PEMBELAJARAN DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
ISI KANDUNGAN PENGENALAN KONSEP TEKNOLOGI KONSEP PEMBELAJARAN DAN PENDIDIKAN DOMAIN-DOMAIN TEKNOLOGI PENDIDIKAN REKA BENTUK PEMBANGUNAN PENGGUNAAN PENGURUSAN PENILAIAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI KEPADA PENDIDKAN APAKAH KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ? LANGKAH MENGATASI CABARAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN BAGAIMANKAH CARA MENGATASI CABARAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ? CABARAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN APAKAH CABARAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ? RUMUSAN
KONSEP TEKNOLOGI UMUM Aplikasi pengetahuan sains dalam rekacipta alat-alat yang dapat meningkatkan keupayaan manusia. ISTILAH TEKNOLOGI berasal dari perkataan Yunani iaitu "techne" yang membawa maksud kemahiran PERKATAAN LATIN "teknos" - teknik/cara/kaedah "logos" - kaji/belajar/mempelajari/cara ATAU teknologi bukan sekadar alat yang dicipta tetapi turut melibatkan kaedah, cara, idea untuk menghasilkan sesuatu
PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN suatu proses pembelajaran dan pengetahuan, keterampilan dan kebiasaan sekumpulan manusia yang diwariskan dari satu generasi ke generasi selanjutnya melalui pengajaran, pelatihan dan penelitian Menurut Ahmad D.Marimba-bimbingan secara sadar oleh pendidik terhadap suatu proses perkembangan jasmani dan rohani peserta didik. PEMBELAJARAN adalah proses interaksi peserta didik dengan pendidik dan sumber belajar pada suatu linkungan belajar Menurut Munif Chatib- merupakan proses pemindahan ilmu dua arah , antara guru sebagai pemberi informasi dan siswa sebagai penerima informasi
TEKNOLOGI PENDIDIKAN secara mudahnya, teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang dapat membantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
DOMAINDOMAIN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
DOMAIN 2- PEMBANGUNAN 3- PENGGUNAAN 4- PENGURUSAN 5- PENILAIAN 1- REKA BENTUK
1- REKA BENTUK Proses sistematik untuk merancang dan menentukan ciri-ciri serta keperluan dalam pengajaran Menganalisis, membina, melaksana & membuat penilaian REKA BENTUK SISTEM PENGAJARAN Cara pendidik menarik perhatian. REKA BENTUK MESEJ: Contoh: Mesej berbentuk audio visual Rancagan pembelajaran sebelum PdP REKA BENTUK STRATEGI PENGAJARAN: 2- PEMBANGUNAN Proses pembinaan produk hasil terjemahan spesifikasi reka bentuk TEKNOLOGI CETAK TEKNOLOGI BERSEPADU TEKNOLOGI BAHAN PANDANG DENGAR TEKNOLOGI BERASASKAN KOMPUTER
3- PENGGUNAAN Pengaplikasian kaedah dan model pembelajaran, sumber P&P dan persekitaran pembelajaran PENERIMAAN INOVASI Proses untuk menerima sesuatu perubahan dan pembaharuan PENGGNAAN MEDIA Menggunakan bahan secara bermakna dan sistematik PELAKSANAAN Proses penggunaan bahan dalam P&P POLISI DAN PERATURAN 4- PENGURUSAN Bidang yang bertanggungjawab membuat perancangan, penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan bagi memastikan projek P&P berjalan dengan lancar PENGURUSAN SUMBER PENGURUSAN PROJEK PENGURUSAN MAKLUMAT PENGURUSAN SISTEM PENYAMPAIAN
5- PENILAIAN Proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P atau program pendidikan yang dilaksanakan ANALISIS MASALAH PENGUKURAN RUJUKAN PENILAIAN SUMATIF KRITERIA PENILAIAN FORMATIF
KEPENTINGAN TEKNOLOGI KEPADA PENDIDIKAN
MELANCARKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penggunaan teknologi seperti komputer, telefon, laptop dan sebagainya dapat melancarkan sesi pembelajaran Pelbagai aplikasi yang dapat digunakan oleh guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar Sebagai contoh, Google Meet, YouTube, Webex, Whatsapp dan banyak lagi platform yang boleh digunakan. Walaupun pelajar tidak datang ke sekolah, mereka dapat mengakses aktiviti pembelajaran menggunakan teknologi yang mereka ada di rumah. Jika guru tidak dapat hadir ke sekolah, guru juga boleh merekod sesi pembelajaran dan memuat naik ke YouTube menyebabkan semua pelajar dapat melihat apa yang diajar oleh guru. Guru juga mudah untuk menghantar tugasan kepada pelajar melalui platform seperti Whatsapp dan Telegram.
MENJIMATKAN TENAGA DAN WANG Penggunaan teknologi dalam pembelajaran menjimatkan tenaga dan wang ringgit Guru hanya memaparkan slaid kepada pelajar tanpa perlu menggunakan Marker Pen untuk menulis di papan putih. Pelajar juga tidak perlu menulis di atas kertas kerana nota telah disiapkan oleh guru dan mereka hanya perlu mengulangkaji sahaja. Guru tidak perlu menggunakan kertas dengan banyak kerana semua bahan pengajaran dan tugasan telah tersedia di dalam peranti. Maklumat-maklumat pelajar juga dapat disimpan dengan baik kerana adanya teknologi seperti komputer yang boleh menyimpan banyak fail
MENARIK MINAT PELAJAR penggunaan teknologi akan menarik minat pelajar kerana teknologi memudahkan urusan pelajar dalam pelajaran. Guru boleh menggunakan teknik tayangan video sebelum memulakan kelas menyebabkan pelajar lebih tertarik untuk belajar Guru boleh juga menunjukkan kreativiti dalam slaid pengajaran supaya pelajar tidak bosan melihat guru mengajar dengan nota yang kosong dihadapan Guru boleh membuat aktiviti bersama pelajar contohnya dalam platform Quizizz dan Kahoot!. Aktiviti tersebut akan nampak lebih menarik kerana pelajar dapat melihat skor masing-masing sekali gus mewujudkan suasana yang ceria dalam kelas
Guru boleh menyediakan nota di dalam slaid lebih awal sebelum kelas bermula. Hal ini menjimatkan masa guru kerana tidak perlu mengambil masa untuk menulis di papan putih. Guru juga tidak perlu mengedarkan kertas tugasan kepada pelajar dan guru hanya perlu menghantar Link Google Form kepada pelajar untuk menjawab soalan. Kelas tambahan hanya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja dan pelajar tidak perlu hadir ke sekolah. Jelas menunjukkan teknologi dapat menjimatkan masa pelajar dan guru dalam pendidikan. MENJIMATKAN MASA
CABARAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN
KEMAHIRAN GURU DALAM PENGGUNAAN ICT Ramai guru tidak mempunyai kepakaran dalam bidang ICT menyebabkan ia sukar untuk diaplikasikan di sekolah. Guru terpaksa menghadirkan diri ke kursus-kursus ICT bagi meningkatkan kemahiran ICT Kekangan masa guru yang terhad menyebabkan ia menggangu masa guru untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang tenaga pengajar di sekolah Teknologi menarik minat pelajar pada masa kini, tetapi penguasaan teknologi golongan guru yang lemah menyebabkan tarikan terhadap pelajar menjadi kurang
SUNTIKAN MODAL DARIPADA KERAJAAN Untuk memajukan teknologi di sekolah memerlukan kos yang sangat tinggi. Bajet yang kecil dibekalkan oleh pihak kerajaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyebabkan penyediaan teknologi di sekolah tidak dapat dilaksanakan Alatan seperti komputer, laptop, Screen LED dan sebagainya memerlukan bajet yang tinggi. Pihak KPM hanya mampu menyediakan kemudahankemudahan di beberapa buah sekolah sahaja menyebabkan sistem pendidikan di negara Malaysia tidak seimbang Bukan itu sahaja, jika teknologi dan juga ICT berkembang, penggunaan Internet dan Wi-Fi akan meluas. Hal ini menyebabkan kos untuk menampung internet meningkat.
JURANG TEKNOLOGI ANTARA KAWASAN LUAR BANDAR DAN BANDAR Bukan semua kawasan mempunyai jaringan Internet yang baik misalnya di kawasan luar bandar. Walaupun teknologi dalam pendidikan dapat diperluas, tetapi di kawasan luar bandar sukar untuk mengakses teknologi tersebut Faktor persekitaran seperti ketiadaan jalan raya, kemudahan elektrik, kemudahan air menyukarkan teknologi berkembang di kawasan tersebut. Kelengkapan ICT tidak dapat diterima di kawasan luar bandar terutamanya di kawasan pedalaman. Kemudahan ICT memerlukan rangkaian yang stabil supaya ia berfungsi dengan baik. Dengan ketiadaan elektrik menyebabkan teknologi ICT tidak dapat digunakan.
KELENGKAPAN ICT YANG LAPUK Masalah kelengkapan ICT yang lapuk menyebabkan ia tidak dapat digunakan oleh pelajar dan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Peralatan ICT yang lapuk tidak menyokong sesetengah aplikasi yang digunakan pada masa kini. Sukar untuk guru dan pelajar melakukan pembelajaran kerana banyak perkara tidak dapat diakses dan peralatan seringkali rosak. Pihak KPM tidak mempunyai bajet yang cukup untuk menukar peralatanperalatan ICT yang lama kepada yang baru kerana ia memerlukan kos yang tinggi.
PENYALAHGUNAAN KEPERLUAN ICT DI SEKOLAH Kepesatan teknologi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan menyebabkan berlakunya kes penyalahgunaan ICT. Para pelajar akan mengambil kesempatan menggunakan kemudahan ICT untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah. Sebagai contoh, bermain video game, melayari laman web yang tidak sepatutnya, menggunakan ICT untuk kepentingan peribadi dan sebagainya Kesannya, pembelajaran di sekolah menjadi tidak berkesan dan tidak mencapai objektif asal iaitu teknologi membantu dalam pelajaran pelajar
LANGKAH MENGATASI CABARAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Kerajaan perlu memperuntukkan setiap sekolah dengan seorang pakar ICT Guru yang tidak mempunyai kemahiran dalam ICT dapat mempelajarinya di sekolah Tenaga pengajar yang ditugaskan boleh membuat bengkel kepada guruguru serta pelajar tentang cara-cara menggunakan ICT dengan betul Hal ini menjimatkan masa guru kerana tidak perlu mengahadirkan diri ke kursus ICT di luar sekolah Di samping itu, guru juga dapat mempelajarinya sambil melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT bersama pelajar MENYEDIAKAN TENAGA PENGAJAR DI SETIAP SEKOLAH
Kerajaan perlu memperuntukkan modal kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya kemudahan ICT dapat disediakan di semua sekolah Peruntukan yang diberikan dapat menangani masalah kekurangan bajet yang dihadapi oleh pihak KPM Dengan adanya bajet yang cukup, kemudahan-kemudahan ICT dapat disediakan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia Pembelajaran berasaskan teknologi dapat dicapai selaras dengan perkembangan teknologi di dunia KERAJAAN PERLU MEMPERUNTUKKAN MODAL KHAS BERKENAAN DENGAN ICT
Kemudahan asas di luar bandar seperti jalan raya, elektrik, air dan sebagainya perlu diutamakan oleh pihak kerajaan supaya penyediaan ICT di kawasan luar bandar berjalan dengan lancar Jika tiada kemudahan asas menyebabkan kemudahan ICT tidak dapat berfungsi Rangkaian Internet yang bagus diperlukan untuk mengakses maklumat dan menggunakan teknologi sebagai alat pengajaran dan pembelajaran Oleh itu, pihak kerajaan perlu berusaha membangunkan kawasan luar bandar supaya semua pelajar di luar bandar dapat mengakses kemudahan ICT seperti pelajar di bandar Perkara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya masalah keciciran pelajar KERAJAAN PERLU MENAIK TARAF KEMUDAHAN ASAS DI LUAR BANDAR
KELENGKAPAN ICT YANG LAPUK DITUKAR DAN DINAIK TARAF Pihak kerajaan memberikan dana khusus kepada KPM bagi menukar peralatan ICT yang rosak kepada yang baru Peralatan yang canggih amat diperlukan oleh para pengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk mengakses kepada sesetengah aplikasi Pihak yang berwajib amat digalakkan untuk menyediakan kelengkapan ICT yang selari dengan teknologi semasa untuk memudahkan pengguna mengaksesnya bagi sesi-sesi tertentu
PEMANTAUAN TERHADAP PENGGUNAAN ICT DI SEKOLAH Penggunaan teknologi yang pesat seperti ICT menyebabkan berlakunya penyalahgunaan oleh pelajar Pihak sekolah perlu melaksanakan pemantauan kepada setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah Guru perlu memainkan peranan penting dalam menangani isu penyalahgunaan ICT dalam kalangan pelajar Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu melihat aktiviti yang dilakukan oleh pelajar supaya mereka belajar dengan betul dan tidak menggunakan kemudahan ICT untuk hiburan semata-mata
RUMUSAN
Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran. Teori pembelajaran menjelaskan bagaimana perlakuan dalam proses pembelajaran dalam suatu persekitaran berlaku ini dapat membantu guru merancang, menyedia dan melaksanakan strategi P&P berbantu media yang berlandaskan teori pembelajaran yang sesuai. RUMUSAN