Keberhutangan Perniagaan
Jika perniagaan menetapkan tempoh kredit yang boleh diberikan tidak melebihi
45 hari maka perniagaan perlu memastikan kutipan hutang tidak melebihi
tempoh kredit .
TINDAKAN SETERUSNYA :
1. Perniagaan perlu menghantar surat atau Penyata Akaun Bulanan (bagi
mengelakkan berlakunya hutang lapuk) kepada pelanggan khususnya pelanggan
yang masih mempunyai hutang tertunggak. Perniagaan boleh menggunakan
bahasa “thank you for your continued business” dan pada masa yang sama
mengingatkan pelanggan agar menjelaskan baki hutang yang ada. Jika pelanggan
masih tegar tidak menjelaskan hutang, kadar faedah boleh dikenakan mengikut
tempoh pengumuran. Contohnya : Kelewatan menjelaskan baki hutang, anda
boleh dikenakan caj lewat sebanyak 1.5% sebulan.
2. Mewujudkan peruntukan hutang ragu / Hutang Lapuk mengikut SOP syarikat:
Maksud hutang lapuk :
Hutang yang telah dikenalpasti tidak dapat dikutip kerana pelanggan tidak
mampu atau tidak akan membuat sebarang pembayaran.
Maksud peruntukan hutang ragu :
Suatu anggaran dana yang dibuat bagi menampung sebarang hutang
pelanggan yang tidak dapat dikutip. Ia biasanya berpunca daripada pelanggan
yang diisytihar muflis / bankrap, meninggal atau menghilangkan diri dan tidak
dapat dihubungi.
Kaedah menyediakan peruntukan hutang ragu :
(i) Secara umum
Peruntukan hutang ragu dihitung dengan cara peratusan tertentu daripada
jumlah keseluruhan penghutang. Contoh 2 % daripada RM34,500 nilai
penghutang dianggarkan tidak dapat dikutip. Maka nilai penghutang ragu
adalah :
2% x 34,500 = RM 690.00
(ii) Secara spesifik
Nama penghutang dan nilai penghutang telah disiasat dan dikenalpasti
tidak dapat dikutip. Nilai ini akan menjadi hutang lapuk kepada
perniagaan. Contoh : Damai Hardware Trading telah dikesan berhutang
sebanyak RM2,300.00 dan siasatan dijalankan mendapati pemilik telah
menutup perniagaan dan hutang nya pasti tidak dapat dikutip. Amaun
RM2,300 akan menjadi hutang lapuk.
SOALAN LATIHAN - MENGURUS AKAUN BELUM TERIMA
1. Apakah maksud tempoh kredit?
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
................................................................................................................................
2. Nyatakan fungsi Senarai Akaun Belum Terima.
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
...............................................................................................................................
3. Nyatakan fungsi Jadual Pengumuran Akaun Belum Terima.
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
4. Apakah 2 kriteria dalam tindakan yang perlu diambil selepas menganalisis
pengumuran Akaun Belum Terima ?
a)..............................................................................................................................
b)..............................................................................................................................
5. Bezalan antara hutang lapuk dan Peruntukan Hutang Ragu.
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
RUJUKAN (REFERENCES):
Rujukan Utama
1. Morni Hayati Jaafar Sidik, 2016, Financial Accounting 1, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
RujukanTambahan
• Mohd Nizal Hanif, Anuar Nawawi, Rodziah Abd Samad dan Intan Salwani
Mohamed (2014), Fundamentals Of Financial Accounting , Companion
Website
• MALAYSIAN ACCOUNTING STANDARD BOARD (MASB) / FINANCIAL
REPORTING STANDARD (FRS)
http://www.masb.org.my/images/stories/archive/PERS/!masb1.pdf
• Bahan Simulasi Amali Industri, Kursus Pemantapan SKM Tahap 4 (2014),
Institut Xelfact, Kuala Lumpur.
• Wan Madznah Wan Ibrahim (2015), Perakaunan Teks STPM, Penggal 2,
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
• Frank Wood dan Alan Sangster (2012), Business Accounting 2, Pearson
Education Limited.