deKnigsaahn Nu'aiman
Rasulullah
Nu'aiman bin Amr bin Raf'ah merupakan
sahabat yang sering membuat Nabi
Muhammad SAW tertawa.
Nu'aiman merupakan seorang yang
nakal dan sering mengusik orang tidak
kira siapapim
Suatu hari, ada satu rombongan dari
Syam datang ke Madinah untuk
berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW.
Kebanyakan unta-unta yang datang dari
Syam ini terkenal dengan unta yang
berkualiti tinggi.
Suatu hari, ada satu rombongan
dari Syam datang ke Madinah untuk
berjumpa dengan Nabi Muhammad
SAW.
Kebanyakan unta-unta yang datang
dari Syam ini terkenal dengan unta
yang berkualiti tinggi.
Apabila rakannya melihat unta-unta rombongan
dari Syam itu, telah habis kesemuanya unta
telah disembelih oleh Nu'aiman.
Selepas menyembelih kesemua unta itu,
Nu'aiman berlari hingga ke hujung Madinah dan
bersembunyi.
Nu'aiman meminta tolong daripada seorang
sahabat di hujung Madinah dengan mengatakan
bahawa beliau dikejar oleh musuh. Nu'aiman
meminta sahabat itu untuk menyembunyikan
lokasinya kepada sesiapa sahaja termasuklah
Rasulullah SAW.
Sahabat itu pun bersetuju dengan perjanjian
yang dibuat oleh Nu'aiman itu.
Selepas sahaja rombongan dari Syam berjumpa
dengan Rasulullah, mereka terkejut melihat
kesemua unta mereka telah disembelih.
Lalu Rasulullah SAW pun bertanya, ''Ini angkara
siapa?''.
''Nu'aiman, ya Rasulullah'', jawab sahabat-
sahabat.
Selepas Rasulullah SAW mendengar ia adalah
angkara Nu'aiman, baginda sudah mengetahui
sikap sahabat itu.
Rasulullah SAW mengajak sahabat-sahabat
yang lain untuk mencari Nu'aiman dan berjaya
sampai ke ladang persembunyian Nu'aiman di
hujung Madinah.
Apabila sampai sahaja di tempat itu,
Rasulullah SAW bertanyakan kepada sahabat
yang berada di situ di manakah Nu'aiman?
Sahabat itu berasa bersalah untuk
menjawab pertanyaan Rasulullah SAW kerana
telah berjanji dengan Nu'aiman untuk
merahsiakan lokasinya. Namun dalam masa
yang sama dia tidak mahu berbohong kepada
Rasulullah SAW.
Oleh itu, sahabat itu bercakap tidak
nampak kelibat Nu'aiman namun dalam masa
yang sama tangannya menunjukkan lokasi
Nu'aiman.
Apa yang menariknya adalah respon Nabi Muhammad
SAW yang tidak marah dan hanya bertanyakan kepada
Nu'aiman mengapa melakukan perkara sedemikian.
Walaupun sikap Nu'aiman nakal, namun dia bersikap
jujur dan memberitahu perkara sebenar bahawa ada
seorang sahabatnya yang bergurau dengannya.
-TAMAT-