Disediakan Oleh: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kumpulan 3
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu.
PENGENALAN Buku digital Sulalatus Salatin ini disediakan oleh pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terdiri daripada pelajar semester 5 dibawah mata pelajaran Wacana Kesusasteraan Melayu Semasa (BSS3083). Buku ini menyediakan tiga bab sahaja yang terdiri daripada bab 11, 12 dan 13. Pemilihan bab ini dibuat secara atas talian dengan hebahan borang soal selidik terhadap 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) daripada jurusan Kesusasteraan Melayu. Tujuan penyediaan buku digital ini adalah memudahkan pelajar untuk merujuk perjalanan cerita Sulalatus Salatin dengan kosa kata yang lebih mudah difahami. Buku digital ini juga merupakan usaha kami dalam mencipta sebuah produk yang dapat menyelesaikan permasalahan yang terjadi dalam bidang Kesusasteraan Melayu tempatan khususnya dalam bidang pendidikan sastera. Kosa kata yang tinggi menyebabkan kebanyakkan pelajar tidak mampu menguasai teks Sulalatus Salatin ini. Oleh itu, terciptanya buku digital ini diharapkan dapat membantu para pelajar untuk menguasai teks sastera Sulalatus Salatin.
RINAH BINTI RAMSHA (D20201093051) NUR AIMY ATHIRAH BINTI JURAIMI (D20201095936) NUR SYAHMINA NAJAH BINTI PAKHRUROZI (D202010933125) NOOR FARAHEEN BINTI MOHD RAHMAT (D20201093123) FITRI IZZANIE BINTI MOHD ZAHARUDDIN (D20201093098) NUR SHAZLEN NAJEWA BINTI MOHAMAD GHAZALI (D20201093082) NORWIEE AZRIEEYNA BINTI OSMAN (D20201093137) WAN NUR SYUHADA BINTI WAN MOHD ZAHAR (D20201093105) NIK FAZLINDA BINTI NIK MUSTAPHA (D20201093075) NUR SYAMIMI BINTI MAROYALI (D20201093113)
Dikhabarkan Sultan Muhammad telah mangkat dan meninggalkan tiga orang putera iaitu Raja Abdul Jamal, Raja Muzaffar dan Raja Ahmad. Kerajaan akan digantikan oleh anak sulung Sultan Muhammad yang bernama Abdul Jamal. Di Pahang ada seorang anak Bendahara Pahang, Namanya Tun Teja Ratna Menggala yang dikabarkan terlalu baik paras rupanya (cantik) dan tidak ada yang sama dengannya pada zaman itu. Raja Abdul Jamal ingin memperisterikan Tun Teja walaupun pada waktu itu Raja Abdul Jamal telah mempunyai isteri. Raja Abdul Jamal menghantar utusan iaitu Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk meminta ditabalkan. Sultan Mahmud iaitu Raja Melaka telah menghantar Seri Wak Raja ke Pahang bagi menabalkan Raja Abdul Jamal dengan gelaran Sultan Abdul Jamal. Apabila majlis pertabalan telah selesai, Seri Wak Raja ingin pulang ke Melaka tetapi telah ditahan oleh Sultan Abdul Jamal untuk mengajak Seri Wak Raja menjerat gajah jinak. SERI WAK RAJA DENGAN GAJAH PAHANG
Sultan Abdul Jamal telah memanggil bomor-bomor Pahang untuk menjerat gajah jinak. Kata bomor-bomor ini, “jika gajah liar pun mereka boleh jerat, apatah lagi gajah jinak”. Tetapi akhirnya tidak dapat. Suatu hari, Sultan Abdul Jamal sengaja melumurkan badan gajahnya yang bernama Gempal dengan minyak. Baginda pergi ke rumah Seri Wak Raja dan meminta anak Seri Wak Raja yang bernama Tun Umar untuk menaiki gajah bersamanya tetapi dengan niat untuk menjatuhkan Tun Umar. Dengan adanya ilmu menaiki gajah, Tun Umar tidak jatuh. Apabila dia ingin terjatuh, dia akan menekan pinggang gajah itu dan gajah akan berhenti berjalan. Setelah itu, Seri Wak Raja pulang ke Melaka dengan diiringi surat daripada Sultan Abdul Jamal yang mengandungi pujian tentang Seri Wak Raja. Seri Wak Raja pula menggambarkan tentang eloknya Tun Teja tetapi telah bertunang dengan Sultan Abdul Jamal. Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
Setelah mendengar khabar Tun Teja yang baik paras rupanya, Sultan Mahmud bertitah bahawa sesiapa yang dapat membawa Tun Teja kepada Sultan, maka semua permintaannya akan dituruti sehinggakan jika inginkan sekerat daripada kerajaan akan diberi, jika berbuat dosa tak akan dihukum atau dibunuh. Apabila Hang Nadim tahu tentang hal itu, Hang Nadim ingin cuba melakukannya kerana dia ingin dosanya diampunkan. Hang Nadim pun pergilah ke Melaka. Disana, Hang Nadim berkawan dengan orang nakhoda yang bernama Nakhoda Saiyid Ahmad yang sifatnya suka berkasih-kasihan, seorang yang baik. Hang Nadim berkata dia ingin berjumpa dengan Tun Teja tetapi kata Nakhoda Saiyid Ahmad bahawa Tun Teja sudah bertunang. Setibanya di Pahang, Hang Nadim berjumpa dengan perempuan tua pelulut. Pelulut bermaksud orang yang menggosok bedak wangi ke tubuh badan seseorang. Hang Nadim bertanya kepada perempuan tua tersebut, adakah dia selalu masuk ke rumah Datuk Bendahara. Perempuan tua itu pun berkata, selalu kerana melulut Tun Teja. Hang Nadim memberikannya emas dan meminta perempuan tua itu membawa Tun Teja kepadanya untuk ditunjukkan kepada Raja Melaka. Perempuan tua itu bersetuju untuk cuba sedaya upaya membawa Tun Teja kepada Hang Nadim. Setelah itu, dia pergi ke rumah Datuk Bendahara dan menawarkan khidmat untuk berlulut dan ketika itu Tun Teja hendak melulut. PERI CANTIKNYA PARAS ANAK BENDAHARA PAHANG
Semasa sedang melulut, perempuan tua itu berkata kepada Tun Teja bahawa jika dia berkahwin dengan Raja Pahang, dia akan bermadu. Jadi lebih baiklah dia berkahwin dengan Raja Melaka yang belum memiliki isteri, lebih-lebih lagi Raja Melaka dikatakan lebih besar kuasanya daripada Raja Pahang. Tun Teja pula mengatakan bahawa dia bimbang jika Hang Nadim yang menipu dan menjadikannya sebagai isteri. Kemudian, perempuan tua itu menceritakan hal tersebut kepada Hang Nadim. Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
Selepas si pelulut menceritakan hal tersebut, Hang Nadim meminta bantuan Nakhoda Saiyid Ahmad dan Nakhoda Saiyid Ahmad bersetuju kerana sifatnya yang baik dan selalu kasihankan orang dan dia akan menunggu di Kuala Pahang. Jadi pada malam itu Hang Nadim menyuruh si pelulut untuk memberi emas kepada penjaga pintu rumah Bendahara Pahang untuk bersepakat sekali mengambil Tun Teja. Ketika hari sudah hampir hendak pagi, ketika semua orang sedang tidur, si pelulut membawa Tun Teja keluar dan penjaga pintu pun membuka pintu untuk mereka sementara Hang Nadim telah menunggu di luar tetapi mereka perlu melalui Batangan Pahang. Untuk membuka Batangan Pahang, Hang Nadim telah mengisi pasir ke dalam baju dan melemparkannya ke dalam air. Bunyinya seperti orang menjala membuatkan orang yang menjaga Batangan Pahang membuka batangan apabila mendengar bunyi orang menjala. Setelah berjaya naik ke kapal yang telah ditunggu oleh Nakhoda Saiyid Ahmad, mereka pun berlayar ke Melaka. TUN TEJA DILARIKAN KE MELAKA
Setelah hari sudah siang, pengasuh Tun Teja mencari Tun Teja tetapi tidak menjumpainya. Rumah Bendahara Pahang menjadi riuh tentang kehilangan Tun Teja. Perkara itu telah diketahui oleh Sultan Abdul Jamal. Baginda hairan tentang kejadian itu dan menyuruh orang untuk mencari Tun Teja. Tiba-tiba datang seorang dari Kuala Pahang mengatakan bahawa dia ada ternampak Hang Nadim membawa seorang perempuan bertudung menaiki kapal dan berlayar ke Melaka. Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
Setelah menyedari Tun Teja dilarikan, Sultan Abdul Jamal bertindak mengejar kapal Nahkoda Saiyid Ahmad. Sampai di Pulau Keban berlaku pertempuran hebat yang dimenangi oleh Hang Nadim dan meneruskan pelayaran ke Melaka. Tun Teja dipersembahkan kepada Sultan Mahmud dan kemudian mereka berkahwin. Sultan Mahmud amat menyayangi Hang Nadim yang telah berjasa. PERTEMPURAN DI LAUT PULAU KEBAN Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
Sultan Abdul Jamal sangat murka dan berhasrat untuk menyerang Melaka dengan Gajah Ai Kening. Baginda menitahkan Bendahara Pahang supaya berlengkap dengan angkatan perang untuk menyerang Melaka. Sambil menunggang gajah, dilanggarnya balairung istana Pahang hingga roboh. Di Melaka pula, Sultan Mahmud menitahkan hulubalangnya ke Pahang untuk mencuri gajah Sultan Abdul Jamal. Laksamana Khoja Hassan bersetuju melaksanakan tugas tersebut. Laksamana Khoja Hassan ke Pahang membawa surat daripada Sultan Mahmud. Apabila ditanya cadangan raja Pahang untuk menyerang Melaka, Sultan Abdul Jamal menafikan khabar tersebut. Di Pahang, Laksamana menambat perahu dekat dengan gembala gajah raja memandikan gajah saban hari. Laksamana juga berbaik-baik dengan gembala gajah raja dengan memberi emas dan makanan. Setelah beberapa hari berada di Pahang, Laksamana mohon pulang ke Melaka. Gajah Ai Kening berjaya di bawa naik perahu oleh Laksamana Khoja Hassan dan dibawa berlayar ke Melaka GAJAH SULTAN PAHANG PULA DILARIKAN Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
Sultan Abdul Jamal amat marah kerana gajahnya berjaya dilarikan oleh Laksamana Khoja Hassan. Baginda menitahkan tentera Pahang mengejar Laksamana Khoja Hassan. Angkatan Pahang ini dipimpin oleh Seri Akar Raja dan Tun Aria. Setelah itu berlakulah peperangan antara tentera Pahang dengan Laksamana Khoja Hassan di Sedeli Besar. Tentera Pahang dapat dikalahkan oleh Laksamana Khoja Hassan kerana beliau amat mahir menggunakan panah. Akhirnya, Laksamana Khoja Hassan selamat tiba di Melaka bersama gajah Sultan Pahang, lalu dipersembahkan kepada Sultan Mahmud Syah. Sultan Abdul Jamal terlalu kecewa setelah tunangnya Tun Teja dilarikan oleh Hang Nadim dan gajahnya iaitu Ai Kening dilarikan pula oleh Laksamana Khoja Hassan. Lalu baginda telah turun takhta dan bersyaikh diri di Lubuk Pelang. Bagindalah yang digelar Marhum Syaikh. Anakanda baginda yang bernama Sultan Mansur Syah dilantik menjadi sultan dengan dipangku oleh Raja Muzaffar dan Raja Ahmad. BERSYAIKH DIRI DI LUBUK PELANG Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
Raja Zainal adalah merupakan saudara kepada Sultan Mahmud Syah. Ketampanannya tiada tara pada waktu itu. Dia juga sering menjadi kegilaan orang-orang perempuan di Melaka. Bila dia berkuda, habislah gempar sekalian orang perempuan mahu melihatnya. Bukan itu sahaja, bahkan mereka turut berebut mahu memberikan hadiah kepada Raja Zainal. Mendengar hal in, Sultan Mahmud Syah berasa murka dan secara senyap- senyap dia telah menyuruh Hang Berkat pergi membunuh Raja Zainal. Hang Berkat pun kemudiannya membunuh Raja Zainal ketika Raja Zainal sedang tidur. Setelah itu, Hang Berkat diberi gelaran "Sang Sura" oleh Sultan Mahmud Syah. Baginda juga sangat kasih akan "Sang Sura" RAHSIA PEMBUNUHAN RAJA ZAINAL Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
Pada suatu hari, isteri Sang Sura (Hang Berkat) telah melakukan zina dengan Sang Guna. Sang Sura sangat marah dan ingin membunuh Sang Guna. Akibatnya Sultan Mahmud Syah berasa serba salah kerana Sang Guna adalah tukang keris tempa Melaka istana yang mahir. Dalam masa yang sama juga Sultan Mahmud Syah amat menyayangi Sang Sura. Untuk mengatasi masalah tersebut Sultan Mahmud Syah pun pergi bertemu dengan Sang Sura dan memujuknya supaya Sang Sura tidak membunuh Sang Guna. Sultan Mahmud Syah berjanji akan menghukum Sang Guna dengan hukuman sekatan keluar rumah. Untuk berdiri di muka pintu sahaja pun tidak dibenarkan. Lalu Sang Sura pun akur dengan pujukan Sultan Mahmud Syah, dan membatalkan hasrat untuk membunuh Sang Guna. Akhirnya Sang Guna minta diikat dan diserahkan kepada Sang Sura supaya dibunuhnya, kerana dia tidak suka pergerakannya disekat. SULTAN MAHMUD SYAH SERBA SALAH Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
Maharaja Dewa Sura yang digelar sebagai Raja Legor telah diperintahkan oleh Raja Siam untuk menyerang negeri Pahang. Rancangan ini telah tersebar luas sehingga ke negeri Melaka. Oleh sebab itu, Sultan Mahmud mengadakan satu mesyuarat dan bersetuju untuk menghantar tentera Melaka bagi membantu negeri Pahang daripada diserang oleh Raja Legor. Sultan Mahmud menyuruh Bendahara Seri Maharaja dan Laksamana pergi ke Melaka. Dengan bantuan mereka, Raja Legor tidak berjaya menyerang negeri Pahang. RAJA LEGOR GAGAL MENYERANG PAHANG Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
BIADAB DI HADAPAN BENDAHARA Sultan Mahmud atau namanya Tun Perpatih Hitam (berasal dari Tun Jana Buga Dendang). Tun Perpatih hitam mempunyai seorang cahaya mata yang bernama Tun Hussain (terlalu baik sikapnya). Tun Hussain berkata “jika bapaku diperkatakan oleh orang lain, aku mengamuk.”. Tidak lama kemudian, Tun Perpatih Hitam pun bersoal dengan seorang dagang. Oleh yang demikian, Tun Perpatih Hitam berbicara dengan dagang itu kepada Bendahara Seri Maharaja. Dalam pada itu, dalam situasi tersebut terdapat juga Laksamana Khoja Hassan, Temenggung dan Bendahara. Dalam adat Bendahara Melaka, jika orang biadap sikapnya pada Bendahara, Laksamanalah yang akan membunuh dia dan jika orang yang patut di ditangkap atau dipasung, maka Temengunglah yang melakukannya. Setelah Tun Perpatih Hitam dibicarakan oleh Bendahara Seri Maharaja maka datanglah Tun Hussain melihat ayahandanya. Apabila Tun Perpatih Hitam melihat anaknya itu yang datang berkeris panjang (dalam keadaan terkejut kerana dia telah mengetahui bahawa anaknya dalam keadaan marah akan situasi tersebut).
Lalu Tun Perpatih Hitam berdiri dan dikuisnya tikar dengan kakinya sambil berkata “Menteri apa begini? membicarakan orang sebegini”. Laksamana melihat Tun Perpatih Hitam yang makar (menyerang), lalu dihunusnya pedang lakia. Hal ini kerana perbuatan Tun Perpatih Hitam yang menguis tikar di hadapan Bendahara adalah satu perbuatan yang biadap. Laksamana lantas memarang Tun Perpatih Hitam lantas matilah ia. Tun Hussain melihat kejadian tersebut, maka dia menghunus keris yang dibawanya, namun Tun Hussain turut tewas ditikam orang. Tun Hussain dilarang melakukan hal tersebut namun oleh kerana sangat sabur (keadaaan yang tak keruan/haru biru) menyebabkan ia tidak menghiraukan larangan tersebut. Oleh hal yang demikian tumpaslah Tun Hussain bersama ayahnya. Maka Sultan Mahmud menganugerahi persalinan kepada Laksamana sebagai penghargaan kepadanya dalam menjaga Bendahara iaitu membunuh individu yang bersikap biadap di hadapan Bendahara. Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
ZURIAT LAKSAMA HANG TUAH Laksamana Hang Tuah 1 ISTERI 2 Seri Bija Diraja Datuk Bongkok Bendahara Paduka Raja Tun Sirah Tun Biajid Tun Daerah Sang Guna Tun Emas Jiwa + + + Temenggung Sultan Mahmud Hang Nadim Khoja Hussain Syah Tun Abdullah Raja Dewi Tun Mat Ali Tun Hamzah Tun Ali (Seri Petam) Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
RAJA PETANI DAN KEDAH DINOBATKAN Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio. Terdapat sebuah negeri bernama Kota Mahligai yang diperintahkan oleh Raja Sulaiman Syah. Namun begitu, negeri tersebut telah diserang oleh Putera Raja Siam yang bernama Cau Seri Bangsa. Selepas itu, telah memeluk islam dan kemudiannya baginda telah membuka satu negeri yang dinamakan sebagai Patani. Baginda juga telah menghantar menterinya ke Melaka untuk meminta agar dirinya dinobatkan. Kemudian, Sultan Mahmud Syah telah menobatkan Cau Seri Bangsa dengan gelaran Sultan Seri Ahmad Syah. Raja Kedah juga telah pergi ke Melaka untuk dinobatkan dan beliau juga telah dinobatkan oleh Sultan Mahmud Syah.
KEBESARAN MELAKA DAN KEDATANGAN PERINGGI Satu hari, dikatakan semakin ramai penduduk di negeri Melaka. Termasuk dengan sebuah kapal Peringgi dari Goa, India datang berdagang di Melaka. Setelah mereka kembali semula ke Goa, mereka menceritakan tentang kebesaran dan kemakmuran negeri Melaka. Hal ini telah menyebabkan Alfonso d'Albuquerque, Wizurai Peringgi di Goa mengarahkan supaya menyusun angkatan perang untuk menyerang Melaka. Namun angkatan Peringgi yang dipimpin Kapitan Mor gagal menakluki Melaka kerana kehebatan dan kebijaksanaan Bendahara Seri Maharaja. Keinginan Alfonso untuk menyerang negeri Melaka masih membuak-buak. Tetapi dihalang oleh Kapitan Mor selagi Bendahara Seri Maharaja masih hidup. Alfonso telah bersumpah untuk tetap meneruskan hasratnya memiliki negeri Melaka setelah dia tidak lagi menjadi wizurai. Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
MAKHDUM DIPERSENDA MURIDNYA Makhdum merupakan orang alim dari Jeddah yang datang ke Melaka. Pada suatu malam Bendahara Seri Maharaja duduk bersama Makhdum Sadar Jahan berkata-kata tentang ilmu dan didatangi Seri Rama yang sedang mabuk lantas turut menyapa mereka dan ingin mengaji bersama. Namun disebabkan mulut Seri Rama terlalu kuat berbau arak, makan Makhdum Sadar Jahan berkata “ arak itu ibu segala najis” kemudian Seri Rama membalas “yang hamak itu ibu segala najis. Tuan turun dari atas angin ke mari ini, bukankah hendak mencari harta dari hamaklah itu”. Oleh yang demikian Makhdum pulang kerana terlalu marah. Bermula Tun Mai Ulat Bulu pun mengaji pada Makhdum Sadar Jahan tetapi apa yang Makhdum ajarkan Tun Mai Ulat Bulu tidak menurutnya kerana lidah Melayu ini keras kata Makhdum. Hal ini kerana bahasa asing iaitu bahasa arab, oleh sebab itu Tun Mai Ulat Bulu sukar menyebutnya. Kemudian Tun Mai Ulat Bulu pula menyuruh Makhdum Sadar Jahan menyebut perkataan dalam bahasa Melayu seperti ‘kunyit’ tetapi disebutnya ‘kuzit’, ‘kucing’ disebutnya ‘kusyin’. Maka Tun Mai Ulat Bulu tertawa akan gurunya itu. Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
BERTANYA SATU MASALAH AGAMA KE PASAI Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio. Tun Muhammad atau digelar orang kaya Tun Muhammad telah diperintahkan ke Pasai untuk tujuan bertanya tentang masalah agama berkaitan dengan rezeki. Banyak pendapat yang disuarakan bahawa rezeki adalah sejak azali lagi. Namun begitu ada juga yang menafikannya. Oleh itu, untuk mendapatkan jawapan daripada masalah tersebut, Raja telah memerintahkan Tun Hassan untuk memberi jawapan. Tun Hassan berjaya memberi jawapan dan dipersetujui oleh Tun Muhammad. Setelah selesai mendapatkan jawapan Tun Muhammad pulang ke Melaka.
Tun Fatimah merupakan seorang gadis yang sangat cantik yang diumpamakan bagai laut madu, bertasik susu dan berpantaikan sakar iaitu gula. Bapanya Bendahara Seri Maharaja telah menjodohkan Tun Fatimah dengan Tun Ali iaitu anak Seri Nara Diraja. Raja Di Baruh iaitu bapa saudara Sultan Mahmud ada menasihatkan agar perkahwinan ditangguhkan kerana Tun Fatimah itu sepatutnya ditunjukkan kepada Sultan terlebih dahulu, lagipun Permaisuri Tun Teja telah mati. Namun begitu, bendahara tidak mengendahkan nasihat tersebut. Kemudian, pada hari perkahwinan Sultan datang dan dia sangat tertarik dengan Tun Fatimah lalu menuduh Bendahara sebagai jahat kemudian Sultan menjadi dendam dengan Bendahara. TUN FATIMAH ANAK BENDAHARA SERI MAHARAJA. Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
KEKAYAAN BENDAHARA SERI MAHARAJA Bendahara Seri Maharaja dikenali sebagai seorang yang sangat kaya raya. Beliau mempunyai simpanan emas sebanyak 6 bahara. Kekayaannya lebih satu bahara dari kepunyaan Raja Mendaliar iaitu Syahbandar Melaka. Anak dan cucu Bendahara Seri Maharaja diberikan emas dan jika emas tersebut hilang maka beliau akan diberikannya yang lain sebagai pengganti. Bukan sahaja emas, malah kerbau pemeliharaannya di Kayu Ara juga banyak. Jikalau anak buahnya pergi berburu tapi tidak dapat, maka kerbau dikandang itulah yang akan disembelih. Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
Terdapat seorang biaperi (saudagar) yang terlalu kaya di Melaka. Ianya dikenali sebagai Ali Manu Nayan. Beliau sering memberi hadiah kepada siapa sahaja yang datang ke rumahnya. Antara hadiah yang diberikan oleh beliau adalah kain, emas dan barang-barang mahal serta aneh. Akan tetapi, terdapat seorang yang tidak datang ke rumahnya iaitu Tun Hassan Temenggung. Beliau telah ditawarkan 10 tahil emas jika beliau datang ke rumah saudagar terkaya itu. Walaubagaimanapun, Tun Hassan Temenggung telah murka atas tindakan saudagar tersebut yang cuba memberi tawaran hebat seperti emas kepada dirinya. TUN HASSAN TEMENGGUNG CUBA DIBELI Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
PUNCA MENCETUSKAN SEKEJAM-KEJAM HUKUMAN Nina Sura Dewana merupakan penghulu saudagar di Melaka. Nina Sura Dewana dan Raja Mendaliar telah bergaduh, lalu kedua-duanya telah menghadap Bendahara Seri Maharaja. Walaubagaimanapun, pada hari itu telah petang dan mereka diminta untuk pulang serta datang pada keesokkan harinya. Hari pun telah malam, tiba-tiba Nina Sura Dewana terfikir akan nasib dirinya yang akan kalah sekiranya Raja Mendaliar mengadap Bendahara kerana ianya seorang yang kaya. Maka, pada malam itu juga Nina Sura Dewana merasuah emas sebanyak sebahara kepada Bendara supaya mereka memberikan kemenangan buat dirinya. Ketika Nina Sura Dewana mengadap Bendahara terdapat seorang Keling yang bernama Kitul terlihat kejadian tersebut. Disebabkan Kitul mempunyai hutang dengan Raja Mendaliar, Kitul memberitahu kepada Raja Mendaliar tentang hal itu. Setelah sahaja dia memberitahu kepada Raja Mendaliar, maka kesemua hutangnya telah dihalalkan oleh beliau. Oleh hal yang demikian, pada malam itu juga Raja Mendaliar mengadu kepada Laksamana Khoja Hassan dan merasuahnya emas sebahara bersama-sama permata dan baju yang cantik. Akibat termakan pujukan Raja Mendaliar, Laksama bersedia memberitahu raja. Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
Laksamana Khoja Hassan telah menyampaikan fitnah Raja Mendeliar kepada Sultan Mahmud Syah. Fitnah tersebut mengatakan Bendahara Seri Maharaja ingin merampas kuasanya. Sultan Mahmud Syah yang telah mempunyai dendam sedia ada kepada Bendahara Seri Maharaja murka dan menitahkan supaya Bendahara Seri Maharaja serta keluarganya dibunuh kecuali Tun Fatimah.Titah tersebut telah dilaksanakan oleh Tun Sura Diraja Dan Tun Indera Segara. Manakala, Tun Fatimah yang tidak dibunuh telah dijadikan sebagai isteri kepada Sultan Mahmud Syah. Kemudian, Sultan Mahmud Syah merasa kesal dan insaf kerana tindakannya yang membunuh Bendahara Seri Maharaja tanpa usul periksa. Orang-orang yang telah tetlibat dalam fitnah tersebut telah dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh meraka, manakala Raja Mendeliar telah dikenakan hukuman bunuh. Begitu juga dengan Kitul yang telah dijatuhkan hukuman sula melintang bersama anak dan isterinya serta laksamana Khoja Hassan telah dilucutkan jawatannya. TAMAT RIWAYAT TIGA ORANG BESAR NEGARA Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
BENDAHARA PADUKA TUAN (BENDAHARA TEPOK) Selepas kematian Bendahara Seri Maharaja, Paduka Tuan iaitu anak Bendahara Paduka Raja telah dilantik menjadi Bendahara Melaka yang digelar sebagai Bendahara Tepok. Dia sudah tua, giginya telah tanggal dan kakipun telah tepok. Dia juga dikenali sebagai Bendahara Lubuk Batu. Dia mempunyai ramai anak. Walaupun sudah tua, Bendahara Lubuk Batu masih kuat makan. Dia makan nasi pada pinggan lingkar yang besar dan lauknya satu talam penuh. Jika ibu ayam dimakannya seekor habis. Selain itu, Bendahara Lubuk Batu juga gemar memakai bau-bauan sehingga sepasu minyak wangi disapu pada tubuhnya apabila mahu berjalan. Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
Bahagian ini mengisahkan tentang Tun Biajid yang merupakan anak kepada Bendahara Tepok. Tun Biajid mempunyai sikap yang kurang diminati oleh orang ramai. Hal ini demikian kerana, Tun Biajid suka mengambil apa-apa sahaja barang yang dinginkan olehnya. Beliau tidak boleh dikawal oleh sesiapapun walapunpun Bendahara sendiri.Tun Biajid telah dihadiahkan seekor gajah oleh ayahnya. Namun gajah itu selalu dijual dan dibeli semula oleh Bendahara. Tun Biajid juga pernah ditambat dan dihantar kepada raja untuk dibunuh kerana dia membunuh orang tetapi dilaksanakan oleh sultan. TUN BIAJID SASAR Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
ZURIAT BENDAHARA LUBOK BATU Terdapat ramai anak kepada Bendahara Lubok Batu, antaranya:- Tun Khoja Ahmad (Tun Pikrama) Tun Pauh Anak perempuannya (tinggal bersama-sama Tun Perpatih Kassim) Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
Tun Fatimah kini menjadi raja perempuan melaka. Tun Fatimah sangat disayangi oleh Sultan Mahmud Syah. Sejak diperisterikan Sultan Mahmud Syah, Tun Fatimah tidak pernah senyum malahan sentiasa berdukacita atas kemantian kuam keluarganya. Sultan Mahmud Syah juga sangat menyesal kerana membunuh Bendahara Seri Maharaja. Bendahara ternyata telah menjadi mangsa fitnah. Oleh yang demikian, Sultan Mahmud Syah telah turun takhta dan diserahkan pada anaknya iaitu Sultan Ahmad Syah. Lalu Baginda membawa diri ke Kayu Ara dengan ditemui oleh Sang Sura. Sang Sura sentiasa mengiringi Sultan Mahmud Syah ke mana saja baginda pergi. Sang Sura sentiasa membawa bekalan Sultan Mahmud Syah seperti uncang tempat sirih santap, bungkusan, dan kalam. Sepanjang perkahwinan Tun Fatimah dengan Sultan Mahmud Syah, baginda telah beberapa kali hamil, namun digugurkan. Tun Fatimah berbuat demikian kerana pandangannya, “Apatah kerja raja beranak dengan beta lagi, kerana anak raja kerajaan telah ada.” Sultan Mahmud Syah meminta Tun Fatimah tidak menggugurkan kandungan lagi dan berjanji jika anak yang dilahirkan nanti seorang putera, ianya akan dijadikan raja kelak. Akhirnya Tun Fatimah melahirkan dua orang puteri yang diberi nama Raja Putih dan Raja Khadijah. Manakala, Sultan Ahmad Syah pula sentiasa belajar ilmu tasawuf dengan Maulana Sadar Jahan. SULTAN MAHMUD MEMBUANG KERAJAAN Imbas Qr Code disebelah untuk mendapatkan penjelasan berbentuk audio.
Penghasilan buku digital dan imbasan QR CODE yang dicipta ini mampu menarik minat pelajar untuk mempelajari kosa kata dengan lebih mudah. Bukan itu sahaja, malahan pelajar dapat menguasai teks sastera Sulalatus Salatin dengan penggunaan bahasa yang lebih ringkas dan mudah. Oleh hal yang demikian, secara tidak langsung pembelajaran Kesusasteraan Melayu dapat diperluaskan dengan kaedah pernerbitan yang pelbagai antaranya seperti buku digital ini. Oleh itu, produk ini dapat menyelesaikan permasalahan yang terjadi dalam bidang Kesusasteraan Melayu tempatan khususnya dalam bidang pendidikan sastera.