The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 15 TAHUN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohamadmy8177, 2022-05-14 00:35:34

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 15 TAHUN 2021

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 15 TAHUN 2021

MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK KETENGAH JAYA II KALI KE- 15 TAHUN 2021

TARIKH : 18 SEPTEMBER 2021
HARI : SABTU
MASA : 2:30 PETANG
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING
MEDIUM : GOOGLE MEET
PERASMI : TN HJ KASMAN BIN EMBONG
(PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN)

Agenda-agenda yang dibincangkan

1.0 Agenda 1

1.1 Perlantikan Pengerusi Sementara

1.2 Puan Hajah Wan Saedah binti Wan Musa mencadangkan Encik
Aminudin bin Draman sebagai pengerusi sementara dan
disokong oleh Puan Zanariah binti Nawawi.

2.0 Agenda 2

2.1 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang
lalu

2.1.1 Puan Salihah binti Ab Ghani selaku setiausaha Persatuan
Ibu Bapa dan Guru SK Ketengah Jaya II membentangkan
minit mesyuarat yang lalu bermula muka surat 14 hingga 17
untuk disahkan.

2.1.2 Cadangan : Pn Hajah Wan Saedah binti Wan Musa

2.1.3 Sokongan : Pn Hasni binti Ramli

3.0 Agenda 3
3.1 Perkara-perkara Berbangkit
3.1.1 Tiada perkara berbangkit

4.0 Agenda 4

4.1 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan

4.1.1 Puan Norazlina binti Deraman selaku bendahari Persatuan
Ibu Bapa dan Guru SK Ketengah Jaya II membentangkan
penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2020 dan
penyata kewangan bagi setengah tahun pertama berakhir pada
30 Jun 2021 untuk disahkan.

4.1.2 Cadangan : Puan Norlidawati binti Ghazali

4.1.3 Sokongan : Puan Dahazila binti Daud

5.0 Agenda 5

5.1 Pembentangan Kutipan Tambahan Keperluan Murid Sesi 2021

5.1.1 Tuan Haji Kamarudin bin Ngah mencadangkan kutipan
sumbangan PIBG RM30/perkeluarga termasuk murid PPKI.

5.1.2 Murid Tahun 1 hingga 5 perlu menyumbangkan sebanyak
RM20/individu untuk Program Kecemerlangan Akademik. Kutipan
ini tidak termasuk murid tahun 6 dan PPKI.

5.1.3 YDP PIBG memaklumkan kutipan akan dbuat apabila sesi
persekolahan dibuka.

5.1.4 Puan Hasni binti Ramli menyokong dan bersetuju dengan
cadangan YDP PIBG.

5.1.5 Ahli sebulat suara menyokong cadangan (5.1.1 dan 5.1.2).

6.0 Agenda 6

6.1 Perbincangan Usul Mesyuarat

6.1.1 Usul 1 : Jadual waktu belajar tidak terlalu padat

Puan Sharifah binti Che Ali selaku Guru Besar SKKJ II
memaklumkan bahawa jadual waktu yang diguna pakai
sekarang adalah tidak padat dan amat bersesuaian. Ianya
bertepatan dengan kehendak KPM.

6.1.2 Usul 2 : Tidak galakkan sekolah dibuka kerana kes covid-
19 tinggi

Puan Zanariah binti Nawawi selaku GPK HEM menjelaskan
bahawa pembukaan sekolah yang telah ditetapkan oleh
kementerian adalah di luar bidang kuasa guru-guru dan
pihak sekolah dan perlu akur dengan arahan pihak
kementerian.

6.13 Usul 3 : Mahu sekolah dibuka pada bulan Oktober 2021

Sama seperti di atas

6.1.4 Usul 4 : Kurangkan mata pelajaran PdPR menjadi 2 sahaja
sebelah pagi dan petang

Puan Noor Hayati binti Muhammad (GPK Pentadbiran)
menjelaskan bahawa PdPR tidak dapat dijalankan pada
sebelah petang kerana murid-murid terlibat dengan kelas
agama.

7.0 Agenda 7

7.1 Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021 dan Perlantikan
AJK PIBG sesi 2021/2022

7.1.1 Tn Haji Kamarudin bin Ngah selaku YDP PIBG 2020/2021
mengumumkan pembubaran Jawatankuasa PIBG 2020/2021.

7.1.2 En Mohd Zuhaifi bin Kamarudin mencadangkan AJK yang
lama dikekalkan dan menggugurkan AJK yang tidak hadir pada
mesyuarat kali ini.

7.1.3 En Mohd. Azrin bin Mohamed Ali menyokong cadangan En
Zuhaifi bin Kamarudin.

7.1.4 Pn Hajah Wan Saedah bin Wan Musa mencadangkan AJK
PIBG yang baru iaitu :
i. Mohd Zuhaifi bin Kamaruddin
ii. Puan Salina binti Mat Salleh

7.1.5 Puan Zuraina binti Hamzah menyokong dengan cadangan
tersebut.

7.1.6 Puan Roswati binti Rawi mencadangkan seorang ahli baru
dari kalangan ibu bapa murid PPKI iaitu Puan Siti Maizatulzakiah
binti Abdullah.

7.1.7 Puan Nohaida binti Mohamed Ali menyokong dengan
cadangan tersebut.

7.1.8 Ahli sebulat suara dengan perlantikan AJK PIBG 2021/2022
dari kalangan ibu bapa seperti berikut :

Tuan Haji Kamarudin bin Ngah – YDP PIBG
Encik Hamzah bin Yaakob – NYDP PIBG
Puan Hajah Wan Saedah binti Wan Musa
Puan Hajah Wan Sepinah binti Wan Yaacob
Puan Hasni binti Ramli
Puan Roswati binti Rawi
Puan Hajah Ramlah binti Sulaiman
Encik Ahmad Razak bin Harun
Encik Rosli bin Zakaria
Encik Zuhaifi bin Kamarudin
Pn Salina binti Mat Salleh
Puan Siti Maizatulzakiah binti Abdullah

8.0 Agenda 8

8.1 Ucapan Penangguhan

8.1.1 Tuan Haji Kamarudin bin Ngah mengucapkan terima kasih
kepada semua AJK dan ibu bapa yang dapat hadir walaupun
secara maya.

8.1.2 Ucapan terima kasih juga kepada pentadbir, guru-guru
dan semua kakitangan sekolah yang bertungkus lumus untuk
menjayakan mesyuarat kali ke 15 ini.

8.1.3 YDP PIBG mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada
semua AJK yang baru dilantik dan juga yang lama. Beliau
berharap AJK yang dilantik dapat bekerjasama dalam
menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.15 petang.

Disediakan oleh , Disemak oleh,

----------------------------- ----------------------------
(SALIHAH BT AB GHANI) (KAMARUDIN BIN NGAH)
Setiausaha Kehormat PIBG Yang Dipertua PIBG


Click to View FlipBook Version