The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU KEJOHANAN BADMINTON MSS SARAWAK TAHUN 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by #SaifulArt, 2020-02-19 09:49:58

BUKU KEJOHANAN BADMINTON MSS SARAWAK TAHUN 2020

BUKU KEJOHANAN BADMINTON MSS SARAWAK TAHUN 2020

PENGENALAN

PENGANJUR
Majlis Sukan Sekolah Sarawak dan
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

PENGELOLA
Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan

KATEGORI PERTANDINGAN
*Rujuk peraturan kejohanan

TARIKH PERTANDINGAN
• Tarikh Pendaftaran : 18 Februari 2020
• Tarikh Kejohanan : 19 Februari 2020
• Tarikh Balik : 22 Februari 2020
• Bilangan Hari Kejohanan : 5 hari

PENYERTAAN PASUKAN
(Diurus oleh Pegawai Teknikal Negeri)

VENUE
Sentosa Sports Centre, Kota Sentosa

PENGADIL LAPOR DIRI
Tarikh - 18/02/2020
Masa - 4.30 petang
Tempat - SMK Kota Samarahan

MESYUARAT PENGADIL / TEKNIKAL
Tarikh - 18/02/2020
Masa - 4.30 petang
Tempat - Bilik Mesyuarat SMK Kota Samarahan

SESI PENDAFTARAN PASUKAN
Tarikh - 18/02/2020
Masa - 7.30 malam
Tempat - Dewan SMK Kota Samarahan

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN
Tarikh - 18/02/2020
Masa - 7.30 malam
Tempat - Bilik Mesyuarat SMK Kota Samarahan

PENGENALAN

PENDAFTARAN DAN SERAHAN BORANG PENYERTAAN
Setiap pemain WAJIB membawa KAD PENGENALAN ASAL atau dokumen JPN
KP09/KPPK 09 asal dari Jabatan Pendaftaran Negara (bagi murid yang
kehilangan kad pengenalan asal) atau dokumen JPN KP 11/KPPK 11 (bagi murid
yang mendaftar untuk kad pengenalan pertama kali) dan SALINAN SIJIL
KELAHIRAN (Surat Beranak) yang disahkan oleh Guru Besar sekolah murid itu
belajar (bagi murid sekolah rendah). Borang R01/R02/M01/M02 perlu diserahkan
semasa pendaftaran.

MAJLIS PENUTUP PERTANDINGAN
Tarikh - 21/02/2020
Masa - 4.30 petang
Tempat - Sentosa Sports Centre, Kota Sentosa
Perasmi - Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak

PELAN LANTAI VENUE KEJOHANAN

PENGENALAN

BULU TANGKIS RASMI KEJOHANAN

NO.2002

ANALISIS PEYERTAAN

*PL : Perseorangan Lelaki
*PP : Perseorangan Perempuan
*BL : Beregu Lelaki
*BP : Beregu Perempuan
*BC : Beregu Campuran

PENGENALAN

PENGANGKUTAN
Pihak Pasukan akan menyediakan pengangkutan untuk pasukan masing-masing.
MINUMAN PERTANDINGAN
Minuman semasa pertandingan akan disediakan oleh Pihak Pengelola.
MAKANAN
Pasukan
Pihak pasukan masing-masing menyediakan makanan kepada setiap peserta masing-
masing
Pengadil & Pembantu Teknik Pertandingan
Pihak Pengelola akan menyediakan makanan kepada semua pengadil dan Pembantu
Teknik pertandingan. Pegawai juga akan disediakan minuman semasa pertandingan.
PENGINAPAN PASUKAN
Penginapan pasukan ditanggung dan diurus oleh pasukan masing-masing.
KESELAMATAN
Arena
Pihak pengelola akan menyediakan Pasukan Perubatan yang terdiri daripada Bulan
Sabit Merah Malaysia sepanjang pertandingan. Sebarang kecederaan berat akan
dirujuk ke hospital yang berdekatan
Tempat Penginapan
Pengurus dan Jurulatih setiap pasukan adalah bertanggungjawab penuh sebelum,
semasa dan selepas kejohanan serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh
pihak penginapan/hotel. Walaupun begitu pengelola akan membantu sekiranya
berlaku kes-kes berat yang melibatkan keselamatan. Segala kerosakan yang berlaku
di tempat penginapan dan tempat pertandingan adalah tanggungjawab pasukan
masing-masing.

PENGENALAN

URUSETIA KEJOHANAN
SEKTOR PEMBANGUNAN BAKAT MURID
Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan
Jalan Dato Mohd Musa
94300 Kota Samarahan, Sarawak
Tel : 082-629597
Fax 082-628359

PERATURAN

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
1.1. Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan
Badminton Dunia (BWF).
1.2. Pertandingan ini juga dijalankan mengikut Peraturan Am MSSM dan MSSS.

2. KELAYAKAN
2.1. Pelajar-pelajar yang bersekolah sepenuh masa di sekolah-sekolah rendah
dan menengah serta sekolah swasta dan sekolah agensi kerajaan lain
adalah layak menyertai pertandingan ini. (Rujuk Peraturan Am 3).

3. HAD UMUR PESERTA (Rujuk Peraturan Am 4)
3.1 Lelaki 18 tahun dan ke bawah
3.2 Lelaki 15 tahun dan ke bawah.
3.3 Lelaki 12 tahun dan ke bawah.
3.4 Perempuan 18 tahun dan ke bawah
3.5 Perempuan 15 tahun dan ke bawah.
3.6 Perempuan 12 tahun dan ke bawah

4. JENIS PERTANDINGAN – INDIVIDU SAHAJA
4.1. Perseorangan lelaki.
4.2. Perseorangan Perempuan.
4.3. Beregu lelaki
4.4. Beregu Perempuan.
4.5. Beregu Campuran (18 tahun dan ke bawah)

5. PENDAFTARAN PEMAIN
5.1 Setiap MSS Bahagian dibenarkan mendaftar dua (2) orang pemain bagi
acara perseorangan dan dua (2) pasangan pemain bagi acara beregu.
5.2 Seorang pemain dibenarkan mengambil bahagian dalam satu (1) acara
perseorangan dan satu (1) acara beregu sahaja atau 2 acara beregu sahaja
(Bawah 18 tahun)
5.3 Kad Pengenalan Asal/Salinan Sijil lahir yang disahkan (seperti Lampiran B)
hendaklah dibawa bersama-sama semasa kejohanan.
5.4 Semua borang pendaftaran hendaklah di sahkan oleh Pengetua atau Guru
Besar.
5.5 Pertukaran pemain adalah dibenarkan jika disertakan surat pengesahan dari
Pengetua/Guru Besar/Unit Sukan MSS Bahagian atau Pengurus Pasukan
tarikh yang ditetapkan.
5.6 Pemain-pemain dikehendaki melaporkan diri kepada Referi Kehormat 15
minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.
5.7 Pelajar yang berumur lebih daripada 18 tahun dan tidak melebihi 21 tahun
boleh menyertai pertandingan sehingga di peringkat MSS Negeri SAHAJA.
Pasukan yang ingin membawa pemain Tingkatan Enam (Pemain Jemputan)
hendaklah mengikut pecahan bilangan iaitu 1 Lelaki dan 1 Perempuan
sahaja. (Sila rujuk pada Peraturan Am MSSS – Peraturan 5.2)

PERATURAN

6. SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Pertandingan ini dijalankan secara kalah keluar (knock out system) ,
6.2 Keutamaan pemain (seeding) hendaklah diadakan.
6.3 Pengiraan mata adalah mengikut undang-undang BWF melainkan diputuskan
oleh Referi dan pihak penganjur.
6.4 Keputusan setiap perlawanan ditentukan melalui tiga perlawanan terbaik
(Best of 3).

7. PAKAIAN
7.1. Pemain dibenarkan memakai baju “T” sebarang warna atau baju “T” MSS
Bahagian dan seluar sebarang warna tetapi ia mestilah tertakluk kepada
syarat-syarat pengiklanan dan undang-undang Persekutuan Badminton Dunia
(BWF). Baju pasangan beregu hendaklah sama dari peringkat separuh akhir
perlawanan.
7.2 Pemain-pemain dibenarkan memakai seluar trek berwarna gelap sahaja.
7.3 Pemain-pemain tidak boleh memaparkan iklan-iklan yang dilarang yang
terdapat unsur-unsur negatif dan yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

8. GELANGGANG DAN PERALATAN
8.1 Mengikut spesifikasi Undang-Undang Persekutuan Badminton Antarabangsa
(BWF).
8.2 Jenama bulu tangkis yang digunakan adalah daripada Penaja Rasmi atau
ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal MSSS.

9. KETEPATAN MASA
9.1 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut Jadual Pertandingan yang
telah ditetapkan kecuali diberitahu oleh Referi atau pihak penganjur. Pemain-
pemain hendaklah berada di venue pertandingan 30 minit sebelum
perlawanan (match) mereka dimulakan dan bersedia bermain di gelanggang
yang kosong (available courts).
9.2 Selepas pengumuman sesuatu perlawanan pemain hendaklah melaporkan diri
kepada pengadil perlawanan berkenaan. Pemain yang gagal melaporkan
diri dalam masa 5 minit akan dikira kalah dan kemenangan percuma akan
diberi kepada pihak lawan.
9.3 Masa rehat pada masa ‘game’ pertama ke ‘game’ kedua ‘game’ kedua ke
‘game’ penentuan (jika ada) ialah 2 minit. Masa rehat dalam sesuatu ‘game’
apabila seseorang pemain mencapai mata ke 11 ialah 1 minit. (Rujuk syor-
syor kepada Pegawai Gelanggang – BWF)
9.4 Pemain-pemain dikehendaki melaporkan diri kepada Referi Kehormat/urus
setia 30 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan

PERATURAN

10. MENERIMA NASIHAT JURULATIH
10.1 Pemain boleh menerima nasihat jurulatih, semasa pertukaran petak
gelanggang di antara game dalam tempoh masa maksima 2 minit. Pemain
juga boleh menerima nasihat jurulatih semasa rehat dalam sesuatu game
apabila seseorang pemain mencapai mata ke 11. Jurulatih atau pegawai
pasukan hendaklah meninggalkan gelanggang apabila pengadil membuat
pengumuman masa tinggal 20 saat.
10.2 Nasihat atau tunjuk ajar jurulatih dari tepi gelangang semasa “rally”
berlangsung adalah tidak dibenarkan sama sekali.

11. PENGADIL/HAKIM GARISAN
11.1 Kejohanan ini akan menggunakan khidmat pengadil bertauliah sekiranya
pengadil bertauliah mencukupi. Setiap Daerah digalakkan menghantar satu
(1) orang pengadil yang aktif dan bertauliah sekurang-kurangnya Tahap 1.
11.2 Pihak pengelola akan menyediakan Hakim Garisan.
11.3 Keputusan pengadil adalah muktamad. Seseorang pemain hanya boleh
merayu kepada Referi Kejohanan dalam perkara undang-undang sahaja.

12. PENANGGUHAN PERLAWANAN
12.1 Penangguhan perlawanan tidak dibenarkan kecuali diputuskan oleh Referi
kejohanan dan pihak penganjur.

13. BANTAHAN
13.1. Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut undang-undang BWF dan
peraturan Am MSSM.
13.2. Bantahan secara lisan dibenarkan tetapi satu surat yang ditandatangani oleh
pengurus pasukan mesti disampaikan kepada referi kejohanan / pihak
penganjur tidak lewat dari 30 minit selepas perlawanan yang dipertikaikan
itu tamat. Bantahan hendaklah disertakan bersama-sama bayaran
RM 200.00.
13.3. Wang tersebut tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tersebut ditolak.

14. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
14.1 Sekiranya seseorang pemain menarik diri atau menyerah kalah dengan
sengaja daripada Pertandingan, maka lawannya akan dikira pemenang.

15. LEMBAGA JURI RAYUAN
Rujuk Peraturan AM MSSM (Peraturan 13)

16. LEMBAGA TATATERTIB
Rujuk Peraturan AM MSSM (Peraturan 14)

PERATURAN

17. PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
17.1 Semua peraturan yang dinyatakan di atas mesti dipatuhi.
17.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan Am dan Peraturan
Pertandingan ini akan diputuskan oleh Referi Kejohanan dan Jawatankuasa
Pengelola dan keputusan itu adalah muktamad.
(Rujuk Peraturan Am MSSM – Peatauran 19).

18. AM
18.1 Borang penyertaan rasmi hendaklah ditaip dengan lengkap, disahkan oleh
pihak sekolah dan dihantar kepada pihak pengelola mengikut tarikh dan
masa yang ditetapkan.
18.2 Sekiranya ada pertukaran pemain, ianya hendaklah dibuat menggunakan
borang rasmi daripada pengelola dan dihantar kepada pihak pengelola
mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
18.3 Tarikh pengundian akan ditentukan oleh pihak Pengelola dan Jawatankuasa
Teknikal Badminton MSSS. Pengundian dibuat secara tertutup. Mereka yang
hadir adalah seperti yang ditetapkan dalam mesyuarat Jawatankuasa
Teknikal Badminton MSSB.
18.4 Semasa taklimat Pengurus Pasukan, ditetapkan 3 orang dari setiap bahagian
hadir iaitu Pengerusi Teknik Bahagian, Pengurus Pasukan dan Ketua
Jurulatih.

19. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
19.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan
Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad
19.2 Sila rujuk Peraturan-Peraturan Am (19) MSSM – PINDAAN DAN HAK
JAWATANKUASA PENGELOLA. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam
PERATURAN AM ini dan PERATURAN PERMAINAN BERKENAAN akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSS dan
keputusannya adalah muktamad

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Teknik Dan Pembangunan Sukan

Sukan Badminton MSS Sarawak

KRONOLOGI

MAKLUMAT PENTING KEJOHANAN

BIL PERKARA TARIKH / MASA CATATAN
1 Tarikh Kejohanan / TEMPAT
Dewan Sentosa Sport Centre, Kota
 19-21 Februari 2020 Sentosa
(Rabu-Jumaat)

2 Tarikh Tutup Penyertaan  12 Februari 2020 (Rabu), Hantar kepada Setiausaha MSSB
sebelum jam 17.00 pm Samarahan melalui :
Emel: [email protected]
Emel: [email protected]

3 Tarikh Akhir Penghantar  14 Februari 2020 (Jumaat) Hantar kepawda PTPS Badminton :
Borang Pertukaran Pemain Sebelum jam 12.00 pm [email protected]

(Jika ada)

4 Cabutan Undi  14 Februari 2020 (Jumaat) Cabutan Undi akan diuruskan oleh
5 Taklimat Pengadil Pengerusi Teknik & Pembangunan MSS
 18 Februari 2020 (Selasa) Sarawak
 Jam 4.30 petang
 Bilik Mesyuarat, SMK Kota Taklimat Pengadil akan diuruskan oleh
PTPS MSSB Samarahan / Ketua Pengadil
Samarahan

Mesyuarat Pengurus  18 Februari 2020 (Selasa) Semua MSSB dipohon membawa
6 Pasukan Dan Pengesahan  Jam 7.30 petang dokumen yang berkenaan untuk disemak
 Bilik Mesyuarat, SMK Kota dan disimpan oleh Urus Setia.
Peserta Samarahan

7 Kejohanan Badminton MSS  19-21 Februari 2020 Semua pasukan dikehendaki mendaftar di
Sarawak 2020 bermula Mulai jam 8.00 pagi Urus Setia pada atau sebelum jam 7.30
pagi

8 Mesyuarat Pemilihan  21 Februari 2020 (Jumaat) Pengurus Pasukan dan Pengerusi
Pemain MSSS  Jam 10.30 pagi Teknik/Ketua Jurulatih Bahagian dipohon
 Dewan Sentosa Sport Centre, untuk hadir ke mesyuarat tersebut.
Kota Sentosa
9 Majlis Penutupan Rasmi  Semua pasukan WAJIB menghadiri majlis
Kejohanan  21 Februari 2020 (Jumaat) tersebut.
 Dijangka 4.30 petang
Dewan Sentosa Sport Centre,
10 Kontinjen bertolak balik ke  Kota Sentosa
bahagaian masing-masing
22 Februari 2020 (Sabtu)

11 Pakaian Pemain  Semua baju-T pemain dikehendaki bercetak NAMA PEMAIN sendiri
(Contoh: WONG TT atau AHMAD FARIZ M)

 Semua pemain WAJIB memakai baju-T bercetak NAMA PEMAIN sendiri
mulai Separuh Akhir sehingga Akhir

Urus Setia Kejohanan :

12 Sebarang Pertanyaan Yang  Awg Mohmard@Mohd bin Awg Ni (0146317307)
Berkaitan  En. Daud (014-6998509)

 En. Wong Tung (019-838 1707)

TENTATIF
MAJLIS PENUTUPAN

TARIKH : 21 FEBRUARI 2020
VENUE : SENTOSA SPORT CENTRE

0345 Semua kontijen mengambil

PETANG tempat

0355 Ketibaan Pengurus dan Jurulatih

PETANG Kontijen

0400 Ketibaan Tetamu Kehormat

PETANG

Nyanyian Nyanyian Lagu Bacaan Ucapan Aluan Ucapan
Lagu SARAWAK IBU DOA PPD Perasmian
PENGARAH
NEGARAKU PERTIWIKU PENDIDIKAN
SARAWAK

Penyampaian Hadiah / Sijil /
Cenderamata

Sesi Fotografi

Bersurai

AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG
Dr. Haji Azhar Bin Haji Ahmad

(Pengarah JPN Sarawak)

PENASIHAT
En Mortadza Bin Sat

Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid

PENGERUSI 1 PENGERUSI 2
En Sapawi Bin Mahdi En Hasbi Bin Ancheh

(PPD Samarahan) (PPD Simunjan)

SETIAUSAHA
En Awg Mohmard@Mohd Bin Awg Ni

En En Daud Ak Injah

BENDAHARI
Pn Lim Chin Yao

AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA KERJA

URUSETIA DAN BUKU KEJOHANAN HADIAH, SIJIL DAN DOKUMENTASI
En Awang Mohmard@Mohd bin Awang Ni En Ahed bin Kalok
En Rosli bin Obeng En Sejeli bin Sarpawi
En Daud ak Injah En Mohd Saifuddin bin Adanan
En Mohammud Mokhtar Abd Razak En Mohd Fairus bin Hajimi
Pn Halimah bt Basuni Pn Ruzifatini bt Ismail
Cik Nurul Azzika bt Razali Cik Nur Atika bt Moh Ngaliman
En Mohd Saifuddin bin Adanan
En Roslan bin Bujang JAMUAN
En Sapri bin Waldie Pn Nora bt Dewa
Pn Normini bt Leman
PENDAFTARAN En Abdul Rasyid bin Antoni
En Bujang Awang Jamain En Muhd Raymezi bin Asan
En Maslan bin Jemat
Cik Christie Lima Ak Ringgit JAMUAN VIP
En Zakaria bin Asan Pn Dyg Mastura Bt Awg Morsidi
En Hisham bin Jambu En Tahot Bin Sulai
Pn NurHezlyn Juget bt Abdullah Pn Nur Fazriena Bt Razaly
Pn Zuryati bt Mohamad Hjh Rosita Bt Hj Sapong
En Matnor bin Bacho Pn Latipah Bt Razali
Pn Dygku Nurulhuda bt Awg Hero
PENUTUPAN
PEGAWAI PENGIRING KONTIJEN En Samsul Alam bin Mohd Shamsuddin
En Mohamad bin Kassim Hj Khalic bin Abdul Hamid
En Abd Rashid Sabang
SIARAYA En Saree Sulaiman
Hj Issnu bin Hj Dollah En Ismadi Dolbah
En Mazlan bin Sijif En Atang Jinah
En Khairil Anuar bin Ramlan En Juhari bin Pawi
En Nurhamidi bin Ahmad En Irwan bin Abu Bakar
En Pawira bin Pom En Wan Khairul Faizal bin Sulaiman
Cik Zuhaida bt Bohari En Zainal bin Jiee
En Mohamad Asrudy bin Sapian
Pelajar membantu
KECEMASAN Mohd Haziq Rosli
Pn Kong Zhu Niang Muhammad Nabil Fitri Abdullah
Cik Jacqueline ak Rito Nurul Aqilah Rosli
Pn Caroline Jenny ak James Rain Muhamad Amir Hamzah Jara’ie
Nurul Ain Syahiera Ismadi
PERALATAN Hazfariza Roslan
En Mohammud Mokhtar Abd Razak
En Rabaai bin Sidek KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN
En Romia ak Dawit En Padil bin Bujang
En Edwin Ason ak Kanyan En Mahadir bin Razali
En John Kuta ak Terence Ajit En Rabaai bin Sidek
En Anuar bin Hasbi SKUAD MESRA

AHLI JAWATANKUASA

SENARAI NAMA PEGAWAI KEJOHANAN

BIL NAMA PEGAWAI STESEN BERTUGAS JAWATAN

1. En Wong Tung SJK Nam Kiew, Sarikei Pegawai Teknikal Negeri

2. En Wennedy Danny SK Jln Hj Baki, Padawan PT SBA/ Referi Kehormat

3. En Wong Li Hui SJK Bulat, Sarikei Pegawai Statistik

4. En Atjimi Raili SK Hj Kelali Semera, Samarahan Pegawai Teknikal Bahagian (SR)

5. En Jemat bin Adam SMK Seri Sadong, Simunjan Pegawai Teknikal Bahagian (SM)

6. En Mahmud bin Hj Naim SK Stapok, Padawan Umpire

7. En Lee Sua Boi SMK Siburan, Padawan Umpire

8. Cik Jane Huo Lee Ling SK Kampung Baru, Samarahan Umpire

9. En Daud bin Samsudin SK Sungai Ba, Simunjan Umpire

10. En Mohd Addely bin Zen SK Sungai Ladong, Simunjan Umpire

11. En Faizan bin Mat SK Tungkah Dayak, Simunjan Umpire

12. En Rumaizi bin Abd Ghani SK Hj Kelali Semera, Samarahan Umpire

13. En Saiful bin Ahim SK Tebelu, Simunjan Umpire

14. En Affendi bin Hj Merican SMK Sadong Jaya, Samarahan Umpire

15. En Mohd Nazri bin Hamzah SK Tambirat, Samarahan Umpire

16. En Stanley Ak Bayang SMK Bukit Assek, Sibu Umpire

17. En Mohd Nizarman bin Mohd Ikhwan SK Saint Pius, Baram Umpire

18. En Muhammad Faiz Zuhairi Abdullah SK Ulu Sungai Siong, Sibu Umpire

19. En Allenovack Loudern SK Lepong Balleh, Kapit Umpire

20. Cik Vanessa Phang Iywon SK St. Philip Bugo, Serian Umpire

AHLI JAWATANKUASA

SENARAI NAMA PENJAGA GARISAN

BIL NAMA PEGAWAI STESEN BERTUGAS BIL NAMA PEGAWAI STESEN BERTUGAS
SK Tambay
1. Jamali Saini SK Wira Jaya 17. Mustakim Mohamed SK Kg Melayu
SK(A) Ibnu Khaldun
2. Mohd Hatta SK Endap 18. Awg Rusdi SK Mang
SJK CH Tambirat
3. Bakerya Sidek SK Empila 19. Paridon Toni SK Kpg Baru
SK Tjg Apong
4. Monir Sajila SK Pend. Khas 20. Mohamad Gani SK Plaie
SK Rembus
5. Edie Rosli SK Pinang 21. Jong Sze Min
SMK Hjh Laila Taib
6. Mazlan Sijif SK Meranek 22. Johari Deraman
SMK Asajaya
23. Malek Baie
SMK Kota Samarahan
7. Sahdi Jemain SK St Micheal 24. David Dawi
SMK Sadong Hilir
8. Isharudin Sahari SK Dato Mohd Musa 25. Radiah Narawi
SMK Pesantren Abd Taib
9. Hamzah Johan SK Jln Muara Tuang 26. Iskana Hussaini Mahmud

10. Sarep Abd Rahman SK Tjg Tuang 27. Lai Siew Ling

11. Liah Tel SK St John Sebayor 28. Mohd Mazlan
Tendek
12. Tamizi Karem SK St Martin

13. Tan Ang Hia SJK CH Sg Jernang 29. Razali Awg Bujang

14. Sejeli Sarpawi SK Mata Parang 30. Wan Mohd Firdaus
Wan Hassan

15. Sapri Sini SK Niup 31. Mustapha Ismail

16. Daun Injah SK Dato Traoh 32. Narudin Suleyman

PENGHARGAAN

Terima Kasih buat semua yang terlibat menjayakan

KEJOHANAN BADMINTON MSS SARAWAK

bagi tahun 2020 sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung.

BWF WORLD RANKINGS

PERSEORANGAN LELAKI PERSEORANGAN WANITA

RANK NEGARA NAMA PEMAIN RANK NEGARA NAMA PEMAIN

1 JPN Kento MOMOTA 1 CHN CHEN Yu Fei

2 TPE CHOU Tien Chen 2 TPE TAI Tzu Ying
3 JPN
3 DEN Viktor AXELSEN …31 MAS Akane
YAMAGUCHI
Kento MOMOTA …14 MAS LEE Zii Jia CHEN Yu Fei
Soniia CHEAH
CHEN Qing Chen
BEREGU LELAKI BEREGU WANITA JIA Yi Fan

RANK NEGARA NAMA PEMAIN RANK NEGARA NAMA PEMAIN
1
1 INA Fernaldi GIDEON 2 INA CHEN Qing Chen
2 INA Sanjaya SUKAMULJO 3 JIA Yi Fan
3 JPN
Hendra SETIAWAN …15 JPN Mayu MATSUMOTO
Mohammad AHSAN Wakana NAGAHARA

LI Jun Hui JPN Yuki FUKUSHIMA
LIU Yu Chen Sayaka HIROTA

Fernaldi GIDEON …8 MAS Aaron CHIA MAS CHOW Mei Kuan
Sanjaya SUKAMULJO SOH Wooi Yik LEE Meng Yean

RANK NEGARA BEREGU CAMPURAN ZHENG Si Wie
1 CHN HUANG Ya Qiong
2 CHN NAMA PEMAIN
3 THA
…7 MAS ZHENG Si Wie
HUANG Ya Qiong

WANG Yi Lyu
HUANG Dong Ping

Dechapol PUAVARANUKROH
Sapsiree TAERATTANACHAI

CHAN Peng Soon
GOH Liu Ying

SEJARAH JATUH NAIK SUKAN BADMINTON NEGARA
YANG PATUT BAWA KE GENERASI TURUN TEMURUN

Malaysia tidak pernah merangkul pingat emas dalam sukan Olimpik. Walaupun kita sudah menyertai Olimpik
sejak Tokyo 1964 (dan sebelum itu sebagai Malaya dan Borneo Utara sejak Melbourne 1956). Punca utama
adalah kerana acara sukan yang dipertandingkan semuanya bukan sukan di mana atlet kita handal pada
tahap dunia. Dan oleh kerana itu, jangankan pingat emas bahkan perak dan gangsa pun tidak pernah kita
kecapi.
Semuanya berubah apabila IOC memutuskan bahawa sukan badminton terpilih sebagai salah satu sukan
dalam Olimpik Barcelona 1992. Badminton adalah satu sukan dimana negara kita boleh diambil kira sebagai
kuasa besar sukan itu dan atlet badminton kita merupakan antara pemain terbaik dunia. Dengan adanya
badminton dalam sukan Olimpik, kemungkinan Malaysia merangkul pingat emas bukan lagi persoalan ya atau
tidak tetapi lebih kepada persoalan bila ia akan berlaku

Punch Gunalan, Jalani Sidek, Elyas Omar and BARCELONA 1992
Razif Sidek - Barcelona 1992.
Kalaulah mahu dicongak edisi Olimpik yang mana satu paling berpotensi memberikan kilauan emas
buat Malaysia, maka Barcelona 1992 mungkin berada dalam senarai teratas. Baru sahaja dua bulan
sebelum Barcelona 1992, Malaysia muncul juara Piala Thomas di Kuala Lumpur. Lantas kita turun ke
gelanggang badminton di Barcelona selaku juara Piala Thomas, piala paling berprestij dalam dunia
badminton. Pun begitu Foo Kok Keong hanya mampu mara ke pusingan ketiga sebelum ditundukkan
oleh jagoan Indonesia, Ardy Wiranata manakala Rashid Sidek pula cuma pergi sejauh suku akhir dan
tumpas kepada perseorangan Denmark, Thomas Stuer-Lauridsen.
Dalam acara beregu pula, beregu Cheah Soon Kit/Soo Beng Kiang tewas pada Li Yongo/Tian Yingbi
dari China dalam pusingan pertama. Hanya beregu Razif Sidek/Jalani Sidek sahaja yang pergi sejauh
separuh akhir sebelum kalah kepada beregu Korea Selatan, Kim Moon-soo/Park Joo-bong sekaligus
memberikan pingat pertama Malaysia di Olimpik dalam bentuk gangsa. Tidak ada atlet badminton
wanita negara di Barcelona 1992. Indonesia yang tewas pada kita dalam akhir Piala Thomas dua
bulan sebelumnya muncul juara keseluruhan badminton di Barcelona 1992

Rashid Sidek (tiga dari kiri). ATLANTA 1996

Selepas kecewa di Barcelona 1992, pasukan badminton negara turun ke gelanggang di Atlanta 1996
dengan tekad baru memburu kilauan emas. Harapan perseorangan disandarkan pada veteran
Rashid Sidek dan muka baru, Ong Ewe Hock. Beregu pula menyaksikan gandingan Cheah Soon
Kit/Soo Beng Kiang diceraikan untuk membentuk gandingan Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock dan Soo
Beng Kiang/Tan Kim Her. Buat kali pertama juga atlet badminton wanita kita turun, Chan Chia Fong
tapi beliau tewas dalam perlawanan pertama kepada perseorangan China, Ya Zhaoying.
Rekod Malaysia di Atlanta 1996 lebih baik, Rashid Sidek merangkul pingat gangsa dengan
menewaskan Heryanto Arbi dari Indonesia. Beregu Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock pula mara ke
perlawanan akhir bertemu beregu Indonesia, Rexy Mainaky/Rick Subagja. Empat tahun lalu dalam
Piala Thomas 1992, Cheah Soon Kit yang merupakan senior sekolah aku pernah menewaskan beregu
musuh dari Indonesia mereka itu ketika bergandingan bersama Soo Beng Kiang. Tetapi di Atlanta
1996 skrip sebaliknya yang terjadi dan beregu kita hanya berpuas hati dengan pingat perak. Kali ini
Korea Selatan pula mendominasi pungutan pingat badminton sedang kita hanya pulang dengan satu
perak dan satu gangsa.

Rashid Sidek (tiga dari kiri). SYDNEY 2000
Roslin Hashim
Selepas membaiki rekod Olimpik kita di Atlanta 1996, edisi Sydney 2000 pula adalah edisi Olimpik
yang wajar kita lupakan. Malaysia diwakili oleh Wong Choon Hann dan Ong Ewe Hock dalam acara
perseorangan, manakala untuk beregu pula Choong Tan Fook/Lee Wan Wah dan Cheah Soon Kit/Yap
Kim Hock menjadi sandaran negara. Hanya Choong Tan Fook/Lee Wan Wah sahaja yang pergi jauh,
tetapi tunduk dalam penentuan pingat gangsa kepada beregu Korea Selatan. Malaysia pulang
dengan tangan kosong, China mendominasi pungutan pingat badminton keseluruhan di Sydney
2000.

ATHEN 2004

Athens 2004 menyaksikan penyertaan paling ramai atlet badminton Malaysia. Dalam perseorangan
lelaki, Malaysia diwakili oleh pemain veteran Wong Choon Hann, Roslin Hashim dan seorang pemain
muda bernama Lee Chong Wei. Untuk beregu pula gandingan Choong Tan Fook/Lee Wan Wah
ditemani oleh gandingan Chan Chong Ming/Chew Choon Eng manakala beregu wanita menyaksikan
kemunculan Chin Eei Hui/Wong Pei Tty. Tetapi kuantiti tidak menjanjikan kualiti. Kita pulang tangan
kosong sekali lagi, pencapaian terbaik pun setakat suku akhir oleh Choong Tan Fook/Lee Wan Wah
yang tewas kepada Lee Dong-soo/Yoo Yong-sung, beregu dari negara pakar beregu iaitu Korea
Selatan. China sekali mendominasi kutipan pingat badminton di Athens 2004.
Trivia: Lin Dan juga turut serta di Olimpik buat kali pertama di Athens 2004, sama seperti Lee Chong
Wei. Tapi Lin Dan kalah di perlawanan pertama kepada Ronald Susilo dari Singapura. Lee Chong Wei
pergi jauh sedikit, ke pusingan kedua sebelum tewas kepada Chen Hong dari China.

BEIJING 2008

Selepas dua edisi Olimpik berakhir dengan tangan kosong, Malaysia turun di Beijing
2008 sekali lagi dengan pasukan yang besar. Lee Chong Wei dan Wong Choon Hann
untuk perseorangan lelaki; Choong Tan Fook/Lee Wan Wah dan Koo Kien Keat/Tan
Boon Heong untuk beregu lelaki; Wong Mew Choo untuk perseorangan wanita dan
Wong Pei Tty/Chin Eei Hui untuk beregu wanita. Tetapi atlet wanita kita bungkus awal
seperti kebiasaan, manakala beregu lelaki Choong Tan Fook/Lee Wan Wah terus
dilanda badi Korea Selatan. Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mara hingga ke suku akhir
sebelum ditundukkan oleh beregu mantap Indonesia, Markis Kido/Hendra Setiawan
dalam perjalanan mereka merangkul emas. Hanya Lee Chong Wei berjaya merangkul
pingat buat negara dalam bentuk perak apabila tewas pada Lin Dan. China seperti
dijangka selaku tuan rumah mendominasi sukan badminton di Beijing 2008.

LONDON 2012

Malaysia turun ke London 2012 dengan pemburuan pingat emas diteruskan, khususnya
dalam acara perseorangan lelaki. Lee Chong Wei seperti biasa mengepelai pemburuan,
dibantu oleh beregu lelaki Koo Kien Keat/Tan Boon Heong, perseorangan wanita Tee Jing
Yi dan beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying. Sekali lagi kita mengulang skrip
yang sama. Hanya Lee Chong Wei berjaya merangkul pingat perak setelah tewas sekali
lagi kepada seteru utama Lin Dan. London 2012 juga menyaksikan dominasi total oleh
China, merangkul semua lima pingat emas yang dipertandingkan untuk acara sukan
badminton, kali pertama dalam sejarah Olimpik.
Trivia: Selain pingat perak oleh Lee Chong Wei, Malaysia juga berjaya membawa pulang
sebutir pingat gangsa sumbangan atlet terjun, Pandelela Rinong. Sukan terjun muncul
sukan kedua menyumbangkan pingat buat negara di Olimpik.

RIO de JANEIRO 2016

Lapan atlet badminton bersaing di Rio 2016. Untuk kali pertama juga Malaysia bersaing dalam semua lima acara, perseorangan lelaki dan wanita,
beregu lelaki, wanita dan juga campuran. Perseorangan wanita Tee Jing Yi kandas di peringkat kumpulan, manakala beregu wanita Vivian Hoo Kah
Mun/Woon Khe Wei mara ke pusingan kalah mati tetapi tumpas di suku akhir kepada beregu wanita Jepun, Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi. Pun
begitu dalam tiga acara badminton lain kita mempunyai wakil di perlawanan akhir, dan potensi tiga pingat emas.
Pemburuan pingat emas Malaysia nampak seperti akan membuahkan hasil tetapi pengakhirannya sudah pun kita ketahui semalam. Kesemua
prospek tiga emas berubah menjadi perak. Pun begitu ia masih pencapaian terbaik dalam acara badminton oleh Malaysia sepanjang sejarah Olimpik,
hasil usaha Lee Chong Wei, Goh V Shem/Tan Wee Kiong dan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying. China muncul juara keseluruhan dalam acara sukan
badminton, tetapi kali ini hanya dengan dua butir pingat emas. Malaysia pulang dengan tiga perak dari badminton, berserta satu perak dari sukan
terjun dan satu gangsa dari sukan lumba basikal. Juga menjadikan Olimpik Rio 2016 sebaga edisi Olimpik terbaik negara.

Chan Peng Soon/Goh Liu Ying. Chan Peng Soon/Goh Liu Ying.

TOKYO 2020

Apa yang pasti peluang terbaik untuk Malaysia merasai pingat emas masih
lagi dalam sukan badminton berbanding terjun atau lumba basikal.
Cumanya, dunia badminton semakin berubah. Pada tahun 2014, Jepun telah
muncul juara Piala Thomas, memecah dominasi sekian lama oleh China,
Indonesia dan Malaysia. Tahun 2016 pula menyaksikan Denmark pula
muncul juara Piala Thomas, juara pertama dari luar benua Asia. Rio 2016
juga menyaksikan pemain perseorangan wanita Sepanyol, Carolina Marin
merangkul pingat emas, PV Sindhu dari India untuk pingat perak dan
Nozomi Okuhara untuk pingat gangsa. Kali pertama dalam sejarah
perseorangan wanita badminton di Olimpik tiada China atau Indonesia di
podium. Kejayaan beregu wanita Jepun, Misaki Matsutomo/Ayaka
Takahashi muncul juara diikuti beregu Denmark dan Korea Selatan untuk
perak dan gangsa juga bermakna tidak ada beregu China di podium untuk
acara beregu wanita buat kali pertama dalam sejarah Olimpik.
Kesimpulannya, Tokyo 2020 akan jauh lebih mencabar bukan kerana musuh
tradisi seperti China, Indonesia atau Korea Selatan. Tetapi kerana
munculnya pencabar baru badminton dalam sukan Olimpik


Click to View FlipBook Version