The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurfmy, 2022-01-27 20:05:09

Pameran Bertema Maya Tahun Baharu Cina

Tahun Baharu Cina Tahun 2022

PSS DARUL ULUM
SMK MOHD KHALID
JOHOR BAHRU



SEJARAH

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas.
Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12

ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China.

Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan
kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika

Dinasti Shang (menurut catatan tulang oracle yang masih wujud) dan Zhou
(menurut Sima Qian).

Maharaja pertama China iaitu Maharaja Qin Shi Huang menukar dan menetapkan
awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal

bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM,
Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai

awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

MITOS

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年) ialah seekor raksasa
pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain,

dari bawah laut), yang muncul setiap 1 tahun, sekitar musim sejuk, untuk
memburu manusia.

Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan
bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan,

bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas.

Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung
yang bermaksud "menyambut tahun baru",
membawa erti "meredah raksasa Nian"

Tahun Baharu Cina disambut secara
besar-besaran oleh masyarakat Cina di seluruh
dunia kerana ini menandakan kelahiran tahun

baharu mengikut kalendar lunar.

Tahun Baharu Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan
dinamakan sempena nama zodiak Cina (nama haiwan).

12 haiwan yang menaungi kalendar lunar ialah
tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda,
kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan khinzir.
Setiap haiwan membawa signifikasi yang tersendiri.

ANG PAU

Ang pau atau sampul merah diedarkan
sepanjang Tahun Baharu Cina oleh

pasangan suami isteri atau orang tua
kepada pemuda-pemudi yang belum

berkahwin.

Adalah satu kebiasaan untuk orang
dewasa memberi sampul merah ini

kepada kanak-kanak.

MALAM
TAHUN BAHARU CINA

Pada malam Tahun Baharu, kaum keluarga sama
ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu

bapa untuk upacara makan besar.

Ini simbol eratnya kekeluargaan yang menjadi
tunjang masyarakat harmoni.

YEE SANG

Merupakan menu wajib setiap kali
meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

Menu ini biasanya disajikan sebagai
hidangan pembuka dan dianggap
sebagai Simbol Penyatuan dan Lambang
Kemurahan Rezeki yang akan diperoleh

sepanjang tahun tersebut.

PAKAIAN

Mereka percaya warna merah membawa tuah
dan kecemerlangan dalam hidup mereka.

Nasib mereka akan ditimpa malang sekiranya
memakai pakaian yang berwarna hitam dan

warna-warna yang gelap.

Dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu
dalam majlis-majlis perayaan kerana
dipercayai warna-warna tersebut

melambangkan kematian dan kesedihan.

TARIAN SINGA

Tarian Singa adalah sebahagian
daripada tarian tradisional dalam

masyarakat Cina.

Penari akan meniru pergerakan singa
dengan menggunakan kostum singa.

Kostum singa itu dimainkan oleh dua
penari iaitu seorang memainkan di

bahagian hadapan dengan
menggerakkan kepala kostum,
manakala pasangan penari akan
memainkan bahagian belakang kostum

singa tersebut.

TARIAN NAGA

Tarian naga akan dikuasai oleh sekumpulan
penari yang ramai.

Lebih kurang 15 hingga 20 orang penari
yang terlibat dalam persembahan tersebut,
bilanganya bergantung kepada saiz naga

yang berbeza.

Sebiji bola akan diambil dan dimainkan oleh
salah seorang daripada

penari-penari untuk mengarahkan
perjalanan atau pergerakkan naga tersebut.

LIMAU MANDARIN
& LOKAM

Amalan memberi limau mandarin juga
simbolik memberi tuah.

Buah limau mandarin yang dipanggil ‘kam’
dalam bahasa Kantonis bermaksud emas.

Ia merupakan kewajipan setiap Tahun Baru
Cina kerana ia melambangkan limpahan
kekayaan kepada masyarakat Tiong Hua.

KUIH BAKUL

Dikenali juga sebagai Nian Gao. Kuih bakul
diperbuat daripada tepung pulut dan
berbentuk seperti dodol.

Nian Gao merujuk kepada frasa ‘semakin
tinggi tahun demi tahun’.

Hidangan Nian Gao semasa jamuan makan
malam adalah cukup penting kerana

hidangan ini menandakan peningkatan
dalam kehidupan mereka.

CHAP GOH MEI

Perayaan tersebut jatuh pada malam
15 hari bulan, bulan pertama Imlek
China.

Hari itu juga disebut “Pesta Lampu”
kerana lampu-lampu dinyalakan pada
sebelah malam sebagai aktiviti utama

pada hari perayaan itu.

PSS DARUL ULUM
SMK MOHD KHALID
JOHOR BAHRU


Click to View FlipBook Version