The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyasoffe, 2021-08-30 10:48:40

Folio Sejarah - Kesultanan Johor Riau

Folio Sejarah - Alya Sofea - 2D

1

Bil. Perkara Halaman
1 Jadual Kerja

2 Objektif Kajian

3 Kaedah Kajian

4 Latar belakang pengasasan Kesultanan Johor Riau

4.1 Faktor kegemilangan kesultanan Johor Riau dari aspek
berikut:
4.1.1 Pusat perdagangan yang unggul
4.1.2 Pengurusan Pelabuhan
4.1.3 Pusat persuratan

4.2 Langkah yang perlu dilakukan untuk memartabatkan
karya-karya persuratan Melayu ke peringkat antarabangsa.

4.3 Mengapakah generasi muda hari ini perlu memelihara
kedaulatan negara agar kemakmuran dan kemajuan negara
terus terjamin?

4.4 Rumusan

4.5 Sumber rujukan

2

Bil. Tarikh Perkara Catatan

1 23 JULAI 2021 EDARAN MAKLUMAN
TUGASAN KEPADA
PELAJAR /
/
2 24 JULAI 2021 1. PEMILIHAN TAJUK /
DAN KAEDAH /
PELAKSANAAN
TUGASAN

2. PELAJAR
MENYIAPKAN DRAF

3 26 JULAI 2021 – 1. PELAKSANAAN
03 OGOS 2021 TUGASAN

2. PENULISAN
PELAPORAN

4 31 OGOS 2021 1. PENGHANTARAN
PELAPORAN KEPADA
GURU

KELAS

2. SEMAKAN DAN
PENGREDAN OLEH
GURU KELAS

3

Saya menjalankan kajian ini bagi Kerja Kursus Sejarah adalah untuk mengkaji tentang
Kesultanan Johor Riau dengan lebih terperinci. Melalui kajian ini saya dapat memenuhi
objektif berikut:

a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah
yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara
yang betul, jelas dan tepat.

b) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang sejarah-sejarah yang
berlaku di Malaysia serta dapat memupuk perasaan cinta akan negara kita. Ini kerana, kita
dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya kita untuk mengetahui tentang
sejarah di negara kita kerana ianya dapat memberi kesedaran kepada kita untuk menjaga
dan mempertahankan bangsa.

c) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang
berlaku di sebalik sejarah tersebut. Misalnya, seperti Kesultanan Johor Riau, ianya
menyedarkan saya bahawa perpaduan kaum serta bersifat adil, jujur dan amanah amat
penting pada diri setiap individu.

d) Saya juga dapat memupuk semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga dalam
kalangan generasi muda melalui kajian ini.

4

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan ini juga mewarisi sistem
pemerintahan dan pentadbiran serta wilayah jajahan takluk dan naungan Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Johor Riau juga meneruskan tradisi kegemilangan dan keagungan kerajaan awal di Alam
Melayu.
Pengasas Kesultanan Johor Riau ialah Raja Ali, putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah. Baginda
menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I (1528-1564). Pada zaman pengasasan Kesultanan
Johor Riau ini, Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan agar menghimpun rakyat untuk membuka negeri di
pesisir Sungai Johor.
Semasa di Pusat Pemerintahan Kota Kara di Pekan Tua, Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat
pemerintahan pada tahun 1528. Kedudukan Kota Kara yang terletak berhampiran sungai yang lebar dan
dalam memudahkan kapal untuk keluar masuk. Kawasan berbukit bukau di sekitar Kota Kara menjadi
banteng pertahanan daripada ancaman luar.
Seterusnya, pada tahun 1535 Kota Kara di Pekan Tua telah diserang dan dimusnahkan oleh Portugis. Sultan
Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka pusat pemerintahan di Kota Sayong. Kawasan ini didapati
lebih selamat kerana kapal perang musuh sukar untuk melintasi sungai yang sempit.
Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah I memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu, Johor
Lama. Kawasan ini juga dikenal sebagai Tanjung Batu. Kedudukannya yang strategik di Sungai Johor yang
lebar dan dalam memudahkan kemasukan kapal dagang.
Sultan Alauddin Riayat Shah I telah meletakkan asas yang kukuh untuk pemerintah seterusnya
mengembalikan kewibawaan dan kedaulatan kerajaan Kesultanan Melayu. Semangat gigih dan usaha tanpa
jemu yang ditunjukkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I wajar dijadikan iktibar oleh kita dalam
menzahirkan semangat cinta akan negara.

5

Kesultanan Johor Riau muncul sebagai sebuah kerajaan yang kuat dan unggul di Alam Melayu. Kerajaan ini
mencapai kegemilangannya dalam aspek perdagangan dan persuratan Melayu. Kerajaan ini juga berusaha
menghidupkan kembali tradisi perdagangan kerajaan di Alam Melayu dengan Arab, India dan China.

Pusat Perdagangan yang Unggul

Johor muncul sebagai pusat perdagangan yang menjadi tumpuan pedagang pada abad ke -16 dan ke -17.
Terdapat beberapa keistimewaan yang menyebabkan Johor muncul sebagai pusat perdagangan yang unggul.

• Kedudukan Strategik

Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki oleh kapal
besar oleh kerana Sungai Johor yang lebar dan dalam. Lokasi pelabuhan di
kawasan selatan Selat Melaka membolehkannya mengawal lalu lintas kapal
dagang dari Timur dan Barat. Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan
lalu lintas maritim yang strategik menjadi tumpuan para pedagang luar untuk
berurus niaga.

• Tumpuan Para Pedagang

Mereka juga mendapat tumpuan para pedagang dari China, Gujerat, Belanda dan pedagang Inggeris.
Pedagang Jawa menjadikan Johor sebagai pelabuhan pilihan disebabkan tidak berminat berdagang dengan
Portugis di Melaka. Pedagang Siam memasarkan hasil pertanian seperti beras. Turut menjadi tumpuan
pedagang dari tanah jajahan dan naungan serta kerajaan lain di Alam Melayu.

• Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barang Dagangan

Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai pusat pertukaran barangan keluaran Alam Melayu dengan
barangan dari China, India dan Arab. Barangan dagangan yang dibekalkan oleh tanah jajahan dan naungan
Johor ialah lada hitam, bijih timah dan emas. Bijih timah dibawa masuk
dari Klang, Sungai Ujong dan Bernam serta Pulau Bangka, Sumatera.
Lada hitam dibawa dari Jambi dan emas pula dari Inderagiri. Barang
tempatan lain ialah kelapa kering, kayu gaharu, damar, kelembak, sagu,
pinang, ikan masin, periuk belanga, lilin dan garam yang didatangkan
dari Pahang, timur Sumatera, Kepulauan Riau, Sungai Ujong, Klang,
Naning dan Rembau. Pelabuhan Batu Sawar juga menjadi pusat
perdagangan untuk barangan yang dibawa dari China. Antaranya
termasuklah benang emas, kain sutera putih, barang tembikar, seramik,
kuali besi, teh dan tembaga. Pedagang Jawa membawa beras. Pedagang
Gujerat pula membawa kain, wangian dan manik. Johor juga mendapat
bekalan beras yang diniagakan oleh pedagang Siam.

• Kesibukan Pelabuhan Johor Riau

Oleh sebab kesibukan Pelabuhan Johor Riau. Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai bangsa
berlabuh di pelabuhan Johor terutamanya di pelabuhan Riau. Antara kapal yang berlabuh di Riau
termasuklah kapal Siam, Portugis, Inggeris dan pulau-pulau di Alam Melayu.

6

Pengurusan Pelabuhan

Kecekapan pelabuhan Kesultanan Johor Riau mengendalikan barang dagangan dan kemampuannya membekalkan
semula kapal dengan cepat dan murah, merupakan antara faktor utama yang menjadikan pelabuhannya sebagai
pelabuhan entrepot. Kedudukan strategik dan kemudahan pelabuhanmenyebabkan Kesultanan Johor Riau menjadi
tumpuan para pedagang. Kesultanan ini telah dapat menyaingi dan mengambil alih peranan Melaka dan Acheh
sebagai pusat perdagangan yang unggul pada masa itu. Kita patut berasa bangga dengan sejarah sebuah kerajaan
gemilang yang pernah wujud di negara kita.

• Kemudahan Pelabuhan

Antara salah satu cara mereka menarik perhatian pedagang-pedagang adalah dengan menyediakan gudang bawah
tanah untuk menyimpan barangan bagi mengelakkan daripada kebakaran. Selain itu, mereka turut menyediakan
pegawai terlatih untuk mengendalikan urusan perdagangan serta membekalkan barang yang diperlukan oleh pedagang
seperti lada hitam dan rempah-ratus.

• Urusan Jual Beli

Urusan jual beli dijalankan secara tukar barang dan menggunakan mata wang. Sultan
Alauddin Riayat Shah I memperkenalkan mata wang emas yang dikenali sebagai mas,
wang perak sebagai kupang dan wang timah sebagai katun. Pada akhir abad ke-18,
mata wang asing seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda turut
digunakan. Syahbandar merupakan pembesar yang bertanggungjawab mengurus
sistem jual beli dan kutipan cukai pelabuhan. Cukai pelabuhan yang dikenakan
terhadap pedagang adalah berpatutan. Syahbandar juga menetapkan ukuran dan berat
timbangan barangan.

• Sistem Naungan

Pedagang luar dan pedagang tempatan mendapat naungan daripada Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Raja
Indera Bongsu. Sebahagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak yang memberikan naungan dalam bentuk cukai
perdagangan berdasarkan sistem naungan. Melalui sistem ini pedagang mudah mendapat surat kebenaran daripada
Belanda dan dapat belayar tanpa gangguan di Selat Melaka.

• Peranan Orang Laut

Orang Laut ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan, penunda kapal dagang, penunjuk arah kepada para pedagang dan
pengawal di perairan Johor dan Selat Melaka. Orang Laut juga terlibat mengawal keselamatan Kesultanan Johor Riau
dengan menjadi tentera angkatan laut.

• Kemudahan Membaiki dan Membina Kapal

Pelabuhan di Johor juga mempunyai kemudahan membaiki dan membina kapal bersaiz
kecil. Ini kerana, Orang Laut mahir dalam pembinaan kapal. Mereka membuat pelbagai
jenis kapal pesisir pantai seperti kolek, banteng, penjajap, balok dan pencalang.
Kemahiran ini telah membantu memajukan Kesultanan Johor Riau.

7

Pusat Persuratan

Penghasilan karya persuratan membuktikan Kesultanan Johor Riau juga tidak ketandusan dengan karya agung dan
tokoh persuratan yang berkaliber. Terdapat beberapa pusat persuratan yang memainkan peranan penting dalam
perkembangan penulisan karya persuratan berkaitan kerajaan Melayu. Antaranya adalah Batu Sawar, Pulau
Penyengat, dan Riau. Kelahiran karya persuratan merupakan pengiktirafan kepada kegemilangan Kesultanan Johor
Riau sebagai pusat persuratan Alam Melayu pada abad ke-17 dan ke-18. Kesannya, kesultanan ini muncul sebagai
pusat perkembangan persuratan dan bahasa Melayu yang terulung di Alam Melayu. Kita perlu menghargai karya-
karya persuratan ini kerana karya tersebut merupakan warisan bernilai yang menjadi rujukan hingga hari ini.

Karya Agung
Kesultanan Johor Riau banyak menghasilkan karya agung. Karya agung bermaksud karya yang tertulis dalam bahasa
Melayu yang mampu mencetuskan unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup
bangsa Melayu. Karya agung juga melambangkan pencapaian unggul dalam tamadun Melayu yang mencerminkan
pemikiran dan pandangan hidup bangsa Melayu.

• Sulalatus Salatin

Sulalatus Salatin bermaksud Salasilah Raja-Raja atau Peraturan Segala Raja-Raja.
Naskhah asal karya ini bernama Hikayat Melayu. Naskah ini telah disusun dan ditulis
semula oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612. Kandungannya menceritakan tentang asal
usul keturunan raja-raja Melaka, adat istiadat kerajaan dan sejarah Kesultanan Melayu
Melaka.

• Hikayat Hang Tuah

Sejarawan menyatakan bahawa naskhah ini dihasilkan oleh pengarang dari Johor selepas
kekalahan Portugis di Melaka pada tahun 1641. Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik
kepahlawanan yang merentas sepanjang zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Kandungannya juga berkaitan dengan ketaatan atau kesetiaan Hang Tuah kepada raja dan
Kesultanan Melayu Melaka.

Tokoh Persuratan

• Tun Seri Lanang

Nama sebenar Tun Seri Lanang ialah Tun Muhammad bin Tun Ahmad Paduka Raja.
Dilahirkan di Bukit Seluyut, Kota Tinggi pada tahun 1565. Menjadi Bendahara Johor semasa
pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II. Menyusun dan menulis semula Sulalatus
Salatin atas titah Raja Abdullah, adinda Sultan Alauddin Riayat Shah II. Dilantik sebagai
penasihat Sultan Iskandar Muda, Acheh dan menjadi Raja Uleebalang di Samarlanga.

8

• Taju Salatin Karya Lain

Tajul Salatin atau Mahkota Raja-Raja ditulis oleh Bukhari al-
Jauhari. Karya ini merupakan antara karya persuratan yang
tersohor dihasilkan pada zaman Kesultanan Johor Riau. Antara
karya-karya yang dikarang oleh Raja Ali Haji ialah Tuhfat al-
Nafis, Salasilah Melayu dan Bugis dan Gurindam Dua Belas.
Hikayat Anak Panah Sedasa dikarang oleh Tun Hisap Misai. Syair
Ungku Puteri pula dikarang oleh Raja Ahmad.

4.2 Nyatakan langkah yang perlu dilakukan untuk memartabatkan karya-karya persuratan Melayu
ke peringkat antarabangsa.

Antara langkah yang perlu dilakukan untuk memartabatkan karya persuratan Melayu ke peringkat antarabangsa adalah
dengan mengadakan pameran karya-karya persuratan Melayu serta karya sejarah di luar negara. Oleh itu, orang luar
boleh mengetahui sejarah persuratan Melayu dengan lebih mendalam. Selain itu, kita perlulah menerbitkan buku
berkaitan persuratan Melayu di dalam bahasa inggeris. Ini kerana ia dapat memudahkan penerimaan daripada pelbagai
bangsa. Di samping itu, kita juga boleh memperkenalkan karya-karya persuratan Melayu contohnya semasa promosi
tahun melawat Malaysia.

4.3 Mengapakah generasi muda hari ini perlu memelihara kedaulatan negara agar kemakmuran dan
kemajuan negara terus terjamin?

Generasi muda hari ini perlu memelihara kedaulatan negara kerana kedaulatan negara ialah kekuasaan mutlak atau
kekuasaan tertinggi rakyat dan wilayah bumi berserta isinya yang dipunyai suatu sistem negara nasional yang
berdaulat. Di samping itu, kita dapat mengekang ancaman kuasa luar dan elak campur tangan dari pihak negara lain.
Oleh sebab itu, hal ini penting agar segala kegiatan yang mencurigakan dalam kalangan pihak luar yang mahu
menggugat kedaulatan negara ini dihalang dari awal dan dikenakan tindakan segera. Akhir sekali, kemakmuran negara
dan kemajuan negara terus terjamin. Jika generasi muda tidak bertindak maka tiada lagi generasi yang akan
menyambung untuk memelihara kedaulatan negara.

9

Kesimpulan yang saya dapati dalam hasil kajian ini ialah saya dapat mengenal pasti tentang Kesultanan Johor Riau
dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, saya dapat tahu tentang kesungguhan pemimpin Kesultanan Johor Riau bagi
memastikan kedaulatan kerajaan serta keselamatan mereka terjamin. Oleh itu, saya juga dapat menambah ilmu
pengetahuan tentang kegemilangan kerajaan Melayu. Selain itu, semangat kekitaan yang ditunjukkan oleh masyarakat
dahulu mengajar kita tentang kepentingan bersatu padu, bersefahaman dan bermuafakat dalam mempertahankan
kedaulatan negara. Saya juga berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana negara Malaysia memberi kemudahan yang
sempurna kepada semua rakyatnya. Dengan membuat kerja khusus ini juga, membuat saya ingin berusaha memajukan
bangsa dan negara saya yang tercinta.

Buku Teks
Nama Pengarang: Dr. Suffian bin Mansor
Tahun Penerbitan: 2018
Judul Buku Teks: Buku Teks Sejarah Tingkatan 2
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Internet
https://drive.google.com/file/d/1YXlgkrbFWJGoll2c7YnjNbUrKbHHGTRA/view
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Johor_Kesultanan_Johor_Riau
https://m.inkuiri.com/site/herbal/makariki-akar-kelembak-kelembak-
kering.f9a6908463a5d2b2f4a2820d1e70da8b1d8d8377.id

10


Click to View FlipBook Version