GARIS PANDUAN KEMUDAHAN RAWATAN PERUBATAN / PERGIGIAN (PESAKIT LUAR) KEPADA PEGAWAI/PESARA SERTA KELUARGA ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN X TAHUN 2023
2 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN RAWATAN PERUBATAN / PERGIGIAN (PESAKIT LUAR) KEPADA PEGAWAI/PESARA SERTA KELUARGA 1.0 TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan bertujuan memberi panduan dan rujukan kepada semua pegawai RISDA berkaitan kemudahan rawatan perubatan / pergigian (pesakit luar) kepada pegawai / pesara serta keluarga. 2.0 TAFSIRAN 2.1 'Pegawai' bermakna mana-mana pegawai Perkhidmatan Awam dalam perkhidmatan RISDA berstatus lantikan tetap, kontrak (merujuk kepada pegawai lantikan secara Contract of Service) dan sementara; 2.2 ‘Pesara RISDA’ bermakna pegawai yang berjawatan tetap yang telah bersara mengikut salah satu daripada jenis-jenis persaraan dan mendapat faedah persaraan atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); 2.3 ‘Keluarga’ bermakna bagi pegawai lelaki, isteri/isteri-isteri dan anakanaknya dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Anakanak yang berkelayakan adalah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai dan berumur di bawah 18 tahun. Sekiranya masih bersekolah/menuntut di sekolah/institusi kerajaan/swasta di bawah umur 21 tahun. Bagi anak yang daif disebabkan kelemahan otak atau jasmani, had umur tidak terpakai. Istilah anak termasuk juga anak tiri dan anak angkat yang diambil mengikut undang-undang; 2.4 ‘Klinik panel’ bermakna klinik perubatan yang dilantik oleh RISDA untuk memberi perkhidmatan rawatan perubatan dan menuntut bayaran atas perkhidmatan tersebut kepada RISDA;
3 2.5 ‘Klinik bukan panel’ bermakna klinik perubatan atau pergigian atau manamana klinik pengamal perubatan (berdaftar) yang tidak dilantik oleh RISDA dan bayaran hendaklah dikenakan/dijelaskan oleh pegawai yang menerima perkhidmatan tersebut; 2.6 ‘Hospital’ bermakna sebarang hospital kerajaan dan termasuk mana-mana hospital universiti, klinik-klinik kerajaan dan lain-lain yayasan perubatan persekutuan; 2.7 ‘Pegawai perubatan’ bermakna seseorang doktor perubatan atau doktor pergigian berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, berkhidmat dengan sebarang Hospital Universiti atau Angkatan Tentera Malaysia; 2.8 ‘Klinik pakar’ bermakna klinik perubatan yang bukan panel yang memberi rawatan bagi penyakit tertentu dan menamakan kliniknya sebagai Klinik Pakar; 2.9 ‘Hospital swasta’ bermakna sebarang hospital selain dari yang dinyatakan di para 2.6; 2.10 ‘Pejabat’ bermakna tempat biasa pegawai bertugas dan lingkungan: i. 25 km jika boleh dihubungi oleh jalan raya ii. 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor; iii. 8 km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai. 3.0 RAWATAN DI KLINIK PANEL 3.1 Pegawai atau keluarga boleh mendapatkan rawatan di mana-mana klinik panel RISDA tanpa mendahulukan kos rawatan yang dikenakan tertakluk kepada peruntukan yang ditetapkan.
4 3.2 Pegawai atau keluarga yang hendak mendapatkan rawatan di klinik panel mestilah membawa bersama kad pengenalan jabatan setiap kali mendapatkan rawatan. Mereka juga mesti mengisi butir-butir pada borang RISDA/PRJ/C-38 selengkapnya setiap kali mendapat rawatan supaya tidak menimbulkan masalah ketika proses tuntutan oleh klinik berkenaan. 3.3 Pegawai atau keluarga yang mendapat rawatan di klinik panel mesti memastikan mereka menerima semula salinan pendua borang RISDA/PRJ/C-38 (warna merah jambu) yang telah lengkap diisi tentang rawatan, ubatan dan kos yang dikenakan supaya dapat mengetahui perbelanjaan yang telah digunakan sebagai rujukan. Salinan ini mesti diminta dari klinik berkenaan setelah mendapat rawatan. 4.0 RAWATAN DI HOSPITAL / KLINIK PESAKIT LUAR KERAJAAN 4.1 Pegawai atau keluarga yang jatuh sakit akan mendapat rawatan dan ubat sama ada rawatan perubatan atau pergigian percuma yang ada pada kerajaan kecuali bayaran wad yang tidak mengikut kelas kelayakan. Rawatan percuma ini akan diberi di hospital-hospital dan klinik-klinik pesakit luar. 4.2 Bagi maksud di atas, perbezaan bayaran wad perlulah ditanggung oleh pegawai jika menduduki kelas wad yang lebih tinggi dari kelayakannya. 4.3 Kemudahan ini juga meliputi ibu bapa kandung pegawai dengan kelayakan yang sama. 4.4 Semua pegawai dan keluarga yang memerlukan rawatan di hospital/klinik pesakit luar perlu mendapatkan ‘Surat Jaminan’ dari Ketua Jabatan yang dijana melalui HRMIS. 4.5 Kos rawatan yang dikenakan oleh Klinik LPPKN akan ditanggung oleh pegawai. Tuntutan bayaran balik boleh dikemukakan kepada RISDA untuk
5 pertimbangan bayaran berdasarkan peraturan yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM Ceraian SR.2 – Kemudahan Perubatan) 5.0 RAWATAN DI LUAR PUSAT TANGGUNGJAWAB (PT) Pegawai boleh mendapat rawatan di luar PT sama ada dari klinik panel/bukan panel. Kos rawatan di klinik bukan panel perlu didahulukan oleh pegawai dan boleh dituntut kemudiannya tertakluk kepada baki peruntukan masing-masing. 6.0 KEMUDAHAN PERUBATAN UNTUK DITANGGUNG PESARA YANG MENINGGAL DUNIA 6.1 Bagi balu/duda dan anak-anak untuk kakitangan yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, kemudahan perubatan hanya layak diberi kepada mereka selama 12 ½ tahun atau 150 bulan sahaja dikira dari tarikh kakitangan itu meninggal dunia. 6.2 Bagi balu/duda dan anak-anak untuk kes pesara yang meninggal dunia semasa bersara iaitu dalam tempoh 12 ½ tahun dari tarikh bersara, kemudahan perubatan bersara hanya layak diberi bagi tempoh tersebut sahaja. 6.3 Bagi balu/duda dan anak-anak untuk pesara yang meninggal dunia selepas tempoh 12 ½ tahun dari tarikh bersara, kelayakan kemudahan perubatan ini ditamatkan mulai tarikh pesara itu meninggal dunia 6.4 Bagi isteri/suami pesara yang dikahwini oleh pesara berkenaan selepas dari tarikh bersara serta anak-anak yang lahir hasil daripada perkahwinan tersebut, kemudahan perubatan layak diberi kepada mereka dalam tempoh 12 ½ tahun sahaja dari tarikh pegawai bersara.
6 7.0 PERUNTUKAN PERUBATAN 7.1 Peruntukan pegawai dan keluarga RM 1,000.00 sekeluarga setahun (termasuk rawatan pergigian) 7.2 Peruntukan pesara dan keluarga RM 750.00 sekeluarga setahun (termasuk rawatan pergigian) 7.3 Kemudahan rawatan dan perubatan adalah termasuk semua jenis rawatan di semua klinik/hospital pakar swasta (termasuk walk-in), klinik homeopathy (yang berdaftar dengan Badan Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia) tertakluk kepada peruntukan yang diberikan. 7.4 Jenis rawatan dan perubatan biasa/pakar contohnya seperti ujian darah/air kencing, pap smear, X-Ray, ECG dan lain-lain yang berbentuk investigative/laboratory, pakar ENT, fisioterapi dan seumpamanya sehingga tidak melebihi had maksimum peruntukan perubatan. Walau bagaimanapun, pembelian alat perubatan tidak dibenarkan dan perlu merujuk di bawah kemudahan rawatan dan perubatan hospital di bawah Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM Ceraian SR.2 – Kemudahan Perubatan) 7.5 Pembelian komponen Kit Ujian Kendiri Covid-19 / Influenza yang dibeli di farmasi runcit (retail pharmacy) atau melalui farmasi komuniti kepada kakitangan RISDA sahaja tertakluk kepada peruntukan kemudahan rawatan perubatan. Tuntutan resit pembelian atas talian adalah tidak dibenarkan. 7.6 Rawatan pergigian swasta i. Kemudahan rawatan pergigina dipanjangkan kepada keluarga pegawai dan pesara; ii. Semua jenis rawatan pergigian contohnya scalling dan lain-lain adalah
7 dibenarkan; iii. Tuntutan rawatan pergigian adalah tertakluk kepada had maksimum peruntukan perubatan. 7.7 Perkiraan peruntukan i. Peruntukan RM 1,000.00 dan RM 750.00 sekeluarga setahun bagi pegawai dan pesara masing-masing adalah tetap dan dikawal dengan menggunakan Sistem e-Medik. ii. Perkiraan secara pelarasan mengikut tempoh perkhidmatan dilaksanakan bagi pegawai yang baru melapor diri. iii. Bagi kakitangan yang ditahan gaji, kemudahan rawatan perubatan ‘ pergigian (pesakit luar) akan ditahan sehingga gaji pegawai dibuat pelarasan iv. Bagi pegawai yang akan bersara/tamat perkhidmatan pada tahun semasa, Ketua PT perlu membuat perkiraan secara pelarasan pada awal tahun tersebut bagi menentukan peruntukan sebenar pegawai untuk tahun itu. 7.8 Tuntutan Pembayaran Perubatan 7.8.1 Pegawai dan Keluarga i. Semua tuntutan perubatan daripada klinik bukan panel pegawai di Ibu Pejabat adalah diuruskan oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan di Bahagian masing-masing. Manakala tuntutan yang diterima daripada klinik panel akan diuruskan oleh Unit Perkhidmatan dan HRMIS, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. ii. Bagi PT selain di para (i) di atas, tuntutan hendaklah dikemukakan kepada Unit Pentadbiran dan Kewangan masing-masing. iii. Bayaran akan dibuat berdasarkan tuntutan yang dikemukakan tertakluk kepada had maksimum peruntukan perubatan.
8 iv. Sekiranya rekod perbelanjaan pegawai melebihi had maksimum peruntukan perubatan, tindakan pemotongan gaji secara maksimum atau ansuran (berdasarkan tuntutan klinik) hendaklah dibuat pada bulan seterusnya selepas menerima tuntutan daripada klinik bagi tujuan bayaran kepada pihak klinik bagi menjelaskan perbelanjaan pegawai tersebut. v. Pegawai yang telah menggunakan sepenuhnya had maksimum peruntukan perubatan hendaklah membuat bayaran sendiri dan tidak dibenarkan mengguna borang RISDA/PRJ/C-38 untuk mendapatkan rawatan. Ketua PT hendaklah memaklumkan kepada pegawai dan klinik yang terlibat bahawa peruntukan pegawai telah mencapai had maksimum. 7.8.2 Pesara dan Keluarga i. Pesara hendaklah mendahulukan tuntutan perubatan / rawatan klinik panel / bukan panel / klinik pakar/swasta dan tuntutan dibuat dengan mengemukakan resit asal yang lengkap kepada Unit Perkhidmatan dan HRMIS, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia atau mana-mana Pejabat RISDA Negeri/Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran dengan tempat tinggal pesara. ii. Dokumen tuntutan yang perlu diserahkan adalah resit asal yang lengkap, salinan kad pengenalan pesara, salinan kad pesara dan penyata akaun bank. iii. Mana-mana tuntutan daripada Skim Hospital Berkelompok (SHPB) yang belum diselesaikan bayaran oleh pesara akan di ‘offset’ dengan membuat potongan terus daripada kemudahan RM 750.00 akan menampung tuntutan SHPB belum berbayar.
9 7.8.3 Tempoh Tuntutan Dikemukakan Pada Akhir Tahun i. Resit-resit untuk tuntutan bayaran bagi bulan November dan sebelumnya dalam tahun berkenaan hendaklah dikemukakan kepada PT tidak lewat pada/sebelum 1 Disember setiap tahun. ii. Untuk mengelakkan bayaran terakru dan kesulitan perakaunan, resit-resit bagi bulan Disember hendaklah diterima di pejabat berkenaan sebelum 5 Januari tahun berikutnya. iii. Bagi tuntutan klinik panel yang diterima selepas 5 Januari tahun berikutnya, perbelanjaan tersebut hendaklah menggunakan peruntukan tahun semasa. 8.0 PEMANTAUAN PERBELANJAAN PERUBATAN 8.1 Pegawai hendaklah berbelanja dengan penuh berhemah dan perbelanjaan perubatan yang melebihi had peruntukan hendaklah dielakkan 8.2 Pegawai dikehendaki menggunakan aplikasi Sistem e-Medik untuk memantau sendiri penggunaan peruntukan perubatan. 8.3 Ketua Unit Pentadbiran dan Kewangan setiap PT adalah bertanggungjawab untuk memantau dan mengawal perbelanjaan perubatan pegawai masingmasing supaya tidak melebihi peruntukan yang ditetapkan. 8.4 Ketua PT hendaklah mengeluarkan notis peringatan kepada pegawai yang telah menggunakan peruntukan melebihi RM 750.00 dan RM 950.00 pada tahun semasa terutamanya pada awal/pertengahan tahun. 8.5 Bagi pegawai yang berpindah PT, rekod peruntukan dibawa bersama sepertimana tercatat dalam Sistem e-Medik.
10 8.6 Bagi pegawai yang bersara/tamat perkhidmatan dengan RISDA, perkiraan jumlah kelayakan perlu diselaras dengan tempoh berkhidmat untuk tahun semasa. 8.7 Ketua PT hendaklah memastikan bahawa had maksimum peruntukan untuk setiap pegawai dipatuhi walaupun terdapat lebihan peruntukan perubatan keseluruhan. 9.0 PERBELANJAAN RAWATAN MELEBIHI PERUNTUKAN 9.1 Pegawai yang telah habis menggunakan peruntukan perubatan tapi masih menggunakan kemudahan rawatan melalui klinik panel akan diambil tindakan pemotongan gaji secara maksimum atau ansuran (berdasarkan tuntutan klinik) pada bulan seterusnya selepas menerima tuntutan daripada klinik. 9.2 Tuntutan balik bagi bil klinik bukan panel hanya akan dijelaskan berdasarkan baki terkini peruntukan individu dan tuntutan yang melebihi peruntukan tidak akan dibayar oleh RISDA 9.3 Kegagalan mana-mana Ketua PT dalam mengawal perbelanjaan ini boleh menyebabkan tindakan tatatertib diambil ke atasnya berdasarkan Akta 605 Peraturan Tatatertib dan Surcaj Badan-Badan Berkanun Kerajaan. 10.0 GALAKAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN PERCUMA DI KLINIK / HOSPITAL KERAJAAN Semua pegawai dan pesara serta keluarga adalah digalakkan mengoptimakan semua kemudahan rawatan dan perubatan percuma di klinik dan hospital kerajaan sebagai usaha menjimatkan perbelanjaan kos perubatan.
11 11.0 RAWATAN DI WAKTU PEJABAT Pegawai yang mendapat rawatan di klinik panel / bukan panel atau klinik kerajaan pada waktu pejabat tetapi tidak layak mendapat cuti sakit adalah dikehendaki menyerahkan surat pengesahan waktu berada di klinik (time slip) yang dikeluarkan oleh klinik berkenaan dan diserahkan kepada Ketua PT sebaik sahaja balik ke pejabat. 12.0 PEMAKAIAN DAN PEMBATALAN Arahan Pentadbiran Bilangan 3 Tahun 2022, Arahan Pentadbiran Bilangan 18 Tahun 2020, Arahan Pentadbiran Bilangan 20 Tahun 2020 dan Arahan Pentadbiran Bilangan 16 Tahun 2011, Arahan Pentadbiran Bilangan 12 Tahun 2006 (para 2.4 sahaja) adalah dibaca bersama Mana-mana perenggan dalam pekeliling yang dikeluarkan sebelum ini yang ada menyebut dan bertentangan dengan pekeliling ini adalah terbatal. Arahan Pentadbiran Bilangan 15 Tahun 2022, Surat Pekeliling Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Bilangan 6 Tahun 2017, Arahan Pentadbiran Bilangan 25 Tahun 2012, Arahan Pentadbiran Bilangan 23 Tahun 2006, adalah dibatalkan. 13.0 TARIKH KUATKUASA Arahan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023