The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nnnsj24, 2021-06-12 00:07:46

Implikasi Pengabaian Amalan Kejiranan Terhadap Masyarakat

DUA 6022 Komunikasi dan Penyiaran Islam

E-Majalah
Edisi Pertama 2021

Implikasi Pengabaian
Amalan

Kejiranan Terhadap
Masyarakat

DUA 6022
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

SESI DISEMBER 2020
E-MAJALAH

EN MOHD HUSNI BIN ABD HALID

SIDANG REDAKSI

NUR AFIFAH BINTI SYAZALIYANA BINTI
MUHAMMAD MOHD SAABAN

17DSK18F2022 17DSK18F2002

NURUL NOOR NILAM AMYLIA NATASHA
SARI BINTI JOHARI BINTI HISYAMMUDDIN

17DSK18F2012 17DSK18F2040

Seindah Bicara,

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah,tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam
tuhan yang maha pemurah,lagi maha pengasih,Tuhan yang menguasai hari
pembalasan kepada Mulah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami ke

jalan yang lurus, iaitu jalan-jalan orang yang engkau beri nikmat kepada
mereka,bukan jalan orang-orang yang engkau murkai dan bukan pula jalan

orang-orang yang sesat.
Bersyukur kami dengan limpah kurnianya dapat juga kami menyiapkan tugas

berkumpulan yang diamanahkan kepada kami.
Tugasan yang diberikan oleh Encik Mohd Husni Bin Abd Halid

Segala puji bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian
alam, tuhan yang maha pemurah lagi maha pengasih. Tuhan yang
menguasai hari pembalasan. KepadaMu lah sahaja kami menyembah dan
kepadaMu lah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami ke jalan
yang lurus, iaitu jalan orang – orang yang engkau beri nikmat kepada
mereka, bukan jalan orang – orang yang engkau murkai, dan bukan pula
jalan orang – orang yang sesat

Bersyukur kami dengan limpah kurnianya dapat juga kami menyiapkan
tugasan berkumpulan yang di amanahkan kepada kami. Tugasan yang
diberikan oleh Encik Mohd Husni Bin Abd Halid iaitu pensyarah mata
pelajaran Komunikasi dan Penyiaran Islam DUA 6022. Disini kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat rakan –
rakan yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan

Sekalung penghargaan untuk pensyarah subjek kamu “Komunikasi dan
Penyiaran Islam DUA 6022” kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami
sepanjang menyiapkan tugasan ini. Jasa beliau akan kami kenang sehingga
ke akhir hayat

Sekian daripada kami,

Anak cina menimbang madat,
Dari makasar langsung ke deli,
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak berjual beli

Pengenalan 1
Definisi Kejiranan 2
Objektif Masalah 3
Kesan tiada amalan kejiranan 4&5
Faktor – faktor kelunturan semangat jiran 6
Antara kesan buruk tidak beradab dengan jiran 7
Langkah – langkah memupuk semangat kejiranan 8
Hak jiran yang perlu dipelihara 9
Rumusan 10
Rujukan 11

Hubungan kejiranan mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Ia juga boleh membentuk satu jaringan komuniti yang paling sempurna. Hubungan
kejiranan ini juga turut mewujudkan interaksi sosial yang sempurna dan mampu
menggalakkan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat. Jika disebut
perkataan jiran sudah pastilah, makna mudahnya iaitu orang yang tinggal
berhampiran dengan rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang
rumah kita. Jika kita tinggal di dalam sebuah kampung yang sama, mereka akan
dikenali sebagai jiran tetangga. Hubungan kejiranan ini penting kerana ia
melibatkan kerjasama dalam segala aspek khususnya aspek keselamatan
setempat. Dalam hidup berjiran, kita tidak mahu hidup mementingkan diri sendiri
bagaikan enau melepaskan pucuk masing-masing. Sikap individualistik akan
menggugat keharmonian hidup bermasyarakat. Bersikap hidung tinggi juga dapat
merenggangkan hubungan sesama insan.

Page 1

DARI SEGI BAHASA

Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada
bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang

tinggal bersebelahan atau tetangga.

DARI SEGI ISTILAH

Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal
bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung,
daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang
bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli
40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah

individu.

Hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda
Rasulullah s.a.w iaitu :

Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran
tetangga”

Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan
bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang
diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran

tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas,
jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau
pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila
penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga
tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.

Page 2

Kajian ini membincangkan tentang implikasi pengabaian amalan
kejiranan terhadap masyarakat. Kajian ini dibuat bertujuan untuk
mengenal pasati implikasi pengabaian amalan kejiranan terhadap
masyarakat, kesan tiada amalan kejiranan, faktor – faktor kelunturan
semangat kejiranan, selainitukami juga membuat penilaian melalui
penduduk sekitar perumahan kami atau masyarakat sekeliling kami.

Objektif kajian ialah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada
semua masyarakat tentang kepentingan kejiranan dan implikasi
pengabaian amalan kejiranan terhadap masyarakat yang ada di
sekeliling kita tampa mengira bangsa dan agama. Ini disebabkan
masyarakat harini semakin hari semakin mengabaikan tanggungjawab
sebagai seorang jiran. Hasil kajian yang kami buat menunjukan betapa
pentingnya hubungan kejiranan dalam sesebuah masyarakat tanpa
mengira bangsa dan agama. Hal ini juga dapat menwujudkan perpaduan
kaum dikalangan masyarakat.

Page 3

Semangat kejiranan yang semakin pupus merupakan satu perkara yang
amat membimbangkan. Mungkin ada yang terlepas pandang terhadap
kesan – kesan yang akan berlaku jika semangat ini dibiarkan terus
lenyap dalam jiwa setiap ahli masyarakat, terdapat beberapa kesan yang akan
terjadi jika seluruh masyarakat tidak mengamalkan semangat kejiranan. Di
sini kita dapat bahagikan kepaada kesan iaitu kesan ke atas individu,
masyarakat dan negara.

Page 4

Selain itu, hal ini juga memberi Kesan yang terakhir ialah kepada
impak yang secara langsung negara. Negara tidak akan aman
mahupun tidak langsung kepada dan harmoni kerana masyarakat
masyarakat yang akan wujudnya lebih mementingkan diri sendiri.
pelbagai gejala sosial. Keharmonian sesebuah negara
akan membantu sesebuah negara
Di samping itu, ramai remaja itu meningkat maju.
menghabiskan usia remaja mereka Keharmonian negara amat penting
dengan perkara-perkara yang tidak untuk mengekalkan keamanan dan
berfaedah dan yang merugikan diri kewujudan sebuah negara bangsa
mereka sendiri. yang berjaya. Ia juga akan menarik
minat pelabur asing dan pelancong
Antara perkara atau aktiviti yang untuk datang melawat serta
tidak berfaedah itu ialah melepak, melancong ke negara ini kerana
merempit, vandalisme pergaulan keamanan yang diperolehi
bebas antara lelaki dan Malaysia.
perempuan Hal ini kerana, tiada
pihak yang akan memantau Page 5
kawasan perumahan atau
kawasan-kawasan tertentu kerana
masing-masing sibuk dengan
urusan masing-masing

Selain itu, mereka juga
menggunakan istilah tidak
menjaga tepi kain orang lain
membuatkan mereka tidak
menghiraukan masalah gejala
sosial yang kini kian merunsing

Page 3

Faktor teknologi dan media - sosial turut mempengaruhi masyarakat
mengabaikan semangat kejiranan. Dengan perkembangan kecanggihan
teknologi, kita semakin kurang berinteraksi dan berkomunikasi secara langsung
disebabkan wujudnya aplikasi facebook, instagram, telegram, whatsapp dan
lain-lain lagi. Akhirnya, kemahiran untuk komunikasi dan bersikap ramah-
tamah dalam pergaulan semakin hilang dan semangat kejiranan menjadi
semakin luntur

Faktor Pendidikan - Apabila seseorang individu mempunyai pendidikan yang
sempurna dan tinggi, maka dia akan mempunyai jawatan atau pangkat yang
tinggi dalam pekerjaannya. Hal ini sekaligus akan mengubah perspektif individu
tersebut terhadap kehidupan bermasyarakat. Jawatan dan pangkat akan
menyebabkan mereka berasa mereka mampu berdikari dan tidak memerlukan
orang lain

Struktur perumahan yang moden - juga menyukarkan proses penyuburan
semangat kejiranan. Kebanyakkan rumah dan pangsapuri moden dibina
dengan tembok yang tinggi dan berpagar. Keadaan ini berbeza dengan rumah-
rumah dikampung yang tiada sempadan untuk membezakan rumah seseorang

Page 6

Berlaku perselisihan faham antara jiran tetangga -
Perkara ini dilihat cenderung berlaku apabila

diantara jiran, tiada komunikasi yang baik malahan
lebih membimbangkan apabila berlakunya fitnah
dikalangan masyarakat setempat yang melibatkan
jiran tetangga. Adakalanya, permusuhan itu tidak

wujud dengan sendirinya tetapi berpunca dari
perselisihan faham yang tidak cuba dirungkaikan

dengan pihak yang sepatutnya.

Sukar mendapat pertolongan ketika
kesusahan - Jiran yang tidak beradab akan

sukar mendapat pertolongan apabila
ditimpa kesusahan. Ini kerana, apabila kita

tidak beradab, jiran-jiran tidak akan
mendekati dan tidak akan mengambil tahu
hal ehwal kita. Permasalahan ini berpunca

dari sikap diri sendiri yang tidak tahu
menjaga adab baik melalui perbuatan

mahupun tutur kata.

Page 7

Langkah Langkah
Memupuk Semangat

Kejiranan

Kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk
memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi
jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita.
Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan
ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita
mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita
mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang
dialami oleh jiran kita. Dengan ini, kita dapat meringankan penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh
jiran kita. Amalan ziarah-menziarahi mampu menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat kita.

Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama
sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila
berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara
satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu
mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat
digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak
kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara
bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan
hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita
dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.

Dengan mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu
sambutan perayaan, amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim
dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat.
Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita
tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis
rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk
berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan
oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya
Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya
majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan.m
Oleh itu, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat
untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.

Page 8

HAK JIRAN YANG
PERLU DIPELIHARA

Tidak menyakiti Seringkali
jiran memelihara
keamanan
dengan jiran

Sentiasa Berakhlak yang
memberi layanan baik dalam
muamalah
baik dan kasih
sayang dengan mereka

Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini adalah selari dengan
tuntutan agama.. Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka
janganlah dia menyakiti jirannya.”

Page 9

Kesimpulannya, perpaduan dan ikatan persaudaraan yang
diidamkan oleh setiap manusia hanya dapat dicetuskan setelah
terlaksana amalan tolong menolong, bantu membantu, bersimpati
dan berkasih sayang di antara satu sama lain.
Maka dengan ini, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya
peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan
sesebuah negara. Impian mempunyai jiran yang baik tidak akan
terlaksana sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang
baik terlebih dahulu.
Walau sebesar mana sekalipun gelombang perubahan yang
melanda masyarakat kita, namun semangat kejiranan tetap
menjadi keutamaan. Hiduplah kita bagai aur dengan tebing, saling
memerlukan, saling mengukuhkan.
Usaha sama sebeginilah sewajarnya dijadikan panduan dan
diaplikasikan dalam institusi masyarakat bagi mencetuskan
semangat kejiranan yang utuh persis peribahasa Melayu, ‘Ibarat
telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.

Page 10

o https://anyflip.com/vgnhy/cmqo/basic
o https://www.ikram.org.my/berita/artikel/item/4294-semangat-

kejiranan-semakin-pupus.html
o http://teamkl2017.blogspot.com/2017/09/kesan-tidak-beradap-dengan-

jiran.html
o https://alukhuwwahgroup.wordpress.com/2018/09/05/kepentingan-

semangat-kejiranan-faktor-faktor-kelunturan-semangat-kejiranan/
o https://www.ukm.my/geografia/images/upload/5.2011-3-

Yusof%20dkk%20ukm-melayu-ed-katiman-2.pdf

Page 11

Nama: ___________________________________ Tarikh: ___________

Barang tersembunyi
Cari barang tersembunyi yang ditunjukkan di rajah di bawah.


Click to View FlipBook Version