Jom Kenali Asean 1
2 “Dalam keadaan dunia yang semakin saling bergantung, ideal bagi keamanan, kebebasan, keadilan sosial dan kesejahteraan ekonomi yang begitu diidam-idamkan, akan hanya dapat dicapai melalui persefahaman lebih erat, kejiranan yang baik dan kerjasama secara bermakna dalam kalangan negara di rantau ini,” Deklarasi Bangkok Ogos 1967
Jom Kenali Asean 3 Apa itu ASEAN? Merupakan singkatan bagi “Association of Southeast Asian Nations” atau Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. ASEAN ditubuhkan oleh lima negara pengasas iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses menandatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Menteri luar yang hadir ketika itu ialah Adam Malik (Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina). Tun Abdul Razak (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura), dan Thanat Khoman (Thailand). ASEAN kemudian disertai oleh lima lagi negara anggota iaitu Brunei, Lao PDR, Myanmar, Vietnam dan Kemboja. PENGENALAN
4 Utama ASEAN PRINSIP Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. 01 Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. 01 Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do • Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara • Hak untuk setiap negara untuk memimpin dan bebas daripada campur tangan luar, subversif atau koersion (coersion) • Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman Lorem ipsum dolor sit amet, co el Lorem ipsum dolor sit amet, co el • Menolak penggunaan ketenteraan • Kerjasama efektif antara anggota
Jom Kenali Asean 5 Pada 15 Disember 2008, wakil-wakil negara anggota ASEAN bersidang di Jakarta, Indonesia untuk melancarkan Piagam ASEAN yang diterima pakai pada 20 November 2007 . Piagam ini menjadikan ASEAN sebagai entiti sah serta bertujuan menghasilkan kawasan perdagangan bebas tunggal yang melibatkan 600 juta penduduk di rantau ini. PENGUATKUASAAN Piagam ASEAN
6 Matlamat-matlamat piagam ini adalah seperti berikut: • “Menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah negara-negara anggota” • “Penyelesaian pertikaian secara aman” • “Tidak campur tangan dalam hal-ehwal dalaman negara anggota” • “Hak untuk hidup tanpa gangguan dari luar”
Jom Kenali Asean 7 • Bendera ASEAN membawa erti ASEAN yang stabil, aman, bersatu dan dinamik. • Warna biru, merah, putih dan kuning merupakan warna utama bendera negara negara ASEAN. • Warna biru melambangkan keamanan dan kestabilan. • Merah bermaksud semangat dan dinamisme • Putih menunjukkan ketulenan dan kuning melambangkan kemakmuran. • Sepuluh tangkai padi melambangkan impian Bapa Penemuan ASEAN yang kesepuluh negara di Asia Tenggara bersatu dan bersahabat. • Bulatan pula melambangkan kesatuan ASEAN BENDERA ASEAN
8 TATACARA PENGGUNAAN Bendera ini merupakan simbol kepada kesatuan negara anggota ASEAN dan sokongan terhadap prinsip prinsip ASEAN KEMULIAAN BENDERA Bendera mesti digunakan dengan cara yang baik dan tidak boleh digunakan sebagai iklan untuk propaganda politik SAIZ RASMI BENDERA ASEAN Saiz rasmi bendera ASEAN adalah seperti berikut: Bendera di meja: 10 cm x 15 cm Bendera di dalam bilik: 100 cm x 150 cm Bendera untuk kereta: 10 cm x 30 cm Bendera di padang: 200 cm x 300 cm
Jom Kenali Asean 9 BENDERA NEGARA-NEGARA ANGGOTA ASEAN Brunei Kemboja
10 BENDERA NEGARA-NEGARA ANGGOTA ASEAN Indonesia Laos
Jom Kenali Asean 11 BENDERA NEGARA-NEGARA ANGGOTA ASEAN Malaysia Myanmar
12 BENDERA NEGARA-NEGARA ANGGOTA ASEAN Thailand Vietnam
Jom Kenali Asean 13 BENDERA NEGARA-NEGARA ANGGOTA ASEAN Filipina Singapura
14 Logo ASEAN membawa erti ASEAN yang stabil, aman, bersatu dan dinamik. Warna logo itu biru, merah, putih dan kuning merupakan warna utama lambang negara negara ASEAN. Warna biru melambangkan keamanan dan kestabilan. Merah bermaksud semangat dan dinamisme manakala putih menunjukkan ketulenan dan kuning melambangkan kemakmuran. Sepuluh tangkai padi melambangkan impian Bapa Penemuan ASEAN yang kesepuluh negara di Asia Tenggara bersatu dan bersahabat. Bulatan pula melambangkan kesatuan ASEAN. Tulisan yang digunakan untuk perkataan ASEAN ialah helvetica dalam tulisan kecil dan bold. LOGO ASEAN
Jom Kenali Asean 15 Sekretariat ASEAN boleh menggunakan logo ini untuk perkara yang dikira sesuai oleh Ketua Setiausaha termasuk: • Dipamerkan di bangunan Sekretariat dan kediaman Ketua Setiausaha. Digunakan sebagai kepala surat. • Digunakan sebagai penutup rasmi (official seal) Sekretariat. • Digunakan dalam penerbitan rasmi, buku atau majalah beridentitikan ASEAN. Digunakan sebagai tanda kepunyaan Sekretariat. • Digunakan dalam pakaian seragam atau tanda identiti yang dipakai oleh anggota Sekretariat. • Digunakan sebagai pameran ketika majlis rasmi, perjumpaan, mesyuarat dan pameran. PENGGUNAAN LOGO OLEH SEKRETARIAT ASEAN
16
Jom Kenali Asean 17 • 147 Garis Tindakan • Menubuhkan badan hak asasi manusia ASEAN • Menggalakkan kerjasama untuk mencegah dan memerangi rasuah • Meneruskan rundingan untuk mencapai pelaksanaan penuh Deklarasi Tatalaku di Laut Cina Selatan • Menubuhkan Forum Maritim ASEAN • Berusaha menyertai instrumen antarabangsa antikeganasan PELAN TINDAKAN KOMUNITI POLITIK - KESELAMATAN
18 • 331 Garis Tindakan • Menghapuskan semua halangan bukan perdagangan • Menggalakkan kerjasama untuk kecekapan kastam yang lebih baik dan berkesan • Menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pembangunan Masyarakat Nelayan dan Institusi Nelayan (PMN) • Mencapai keharmonian dalam standard pasaran modal • Mengukuhkan perlindungan pengguna menerusi Jawatankuasa Perlindungan Pengguna ASEAN PELAN TINDAKAN KOMUNITI EKONOMI
Jom Kenali Asean 19 PELAN TINDAKAN KOMUNITI SOSIO - BUDAYA • 339 Garis Tindakan • Mencapai akses universal bagi pendidikan rendah • Menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perniagaan di tempat kerja • Menggalakkan pelaburan dalam prasarana kesihatan • Menggalakkan persefahaman mengenai perjanjian alam sekitar pelbagai hala • Menggalakkan penggunaan lagu ASEAN dan simbol-simbol ASEAN yang lain untuk meningkatkan kesedaran mengenai ASEAN
20 FAEDAH DAN KEPENTINGAN Politik-Keselamatan • Memudahkan pergerakan rakyat ASEAN • Meminimumkan risiko konflik bersenjata • Menggalakkan kerjasama pertahanan dan keselamatan • Memerangi keganasan dan penyeludupan • Berkongsi maklumat risikan untuk memerangi jenayah rentas sempadan Ekonomi • Memudahkan perdagangan dan membuka pasaran yang lebih luas • Pilihan barangan yang lebih luas dengan harga yang lebih rendah • Menggalakkan pelancongan dengan akses perhubungan lebih luas • Menggalakkan pergerakan barangan, perkhidmatan, pelaburan, tenaga kerja mahir dan dana lebih bebas • Mewujudkan peluang perniagaan baru
Jom Kenali Asean 21 Pembangunan Sosial • Menggalakkan pembangunan belia menerusi Program Pertukaran Belia • Menggalakkan perkembangan hak-hak wanita dan kanak-kanak menerusi ASEAN Comission on the Promotion and Protection of the Right of Women and Children (ACWC) • Menggalakkan pertukaran pelajar menerusi ASEAN University Network. • Mengukuh kerjasama kebudayaan menerusi Festival Filem ASEAN. • Menggarap pembangunan sukan menerusi AEAN University Games, SEA Games
22 CABARAN-CABARAN KOMUNITI ASEAN • Merealisasi target yang terkandung dalam Pelan Tindakan 3 Tonggak ASEAN menjelang 2015; • Mengurangkan jurang pembangunan antara negara-negara ASEAN; • Memastikan pertumbuhan ekonomi ASEAN; • Memastikan mekanisme berdasarkan peraturan dihormati dan digunakan; • Memastikan ‘Kepusatan ASEAN’ terus diterima oleh semua; • Meminimumkan persaingan kuasa-kuasa besar; • Menghormati perbezaan pandangan dunia antara negara-negara ahli; dan • Menyelesaikan masalah dua hala.
Jom Kenali Asean 23 LAPAN PERKARA YANG MAHU DIFOKUS OLEH MALAYSIA AGAR KEWUJUDAN KOMUNITI ASEAN 2015 TERLAKSANA 1. Baki pelan tindakan seperti yang terkandung dalam ketiga- tiga teras iaitu Politik-Keselamatan, Ekonomi Dan Sosio-Budaya dilaksanakan bagi membolehkan pengumuman penubuhan Komuniti ASEAN dibuat pada 31 Disember 2015. 2. Penghasilan Visi Komuniti ASEAN Pasca 2015 melalui rundingan dengan kesemua negara ASEAN. Visi itu bertujuan menyediakan garis panduan supaya ASEAN terus pesat membangun dengan rakyat bersemangat tinggi sebagai satu komuniti. selain dari persidangan Sidang Kemuncak Asean, 3. Malaysia akan membawa ASEAN supaya lebih dekat dan bermakna kepada lebih 600 juta penduduk di rantau ini. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah mewujudkan laluan khas di pintu masuk dan keluar negara ini untuk pemegang pasport dari negara-negara ASEAN bagi memastikan mereka tidak perlu beratur panjang di laluan pelawat asing.
24 4. Meningkatkan peranan dan kewibawaan ASEAN sebagai pemain global. ASEAN akan terus menjadi aktif dan konstruktif serta mempromosikan kepentingan bersama mengenai isu-isu global. 5. Memastikan pelbagai syor pasukan petugas peringkat tertinggi bagi mengukuhkan Sekretariat ASEAN di Jakarta dan institusi yang ditubuhkan di bawahnya dilaksanakan. 6. Mengambil inisiatif bagi mengukuhkan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di rantau Asia Tenggara supaya lebih rancak berkembang dan dapat memberi lebih banyak sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara anggota. 7. Menggalakkan lagi peningkatan perdagangan dan pelaburan INTRA-ASEAN yang masih kecil dan rakyat akan digalakkan mengutamakan produkproduk keluaran negara Asia Tenggara.
Jom Kenali Asean 25 8. Menggalakkan keamanan dan keselamatan serantau dengan menggunakan konsep kesederhanaan sebagai cara menangani konflik dan mencari jalan penyelesaian
26 TRIVIA 1. Tema Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2015 ialah Warga Kita, Komuniti Kita, Visi Kita 2. Komuniti ASEAN akan ditubuhkan pada 31 Disember 2015 3. Sidang Kemuncak ASEAN adalah persidangan di peringkat Ketua-Ketua Kerajaan / Negara 4. Tujuan Forum Serantau ASEAN (ASEAN Regional Forum, ARF) diadakan adalah untuk meningkatkan kerjasama di antara rantau Asia Tenggara dengan negara lain dalam hal keamanan, keselamatan dan pertahanan 5. Keutamaan Malaysia bagi Kepengerusian ASEAN 2015 ialah memastikan pelan tindakan bagi ketigatiga Tonggak Komuniti ASEAN dilaksanakan. 6. Pulau Pinang dan Melaka tersenarai dalam Warisan UNESCO di Malaysia.
Jom Kenali Asean 27 7. Lagu kebangsaan Singapura dicipta dalam Bahasa Melayu 8. Gunung tertinggi di Asia Tenggara terletak di Myanmar 9. Wakil Kerajaan Malaysia yang menandatangani Perjanjian Bangkok pada tahun 1967 ialah Tun Abdul Razak Hussein 10. Lao PDR juga dikenali sebagai ‘Negara Seribu Gajah’. 11. Papua New Guinea telah diberikan taraf pemerhati di dalam ASEAN sejak tahun 1976. 12.Ibu pejabat ASEAN terletak di Jakarta. 13. Objektif utama Triti SEANWFZ (Southeast Asia Nuclear Weapon- Free Zone) adalah untuk mengharamkan pembangunan dan penggunaan senjata nuklear oleh negara anggota ASEAN.
28 14. ASEAN Institute for Peace and Reconciliation (AIPR) ditubuhkan pada 2012 dan terletak di Phnom Penh. 15.Negara yang memiliki perbelanjaan pertahanan semasa paling tinggi di ASEAN ialah Singapura 16.Negara ASEAN yang mempunyai jumlah tentera terbesar ialah Vietnam. 17. Brunei menyertai ASEAN pada tahun 1984 18. Southeast Asian Peninsular Games (SEAP Games) 1959 telah berlangsung di Thailand. 19.Jaringan Universiti ASEAN (ASEAN University Network) kini terdiri daripada 30 buah universiti 20. Hari ASEAN diraikan setiap tahun pada 8 Ogos. 21.BAC ASEAN merujuk kepada ASEAN Business Advisory Council
Jom Kenali Asean 29 22.Rusia ialah salah satu daripada Rakan Dialog ASEAN. 23.Salah satu norma dalam ASEAN adalah proses membuat keputusan berdasarkan permuafakatan. 24. Komuniti ASEAN terdiri daripada tiga (3) tonggak iaitu Keselamatan-Politik, Ekonomi dan SosioBudaya. 25.ASEAN telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan Republik Rakyat China 26. Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN (ASEAN Human Rights Declaration/AHRD) melambangkan komitmen semua negara anggota ASEAN untuk menjamin hak dan kebebasan asasi manusia.
30 CERTIFIED TO ISO 9001:2008 CERT. NO: MY - AR5240 B.013 (B.M) Jun 2015 (050.)