The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 755-3-auni, 2022-10-12 08:59:38

Perkembangan Teori Sastera di Malaysia.

BMMB3193 M10

BMMB3193 PENGANTAR KESUSASTERAAN MELAYU

PERKEMBANGAN TEORI

SASTERA DI MALAYSIA

NUR AUNI SYAHIRAH BINTI AZMAN
MINGGU 10

Teori sastera dari Barat telah menjadi permulaan bagi perkembangan teori
sastera di Malaysia. Kemasukan teori barat adalah melalui beberapa proses
seperti penulisan oleh para sarjana, sistem pendidikan di institusi pengajian
tinggi serta amalan kritikan oleh tokoh sarjana sastera. Kemasukan teori
barat ini disokong oleh tokoh-tokoh sastera negara seperti Muhammad Haji

Salleh. Teori sastera dari barat telah muncul di Malaysia sekitar tahun
1950-an iaitu lebih lewat berbanding perkembangan kritikan sastera. Teori
Sastera Barat ini telah melahirkan penulis, pengkritik dan pembicara sastera

Melayu yang mampu menguasai teori barat. Golongan ini juga telah
menyebarkan teori sastera barat melalui kuliah, bengkel atau penulisan.

1960- Pendekatan kemasyarakatan mendapat tempat dalam kalangan pengkritik

tempatan selain pendekatan formalistik. Pendekatan formalisitik merupakan

penelitian terhadap karya sastera berdasarlkan aspek intrinsik semata-mata

Penelitian terhadap aspek intrinsik bertujuan untuk melahirkan objektiviti dalam

penelitian karya. Sesebuah karya sastera tidak dinilai berdasarkan aspek-aspek diri


pengarang, latar belakang pengarang, pendidikan dan fungsi karya sastera

berkenaan. Pendekatan ini melihat aspek mutu karya berdasarkan penelitian terhadap


karya sastera semata-mata. Pendekatan kemasyarakatan merupakan satu cara

melihat karya sastera dengan mengaitkannya dengan masyarakat sama ada dengan


masyarakat tempat karya itu dihasilkan atau masyarakat yang melahirkan karya

berkenaan. Pengkritik mementingkan masyarakat kerana karya sastera merupakan

cermin masyarakat dan segala kebaikan amat diharapkan sebagai kesan langsung


daripadanya.

Contoh pendekatan kemasyarakatan yang dapat dilhat antaranya hasil

tulisan Kassim Ahmad, Asraf, Keris Mas, Ismail Hussein dan M Noor Azam.

Dalam pendekatan ini, pengkiritik ingin memahami keadaan sosial sesebuah


masyarakat dan reaksi karyawan terhadap perubahan yang berlaku di

sekeliling mereka. Antara tokoh sastera tempatan yang muncul pada ketika


ini ialah Kassim Ahmad iaitu sekitar tahun 1960-an. Beliau berpegang

kepada pendekatan masyarakat yang berteraskan aliran realisme sosialis.

Kassim Ahmad telah mengkritik novel Musafir, Srengenge dan Salina.
Musafir- Beliau tidak bersetuju dengan penulis yang hanya

menggunakan watak Melayu sahaja.
Srengenge- Beliau menganggap kematian Imam Hamd dan kemenangan

Srengenge membawa maksud penangguhan pemodenan kapitalisme

akibat penentangan masyarakat kampung.
Salina- Beliau tidak bersetuju dengan watak Salina yang bernasib

malang sebaliknya beliau mahu watak Salina mendapat pembelaan yang

sewajarnya.

1970- Pendekatan sosiologi mula mendapat tumpuan pada kehidupan desa

dan kota. Ini kerana, kebanyakan karya yang dihasilkan menyentuh


kehidupan kota dan desa. Tokoh yang menggunakan pendekatan ini ialah

Ramli Isin. Selain itu, pendekatan formalistik atau struktural juga mendapat

tempat dalam kalangan sarjana tempatan. Yahya Ismail merupakan antara

tokoh yang menggunakan pendekatan ini. Pendekatan ini memfokuskan tema,


plot, watak, gaya bahasa dan beberapa unsur lain yang terdapat dalam

sesebuah karya. Selain itu, Hashim Awang juga menggunakan pendekatan

formalistik ini semasa mengkritik novel keluarga Gerilya karya Pramoedya


Ananta.

Hashim Awang seterusnya beralih dan memberi sumbangan terhadap

pendekatan psikologi. Hashim Awang telah mengaitkan pendekatan

kemanusiaan dengan pendekatan psikoanalisis Barat yang dipelopori oleh

Freud. Hasil tulis Hashim Awang telah menarik ramai pengkritik tempatan

untuk mengaplikasikan pendekatan ini. Seterusnya, pendekatan moral.

Pendekatan moral merupakan satu kaedah mencari nilai-nilai moral dalam

karya sastera. Kepentingan aspek moral sebagai teladan atau contoh

terhadap pembaca. Pengukuran moral di dalam karya sastera berkait rapat

dengan nilai-nilai moral yang diamalkan dalam masyarakat di mana karya

itu dilahirkan. Jika aspek moral itu bertentangan dengan amalan moral


masyarakat ia dianggap karya yang kurang bermutu.

1970- Pendekatan moral di Malaysia telah memberi tumpuan kepada

aspek sastera Islam. Contohnya, Shahnon Ahmad memperkenalkan


pendekatan moral yang tertumpu kepada sastera Islam. Beliau

menyeru kepada penghasilan karya kerana Allah dan berhikmah untuk


manusia. Hal ini telah menimbulkan polemik antara Shahnon Ahmad

dan Kassim Ahmad. Kassim Ahmad melihat sastera Islam seharusnya


dilihat dalam bentuk yang lebih terbuka dan bercanggah dengan

idealisme Shahnon Ahmad.

Penghujung Tahun 1980- Pengkritik tempatan mula sedar bahawa teori

sastera dan pendekatan kritikan Barat mempunyai kelemahan yang

tersendiri. Contohnya, teori sastera barat amat sukar untuk melihat

pandangan hidup masyarakat Melayu kerana kritikan Barat tidak

sampai kedalaman jati diri Melayu dan Islam. Hashim Awang (1997)

menjelaskan bahawa teori kesusasteraan barat tidak lengkap,

bersifat berat sebelah dan hanya menumpukan kepada satu aspek


sahaja. Sikana (1998) pula beranggapan teori kesusasteraan barat ini

tidak wajar diamalkan kerana hal ini menunjukkan bahawa sastera

Melayu tidak mempunyai jati diri.

Kelemahan-kelemahan lain yang dapat dikesan oleh sarjana

tempatan dalam teori barat:

memfokuskan pada satu aspek dan tidak menyeluruh.
tidak mengambil kira aspek agama dan bersifat sekular.
asas pembentukannya tidak kukuh dan hanya berdasarkan

pengalaman, mimpi dan pemikiran di bawah sedar.
persekitaran yang tidak sesuai khususnya yang berfat Islamik.

Shahnon Ahmad merupakan tokoh terawal yang memisahkan diri

daripada teori-teori Barat dan mengisytiharkan diri sebagai peminat


dan pengamal sastera Islam. Dalam konteks kritikan di Malaysia,

selepas kelahiran teori puitika Melayu, muncul beberapa sarjana

yang turut mengasaskan teori kritikan. Shafie Abu Bakar (takmilah),


Hashim Awang (pengkaedahan Melayu), Abdul Rahman Napiah

(tekdealisme), S. Othman Kelantan (kritikan Melayu) dan Mohd. Affandi


Hassan (persuratan baru).

1989- Teori Puitika Sastera Melayu telah diasaskan oleh Muhammad

Haji Salleh yang bertunjangkan kepada konsep keindahan yang

mendasari sastera Melayu Tradisional. Menurut Abdul Halim Ali

(2020), teori ini dapat membantu pembaca dan pengkritik untuk

mengkaji karya kesusasteraan Melayu bagi tujuan mengangkat


nilai keindahan teks kesusasteraan Melayu. Teori ini juga mencari

makna di sebalik keindahan tersebut dengan aspek-aspek yang


berada di luar teks seperti budaya, sikap, pandangan hidup sejarah

dan alam sekitar dalam masyarakat.

Lima Ciri puitika sastera Melayu ialah:
Keindahan dalam mengajar atau mendidik
keindahan dalam pengungkapan kesedihan dan

kesusahan
keindahan dan penceritaan
keindahan dalam rasa
keindahan yang asli

Teori Persuratan Baru diperkenalkan oleh Mohd Affandi Hassan.
Gagasan teori ini sebenarnya adalah hasil pemurnian dan pemantap idea-

idea awal yang pernah dikemukakan oleh Mohd Affandi dalam kajian-
kajiannya tentang idea teori terkandung dalam novel-novelnya seperti
Aligupit dan Pujangga Melayu. Novel-novel ini berligar pada beberapa
persoalan penting tentang kegiatan sastera dan kritikan di Malaysia.
Kelahiran teori Persuratan Baru dapat disandarkan kepada kekecewaan
terhadap kedangkalan intelektualisme Melayu dan rasa tanggungjawab
Mohd Affandi untuk memperbetulkan keadaan, dengan harapan kegiatan

ilmu dan sastera Melayu tidak sia–sia, sebagainya dapat diarahkan
kepada matlamat yang lebih jelas dan haq, beradab, terkawal, beretika

dan menolong pemikiran tinggi

Teori Takmilah muncul hasil daripada pembentangan beberapa

siri kertas kerja yang membincangkan teori dan konsep sastera

Islam. Teori Takmilah diperkenalkan oleh Shafie Abu Bakar. Teori

ini dianggap satu satunya teori sastera islam di Malaysia yang
memberi penekanan analisis dan kritikan bersandarkan secara


langsung kepada konsep tauhid. Kemunculan teori ini telah

membuka jalan alternatif kepada para sarjana dan pengkritik

untuk melakukan kajian, analisis, ulasan dan kritikan berasaskan


prinsip-prinsip keislaman.

Teori Pengkaedahan Melayu yang dikemukakan oleh Hashim Awang juga
berlandaskan dan berasaskan kepada Islam. Teori ini terbahagi kepada 2
iaitu pengkaedahan Alamiah dan pengkaedahan keagamaan. Pengkaedahan
Alamiah bererti merujuk secara langsung kepada faktor alam yang menjadi
latar kehidupan masyarakat Melayu. Pengkarya Melayu menurut Hashim
tidak lari dari alamnya sewaktu berkarya. Faktor alamiah sangat dominan
mempengaruhi dan membentuk kerangka pemikiran dan menentu hala tuju
matlamat ke pengkaryaannya. Oleh itu, meneliti teks sastera Melayu secara
formalis atau strukural tanpa mengambil kira hubungan pengkarya dengan
alamnya adalah mencacatkan, serta gagal menemukan khalayak kepada

kejatidirian dan keperibadian teks itu setepatnya.

Satu lagi pengkaedahan yang diketengahkan oleh

Hashim ialah Pengkaedahan keagamaan. Hashim Awang

melihat agama Islam yang sinonim dengan masyarakat


Melayu itu sebagai teras yang turut menunjangi

karyanya. Pengkarya sering kali menghasilkan karya


sebagai satu pendekatan dakwah.

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version