The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Anis Sahira, 2020-11-16 05:37:05

TOPIK 4

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK TUGASAN
TOPIK 4 : PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA

NAMA PENSYARAH
EN. KAMAL HISAM BIN ABDUL HALIM

NAMA PELAJAR NO. PENDAFTARAN

1. NIK INTAN FARHANAH BT MD ZIN 02DEE19F2001
2. ANIS SAHIRA BINTI ZIZI SYAFAREN 02DEE19F2004
3. NUR ADILLA AKHMAL BINTI RAZALI 02DEE19F2005

KUMPULAN : 2
JABATAN : JKE
SESI : JUN 2020
KELAS : DEE2A

ISI KANDUNGAN

NO. TAJUK
1. PENGHARGAAN
2. PENGENALAN
3. DEFINISI DETIK PERPADUAN
4. DETIK PERPADUAN BERKAITAN :

a. SAMBUTAN PERAYAAN
b. BENCANA
c. PERCUTIAN
d. GOTONG-ROYONG

5. KESIMPULAN
6. RUJUKAN

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersyukur kepasa Ilahi dengan limpah
rahmat yang dianugerahkan kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan untuk

menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan
ini kepada pensyarah kami, En. Kamal Hisam Bin Abdul Halim atas tunjuk ajar
yang diberikan untuk kami menghabiskan tugasan ini dengan sukses sekali.

Selain itu, saya juga mengucapkan tahniah kepada rakan seperjuangan, Nik
Intan Farhanah dan Nur Adilla Akhmal atas kerjasama yang diberikan.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang lain
terutamanya rakan sekelas, DEE2A yang banyak memberikan sedikit ilmu
untuk diperkongsikan kepada kami. Sokongan mereka juga amat penting untuk
kami supaya tidak mudah patah semangat walau apa juga cabaran yang kami

hadapi.

Ahir sekali, saya ingin mengucapkan sepuluh jari tanda penghargaan kepada
sesiapa yangterlibat dalam pembikinan folio ini secara langsung atau secara

tidak langsung.

PENGENALAN

Jika ingin melihat Malaysia terus kekal merdeka, berdaulat, damai dan
disanjung seluruh dunia, detik-detik perpaduan perlu dicambah dan
disemarakkan. Detik-detik perpaduan merentasi sempadan perkauman,
agama, budaya dan bahasa seperti dalam bidang sukan, ekonomi, seni budaya
dan sosial adalah instrumen ajaib yang dapat menyatu padukan rakyat

Malaysia.

Bukan atas nama Orang Melayu, Orang Cina, Orang India, Orang Iban, Kadazan,
Murut, Dusun, Orang Asli, penduduk keturunan Siam, atau pun yang lain-lain,

namun lebih mulia dan penting dari itu, semua bersatu padu atas nama
bangsa Malaysia!

Oleh sebab itulah, dalam pada kita bersusah payah memupuk solidariti dan
perpaduan, kita tidak mahu terjadinya moments of disunity, iaitu babak-babak
atau episod perpecahan, yang akan memusnah dan meranapkan segala yang

terbina.

DEFINISI DETIK PERPADUAN

DETIK PERPADUAN :

 Detik Perpaduan adalah saat yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan
seharian masyarakat.

 Antara suasana yang sering dilihat menunjukkan muncul perpaduan adalah
detik-detik ketika:
- Pergaulan di pasar
- Mengadakan majlis perkahwinan
- Tempat makan
- Sokongan dalam sukan
- Memberi bantuan ketika bencana
- Mengunjungi tempat percutian
- Menikmati cuti umum pelbagai
- Perayaan
- Hadir menonton filem di pawagam
dan sebagainya.

BINCANGKAN DETIK PERPADUAN BERKAITAN…..

 SAMBUTAN PERAYAAN

Sudah menjadi amalan rakyat Malaysia, tradisi atau amalan rumah
terbuka seakan menjadi kemestian bagi setiap perayaan utama seperti
Hari Raya, Deepavali dan Tahun Baru Cina. Perayaan ini disambut meriah
setiap tahun oleh semua kaum di negara ini tanpa mengira agama dan
keturunan. Melaluinya ia dapat memupuk semangat kekitaan, kejiranan
selain merapatkan hubungan antara jiran tetangga.

Disebabkan itu juga kita berjaya membina pemahaman dan rasa
hormat dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Ia adalah
kunci keamanan dan keharmonian dalam sebuah negara berbilang
kaum dan agama, sekali gus menjadi asas kepada pembinaan negara
dan berupaya mencapai semangat 1Malaysia. Menghormati budaya dan
agama etnik lain menjadi ciri kepada masyarakat berbilang kaum dan
menjadi kewajipan setiap rakyat untuk terus mengekalkan
tanggungjawab berkenaan menerusi amalan lima prinsip Rukun Negara.

Perayaan tahunan seperti Aidilfitri, Krismas, Deepavali dan Tahun
Baharu Cina adalah perayaan yang memanfaatkan semua kaum dari segi
keharmonian, keamanan dan perpaduan. Hal ini kerana perpaduan
adalah kunci kepada kejayaan Negara. Oleh itu, rakyat perlu
menggunakan setiap peluang yang ada untuk mengukuhkan semangat
perpaduan melalui pelbagai aktiviti membabitkan semua kaum.

Rumah terbuka
Hari Raya

Sambutan
Deepavali

Sambutan Tahun
Baharu Cina

 BENCANA

Mutakhir ini, kita seringkali digemparkan dengan berita bencana alam
yang berlaku tidak kira dalam negara mahupun di luar negara. Antara
bencana alam yang sering melanda ialah tanah runtuh, gempa bumi,
tsunami, ribut taufan dan sebagainya. Musibah yang berlaku ini telah
memberikan impak negatif kepada semua pihak dan ribuan nyawa telah
terkorban akibat bencana alam yang berlaku.

Namun,hal ini tiada kaitan dengan sesuatu bangsa kerana
bencana/musibah boleh menimpa pada mana-mana pihak,iaitu pada
mana-mana bangsa mahupun kaum. Jika melihat dari sudut positif,
apabila mangsa bencana tersebut dalam kesusahan pasti ada yang
menolong mereka tidak kira bangsa dan agama. Pertolongan tersebut
tidak kiralah dari segi kewangan atau dalam bentuk kebendaan tapi kita
melihat dari siapa pertolongan tersebut. Kebiasaannya pihak yang
menolong mangsa bencana tersebut tidak kira bangsa dan agama
misalnya orang melayu menolong orang india dan orang cina menolong
orang melayu.

Melalui semangat bantu-membantu dan kerjasama untuk membantu
mangsa bencana tersebut yang mengukuhkan semangat perpaduan
kaum serta keamanan di negara ini.

Bantuan
ketika
banjir

Siapa yang tidak kenal Ustaz Ebit Lew
iaitu seorang penceramah terkenal
dan dikenali sebagai seorang yang
pemurah dan prihatin. Hal ini dapat

dilihat apabila beliau banyak
membantu masyarakat yang terjejas
sepanjang tempoh pandemik Covid-19

yang berlaku sekarang. Antaranya
beliau membantu ramai orang tanpa
mengira bangsa dan agama serta tidak

kira dari segi makanan atau dalam
bentuk wang. Sikap ini sewajarnya
dicontohi oleh semua masyarakat

terutama golongan remaja.

 PERCUTIAN
Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan.
Tambahan pula, ia memberi banyak manfaat. Semua manusia
mengimpikan tempat yang indah untuk dilawati dan menghabiskan
masa cuti bersama keluarga setelah penat menjalani kerja seharian.
Negara kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik dan
sesuai untuk dijadikan destinasi percutian. Dengan melancong kita akan
dapat menambahkan pengetahuan dan meluaskan pandangan ke
tempat-tempat yang belum pernah kita lawati. Contohnya kita akan
dapat melihat kebudayaan yang diamalkan di sesebuah tempat yang
jauh berbeza dengan tempat kita. Hal ini dapat mengukuhkan semangat
perpaduan antara kaum kerana kita dapat belajar sesuatu dari
percutiaan terutama untuk mereka yang bercuti dengan sesuatu agensi.
Hal ini dapat dilihat apabila mereka hendak ke sesuatu tempat pastinya
mereka pergi dengan pengangkutan yang sama. Kebiasaannya pakej
percutiaan atau agensi percutiaan tidak mengira bangsa dan agama
kerana mereka boleh bercuti bersama.

 GOTONG-ROYONG
Sejak dari dulu lagi, khususnya masyarakat Melayu, gotong-royong
diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup/adat resam mereka.
Kini selepas wujudnya Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973,
gotong-royong telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai
sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia.
Tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk
masyarakat yang kondusif. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti gotong-
royong, kita dapat mengenali jiran tetangga kita dengan lebih baik.
Hubungan silaturahim akan terjalin di samping bersama-sama
menyiapkan tugasan yang diberikan. Hal ini dapat dilihat bahawa
bergotong-royong dapat mengkukuhkan nilai perpaduan antara
masyarakat supaya kesejahteraan dan keamanan yang kita kecapi hari
ini berkekalan sampai bila-bila.

KESIMPULAN

Walaupun negara kini diuji pelbagai isu yang boleh menggugat
keharmonian, masyarakat dinasihatkan tidak melupakan detik-detik

perpaduan negara. Perpaduan merupakan satu proses yang
berterusan dan tidak boleh dicapai dalam sekelip mata.

Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaian budaya dan bangsa,
sudah mencapai keharmonian yang kukuh. Ia jelas dapat dilihat
melalui budaya harmoni yang dipupuk sekian lama oleh mereka
yang terdahulu, dan disambung serta diperkukuhkan masyarakat

kini.

Justeru, marilah kita bersama-sama menghargai perpaduan dan
keharmonian negara. Bak kata pepatah Melayu ‘berat sama dipikul
ringan sama dijinjing’, ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia

kerana muafakat

RUJUKAN

1. https://drive.google.com/file/d/15worP03hNJvpIGluScEFPZY6r

1qqwDL7/view

2. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/01/24052

5/sambutan-perayaan-berbilang-kaum-agama-kunci-negara-
aman


Click to View FlipBook Version