The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezzety.n.kamaruzaman, 2022-06-15 05:04:09

Sayyidina Ali Bergurau

Siri Cerita Islamik

Sayyidina Ali Bergurau

Diceritakan dalam Riwayat Bukhari, Sayyidina Ali bersenda dengan Nabi Muhammad
SAW. Ketika itu mereka di rumah seorang sahabat.

Seperti diketahui, Sayyidina Ali seorang yang miskin. Beliau banyak kekurangan dari segi
harta.

Beliau hidup ala kadar sahaja. Hidup beliau, umpama kais pagi makan pagi.

Sejak kecil, Sayyidina Ali sudah terbiasa hidup secara daif. Sayyidina Ali hanya bekerja
dengan Rasulullah SAW.

Sayyidina Ali juga sering mengikat perut dengan batu. Dia akan mengikat perutnya ketika
sangat lapar.

Sayyidina Ali mempelajarinya daripada Rasulullah SAW. Hal ini agar, perutnya mampu
menampung rasa lapar.

Suatu hari, Sayyidina Ali bersama Rasulullah SAW bertandang ke rumah seorang sahabat.
Masyarakat Arab begitu meraikan tetamu.

Budaya orang Arab yang utama adalah, menghidangkan jamuan. Maka, makanan telah
disediakan.

Seusai tiba di rumah sahabat, Sayyidina Ali berasa sangat lapar. Beliau tidak sabar untuk
menjamu selera.

Semasa orang lain sedang berbual, beliau menjamah hidangan. Tanpa disedari, beliau telah
menjamah kurma dengan begitu banyak.

Sayyidina Ali tersedar dan berasa segan. Maka Sayyidina Ali memindahkan butir kurma
kepada Rasulullah SAW.

Sayyidina Ali bertanya adakah Rasulullah begitu lapar? Rasulullah terkejut kerana itu bukan
kepunyaan baginda.

Rasullullah mengatakan bahawa Sayyidina Ali lebih lapar. Baginda masih meninggalkan
butir.

Tetapi Sayyidina Ali tidak ada satu butir kurma kerana menelan semuanya. Sahabat yang
mendengarnya tertawa dengan telatah mereka berdua.

Nilai Murni

Antara nilai murni yang terkandung dalam cerita adalah, nilai kecekalan. Sebagai contoh,
Sayyidina Ali amat cekal menghadapi kemiskinan hidup.

Selain itu, nilai berdikari. Seperti contoh, Sayyidina Ali mengatasi masalah laparnya iaitu
mengikat perut dengan batu tanpa meminta-minta.

Seterusnya, nilai tanggungjawab. Sebagai contoh, masyarakat Arab bertanggungjawab
melayani dan menjamu tetamu.
Di samping itu, nilai prihatin. Sebagai contoh, Rasulullah memberikan pekerjaan kepada
Sayyidina Ali kerana kesusahannya.
Akhir sekali, nilai kebijaksanaan. Seperti contoh, Rasulullah SAW bijak dalam menjawab
ketika Sayyidina Ali bergurau dengannya.

Glosari
A
Ala Kadar – Hidup bersederhana
B
Bersenda – Bergurau
Bertandang – Melawat/singgah
Butir – Biji
D
Daif – Miskin
K
Kais pagi makan pagi – Hanya cukup-cukup makan sahaja.
M
Menampung – Menahan
Meraikan – Mengutamakan
Menjamu selera – Makan
Menjamah – Menikmati
R
Riwayat – Kisah
S
Seusai – Setelah/Setibanya
Segan – Malu
T
Telatah – Gelagat/Karenah

Soalan
1. Siapakah yang membantu Sayyidina Ali mempunyai pekerjaan?
=Nabi Muhammad SAW

2. Bagaimanakah Sayyidina Ali menahan rasa lapar?
=Sayyidina Ali mengikat perutnya dengan batu.

3. Di manakah Sayyidina Ali bergurau dengan Nabi Muhammad SAW?
=Di rumah seorang sahabat.


Click to View FlipBook Version