PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 BIDANG : IBADAH TAJUK : UNIT 3 (SUNAT AB’AD & SUNAT HAI’AT) DISEDIAKAN OLEH : SAHNIZA BINTI ARDI, SK BUMIPUTERA, LUNDU
Sunat Ab’ad ialah amalan sunat yang amat dituntut jika di tinggalkan, di ganti dengan sujud sahwi. Contoh : Membaca doa qunut. Maksud Sunat Ab’ad Dan Sunat Hai’at Sunat Hai’at ialah sunat yang dituntut jika di tinggalkan, tidak perlu di ganti dengan sujud sahwi. Contoh : Membaca doa iftitah.
SUNAT HAI ’AT (PERBUATAN) 1. Mengangkat kedua -dua tangan ketika takbirratul ihram, rukuk, I’tidal dan bangun selepas tahiyyat awal . 2. Meletakkan tangan kanan di atas bahagian tangan kiri ketika berdiri . 3. Melihat ke tempat sujud. 4. Duduk iftirasy dan duduk tawarruk. 5. Meletakkan kedua -dua tangan di atas paha ketika duduk tahiyyat awal dan akhir. 6. Memalingkan muka ke kanan dan ke kiri ketika memberi salam SUNAT AB ’AD 1. Duduk dan membaca tahiyyat awal. 2. Membaca selawat ke atas Nabi s.a.w dalam tahiyat awal (Allahumma solli ‘ala Muhammad). 3. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi s.a.w dalam tahiyyat akhir . (wa ‘ala ali Muhammad). 4. Membaca doa qunut pada solat subuh. 5. Berdiri semasa membaca doa qunut. 6. Berselawat keatas keluarga Nabi Muhammad s.a.w semasa qunut.
SUNAT HAI’AT (BACAAN) 1. Melafazkan takbir ‘al-intiqolat’, iaitu yang mengiringi setiap perpindahan perbuatan dalam solat. 2. Membaca ‘isti’azah’ (auzubillah hi minasy syaitan nirrajim) dan menyebut (amiin) selepas al-fatihah. 3. Membaca doa iftitah. 4. Membaca surah selepas membaca al-fatihah pada rakaat pertama dan kedua. 5. Menyaringkan suara pada bacaan al-fatihah dan surah pada rakaat pertama dan kedua ketika solat subuh, maghrib, isya’ dan solat jumaat. 6. Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud. 7. Membaca ‘sami’Allahu li man hamidah’ dan ‘Rabbana lakal hamdu’ ketika bangun daripada rukuk 8. Membaca doa ketika duduk antara 2 sujud. 9. Membaca selawat ‘ibrahimiyyah’ 10. Memberi salam yang kedua.
TATACARA SUJUD SAHWI BACAAN KETIKA SUJUD SAHWI Subhana mal la yanamu wa la yas hu Maksudnya : Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.