PELAKSANAAN KAJIAN KES
SEJARAH TINGKATAN 2
BAB 10
TAJUK: SARAWAK DAN SABAH
Buku Teks m/s 176 - 201
TEMA : WARISAN NEGARA
STANDARD KANDUNGAN : SARAWAK DAN SABAH
ARAHAN TUGASAN
MURID-MURID DIKEHENDAKI MEMBUAT SATU KAJIAN KES BERKAITAN KEUNIKAN MASYARAKAT DI
SARAWAK DAN SABAH.
HASILKAN SATU LAPORAN KAJIAN KES BERBENTUK SLAID POWER POINT MENGIKUT KREATIVITI MASING-
MASING.
LAPORAN KAJIAN KES ANDA HENDAKLAH MENGANDUNGI ASPEK-ASPEK BERIKUT:
A) Muka hadapan (Nama, Tingkatan, Tajuk Kajian, Nama Guru, Tarikh Siap)
B) Pernyataan masalah
C) Objektif Kajian
D) Kaedah Kajian
E) Dapatan Kajian
• Jenis kepimpinan di Sarawak dan Sabah
• Jenis kegiatan ekonomi berdasarkan lokasi masyarakat di Sarawak dan Sabah
• Keunikan yang terdapat di Sarawak dan Sabah dari aspek kepelbagaian kaum, kesenian, perayaan, tarian
tradisional dan seni bina
• Kepentingan sikap bijaksana untuk meneruskan kelangsungan hidup
F) Rumusan (Pengetahuan, Nilai, Cadangan & Harapan)
G) Sumber Rujukan
H) Lampiran (jika ada)
LANGKAH DEMI LANGKAH
LANGKAH 1: MEMBINA PERNYATAAN MASALAH
PERNYATAAN MASALAH:
Masyarakat di Sarawak dan Sabah telah menyesuaikan kehidupan harian mereka dengan bentuk muka bumi dengan
begitu baik dan berjaya mempunyai sistem pemerintahan sendiri serta menjalankan kegiatan ekonomi yang tersusun.
Hal ini telah mewujudkan keunikan kepada warisan budaya masyarakatnya yang berlainan di samping kebijaksanaan
memanfaatkan alam sekitar demi kelangsungan kehidupan. Buktikan pernyataan ini.
LANGKAH 2: MEMBINA PERSOALAN KAJIAN
Membina persoalan kajian dengan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan
PERSOALAN KAJIAN:
1) Nyatakan jenis kepimpinan di Sarawak dan Sabah
2) Senaraikan jenis kegiatan ekonomi berdasarkan lokasi masyarakat di Sarawak dan Sabah
3) Analisis bukti keunikan masyarakat di Sarawak dan Sabah dalam pelbagai aspek
4) Jelaskan kepentingan sikap bijaksana untuk meneruskan kelangsungan hidup
LANGKAH 3: MEMBUAT KAJIAN LITERATUR
Mengenal pasti bahan rujukan yang berkaitan pernyataan masalah dari buku teks, buku ilmiah, jurnal, majalah
dan sebagainya.
PENTING !!!
LANGKAH 4: MENENTUKAN OBJEKTIF KAJIAN
Membina 3 objektif kajian yang mengandungi objektif pengetahuan, objektif kemahiran dan objektif nilai
OBlJEKTIF KAJIAN :
1) Menjelaskan jenis kepimpinan dan kegiatan ekonomi berdasarkan lokasi masyarakat Sarawak dan Sabah
dengan lebih terperinci
2) Meneroka bukti keunikan yang terdapat di Sarawak dan Sabah dari aspek kepelbagaian kaum, kesenian,
perayaan, tarian tradisional dan seni bina
3) Menghuraikan kepentingan sikap bijaksana untuk meneruskan kelangsungan hidup
LANGKAH 4: MENENTUKAN KAEDAH KAJIAN
Menentukan 2 kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian kes dan membina ayat kaedah kajian yang
digunakan secara terperinci. (rujuk lampiran)
Contoh kaedah kajian :
• Kajian perpustakaan
• Audio visual
• Melayari internet
• Pemerhatian dan lain-lain
LANGKAH 5: MENGENAL PASTI SUMBER RUJUKAN
Menyediakan sekurang-kurangnya 2 sumber rujukan yang bersesuaian dengan kaedah kajian beserta format
penulisan sumber yang betul (rujuk lampiran)
LANGKAH 6: MENGANALISIS DATA
Berdasarkan sumber rujukan, murid perlu menganalisis data untuk menjawab persoalan kajian
LANGKAH 7: LAPORAN KAJIAN
Menyediakan laporan kajian yang mengandungi perkara berikut:
• Muka hadapan (Nama, Tingkatan, Tajuk Kajian, Nama Guru, Tarikh Siap)
• Pernyataan masalah
• 3 Objektif Kajian
• 2 Kaedah Kajian
• Dapatan Kajian
• Rumusan (rujuk lampiran)
• Sumber Rujukan
• Lampiran (jika ada)
Laporan kajian adalah berbentuk slaid Power Point mengikut kreativiti masing-masing.
TEMPOH PELAKSANAAN TUGASAN:
Minggu 31: Taklimat Guru & Persediaan Tugasan
Minggu 32: Pelaksanaan tugasan
Minggu 33: Pelaksanaan tugasan
Minggu 34: Proses akhir dan penghantaran tugasan
Tarikh akhir penghantaran tugasan: 14 OKTOBER 2021 (Khamis)
Disediakan oleh: Panitia Sejarah, SMK Mohd Khalid
LAMPIRAN