The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d093280, 2021-12-27 11:35:20

BML3053 Morfologi sebagai Salah Satu Unsur Tatabahasa

BML3053 REAL 1

BML3053
MORFOLOGI BAHASA MELAYU

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI:
MORFOLOGI SEBAGAI SALAH SATU KOMPONEN TATABAHASA

SEMESTER 3
KUMPULAN D

DR. ABDULLAH BIN YUSOF

NAMA NO. MATRIK

MUHAMMAD KHAIRUL HISHAM BIN MOHD YUNUS D20201093280

MONA BINTI MOHAMMAD AINI D20201093307

NUR FAIRUZ BINTI HASSAN D20201093296

MUHAMMAD TAHKIM BIN AHMAD D20201094327

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN KEPADA KOMPONEN TATABAHASA 1
2.0 DEFINISI MORFOLOGI 1
3.0 BIDANG MENGKAJI MORFOLOGI
2
3.1 KONSEP 2
3.2 STRUKTUR KATA 2-4
3.3 BENTUK KATA 4-6
3.4 PENGGOLONGAN KATA
4.0 KOMPONEN TATABAHASA MORFOLOGI 7-10
4.1 JENIS-JENIS MORFEM 10-12
4.2 KATA
5.0 PENUTUP 12
LATIHAN PENGUKUHAN 13-15
RUJUKAN
LAMPIRAN 16
17

1.0 PENGENALAN KEPADA KOMPONEN TATABAHASA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, komponen bermaksud bahagian yang
menjadikan sesuatu seperti enjin, pesawat, alat dan lain-lain yang lengkap atau
sempurna atau yang menjadi bahagian daripada sesuatu yang lebih besar. Hal ini
dikatakan demikian kerana di dalam bahasa terdapat komponennya sendiri yang
menjadikan bahasa sebagai salah satu ilmu pengetahuan yang berpotensi untuk
diperluas dan terus berkembang seiring dengan peredaran zaman. Di dalam bahasa,
terdapat elemen atau komponen yang melengkapkan suatu bahasa. Hampir kesemua
bahasa di dalam dunia ini ada elemen ini namun yang membezakan semua elemen
bahasa ini adalah topik yang akan diperbahaskan.

Di dalam bahasa Melayu, terdapat elemen atau komponen yang melengkapkan
bahasa itu. Antara elemen yang terdapat dalam sesuatu bahasa, contohnya bahasa
Melayu ialah fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Kesemua
komponen ini telah menjadi satu bahan pengajaran bagi memudahkan para pelajar
khususnya penuntut universiti untuk lebih memahami dan mendalami tentang bahasa
Melayu.

Dalam kajian ini, kami akan membahaskan tentang morfologi sebagai salah
satu komponen tatabahasa. Jadi mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan
morfologi secara ringkas.

2.0 DEFINISI MORFOLOGI

Perkataan morfologi dipinjam dari bahasa Inggeris iaitu morphology yang terbentuk
dari perkataan morph, o dan logy. Morph di sini bermaksud bentuk, manakala logy
pula bermaksud pengetahuan atau ilmu. Jadi di sini dapat diringkaskan bahasa
morfologi bermaksud kajian tentang bentuk kata.

Terdapat beberapa tokoh menyatakan tentang definisi morfolongi. Menurut
Nik Safiah Karim et. al (2010) morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji
tentang bentuk, sturktur dan penggolongan kata. Dalam morfologi, kita tidak akan
belajar tentang bentu, struktur dan penggolangan kata sahaja, malah kita akan belajar
tentang penggunaan sesebuah kata, hukum-hukum yang menyempurnakan sesuatu
kata dan gabungan kata yang membentuk frasa.

1

3.0 MORFOLOGI

Morfologi ialah ilmu atau pengetahuan tentang pembentukan kata. Konsep morfologi
juga dianggap sebagai bidang tatabahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata dan
penggolongan kata.

3.1 Struktur Kata
Susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa
yang bermakna. Contohnya, perkataan bermain, terdiri daripada susunan
awalan (ber-) yang diikuti dengan kata dasar (main).

Struktur Betul Struktur Salah
berlari lariber
berdasarkan kandasarber
menjadikan kanjadimen
kegembiraan angembirake

3.2 Bentuk Kata

Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa yang berbentuk tunggal atau yang
terhasil daripada proses pengimbuhan (kata terbitan), pemajmukan (kata
majmuk), dan penggandaan (kata ganda).

a) Proses Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada
kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan
iaitu:

Imbuhan Awalan

beR- Lari berlari
meN- Cuci mencuci
peN- dakwah pendakwah
di- gali
digali

2

Imbuhan Akhiran karang karangan
ambil ambilkan
-an sayang sayangi
-kan
-i keadaan
pertunjukan
Imbuhan Apitan ada perkarangan
Ke-…-an tunjuk bertentangan
Per-…an karang dipertingkatkan
Pe-…-an tentang memperkatakan
Ber-…-an tingkat keinggerisan
Diper-…-an kata mengesahkan
Memper-…-an Inggeris
Ke-…-an telunjuk
Menge-…-an sah kemuncup
keruping
Imbuhan Sisipan tunjuk
-el- kuncup
-em- kuping
-er-

b) Proses Pemajmukan

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau
lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.

Kerusi + malas Kerusi dan malas masing-masing mempunyai
(kerusi malas) makna yang tersendiri, apabila dirangkaikan
membentuk kata majmuk kerusi malas. Tiadak
dapat diselitkan apa-apa unsur antara dua kata dasar
ini.

3

c) Proses Penggandaan

Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama ada
secara berentak, penuh, separa, berimbuhan.

Penggandaan Penuh persatuan persatuan-persatuan
Penggandaan Separa rambut rerambut
Penggandaan Berentak cerai cerai-berai
Penggandaan Berimbuhan cari
mencari-cari

3.3 Penggolongan Kata
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang
sama. Penggolongan kata terbahagi kepada:

1. Kata Nama a. Orang a. Ayah, polisi, lelaki
Kata Nama Am b. Haiwan b. Itik, ayam, arnab
c. Benda c. Botol, buku, pencil
Kata Nama Khas d. Tempat d. Sekolah, rumah, pulau
Kata Ganti Nama a. Orang a. Cik Suzy
b. Haiwan b. Si Tompok
c. Tempat c. Kuala Lumpur
a. Penunjuk a. Itu, ini
bersifat b. Siapa, kenapa, di mana, apa,
menerangkan bila
b. Penunjuk
bersifat
pertanyaan

4

2. Kata Kerja Kata Kerja Transitif (Ayat Pasif)
Kata Kerja Transitif (Ayat Aktif) diaturkan
mengaturkan dibelah
membelah dicampakkan
mencampakkan

3. Kata Adjektif Cantik, lembut, keras, cerdik
Kata Adjektif Sifat/ Keadaan Putih, hitam, merah, biru, kuning
Kata Adjektif Warna Leper, bujur, bulat, segi tiga, lurus
Kata Adjektif Bentuk Tinggi, rendah, pendek,lebar, luas
Kata Adjektif Ukuran

4. Kata Tugas Kata bantu aspek: a. Pernah, telah
Kata Bantu a. Lampau b. Sedang, masih
b. Kini c. Akan
Kata Hubung c. Hadapan
Kata hubung gabungan Dan, atau, tetapi, maka,
jesteru, lalu
Kata Praklausa a. Kata seru a. Amboi, eh, cis
b. Kata tanya b. Kenapa, siapa, apa
c. Kata pangkal ayat c. Hatta, maka, adapun

5

4.0 MORFEM
Morfem ialah unit tatabahasa yang terkecil dan dapat melaksanakan tugas tatabahasa
atau berfungsi gramatis. Menurut Asmah Haji Omar (1993), morfem ialah unit nahu
yang terkecil yang mempunyai makna dan terletak pada tingkat paling bawah dalam
skala tetingkat nahu. Morfem boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu morfem
bebas dan morfem terikat.

4.1 Jenis-jenis Morfem
Morfem boleh dibahagikan kepada dua iaitu morfem bebas dan morfem
terikat. Rajah yang berikut menggambarkan jenis-jenis morfem.

MORFEM

MORFEM BEBAS MORFEM TERIKAT

MORFEM TERIKAT MORFEM TERIKAT MORFEM TERIKAT
SATUAN TERBAHAGI KOMPLEKS

a) Morfem Bebas

Morfem bebas dapat berdiri sendiri sebagai kata penuh, yakni tanpa perlu

bergabung dengan morfem lain. Contoh yang berikut ialah morfem bebas

kerana morfem ini boleh digunakan tanpa morfem lain sebagai satu

perkataan. Oleh itu, morfem bebas dengan sendirinya dapat menjadi kata.

Contoh:

Pam

Bunga

Kereta Semua kata tersebut boleh berdiri sendiri sebagai satu

Belukar kata yang mempunyai makna.

Minum

Rumah

6

Morfem bebas mempunyai makna leksis iaitu makna mofem itu
sendiri. Contohnya kata pam, bunga, kereta, belukar dan sebagainya
mempunyai maknanya yang tersendiri. Namun begitu, ada morfem bebas yang
mempunyai maknanya yang tersendiri tetapi sebagai makna struktur yang
hanya wujud di dalam ayat. Contohnya, kata ke, yang, dari, telah dan
sebagainya tidak mempunyai maknanya yang tersendiri dan maknanya timbul
apabila digunakan dalam ayat. Morfem bebas juga tidak boleh dipecahkan
kepada bentuk yang lebih kecil. Misalnya lagi menjadi pa atau nga.

b) Morfem Terikat

Morfem terikat ialah morfem yang tidak boleh berdiri sendiri sebagai
kata. Morfem terikat memerlukan bantuan morfem lain. sama ada morfem
bebas atau morfem terikat untuk membentuk kata. Dengan kata lain,
morfem terikat dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan.

Contoh: Semua imbuhan tersebut tidak boleh berdiri sendiri
di- sebagai satu kata yang lengkap.
ter-
ber-
men-
me-…-kan

Sebagai contoh kata bersenam. ‘ber’ ialah morfem terikat dan ia
memerlukan morfem bebas ‘senam’ untuk berdiri sendiri sebagai kata
membentuk kata bersenam. Selain imbuhan sebagai morfem terikat,
terdapat juga bentuk-bentuk kata penuh yang dikategorikan sebagai
morfem terikat. Bentuk kata penuh yang dikategorikan sebagai morfem
terikat ialah kata yang boleh berdiri sendiri untuk membawa makna yang
lengkap.

7

Contoh: Ada makna
Tiada makna Sayur-mayur
mayur Anai-anai
anai Anak-pinak
Pinak Batu-batan
Batan

Perbandingan morfem bebas dan morfem terikat.

Morfem bebas Morfem terikat

Morfem yang boleh berdiri sendiri. Morfem yang tidak boleh berdiri sendiri.

Morfem yang mempunyai makna dan Morfem yang perlu bergabung dengan

boleh menjadi ayat minimal. morfem lain sama ada bebas atau morfem

terikat.

Morfem minimal ialah ayat yang terdiri Semua imbuhan dan kata akar merupakan

satu kata. morfem terikat.

i) Morfem Terikat Satuan

Morfem terikat satuan ialah morfem terikat yang utuh bentuknya dan bahagian-

bahagiannya tidak boleh dipisah-pisahkan. Morfem terikat satuan boleh berdiri

daripada awalan, seperti ber-, me-, ter-, ke-, di-, dwi-, sub- dan sebagainya. Selain

itu, morfem terikat juga boleh terdiri daripada akhiran seperti -an, -kan, -i, -ah dan

sebagainya. Sisipan juga termasuk dalam morfem terikat satuan seperti -el-, -er-, -

em- dan -in-.

Contoh:

Awalan ter- Terjatuh, Tertidur

ber- Bersukan, Bersilat

me- Memasak, Merakam

di- Disoal, Dilarang

Akhiran -an Masakan, Masukan

-kan Campurkan, Besarkan

Sisipan -er- Gerigi, Serabut

-in- Sinambung

8

Morfem terikat satuan juga sejenis morfem yang bentuknya seperti
kata akar tetapi tidak boleh berdiri sendiri seperti tawa, tapa, mudi, juang,
nyala, anai, masing dan sebagainya. Morfem ini memerlukan imbuhan,
digandakan atau dijadikan kata majmuk untuk digunakan.

Kata akar Morfem
tawa Ketawa
mudi Kemudi
anai Anai-anai
tani Petani, pasar tani

ii) Morfem Terikat Terbahagi

Morfem terikat berbahagi ialah morfem yang terdiri daripada awalan dan
akhiran yang digunakan serentak sebagai satu satuan iaitu pada kedudukan
sebelum dan selepas kata dasar.

Contoh: Kedudukan, Kerajaan
Ke-…-an Penamaan, Pertanyaan
Pe-…-an Menjadikan, Menjelaskan
Men-…-kan Beralaskan, Berbantalkan
Ber-…-kan

Apabila morfem terikat terbahagi pada perkataan itu digugurkan, yang
tinggal mestilah merupakan perkataan yang ada dalam bahasa itu. Contohnya,
satu morfem terikat itu digugurkan pada perkataan kedudukan, penamaan dan
pertanyaan menjadi dudukan, namaan dan tanyaan, perkataan tersebut tidak
wujud dalam bahasa Melayu. Hal ini kerana ke-…-an merupakan satu morfem
yang tersendiri.

iii) Morfem Terikat Kompleks

Morfem terikat kompleks ialah gabungan dua morfem terikat atau lebih.
Dalam perkataan yang menggunakan morfem terikat kompleks ini, terdapat
gabungan morfem sama ada gabungan dua awalan atau gabungan awalan dan

9

akhiran, atau gabungan dua awalan atau satu akhiran. Dalam konteks ini,

morfem terikat kompleks yang terlibat sebelum dan selepas kata dasar

hendaklah digunakan serentak.

Contoh: dua Memper-… Memperkuat
a) Gabungan

awalan Diper-… Diperoleh
b) Gabungan awalan Me-…-kan Mengatakan

dan akhiran Di-…-kan Dikatakan

Me-...-i Membaiki
di-…-i Dibaiki
Ter-…-kan Terkatakan
Ter-…-i Terpenuhi

c) Gabungan dua Memper-…-kan Mempersoalkan

awalan dan satu Diper-…-kan Dipersoalkan
akhiran Memper-…-i Mempersenjatai
Diper-…-i Dipersenjatai

4.2 KATA
Kata atau perkataan ialah bentuk bebas, yang mengandungi makna dan dapat berdiri sendiri.
Contoh bagi kata ialah masin, mana, ketua, pemain, beberapa, mendatang, keseluruhan,
jejentik, suka-suka, tanggungjawab, makan angin, ke, amat, pula, jua, amboi dan -lah. Kata
boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal. Ayat minimal ialah ayat yang mengandungi satu
perkataan apabila diberikan intonasi ayat. Contohnya, dalam ayat Duduk!, Mana?, Sudah.
Jangan., ayat itu mengandungi satu perkataan sahaja. Kata boleh dijeniskan kepada kata akar,
kata dasar, kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Namun, kata tunggal,
kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda dikategorikan dalam “bentuk kata”.

4.2.1 Kata Akar
Kata akar ialah morfem terikat yang bukan imbuhan, tetapi bentuk yang perlu
Bergabung dengan morfem yang lain untuk membentuk perkataan. Contohnya,
tawa, tera, juang dan muih secara tersendiri tidak mempunyai nama. Kata akar

10

perlu menerima imbuhan atau perlu bergabung dengan kata lain untuk membentuk
perkataan. Apabila hadir bersama-sama morfem, sama ada dengan morfem terikat
atau morfem bebas, barulah kata tersebut bermakna.
ter- + tawa = tertawa
juru- + tera = jurutera
semangat + juang = semangat juang
kuih + muih = kuih muih
Contoh kata akar yang lain ialah igau, mudi, rangkak, renang, jerumus, tani, tapa,
rana, lantar, masing, libat, mentang, mayur, temu dan lanjur.

4.2.2 Kata Dasar
Kata dasar ialah kata yang menjadi dasar bagi suatu perkataan. Kata dasar terdiri
daripada kata akar, kata tunggal, kata terbitan, kata ganda, kata majmuk dan frasa.
a) Kata akar

Contoh:
pertemuan, kata akar temu menjadi kata dasarnya.
berjuang, kata akar juang menjadi kata dasarnya.

b) Kata tunggal
Contoh:
terbuka, kata tunggal buka menjadi kata dasarnya.
kecantikan, kata tunggal cantik menjadi kata dasarnya.

c) Kata terbitan
Contoh:
keterbukaan, kata terbitan terbuka menjadi kata dasarnya.
pengetua, kata terbitan ketua menjadi kata dasarnya.

d) Kata ganda
Contoh:
tercari-cari, kata ganda cari menjadi kata dasarnya.
bersimpang-siur, kata ganda simpang menjadi kata dasarnya.

e) Kata majmuk

11

Contoh:
kesetiausahaan, kata majmuk setiausaha menjadi kata dasarnya.
berterima kasih, kata majmuk terima kasih menjadi kata dasarnya.

f) Frasa
Contoh:
ketidakmampuan, frasa tidak mampu menjadi kata dasarnya.
mengemukakan, frasa sendi nama ke muka menjadi kata dasarnya.

4.2.3 Hukum p,t,k,s
Kata dasar yang bermula dengan p, t, k dan s, huruf pertama dalam kata dasar
akan gugur dan digantikan dengan huruf m, n, ng dan ny apabila menerima
imbuhan.

p – m (contohnya: pukul menjadi pemukul, memukul)
k – ng (contohnya: kuat menjadi penguat, meguatkan)
t – n (contohnya: tahan menjadi penahan, menahan)
s – ny (contohnya: sakit menjadi penyakit, meyakiti)

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, bidang morfologi ini amat luas skopnya yang meliputi morfem dan
kata. Struktur, bentuk dan golongan kata yang banyak akan memberikan kemudahan kepada
para pengkaji dan peminat bahasa lebih faham tentang bahasa. Banyak kajian telah dibuat
bagi menambahkan sumber rujukan dan bahan bacaan ini. Hal ini dikatakan demikian kerana
kata yan terbentuk dari beberapa morfem dapat menghasilkan makna yang tertentu dan
memudahkan seseorang untuk memahami apa yang hendak disampaikan. Oleh itu dengan
adanya bidang-bidang bahasa seperti ini, banyak lai yang boleh diamati dan dikaji dengan
lebih dalam bagi menambahkan lagi sumber-sumber yang tertentu.

12

LATIHAN PENGUKUHAN
Latihan 1
Nyatakan proses pengimbuhan bergaris yang terdapat dalam teks akhbar dibawah.

Rakyat Tidak Setuju Pemberian Tanah, Rumah Kepada Bekas Perdana Menteri
SHAH ALAM – Tindakan pemberian tanah dan rumah kepada semua bekas perdana
menteri adalah tidak wajar kerana rakyat Malaysia berpandangan masih ramai lagi
masyarakat yang lebih memerlukan bantuan terutamanya dari segi kewangan. Eksekutif
Visa, Muhammad Syuaib Sazali, 27, berkata, ia kerana ramai lagi rakyat yang memerlukan
rumah dan tanah berbanding mereka yang sudah mempunyai aset sendiri. Tambahnya, jika
perkara tersebut diberikan kepada bekas Perdana Menteri, ia akan memberi provokasi
kepada rakyat kerana permohonan untuk kelulusan tanah sangat sukar. “Oleh yang
demikian, pandangan untuk memberikan tanah dan rumah kepada bekas perdana menteri
sangat tidak wajar dilakukan disebabkan banyak faktor,” katanya kepada Sinar Harian pada
Jumaat. Dalam pada itu, seorang pelajar, Syauqi Mardia Baharudin, 24, berkata, jika
seseorang bekas perdana menteri itu bebas daripada isu mahkamah dan memberi jasa yang
besar kepada negara, maka amat wajar untuk diberikan keistimewaan tersebut.

Sumber: Harian Metro, 20 November 2021

Latihan 2
Susun semula perkataan-perkataan di bawah supaya menjadi struktur ayat yang
sempurna.

I. ingin / membuat / kayu / daripada / ini / saya / sesuatu

II. anak / kereta / mati / itu / dilanggar / kerana / anjing / oleh

III. nota / saya / baca / bahasa / suka / buku / Melayu

13

Latihan 3
Isikan tempat kosong tersebut dengan imbuhan yang sesuai.

I. Program Bulan Membaca yang diadakan dapat (pupuk) minat
membaca dalam kalangan kanak-kanak.

II. Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak telah (rasmi) pembukaan
bangunan baru SJK © Chong Hua.
III. Ali suka menabung kerana ianya merupakan (amal) yang baik.

Latihan 4

Sila kenal pasti jenis penggolongan kata tugas bagi soalan di bawah.

Contoh Ayat Jenis kata tugas
Saya telah lulus menjalani ujian memandu.
Ali suka meluangkan masa lapangnya dengan
bermain bola.
Cis, pergi kau dari sini!

Latihan 5

Sila tentukan jenis morfem bagi setiap perkataan di sebelah sama ada jenis morfem
terikat satuan, morfem terikat terbahagi atau morfem terikat kompleks.

Perkataan Jenis Morfem

1. Menaiki
2. Digugurkan
3. Melangkah
4. Terdesak
5. Gelembung
6. Menulis
7. Mempersendakan
8. Memukul

14

Latihan 6

1. Yang manakah pernyataan benar tentang kata?
a. Terbahagi kepada tiga jenis
b. Semua kata ialah morfem
c. Unit terkecil dalam tatabahasa
d. Tidak boleh menjadi ayat minimal

2. Kumpulan kata yang manakah merupakan kata akar?
a. peria, suai, pusaka
b. ternak, muda, masing
c. lantar, sayu, jejak
d. rana, tawa, temu

3. – mengandungi dua morfem dan kata dasarnya ialah kata tunggal.
Yang manakah pasangan kata yang menepati pernyataan di atas?
a. mempelawa, kesetiausahaan
b. kepentingan, bergemuruh
c. penternakan, kepercayaan
d. menternak, bergelimpangan

4. Yang manakah pernyataan yang benar tentang kata akar?
a. Boleh terdiri daripada morfem bebas
b. Mempunyai makna tatabahasa
c. Belum mengalami proses pembentukan kata
d. Perlu hadir bersama-sama morfem lain

5. MENGANAKTIRIKAN
a) Nyatakan kata dasar bagi perkataan di atas.
b) Nyatakan jenis kata dasar bagi perkataan di atas.

15

Rujukan

Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail, & Ton Ibrahim. (2014).
Tatabahasa asas edisi kedua (2nd ed.). Batu Caves, Kuala Lumpur: Percetakan Salam
Sdn. Bhd.

Anida Sarudin, & Norismayati Aida Idris. (2018). Linguistik dan manfaat dalam pendidikan
bahasa Melayu (1st ed.). Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Asmah Hj. Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka 1997. Kamus Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Ra'in Shaari, Alias Mohd Yatim, & Abdullah Yusuf. (2009). Pembelajaran tatabahasa
bahasa Melayu: Morfologi dan sikntaksis. Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sdn.
Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa dewan edisi ketiga (3rd ed.). Balakong, Selangor: My Bookpal Sdn. Bhd.

Nur Iftitah Roslan. (2021, November 20). Rakyat tidak setuju pemberian tanah, rumah

kepada bekas Perdana Menteri. Diperoleh daripada

https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=214552

16

Lampiran
17


Click to View FlipBook Version