RANCANGAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARANKOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI Nama Sekolah Sekolah Kebangsaan Permaisuri Nur Zahirah Tarikh 12 Julai 2023 Masa 2.00 - 3.00 petang (1 Jam) Kelas Tahun 4 Bilangan Murid 25 orang Tajuk Mengenali flora di sekeliling Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah mempelajari pelbagai jenis namabunga dan tumbuhan. Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, muriddapat : Psikomotor : Mengumpulkan jenis-jenis daundanbunga yang terdapat di kawasan sekolah. Membuat buku skrap dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan yang dikumpul di sekitar sekolah. Kognitif : Menamakan tumbuh-tumbuhan yangberjaya dipetik di kawasan sekolah. Afektif : Berasa seronok dan gembira ketika menjalankan aktiviti untuk mengumpulkan pelbagai jenis daun dan bunga di kawasan sekolah. Alat Bantu Mengajar Buku skrap (kad manila), pen marker, gamNilai Bekerjasama, bersungguh-sungguh, tekun, menghargai keindahan alam sekitar
Langkah/ Masa Isi Pengajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran CatatanPersediaan (10 Minit) Kehadiran 1. Guru menyemak kehadiran murid. 2. Murid menandatangani kehadiran dan mendengar arahan daripada guru. 3. Guru memaparkan gambar tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan sekolah kepada murid. 4. Guru memperkenalkan nama tumbuh-tumbuhan kepada murid. 5. Guru menyebut satu persatu nama tumbuh - tumbuhan dan murid mendengar dan mengulang. ABM: Buku rekod kehadiran, gambar-gambar tumbuhtumbuhan Perkembangan (20 Minit) Aktiviti : - Murid bergerak dalam kumpulan masing- masing ke sekitar kawasan sekolah mencari dan mengumpul kan pelbagai jenis flora yang dijumpai. 1. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan. 2. Guru memberi masa 15 minit untuk murid mengumpulkan jenis-jenis daun dan bunga yang terdapat di kawasan sekolah. 3. Murid mengumpulkan jenisjenis daun dan bunga yang terdapat di kawasan sekolah dalam kumpulan. ABM: Daun-daun dan bunga, NM: Bekerjasama, Bersungguh - sungguh, menghargai alamsekitar EMK : Kreativiti
Kemuncak (20 Minit) Aktiviti : Murid menghasilka n buku skrap secara bersama- sama dengan ahli kumpulan. 1. Guru membekalkan bahan- bahan seperti kad manila, kertas warna, penmarker,pita cellophane kepada murid. 2. Guru memberi arahan kepada murid untuk menghasilkan satu buku skrap dengan menggunakan daun- daun dan bunga yang telah dikumpulkan. 1. Murid bekerjasama menghasilkan satu buku skrap dengan menggunakan daun-daun dan bunga yang telah dikumpulkan. ABM: Daun-daun dan bunga, kadmanila, pen marker,kertas warna NM: Bekerjasama, Bersungguh - sungguh, menghargai alamsekitar EMK: Kreativiti Penutup (10 Minit) Hasil Kerja Murid 1. Guru menyuruh murid memaparkan hasil kerja murid mereka dan berkongsi tentang daun dan bunga yang dikumpulkan. 2. Murid memaparkan hasil kerja mereka dan berkongsi tentang daun dan bunga yang dikumpulkan. 3. Guru memberikan komen dan peneguhan positif untuk hasil kerja mereka yang cemerlang. NM: Gembira, seronok