The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP DIGITAL INI MENCERIYAKAN TENTANG TUN HUSSIEN ONN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sharpeace90, 2021-04-10 15:18:40

TOKOH PEMIMPIN JOHOR : TUN HUSSIEN ONN

BUKU SKRAP DIGITAL INI MENCERIYAKAN TENTANG TUN HUSSIEN ONN

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

Tun Hussein bin Dato' Onn

NAMA PESERTA : TIONG YU QING

KELAS : 6K

ALAMAT E-MAIL : [email protected]

NAMA & ALAMAT SEKOLAH : SJK(C) CHEOW MIN BT 35 JALAN JOHOR 82000
PONTIAN JOHOR

KANDUNGAN

• PENDAHULUAN………………………………………………………1
• BIODATA………………………………………………………………2
• PENDIDIKAN………………………………………………………….3
• KERJAYA………………………………………………………………4
• SUMBANGAN…………………………………………………………6
• NILAI KEPIMPINAN………………………………………………….9
• PENUTUP………………………………………………………………10
• SUMBER RUJUKAN………………………………………………….11

PENDAHULUAN
Saya Tiong Yu Qing pelajar 6K dari SJK(C) Cheow Min ingin merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan dan menjayakan buku
skrap digital ini .Pertamanya ,saya ingin menggucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa yang
telah memberi saya dorongan dan bantuan serta mengeluarkan perbelanjaan untuk membuat buku
skrap digital ini.
Kedua, terima kasih kepada diucapkan kepada guru sejarah saya yang telah memberi saya
tunjuk ajar dan bimbingan dalam merancang dan membuat buku skrap digital ini. Saya membuat
buku skrap digital bertemakan tentang Tokoh Pemimpin Johor. Saya telah memilih tokoh yang
terkenal di negeri Johor iaitu Tun Hussein Onn. Saya berharap buku skrap digital ini akan memberi
manfaat kepada diri saya dan kepada sesiapa yang membacanya. Saya juga berharap sesiapa yang
membaca buku skrap digital ini akan dapat menghayati sejarah secara empati untuk membentuk
jati diri yang mantap dan memiliki pemikiran yang lebih terbuka.

Akhir sekali ,ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan kerana telah memberi
bantuan dan dorongan sepanjang kajian ini dilaksanakan dan disiapkan

1

BIODATA
Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb Februari, 1922 di Johor Bahru. Beliau adalah anak
sulung Datuk Onn bin Ja’afar dan Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai lapan orang anak.
Beliau mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran menengahnya di English College, Johor
Bahru. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan
Timbalan Setia Negeri Johor. Pada awal tahun 1941, beliau dihantar ke Akademi Tentera di Dehra
Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Regiment
Hydrabad Ke-19 di India.
Apabila perang dunia kedua meletus, beliau berkhidmat di Timur Tengah. Setelah
peperangan tamat beliau dihantar ke India di Bahagian Perisik Tentera di Markas Tentera, New
Delhi. Memandangkan kepada pengalamannya yang luas, pihak British melantiknya menjadi
jurulatih di Pusat Rekrut dan Latihan Polis Malaysia di Rawalpindi. Ketika itu beliau berpangkat
Kapten.
Beliau pulang ke Malaya pada tahun 1945 dan bertugas sebagai Komanden Polis Depot,
Johor Bahru. Selepas enam bulan di dalam perkhidmatan tentera di Malaya, beliau memasuki
Perkhidmatan Pentadbiran Melayu sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Daerah Segamat dan
kemudian sebagai Pegawai Daerah di Kuala Selangor dan Kelang. Ketika itu British sedang
mengemukakan rancangan Malayan Union dan Datuk Onn sendiri memainkan peranan penting
menentang Malayan Union dengan menubuhkan UMNO.

2

PENDIDIKAN
Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok
Kurau Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini Maktab Sultan
Abu Bakar), Johor Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera
Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera
Sandhurst, di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad ke-19
(Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan. Selepas peperangan,
kerajaan British melantik beliau sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya"
di Rawalpindi.

3

KERJAYA

Semangat Dato' Onn Jaafar menentang Malayan Union turut mengapikan semangat Tun
Hussein untuk bersama bapanya menentang Malayan Union. Beliau kemudiannya menyertai
bapanya dalam bidang politik apabila bapanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor
Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung
UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama pada usia 28
tahun. Beliau kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Tun Abdul Razak pula
mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Di samping penglibatannya dalam bidang politik, beliau memasuki Perkhidmatan
Pentadbiran Melayu dan berkhidmat di Kuala Selangor dan Kelang sebagai Penolong Pegawai
Daerah. Pada tahun 1949, beliau telah menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) yang pertama dan kemudian, pada tahun 1950, beliau dipilih menjadi Setiausaha
Agung. Pada tahun 1950, beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan di samping
menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.

Walau bagaimanapun, penglibatan beliau dalam bidang politik mulai pudar apabila
cadangan bapanya untuk membuka pintu UMNO kepada orang bukan Melayu tidak dapat diterima
oleh orang Melayu. Apabila bapanya menarik diri daripada UMNO, beliau kemudiannya
menyertai bapanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada
tahun 1951 dan kemudiannya Parti Negara. Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan yang baik,
beliau meninggalkan bidang politik apabila menukar arah dengan melanjutkan pelajaran dalam
bidang undang-undang di Lincoln's Inn, England dan lulus sebagai Barrister-at-Law pada tahun
1958.

4

Sekembalinya ke Malaya, beliau membuka firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur.
Pada masa itu, beliau sudah pun berkahwin dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Mohammad
Noah dan mempunyai enam orang anak. Ibarat sireh pulang ke ganggang, beliau kembali
menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak yang ketika itu memegang
jawatan sebagai Yang Di-Pertua UMNO pada tahun 1964. Pada Jun 1969, beliau dilantik sebagai
Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO). Walaupun beliau telah
lama menghilangkan diri daripada arena politik, tetapi UMNO telah mencalonkannya sebagai
calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor Bahru Timur. Kepercayaan ini tidak meleset kerana
beliau memenangi kerusi Parlimen ini dengan mudah pada Mei 1969.

Beliau kembali ke politik untuk menyertai UMNO pada tahun 1968 selepas dipujuk oleh
Tun Abdul Razak yang menjadi Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu. Beliau bertanding dan
menang dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Kenaikan pangkatnya yang pantas itu berterusan sewaktu beliau mewarisi Tun Dr. Ismail
yang meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada 15 Januari
1976, beliau dilantik untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun
Abdul Razak

5

SUMBANGAN

Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik
menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak. Di bawah pentadbiran beliau, Kementerian
Pelajaran terus meningkat maju. Beliau maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung
UMNO tahun 1972, beliau telah menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden yang
dipilih. Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973, beliau dilantik menjadi
Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian daripada Tun Dr. Ismail. Apabila Tun Dr. Ismail
meninggal dunia, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973 sekaligus
merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Pemergian Tun Abdul Razak ke rahmatullah
pada 14 Januari 1976 telah mengejutkan rakyat di seluruh negara ini.

Berikutan itu, dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 17 Januari, beliau
telah disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO. Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, Beliau
mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara. Pada tahun
1978, beliau menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO.

Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau telah meneruskan agenda pembangunan yang telah
digariskan oleh Tun Abdul Razak khususnya dalam menggerakkan Dasar Ekonomi Baru. Sebagai
seorang pemimpin, beliau arif tentang hal ehwal keselamatan. Beliau juga memberi penekanan
kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah. Di bawah
pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesar dan dipermodenkan apatah lagi
pada ketika itu rantau di Asia Tenggara telah menjadi gempar ekoran jatuhnya kerajaan Vietnam
Selatan ke tangan komunis dan terbinalah cita-cita "Teori Domino" komunis. Semasa
pentadbirannya pada temboh darurat, usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan bandar

6

telah diperhebat malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi
gerakan-gerakan pengnitipan yang dikatakan berjaya.

Beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang menyebabkan Malaysia meniti arus
pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar dan program-program
yang diketengahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru. Walaupun pada ketika
itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, beliau berjaya untuk mengawal
keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Beliau pernah
menjalani rawatan jantung atau pintasan koronari pada awal 1981. Beliau juga telah berjaya
melancarkan Rancangan Malaysia Keempat pada bulan April 1981.

Beliau juga telah mengikuti jejak langkah bapanya yang sentiasa mencuba untuk
meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan
kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, beliau
melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah
bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara. Keamanan
negara yang diperkukuhnya telah menarik pelabur luar untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang stabil dari segi politik dan ekonomi. Sumbangan beliau yang terbesar ialah
menegakkan tiang keamanan yang kukuh.

Akibat kesihatan beliau yang merosot, beliau menyatakan hasratnya untuk tidak
mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri daripada kepimpinan
negara. Beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 15
Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh timbalannya, Dato' Seri Dr. Mahathir bin
Mohamad (kini bergelar "Tun") pada 18 Julai 1981.

7

Selepas beliau meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri, beliau masih aktif dalam
pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan Institut Kajian Strategik dan
Antarabangsa (ISIS) semasa hayatnya. Disebabkan perkhidmatannya kepada negara, Hussein Onn
dikurniakan dengan gelaran Tun yang merupakan anugerah diraja yang tertinggi di Malaysia.

8

NILAI KEPIMPINAN
Beliau ialah seorang yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan yang melibatkan
hal ehwal negara. Beliau sangat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya. Pengalaman
dalam bidang ketenteraan telah menjadikan beliau sebagai seorang yang berdisiplin dan
mementingkan ketepatan masa. Beliau telah memberikan kebebasan kepada akhbar dan majalah
untuk melontarkan kritikan dan ulasan dengan harapan bahawa perkara itu akan meningkatkan
prestasi pentadbirannya. Beliau ialah seorang negarawan yang disegani dan dihormati. Beliau juga
terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur.
Dalam sejarah, beliau akan sentiasa dikenang sebagai "Penyambung Warisan Yang
Terbilang". Usaha beliau dalam memupuk semangat perpaduan antara berbilang kaum telah
berjaya dicapai dalam konteks masyarakat Malaysia. Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yang
pernah disandang oleh ayahandanya serta pogram pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan
melaksanakannya dengan penuh dedikasi. Malah, beliau juga telah mewariskan pentadbiran
kerajaan serta UMNO kepada Tun Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil dan begitu kukuh pada
ketika itu.

9

PENUTUP
Kesimpulan yang saya dapati dalam hasil kajian ini ialah saya dapat mengenal pasti asal-
usul tokoh pemimpin Johor. Dengan membuat buku skrap digital ini juga saya mendapat tahu
sejarah sebenar tentang perjuangan tokoh pemimpin Johor yang disegani. Saya berharap buku
skrap digital ini akan memberi mabfaat kepada semua yang membacanya. Sekian terima kasih.

10

SUMBER RUJUKAN
1. "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun

1981".
2. "Anugerah Tun untuk Hussein kerana jasanya pada negara". Utusan Malaysia. Yayasan

Kepimpinan Perdana. 17 Julai 1981. Dicapai pada 23 Januari 2021.
3. "DK 1977". awards.selangor.gov.my. Dicapai pada 26 December 2020.
4. "Hussein orang pertama terima darjah Seri Paduka Negeri Sembilan". Utusan Malaysia.

Yayasan Kepimpinan Perdana. 26 Februari 1980. Dicapai pada 23 Januari 2021.

11


Click to View FlipBook Version