The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majlis Pengisytiharan SMK Syed Hussein Sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-81 DYMM Tuanku Raja Perlis

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JPNPerlis, 2024-05-13 22:45:51

Majlis Pengisytiharan SMK Syed Hussein

Majlis Pengisytiharan SMK Syed Hussein Sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-81 DYMM Tuanku Raja Perlis

SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN KE-81 DYMM TUANKU RAJA PERLIS SMK SYED HUSSEIN Majlis Pengisytiharan Disempurnakan Oleh: DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PERLIS TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL 23 MEI 2024 BERSAMAAN 14 ZULKAEDAH 1445H DEWAN SHARIFAH FARAH ADRIANA


engisytiharan nama baharu sekolah ini merupakan Ppenghargaan kepada Raja Perlis yang pertama, iaitu Raja Syed Hussein Jamalullail. Baginda merupakan anakanda kepada Syed Harun dan Wan Fatimah. Baginda telah diputerakan pada tahun 1805. Syed Harun sebelum ini telah mengahwini Tengku Sofiah yang merupakan anakanda kepada Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II, iaitu sultan yang memerintah kerajaan negeri Perlis dan Kedah. ........Namun begitu, perkahwinan tersebut tidak dikurniakan zuriat. Syed Hussein telah dididik dengan adat istiadat istana oleh bonda tirinya, Tengku Sofiah. Syed Hussein juga amat disayangi oleh Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II dan baginda menganggapnya seperti cucunda baginda sendiri. ........Syed Hussein telah menaiki takhta pemerintahan pada tahun 1843 dan ditabal secara rasmi oleh Raja Siam sebagai Phya Polit dalam bahasa Siam atau Raja Perlis dengan gelaran Raja Syed Hussein Jamalullail. Raja Rama III telah mengurniakan gelaran Phya Songkram Ramu Wichit Wilis Asmara Phya Polit. Pertabalan ini menandakan bermulanya pemerintahan wangsa Jamalullail sebagai Raja Perlis hingga kini. SEKAPUR SIRIH


MK Arau mula ditubuhkan pada 1 Disember 1990 dengan menumpang di bangunan SK Tengku Budriah, Arau pada sesi petang. Pada tahap awal penubuhannya, SMK Arau mempunyai pelajar seramai 198 orang dan 12 orang guru. Setelah tiga tahun menumpang, SMK Arau telah berpindah ke bangunan barunya seperti yang ada sekarang pada 1 Disember 1994. ........Pengetua pertamanya ialah Puan Hajah Sharifah Sofiah binti Syed Ahmad yang dibantu oleh Guru Penolong Kanan 1, Encik Lamin bin Awang, Guru Penolong Kanan HEM, Puan Hanisah binti Jusoh dan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Encik Abu Hassan bin Jusoh. ........Pada tahun 1996, beliau telah bertukar ke SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Kaki Bukit. Tempatnya digantikan oleh Encik Idris bin Buyong dari SMV Arau. Setelah beliau berpindah, tempatnya digantikan oleh Puan Temu binti Omar yang berkhidmat dari tahun 1998 hingga tahun 2001, sebelum bertukar ke Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad. Kemudian tempatnya digantikan oleh Encik Azhar bin Ismail dari tahun 2001 hingga 2004. Setelah beliau bersara, tempatnya digantikan oleh Puan Natrah binti Samat dari tahun 2005 hingga pertengahan tahun 2007. ........Kekosongan jawatan yang ditinggalkan beliau ini kemudian telah diisi oleh Encik Halim bin Mansor hingga tahun 2011. Seterusnya beliau telah diganti oleh Puan Hajjah Azizah binti Jafar hingga Januari 2013. Setelah pertukaran beliau ke SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, tempat beliau telah diisi oleh Tuan Haji Azni bin Man sehingga persaraan pada bulan Disember 2014. Puan Hajah Fitriah binti Che’ Pi telah mengambil alih tempat beliau sehingga April 2017. Tanggungjawab ini telah diserahkan kepada Puan Hajah Azizah binti Mustafa sehingga beliau bersara. Kini tugas pengetua digalas oleh Puan Noryah binti Md Noh sehingga sekarang. SEJARAH SEKOLAH S


ATUR CARA MAJLIS IMBAS UNTUK BORANG KEHADIRAN ATAU KLIK DI BAWAH 9.00 pagi : Ketibaan Tetamu 9.40 pagi : Ketibaan YB Menteri Pendidikan 9.50 pagi : Ketibaan YAB Menteri Besar Perlis 10.00 pagi : Keberangkatan tiba DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis : Tabik Hormat Kadet Polis : Sesi menandatangani buku pelawat : DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis berangkat masuk ke Dewan Sharifah Farah Adriana : Lagu Negeri : Persembahan “Selamat Datang” : Bacaan Doa : Ucapan oleh YB Menteri Pendidikan : Titah Pengisytiharan oleh DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis : Simbolik Pengisytiharan nama SMK Syed Hussein : Persembahan Cendera Kenangan : Persembahan tarian murid PPKI : DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis berangkat meninggalkan majlis : Lagu Negeri : Sesi bergambar : Lawatan DiRaja ke Info Pamer Muzium Kota Kayang Jabatan Muzium Malaysia : Keberangkatan balik DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis : Jamuan : YAB Menteri Besar Perlis meninggalkan majlis : YB Menteri Pendidikan meninggalkan majlis : Bersurai


Click to View FlipBook Version