The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nnnsj24, 2021-06-07 00:15:43

Implikasi pengabaian amalan kejiranan terhadap masyarakat

combinepdf

DUA6022
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

E-MAJALAH

Nama Pelajar Syazaliyana Binti Mohd Saaban (17DSK18F02002)
& Nurul Noor Nilam Sari Binti Johari (17DSK18F2012)

Kad Matriks Nur Afifah Binti Muhamad (17DSK18F2022)
Amylia Natasha Binti Hishammuddin (17DSK18F2040)
Kelas
DSK5A
Tajuk
Implikasi Pengabaian Amalan Kejiranan Terhadap Masyarakat
Nama Pensyarah
En Mohd Husni Bin Abd Halid

Penulis:
Nur Afifah Binti Muhammad
Nurul Noor Nilam Sari Binti Johari

Suntingan Oleh:
Amylia Natasha Binti Hishammuddin
Syazaliyana Binti Mohammed Saaban

Diterbitkan Oleh:
Politeknik Sultan Idris Shah,
Sg Lang, 45100 Sg. Air Tawar.
Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03 - 32806255
Fax: 03 – 32806402

Hak Cipta © 2021 – Politeknik Sultan Idris Shah

Cetakan Pertama: 2021

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan menggunakan isi kandungan dan
konsep buku ini dalam apa jua bentuk, cetakan dan elektronik, termasuk
televisions, radio dan segala jenis platform tanpa izin daripada Politeknik
Sultan Idris Shah.

Pengenalan 1
Definisi Jiran 2
Kesan tiadanya amalan kejiranan 3
Faktor – faktor kelunturan semangat jiran 4
Antara kesan tidak beradab dengan jiran 5
Langkah – langkah memupuk semangat kejiranan 6
Hak jiran yang perlu dipelihara 7
Kesimpulan 8
Rujukan 9

Hubungan kejiranan mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat. Ia juga boleh membentuk satu jaringan komuniti yang paling
sempurna. Hubungan kejiranan ini juga turut mewujudkan interaksi sosial yang
sempurna dan mampu menggalakkan perpaduan dalam kalangan penduduk
setempat. Jika disebut perkataan jiran sudah pastilah, makna mudahnya iaitu
orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita, iaitu di sebelah, di
hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam sebuah
kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga. Hubungan
kejiranan ini penting kerana ia melibatkan kerjasama dalam segala aspek
khususnya aspek keselamatan setempat. Dalam hidup berjiran, kita tidak mahu
hidup mementingkan diri sendiri bagaikan enau melepaskan pucuk masing-
masing. Sikap individualistik akan menggugat keharmonian hidup
bermasyarakat. Bersikap hidung tinggi juga dapat merenggangkan hubungan
sesama insan.

Page 1

DARI SEGI BAHASA

Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada
bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang

tinggal bersebelahan atau tetangga.

DARI SEGI ISTILAH

Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal
bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung,
daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang
bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli
40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah

individu.

Hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda
Rasulullah s.a.w iaitu :

Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran
tetangga”

Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan
bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang
diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran

tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas,
jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau
pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila
penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga
tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.

Page 2

Semangat kejiranan yang semakin Hal ini kerana, tiada pihak yang
pupus merupakan satu perkara akan memantau kawasan
yang amat membimbangkan. perumahan atau kawasan-kawasan
Mungkin ada yang terlepas tertentu kerana masing-masing
pandang terhadap kesan – kesan sibuk dengan urusan masing-
yang akan berlaku jika semangat ini masing. Selain itu, mereka juga
dibiarkan terus lenyap dalam jiwa menggunakan istilah tidak
setiap ahli masyarakat, terdapat menjaga tepi kain orang lain
beberapa kesan yang akan terjadi membuatkan mereka tidak
jika seluruh masyarakat tidak menghiraukan masalah gejala
mengamalkan semangat kejiranan. sosial yang kini kian merunsing
Di sini kita dapat bahagikan
kepaada kesan iaitu kesan ke atas Kesan yang terakhir ialah kepada
individu, masyarakat dan negara. negara. Negara tidak akan aman
dan harmoni kerana masyarakat
Selain itu, hal ini juga memberi lebih mementingkan diri sendiri.
impak yang secara langsung Keharmonian sesebuah negara
mahupun tidak langsung kepada akan membantu sesebuah negara
masyarakat yang akan wujudnya itu meningkat maju.
pelbagai gejala sosial. Di samping
itu, ramai remaja menghabiskan Keharmonian negara amat penting
usia remaja mereka dengan untuk mengekalkan keamanan dan
perkara-perkara yang tidak kewujudan sebuah negara bangsa
berfaedah dan yang merugikan diri yang berjaya. Ia juga akan menarik
mereka sendiri. Antara perkara minat pelabur asing dan pelancong
atau aktiviti yang tidak berfaedah untuk datang melawat serta
itu ialah melepak, merempit, melancong ke negara ini kerana
vandalisme pergaulan bebas antara keamanan yang diperolehi
lelaki dan perempuan. Malaysia

Page 3

Faktor teknologi dan media sosial turut mempengaruhi masyarakat
mengabaikan semangat kejiranan. Dengan perkembangan kecanggihan
teknologi, kita semakin kurang berinteraksi dan berkomunikasi secara langsung
disebabkan wujudnya aplikasi facebook, instagram, telegram, whatsapp dan
lain-lain lagi. Akhirnya, kemahiran untuk komunikasi dan bersikap ramah-
tamah dalam pergaulan semakin hilang dan semangat kejiranan menjadi
semakin luntur

Faktor pendidikan. Apabila seseorang individu mempunyai pendidikan yang
sempurna dan tinggi, maka dia akan mempunyai jawatan atau pangkat yang
tinggi dalam pekerjaannya. Hal ini sekaligus akan mengubah perspektif individu
tersebut terhadap kehidupan bermasyarakat. Jawatan dan pangkat akan
menyebabkan mereka berasa mereka mampu berdikari dan tidak memerlukan
orang lain

Struktur perumahan yang moden juga menyukarkan proses penyuburan
semangat kejiranan. Kebanyakkan rumah dan pangsapuri moden dibina
dengan tembok yang tinggi dan berpagar. Keadaan ini berbeza dengan rumah-
rumah dikampung yang tiada sempadan untuk membezakan rumah seseorang

Page 4

Kehidupan tidak
tenang

Berlaku perselisihan Terpinggir daripada
faham antara jiran masyarakat

tetangga Page 5

.

Langkah Langkah
Memupuk Semangat

Kejiranan

Kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk
memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi
jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita.
Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan
ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita
mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita
mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang
dialami oleh jiran kita. Dengan ini, kita dapat meringankan penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh
jiran kita. Amalan ziarah-menziarahi mampu menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat kita.

Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama
sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila
berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara
satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu
mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat
digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak
kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara
bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan
hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita
dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.

Dengan mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu
sambutan perayaan, amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim
dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat.
Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita
tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis
rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk
berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan
oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya
Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya
majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan.m
Oleh itu, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat
untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.

Page 6

HAK JIRAN YANG
PERLU DIPELIHARA

Tidak menyakiti Seringkali
jiran memelihara
keamanan
dengan jiran

Sentiasa Berakhlak yang
memberi layanan baik dalam
muamalah
baik dan kasih
sayang dengan mereka

Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini adalah selari dengan
tuntutan agama.. Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka
janganlah dia menyakiti jirannya.”

Page 7

Kesimpulannya, perpaduan dan ikatan persaudaraan yang diidamkan oleh
setiap manusia hanya dapat dicetuskan setelah terlaksana amalan tolong
menolong, bantu membantu, bersimpati dan berkasih sayang di antara satu
sama lain.
Maka dengan ini, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan
jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara.
Impian mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri
belum menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu.
Walau sebesar mana sekalipun gelombang perubahan yang melanda
masyarakat kita, namun semangat kejiranan tetap menjadi keutamaan.
Hiduplah kita bagai aur dengan tebing, saling memerlukan, saling mengukuhkan.
Usaha sama sebeginilah sewajarnya dijadikan panduan dan diaplikasikan dalam
institusi masyarakat bagi mencetuskan semangat kejiranan yang utuh persis
peribahasa Melayu, ‘Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.

Page 8

o https://anyflip.com/vgnhy/cmqo/basic
o https://www.ikram.org.my/berita/artikel/item/4294-semangat-

kejiranan-semakin-pupus.html
o http://teamkl2017.blogspot.com/2017/09/kesan-tidak-beradap-dengan-

jiran.html
o https://alukhuwwahgroup.wordpress.com/2018/09/05/kepentingan-

semangat-kejiranan-faktor-faktor-kelunturan-semangat-kejiranan/
o https://www.ukm.my/geografia/images/upload/5.2011-3-

Yusof%20dkk%20ukm-melayu-ed-katiman-2.pdf

Page 9


Click to View FlipBook Version