The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN APLIKASI

PENGENALAN
JEAN PIAGET
LEV VYGOTSKY
JEROME BRUNER
DAVID AUSUBEL
KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MJ2001, 2021-06-04 12:28:47

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN APLIKASI

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN APLIKASI

PENGENALAN
JEAN PIAGET
LEV VYGOTSKY
JEROME BRUNER
DAVID AUSUBEL
KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI

2

KANDUNGAN

1. PENGENALAN 5
2. JEAN PIAGET 8
3. LEV VYGOTSKY 18
4. JEROME BRUNER 22
5. DAVID AUSUBEL 32
6. KESIMPULAN 42
7. BIBLIOGRAFI 43

Ooi Min Jong sebagai rakyat Malaysia,
menetap di Simpang Ampat, Pulau
Pinang sekarang. Dia pernah bekerja
sambilan sebagai guru pusat tuisyen

selama 5 bulan selepas mendapat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Dia

menerima tawaran kursus Sains dengan
Pendidikan dari Universiti Sains

Malaysia selepas tamat pengajian dari
Kolej Matrikulasi Selangor.

Chew Yuan Yee sebagai rakyat Malaysia,
menetap di Sungai Petani, Kedah

sekarang. Dia pernah bekerja sambilan
sebagai guru pusat tuisyen selepas

tamat sekolah dari tingkatan 5 (SPM).
Dia mendapatkan tawaran kursus Sains
dengan Pendidikan dari Universiti Sains
Malaysia selepas tamat pengajian dari

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

4

Perkataan kognitif berasal dari perkataan Latin

“cognitio” yang bermaksud mengetahui atau

memahami. Perkembangan kognitif berkaitan

KONSEP dengan kemampuan seseorang individu untuk
KOGNITIF mengumpul, menganalisis maklumat dan

menyelesaikan masalah. Proses ini melibatkan
proses mental seseorang untuk mentafsir,

mempelajari dan memahami sesuatu melalui

pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan

maklumat lain yang sedia ada dalam ingatannya.

Sebagai contoh, proses pembelajaran merupakan

sejenis proses yang melibatkan perkembangan

kognitif.

5

TEORI PEMBELAJARAN

Teori ini mampu menghubungkan

maklumat yang sedia ada dengan cara

untuk menyelesaikan masalah yang

ditimbul tersebut. Aplikasi teori kognitif

dalam proses pembelajaran dijelaskan

sebagai suatu aktiviti pembelajaran yang

berkaitan dengan penataan informasi,

reorganisasi konseptual dan proses

internal. Kebebasan dan keterlibatan

pelajar secara aktif dalam proses

pembelajaran amat digalakkan

berdasarkan teori ini. Antara kelebihannya

adalah dapat melahirkan pelajar yang

lebih berfikiran secara kreatif dan inovatif

dan juga dapat membantu mereka supaya

lebih memahami bahan pengajaran yang

disediakan oleh guru-guru dengan lebih

mudah. Sebaliknya, kekurangan akan

berlaku sekiranya teori ini tidak diajar

secara menyeluruh pada setiap peringkat

pendidikan.

6

JEAN LEV
PIAGET VYGOTSKY

JEROME DAVID
BRUNER AUSUBEL

TOKOH-TOKOH
PSIKOLOGI KOGNITIF

7

JEAN
PIAGET

9 OGOS 1986 – 16 SEPTEMBER 1980

SJean Piaget merupakan seorang ahli psikologi
Switzerland yang terkenal dengan teori perkembangan
kognitifnya berkaitan dengan kajian terhadap
perkembangan kanak-kanak.

J. Piaget sebagai seorang
ahli biologi juga sering
mengaplikasikan prinsip dan
kaedah biologi dalam
mengkaji perkembangan
manusia.

Berdasarkan eksperimen
beliau, minda seseorang

individu dapat berubah,
berkembang dan

mengadaptasikan masalah
yang berlaku kepadanya
apabila dia berinteraksi
dengan persekitarannya.

8

Apabila kajiannya dijalankan, J. Piaget lebih berminat
dalam melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-
kanak berbanding dengan hasil jawapan betul yang

diberi. Beliau mendapati bahawa kanak-kanak
mempunyai perkembangan masing-masing walaupun
mereka berada dalam lingkungan umur yang sama.
Kanak-kanak didapati bahawa mereka bukan sahaja

mempunyai peringkat kebolehan yang berlainan,
tetapi mereka juga mempunyai kecepatan
perkembangan kognitif yang berbeza.

9

Keseimbangan

Akomodasi

Asimilasi

Skema

4 KONSEP ASAS TEORI
KOGNITIF JEAN PIAGET

KONSEP TAKRIF

Skema Struktur kognitif yang berubah dan
disusun semula untuk

mengadaptasikan maklumat baharu.

Asimilasi Penerimaan maklumat baru selaras
dengan skema sedia ada.
Akomodasi
Pengubahsuaian skema yang sedia ada
Keseimbangan bagi menerima maklumat baru.
(Pengalaman baru +
Gabungan proses asimilasi dan proses
Skema sedia ada) adaptasi yang membantu dalam

membentuk keseimbangan terhadap
pengetahuan, kepercayaan dan
pengalaman.

10

TAHAP • Berlaku sejak
SENSORI lahir hingga 2
tahun
MOTOR /
TAHAP
DERIA

MOTOR

TAHAP • Berlaku dari 2

PRA - tahun hingga 7

OPERASI tahun

TAHAP • Berlaku dari 7
OPERASI tahun hingga
11 tahun
KONKRIT

TAHAP • Berlaku dari
OPERASI 11 tahun
hingga dewasa
FORMAL

11

Dari lahir – 1 bulan (refleks)

Bayi mampu melakukan
gerakan pantulan secara
automatik tanpa berfikir,
seperti menggenggam

tangan.

1 bulan – 4 bulan
(reaksi asas sekular)

Pergerakan sistem deria
bayi mula berkoordinasi
dengan sistem penglihatan
dan pergerakan tangan.

4 bulan – 8 bulan
(reaksi sekular kedua)

Bayi sudah mampu
menggerakkan sesuatu
objek dan mempunyai
tanggapan tentang objek

tersebut.

12

8 bulan – 12 bulan
(reaksi koordinasi)
Perkembangan intelektual bayi
boleh dikatakan berada pada
tahap perkembangan
kemampuan mental kognitif

dan asas bayi.

12 bulan – 18 bulan
(reaksi sekular ketiga)
Pemahaman konsep kanak-
kanak telah mencapai
kemajuan pesat dan konsep
terhadap sesuatu objek juga

sangat kuat.

18 bulan – 2 tahun
(penggambaran pemikiran awal)

Kanak-kanak mula dapat
memahami aktiviti bermain dan

fungsi simbolik. Mereka juga
dapat membezakan jantina
seseorang dan fungsinya dalam

rumah tangga.

13

T
A
H
A
P  Kanak-kanak menggambarkan

sesuatu konsep menggunakan bahasa
dan simbol yang difahami oleh

P mereka.
R  Pada umur 4 tahun, kebolehan

kognitif kanak-kanak berkembang
pesat. Mereka dapat bertutur dengan

A amat fasih melalui bahasa yang
dikuasai, selalunya bahasa ibunda

- sendiri.
O  Kanak-kanak pada tahap ini selalu

menganggap bahawa orang lain akan

P mempunyai perasaan, pengalaman,
emosi dan pandangan yang sama

E dengan mereka. Keadaan seperti ini
dikenali sebagai egosentrik kerana

R mereka tidak dapat berfikir dan
melihat sesuatu dari segi perspektif

A orang lain.
 Kanak-kanak tahap ini tidak dapat

S membezakan angan-angan dengan
kenyataan. Sebagai contoh, mereka

I beranggapan bahawa manusia dapat
terbang di langit seperti ‘Superman’.

14

❖ Kanak-kanak tahap ini mempunyai T
perasaan ingin tahu yang sangat A
kuat dan mereka suka untuk H
bertanyakan sesuatu yang menarik A
minat mereka kepada orang yang P
lebih dewasa.
O
❖ Mereka juga mula memahami P
unsur-unsur pemikiran logik, E
seperti operasi matematik yang R
mudah. Mereka dapat memahami A
dan menyelesaikan pengiraan S
tambah, tolak, darab dan bahagi I
berdasarkan objek konkrit.
K
❖ Mereka dapat mengenalpastikan O
kuantiti sesuatu objek konkrit. N
K
❖ Konsep yang konkrit dan objektif R
seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan I
dapat difahami manakala konsep T
yang abstrak seperti konsep
semangat kekitaan, ketuhanan dan 15
sebagainya masih tidak dapat
difahami.

TAHAP
OPERASI
FORMAL

 Kanak-kanak mula memahami perkara yang mungkin mereka
tidak terlibat atau mengalami secara langsung.

 Pemikiran mereka menjadi lebih sistematik dan mereka
mampu membuat penaakulan sendiri. Jenis penaakulan ini
boleh dilakukan tanpa memikirkan objek yang sebenar.

 Pemikiran mereka bermula berkembang daripada pemikiran
yang konkrit kepada pemikiran yang lebih abstrak, logik dan
idealistik.

 Objek sebenar (konkrit) tidak lagi diperlukan dan operasi
mental boleh dilakukan 'di kepala' menggunakan istilah
abstrak.

16

Guru-guru hendaklah
bijak menggunakan
proses akomodasi untuk
menambah baik kaedah
pengajaran bagi konsep
yang baharu dan lebih
kompleks agar murid-murid
dapat mengadaptasikan diri

dengan situasi
pembelajaran yang

dihadapinya.

APLIKASI TEORI KOGNITIF
JEAN PIAGET DALAM
PEMBELAJARAN

Silibus atau isi
pelajaran perlulah disusun

mengikut peringkat
perkembangan kognitif
kanak-kanak, iaitu bermula
dari proses pemikiran konkrit
kepada pemikiran abstrak,
daripada pengalaman yang

sedia ada kepada
pengalaman yang baharu
mengikut perkembangan

fizikal individu.

17

LEV

VYGOTSKY

17 Nov. 1896 - 11 June 1934

Lev Vygotsky merupakan ahli psikologi Russia yang
terkenal dengan pekerjaannya untuk mengkaji
perkembangan psikologi kanak-kanak.

Lev Vygotsky menekankan
kepentingan peranan sosial

dan budaya dalam
perkembangan minda kanak-

kanak. Antara faktor yang
mempengaruhi

perkembangan kognitif
adalah interaksi sosial dan

kemahiran berbahasa.
Pemikiran kanak-kanak
berkembang semasa bergaul
dengan orang lain. Interaksi
yang bermakna ini selalunya
berlaku antara kanak-kanak
dengan individu yang lebih
berpengetahuan daripadanya.

18

HAD ATAS ZON
ZPD PERKEMBANGAN

HAD PROKSIMAL
BAWAH (ZPD)

Perkara yang tidak
mampu dilakukan

Perkara yang
mampu dilakukan

tanpa bantuan
Perkara yang
mampu dilakukan
jika diberi bantuan

(ZPD)

Seseorang kanak-kanak dapat

mengembangkan kemampuan
untuk menyelesaikan masalah
secara bebas dan melakukan

tugas-tugas tertentu tanpa
bantuan apabila dia berinteraksi

dengan orang lain yang lebih
berpengetahuan.

19

Perancah (scaffolding) merujuk
kepada pengubahsuaian tahap
sokongan yang diberikan dan
berkait rapat dengan zon
perkembangan proksimal.

Dialog dan interaksi merupakan
alat yang agak penting untuk

memperoleh konsep baharu dan
lebih sistematik dalam proses
perancah. Perancah memberi

pertolongan kepada kanak-kanak
pada tahap awal pembelajaran.

Namun begitu, bantuan yang diberi
akan dikurangkan dan peluang akan

diberi kepada mereka supaya
mereka dapat memikul lebih banyak
tanggungjawab pada masa dewasa.

20

Pihak sekolah dapat menganjurkan
program pembimbing rakan sebaya
dengan menjadikan rakan sebaya
sebagai tutor murid-murid. Interaksi
sesama murid dapat menghasilkan
keberkesanan yang baik kepada
perkembangan semua aspek mereka.

APLIKASI TEORI KOGNITIF
LEV VYGOTSKY DALAM
PEMBELAJARAN

Guru-guru boleh menyediakan bahan
belajar yang dapat membantu murid-
murid dalam memahami sesuatu konsep
dengan lebih teliti. Guru-guru juga perlu

menilai prestasi mereka dan
memberi komen tentang
kelemahan mereka supaya
dapat diperbaik.

21

JEROME BRUNER

Jerome Seymour Bruner dilahirkan pada 1 Oktober
1915 (New York City, New York, U.S.) dan meninggal
dunia pada 5 Jun 2016 dengan umurnya 100 tahun
(Manhattan, New York City, New York, U.S.)
Sepanjang kerjayanya, Bruner telah dianugerahkan
ijazah kedoktoran kehormat dari Yale University,
Columbia University, The New School, Sorbonne,
ISPA Instituto Universitário, serta kolej dan universiti
di lokasi-lokasi seperti Berlin dan Rom, dan
merupakan Fellow Akademi Seni dan Sains Amerika.
Bruner juga merupakan ahli tersohor PSI CHI
International Honor Society dalam psikologi.

Jerome Bruner ialah ahli
psikologi Amerika yang
memberikan sumbangan
penting kepada psikologi
kognitif manusia dan juga
teori pembelajaran kognitif
dalam psikologi pendidikan.
Beliau memperkenalkan

konsep pembelajaran
penemuan dan kurikulum

lingkaran.

22

TEORI KOGNITIF
PEMBELAJARAN PENEMUAN

Konsep pembelajaran penemuan menunjukkan bahawa
pelajar membina pengetahuan sendiri dengan

menemui dan tidak diberitahu tentang sesuatu. Menurut
Bruner, guru-guru bertanggungjawab mempermudah

proses pembelajaran dengan mengembangkan pelajaran
yang memberikan pelajar maklumat yang diperlukan oleh
mereka tanpa menyusunnya. Mereka perlulah menimba

ilmu secara aktif iaitu menerokai pengetahuan tersebut
dengan cara sendiri.

Jerome Bruner berpendapat bahawa:

❖ Pendidikan bertujuan
mengembangkan intelektual
bukannya hafalan fakta.

❖ Perkembangan kemahiran
menyelesaikan masalah melalui
proses penyelidikan dan
penemuan.

❖ Subjek mesti dilambangkan dari
segi cara anak melihat dunia.

❖ Menganjurkan pengajaran dengan
mengatur konsep dan belajar
melalui penemuan.

23

TAHAP
PERKEMBANGAN

KOGNITIF

Enaktif
➢ Representasi

pengetahuan
melalui
tindakan.

Ikonik
➢ Pengetahuan

melalui
ringkasan
visual gambar.

Simbolik
➢ Penggunaan kata

dan simbol lain
untuk
menggambarkan
pengalaman.

24

Enakif (0 -1 tahun)

Peringkat enaktif muncul dahulu. Peringkat ini
melibatkan pengekodan dan penyimpanan maklumat.
Terdapat manipulasi langsung objek tanpa sebarang

perwakilan dalaman objek.

CONTOH

Bayi menggoncang ‘rattle’ dan mendengar bunyi
bising. Bayi telah memanipulasi ‘rattle’ dan hasilnya
adalah bunyi yang menyeronokkan. Pada masa akan
datang, bayi itu mungkin menggoncang tangannya,

walaupun tidak ada ‘rattle’, dia mengharapkan
tangannya menghasilkan bunyi yang menyeronokkan.
Namun, bayi tidak mempunyai perwakilan dalaman

‘rattle’ .

Dalam peringkat enaktif, objek hanya dimanipulasi dan
diingati secara langsung tanpa perwakilan dalaman
‘rattle’. Oleh itu, bayi itu tidak memahami bahawa
‘rattle’diperlukan untuk menghasilkan bunyi.

25

IKONIK (1- 6 TaHUN)

Peringkat ini melibatkan perwakilan dalaman objek
luaran secara visual dalam bentuk imej atau ikon

mental. Ini adalah keupayaan untuk menyimpan gambar
mental 'di mata minda'. Apabila mempelajari topik baru,

gambar rajah dapat digunakan untuk menyokong
penjelasan lisan.

CONTOH

1

Kanak-kanak melukis imej pokok
atau memikirkan imej pokok akan

menjadi wakil peringkat ini.

2

Bagi pembelajaran kanak-kanak
berumur 1-6 tahun yang belajar
pengiraan penolakan, gambar

objek digunakan dalam
pengiraan untuk menyokong

penjelasan lisan.

26

SIMBOLIK
(7 TAHUN KE ATAS )

Peringkat simbolik bermula dari tujuh tahun ke atas,
apabila maklumat disimpan dalam bentuk kod atau
simbol seperti bahasa. Setiap simbol mempunyai
hubungan tetap dengan sesuatu yang diwakilinya.
Simbol, tidak seperti imej mental atau tindakan yang
dihafal, boleh diklasifikasikan dan dianjurkan. Pada
peringkat ini, kebanyakan maklumat disimpan sebagai
perkataan, simbol matematik atau dalam sistem simbol

lain.

CONTOH

1
Simbol penambahan ‘+’ atau penolakan ‘-’ digunakan
dalam pengiraan matematik selepas penguasaan dicapai
dalam enaktif dan ikonik.

2 Mamalia

Perkataan ‘kucing' merupakan

perwakilan simbolik untuk

kelas haiwan mamalia.

27

CONTOH TAHAP
perkembangan kognitif

ENAKTIF
Kanak-kanak belajar membezakan bentuk segi tiga
dengan bentuk yang lain seperti segi empat dan bulatan.
Dalam peringkat enaktif, bentuk segi tiga boleh
diperkenalkan dengan mengunakan objek langsung yang
bersegi tiga di sekitarnya seperti bentuk pizza .

IKONIK
Pada peringkat ini, kanak-kanak belajar membezakan
bentuk segi tiga yang berbagai-bagai rupa seperti segi
tiga sama kaki, segi tiga bersudut tegak dan lain-lain.
Dengan gambar visual, kanak-kanak dapat mencari
ketinggian dan tapak segi tiga dengan lebih jelas.

SIMBOLIK
Pengetahuan dari enaktif
dan ikonik dapat
digunakan dan disimpan
dalam bentuk formula
mengira keluasan segi tiga.

1
= 2 × ×

28

ENAKTIF
Pada peringkat
pertama, kanak-kanak
belajar mengira
bilangan epal dengan
cara memegang buah
epal satu per satu
secara langsung.

IKONIK
Pada peringkat ini, kanak-kanak bermula belajar
pengiraan tambah tampa memegang buah epal satu per
satu secara langsung malah melakukan pengiraan
tambah melalui gambar buah epal.

SIMBOLIK
Selepas pengiraan tambah dapat dilakukan secara enaktif
dan ikonik, pengiraan tambah menggunakan simbol juga
boleh dilakukan seperti : 6 + 2 = 8

Contoh tahap
perkembangan
kognitif dalam
pembelajaran

pengiraan
penolakan objek
menggunakan
enaktif, ikonik dan

simbolik.

29

FASA – FASA BELAJAR

1 INFORMASI

Fasa ini bertujuan memperoleh informasi baru.
Informasi baru merupakan penghalusan daripada
informasi sebelumnya yang dimiliki oleh seseorang atau
informasi tersebut dapat bersifat sedemikian rupa
sehingga berlawanan dengan informasi sebelumnya
yang dimiliki seseorang.

2
TRANSFORMASI
Fasa belajar kedua merupakan transformasi informasi
atau pengetahuan menyangkut cara kita memperlakukan
pengetahuan. Informasi yang diperoleh kemudian
dianalisis, diubah atau ditransformasikan ke dalam
bentuk yang lebih abstrak atau konseptual agar dapat
digunakan untuk hal-hal yang lebih luas.
30

3
EVALUASI

Evaluasi merupakan proses menguji relevansi dan
ketepatan pengetahuan. Proses ini dilakukan dengan
menilai cara-cara kita memperlakukan pengetahuan
tersebut cocok atau sesuai dengan prosedur yang ada.

CONTOH FASA-FASA BELAJAR

INFORMASI : Kucing merupakan haiwan jenis
viviparus.

TRANSFORMASI : Jika kucing adalah viviparus, ia
dapat menyusukan anak.

EVALUASI :
Kucing yang
merupakan haiwan
viviparus dan dapat
menyusukan anak
dikategorikan dalam
kelas haiwan mamalia.

31

David Paul Ausubel dilahirkan pada 25 Oktober 1918
dan dibesarkan di Brooklyn, New York. Beliau
meninggal dunia pada 9 Julai 2008. Pada tahun 1976,
beliau menerima Anugerah Thorndike daripada
Persatuan Psikologi Amerika untuk “Sumbangan
Psikologi Tersohor kepada Pendidikan”. Pada tahun
1994, beliau menerbitkan 4 buah buku:
1. Ego development and Psychopathology (1996),
2. The Acquisition and Retention of Knowledge (2000),
3. Theory and Problems of Adolescent
Development (2002),
4. Death and the Human Condition (2002).

David Paul Ausubel merupakan
ahli psikologi Amerika.
Sumbangan beliau yang paling
signifikan adalah dalam bidang
psikologi pendidikan, sains
kognitif, dan pembelajaran
pendidikan sains.

32

BERMAKNA

Teori yang dikemukakan oleh David Ausubel
merupakan proses menghubungkaitkan informasi baru
dengan konsep-konsep relevan yang sudah dimiliki oleh
seseorang melalui pembelajaran. Dimensi belajar
pertama menurut Ausubel adalah sama ada pengetahuan
secara penerimaan atau penemuan. Dimensi seterusnya
adalah sama ada belajar hafalan atau belajar bermakna.
Subsumer dapat terbentuk melalui formasi konsep baru
atau asimilasi konsep yang sedia ada dalam ingatan
seseorang individu. Menurut konsep yang ditetapkan
oleh Ausubel, perolehan ilmu adalah berdasarkan proses
sebenar yang berlaku semasa pembelajaran. Proses
utama yang berlaku dalam otak pelajar adalah
subsumption, di mana kandungan baru berkaitan dengan
idea relatif yang sudah ada dalam struktur kognitif.

33

BERMAKNA

Dalam dimensi pertama sumber pengetahuan boleh
dilakukan secara penemuan atau penerimaan. Melalui
dimensi kedua, proses pembelajaran akan menjadi
bermakna apabila pelajar dapat menghubungkaitkan
informasi baru yang diterimanya dengan konsep-konsep
(subsumer) relevan yang terdapat dalam struktur kognitif
yang dimilikinya. Namun, bagi pelajar yang tidak
mampu menghubungkaitkan informasi baru dengan
konsep yang telah dimiliki maka proses pembelajaran ini
boleh dikatakan sebagai belajar hafalan.
DIMENSI-DIMENSI TEORI AUSUBEL :

34

BELAJAR PENEMUAN BERMAKNA
Pelajar boleh mengembangkan kebolehan kognitifnya
secara penemuan sendiri seperti melayari Internet atau
merujuk buku-buku rujukan. Kemudian, konsep-konsep
yang baru boleh diassimilasikan dengan konsep relevan
yang sedia ada dalam otak pelajar tersebut. Dengan ini,
pengetahuan yang dicari dapat disimpan dalam otak
dalam bentuk idea baru dalam jangka masa panjang dan
proses pembelajaran ini dikenali sebagai belajar
penemuan bermakna.

BELAJAR PENEMUAN HAFALAN
Dalam proses pembelajaran ini, sumber pengetahuan,
konsep-konsep atau fakta-fakta baru adalah sama iaitu
secara pencarian ilmu yang aktif. Namun, fakta-fakta
baru yang terjumpa terus disimpan oleh pelajar sendiri
dalam otaknya tanpa mencuba untuk menghubungkaitkan
konsep baru dengan apa-apa konsep relevan yang sedia
ada dalam otaknya. Proses ini pula dikenali sebagai
belajar penemuan hafalan.

35

BELAJAR PENERIMAAN BERMAKNA

Dalam proses pembelajaran ini, pelajar diajar dan
diterapkan ilmu pengetahuan, konsep-konsep baru atau
fakta-fakta baru oleh guru. Guru mengajar silibus yang
teratur daripada yang umum kepada yang khusus dan
menggalakkan pengasimilasian konsep baru diajar
dengan konsep lama belajar yang sedia ada dalam otak.
Sekiranya pelajar mampu melihat hubungan antara
konsep baru dengan yang lama tanpa mengira
persamaan atau perbezaan, malah belajar penerimaan
bermakna dapat diwujudkan.

BELAJAR PENERIMAAN HAFALAN

Sumber pengetahuan, konsep-konsep atau fakta-fakta
baru adalah sama iaitu secara penerimaan ilmu daripada
guru-guru. Namun, fakta-fakta baru yang diterima tanpa
berfikir malah terus disimpan oleh pelajar sendiri dalam
otaknya akan mewujudkan proses belajar penemuan
hafalan yang mungkin akan terlupa dalam jangka masa
yang pendek.

36

36

MENERAPKAN TEORI
AUSUBEL DALAM PROSES

PENGAJARAN

1 Penyusunan Awal (Advance organizer)

Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan
oleh Ausubel untuk menyesuaikan skema pelajar dengan
bahan pembelajaran supaya pembelajaran optima berlaku.
Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian
tersebut adalah untuk memulakan pembelajaran berpandukan
“penyusunan awal”. Ini merupakan struktur yang
menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak
disampaikan pada hari tersebut. Fungsi penyusunan awal
adalah untuk menjelaskan perkara-perkara yang perlu
difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran kepada guru dan pelajar.
Penyusunan awal juga boleh menghubungkaitkan konsep baru
dengan konsep yang telah dipelajari.

37

Skimming Grafik Dedah
- Merangkumi
- Melenting piktograf, corak - Memberikan
melalui deskriptif atau penerangan
konsep dan peta tentang ilmu
maklumat. baru.
konsep.

4 Jenis
Penyusunan

Awal

Naratif

- Membentangkan
maklumat baru
dalam format
cerita.

TUJUAN PENYUSUNAN AWAL

1 Memberi gambaran tentang apa-apa yang
penting dalam pelajaran.

2 Menjelaskan hubungan antara konsep
yang akan dihuraikan.

3 Menggerakkan minda pelajar untuk
mengingat semula konsep berkaitan yang

telah dipelajari.

38

2
Diferensiasi Progresif (Progressive Differentiation)

Diferensiasi progresif merupakan proses pengembangan
konsep daripada yang umum kepada yang lebih khusus.
Dengan strategi ini, guru-guru mengajar konsep mulai
tajuk konsep yang paling umum, kemudian huraian
konsep yang kurang umum dan selanjutnya sesuatu
yang khusus seperti contoh-contoh setiap konsep.

CONTOH

Dalam subjek kimia, guru-guru akan menerangkan
konsep relevan yang dipelajari oleh murid terlebih
dahulu sebelum menjelaskan contoh atau huraian yang
lebih spesifik. Contohnya, guru akan memperkenalkan
elemen-elemen dalam jadual berkala sebelum
menjelaskan reaksi kimia bagi setiap satu elemen dengan
air dan oksigen.

KONSEP UMUM CONTOH
SPESIFIK

39

3
Penyesuaian Integratif (Integrative Reconciliation)

Penyesuaian integratif juga harus diperlihatkan
bagaimana konsep-konsep baru dihubungkan dengan
konsep-konsep yang superordinat. Guru-guru harus
mengajar murid bagaimana maklumat baru
dibandingkan dan dipertentangkan dengan maklumat
sebelumnya. Untuk mencapai penyesuaian integratif,
materi pelajaran hendaknya disusun hingga dapat
digerakkan hierarki-hierarki konseptual ke atas dan ke
bawah selama informasi disajikan. Guru boleh bermula
dengan konsep-konsep yang paling umum sehingga
huraian atau contoh konsep yang berkaitan lalu
bergerak kembali ke konsep umum melalui contoh-
contoh maklumat baru bagi konsep-konsep yang beraras
lebih tinggi supaya hubungan antaranya dapat dilihat
dengan lebih jelas.

Umum - Huraian - Contoh – mengaitkan kembali
kepada yang umum

CONTOH

HURAIAN
PENJELASAN

KONSEP
UMUM

40

4
Belajar Konsolidasi (Consolidation)

Belajar Konsolidasi perlu ditekankan dengan memberi
pemantapan atas materi yang disajikan supaya murid
dapat mengukuhkan pengingatan terhadap idea baru
yang telah ditanamkan. Contohnya, guru dapat memberi
ulasan pendek terhadap maklumat baru yang telah
diajar.

RINGKASAN

KONKLUSI

Kebaikan Belajar Bermakna

1. Informasi 2. Dapat 3. Dapat
lama dapat meningkatkan memudahkan
penguasaan pengajaran
diingat materi yang
konsep
tersebut. berkonsep
mirip.

41

KESIMPULAN

Jean Piaget mengaplikasikan prinsip dan
kaedah biologi dalam mengkaji
perkembangan manusia. Beliau
mementingkan pola-pola yang ditunjukkan
oleh kanak-kanak berbanding dengan hasil
jawapan betul yang diberi.

Lev Vygotsky menekankan kepentingan
interaksi sosial dan kemahiran berbahasa
dalam perkembangan kognitif seseorang
individu. Guru-guru akan sering menjadi
pembimbing seseorang murid dan
membantunya dalam proses pembelajaran.

Bruner percaya semua
kanak-kanak mampu belajar dan
menerima maklumat kompleks yang
mana-mana subjek boleh diajar pada
tahap kesukaran yang semakin
meningkat secara beransur-ansur.

Belajar bermakna adalah proses informasi
baru dihubungkan dengan konsep-konsep
relevan yang terdapat dalam struktur
kognitif seseorang. Struktur kognitif ialah
fakta-fakta, konsep-konsep dan generalisasi
yang telah dipelajari dan diingat oleh murid.

42

BIBLIOGRAFI

1. http://teoripiaget.blogspot.com/2007/02/tahap-
sensorimotor-0-2-tahun.html

2. https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/02/pengaplikasi
an-teori-perkembangan.html

3. https://www.slideshare.net/ismael63/1-perkembangan-
kognitif

4. https://www.slideshare.net/aruna227/teori-belajar-
kognitif-dan-penerapannya-dalam-
belajar?next_slideshow=1

5. https://www.slideshare.net/harryadie73/bab-3-pbkk-
3193-aplikasi-teori-pembelajaran-kognitif-dalam-
bimbingan-dan-kaunseling

6. https://www.slideshare.net/harryadie73/bab-3-pbkk-
3193-aplikasi-teori-pembelajaran-kognitif-dalam-
bimbingan-dan-kaunseling

7. https://www.slideshare.net/harishmwddh/teori-belajar-
ausubel

8. https://www.slideshare.net/ukhtihanna18/teori-belajar-
bermakna-ausubel

9. https://elearningindustry.com/subsumption-theory
10. http://teorikognitif-mab.blogspot.com/2010/08/ausubel-

pengasas-teori-kognitif_18.html

43


Click to View FlipBook Version