The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

IS 1 - (Penyelenggaraan Pepasangan Elektrik Satu Fasa)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuranisasmaat, 2021-01-17 07:22:10

IS 1 - (Penyelenggaraan Pepasangan Elektrik Satu Fasa)

IS 1 - (Penyelenggaraan Pepasangan Elektrik Satu Fasa)

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
ARAS 7 & 8 BLOK D4, KOMPLEKS D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62502 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN

( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA PROGRAM / EE-320-2:2012 SINGLE PHASE ELECTRICAL
PROGRAM’S CODE & NAME INSTALLATION AND MAINTENANCE
2 (TWO)
TAHAP / LEVEL
EE-320-2 : 2012 - C03-SINGLE PHASE ELECTRICAL
NO. DAN TAJUK UNIT WIRING MAINTENANCE
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO. AND
TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING
AKTIVITI KERJA / WORK MAINTENANCE REQUIREMENT
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING TOOL,
EQUIPMENT AND MATERIAL

3. CARRY OUT ELECTRICAL WIRING INSPECTION
4. CARRY OUT ELECTRICAL WIRING

MAINTENANCE
5. INSPECT ELECTRICAL WIRING FUNCTIONALITY
6. RECORD WIRING SYSTEM MAINTENANCE

ACTIVITIES

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C03/P(1/1) Muka / Page : 1
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 13

TAJUK : PENYELENGGARAAN PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA

TUJUAN : Kertas penerangan ini akan menerangkan mengenai jenis penyelenggaraan dan
kerosakan pepasangan elektrik satu fasa serta kaedah mengesan dan membaikinya mengikut
prosedur pengujian dan pengesahan.

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2011-C03/P(1/1) Muka / Page : 2
COMPETENCY UNIT ID
Drpd/of : 13

PENERANGAN :

1. Pengenalan Kepada Penyelenggaraan Elektrik

Penyelenggaraan bolehlah ditakrifkan sebagai aktiviti yang dilaksanakan untuk
memulihara, menjaga, mengendali dan mengawalselia bangunan, kemudahan,
kelengkapan, perkhidmatan (services) bangunan dan persekitarannya bagi memenuhi
piawaian semasa, mempertahankan utiliti dan nilai fasiliti kemudahan serta selamat
digunakan.

Umumnya penyelenggaraan dilaksanakan bagi memastikan:-

i. Pepasangan selamat dan boleh guna (dari segi ketahanan dan kesihatan).
ii. Pepasangan mematuhi segala kehendak undang-undang berkanun (statutory

requirement) yang ditetapkan (diwartakan) oleh badan kerajaan (Akta 447
Bekalan Elektrik, Akta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan
Bomba Suruhanjaya Tenaga dan sebagainya).
iii. Pepasangan mempunyai ketahanan maksima sejajar dengan
perbelanjaan.
iv. Pepasangan mampu mencapai tahap bolehguna yang diterima.
v. Pepasangan dapat mencegah kerosakan berterusan sehingga sukar
diperbaiki (beyond economic repair) dimana ini dapat menjimatkan
perbelanjaan.
vi. Pepasangan mendapatkan nilai pasaran maksima semasa.
vii. Pepasangan dapat mengekalkan kualiti perkhidmatan.

1.1 Jenis penyelenggaraan elektrik

i. Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance).

Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan mengikut program atau plan
perancangan yang ditetapkan berdasarkan polisi penyelenggaraan,
tempoh hayat premis dan pemeriksaan berkala

ii. Penyelenggaraan Membaiki Kerosakan (Breakdown Maintenance).

Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan berdasarkan laporan
kerosakan pelanggan atau kerosakan yang ditemui semasa
pemeriksaan berkala atau dengan kata lain kerja penyelenggaraan
selepas berlaku kerosakan.

1.2 Proses Penyelenggaraan Elektrik

Proses penyelenggaraan terhadap kerosakan elektrik boleh
dibahagikankepada tiga kategori iaitu:-

i. Cemas (Emergency)

Kerosakan ke atas perhubungan atau perkhidmatan penting (terputus
atau terganggu yang menyulitkan kehidupan pengguna atau yang boleh
menjejaskan perkhidmatan atau keselamatan pengguna (misalnya gas
bocor, paip air pecah, bekalan elektrik terputus dan pintu keselamatan
rosak).

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2011-C03/P(1/1) Muka / Page : 3
COMPETENCY UNIT ID
Drpd/of : 13

ii. Segera (Urgent)

Kerosakan yang melibatkan keselamatan pengguna dan harta benda
serta boleh menjejaskan perkhidmatan dan keselesaan kepada
kumpulan pengguna (misalnya kunci rosak, penyaman udara tidak
berfungsi, paip buangan tersumbat).

iii. Biasa (Normal)

Kerosakan lain yang tidak menjejaskan perkhidmatan atau menyebabkan
ketidakselesaan yang minimum kepada pengguna.

Operasi penyelenggaraan pemasangan elektrik dilakukan bagi mengelakkan berlakunya
kerosakan kepada sistem pemasangan elektrik. Diantara aktiviti-aktiviti
penyelenggaraan adalah:-

i. Membersihkan kekotoran.
ii. Memeriksa alatan dan pemasangannya.
iii. Menggantikan bahagian alatan yang rosak.
iv. Membetulkan sesuatu keadaan yang membahayakan pengguna.

Aktiviti kerja penyelenggaraan bergantung kepada jenis alatan, peranti, mesin dan cara
pemasangan elektrik. Bagi memudahkan kerja penyelenggaraan, satu senarai tertib
pemeriksaan perlu disediakan agar pengawasan dapat dilakukan dengan sempurna.
Jadual tugas pemeriksaan dan penyelenggaraan ini boleh dibuat untuk satu jangka
waktu yang tertentu seperti harian, mingguan, bulanan atau tahunan. Ini bergantung
kepada kekerapan pengawasan yang diperlukan bagi sesuatu peralatan atau
pemasangan. Dengan adanya pembahagian kerja yang sistematik, keadaan bahaya
boleh dihindarkan dan persekitaran yang selamat dan terpelihara dapat dihasilkan.

Diakhir setiap pemeriksaan, satu laporan perlu disediakan dan disimpan sebagai rekod
atau rujukan kedudukan sebenar sesuatu pemasangan dan peralatannya masakini.

1.3 Aktiviti Pemeriksaan dan Penyelenggaraan

Diantara aktiviti pemeriksaan dan penyelenggaraan yang boleh dilakukan adalah:-

i. Keadaan Fizikal:.

a. Peralatan diletakkan ditempat yang telah disediakan.
b. Lorong jalan tidak dihalang laluannya.
c. Lantai disekitar peralatan hendaklah dibersihkan dari kekotoran, minyak, air dan

sampah.
d. Tingkap, pintu dan dinding hendaklah sentiasa bersih dan berkeadaan baik.
e. Alat pemadam api dan peti pertolongan cemas tersedia ditempat yang

dikhaskan.
f. Tempat buangan reja kerja perlu disediakan.
g. Papan tanda amaran dan keselamatan dipasang dengan kemas ditempat yang

sesuai dengan perkataan yang tertulis masih kelihatan terang.

ii. Keadaan Kelengkapan Mesin:

a. Kedudukan mesin hendaklah teratur supaya ruang kerja mencukupi.
b. Mesin yang telah pudar warnanya perlu dicat semula mengikut warna yang

sesuai iaitu jingga untuk pemasangan elektrik dan kelabu untuk mesin.

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2011-C03/P(1/1) Muka / Page : 4
COMPETENCY UNIT ID
Drpd/of : 13

c. Bahagian mesin yang berputar dan boleh disentuh hendaklah dipasang jaring
atau pengadang.

d. Suis kawalan mesin hendaklah sentiasa berkeadaan baik.
e. Mematikan bekalan kuasa mesin apabila tidak digunakan.
f. Bersihkan mesin dan kelengkapannya dari kekotoran dengan menggunakan

berus atau kain.
g. Periksa keadaan mesin dan kelengkapannya bagi mempastikan ia selamat

digunakan.memeriksa talisawat motor agar sentiasa berada dalam ketegangan
yang dikehendaki:
• Mengganti beberus karbon yang rosak.
• Menggris bahagian mesin yang berputar (pada pengalas).
• Menukar pengalas yang longgar atau tak seimbang.
• Membersihkan lilitan mesin daripada minyak, gris atau kekotoran.
• Memeriksa aras air, enjin pemacu, penjana dan pendingin udara pusat

supaya sentiasa bersedia untuk beroperasi.
• Memastikan gandingan mesin ketat dan sejajar.
• Memastikan talisawat sejajar.
h. Mengasingkan alat kelengkapan yang rosak ditempat yang dikhaskan.

iii. Keadaan Elektrik:

a. Tutup semua suis apabila tidak digunakan.
b. Pastikan suis kawalan utama boleh berfungsi dengan baik.
c. Semua kabel dan kod boleh lentur sentiasa berada dalam keadaan selamat

untuk digunakan.
d. Pastikan pemutus litar boleh berfungsi dengan baik.
e. Menguji rintangan penebatan pendawaian.
f. Mempastikan sambungan bumi setiap peralatan baik, tidak longgar atau putus.
g. Mempastikan fius yang terputus diganti dengan jenis bahan dan kadaran yang

sesuai.
h. Penunjuk saiz fius dan nombor litar akhir dipapan suis atau papan agihan tertera

dengan baik dan jelas.
i. Mempastikan alat lengkap elektrik tidak retak atau rosak.
j. Membersihkan lampu dari habuk dan kekotoran.
k. Mengetatkan tempat pergantungan lampu.
l. Menguji keberkesanan alat perkhidmatan bangunan.
m. Menggantikan ‘ballast’ lampu yang rosak (berdengung).
n. Menggantikan lampu yang rosak.
o. Memastikan semua sambungan litar elektrik sentiasa ketat dan baik.
p. Mempastikan semua peralatan atau kelengkapan pengujian sentiasa

berkeadaan baik.
q. Memeriksa bacaan jangka-jangka pada panel agar sentiasa berada dalam

kedudukan sebenar.
r. Memeriksa pelana conduit agar sentiasa terpasang dengan kemas.
s. Set semula suis lewat masa lampu jalan setelah bekalan pulih semula.
t. Memerhatikan sebarang kerosakan mekanikal.
u. Mempastikan semua suis dapat berkendali dengan baik.
v. Menjalankan ujian penebatan dan keterusan jika keadaannya meragukan.
w. Menambah elektrolit bateri jika arasnya berkurangan.
x. Mengecas semula bateri.
y. Membersihkan kesan oksida pada terminal bateri.
z. Mempastikan suis larasuhu berkeadaan baik.

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2011-C03/P(1/1) Muka / Page : 5
COMPETENCY UNIT ID
Drpd/of : 13

aa. Menguji beberkesanan peranti pelindung.
bb. Peralatan elektrik mestilah dikendalikan mengikut peraturan yang telah

ditetapkan oleh pengeluar dari segi operasi, penyelenggaraan dan penukaran
alatganti.
cc. Pastikan system pemasangan dan operasi peralatan diketahui sebelum
penyelenggaraan dilakukan.
dd. Pastikan kerja penyelenggaraan dilakukan sekurang-kurangnya dua orang dan
setiap pekerja mempunyai pengetahuan cara pemulihan pernafasan.
ee. Sebelum penyelenggaraan dilakukan, pastikan bekalan elektrik telah diputuskan
(pengasing di ‘OFF’, fius dicabut). Fius ini hendaklah disimpan oleh pekerja
penyelenggaraan dan diletakkan ditempat yang selamat.
ff. Tentukan semua bekalan dipanel kawalan motor diputuskan (OFF) kerana
kadangkala alat kawalan jauh digunakan.
gg. Letakkan papan amaran dipanel bagi pemberitahuan kerja sedang dijalankan.
hh. Pastikan bekalan dan peralatan elektrik dipasang dengan baik dan sempurna.
ii. Apabila menyambungkan bekalan, pastikan sambungan nuteral dipasang dahulu
diikuti dengan fius.
jj. Tentukan kabel pembumian berkeadaan baik dan sempurna tamatannya.
kk. Pastikan alatganti yang digunakan bersesuaian untuk tugas yang diperlukan.
ll. Pastikan semua kabel dan bahagian yang hendak ditanggalkan diberi tanda
yang sesuai bagi mempastikan ia dapat dipasang semula ditempat asalnya
dengan betul. Pastikan semua sesentuh suis bersih, rata dan tiada tanda
terbakar.

1.4 Operasi Penyelenggaraan

Operasi penyelenggaraan melibatkan aktiviti-aktiviti seperti berikut:-

i. Servis (servicing)
ii. Pembersihan / pencucian bangunan (routine cleaning)
iii. Pembaikan (rectification, repair)
iv. Penggantian (replacement)
v. Penyambungan (extension)
vi. Pengubahsuaian (renovation)
vii. Naiktaraf (upgrading)

2. Kerosakan Pepasangan Elektrik Satu Fasa

Setiap pepasangan elektrik pasti akan mengalami kerosakan. Ini disebabkan faktor usia
pepasangan, kerosakan mekanikal (terhimpit, terpotong), kerosakan akibat persekitaran
(suhu, cuaca, makhluk perosak) dan sebagainya.

Kerosakan pepasangan elektrik fasa tunggal boleh dibahagikan kepada empat jenis
iaitu:-

i. Litar pintas

Litar pintas berlaku apabila punca hidup / fasa bersentuh dengan punca neutral.
Kerosakan ini akan menyebabkan peranti perlindungan iaitu pemutus litar kenit (MCB)
terpelantik atau fius putus. Jika peranti perlindungan ini tidak berfungsi dengan
sempurna, kabel pepasangan akan menjadi terlampau panas dan menyebabkan
kebakaran. Diantara punca berlakunya litar pintas adalah:-

a. Kerosakan mekanikal pada penebat kabel.
b. Tamatan kabel tak sempurna.
c. Kerosakan alat lengkap pepasangan.

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2011-C03/P(1/1) Muka / Page : 6
COMPETENCY UNIT ID
Drpd/of : 13

d. Kerosakan peralatan elektrk.

Rajah 1: Litar pintas

Kerosakan litar pintas ini dapat dikesan apabila MCB sering terpelantik atau fius putus
ketika litar-kecil-akhir digunakan. Sekiranya kerosakan ini berlaku pada peti suis utama
(PSU), fius utama akan terputus apabila bekalan dihidupkan (ON).

Langkah-langkah mengesan kerosakan ialah:

a. Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk mengelakkan berlakunya
renjatan semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.

b. Matikan (OFF) Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan MCB litar kecil akhir.
Sekiranya suis utama, PLAB dan semua MCB tidak dapat dimatikan kerana
bekalan elektrik sedang digunakan, matikan MCB litar yang dijangka mengalami
kerosakan sahaja.

c. Tanggalkan semua beban yang tersambung pada litar yang rosak.
d. Dengan menggunakan Penguji Rintangan Penebatan (Insulation Resistance

Tester), uji penebatan antara pengalir fasa dengan pengalir nuteral.
e. Sekiranya bacaan penguji merekodkan bacaan kurang daripada 0.5 megaohm

(MΩ), ini menunjukkan litar pintas telah berlaku.

ii. Litar Bocor Ke Bumi
Litar bocor ke bumi berlaku apabila arus elektrik pepasangan mengalir ke punca
bumi. Kerosakan ini boleh menyebabkan kejutan elektrik. Kerosakan bocor ke
bumi ini biasanya dapat dikenalpasti apabila PLAB terpelantik ketika litar yang
rosak digunakan.

Diantara punca-punca berlakukan litar bocor ke bumi adalah:-

a. Penebat kabel yang mengalirkan arus elektrik dan menyentuh bahagian
logam berbumi.

b. Penebat kabel yang mengalir arus elektrik cair dan bercantum dengan
kabel bumi atau bahagian logam berbumi.

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2011-C03/P(1/1) Muka / Page : 7
COMPETENCY UNIT ID
Drpd/of : 13

c. Benda asing seperti cicak, tikus, air dan kepingan logam yang menyentuh
antara pengalir-pengalir arus elektrik dan bumi.

d. Kerosakan alat elektrik seperti kerosakan terminal motor, lampu, soket
alir keluar yang menyebabkan bersentuhan dengan bumi.

e. Kabel tersepit pada bahagian logam seperti skru pada trunking yang
berbumi atau tersepit pada bahagian logam mesin elektrik yang berbumi.

Langkah-langkah mengesan kerosakan ialah:

a. Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk mengelakkan berlakunya
renjatan semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.

b. Matikan (OFF) Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan MCB litar kecil akhir.
Sekiranya suis utama, PLAB dan semua MCB tidak dapat dimatikan
kerana bekalan elektrik sedang digunakan, matikan MCB litar yang
dijangka mengalami kerosakan sahaja.

c. Tanggalkan semua beban yang tersambung pada litar yang rosak.
d. Dengan menggunakan Penguji Rintangan Penebatan (Insulation

Resistance Tester), uji kebocoran antara pengalir fasa dan pengalir
neutral dengan punca bumi.
e. Sekiranya bacaan penguji merekodkan bacaan kurang daripada 0.5
megaohm (MΩ), ini menunjukkan kebocoran kebumi telah berlaku.

iii. Litar Buka
Litar buka adalah kerosakan yang mengakibatkan arus elektrik tidak dapat
mengalir dengan sempurna kedalam litar pepasangan. Ini menyebabkan
peralatan elektrik yang dipasang pada litar itu tidak dapat beroperasi kerana
tidak mendapat bekalan elektrik.

Diantara punca-punca berlakunya litar buka adalah:-

a. Kabel putus.
b. Sambungan pada terminal tertanggal.
c. Sesentuh suis tidak berfungsi dengan baik.
d. Kerosakan mekanikal pada alat lengkap pepasangan.
e. Kerosakan mekanikal pada alat perlindungan pepasangan.

Langkah-langkah Mengesan Kerosakan ialah:

a. Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk mengelakkan berlakunya
renjatan semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.

b. Matikan (OFF) Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan MCB litar kecil akhir.
Sekiranya suis utama, PLAB dan semua MCB tidak dapat dimatikan
kerana bekalan elektrik sedang digunakan, matikan MCB litar yang
dijangka mengalami kerosakan sahaja.

c. Tanggalkan semua beban yang tersambung pada litar yang
rosak.

d. Dengan menggunakan Jangka Pelbagai (Multimeter), uji keterusan pada
pengalir fasa, pengalir nuteral, terminal alat lengkap dan terminal
peralatan elektrik.

e. Sekiranya bacaan penguji merekodkan bacaan 0 ohm (Ω), ini
menunjukkan tiada litar terbuka berlaku.

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2011-C03/P(1/1) Muka / Page : 8
COMPETENCY UNIT ID
Drpd/of : 13

JADUAL 1

PEMERIKSAAN DAN PENYELENGGARAAN

Perkara Pemeriksaan dan Harian Bulanan Tahunan
Penyelenggaraan

BUTIRAN 1. Voltan O
2. Arus dan komponen O
3. Suhu bilik/sekeliling O
4. Suhu lilitan stator O
5. Getaran O
6. Suhu alas O
7. Bunyi luarbiasa O
8. Kerosakan lain-lain O
9. Masukkan gris jika
O
perlu
10.Rintangan penebatan O
11.Penjajaran penjodoh O

iv. Kerosakan Alat Perlindungan
Kerosakan alat-alat perlindungan bermaksud alat perlindungan seperti
suis utama, PLAB, fius dan MCB tidak dapat menjalankan fungsinya
apabila berlaku kebocoran arus ke bumi dan arus lebihan dalam litar.
Kerosakan alat perlindungan ini dapat dikenalpasti apabila alat-alat
perlindungan tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Umpamanya suis
utama tidak boleh di’OFF’kan, PLAB tidak terpelantik walaupun terdapat
arus bocor ke bumi dan MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan
melaluinya sehingga merosakkan kabel yang dikawal oleh MCB
tersebut.

Diantara punca-punca yang menyebabkan MCB tidak berfungsi adalah:-

a. Sesentuh suis utama melekat di antara satu sama lain.
b. MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya.
c. PLAB yang hilang kepekaan.
d. Fius tidak putus walaupun arus berlebihan melaluinya.

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2011-C03/P(1/1) Muka / Page : 9
COMPETENCY UNIT ID
Drpd/of : 13

Langkah-langkah mengesan kerosakan dan penyelesaiannya ialah:

a. Sesentuh suis utama melekat:

• Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.
• Gunakan multimeter bidang voltan.
• Uji bahagian keluaran suis utama dan ‘OFF’kannya.Sekiranya suis utama

masih memberikan bacaan voltan (415V untuk tiga fasa dan 240V untuk
satu fasa) maka itu menunjukkan sesentuhnya telah rosak.

b. MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya:

• Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.
• Gunakan ‘clamp tester’ bidang arus.
• Uji bahagian keluaran MCB (tiga kutub atau satu kutub) dan

operasikan bebannya seperti mesin elektrik sekiranya arus yang
melalui MCB itu lebih daripada kadarannya dan MCB masih tidak
terpelantik,maka itu menunjukkan ianya telah rosak.

c. PLAB hilang kepekaan:

• Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.
• Gunakan ‘RCCB Tester’ atau lampu uji.
• Uji kepekaan PBLK,sekiranya PBLK tidak terpelantik itu

menunjukkan ianya telah hilang kepekaan.

d. Fius tidak putus walaupun arus berlebihan melaluinya:

• Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.
• Sebenarnya masalah ini adalah disebabkan pemasangan atau

penukaran fius yang tidak mengikut kadaran yang betul.

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2011-C03/P(1/1) Muka / Page : 10
COMPETENCY UNIT ID
Drpd/of : 13

BORANG 1 - LAPORAN PENGUJIAN

Nama : ………………………………………….
No. K.P : ………………………………………….
Tarikh : ………………………………………….

PERKARA KEPUTUSAN

1.Laporan Secara Pemerhatian

2.Laporan Kaedah Litar Pendawaian

3.Laporan Pengujian:
i. Ujian Keterusan
ii. Ujian Kefungsian
iii. Ujian Kekutuban
iv. Ujian Penebatan

4.Langkah-Langkah Keselamatan

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2011-C03/P(1/1) Muka / Page : 11
COMPETENCY UNIT ID
Drpd/of : 13

JADUAL 2

KEPUTUSAN UJIAN PEPASANGAN
PENDAWAIAN DOMESTIK

Nama : ………………………………… Sukatan Suis Utama:

………………Amp Kadaran Fius:
No. K.P : ………………………………………..
………………………Amp Sukatan PLBK : …………………….Amp
Jenis Kendalian PLBK : …………………

UJIAN-UJIAN MENURUT PERATURAN PIHAK BERKUASA

BEKALAN 7(2)

BUTIR-BUTIR/ BIL. BIL. BIL. (1) (2) (3) (4)
BILANGAN MATA SOKET KUASA RINTANGAN RINTANGAN KEKUTUPAN KESELANJARAN
LAMPU BUMI DIPERIKSA
LITAR/RADAS ALIR PENEBAT PENEBAT SUIS DAN
KELUAR ANTARA ANTARA SOKET ALIR
PENGALIR PENGALIR
DAN BUMI KELUAR

KESELURUHAN
PEPASANGAN

Keupayaan arus terus sebanyak 500V telah digunakan untuk menentukan rintangan penebatan
yang dicatitkan di atas

……………………………………………. ………………………………………..
Tandatangan Penguji Tandatangan Penyelia

Tarikh : …………………………….. Tarikh : ………………………………

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2011-C03/P(1/1) Muka / Page : 12
COMPETENCY UNIT ID
Drpd/of : 13

3 : PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 MENGENAI SENGGARAAN

• Bahagian IV – Penyelenggaraan Pepasangan

• Peraturan 110 (1) Sesuatu pepasangan hendaklah disenggara dalam keadaan baik dan
berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk
mencegah bahaya

• 110 (2) – Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan terletak pada pemunya,
pengurusan atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau
ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan

• 110 (3) – Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah
diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap
lima tahun

• 110 (4) – Mana-mana geganti (relay) dan peranti (devise) perlindungan sesuatu
pepasangan hendaklah diperiksa, di uji dan di tentukur (setting) oleh orang kompeten
sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun

• 110 (5) – Tiada seorang pun, kecuali orang kompeten atau yang dibawah kawalan
orang kompeten, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-apa kerja pada sesuatu
pepasangan

3.1 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 (KAWALAN KOMPETEN)

• Tiada pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik selain daripada yang dipunyai
oleh pehak berkuasa bekalan boleh dikerja atau dikendalikan kecuali oleh atau dibawah
kawalan orang-orang yang memiliki apa-apa kelayakan dan memegang apa-apa
perakuan sebagaimana ditetapkan

• Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan,
apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebehi sepuluh ribu ringgit dan, jika
pelanggaraan itu diteruskan, dikenakan denda tidak melebehi satu ribu ringgit bagi tiap-
tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama pelanggaran itu diteruskan selepas
sabitan.

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2011-C03/P(1/1) Muka / Page : 13
COMPETENCY UNIT ID
Drpd/of : 13

SOALAN:

1. Nyatakan empat kerosakan yang sering berlaku di dalam pemasangan domestik
satu fasa.

2. Nyatakan maksud ‘litar pintas’ dan terang sebab kerosakan,kaedah mengesan
serta penyelesaiannya.

3. Nyatakan maksud ‘litar bocor ke bumi ’ dan terang sebab kerosakan,kaedah
mengesan serta penyelesaiannya.

4. Nyatakan maksud ‘litar buka’ dan terang sebab kerosakan,kaedah mengesan serta
penyelesaiannya.

5. Nyatakan maksud ‘kerosakan alat perlindungan’ dan terang sebab
kerosakan,kaedah mengesan serta penyelesaiannya.

RUJUKAN:

1. ABD SAMAD HANIF(2000), Pemasangan Dan Penyelenggaraan ELEKTRIK,
Edisi Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka, ISBN 983-62-4063-2.

2. HAJI MD. NASIR HAJI ABD. MANAN(2005), PANDUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK
DOMESTIK I.E.E EDISI 16 BS 7671 : 1992 PINDAAN 2 1997, EDISI KEDUA, IBS
BUKU SDN. BHD., ISBN 967-950-181-7

3. HAJI MD. NASIR HAJI ABD. MANAN (2010), PENDAWAIAN ELEKTRIK DI
BANGUNAN KEDIAMAN PANDUAN BERPANDUKAN MS IEC 60364, , IBS BUKU
SDN. BHD., ISBN 978-967-950-307-4


Click to View FlipBook Version