SK Seksyen 1 Bandar Kinrara Mesyuarat agung PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) kali ke-23 Dirasmikan oleh : Encik Yaacob bin Jaafar Tarikh : 9 Mac 2024 Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Sekolah 2024/2025 SESI BERILMU, BERAKHLAK, BERWAWASAN (Yang Dipertua PIBG SKS1BK)
Isi kandungan Notis Panggilan Mesyuarat ………………………………………………………3 Kata Alu-aluan Guru Besar ....……………………………………………………4 Kata Alu-aluan YDP YIBG ..……………………………….……………………6 Aturcara Majlis …………………………………..………………………………8 Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 ………………………………..……9 Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG ……………………………...….………10 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG ……………………………….….………..…13 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 ………………………….…………..14 Laporan Aktiviti PIBG …………………………...…….……..……………… 25 Laporan Penyata Kewangan PIBG ………………………………..…..………..26 Usul dan Cadangan ……………………………………..……..………………..31 Kehadiran ibu bapa ………………..………………………………..…………..40 Lampiran ………………..……………………...………………………..……..42 Penghargaan ………………..……………………...…………….……………..50
3 Notis panggilan mesyuarat
4 Kata alu-aluan Guru Besar Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa, guru-guru, dan tetamu yang dihormati. Saya merasa amat berbesar hati kerana dapat berada di sini pada Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa Guru SK Seksyen 1 Bandar Kinrara kali ke-23 ini. Seperti yang kita sedia maklum, peranan ibu bapa merupakan aspek yang amat penting dalam pembangunan pendidikan anak-anak kita. Dengan sinergi yang baik antara ibu bapa, guru, dan pihak sekolah, kita dapat mencipta persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi perkembangan holistik setiap murid. Pada tahun ini, kami di sekolah telah berusaha keras untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuklah usaha untuk memperkasa kemahiran digital dalam kalangan guru dan murid, memperkenalkan program kecemerlangan akademik dan kokurikulum yang lebih menyeluruh, serta berusaha meningkatkan kolaborasi antara sekolah dan komuniti. Selain itu, kami di sekolah juga berkomitmen untuk terus memperbaiki infrastruktur dan fasiliti pembelajaran. Ini termasuklah penambahbaikan dalam teknologi pembelajaran, perkhidmatan kesihatan dan keselamatan, serta kemudahan rekreasi untuk semua murid. Kami percaya bahawa melalui kerjasama yang erat antara ibu bapa dan sekolah, kita dapat membina persekitaran pembelajaran yang menyokong perkembangan semua aspek potensi anak-anak kita, dari segi akademik, kemahiran sosial, hingga ke aspek kebolehan diri. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberikan sokongan yang berkekalan kepada kami di sekolah. Kejayaan anak-anak kita tidak akan mungkin tanpa sokongan serta kerjasama yang gigih daripada pihak ibu bapa.
5 Saya juga ingin mengingatkan bahawa peranan ibu bapa tidak hanya terhad kepada sokongan di rumah, tetapi juga dalam penglibatan aktif dalam aktiviti sekolah dan pembangunan komuniti pendidikan. Justeru itu, kehadiran dan sokongan ibu bapa dalam majlis dan program sekolah amat dialu-alukan. Seterusnya, saya ingin mengajak ibu bapa untuk terus berkomunikasi dengan kami di sekolah. Pendapat dan cadangan dari pihak ibu bapa amat kami hargai demi meningkatkan lagi mutu pendidikan yang kami sediakan. Dalam menjalani tahun ini, kami di sekolah bersedia untuk bekerjasama dengan ibu bapa dalam menangani sebarang isu atau cabaran yang mungkin timbul. Sila pastikan komunikasi terbuka antara kami agar kami dapat memberikan bantuan dan sokongan yang sesuai. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua ibu bapa yang hadir pada hari ini dan kepada semua guru yang telah bekerja keras untuk mencorak masa depan murid-murid. Mari kita bersama-sama teruskan perjuangan untuk melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak, dan bermaruah. Sekian, terima kasih. Awaludin bin Nawi, Guru Besar, SK Seksyen 1 Bandar Kinrara
6 Kata alu-aluan YDP YIBG Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh. Yang berusaha, Encik Awaluddin bin Haji Nawi, guru besar SK Seksyen 1 Bandar Kinrara. Barisan Pentadbir, Penolong-penolong Kanan Sesi Pagi dan Petang, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum, arisan AJK PIBG, guru-guru serta para ibu bapa serta hadirin dan hadirat yang dikasihi dan dirahmati sekalian. Marilah kita menzahirkan rasa syukur kehadrat illahi, kerana dengan izin dan rahmat Nya, maka kita dapat bersama sama berkumpul di dewan ini pada pagi ini melaksanakan Mesyuarat Agong PIBG SKS1BK ini untuk kali ke 23 bagi tahun 2024 ini. Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah, terutamanya kepada Guru Besar SKS1BK Encik Awaluddin bin Nawi, yang juga selaku Penasihat PIBG, dan berterima kasih juga kepada guru-guru dan AJK PIBG yang telah bertungkus lumus dalam persiapan untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 23 ini. Selain itu terima kasih dan tahniah juga kepada para ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk hadir mesyuarat pada hari ini walaupun dalam situasi kesibukan dan pelbagai tanggungjawab. Hadirin yang dihormati sekalian, PIBG merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Justeru itu, PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan perkembangan semasa dan menjadi penyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan para pelajar sesebuah sekolah. Sejak ditubuhkan, PIBG telah banyak berkolaborasi dengan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah. Oleh itu, saya amat berharap agar program dan aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan para pelajar SK Seksyen 1 Bandar Kinrara dapat diteruskan dari tahun ke tahun agar potensi para pelajar dapat dicungkil dan diperkasakan. Tuan-tuan dan puan-puan, Sepanjang tempoh saya menerajui PIBG SK Seksyen Bandar Kinrara ini, saya dan AJK PIBG sentiasa menyokong segala usaha sekolah untuk meningkatkan prestasi dan kecemerlangan pelajar, saya amatlah berbesar hati sekiranya pihak sekolah sentiasa meneruskan segala aktiviti yang dirancang agar anak-anak kita akan berjaya dalam pelajaran seterusnya menjadi insan yang berguna pada bangsa dan negara.
7 Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi, Akhir kata, saya menyeru kepada hadirin sekalian, marilah kita sama-sama mengembeling tenaga dan usaha, bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. sem Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, dengan lafaz bismillahirahmanirahim saya merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan PIBG SKS1 Bandar Kinrara kali ke 23 pada tahun 2024/2025. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikumwarah matullahiwabarakatuh. Sekian, terima kasih. Yaacob bin Jaafar, Yang Dipertua PIBG sesi 2023/2024 SK Seksyen 1 Bandar Kinrara
8 Aturcara Majlis 8.45 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga dan Guru 9.00 pagi : Bacaan doa : Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Selangor : Ucapan Yang Dipertua PIBG (Encik Yaacob bin Jaafar) : Ucapan Perasmian oleh Guru Besar (Encik Awaludin bin Nawi) 10.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 bermula : Kata alu-aluan Pengerusi / YDP : Kata alu-aluan Penasihat / Guru Besar : Pembentangan / pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2023/2024 : Pembentangan / menerima Laporan Aktiviti PIBG sesi 2023/2024 : Pembentangan / meluluskan Penyata Kewangan tahun 2023 : Pembentangan dan perbahasan usul : Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 : Pelantikan Pengerusi Sementara : Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2024/2025 : Hal-hal lain 1.00 petang : Bersurai
9 Agenda mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 ❖ Ucapan Pengerusi / Yang Dipertua PIBG ❖ Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-22 ❖ Membentang dan menerima Laporan Aktiviti PIBG sesi 2023/2024 ❖ Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember tahun sebelumnya ❖ Membahaskan Usul ❖ Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 ❖ Pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2024/2025 ❖ Pemilihan Juru Audit Dalaman (2 orang) ❖ Hal-hal Lain ❖ Ucapan Penangguhan
10 Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 Penasihat : Encik Awaludin bin Nawi (Guru Besar) Pen. Penasihat 1 : Encik Mohd Faizal bin Yahaya (PK HEM) Pen. Penasihat 2 : Puan Sarimah binti Baseri (PK Pentadbiran) Pen. Penasihat 3 : Encik Lokman bin Mustapha (PK Kokurikulum) Pen. Penasihat 4 : Puan Rahayu binti Mat Aji (PK Petang) Pengerusi : Encik Yaacob bin Jaafar (YDP PIBG) Naib Pengerusi : Encik Mohd Hazeri bin Zakaria (NYDP PIBG) Setiausaha : Cik Nur Amira Husna bt. Mohd.Yusof (Setiausaha) Bendahari : Puan Jagpreet Kaur a/p Gurdav Singh (Bendahari) JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 Persiapan Tempat Buku Laporan PIBG Nursalina binti Saharuddin (K) Noor Azura binti Baharudin Zairul Asikin binti Zakaria Mohd Ismail bin Dahron Azwan bin Azman Siti Zuliana binti Zulkefli Muhammad Azlan bin Che Muhamat Nor Nurul Shazwani binti Jamil (K) Nik Nurhafizah binti Nik Muhammad Engku Hasni binti Che Ku Nera Norpaizah binti Shamsudin Norhamiza binti Din Vinodhini a/p Arumugam Pengacara Majlis Banner Muhammad Fakhrullah bin Modi (K) Sukri bin Ilyas (K) Bacaan Doa Jurugambar Muhammad Zahidan bin Ariffin (K) Yusmal Zuraidi bin Ahmad (K) Muhammad Shafiq bin Amir Pendaftaran Guru dan Ibu Bapa Siaraya & PA Sistem Zuraini binti Mohd Ali (K) Aswini a/p Devendren Nor Safwati binti Mohamad Siti Hawa binti Abdul Rahim Khairul Anuar bin Che Ani (K) Mustakim bin Mustafa Suhaimi bin Abdullah Mohamad Fouzi bin Rasid
11 Pengurus AJK PIBG Baharu Dokumentasi Mohd Razali bin Sulaiman (K) Sarra Aznida binti Azman Sharmila a/p Vasudevan Nair Rohaya binti Ibrahim (K) Fazliyati binti Musa Pengira Undi Pencatat Minit Nurul Atikah binti Che Azami (K) Nor Laila binti Abdul Kadir Surina binti Sulaiman Haeruddin bin Badari Rohini a/p Suresh Nor Farahana binti Redzuan Norliza binti Ali (K) Nurul Hidayah binti Abd Rashid Ain Norshahiwa binti Amran Noraini binti Milan Fadillah binti Remly Adibah binti Ahmad Usul dan Cadangan Sijil dan Cenderamata Azlina binti Budin (K) Raja Shahrul Aini binti Raja Shahardin Jamayah binti Hamdan Shaline a/p Kunasegaran Elieda binti Juhari Rabiatul Adawiyah binti Mohamad Zuriani binti Yaacob (K) Sahrizawati binti Mahbah Wan Aishah binti Wan Ishak Tan Sin Keat Sharimila Devi Fernandez Kutipan Sumbangan Keceriaan Pentas Siti Norliza binti Husaan (K) Wan Noor Hani binti Wan Mat Zin Zamani binti Mohamad Salleh Arina binti Abdul Talib Caroline a/p Dominic Nur Syafeeqa binti Sazalee Nadiatul Nur binti Noordin (K) Sarimah binti Che Mat Farah Nabihah binti Adnan Farida Akmal binti Abd Ghaffar Nordini binti Muhammad Khuzziah binti Ramji Kebersihan Mengemas Dewan Mohd Hafifi bin Mohd Kassim (K) Abdullah Zubir bin Ahmad Zanita binti Abu Bakar Peremalata a/p Ranasingam Villashini a/p Singam Nurul Husna binti Zakaria Zalina binti Abdul Karim Pekerja sekolah Mohamad Shuhaizi Azril bin Shaari (K) Zaleha binti Hussain Haslinda binti Md Zaki Mohd Khairul Anwar bin Nawi Ilyani binti Zainuddin Ahmad Nazri bin Mohamed Muhammad Ammar bin Hamid
12 Makanan Basiroh binti Kamaruzaman (K) Shareiza binti Shamsudin @ Azraain Lai Yet Shin Santhy a/p Kuppusamy Sharmila a/p Thanggavelu
13 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG SK Seksyen 1 Bandar Kinrara Sesi 2023/2024 PENASIHAT : ENCIK AWALUDIN BIN NAWI YANG DIPERTUA : ENCIK YAACOB BIN JAAFAR NAIB YANG DIPERTUA : ENCIK MOHD HAZERI BIN ZAKARIA SETIAUSAHA : CIK NUR AMIRA HUSNA MOHD.YUSOF BENDAHARI : PUAN JAGPREET KAUR A/P GURDAV SINGH AJK (IBU BAPA) : PUAN IZAN AZWANY BINTI MOHD RADZWAN : PUAN MARZHATUL SYIMA BINTI MD. SAAD : DATIN YOGESVARI A/P KURUSSAMY : PUAN NORAZREEN BINTI A AZIZ : PUAN ALISA YANTI BINTI ALIAS : ENCIK ZAMRI BIN ZAINOL AJK (GURU) : ENCIK MOHD RAZALI BIN SULAIMAN : CIK SITI HAWA BINTI ABDUL RAHIM : ENCIK MUHAMMAD AMMAR BIN HAMID : CIK NURUL ATIKAH BINTI CHE AZAMI : ENCIK SUKRI BIN ILYAS JURU AUDIT : PUAN AZLIN BINTI KARIM (IBU BAPA) : PUAN SHARMILLA A/P THANGGAVELU (GURU)
14 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-22
15 SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 1 BANDAR KINRARA JLN BK 2/10, BANDAR KINRARA MINIT MESYUARAT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-22 SESI 2023 _________________________________________________________________________ Tarikh : 13 Mei 2023 (Sabtu) Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari Tempat : Dewan SK Seksyen 1 Bandar Kinrara Hadir : Rujuk lampiran Ibu bapa : 53 orang Guru : 75 orang Jumlah : 128 orang 1. Encik Awaludin bin Nawi Guru Besar (Penasihat PIBG) 2. Encik Yaacob bin Jaafar YDP PIBG 2023/2024 3. Puan Sarimah binti Baseri Penolong Kanan Pentadbiran 4. Encik Mohd Faizal bin Yahaya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 5. Encik Lokman bin Mustapha Penolong Kanan Kokurikulum 6. Puan Rahayu binti Mat Aji Penolong Kanan Petang 7. Guru-guru 8. Ibu bapa Urus Setia Mesyuarat : 1. Cik Nur Amira Husna binti Mohd.Yusof Setiausaha Kehormat PIBG 1.0 Perutusan Pengerusi / Penasihat 1.1 Pengerusi Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa dan guru yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-22 dan berharap agar mesyuarat ini dapat dijalankan dengan lancar. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua ahli. Beliau juga mengucapkan kesyukuran kerana dapat bersua muka dengan semua ibu bapa dan guru dan mengharapkan kerjasama melalui mesyuarat ini. Makluman 1.2 Penasihat PIBG mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ibu bapa dan guru pada sesi mesyuarat kali ini. Makluman 1.3 Beliau juga memperkenalkan barisan pentadbir yang berkhidmat di SKS1BK kepada semua ibu bapa iaitu Puan Sarimah binti Baseri (Penolong Kanan Pentadbiran), Encik Mohd Faizal bin Yahaya (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), Encik Lokman bin Mustapha (Penolong Kanan Kokurikulum) dan juga Puan Rahayu binti Mat Aji (Penolong Kanan Petang). Makluman
16 1.4 Beliau juga mengingatkan ibu bapa tentang wabak covid dan menggalakkan semua untuk minum air masak yang secukupnya kerana cuaca yang panas. Makluman 1.5 Beliau juga menyampaikan sijil sebagai tanda penghargaan serta mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG bagi sesi 2022/2023 atas kerjasama yang diberikan. Makluman 1.6 Beliau berharap pelantikan AJK baharu dan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 berjalan lancar. Makluman 2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung sesi 2022/2023 2.1 Setiausaha Kehormat membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-21. 2.1.1 Cadangan : Puan Izan Azwany binti Mohd Radzwan mencadangkan Minit Mesyuarat Agung Sesi 2022/2023 diterima dan disahkan. 2.1.2 Sokongan : Puan Marzhatul Syima binti Md Saad menyokong Minit Mesyuarat Agung Sesi 2022/2023 diterima dan disahkan. Makluman 3.0 Perkara-perkara Berbangkit 3.1 Akaun tumpang 3.1.1 Encik Zamri bin Zainol bertanya tentang fungsi akaun tumpang. 3.1.2 Penasihat menjelaskan fungsi akaun tumpang dan menyatakan bahawa pada tahun 2023 tiada lagi istilah ‘akaun tumpang’. Semua duit yang tidak berkaitan dengan PIBG akan dimasukkan ke dalam akaun Sumbangan Wang Awam (SUWA). 4.0 Pembentangan Kertas Kerja/ Isu/ Laporan/Perkara Baharu 4.1 Membentang Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2022/2023 4.1.1 Bendahari Kehormat membentangkan Laporan Aktiviti dan Program PIBG sepanjang sesi 2022/2023. Beliau meminta ibu bapa merujuk buku program pada muka surat 27. Makluman 4.2 Membentang dan menerima Laporan dan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2022/2023 4.2.1 Bendahari Kehormat membentangkan laporan dan penyata kewangan PIBG sesi 2022. Beliau meminta ibu bapa merujuk buku program pada muka surat 28 hingga 32. Makluman 4.2.2 Pengesahan minit Penyata Kewangan PIBG tahun 2022 4.2.2.1 Cadangan : Encik Zulkifli bin Arshad mencadangkan Penyata Kewangan PIBG tahun 2022 diterima dan disahkan. 4.2.2.2 Sokongan: Datin Yogesvari a/p Kurussamy menyokong agar Penyata Kewangan PIBG tahun 2022 diterima dan disahkan. Makluman
17 5.0 Hal-hal Lain 5.1 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 5.1.1 Encik Yaacob bin Jaafar mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan ibu bapa terhadap barisan Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023. 5.1.2 Encik Yaacob turut mengumumkan pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023. Makluman 5.2 Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 5.2.1 Puan Sarimah binti Baseri mencadangkan Encik Lokman bin Mustapha, Penolong Kanan Kokurikulum sebagai pengerusi sementara dan cadangan disokong oleh Encik Yaacob bin Jaafar. 5.2.2 Pengerusi sementara, Encik Lokman bin Mustapha memberikan ucapan alu-aluan dan sedikit penerangan mengenai pemilihan. Pemilihan perlu ikut prosedur dan setiap jawatan perlu diundi. Senarai jawatan telah ditulis pada papan putih. 5.2.3 Pelantikan Yang Dipertua PIBG Pencadang: Encik Mustakim bin Mustafa telah mencadangkan Encik Yaacob Bin Jaafar. Sokongan: Puan Noor Azura binti Baharudin. Cadangan ditutup: Puan Marzhatul Syima binti Md Saad. Sokongan: Datin Yogesvari a/p Kurussamy. Keputusan: Encik Yaacob bin Jaafar dilantik sebagai YDP PIBG sesi 2023/2024 dengan undian sebulat suara. 5.2.4 Pelantikan Naib Yang Dipertua PIBG Pencadang: Puan Zaleha binti Hussain telah mencadangkan Encik Hazeri bin Zakaria. Sokongan: Puan Sahrizawati binti Mahbah. Cadangan ditutup: Puan Norazreen binti Abdul Aziz. Sokongan: Puan Izan Azwany binti Mohd Radzwan. Keputusan: Encik Hazeri bin Zakaria dilantik sebagai NYDP PIBG sesi 2023/2024 dengan undian sebulat suara. 5.2.5 Pelantikan Setiausaha Kehormat PIBG Pencadang: Encik Mustakim bin Mustafa telah mencadangkan Cik Nur Amira Husna binti Mohd.Yusof. Sokongan: Puan Caroline a/p Dominic. Cadangan ditutup: Puan Aniza binti Anwar. Sokongan: Datin Yogesvari a/p Kurussamy. Keputusan: Cik Nur Amira Husna binti Mohd.Yusof dilantik sebagai Setiausaha PIBG sesi 2023/2024 dengan undian sebulat suara.
18 5.2.6 Pelantikan Bendahari Kehormat PIBG Pencadang: Puan Normah binti Ismail telah mencadangkan Puan Jagpreet Kaur a/p Gurdav Kaur. Sokongan: Puan Norliza binti Ali. Cadangan ditutup: Encik Yusmal Zuraidi bin Ahmed. Sokongan: Puan Sarimah binti Baseri. Keputusan: Puan Jagpreet Kaur a/p Gurdav Kaur dilantik sebagai Bendahari PIBG sesi 2023/2024 dengan undian sebulat suara. 5.2.7 Pelantikan AJK Ibu Bapa (6 orang) AJK Ibu Bapa 1 Pencadang: Encik Mohd Zakri bin Abdullah telah mencadangkan Puan Izan Azwany binti Mohd Radzwan. Sokongan: Puan Siti Norliza binti Hussain. Cadangan ditutup: Puan Farida Akmal binti Abdul Gaafar. Sokongan: Cik Siti Hawa binti Abdul Rahim. AJK Ibu Bapa 2 Pencadang: Puan Zuraini binti Ali telah mencadangkan Puan Marzhatul Syima binti Md. Saad. Sokongan: Puan Sarra Aznida binti Azman. Cadangan ditutup: Puan Tan Sin Keat. Sokongan: Puan Nurul Shazwani binti Jamil. AJK Ibu Bapa 3 Pencadang: Puan Sarra Aznida binti Azman telah mencadangkan Datin Yogesvari a/p Kurussamy. Sokongan: Puan Normah binti Ismail. Cadangan ditutup: Encik Mustakim bin Mustafa. Sokongan: Puan Rohaya binti Ibrahim. AJK Ibu Bapa 4 Pencadang: Puan Farida Akmal binti Abd Gaafar telah mencadangkan Puan Norazreen binti Abdul Aziz. Sokongan: Puan Norliza binti Ali. Cadangan ditutup: Cik Siti Hawa binti Abdul Rahim. Sokongan: Puan Noor Azura binti Baharudin. AJK Ibu Bapa 5 Pencadang: Puan Jagpreet Kaur a/p Gurdav Kaur telah mencadangkan Puan Alisa Yanti binti Alias. Sokongan: Puan Vijayalakshimi a/p Ranganathan. Cadangan ditutup: Puan Nurul Hidayah binti Abd Rashid. Sokongan: Cik Siti Hawa binti Abdul Rahim.
19 AJK Ibu Bapa 6 Pencadang: Encik Yusmal Zuraidi bin Ahmed telah mencadangkan Encik Zamri bin Zainol. Sokongan: Puan Normah binti Ismail. Cadangan ditutup: Puan Basiroh binti Kamaruzaman. Sokongan: Puan Noor Azura binti Baharudin. 5.2.8 Pelantikan AJK Guru (5 orang). AJK Guru 1 Pencadang: Puan Siti Norliza binti Hussain telah mencadangkan Encik Mohd Razali bin Sulaiman. Sokongan: Puan Noor Azura binti Baharudin. Cadangan ditutup: Encik Suhaimi bin Abdullah. Sokongan: Encik Mohd Fakhrullah bin Modi. AJK Guru 2 Pencadang: Puan Rohaya binti Ibrahim telah mencadangkan Cik Siti Hawa binti Abdul Rahim. Sokongan: Puan Jagpreet Kaur a/p Gurdav Kaur. Cadangan ditutup: Puan Farida Akmal binti Abdul Gaafar. Sokongan: Puan Siti Norliza binti Hussain. AJK Guru 3 Pencadang: Encik Mohd Nasem bin Muhamad Setefarzi telah mencadangkan Encik Muhammad Ammar bin Hamid. . Sokongan: Encik Mohd Fakhrullah bin Modi. Cadangan ditutup: Encik Muhammad Shafiq bin Amir. Sokongan: Puan Caroline a/p Dominic. AJK Guru 4 Pencadang: Puan Norsalina binti Saharuddin telah mencadangkan Cik Nurul Atikah binti Che Azami. Sokongan: Puan Sarimah binti Che Mat. Cadangan ditutup: Puan Farida Akmal binti Abdul Gaafar. Sokongan: Puan Ilyani binti Zainuddin. AJK Guru 5 Pencadang: Encik Haeruddin bin Badari telah mencadangkan Encik Sukri bin Ilyas. Sokongan: Encik Yusmal Zuraidi bin Ahmed. Cadangan ditutup: Puan Sarimah binti Che Mat. Sokongan: Encik Mohd Faizal bin Yahaya. 5.2.9 Pelantikan Juruaudit Ibu Bapa Pencadang: Encik Yusmal Zuraidi bin Ahmed mencadangkan Puan Azlin binti Karim. Sokongan: Puan Zaleha binti Hussain.
20 Cadangan ditutup: Puan Lai Yet Shin. Keputusan: Puan Azlin binti Karim dilantik sebagai Juruaudit PIBG sesi 2023/2024 dengan undian sebulat suara. 5.2.10 Pelantikan Juruaudit Guru Pencadang: Puan Noraini binti Milan mencadangkan Puan Sharmilla a/p Thanggavelu. Sokongan: Encik Yusmal Zuraidi bin Ahmed. Cadangan ditutup: Puan Nordini binti Muhammad. Sokongan: Puan Azlina binti Budin. Keputusan: Puan Sharmilla a/p Thanggavelu dilantik sebagai Juruaudit PIBG sesi 2023/2024 dengan undian sebulat suara. 5.3 Keputusan Rasmi AJK PIBG Sesi 2023/2024 YDP : Encik Yaacob bin Jaafar. NYDP : Encik Mohd Hazeri bin Zakaria. SETIAUSAHA : Cik Nur Amira Husna binti Mohd.Yusof. BENDAHARI : Puan Jagpreet Kaur a/p Gurdav Singh. AJK IBU BAPA 1 : Puan Izan Azwany binti Mohd Radzwan. AJK IBU BAPA 2 : Puan Marzhatul Syima binti Md. Saad. AJK IBU BAPA 3 : Datin Yogesvari a/p Kurussamy. AJK IBU BAPA 4 : Puan Norazreen binti Abdul Aziz. AJK IBU BAPA 5 : Puan Alisa Yanti binti Alias. AJK IBU BAPA 6 : Encik Zamri bin Zainol. AJK GURU 1 : Encik Mohd Razali bin Sulaiman. AJK GURU 2 : Cik Siti Hawa binti Abdul Rahim. AJK GURU 3 : Encik Muhammad Ammar bin Hamid. AJK GURU 4 : Cik Nurul Atikah binti Che Azami. AJK GURU 5 : Encik Sukri bin Ilyas. JURU AUDIT : Puan Azlin binti Karim. (Ibu bapa) : Puan Sharmilla a/p Thanggavelu. (Guru) 5.4 Perbahasan Usul / Cadangan Mesyuarat Agung kali ke-22 5.4.1 Datin Yogesvari a/p Kurussamy memohon tindakan kecemasan sewaktu anak di sekolah. Jawapan: Guru akan beri rawatan awal dan terus maklumkan ibu bapa berkenaan hal kecemasan. Jika keadaan atau kecederaan teruk, pihak sekolah akan terus menghubungi talian kecemasan 999 atau segera ke hospital. 5.4.2 Puan Norazreen binti Abdul Aziz memohon memperbanyakkan aktiviti sains dan PdP yang interaktif dan seronok untuk menarik minat pelajar meminati subjek sains ini. Contohnya membuat roket terbang. Jawapan: Panitia dan guru-guru Sains sentiasa peka terhadap kemenjadian murid-murid dalam subjek Sains serta bersama-sama berbincang dengan pentadbir sekolah untuk lebih menarik minat murid
21 terhadap subjek Sains. Berkenaan dengan aktiviti Sains yang menarik, panitia dan guru-guru Sains akan memperbanyakkan lagi aktiviti berunsur didik hibur serta penyelidikan selaras dengan garis panduan sukatan pelajaran sekolah rendah. Sebagai contoh, aktiviti 'roket air' ini memang ada dalam sukatan Tahun 5. Namun demikian, terdapat beberapa kekangan bagi guru untuk melaksanakannya dan akan diganti dengan aktiviti lain yang lebih sesuai. Dengan keprihatinan ibu bapa dan sekolah, panitia dan guru-guru Sains akan menambahbaik pengajaran dan mewujudkan aktiviti yang lebih menarik minat murid terhadap subjek Sains. 5.4.3 Puan Norfazizi binti Razali mencadangkan mewujudkan Kesatuan Ragbi Sekolah. Jawapan: Pihak sekolah bersedia untuk menghantar pasukan yang boleh mendatangkan hasil dan kemenangan kepada pihak sekolah. Permainan ini boleh dimasukkan dalam aktiviti kokurikulum dan apabila mahir akan dihantar untuk bertanding di peringkat daerah. 5.4.4 Puan Rose Aminah binti Omar memohon agar pihak sekolah mengambil tindakan kepada peniaga bermotosikal yang berluasa di luar kawasan sekolah dan telah banyak menjual barangan yang tidak patut dijual kepada murid sekolah. Jawapan: Perkara ini adalah di luar bidang kuasa sekolah dan berbalik kepada pantauan ibu bapa. Beberapa orang guru sekolah pernah menegur peniaga ini dan mendapat ancaman. Aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa tempatan dan apabila pihak penguatkuasa datang, peniaga ini melarikan diri dan kemudian beroperasi kembali. Isu ini agak sukar untuk ditangani dan memerlukan kerjasama penuh daripada ibu bapa untuk mengawasi anak-anak. 5.4.5 Puan Nur Syahirah binti Md Salleh memohon pihak kantin sekolah tidak menjual jajan yang pelbagai atau tidak berapa elok misalnya coklat. Ini kerana anak saya pasti akan membeli coklat jika tidak dipantau. Jawapan: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sudah membuat pemantauan terhadap penjualan makanan ringan di kantin dan pihak kantin sudah dinasihatkan untuk menjual makanan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan mengikut prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia. Ibu bapa juga diharap memberikan ingatan untuk memilih makanan yang lebih sihat kepada anak-anak dengan lebih berkesan. 5.4.6 Puan Raja Noraini binti Raja Ibrahim dan Puan Siti Sarah binti Harrun memohon pihak sekolah mempertambah fasiliti dalam kawasan sekolah. Jawapan: Fasiliti sekolah adalah urusan Kementerian Pendidikan Malaysia. Tiada peruntukan yang diterima oleh sekolah untuk perkara ini. Sekolah juga tidak menerima wang sewa kantin dan kedai buku disebabkan oleh Covid bermula 2020 sehingga Mei 2023. Kerjasama daripada semua ibu bapa melalui sumbangan PIBG amatlah penting kerana jumlah terkumpul setakat ini tidak memberansangkan berbanding jumlah keluarga yang ada dalam PIBG. Ini tentunya menyukarkan pembaikpulih fasiliti. Pihak sekolah berharap agar ibu bapa mendapat inspirasi daripada kebanyakan PIBG SJKC yang berusaha memberi sumbangan kepada PIBG sekolah masing-masing.
22 5.4.7 Encik Wan Afif bin Wan Anwar mencadangkan kemudahan tandas perlu dibaiki dan pam mangkuk tandas yang tinggi perlu direndahkan mengikut kesesuaian tinggi kanak-kanak 7 tahun. Jawapan: Tandas yang disediakan sama ada tandas duduk atau cangkung adalah mengikut standard dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak sekolah juga tidak berkemampuan untuk memenuhi kehendak yang berlainan bagi setiap permintaan murid dan ibu bapa. Cadangan ini boleh dilaksanakan jika ibu bapa boleh menawarkan diri untuk membantu pihak sekolah. 5.4.8 Puan Nasreeyana binti Mohd Nasri mencadangkan agar pihak sekolah membina pentas berbumbung di kawasan padang. Ini demikian kerana sangat berguna khususnya sewaktu Hari Sukan dan pelbagai acara lain sekiranya melibatkan Pendidikan Jasmani ketika hujan. Jawapan: Perkara ini agak mustahil untuk dilaksanakan dengan kekangan kewangan sekolah. Pihak sekolah masih belum berjaya mengecat bangunan sekolah atas kekangan yang sama. Aktiviti sukan akan diberhentikan jika cuaca tidak mengizinkan. 5.4.9 Puan Nasreeyana binti Mohd Nasri juga mencadangkan agar pihak sekolah mengaktifkan semula Facebook sekolah 'update' tentang penglibatan murid-murid dan guru-guru dalam sesebuah program. Jawapan: Makluman pihak sekolah sudah disampaikan melalui medium WhatsApp dan tidak memerlukan medium lain. Tindakan ini adalah satu usaha daripada pihak sekolah sendiri kerana Kementerian Pendidikan Malaysia tidak pernah mengeluarkan surat pekeliling ikhtisas berkenaan perkara ini. Komunikasi di dalam WhatsApp juga hanya sehala bagi membolehkan ia berfungsi untuk menyampaikan maklumat sekolah sahaja. 5.4.10 Encik Mohd Hasyim bin Shahar mencadangkan untuk mengecat semula bangunan sekolah yang kelihatan sangat kusam. Jawapan: Isu ini boleh direalisasikan dengan bantuan penuh dan kerjasama erat daripada semua ibu bapa melalui sumbangan dana sama ada persendirian atau daripada tajaan syarikat. 5.4.11 Encik Ahmad Badri bin Shaari mengharapkan waktu masuk sekolah pada hari Jumaat boleh dianjak sedikit dari pukul 2.10 kepada pukul 2.30 petang disebabkan waktu selesai solat Jumaat tamat pada pukul 2.00 petang dan masa untuk ibu bapa menghantar anak ke sekolah mungkin akan mengambil masa juga. Jawapan: Pihak sekolah sedia maklum dengan urusan solat Jumaat yang mungkin mengambil masa dan memahami jika murid terpaksa masuk lewat ke sekolah. 5.4.12 Puan Marzhatul Syima binti Md Saad mencadangkan perjumpaan bersama ibu bapa pelajar secara bersemuka dengan guru untuk mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak. Jawapan: Pihak sekolah mencadangkan agar ibu bapa mengambil inisiatif untuk bertemu sendiri dengan guru-guru berkenaan di sekolah pada waktu lapang untuk mengetahui perkembangan anak agar mendapat input yang lebih berkualiti. Hari terbuka dilihat kurang keberhasilannya kerana masa untuk ruang perbincangan penyelesaian masalah murid adalah terhad.
23 5.4.13 Puan Marzhatul Syima binti Md Saad turut mencadangkan kehadiran ibu bapa murid yang menerima hadiah dipertimbangkan semasa Hari Anugerah Kecemerlangan / Apresiasi dan bukan lagi dibuat secara tertutup. Kita bukan lagi berada dalam fasa PKP. Sekarang kita perlu terima hakikat keberadaan pelbagai wabak penyakit. Jadi, kita perlu sentiasa jaga diri, berdoa dan tawakal kepada Allah SWT. Jawapan: Pihak sekolah tidak dapat menyediakan tempat yang secukupnya bagi semua ibu bapa yang terlibat kerana jumlah penerima anugerah juga ramai daripada setiap kelas. Hal ini juga demi meminimumkan pendedahan murid sekolah kepada penyakit dan orang ramai seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia serta mengurangkan keberangkalian kemasukan ibu bapa yang akan menyebarkan aduan di media sosial dan bukan melalui saluran yang betul. 5.4.14 Encik Zamri bin Zainol memohon penghebahan takwim aktiviti sekolah kepada semua ibu bapa dan penjaga. Jawapan: Takwim sekolah hanya untuk kegunaan sekolah sahaja dan tidak perlu dihebahkan kerana ada perkara-perkara yang sulit tidak perlu ibu bapa tahu. Ibu bapa akan diberikan maklumat mengenai aktiviti yang dijalankan di sekolah dari semasa ke semasa. Puan Norliza binti Ali selaku guru penyelaras Tahun 6 memaklumkan kepada semua ibu bapa bahawa Tahun 6 akan membuat kutipan sebanyak RM50 untuk tujuan Hari Apresiasi, sesi bergambar, jamuan akhir tahun dan semua program Tahun 6. Manakala kutipan sumbangan bagi program lawatan sambil belajar ke Kuala Kangsar, Taiping, Ipoh sebanyak RM330 serta lawatan sambil belajar ke Farm Fresh, DIY Cookies dan kilang coklat juga akan dibuka kepada murid yang berminat sahaja sebanyak RM90 tertakluk kepada sebarang pindaan. Semua ibu bapa Tahun 6 telah bersetuju dengan kutipan-kutipan tersebut semasa Majlis Permuafakatan Ibu bapa Tahun 6 yang dijalankan secara atas talian pada 9 Mei 2023. Semua ibu bapa yang hadir Mesyuarat Agung PIBG sesi ke-22 menyokong program yang dirancangkan. 5.4.15 Encik Mohd Syaifuddin bin Sutan mencadang aktiviti kokurikulum untuk anak-anak Tahun 3 pada setiap Rabu petang. (Contoh: kelas seni/ tarian/ muzik/ bahasa dan lain-lain). Jawapan: Murid Tahun 3 hanya diberi pendedahan asas kepada aktiviti ko-kurikulum dalam unit beruniform sahaja. Kegiatan kokurikulum hanya wajib untuk Tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Perancangan sudah dibuat untuk menjalankan aktiviti kokurikulum untuk murid Tahun 3 pada tahun ini. Namun, aktiviti kokurikulum unit beruniform ini terpaksa ditunda lagi atas arahan KPM membatalkan aktiviti luar kerana faktor cuaca terlalu panas.
24 6.0 Ucapan penangguhan Yang Dipertua PIBG sesi 2023/2024 6.1 Pengerusi merakamkan penghargaan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli mesyuarat yang hadir. 6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari. Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh, ……………………….. ……………………. …..…….…………… NUR AMIRA HUSNA MOHD.YUSOF YAACOB BIN JAAFAR AWALUDIN BIN NAWI Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG Penasihat PIBG 2023 2023 2023
25 Laporan Aktiviti PIBG SKS1BK sesi 2023/2024 BIL. AKTIVITI/PROGRAM TARIKH 1 Projek Membaikpulih Infrastruktur Sekolah Sepanjang tahun 2023 2 Projek Mengecat Bangunan Sekolah Sepanjang tahun 2023 3 Jamuan Hari Raya Mei 2023 4 Projek Menaik Taraf Padang Sekolah Julai 2023 5 Gotong Royong Madani September 2023 6 Sumbangan Program Majlis Kepimpinan September 2023 7 Projek Menaik Taraf Cat Dewan Sekolah November 2023 8 Sumbangan 100 Kerusi di Dewan Sekolah November 2023 9 Sumbangan Khemah Hari Sukan November 2023 10 Hari Apresiasi Kecemerlangan Januari 2024 11 Persediaan Program Transisi Tahun 1 Februari 2024
26 Laporan Penyata Kewangan PIBG SKS1BK sesi 2023/2024
2
7
28
29
30
31 Usul dan Cadangan
3Bil. Nama Pembawa Usul/Cadangan Nama Anak Jenis Usul 1 Sheena Bidin Hanna Zulaikha Ahmad Alsraf Kurikulum (Pelajaran) 2 Carollina Tungku Daniel Alexius Kurikulum (Pelajaran) Maisara bt Abu Bakar Syed Noah Ariq Wafa bin Syed Syamma Wafa Nik Abdul Hayyei bin Ghazali Nik Nur Raisha Adelia binti Nik Abdul Hayyei 3 Siti Nura'in binti Azmi Nur Arriana Batrisyah binti Mohd Kharulzaman Kurikulum (Pelajaran)
2 Pernyataan Usul/Cadangan Ulasan Mengadakan bengkel/perkongsian maklumat untuk penerangan penggunaan penilaian berdasarkan TP (tahap penguasaan) kepada ibu bapa. Pihak sekolah setiap tahun buat perkongsian tentang perkara ini semasa Permuafakatan Tahun 1 dan Tahun 6. Kalau untuk semua, nanti pihak sekolah berbincang dengan AJK PIBG yang baharu bagaimana pelaksanaannya. Mengadakan dialog prestasi/ perjumpaan bersama ibu bapa dan guru kelas berkenaan sistem penilaian PBD 2 kali setahun bagi mengetahui perkembangan anak. Pihak sekolah akan berbincang dan cuba akan usahakan untuk buat 2 kali perjumpaan jika tiada halangan. Menambahbaikan sistem ujian sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk mengenal pasti prestasi pelajaran pelajar. Sistem sedia ada sekarang ini tidak meyakinkan para ibu bapa dengan prestasi pelajaran anak. Apabila adanya ujian, ibu bapa tahu kelemahan anak-anak untuk diperbaiki. Murid dinilai bukan berdasarkan berapa kali ujian yang diadakan tetapi berdasarkan PBD.
34 Tengku Norzela binti Tengku Abidin Aisyah Sofea binti Mohd Faizal Kurikulum (Pelajaran) 5 Zahari bin Abd saman Fajar Alfyian Akhir Absan Kurikulum (Pelajaran) 6 Burhanuddin bin Abdul Wahab Anggun Orkid binti Burhanuddin Kurikulum (Pelajaran) 7 Mohamad Marhafiz Bin Abu Kassim Muhammad Emir Ukasyah Bin Mohamad Marhafiz Hal Ehwal Murid (Kebajikan) Sheena Bidin Hanna Zulaikha Ahmad Alsraf 8 Khairul Affendi bin Hassan Kasyfi Akid bin Khairul Affendi Hal Ehwal Murid (Kebajikan)
3 Adakan takwim sekolah dan hantarkan kepada setiap ibu bapa supaya perancangan aktiviti sekolah lebih tersusun dan tidak kelam kabut untuk tahun 2024 Takwin aktiviti sekolah akan diusaha dan akan diberi kepada ibu bapa yang hanya melibatkan aktiviti berkaitan dengan muridmurid sahaja. Kelas tambahan untuk darjah 6 Kelas tambahan untuk Tahun 6 - tiada keperluan kerana tiada peperiksaan Mohon PIBG menyuarakan untuk adakan semula UPSR melibatkan penggubal dasar (KPM) Menambahkan loker di setiap kelas. Pihak KPM dalam usaha menambah bilangan loker di setiap kelas mengikut fasa. buat masa sekarang sekolah menerima loker fasa 1 dan 2 untuk murid tahun 1 dan 2 sebanyak 615 buah loker. Loker untuk murid darjah 1 bagi sesi 2024/2025
39 Sheena Bidin Hanna Zulaikha Ahmad Alsraf Lain-lain 10 Marzhatul Syima binti Md Saad Ira Mia Maisara binti Ira Fazir Hal Ehwal Murid (Kebajikan) 11 Basiroh binti Kamaruzaman Adee Muhammad bin Azrol Syahzer Hal Ehwal Murid (Kebajikan) Marina Bastian Ahmad Adam Firdaus Noraishah binti ramli Nur zara batrisya binti mohd fakhrullah Joshua Jok Linus Elena Jovienna Joshua Azizull bin Ali Nur Azyan Zahra binti Azizull 12 Rosniza Ramli Izz Zahraa Balqis binti Nor Azman Hal Ehwal Murid (Kebajikan)
4 Sistem kehadiran apakah cara terbaik untuk memastikan ibu bapa mengetahui kehadiran anak-anak ke sekolah untuk mengelakkan berlaku kes-kes ponteng sekolah/mengelakkan perkara yang tidak baik berlaku? Tanpa menambah beban kepada guru-guru Ibu bapa boleh memantau kehadiran anak-anak melalui laman sesawang public.moe.gov.my Sediakan ruangan khas (papan kenyataan) untuk PIBG untuk kongsikan carta organisasi AJK PIBG, kod QR dan akaun PIBG serta maklumat aktiviti sepanjang tahun atau berkala di laluan pejalan kaki berdekatan pintu pagar utama. Cadangan akan dipanjangkan ke mesyuarat Agong PIBG akan datang. Meningkatkan tahap kebersihan dan jumlah makanan berkhasiat untuk anak-anak. Makanan yang dijual di kantin sekolah banyak yang tidak mengikuti SOP yang sepatutnya. Pihak sekolah sentiasa memantau tahap kualiti dan kebersihan. Sekiranya ibu bapa ingin membuat aduan boleh berbuat demikian melalui peti aduan yang disediakan atau melalui guru kelas bagi membantu memastikan tahap kualiti dan kebersihan berada dalam keadaan terbaik. Kami mohon tender kantin diberikan kepada peniaga yang ikhlas dan bertanggungjawab dalam menyediakan makanan untuk anak-anak. Pemilihan tender kantin adalah melalui prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemilihan diputuskan oleh jawtankuasa panel pemilihan.
313 Nur Afira binti Mohd Rasol Nur Afrina Farisya binti Mohammad Fazli Hal Ehwal Murid (Kebajikan) Marina Bastian Ahmad Adam Firdaus 14 Siti Nadhtrah Adam Rizq bin azwan Hazrix Hal Ehwal Murid (Kebajikan) 15 Nur Syahirah binti Md Salleh Nur Hazirah binti Muhammad Helmy Haqqim Hal Ehwal Murid (Kebajikan) 16 Nurul Atiqah binti Lokman Nur Salwa Ardini binti Lokman Kokurikulum
5 Pelbagaikan variasi makanan yang dijual di kantin sekolah agar anak-anak mempunyai pilihan untuk membeli. Pelbagaikan lagi makanan yang sihat terutamanya buah buahan. Bermula sesi 2024 pihak pengurusan sekolah akan membuat pemantauan lebih ketat berkaitan menu yang disediakan oleh pihak pengusaha kantin. Kes buli Sekiranya terdapat kes buli, mohon ibu bapa atau pelajar terlibat membuat aduan SEGERA memalui guru kelas atau guru disiplin. Diharap ibu bapa atau pelajar terlibat tidak membuat tindakan sendiri yang akan memburukkan lagi keadaan Sediakan tisu gulung dalam tandas Penggunaan tisu gulung didalam tandas memerlukan kos yang agak tinggi. Bagi mengatasi masalah ini, pelajar boleh membawa tisu dari rumah. Mohon kokurikulum diadakan pada setiap hari sabtu pagi setiap minggu atau setiap minggu pertama & ketiga.(bagi memudahkan murid sesi pagi & sesi ptg).Hal ini kerana anak anak dapat mengelakkan anak anak dari tidak hadir sekolah agama. Rata-rata sekolah menjalankan kegiatan kokurikulum pada hari Rabu kerana KPM ada menandatangani MoU bersama sekolah agama tentang perkara ini. Malah mengikut surat pekeliling SPI, pihak sekolah tidak dibenarkan untuk melaksanakan sebarang aktiviti pada minggu pertama dan minggu ketiga sama ada aktiviti bersama guru mahupun murid.
317 Nor Ashikin binti Omar Annisa Aufa Haziqah binti Azlimi Hairi Kokurikulum 18 Huda Ainiyah Madihah Alya Mohd Zawawi Kokurikulum 19 Aisha Rafiqa Mohd Ridzuan Ilham Iskandar Shah bin Muhammad Faiz Shah Cadangan Penambahbaikan Siti Nadhtrah Adam Rizq bin Azwan Hazrix Sheila Verghusi Perire Kannan Satchel Khubeer Muthukrishnan Yelisha Bhavika Norsofi bin Ruslan Muhammad Rayyan Haikal Mohamed Hafizee bin Zukarnain Nur Huwaynaa binti Mohamed Hafizee 20 Normalawati bt Mohd Sahid Nur Qhaliesha Az Zahra bt Mohd Shuhada Cadangan Penambahbaikan
6 Sijil penyertaan/ e-certificate bagi setiap pertandingan atau aktiviti yang disertai oleh murid di sekolah Pihak sekolah sedia memberikan sijil bagi semua pencapaian di peringkat sekolah. Namun di peringkat zon, daerah sehingga antarabangsa, pihak PPD atau JPN yang akan menghantar sijil sama ada sijil kepada peserta. Pemilihan pasukan bola sepak sekolah Pihak sekolah ada melantik jurulatih sekolah yang akan memilih murid-murid untuk mewakili sekolah. Aktiviti kelab bola sepak sekolah juga ada dijalankan di padang sekolah pada hari Ahad. Penambahbaikan kebersihan tandas sekolah dan pembaharuan keadaan fasiliti seperti tandas, padang, kantin Pihak sekolah sentiasa berusaha sepanjang tahun ini untuk memberikan yang terbaik kepada warga sekolah termasuklah menambahbaik semua fasiliti dan menceriakan kawasan sekolah pada masa yang sama turut menaiktaraf semua infrastruktur sekolah. Namun kerana kekangan kewangan, terdapat sebahagian fasiliti dan infrastruktur di kawasan sekolah masih dalam proses penambahbaikan seperti mengecat bangunan sekolah yang terpaksa ditangguhkan sementara mendapat peruntukan daripada KPM dan sumbangan pihak lain. Pihak sekolah dengan berbesar hati meraikan inisiatif dan bantuan penuh ibu bapa untuk bersama-sama menceriakan lagi kawasan sekolah semasa aktiviti gotong-royong yang akan dijalankan. Memohon pihak sekolah menceriakan lagi kawasan kantin, mengecat lagi kawasan
3Nik Abdul Hayyei bin Ghazali Nik Nur Raisha Adelia binti Nik Abdul Hayyei 21 Mohamad Marhafiz bin Abu Kassim Muhammad Emir Ukasyah bin Mohamad Marhafiz Cadangan Penambahbaikan 22 Azizull bin Ali Nur Azyan Zahra binti Azizull Cadangan Penambahbaikan Khairul Affendi bin Hassan Kasyfi Akid bin Khairul Affendi 23 Najib Mohamad Zamri Aura Nafera binti Najib Lain-lain 24 Mohamed Hafizee bin Zukarnain Nur Huwaynaa binti Mohamed Hafizee Lain-lain
7 tepi dewan serta menceriakan lagi kawasan dalam kelas kerana ada suasana tempat tertentu nampak agak suram. Menambah bumbung yang sesuai untuk pelajar di ruangan menunggu ibu bapa ketika waktu hujan Perkara ini adalah agak sukar untuk direalisasikan kerana pihak sekolah mengutamakan projek keceriaan dan menaiktaraf infrastruktur sekolah. Membeli kemudahan kerusi dan meja baru atau perbaharui meja dan kerusi yang dah buruk. Pihak sekolah memerlukan dana untuk memenuhi keperluan yang dinyatakan. Berharap pihak sekolah dapat menyusun semula jadual supaya boleh memberi ruang untuk solat di awal waktu kepada guru dan murid yang ingin menunaikan solat (antara amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT ) semoga semua urusan sekolah diberkati dan membina kerohanian para murid. Pihak pengurusan sekolah sentiasa prihatin dengan isu solat ini. Setiap kali aktiviti kokurikulum diadakan, murid diberi ruang dan masa untuk menunaikan solat. Jadual sedia ada akan dipantau bagi memastikan murid selesa memunaikan solat pada waktu kokurikulum. Cadangan menyewa mesin tapis air bersih (coway/cuckoo) untuk kegunaan pelajar Tidak sesuai untuk murid-murid sekolah rendah dan maintenance memerlukan komitmen yang agak tinggi dari segi kewangan, pemantauan keselamatan dan lain-lain.
325 Norasiah binti Mohd Zan Muhammad Hakkam Amsyar bin Mohd Hikkam Lain-lain 26 Tengku Norzela binti Tengku Abidin Aisyah Sofea binti Mohd Faizal Lain-lain 27 Mohd Hilmi bin Mohd Safiee Muhammad Hasbi Rizqi Lain-lain 28 Aisha Rafiqa Mohd Ridzuan Ilham Iskandar Shah bin Muhammad Faiz Shah Lain-lain 29 Najib Mohamad Zamri Aura Nafera binti Najib Lain-lain
8 Diminta pihak sekolah dengan tegas menghalang penjaja di luar pagar sekolah . Luar kawasan sekolah adalah di bawah pihak majlis dan peranan PIBG serta komuniti setempat untuk membuat laporan kepada pihak majlis. Tolong jalankan aktiviti gotongroyong kelas dan memilih setiap kelas AJK kebersihan dan kecantikan kelas supaya emosi anak-anak belajar lebih seronok Pihak sekolah bersama Jawatankuasa PIBG sedang merancang aktiviti gotongroyong dan akan dijalankan pada tahun ini. Manakala keceriaan kelas memerlukan kerjasama serta perbincangan antara guru kelas bersama ibu bapa dan boleh dilaksanakan secara berkala. Kesesakan di hadapan pintu pagar sekolah ketika mengambil anak-anak pulang. Ibu bapa dialu-alukan untuk bekerjasama dengan guru dan pengawal sekolah untuk membantu mengawal trafik dan mengurangkan kesesakan ini. Ibu bapa turut boleh merancang perjalanan masing-masing untuk mengambil anak agar lebih efisien dan sistematik. Mengadakan karnival jualan bagi menambahbaikkan sekolah. Pihak sekolah menghargai cadangan ini dan bersetuju acara ini akan memberi manfaat untuk komuniti sekolah. Permohonan akan dihantar ke PPD untuk kelulusan menjalankan program. Menukar baju uniform sekolah kepada baju T-shirt yang berlogo. Pihak sekolah adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia tentang pemakaian seragam oleh murid sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ibu bapa boleh merujuk surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2024 di laman web rasmi KPM mengenai ketetapan ini.
330 Sheena Bidin Hanna Zulaikha Ahmad Alsraf Lain-lain 31 Farahdila binti Sulaiman Muhammad Aryan Hakeem Lain-lain 32 Syafafwati Ainnur nazeera Lain-lain
9 Untuk meringankan beban cikgu untuk memantau, adakan sistem “parent volunteer” dimana ibu bapa/penjaga boleh memberikan nama untuk volunteer seperti mengambil masa 30 minit semasa awal sesi persekolahan untuk ke kelas dan update di whatsapp group kelas nama pelajar yang tidak hadir,atau tugas-tugas lain seperti membantu sekuriti dan cikgu memantau trafik semasa aliran trafik tinggi (pagi/tengahari). Pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan kehadiran ibu bapa ke sekolah untuk membantu meringankan tugas guru. Perkara ini boleh direalisasikan dengan bantuan penuh YDP PIBG bersama ahli jawatankuasa PIBG dan para ibu bapa yang lain. Mengaktifkan akaun media sosial SKS1BK seperti Facebook Page, Instagram, Telegram dan lain-lain. Segala maklumat terkini sekolah dan aktiviti pelajar dimuatnaik di sini untuk pengetahuan semua ibu bapa. Medium ini juga boleh dijadikan memori untuk pelajar pada kemudian hari. Pihak sekolah menyokong sekiranya ibu bapa ingin memuatnaik aktiviti sekolah di media sosial masing-masing untuk dijadikan memori. Namun semua makluman terkini sekolah dan aktivitiaktiviti yang dijalankan adalah terbaik disampaikan kepada semua ibu bapa dan penjaga melalui medium Whatsapp dan tidak menjadi keperluan untuk menggunakan medium lain. Ajar anak untuk tingkatkan kebersihan tandas Isu ini boleh direalisasikan dengan bantuan dan kerjasama erat daripada ibu bapa untuk mengajar anak-anak tentang kebersihan bermula dari rumah dan bergerak seiring guru dalam memberikan didikan yang terbaik.
433 Jagpreet Kaur a/p Gurdav Singh - Lain-lain 34 Mohd Razali bin Sulaiman - Lain-lain
0 Cadangan untuk membuat kutipan infrastruktur sekolah dan tabung kebajikan murid. Cadangan yang baik dan memerlukan persetujuan semasa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG. Cadangan untuk mengadakan Hari Usahawan untuk menambah dana PIBG