SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI LINAU
KLUANG
86200 Simpang Renggam, Johor
SeLINAU
2021
JABATAN
PENDIDIKAN
NEGERI JOHOR
Tel : 013-7300672
https://skslinau.blogspot.com/
https://www.facebook.com/sksglinau
BIL. ISI KANDUNGAN HALAMAN
i. ISI KANDUNGAN i-v
PENGURUSAN PENTADBIRAN 1
1. KETERANGAN PERIBADI 2
2. SURAT PELANTIKAN RASMI TUGAS-TUGAS 2021 3
4
3. SURAT AKU JANJI 5
4. PERUTUSAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH: EN. MD SAID BIN MD DAIMON 6
5. PERUTUSAN GURU BESAR : TN. HJ. SAHARUDIN BIN SALIKEN 7
6. PROFIL SEKOLAH 8
7. SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN SK SUNGAI LINAU 9
8. SEJARAH SEKOLAH 10
11
9. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & VISI MISI SEKOLAH 12
10. OBJEKTIF & MATLAMAT 13
11. PIAGAM PELANGGAN
12. 10 FOKUS PENGURUSAN PENDIDIKAN & DASAR, KUALITI, OBJEKTIF SPSK 14
13. PRINSIP KERJA PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR DAN PELAN 15
16
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 17
14. IDENTITI SEKOLAH 18
15. LAGU SEKOLAH SK SUNGAI LINAU
16. PELAN SEKOLAH 19-20
17. TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG 21
18. WAWASAN 2020 - SEMBILAN CABARAN, AGENDA PENGISIAN WAWASAN 22
PENDIDIKAN DAN TONGGAK DUA BELAS 23
19. TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA
20. IKRAR GURU & LAGU GURU MALAYSIA
21. TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG, MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH
RENDAH DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
22. AMALAN ETIKA KEGURUAN DAN PROFESIONALISME KEGURUAN
PROFESIONALISME
TUJUAN PROFESIONALISME
KEPENTINGAN PROFESIONALISME
AKAUNTABILITI
AKUANTABILITI GURU
ETIKA PERGURUAN
SIFAT DAN KUALITI GURU
i
TUGAS GURU 24-26
23. AMALAN ETIKA KEGURUAN DAN PROFESIONALISME KEGURUAN
27
PROFESIONALISME 28
TUJUAN PROFESIONALISME 29
KEPENTINGAN PROFESIONALISME 30-38
AKAUNTABILITI
AKUANTABILITI GURU 38-43
ETIKA PERGURUAN 44
SIFAT DAN KUALITI GURU 45
TUGAS GURU
24. PENGGAL PERSEKOLAHAN 2021 45-46
47
25. HARI KELEPASAN AM NEGERI JOHOR 2020 48
26. CUTI PERAYAAN KPM 2021
27. KETETAPAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
ARAHAN AM
KEDATANGAN
KELUAR KAWASAN SEKOLAH DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN
PAKAIAN
BILIK GURU / BENGKEL
TUGAS
BUKU/FAIL REKOD MENGAJAR
PERHIMPUNAN MINGGUAN/HARIAN
ACARA ATAU MAJLIS RASMI SEKOLAH
MESYUARAT GURU / KAKITANGAN SOKONGAN
CUTI SAKIT
PERHUBUNGAN SESAMA GURU
JADUAL WAKTU
JADUAL KEDATANGAN PELAJAR
KUNCI
TELEFON
ARAHAN DAN PEKELILING
TANDA NAMA
BUKU STOK / INVENTORI
MEMBELI BARANG
KEGIATAN KOKURIKULUM
PELAWAT
KEBERSIHAN
KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
28. PERATURAN AM UNTUK GURU SK SUNGAI LINAU
29. PERATURAN SEKOLAH SK SUNGAI LINAU
30. CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KHAS PENGURUSAN PENTADBIRAN
31. JAWATANKUASA TUGAS-TUGAS KHAS
32. JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
JAWATANKUASA PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK)
33. JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH (JPMS)
JAWATANKUASA KELAB WARGA SK SUNGAI LINAU (KEBIRUS)
ii
34. JAWATANKUASA SIAR RAYA DAN PERHUBUNGAN 49
JAWATANKUASA PROFESIONAL LEARNING COMMUNITIES ( PLC ) LEARN
ENGLISH TOGETHER ( LET ) & HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME 50
35. JAWATANKUASA PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH 51-53
JAWATANKUASA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN (PBPPP) DAN E-PRESTASI 2021 & 53-58
JAWATANKUASA STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPMg2) 59-71
36. JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET 2021 72
JAWATANKUASA SISTEM PENGURUSAN LATIHAN KPM (SPLKPM) 73-87
JAWATANKUASA BENCANA SEKOLAH 88-90
JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN 90-91
37. JADUAL BERTUGAS MINGGUAN DAN BIDANG TUGAS 92
38. TAKWIM SEKOLAH 2021 93
94
PENGURUSAN KURIKULUM
95
39. PENGURUSAN KURIKULUM 96
40. KETETAPAN KURIKULUM
41. PRESTASI UPSR 2015-2019 97
42. JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2021
43. CARTA ORGANISASI KURIKULUM 98-100
44. JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM
45. JAWATANKUASA JADUAL WAKTU
JAWATANKUASA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
JAWATANKUASA PENTAKSIRAN SEKOLAH
46. JAWATANKUASA PROGRAM PEMULIHAN
JAWATANKUASA PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
47. JAWATANKUASA KECEMERLANGAN UPSR
JAWATANKUASA KAJIAN TINDAKAN
JAWATANKUASA UJIAN SEGAK
48. JAWATANKUASA HEADCOUNT
JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
JAWATANKUASA ICT DAN GOOGLE CLASSROOM
50. JADUAL PENYELIAAN BUKU TULIS DAN HASIL KERJA MURID (HKM)
iii
PENGGAL PERTAMA DAN KEDUA 2021 101-104
51. JADUAL PENCERAPAN PEMBELAJARAN &PEMUDAHCARAAN
104-106
KALI PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA 2021
107
52. GURU KELAS DAN GURU PEMBANTU 2021 DAN PENYELARAS BILIK-BILIK 108
KHAS 2021 109
110
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 111
53. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 112
54. VISI DAN MISI UNIT HEM 2021 113
55. MATLAMAT UNIT HEM 2021 114
56. CARTA ORGANISASI UNIT HAL EHWAL MURID 115
57. KETETAPAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA TERTINGGI PENGURUSAN
116
HEM
58. JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN / SSDM / ADUAN 117
59. JAWATANKUASA LEMBAGA PENGAWAS
60. JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING 118
61. JAWATANKUASA APDM / SMM 119
JAWATANKUASA LAWATAN 120
62. JAWATANKUASA PENDAFTARAN SEKOLAH MENENGAH 121
122
JAWATANKUASA KEMASUKAN PRASEKOLAH 123
63. JAWATANKUASA e-REGISTER 124
125
JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 126
64. JAWATANKUASA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) 127
65. JAWATANKUASA PROGRAM SUSU SEKOLAH
JAWATANKUASA KWAPM BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN & SIMPANAN
66. JAWATANKUASA KEBAJIKAN MURID
67. JAWATANKUASA KESELAMATAN / LATIHAN KEBAKARAN
68. JAWATANKUASA KESIHATAN / RAWATAN
69. JAWATANKUASA KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
70. JAWATANKUASA PENGURUSAN KANTIN
71. JAWATANKUASA PPDa & KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
72. JAWATANKUASA SARANA IBU BAPA / PIBK
73. JAWATANKUASA BANTUAN PERINGKAT SEKOLAH
iv
74. JAWATANKUASA PENYIASAT MURID CICIR 128
75. JAWATANKUASA 3K (KESELAMATAN, KESIHATAN & KEBERSIHAN)
129-137
JAWATANKUASA BRIGED RESQUE PONTENG SIFAR 138-141
76. PENGURUSAN FAIL HEM & PENGURUSAN KELAS
77. TAKWIM UNIT HAL EHWAL MURID & RUJUKAN SKPMg2 142
143-144
PENGURUSAN KOKURIKULUM
145
78. PENGURUSAN KOKURIKULUM 146
79. DASAR & KETETAPAN KOKURIKULUM SK SUNGAI LINAU 2021 147
80. CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 148
81. JAWATANKUASA MAJLIS SUKAN BALAPAN DAN PADANG SEKOLAH 149
82. JAWATANKUASA PENGURUSAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM 150
83. JAWATANKUASA PENGURUSAN KELAB & PERSATUAN KO-AKADEMIK 151
84. JAWATANKUASA PENGURUSAN KELAB PERMAINAN 152
85. JAWATANKUASA PENGURUSAN RUMAH SUKAN 153-156
86. JAWATANKUASA MAJLIS SUKAN SEKOLAH (PASUKAN SEKOLAH) 157
87. JAWATANKUASA PENGURUSAN PROGRAM KOKURIKULUM & SUKAN 158-159
88. SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM 160-162
89. TAKWIM PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM
90. SENARAI NAMA GURU MENGIKUT UNIT KOKURIKULUM
91. ETIKA GURU PENGIRING
MEMACU KAPASITI MENGIMBANGI TRANSFORMASI
KE ARAH
SEKOLAH BERKUALITI
v
vi
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
NAMA :
ALAMAT RUMAH :
NO. TEL : GAMBAR
ALAMAT SEKOLAH :
NO. TEL :
KAD PENGENALAN : (BARU) (LAMA) :
TARIKH LAHIR : NO.PASPORT :
NO.LESEN MEMANDU : TARIKH TAMAT :
NAMA DAN NO.AKAUN BANK :
(I) AKAUN SIMPANAN : AKAUN SEMASA :
NO.PENDAFTARAN KERETA / MOTOSIKAL :
NAMA SKIM PERKHIDMATAN SEKARANG :
TARIKH MULA BERKHIDMAT :
TARIKH MULA BERKHIDMAT DI SEKOLAH TERKINI :
TARIKH DISAHKAN DALAM JAWATAN :
TARIKH MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN BERPENCEN:
TARIKH KENAIKAN GAJI : KOD GAJI :
TARAF PERKHIDMATAN :
KUMPULAN & KATEGORI :
NO.KWSP : NO.FAIL DIRI JPNJ :
NO.CUKAI PENDAPATAN : NO.POLISI INSURAN :
KUMPULAN DARAH :
1
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LINAU,
KG. KG. PARIT 4, SUNGAI LINAU
86200 SIMPANG RENGGAM https://skslinau.blogspot.com/
JOHOR DARUL TAKZIM. E-mail: JBA2037@moe.gov.my
Kod Sekolah : JBA 2037
Our Glory Begins Here Rujukan Tuan :
SeLINAU Cepat Pantas dan Tangkas Rujukan Kami : JBA2037/10001/01/01(01)
Tarikh : 01 JANUARI 2021
Kepada,
Semua Guru dan Anggota Kumpulan Sokongan,
SK Sungai Linau,
86200 Simpang Renggam, Johor.
Tuan,
PELANTIKAN RASMI TUGAS-TUGAS 2021
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacitanya dimaklumkan tuan sebagaimana nama tercatat dalam Manual Pengurusan dan
Panduan Tugas Sekolah 2021 ini, adalah diarah untuk melaksanakan sebahagian daripada tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan, manakala sebahagian yang lain boleh diarahkan dari semasa ke
semasa.
3. Surat ini dengan jelas menerangkan maksudnya dan secara rasmi menjadi punca kuasa kepada
tuan untuk melaksanakan sebarang tindakan berlandaskan peraturan yang mengawalnya. Dengan
demikian, tuan sama sekali tidak boleh ingkar dalam melaksanakan arahan dan peraturan ini. Tuan
juga tertakluk dengan etika perkhidmatan keguruan dan tatacara tingkah laku penjawat awam yang
mana kegagalan tuan mematuhinya boleh dikenakan tindakan tatatertib.
4. Semoga tuan dapat menjalankan amanah ini dengan penuh integriti dan melaksanakan
tanggungjawab ini kerana Allah SWT untuk kecemerlangan organisasi.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
……………………………………
(SAHARUDIN BIN SALIKEN)
Guru Besar
SK Sungai Linau
2
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
SURAT AKU JANJI
Saya,........................................................................., No. Kad Pengenalan.................................
beralamat di ...............................................................................................................................................
dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta peraturan
dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa
sepanjang perkhidmatan saya dengan kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji sebagaimana yang
dikehendaki di bawah Peraturan 4. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993 bahawa saya:
i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan;
ii) akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur,
amanah dan bertanggungjawab;
iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya;
iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi
bercanggah dengan tugas awam saya;
v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa
saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga
menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam;
vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya
sendiri;
vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama
perkhidmatan awam;
viii) tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau
memajukan tuntutan saya atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan awam dan;
ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar
perintah.
Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya
boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
tatatertib) 1993.
………………………… (Jawatan Pegawai)
(Tandatangan Pegawai)
Di hadapan:
………………………………….
(Tandatangan Ketua Jabatan)
…………………………..…………………………..
(Nama dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan)
………………………………….. ………………………………….
(Tarikh) (Cop Rasmi Jabatan)
3
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
PERUTUSAN PPD 2021
4
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
PERUTUSAN 2021
GURU BESAR SK SUNGAI LINAU
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Muafakat Johor.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat kembali menjalankan tugas bagi tahun
2021. Ini bermakna bermulalah tanggungjawab kita sebagai pendidik yang diamanahkan
sebagai khalifah di muka bumi ini dalam melaksanakan tugas mendidik, membimbing,
memandu arah anak bangsa kita agar terus menghuni muka bumi ini dengan sifat
keilmuan yang tinggi. Semoga dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan penuh dedikasi.
Bidang pendidikan kini yang kian mencabar, memerlukan setiap sekolah membina perancangan yang
rapi, sistematik dan holistik. Justeru, saya menyeru setiap pihak yang terlibat di sekolah ini khasnya, agar sama-
sama mengambil tindakan yang proaktif dalam mendukung cita-cita dan aspirasi tersebut yang seterusnya
menjadikan sistem pendidikan ini sebagai yang terbaik dan menjadi teras perjalanan sekolah.
Usaha kolaboratif setiap pihak, terutama warga sekolah ini yang sentiasa berkesanggupan untuk
menggembeleng tenaga mampu menjayakan setiap aktiviti dan program yang dirancang dalam
memperkemaskan serta memantapkan lagi pelaksanaan proses pembinaan modal insan secara menyeluruh
dan berterusan agar berupaya menghasilkan pengeluaran yang memenuhi kehendak Jabatan Pelajaran Negeri
Johor dan selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia. Sesungguhnya, walaupun ia mengambil
masa yang lama untuk menampakkan hasil, namun sistem pendidikan yang berwibawa akan menghasilkan
modal insan berminda kelas pertama. Matlamat sekolah perlu sentiasa dihayati agar amanah yang
dipertanggungjawabkan kepada kita bukan menjadi satu beban sebaliknya satu ibadah.
Sebagai pentadbir, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik telah berusaha dan akan terus
berusaha menjalankan tugas dengan AMANAH dan penuh tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan yang
kuat dan padu bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah. Kesempurnaan
pendidikan adalah menjadi tekad kita warga sekolah dengan semangat kerjasama dan pengemblengan tenaga
yang padu di samping kepakaran yang sedia ada menjayakan program-program kecemerlangan sekolah untuk
dilaksanakan. SK Sungai Linau telah berusaha untuk melonjakkan keputusan yang cemerlang dalam setiap
bidang bagi merealisasikan kemenjadiaan murid. Teruskan tekad untuk tahun 2021 penuh harapan SK Sungai
Linau akan terus menempa kecemerlangan dalam situasi yang cukup mencabar dengan pendemik Covid-19 dan
pembudayaan norma baharu kehidupan.
Harapan saya, SK Sungai Linau terus menghasilkan sumber manusia yang berkualiti dari segi
keilmuan, kemahiran serta tinggi sahsiahnya di samping kemudahan pendidikan yang berkualiti dan Insya Allah
menjadi tunggak untuk melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memenuhi tuntutan dunia dan akhirat.
Sekian, terima kasih.
MEMACU KAPASITI MENGIMBANGI TRANSFORMASI KE ARAH SEKOLAH BERKUALITI
Salam hormat daripada saya,
SAHARUDIN BIN SALIKEN
Guru Besar
SK Sungai Linau
5
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
PROFIL SEKOLAH
BIL. BUTIRAN MAKLUMAT
1. KOD SEKOLAH JBA 2037
2. ALAMAT
3. GRED SEKOLAH SK SUNGAI LINAU
KG. PARIT 4 86200 SIMPANG RENGGAM
JOHOR.
A (LUAR BANDAR)
4. SESI PERSEKOLAHAN SATU (PAGI)
5. JARAK DARI PPD KLUANG 40 KM
6. NO. TELEFON DAN FAKS TIADA
7. E-MEL JBA2037@moe.edu.my
8. LAMAN WEB https://skslinau.blogspot.com/
9. NO. PENDAFTARAN PIBG https://www.facebook.com/sksglinau
0747
10. PARLIMEN SIMPANG RENGGAM
11. DUN MACHAP
6
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
SENARAI NAMA GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA SK SUNGAI LINAU
BIL NAMA JAWATAN GRED OPSYEN DOMINAN NO.
TELEFON
1. TN. HJ. SAHARUDIN BIN GURU BESAR DG 48 GURU BESAR 013-7300672
SALIKEN DG 42 017-7751323
DG 44 GURU PENOLONG KANAN 012-7443723
2. PN. HJH. ROHAYA BINTI PK PENTADBIRAN DG 48 PENTADBIRAN 019-7768857
ABD HAMID DG 38 GURU PENOLONG KANAN 019-7256386
HEM
3. PN. YANTI BINTI PK HAL EHWAL MURID GURU PENOLONG KANAN
MOHAMAD SUBIRI KOKURIKULUM
4. TN. HJ. JAMADI BIN PK KOKURIKULUM BAHASA MELAYU
MARRAUAN
5. PN. HJH. NOOR SA’DAH PENYELARAS TAHUN 6
BT MASRUM
6. PN. HJH. ZALEHA BT GURU BIMBINGAN DG 38 PENDIDIKAN ISLAM 017-7779110
ISMAIL KAUNSELING DG 44 GURU PENYELARAS 013-7396704
DG 42 BESTARI 014-2775373
7. EN. MOHD NOH BIN AMIR SETIAUSAHA MATEMATIK
PEPERIKSAAN
8. PN. DZURITA BINTI GURU KELAS TAHUN 2
MOHD FADZIL
9. PN. KHAIRUNNISA BINTI GURU KELAS 3 DG 41 PENDIDIKAN ISLAM 012-7791150
JASMIN
10. PN. RAFIDAH BINTI GURU PRASEKOLAH DG 44 PRASEKOLAH 019-7375813
MAHMOD DG 44 GURU PERPUSTAKAAN & 013-7802198
DG 44 MEDIA 019-7097139
11. PN. SITI KHATIJAH BINTI GURU PERPUSTAKAAN PENDIDIKAN SENI
ISTADI & MEDIA
12. EN. NORHAIROLLAH BIN GURU DATA
ABDULLAH
13. EN. MOHD NAWAWI BIN GURU PEMULIHAN DG 41 GURU PEMULIHAN 010-3103101
SAFFIEE
14. TN. HJ. NOOR HAFFIZAM GURU PENDIDKAN DG 44 PENDIDIKAN ISLAM 014-3846768
BIN DAUD ISLAM
15. CIK SITI NUR ADLINA GURU KELAS 4 DG 41 BAHASA INGGERIS 014-8439298
BINTI ZAINUDIN
16. EN. NAZULRAINI BIN GURU PENYELARAS DG 44 PENDIDIKAN ISLAM 019-7516016
NASMIAN BESTARI
17. EN. MOHD. NAZRI BIN GURU BAHASA DG 44 BAHASA INGGERIS 013-7875979
EKHSAN INGGERIS
18. PN. RAHA BINTI ISMAIL GURU KELAS TAHUN 1 DG 38 BAHASA MELAYU 013-7960089
19. EN. ZAINI BIN HARON SETIAUSAHA SUKAN DG 42 BAHASA MELAYU 019-7984831
20. PN. NORUMI NOR AIEN GURU PENDIDKAN DG 41 PENDIDIKAN ISLAM 013-3227046
BT JAMALUDDIN ISLAM
21. PN. ROGIAH BINTI MD. PEMBANTU TADBIR N 19 010-7123928
DAHAN JURUTEKNIK
KOMPUTER
22. EN. NORAZMAN BIN PEMBANTU FT 19 012-7664903
SURIB PENGURUSAN MURID
23. PN. ROSIMAH BT. PEMBANTU OPERASI N 19 013-7251137
MAHAT
24. PN. SA'DIAH BINTI N 11 013-7370674
KASSIM
7
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
SEJARAH SEKOLAH
Pada asalnya sekolah ini adalah cawangan Sekolah
Kebangsaan Simpang Renggam yang menumpang di bangunan
SJKC South Malaya. Pertambahan bilangan murid, kekurangan
bilik darjah dan desakan ibu bapa menyebabkan kerajaan
terpaksa mengadakan bangunan kekal sendiri.
Pembinaan sekolah dimulakan pada 1 Januari 1976 dan
siap pada pertengahan tahun 1978. SK Sungai Linau mendapat
nama sempena nama sungai utama di kawasan ini. Nombor
pendaftaran sekolah ini ialah JBA2037.
Para pelajar sekolah ini datangnya dari sekitar kampung berhampiran termasuklah Kg. Sungai
Linau, Kg. Isnin Maarof, Kg. Parit Ghani, Parit Hj. Dol Salam, Parit Hassan, Parit Kassan dan juga Kg.
Simpang Renggam. Bangunan sekolah dibina di atas tanah seluas 7 ekar. SK sungai Linau terletak 8 km
dari Pekan Simpang Renggam dan 40 km dari PPD Kluang. Sekolah ini dibuka dengan bilangan murid
berjumlah 187 orang dan 11 orang guru termasuk Guru Besar.
Pada tahun 1980 dalam Rancangan Malaysia ke-4 kerajaan meluluskan peruntukan bangunan
tambahan 2 tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah, 1 bilik sembahyang, 1 bilik perpustakaan, 1
bilik rawatan, 1 bilik tayang dan 1 bilik sumber. Pihak Penisular Plantation Sdn. Bhd. telah bermurah hati
menderma buku-buku perpustakaan, radio kaset, overhead projector dan filem sisipan.
Pada tahun 2001, Makmal Komputer dibina. Pada tahun 2002 pula, SK Sungai Linau mendapat
bangunan 4 tingkat mengandungi 6 buah bilik darjah, perpustakaan, makmal sains, bilik sumber, bilik
sumber, bilik muzik, bilik kemahiran hidup, bilik sembahyang, bilik mesyuarat dan pejabat guru. Kantin
Sekolah dan Pondok Kawalan Keselamatan dibina pada tahun 2003.
Pusat Akses sekolah pula dibina pada tahun 2007, menempatkan 10 buah komputer. Kelas j-QAF
juga memulakan operasinya pada awal tahun 2007.
SENARAI NAMA GURU BESAR
Bil. NAMA GURU BESAR TEMPOH PERKHIDMATAN
1. EN. ALI BIN MOHD SHEH ( 1978 – 31.03.1989)
2. TN. HJ. ABU BAKAR BIN HASSAN (01.04.1989 – 15.01.1994)
3. EN. AHMAD BIN SADI (16.01.1994 – 15.02.1995)
4. EN. SHARIF BIN BANI (16.02.1995 – 07.03.2001)
5. EN. MAZLAN BIN OTHMAN (01.04.2001 – 31.05.2009)
6. EN. JAAFFAR BIN M. NOH (01.06.2009 – 01.04.2014)
7. EN. KAMARODIN BIN KAMSIN (16.04.2014 – 15.09.2016)
8. EN. NGAHBAN BIN AHMAD (15.09.2016 – 30.11.2018)
9. TN. HJ. SAHARUDIN BIN SALIKEN (01.12.2018 – KINI )
8
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
MISI & VISI SEKOLAH
MEMACU KAPASITI MENGIMBANGI TRANSFORMASI KE ARAH
SEKOLAH BERKUALITI
9
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
OBJEKTIF
1. Sentiasa berusaha untuk pentadbiran dan pengurusan yang baik.
2. Meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah pelajar.
3. Menjadikan sekolah sebagai institusi yang dapat berperanan membina dan membentuk
masyarakat yang harmonis, dinamik dan bersatu-padu selaras dengan prinsip RUKUN NEGARA.
4. Memberi penekanan dalam perkembangan dan kemajuan dunia pendidikan masa kini dalam
kalangan guru dan murid agar warga SK Sungai Linau peka dengan perkembangan teknologi
maklumat dan menjadikan IT sebagai budaya hidup kita.
MATLAMAT
Kecemerlangan Budaya Kerja
Melahirkan kecemerlangan budaya kerja yang positif, kreatif, inisiatif, inovatif, kemas, teliti, menepati
masa, berkualiti dan profesional.
Kecemerlangan Kurikulum
Melahirkan kecemerlangan akademik dari segi kejayaan UPSR tanpa cacat 3M dengan keupayaan
teknologi pendidikan.
Kecemerlangan Kokurikulum
Melahirkan kecemerlangan sehingga mencapai penglibatan di peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan.
Kecemerlangan Iklim Sekolah
Melahirkan keceriaan dan keindahan bilik-bilik pembelajaran, pengurusan dan lain-lain serta
melahirkan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah.
10
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
PIAGAM PELANGGAN
Warga SK Sungai Linau dengan ini berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada:
Murid
Memastikan semua murid menerima pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang
diperuntukkan.
Semua murid akan dilayan dengan adil tanpa mengira kaum dan agama.
Semua murid akan dilayan dengan mesra apabila berurusan dengan kaunter pejabat
Bantuan yang disalurkan oleh kerajaan akan diberikan kepada yang layak.
Berpeluang menyertai semua program sekolah di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan
bagi yang layak.
Mengutamakan pencapaian pelajar terutamanya pencapaian asas dalam 4M.
Ibu bapa/penjaga
Akan dilayan sama adil tanpa mengira status.
Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberikan tidak lebih dari 3 hari bekerja.
Setiap cadangan dan usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah.
Permohonan untuk anak bertukar sekolah akan diselesaikan dalam masa 3hari bekerja.
Staf/Kakitangan
Staf dapat bekerja dalam suasana yang kondusif.
Staff baru akan mendapat gaji dalam tempoh 3 bulan pertama.
Menerima latihan dalaman untuk peningkatan kendiri sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
Guru seboleh-bolehnya akan dapat mengajar mengikut opsyen.
Rekod perkhidmatan dikemaskini dalam tempoh 3 hari selepas menerima maklumat perubahan.
Mendapat semua maklumat dan pekeliling perkhidmatan yang dikeluarkan oleh ‘Stake Holder’.
Stake holder
Memastikan semua arahan JPN/KPM melalui surat makluman dan pekeliling diambil tindakan
segera.
Semua surat JPN/KPM akan dijawab dalam masa 3 hari jika diperlukan.
11
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
FOKUS PENDIDIKAN
1. PENGETUA DAN GURU BESAR YANG BERKESAN.
2. SEKOLAH YANG BERKESAN
3. GURU YANG PROFESIONAL
4. KURIKULUM YANG RELEVAN
5. SISTEM PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
6. PEMBINAAN INFRASTRUKTUR SOKONGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
7. PEMBINAAN INSTITUSI PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN
8. PEMBINAAN SISTEM INSTITUSI PERLAKSANAAN DAN PEMANTAUAN YANG
BERKESAN : SISTEM PENTADBIRAN
9. PEMBANGUNAN STAF YANG KOMPREHENSIF
10. PEMBINAAN HUBUNGAN LUAR DAN MASYARAKAT
11 ANJAKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
12
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
PRINSIP KERJA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KLUANG
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
13
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
IDENTITI SEKOLAH SK SUNGAI LINAU
LENCANA SK SUNGAI LINAU
BUKU : Warga sekolah sentiasa mencari dan mendalami ilmu pengetahuan.
MATA PENA : Warga sekolah sentiasa rajin berusaha untuk mencapai kejayaan.
GEGELUNG : Warga sekolah sentiasa bermuafakat dan bekerjasama dalam semua
bidang.
GEAR : Warga sekolah sentiasa berusaha untuk mendalami ilmu sains dan
( ALAT SAINS ) teknologi
BENDERA SK SUNGAI LINAU
KUNING : Melambangkan ketaatan warga sekolah terhadap raja/negeri.
PUTIH : Melambangkan kesucian dan kebersihan setiap warga sekolah.
BIRU : Melambangkan perpaduan dalam kalangan warga sekolah.
MERAH : Melambangkan keberanian warga sekolah menyahut cabaran dalam
semua bidang.
14
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
LAGU SEKOLAH SK SUNGAI LINAU
Sekolah Kebangsaan Sungai Linau
Namamu tetapku jaga
Tempatku menimba segala
Ilmu yang sangat berharga
Bersama mencapai cogankata
Berusaha jaya berbakti
Agama bangsa dan negara
Padamu ku kan setia
Harapan kita kan jadi nyata
Berdisiplin berusaha
Berjiwa mulia berminda jaya
Asas membina hidup sempurna
Terus maju jaya SKSL
Penuhi harapan bangsa
Capai cita-cita negara
Menuju wawasan kita
Capai cita-cita negara
Menuju wawasan kita
15
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
PELAN SEKOLAH
16
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
˝Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya
ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara”
OBJEKTIF KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara
Memberi peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia
WAWASAN 2020 - Sembilan Cabaran
1. Mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama.
2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap
diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai
masalah.
3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu
bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh
menjadi contoh kepada banyak negara membangun.
4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.
17
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan
idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama,
meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan
memandang ke depan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga penyumbang
kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
7. Mewujudkan masyarat penyayang dan budaya menyayangi iaitu suatu sistem sosial yang
mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada negara
atau orang perseorangan tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh
8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing dinamik, giat dan kental.
AGENDA PENGISIAN WAWASAN PENDIDIKAN
Perpaduan Budaya Ilmu
Stail pengurusan dan kepimpinan Sekolah Penyayang
Perkhidmatan penyayang Budaya cemerlang
”Empowerment” Ketiadaan kegagalan
TONGGAK DUA BELAS
18
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA
Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan,
yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat
yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan serta prinsip-prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan
mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan
mereka untuk menghadapi cabaran untuk masa hadapan.
Dengan menyedari berapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai
kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk
membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya,
Tanggungjawab Terhadap Murid
1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi,
politik, eknonomi, sosial, keturunan dan agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-
mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh
yang baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian penyelidikan, lawatan dan
menghadiri kursus, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu
yang setinggi-tingginya.
Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan
dengan rumah tangga.
19
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga
atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa
kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan
maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu
bapa murid.
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan
murid terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap murid sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka
untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-
orang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai
seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan
masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidkan
dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan
1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama
baik seseorang guru di hadapan murid atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dengan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
20
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutama mereka yang baru dalam profesion
perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
6. Menjadi ahli sesebuah pertubuhan Pendidikan.
Catatan :
Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ialah orang yang menyebarkan ilmu
pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah, dan tinggi,
termasuk guru-guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran organisasi dan penyeliaan
pendidikan.
IKRAR GURU
Bahawasanya kami guru negara Malaysia dengan ini
berikrar
Mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami
dan
menyatakan keyakinan kami pada cita-cita murni pekerjaan kami.
Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung perlembagaan negara kami
dan
mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara pada setiap masa.
LAGU GURU MALAYSIA
Lagu dan Senikata oleh: Hashim b. Ahmad
Kami guru Malaysia Di bidang pembangunan,
Berikrar dan berjanji, Kami tetap bersama,
Mendidik dan memimpin, Membantu membina,
Putera puteri negara kita. Negara yang tercinta
Pada Seri Paduka, Amanah yang diberi,
Kami tumpahkan setia, Kami tak persiakan,
Rukun Negara kita, Apa yang kami janji,
Panduan hidup kami semua. Tunai tetap kami tunaikan.
21
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG
Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan.
Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan.
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara.
Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh-musuh negara.
Berpegang teguh kepada ajaran agama.
Perkhidmatan penyayang.
MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara
seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan
insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
OBJEKTIF PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan
murid:
1. Menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan
bahasa rasmi negara.
2. Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa
pengantar sekolah.
3. Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam
menyelesaikan masalah harian.
4. Menguasai kemahiran belajar dan menguasai kemahiran berfikir.
5. Bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya
sebagai bahasa kedua dan memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya.
6. Membina daya kempimpinan dan daya keyakinan diri.
7. Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar
8. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.
22
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
9. Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekkeasi dalam
lingkungan kebudayaan nasional.
10. Menjaga kesihatan dan kecergasan diri.
11. Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan
produktiviti.
12. Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam
Al-Quran bagi murid-murid Islam.
13. Menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia.
14. Membina semangat patriotisme.
15. Mengembangkan bakat dan kreativiti.
16. Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni dan menjadikannya asas bagi
amalan hidup.
AMALAN ETIKA KEGURUAN DAN PROFESIONALISME KEGURUAN
PROFESIONALISME
Mengikut Kamus Dwibahasa, profesionalisme adalah pekerjaan yang memerlukan latihan khas.
Dalam Kamus Oxford, profesionalisme ditakrifkan sebagai “ciri-ciri sesuatu pekerjaan yang
memerlukan latihan ikhtisas, seperti yang terdapat dalam profesionalisme perguruan,
profesionalisme guaman, profesionalisme perubatan dan sebagainya”.
Ciri-ciri profesion seperti yang dirujuk dari buku Pendidikan di Malaysia oleh Mok Soon Sang (1993,
p.215-216) adalah sebagai “sesuatu pekerjaan yang khusus dan dijanjikan oleh orang yang
mempunyai kelulusan dan bermoral tinggi, mempunyai automasi bertugas serta mematuhi kod
etika yang ditetapkan oleh organisasinya”.
TUJUAN PROFESIONALISME
1. Memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dan boleh dipercayai.
2. Menaikkan imej dan taraf sesuatu profesion.
3. Membezakan sesuatu profesion dengan profesion yang lain.
4. Menghuraikan secara jelas tugas dan tanggungjawab seseorang profesional.
5. Mengasingkan kerja profesional dengan bukan profesional.
23
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
6. Melarang orang bukan profesional menjalankan tugas sebagai orang profesional.
7. Mengawal kualiti profesion dengan mengenakan syarat seperti latihan ikhtisas bagi orang yang
ingin menjadi seorang profesional.
8. Meningkatkan hasil produktiviti sesuatu pekerjaan.
KEPENTINGAN PROFESIONALISME
Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dengan memiliki ilmu pengetahuan yang lengkap serta
mendalam, menguasai kemahiran mengajar, mempunyai kefahaman terhadap tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan.
AKAUNTABILITI
Mengikut Kamus Dwibahasa, “akauntabiliti” dijelaskan sebagai bertanggungjawab kepada
seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Dalam konteks keguruan, akauntabiliti boleh
dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.
AKUANTABILITI GURU
Akauntabiliti guru dalam beberapa bidang yang dikenal pasti seperti berikut:
Bidang pekerjaan
Sekolah
Tingkah laku
Pelajar
Profesion
ETIKA PERGURUAN
Etika ialah suatu sistem dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau
organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, yang betul dan
yang salah untuk member garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Masyarakat pula menggunakan
etika itu untuk menganalisa, menilai dan menentukan sama ada tingkah laku manusia yang
menunjukkan moral telah mengikut adat dan kebiasaan yang diamalkan.
Profesion perguruan, sama seperti profesion dalam kejuruteraan, perubatan dan peguam, mempunyai
etikanya sendiri. Setiap guru dikehendaki mematuhi etika itu demi menjaga status, akhlak dan maruah
24
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
dalam profesionnya. Bagi tujuan tersebut Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan Ikrar dan
Tatasusila Profesion Perguruan untuk dijadikan sebagai landasan dan garis panduan setiap guru
menjaga imej profesionnya.
SIFAT DAN KUALITI GURU
Sifat dan Kualiti Guru Bertanggungjawab
Baik Hati Yakin
Jenaka Kepimpinan
Sabar
Sifat dan Kualiti Profesional Daya Ingatan
Ingin Tahu Daya Usaha
Pengetahuan Ikhtisas Kemahiran Bertutur
Suka Membaca
Sifat dan Kualiti Sosial Semangat Berbakti
Budi Pekerti Jujur
Ramah Mesra
Merendah Diri TUGAS GURU
Tugas dan tanggungjawab Kepada Negara
1. Menjalankan tugas menyebarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara dengan
jelas.
2. Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam setiap jiwa
pelajar dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab
serta berguna.
3. Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara
cergas dalam kegiatan kemasyarakatan.
4. Mengeratkan persefahaman dan kerjasama dengan ikhlas dalam kalangan guru dan ibu bapa
pelajar.
5. Memberi sumbangan secara sukarelawan kepada Negara.
6. Bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial, demi mewujudkan suasana
harmoni dalam masyarakat.
25
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
Tugas dan Tanggungjawab Kepada Pelajaran
1. Membaca secara meluas buku-buku yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar.
2. Memahami selengkap-lengkapnya isi dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan mata pelajaran
yang diajar.
3. Menyertai seminar pendidikan dan menghadiri Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan untuk
meningkatkan prestasi dalam aktiviti pengajaran.
4. Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai objektif
pelajaran secara maksimum.
5. Mengajar dengan fakta yang betul supaya murid dapat belajar dengan tepat dan menerima ilmu
pengetahuan yang betul.
Tugas dan Tanggungjawab Kepada Murid
1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa
mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang
berkesan.
2. Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain.
3. Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi,
ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
4. Membimbing dan mengajar murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran.
5. Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan
santun semasa bertugas.
Tugas dan Tanggungjawab Kepada Diri Sendiri
1. Menjaga kesihatan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
2. Mengawal emosi sendiri supaya mendapat ketenangan dan ketenteraman jiwa.
3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatan adalah seimbang dengan
perbelanjaan harian.
4. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini termasuklah
membaca buku ilmiah selain membaca buku teks.
5. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa yang berlaku di sekeliling
melalui media massa.
6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang berfaedah.
26
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2021
27
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
HARI KELEPASAN AM NEGERI JOHOR 2021
BIL. HARI KELEPASAN AM TARIKH HARI
1. Hari Thaipusam ** 28 Januari Khamis
12 & 13 Februari Jumaat & Sabtu
2. Tahun Baru Cina
23 Mac Selasa
3. Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor ** 1 Mei Sabtu
13 April Selasa
4. Hari Pekerja 26 Mei Rabu
13 & 14 Mei Khamis &Jumaat
5. Awal Ramadan 20 Julai Selasa
31 Ogos Selasa
6. Hari Wesak 10 Ogos Selasa
7. Hari Raya Aidilfitri *
8. Hari Raya Aidiladha *
9. Hari Kebangsaan
10. Awal Muharram ( Maal Hijrah)
11. Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di- 7 Jun Isnin
Pertuan Agong
12. Hari Malaysia 16 September Khamis
13 Septeber Isnin
13. Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar ** 3 November Khamis
14. Hari Deepavali *
15 Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W 19 Oktober Selasa
(Maulidur Rasul)
16. Hari Krismas 25 Disember Sabtu
Catatan:
* Tertakluk kepada pindaan
** Hari Kelepasan Am Negeri
Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain,
maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula
merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan
28
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
CUTI PERAYAAN KPM 2021
29
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
KETETAPAN PENTADBIRAN
ARAHAN AM
Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertaluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am
kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut.
Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion
dan bukan sebagai satu perkerjaan semata-mata.
Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayatai prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang.
Semua guru hendaklah menjalankan tugas sebagai satu pasukan - (Together Everyone Achieve
More).
KEDATANGAN
Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 15 minit sebelum waktu persekolahan bermula
dan merakam kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik sekolah.
Guru yang bertugas mingguan dikehendaki berada di kawasan sekolah 30 minit sebelum waktu
persekolahan bermula.
Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah hendaklah memberikan kenyataan
dan sebab-sebab yang wajar. Guru juga mestilah memaklumkan kepada pihak sekolah dengan kadar
segera supaya jadual waktu ganti dapat disediakan.
Waktu persekolahan :
TAHAP 1 (TAHUN 1,2 DAN 3) TAHAP 2 (TAHUN 4 HINGGA 6)
Hari Masa
Hari Masa Ahad 7.15 pagi – 1.50 petang
Ahad 7.15 pagi - 12.50 tengah hari Isnin 7.15 pagi – 1.50 petang
Isnin 7.15 pagi - 12.50 tengah hari Selasa 7.15 pagi – 1. 20 petang
Selasa 7.15 pagi - 12.50 tengah hari Rabu 7.15 pagi – 1.20 petang
Rabu 7.15 pagi - 12.50 tengah hari
Khamis 7.15 pagi - 12.20 tengah hari
Khamis 7.15 pagi – 1.20 petang
Rujukan
30
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
KELUAR KAWASAN SEKOLAH DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN
Guru dan staf tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu persekolahan
kecuali jika terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan
/ PPD dengan syarat mendapat kebenaran dari Guru Besar / Penolong Kanan.
Guru dan staf dikehendaki mengisi borang/buku keluar kawasan sekolah di pejabat sekolah dan
dapatkan tandatangan Guru Besar/Penolong Kanan sebelum keluar. Sila isikan waktu balik dari urusan
selepas balik.
Semua guru hendaklah meninggalkan kerja bertulis kepada murid sebelum meninggalkan sekolah.
Guru Besar tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan yang berlaku terhadap mana-mana
guru yang keluar tanpa kebenarannya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa.
PAKAIAN
Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan.
Guru lelaki hendaklah bertali leher dan berbaju kemeja.
Baju berlengan panjang tidak dibenarkan dilipat.
Berpakaian kemas di luar waktu persekolahan.
Guru perempuan tidak dibenarkan berbaju tanpa lengan.
Kasut sukan hanya dibenarkan untuk tujuan Pendidikan Jasmani atau aktiviti seumpamanya.
Kakitangan Sokongan dikehendaki berpakaian kemas dan bagi kakitangan sokongan yang beruniform
perlu memakai pakaian yang telah dibekalkan.
Rujukan
69 bertarikh 26 Disember 1969 (Peraturan
pakaian guru di dalam waktu persekolahan dan luar waktu persekolahan)
l 6/1985 bertarikh 9 Mei 1985 (Peraturan pakaian guru di sekolah)
Bil 7/2001 bertarikh 7 Jun 2001 (Garis panduan pakaian guru ketika
bertugas di sekolah)
31
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
BILIK GURU / BENGKEL
Kebersihan dan keselamatan pejabat guru/bengkel adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini
termasuklah keselamatan harta benda di dalam pejabat guru / bengkel.
Guru dan AKP tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan sekolah.
Guru hendaklah berada di dalam pejabat guru/bengkel semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini
hendaklah dianggap sebagai ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru
hendaklah menggunakan masa tersebut di pejabat guru/bengkel untuk perkara-perkara berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. Guru yang terakhir keluar dari pejabat guru/bengkel
perlulah memastikan lampu, kipas dan alat penghawa dingin dimatikan.
Guru yang berada di dalam pejabat guru/bengkel hendaklah sama-sama bertanggungjawab
memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.
TUGAS
Guru akan diberikan tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas khas.
Laksanakan tugas yang diberikan dengan cekap, dedikasi dan bertanggungjawab.
Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan seperti menghadiri mesyuarat, pergi ke
JPN , atau berkursus guru hendaklah mengambil tindakan sewajarnya. Guru tidak boleh mengarah
guru lain melaksanakan tanpa kebenaran Guru Besar. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh
pihak atas persetujuan sesama, maka ia mesti sampai kepengetahuan Guru Besar.
32
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
Rujukan
Surat perkeliling Ikhtisas Bil 7/2001 Garis Panduan Guru bertugas di sekolah
BUKU/FAIL REKOD MENGAJAR
Guru bertanggungjawab menjaga keselamatan buku rekod mengajar kerana ianya merupakan
keberhasilan setiap guru kecuali guru bimbingan dan kaunseling.
Semua butiran hendaklah diisikan dengan kemas, teliti dan lengkap.
Buku rekod ini hendaklah diserahkan ke Pejabat pada hari Khamis atau hari akhir minggu berkenaan
untuk tujuan semakan dan tandatangan oleh Guru Besar/Penolong Kanan.
Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan.
Buku/Fail Rekod mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.
Laporan polis perlu dibuat bagi guru yang kehilangan buku rekod mengajar.
PERHIMPUNAN MINGGUAN/HARIAN
Perhimpunan sekolah adalah majlis rasmi sekolah.
Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan mingguan sekolah pada hari Ahad bermula 7.15
pagi.
Guru yang bertugas mingguan diwajibkan berada di perhimpunan harian jam 7.00 pagi setiap hari
pada waktu persekolahan.
Guru hendaklah berada di majlis sehingga tamat perhimpunan.
Semua guru hendaklah duduk di bahagian hadapan perhimpunan kecuali guru bertugas mingguan dan
perhimpunan.
Pakaian guru semasa perhimpunan : -
a. Guru lelaki hendaklah memakai baju Koporat
b. Guru perempuan hendaklah berpakaian Koporat atau kemas, bersopan santun dan tidak memakai
selipar / sandal
33
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
ACARA ATAU MAJLIS RASMI SEKOLAH
Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara atau majlis rasmi sekolah.
Guru tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah mendapatkan
kebenaran daripada Guru Besar.
MESYUARAT GURU / KAKITANGAN SOKONGAN
Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Besar/Penolong Kanan/Ketua Panitia
tertentu pada bila-bila masa.
Guru tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah mendapatkan
kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan/Ketua Panitia.
Kakitangan sokongan diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Besar/Penolong
Kanan tertentu pada bila-bila masa.
Kakitangan sokongan tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah
mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan.
CUTI SAKIT
Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 3 hari berturut-turut hendaklah
disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi 15 hari dalam setahun.
Bagi pegawai yang menerima rawatan pesakit dalam di hospital swasta boleh menerima cuti sakit
sehingga 180 hari tanpa pengesahan daripada pegawai perubatan kerajaan.
Guru/Kakitangan sokongan perlu memaklumkan kepada Guru Besar sekiranya mendapat cuti sakit.
Rujukan
Perintah Am Bab C
Perkeliling Perkhidmatan Bil 2/2006 Pindaan Peraturan Mengenai Sijil Sakit untuk tujuan Cuti Sakit
34
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
PERHUBUNGAN SESAMA GURU
Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru
dan sentiasa mengawal tutur kata dan tingkahlaku mereka. Juga diharapkan akan
dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan
kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan yang lain.
Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial
ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah ini.
Rujukan
Surat Perkeliling Ikhtisas Bil 2/2003 Ke arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih bertarikh 30 April
2003
JADUAL WAKTU
Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.
Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Guru Besar.
Jadual waktu ganti hendaklah disediakan oleh GPK/S/U Guru Ganti dan ditandatangani oleh Guru
Besar/Penolong Kanan.
JADUAL KEDATANGAN PELAJAR
Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh
guru darjah pada waktu pertama. Sekiranya guru darjah tidak hadir, Guru Pembantu atau Setiausaha
HEM bertanggungjawab menandanya.
Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat .
Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut pada waktu persekolahan, ibu bapa/penjaga
hendaklah dimaklumkan melalui telefon dan bertulis.
Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh GPK HEM/Setiausaha HEM.
Guru tidak dibenarkan membawa keluar Buku Kedatangan Murid dari pejabat tanpa kebenaran Guru
Besar.
Guru kelas/darjah sahaja yang boleh menanda kehadiran di dalam jadual kedatangan murid.
35
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
KUNCI
Semua kunci mesti disimpan di pejabat pentadbiran sekolah.
Guru dan kakitangan sekolah yang hendak menyimpan kunci mesti mendapat kebenaran bertulis
daripada Guru Besar.
Sewaktu cuti penggal persekolahan semua kunci hendaklah diserahkan di pejabat pentadbiran
sekolah.
TELEFON
Penggunaan telefon pejabat hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan hendaklah direkodkan.
ARAHAN DAN PEKELILING
Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan
dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya dan disimpan di dalam fail khas.
Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian, Jabatan Pendidikan/PPD guru hendaklah
mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.
TANDA NAMA
Semua guru dan kakitangan sekolah hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan
dan majlis rasmi di sekolah/di luar sekolah.
BUKU STOK / INVENTORI
Guru Kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok/inventori dan memastikan
maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini
akan disemak dari masa ke masa oleh Guru Besar/Penolong Kanan.
36
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
MEMBELI BARANG
Guru/Kakitangan sekolah yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran Guru Besar
dengan menggunakan borang pesanan kawalan dalaman berserta dengan sebut harga asal daripada
pembekal.
Borang pesanan kawalan dalaman mesti diisi oleh pemohon dan mendapat sokongan daripada
Penolong Kanan/Ketua Panitia sebelum diluluskan oleh Guru Besar.
Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.
Segala invois mesti ditandatangani oleh guru/Penyelenggara Stor yang menerima dan direkodkan
dalam buku stok dengan kemas.
Guru Besar tidak akan menanggung segala kos pembelian tanpa kebenarannya.
KEGIATAN KOKURIKULUM
Guru yang ditugaskan menjadi penasihat kegiatan Kokurikulum hendaklah menjalankan tugas dengan
cekap dan berkesan.
Guru-guru berkenaan wajib hadir mengikut jadual yang ditetapkan. Kegiatan Kokurikulum adalah
tugas rasmi.
PELAWAT
Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar/Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru
tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran
Guru Besar /Penolong Kanan.
KEBERSIHAN
Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid.
Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan kelas
hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan di tempat yang selamat.
Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas (bengkel, bilik
kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.
37
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda
sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja
hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.
Guru Kanan/Ketua Panitia hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan. Mengenai penggunaan
alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain
Penggunaan alat-alat, bilik-bilik dan bengkel-bengkel di luar masa sekolah dan masa cuti hendaklah
mendapat kebenaran Guru Besar dan direkodkan.
Penggunaan bilik-bilik tertentu oleh pelajar selepas waktu sekolah, hujung minggu atau waktu cuti
hendaklah bersama-sama guru.
PERATURAN AM UNTUK GURU
Pendahuluan
1. Setiap guru mempunyai tanggungjawab untuk menjadikan SK Sungai Linau sebuah sekolah yang
cemerlang, dihormati dan disegani.
2. Setiap guru mestilah menjalankan tugas kurikulum dan kokurikulum serta memantapkan sahsiah
murid.
3. Setiap guru harus tahu dan memahami Visi dan Misi sekolah.
4. Guru perlu sentiasa merujuk kepada Pekeliling Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) agar sentiasa berada di landasan yang betul dalam perkhidmatan.
5. Sekiranya guru menghadapi sebarang masalah, adakan perbincangan dengan rakan dan
selesaikan secara profesional.
6. Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan, Ketua-Ketua Panitia dan Guru Bimbingan dan
Kaunseling sentiasa bersedia untuk membantu. Polisi kita adalah telus dan terbuka.
Waktu Bekerja Pada Hari Persekolahan
Tahap 1 (Tahun 1 / 2 / 3) - 7.15 pagi hingga 12.50 tengah hari
Hari Ahad – Rabu - 7.15 pagi hingga 12.20 tengah hari
Hari Khamis
- - 7.15 pagi hingga 1.50 petang
Tahap 2 (Tahun 4 / 5 dan 6) - 7.15 pagi hingga 1.20 petang
Hari Ahad – Isnin
Hari Selasa – Khamis
38
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
Disiplin Guru
1. Semua guru dikehendaki sampai di sekolah selewat-lewatnya 15 minit sebelum waktu bertugas
(masa pengajaran dan pembelajaran, tugas luar dan latihan sukan).
2. Guru-guru dikehendaki merekod kehadiran dalam buku rekod kehadiran sebaik sampai ke sekolah
dan semasa hendak pulang dari sekolah.
3. Semua guru wajib berada di sekolah dalam waktu bekerja kecuali mendapat kebenaran rasmi
daripada Guru Besar untuk meninggalkan sekolah atas urusan-urusan tertentu.
4. Guru-guru hendaklah berada di kelas dan mengajar serta meninggalkan kelas mengikut jadual
yang telah ditetapkan.
5. Semua guru bertugas hendaklah berada di dalam dewan atau tapak perhimpunan.
6. Semua guru masa pertama dan murid perlu berada di dalam kelas pada jam 7.30 pagi
memulakan pengajaran dan pembelajaran.
7. Pada waktu guru tiada jadual mengajar, guru hendaklah membuat kerja-kerja yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran.
8. Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian t-shirt semasa
mengajar mata pelajaran tersebut dan dibenarkan memakainya sehingga tamat waktu
persekolahan. Sebarang kecederaan yang berlaku semasa mengendalikan kelas tersebut,
hendaklahkan dilaporkan pada pentadbiran dan dicatat dalam buku laporan dengan segera.
9. Guru-guru hendaklah menjalinkan hubungan yang baik dan mesra sesama sendiri serta
menimbulkan suasana yang baik di sekolah.
10. Guru hendaklah sentiasa memakai tanda nama dan bertali leher (bagi guru lelaki) pada setiap hari
bekerja.
11. Semua guru disarankan untuk memakai pakaian unit beruniform pada hari Rabu dan koporat pada
hari Ahad.
12. Guru tidak dibenarkan sama sekali menjalankan sebarang jenis perniagaan atau membuat jualan
langsung dalam waktu persekolahan.
Kebenaran Keluar
1. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu bekerja tanpa
kebenaran rasmi daripada Guru Besar. Jika perlu meninggalkan sekolah, guru-guru perlu
mengisi Borang Kebenaran Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja dan dapatkan kebenaran
dan tandatangan Guru Besar.
2. Guru-guru yang akan membuat lawatan rasmi atau persendirian ke luar negara perlu mengisi
borang Kebenaran Lawatan ke Luar Negara yang akan dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
untuk mendapatkan kebenaran.
Buku / Fail Persediaan Mengajar
1. Buku Persediaan Mengajar hendaklah dilengkapkan sebagaimana yang ditetapkan.
2. Sukatan, huraian dan rancangan mengajar hendaklah disediakan dengan lengkap.
3. Format penyediaan Rancangan Mengajar Tahunan, Mingguan dan Harian hendaklah dibuat
mengikut cara yang ditetapkan oleh panitia masing-masing.
4. Markah-markah murid untuk Ujian Bulanan/Penggal hendaklah ditulis /ditampal di tempat yang
disediakan bagi mata pelajaran yang diajar sahaja.
39
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
5. Buku Persediaan Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada setiap hari Khamis atau
sebelum balik.
*INGATAN :
Buku Persediaan Mengajar adalah rekod segala kegiatan guru di bilik darjah sepanjang tahun
yang dapat dijadikan bukti nyata. Semua ruangan perlu diisi dan ditulis dengan kemas kerana ia
menggambarkan keperibadian guru.
Buku Tulis Murid
1. Pastikan kerja bertulis murid-murid dibuat dengan bersih, kemas dan teratur.
2. Setiap latihan yang dibuat mesti dituliskan hari dan tarikh.
3. Setiap latihan yang dibuat mestilah diperiksa dan ditandatangani oleh guru serta dicatatkan tarikh
pemeriksaan dengan menggunakan pen dakwat merah.
4. Pastikan pembetulan dibuat bagi setiap kesalahan.
5. Hantar buku tulis murid kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan mengikut jadual
pemantauan buku tulis murid yang telah ditetapkan.
6. Buku tulis murid hendaklah dicop secara berkala serta diperiksa dan ditandatangani oleh ibu bapa /
penjaga.
Cuti
Cuti yang dibenarkan:
1. Cuti Sakit Kerajaan / Swasta dengan sokongan Sijil Akuan Sakit Doktor (Sijil Akuan Sakit daripada
Doktor Swasta tidak melebihi 3 hari berturut-turut dan 15 hari bagi setiap tahun perkhidmatan)
2. Cuti Rehat Khas 10 hari (Satu Keistimewaan Bukan Hak) bagi setiap tahun perkhidmatan,
permohonan dibuat kepada Guru Besar dan kebenaran bergantung kepada budi bicara beliau.
Perintah Am Bab C dan PPI Bil 3/2005.
3. Cuti-cuti lain mengikut Perintah Am atau Pekeliling Perkhidmatan.
4. Maklumkan kepada Guru Besar sekiranya tidak hadir ke sekolah kerana berkursus atau bertugas
diluar, sakit dan kecemasan.
5. Pastikan tugasan atau lembaran kerja diserahkan kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan
Kurikulum untuk diberikan kepada guru ganti.
Disiplin Murid
Semua guru adalah guru disiplin, Guru perlu mengambil perhatian berkenaan disiplin murid semasa:
1. Di dalam kawasan sekolah
2. Di dalam bilik darjah dan bilik-bilik khas
3. Keluar/masuk bilik darjah dan bilik-bilik khas
4. Di kawasan luar yang berhampiran dengan sekolah
Mesyuarat
1. Semua panggilan mesyuarat dilakukan dengan kebenaran Guru Besar.
40
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
2. Surat/Memo panggilan atau pemberitahuan mesyuarat hendaklah diedarkan
selewat-lewatnya 7 sehari sebelum mesyuarat diadakan.*
3. Minit mesyuarat mesti dicatatkan dan diedarkan dalam tempoh 3/7 hari selepas mesyuarat
dijalankan.
4. Semua dapatan mesyuarat atau kursus di luar sekolah hendaklah direkodkan menggunakan
BORANG MINIT CURAI dan dimasukkan ke dalam fail yang telah disediakan.
Hukuman Ke Atas Murid
1. Guru-guru tidak dibenarkan menghukum, mendera dan menggunakan kata-kata kesat atau kasar
kepada murid-murid. Hukuman ke atas murid hanya boleh dilakukan oleh Guru Besar.
Kegiatan Sampingan
1. Dilarang sama sekali melakukan kegiatan sampingan seperti jualan langsung dan promosi
barangan yang berbentuk komersial dalam waktu bekerja.
Guru Bertugas
1. Guru bertugas hendaklah hadir lebih awal iaitu jam 7.00 pagi dan pulang lewat dari guru-
guru lain.
2. Bertugas mengikut giliran yang ditetapkan.
3. Guru bertugas perlu berada di pintu pagar sekolah semasa murid-murid hadir ke sekolah dan
pulang dari sekolah untuk memastikan murid-murid melintas jalan dengan selamat.
4. Guru bertugas perlu membuat laporan dalam Buku Laporan Bertugas.*
5. Maklumkan kepada Guru Besar jika ada murid yang memerlukan rawatan di hospital.
6. Bertanggungjawab apabila berlaku kecemasan dan membunyikan loceng kecemasan.
7. Memastikan pengawas sekolah menjalankan tugas mereka.
8. Memastikan murid-murid beratur semasa membeli makanan di kantin
sekolah dan makan hanya di kantin sahaja
Atur Cara Perhimpunan Mingguan
Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah
Nyanyian Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’
Nyanyian Lagu Negeri Johor ‘Bangsa Johor’
Laporan Guru Bertugas Minggu lalu
Ucapan Guru Besar atau Pentadbir
Nyanyian Lagu Sekolah
Panitia
1. Semua panitia perlu menubuhkan dan menyediakan carta organisasi panitia.
2. Panitia perlu merancang dan menyediakan RPT dan RPH mengikut sukatan mata pelajaran dan
Plan-J*.
41
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SeLINAU 2021
3. Panitia perlu mengadakan mesyuarat mengikut keperluan (sekurang-kurangnya 4 kali setahun).
4. Setiausaha panitia perlu menyediakan dan menghantar semua minit mesyuarat dalam tempoh 3
hari selepas mesyuarat diadakan.
5. Fail-fail panitia perlu dikemaskini setiap masa terutama apabila ada maklumat terkini berkaitan
panitia.
6. Program-program panitia yang telah dirancang perlu dijalankan mengikut perancangan.
7. Kertas konsep dan laporan perlu disediakan dengan segera dan lebih awal.
8. Panitia perlu mengadakan ‘post-mortem’ setiap kali ujian atau peperiksaan dijalankan.
9. Panitia perlu meneliti pemilihan buku kerja yang sesuai dengan tahap murid.
10. Kesemua AJK panitia perlu bekerjasama dan tidak bertindak sendiri atau hanya Ketua Panitia
sahaja yang berfungsi.
11. Setiausaha panitia perlu membantu tugas-tugas panitia dan menjalankan peranan dengan penuh
tanggungjawab.
12. Panitia perlu memastikan penyediaan item bagi ujian dan peperiksaan mengikut format dan
standard yang telah ditetapkan.
13. Menyediakan modul atau bahan latihan untuk kerja rumah harian, cuti persekolahan dan kelas
bimbingan.
14. Panitia perlu memastikan buku stok dikemaskini mengikut keperluan terutama jika ada pembelian
atau hapus kira.
Pengurusan Bilik-Bilik Khas
1. Bilik-bilik khas perlu sentiasa berada dalam keadaan kemas dan teratur.
2. Carta organisasi perlu ditampal di papan kenyataan dan mengikut jadual yang terkini.
3. Semua alatan dan bahan yang terdapat di dalam bilik khas perlu disusun mengikut kategori
dengan kemas dan teratur serta dilabelkan.
4. Pastikan stok di dalam bilik khas sama seperti yang direkod dalam buku stok, harta modal dan
inventori.
5. Pastikan pergerakan keluar dan masuk murid mengikut jadual waktu terkini dan ditampal di papan
kenyataan (1 salinan jadual waktu perlu diberi kepada GPK Pentadbiran untuk rujukan)
6. Peraturan penggunaan bilik khas perlu disediakan dan ditampal. Peraturan perlu mendapatkan
pengesahan daripada Guru Besar sebelum dikuatkuasakan.
Ujian Dan Peperiksaan
1. Patuhi takwim dan jadual yang telah disediakan.
2. Penggiliran penyedia item ujian perlu dipatuhi mengikut ketetapan panitia atau Setiausaha
Peperiksaan.
3. Guru perlu peka terhadap tarikh-tarikh ujian dan peperiksaan mengikut carta alir.
4. Penyediaan item ujian perlu kemas dan teliti (sifar kesilapan).
5. Format ujian perlu dipatuhi seperti yang ditetapkan Lembaga Peperiksaan, KPM dan panitia.
6. Penandaan dan pemeriksaan kertas perlu teliti dan mengikut skema yang telah ditetapkan.
7. Guru Pemeriksa Kertas perlu patuhi tempoh masa yang ditetapkan supaya urusan Guru Kelas
dapat dijalankan dengan segera.
42