The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-6853583, 2021-05-24 23:55:03

anyflip bm 1-converted

anyflip bm 1-converted

Bab 8 : Frasa Nama

NAMA PELAJAR : NURSYUHADA YUSFARIENNA BINTI AHMAD YUSHAIRI
SEKOLAH : KOLEJ TINGKATAN ENAM SHAH ALAM
KELAS : UMK SEM 2
NAMA GURU : PUAN HAZIYAH BINTI HASSAN

8.0 Pengenalan

- Frasa nama ialah frasa yang kata intinya terdiri daripada golongan kata nama.
- Kata nama itu meliputi semua jenis kata nama, seperti kata nam am, kata nama khas, kata ganti

nama, dan kata nama terbitan

8.1 Susunan Unsur Frasa Nama: Hukum D-M

- Hukum D-M ialah peraturan susunan unsur bagi binaan frasa nama.
- D ialah diterangkan,iaitu nama atau perkara yang menjadi inti bagi frasa itu.
- M ialah menerangkan, iaitu kata yang menjadi penerang kepada focus atau perkara yang hendak

diterangkan itu.

Contohnya :

D (diterangkan) = M (menerangkan) =
rumah teres
orang Arab
susu pekat
cawan plastik
kerusi panjang

8.2 Binaan Frasa Nama

- Frasa nama terbina daripada satu perkataan atau beberapa perkataan. Frasa nama yang terdiri
daripada lebih satu perkataan mempunyai binaan seperti yang berikut:

Binaan Frasa Nama

Inti + Penerang Inti + Inti

Inti + Penerang Inti + penerang Dengan maksud Dengan maksud
Nama bukan nama sama erti lawan erti

Bagi binaan Inti + Penerang Nama, jenis – jenis penerangnya adalah seperti di bawah.

Jenis penerang nama

Keturunan – penerang terdiri daripada kata yang menunjukkan keturunan atau salasilah sesuatu.
Contohnya: tentera Jepun, kaum Maori, penduduk Malaysia, etnik Rohingya, suku Khurdis, penjajah
Belanda, wanita Arab.
Jenis – penerang terdiri daripada kata yang menunjukkan jenis sesuatu.
Conotohnya: kelapa mawar, Nangka madu, rambutan gading, limau kasturi, burung hantu

Penyambut – penerang terdiri daripada kata yang menunjukkan sesuatu yang penyambut bagi inti.
Contohnya: pelakon drama, pembantu makmal, penjaga gol, penggembala kambing, penyambut tetamu.

Nama kegunaan – penerang terdiri daripada kata yang menunjukkan kegunaan sesuatu yang menjadi inti
frasa
Contohnya: kertas undi, baja buah, botol ubat, rempah kari, bakul sampah, ruang pameran, kereta tunda

Kelamin / jantina – penerang terdiri daripada kata yang menunjukkan jantina bagi inti frasa
Contohnya: anak jantan, adik perempuan, budak lelaki, sifat wanita, kaum hawa

Bagi frasa nama yang penerangnya terdiri dari kata bukan nama, jenisnya adalah seperti
berikut:

Kata penentu : penentu Kata kerja Frasa sendi nama
hadapan / penentu belakang

Kata adjektif Kata bilangan Kata adverba


Click to View FlipBook Version