The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

WAN NOR FARAH AIDA BINTI MOHAMAD JAMIL
A2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 695-9-farah, 2024-03-15 09:47:07

PENTAKSIRAN

WAN NOR FARAH AIDA BINTI MOHAMAD JAMIL
A2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) (AMBILAN JUN 2024 TAHUN 2 SEMESTER 2) PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN EDUP3153 DISEDIAKAN OLEH : NAMA PELAJAR : WAN NOR FARAH AIDA BINTI MOHAMAD JAMIL ANGKA GILIRAN : 2021192340049 NO.KAD PENGENALAN : 030208080108 KUMPULAN PISMP AMBILAN JUN 2022 NAMA KURSUS : PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN TAJUK TUGASAN : PENGHASILAN PRODUK NAMA PENSYARAH AKADEMIK : En. MOHD ZAKUAN BIN ABDULLAH TARIKH HANTAR : 15 MAC 2024 TARIKH MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH :


ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN ............................................................................................................... 4 2.0 ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN ........................................................................ 5 2.1 LISAN......................................................................................................................... 5 2.2 BERTULIS................................................................................................................... 8 2.3 PEMERHATIAN........................................................................................................... 8 3.0 REFLEKSI..................................................................................................................... 11 4.0 PENILAIAN PROFESIONAL PBD................................................................................... 9 5.0 RUJUKAN..................................................................................................................... 13


1.0 PENGENALAN Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif, sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran. Pentaksiran bilik darjah dirancang untuk memberikan maklum balas kepada guru tentang pencapaian pelajar, membantu mereka memahami keperluan pembelajaran pelajar, serta menyumbang kepada pemantauan dan peningkatan prestasi pelajar secara berterusan. Pentaksiran merupakan alat atau teknik untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan pembelejaran murid. Dengan kata lain pentaksiran ialah cara guru mentaksir pembelejaran murid. Scott (2020) menyatakan bahawa pentaksiran mendorong pembelajaran. Mazli Malik (2019) berpandangan bahawa, sebab atau faktor yang mendorong kepada pemansuhan penilaian seragam itu adalah bagi memebolehkan guru memberi tumpuan penuh kepada tugas mendidik, selain murid juga akan bebas daripada tekanan di awal usia persekolahan mereka. Sesungguhnya perubahan itu merupakan sesuatu yang amat penting dalam pendidikan memandangkan perubahan akan dilakukan berdasarkan keperluan semasa terutamanya untuk memenuhi keperluan ekonomi dan sosial (Fyllan 2019). Hasil tinjauan telah dilaksanakan di sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sentul 2, bagi menadapatkan kaedah pentaksiran dan jenis pentaksiran yang dilaksanakan oleh para guru di dalam PdP bagi menjawab persoalan yang sering timbul di dalam kalangan masyarakat yang kurang jelas dan kurang memahami cara dan kaedah yang dilakukan oleh guru. Secara khususnya, tinjauan yang dilakukan bagi menjawab persoalan, apakah kaedah PBD yang dilakukan oleh para guru terhadap murid-murid? dan apakah kesan pengaplikasian kaedah PBD yang digunakan oleh para guru terhadap murid-murid. Tinjauan ini sangat signifikan untuk dilaksanakan bagi memastikan dasar KPM dalam memansuhkan kaedah pengujian bagi murid-murid di sekolah rendah benar-benar mencapai objektif dan matlamatnya. Sehubungan dengan itu, tinjauan ini akan melihat dengan lebih mendalam terhadap pengaplikasian guru-guru dengan menggunakan kaedah PBD ini terhadap muridmurid .


2.0 ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN PBD merujuk kepada proses yang berterusan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap maklumat kurikulum yang dihasratkan. Kajian Siti Hayati Mohd Yussof dan Lee (2018) mendapati bahawa setiap guru memliki kaedah yang tersendiri untuk menganalisis muridnya. Sesetengah guru menganalisis murid melalui pemerhatian. Terdapat juga guru yang menganalisis murid sebelum atau sepanjang proses pembelajaran dan penagajaran. Proses merancang dan merangka melibatkan analisis sukatan kurikulum serta perbincangan berkaitan dengan pengajaran dan pentaksiran dalam kalangan guru. Tinjauan telah dilaksanakan di sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sentul 2, Kuala Lumpur. Soala selidik berkenaan penggunaan kaedah pentaksiran di dalam PdP telah diedarkan kepada 30 responden yang terdiri daripada SK Sentul 2.Hasil tinjauan menunjukkan bahawa guru-guru memastikan instrument yang digunakan mencukupi kerana instrument pentaksiran akan mengganggu proses pentaksiran. Guru-guru SK Sentul 2 juga telah membuat perancangan berdasarkan PPPM dan DSKP bagi memastikan PBD yang dijalanakan berjalan denagn lancar serta memberi kesan yang maksimum terhadap pembelajaran murid. Murid-murid juga telah ditaksir dengan menggunakan dua pendekatan iaitu formatif dan sumatif. Formatif ialah mentaksir perkembangan untuk pembelajaran iaitu berterusan dalam PdP, amnakala sumatif ialah untuk mentaksir perkembangan tentang pemebelajaran iaitu pada akhir sesuatu tempoh, tajuk atau bidang pembelajaran. Melalui pemerhatian yang telah dibuat ke atas guru-guru di SK Sentul 2 ini, didapati bahawa separuh daripada guru-guru di sekoalh ini membina instrumen pentaksiran sendiri kerana bagi mereka dengan pembinaan instrument sendiri guru dapat mengetahui tahap pencapaian dan tahap keberkesanan sesuatu masa PdP itu terhadap murid. Terdapat tiga kaedah yang diguanakan oleh guru di dalam proses PdP dalam menilai tahap penguasaan murid dalam sesuatu matapelajaran.


1.0 Carta pai bagi jenis pentaksiran yang digunakan oleh guru SK Sentul 2 JADUAL JENIS PENTAKSIRAN JENIS PENTAKSIRAN PERATUSAN (%) FORMATIF 16.7 SUMATIF 10.0 PENTAKSIRAN ALTERNATIF – RAKAN SEBAYA 1.0 PENTAKSIRAN ALTERNATIF PENILAIAN KENDIRI 3.3 PENTAKSIRAN ALTERNATIF PENTAKSIRAN BERKUMPULAN 13.3 PENTAKSIRAN ALTERNATIF PROJEK 5.7 PENTAKSIRAN ALTERNATIF TEMUBUAL 1.0 PENTAKSIRAN ALTERNATIF PEMBENTANGAN LISAN 6.7 PENTAKSIRAN ALTERNATIF PORTFOLIO 1.0 PENTAKSIRAN ALTERNATIF PEMERHATIAN 3.3 PENTAKSIRAN ALTERNATIF PENGHASILAN PRODUK 10.0 PENTAKSIRAN ALTERNATIF AMALI 4.7 PENTAKSIRAN ALTERNATIF BUKU SKRAP 6.7 PENTAKSIRAN ALTERNATIF TUGASAN BERTULIS 17.7


2.0 Carta pai kaedah pentaksiran yang digunakan oleh guru SK Sentul 2 2.1 KAEDAH LISAN Kaedah lisan adalah sesuatu yang diucapkan iaitu tidak ditulis, diberitahu dengan mulut, menyebut dengan mulut, menuturkan kelisanan hal yang berkaitan dengan lisan dan gagasa yang dipakai untuk membicarakan. Kaedah ini digunakan untuk mengesan secara sertamerta tentang penguasaan pengetahuan, kefahaman, konsep, Kemahiran, perlakuan amalan dan sikap seseorang murid itu. Berdasarkan jadual 2.0 menunjukkan kaedah pentaksiran lisan yang digunakan oleh guru SK Sentul 2 adalah sebanyak 20%, iaitu paling sedikit digunakan berbanding kaedah pentaksiran yang lain. Para responden menggunakan kaedah tersebut untuk memberi penilaian tahap penguasaan murid terhadap Kemahiran bahasa dan Kemahiran berinteraksi yang dipelajari oleh mereka secara lisan. Terdapat empat jenis pentaksiran secara digunakan oleh guru-guru dalam melakasanakan pentaksiran murid secara lisan etika proses pengajaran berlangsung. Hampir semua kaedah lisan yang digunakan oleh guru adalah guru matapelajaran bahasa Melayu dan Muzik. Antara jenis pentaksiran yang digunakan secara lisan adalah pentaksiran alternatif lisan, pentaksiran alternatif rakan sebaya, pentaksiran alternatif temubual dan pentaksiran alternatif kumpulan. Contoh aktiviti yang dilakukan adalah menjawab soalan secara berkumpulan, melaksanakan projek berkumpulan iaitu bagi subjek Sejarah dimana murid-murid diminta untuk berbincang secara berkumpulan untuk melakukan projek yang bertemakan ‘Perdana Menteri Malaysia’, aktiviti nyanyian bagi subjek muzik serta aktiviti menjawab kuiz spontan.


Selain itu, kaedah lisan juga telah dipraktikan oleh guru iaitu pelaksanaan PBD selepas PdP di mana guru mempraktikkan maklum balas secara lisan apabila murid-murid telah selesai melaksanakan sesi PdP. 2.2 KAEDAH BERTULIS Kaedah bertulis ini merupakan kaedah yang melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan daripada kerja bertulis para pelajar seperti lembaran kerja ujian bertulis, laporan projek, karangan, peta, adual atau carta. Setiap penilaian dan pentaksiran hendaklah dikendalikan oleh guru untuk menilai sendiri muridnya secara berterusan berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Kaedah bertulis ini juga telah menjadi pilihan bagi guru-guru SK Sentul 2 untuk dilaksanakan semasa proses PdP. Antara Kemahiran menulis yang boleh ditaksir adalah Kemahiran menulis dan kemahiran mengira. Selain itu, guru-guru ini menggunakan lembaran kerja bagi melaksanakan pentaksiran ini. Berdasarkan jadual 2.0 sebanyak 46,7% guru telah menggunakan kaedah ini iaitu penggunaan kaedah yang paling terbanyak berbanding kaedah lain. Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh guru bagi melaksanakan kaedah ini adalah aktiviti lembaran kerja, buku skrap iaitu bagi subjek Sains dimana guru meminta murid-murid untuk membuat buku skrap dan menjawab soalan yang diberi oleh guru di dalam buku skrap tersebut, aktiviti bertulis, aktiviti formatif dan sumatif. Sebagai rumusan, guru-guru di SK Sentuk 2 menggunakan pelbagai cara untuk melaksanakan pentaksiran secara bertulis dan menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran secara bertulis untuk murid-murid mereka. Antara yang dilakukan oleh guru-guru SK Sentul 2 ini ialah : 1. Guru-guru di SK Sentul 2 menggunakan pel agai Kemahiran menulis dalam melaksanakan pentaksiran secara bertulis 2. Guru menggnakan pelbagai kaedah pentaksiran secara bertulis bagi menguji Kemahiran menulis murid. 3. Kaedah pentaksiran secara bertulis menggunakan pelebagai kaedah menguji Kemahiran menulis. 4. Jenis pentaksiran berkumpulan seperti projek, pentaksiran kendiri dan lembaran kerja banyak digunakan di dalam kaedah bertulis ini bagi guru-guru SK Sentul 2. 2.3 KAEDAH PEMERHATIAN Pemerhatian bermaksud perihal memerhatikan dan mengamati sesuatu (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka 2012). Ia merupakan satu perkara yang lumrah dan sifat semula jadi kepada setiap manusia yang suka memerhat apa yang dilihat. Dalam konteks penilaian PBD


ini, para guru memerhatikan murid-murid sepanjang PdP berjalan bagi menetapkan pencapaian TP mereka. Terdapat pelabagai instrument yang digunakan oleh guru dengan mengunakan kaedah pemerhatian ini . Kaedah ini digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan seseorang murid itu dalam sesuatu proses pembelajaran. Contohnya, pembelajaran dilaksanakan oleh murid untuk menjalankans esuatu tugasan seperti projek. Daripada pemerhatian ini guru akan menilai dan melakukan tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti menjalankan aktiviti pemulihan atau pengukuhan. Dapatan daripada tinjaun dan temu bual bersama guru-guru SK Sentul 2 juga mendapati pentaksiran yang kerap juga digunakan oleh guru-guru adalah pentaksiran secara pemerhatian. Melalui temubual dan pemerhatian daripada cara guru-guru menggunakan kaedah ini didaati bahawa pentaksiran pemerhatian bukan sahaja untuk menilai penguasaan Kemahiran berbahasa, komunikasi, tingkah laku murid akan tetapi turut menilai sikap murid sepanjang proses PdP serta melihat penguasaan Kemahiran belajar murid. 3.0 PENILAIAN PROFESIONAL PBD Asas kepada pertimbangan profesional adalah memerlukan guru membuat keputusan berdasarkan analisis dan rumusan maklumat terhadap pembelajaran murid yang merangkumi pengetahuan, Kemahiran dan nilai secara beretika dan bertanggungjawab. Dalam konteks ini, guru memainkan peranan penting sebagai penilai yang professional dan bertanggunghawab. Guru perlu membpertimbangkan beberapa aspek penting dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah agar ia dapat mencapai objektifnya dengan berkesan. Menurut KPM (2016), PBD ini dapat membantu guru dalam lima aspek utama iaitu mengesan perkembangan murid secara menyeluruh, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran, mengetahui keberkesanan pengajaran, merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran serta mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta. Selain itu, keperluan utama kepada pertimbangan professional adalah menentukan tahap penguasaan (TP) berdasarkan Standard Prestasi bagi setiap kelompok Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Di dalam sesuatu sesi PdP itu anatara aspek-aspek yang ditaksir oleh para guru terhadap murid ialah seperti pengetahuan, Kemahiran berfikir, Kemahiran amali, Kemahiran kinestatik, lreativiti, Kesihatan dan kecergasan, amalan nilai murni, sikap, Kemahiran manipulative, Kemahiran bersosial dan laian-lain yang berkaitan (KPM,2019). Guru-guru akan menetapkan TP di setiap subjek yang diajar bergantung kepada tahap pencapaian murid. Melalui tinjauan yang dilakukan kepada guru-guru di SK Sentul 2 didapati bahawa sebahagian besar daripada kesemua guru berpegetahuan luas dalam mata pelajaran yang


diajar, bidang pedagogi dan pentaksiran serta telah didedahkan dengan meluas berkenaan PBD ini. Perkara ini dapat dibuktikan dengan penghasilan instrumen yang digunakan serta kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan di dalam PdP. Di samping itu,sebahagian guru-guru di SK Sentul 2 juga bertanggungjawab dalam melaksanakan pentaksiran dengan cekap,adil, telus, sistematik dan holistik tanpa melibatkan emosi. Hal ini boleh dikatakan demikian kerana dapat dilihat dan diperhatikan daripada sesi temuramah bersama guru-guru daripada pelbagai matapelajaran bagaimana mereka melaksanakan PBD serta bagaimana cara menetapkan TP bagi seseorang murid itu mengikut prestasi harian semasa sesi PdP. Melalui sesi temuramah bersama beberapa orang guru menyatakan bahawa ketidakadilan dalam penilaian murid merupakan satu kesan negatif yang terkesan dariapda pengaplikasian proses PBD. Apabila berlakunya ketidakadilan guru dalam menilai murid-murid maka laporan TP yang diperolehi murid adalah tidak tepat. Selain itu, guru yang berpengalaman menggunakan input professional yang diketahui dan pengalaman mengajar dalam interaksi bersama murid-murid.Menurut kajian Norshafinaz Abdul Sani dan Faridah Yunus (2018) membuktikan bahawa tiada perbezaan yang ketara wujud antara amalan pentaksiran pdp bagi guru novis dan pengalaman mengajar. Penyelidik merumus bahawa sekiranya guru sudah bertugas untuk tempoh yang Panjang, pengalaman guru akan memberi kesan yang ketara walaupun guru tidak memiliki kelayakan pendidikan yang tinggi. Namun menurut hasil kajian Ravikumar Varatharaj (2015) berpendapat bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar dan amalan pentaksiran guru. Guru Novis dan guru berpengalaman berupaya dan sudah bersiap sedia untuk menjalankan pentaksiran secara efektif. Oleh itu, tahap pendidikan guru novis akan memberi implikasi yang lebih kutang sama dengan guru yang berpengalaman. 3.0 Rajah tangkap layar daripada Moddul Pentaksiran Bilik Darjah Kementerian Pendidikan Malaysia.


Melalui ciri-ciri ini dapat disimpulkan bahawa guru-guru di SK Sentul 2 sebahagian besarnya mengamalkan ciri-ciri ini dalam melaksanakan PBD iaitu melalui temubual bersama gur-guru didapati bahawa mereka telah menetapkan objektif yang sepatitnya dicapai oleh murid-murid dalam sesi pembelajaran sebelum sesi pembelajaran berlansung. Hal ini diaktakan demikian kerana didapati guru-guru telah membuat rancangan pengajaran harian (RPH) yang lengkap dari segi hasrat kurikulum, tujuan pentaksiran dan pelbagai kaedah yang digunakan dalam sesi PdP berdasarkan standard prestasi bagi setiap kelom[ok SK dan SP berdasarkan DSKP. Selain itu, guru-guru SK Sentul 2 juga banyak memberi peluang dengan secara adil dan masa yang secukupnya kepada murid-murid untuk mempamerkan apa yang telah dipelajari melalui aktiviti soal jawab, projek, penghasilan produk dan aktiviti berkumpulan. Di samping itu, interaksi antara guru dan murid juga memainkan peranan yang penting, serta interaksi antara murid juga dimaksimumkan agar murid-murid lebih memahamo sesuatu pembelajaran itu. Contohnya murid-murid dan guru dapat berinteraksi melalui pentaksiran berkumpulan dan pentaksiran secara amali iaitu ketika berlansungnya matapelajaran pendidikan jasmani. 4.0 REFLEKSI Daripada tinjauan ini, didapati bahawa terdapat beberapa kelebihan daripada kaedah pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru SK Sentul 2, iaitu yang pertama guru-guru di SK Sentu sangat kreatif dalam membina bahan bantu mengajar, cara penyampaian pengajaran kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah ini mengutamakan pembelajaran berpusatkan murid iaitu dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat mewujudkan suasana yang kondusif serta guru sebagai pembimbing dan fasilitator. Selain itu, kelebihan yang dapat dilihat daripada tinjauan ini adalah guru-guru menggunakan instrumen penilaian yang sangat maksimum di dalam menilai murid-murid serta penggunaan kaedah yang berbeza bagi setiap kelas kerana di sekolah ini terdapat empat orang murid inklusif dimana guru perlu merancang kaedah pengajaran yang sesuai. Di samping itu, terdapat beberapa kekurangan daripada kaedah pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah ini iaitu guru-guru di seklah ini kurang dalam penggunaan teknologi iaitu IR4.0 dalam pembinaan bahan bantu mengajar, di sini dapat dikatakan bahawa dengan kurangnya penggunaan IR4.0 membuatkan sesetengah murid kurang berminat dalam mengikuti akitviti pembelajaran yang dilaksanakan. Kemudian, dalam subjek Bahasa Melayu, kurang penggunaan instrumen yang melibatkan kaedah lisan di mana guru di sekolah ini hanya mengutamakan kaedah bertulis


di dalam sesi pembelajaran Bahasa Melayu iaitu aktiviti menulis ayat, menulis karangan dan sebagainya. Terdapat beberapa cadangan penambahbaikkan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah kekurangan kepada kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru-guru SK Sentul 2 iaitu, guru-guru boleh menggunakan IR4.0 dalam aktiviti pengajaran mereka bagi menarik minat murid-murid dalam sesi pemebalajaran. Contohnya, penggunaan DELIMA iaitu buku teks digital, kuiz atas talian seperti ‘kahhot’’quizziz’ dan sebagainya. Seterusnya, guru-guru bagi subjek Bahasa Melayu perlu menambahbaik aktiviti dalam sesi pengajaran iaitu aktiviti yang melibatkan kaedah lisan kerana kaedah lisan sangat penting bagi murid- murid kerana di peringkat sekolah rendah inilah murid-murid akan mempelajari cara bertutur denagn betul, cara untuk berkomunikasi dengan pertuturan yang betul serta mempelajari cara deklemasi puisi dengan intonasi dan gaya penyamapaian dengan betul. 5.0 PENUTUP Hasil dapatan tinjauan menunjukkan bahawa terdapat tiga kaedah yang telah digunakan oleh guru-guru dalam mentaksir dan menilai murid-murid iaitu kaedah lisa, bertulis dan kaedah pemerhatian. Kesemua kaedah ini adalah selari denagn panduan pelaksanaan PBD yang telah dikeluarkan oleh KPM sekita tahun 2019. Dengan, pentaksiran murid-murid dengan menggunakan ketiga-tiga kaedah ini dapat memudahkan guru untuk menetukan TP muridmurid. Hal ini membuka ruang kepada para guru untuk bebas menggunakan kaedah pemerhatian, penulisan dan lisanbagi menila TP murid tanpa menggunakan sebarang rubrik pemarkahan yang standard.Selain itu, menurut Guskey (2015), tahap pelaksanaan PBD guru penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti. Memandangkan tahap pelaksanaan PBD guru memainkan peranan yang tidak dapat diketepikan dalam kalangan guru, maka tinjauan membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan PBD dan prestasi murid-murid di SK Sentul 2


RUJUKAN Arumugham, K. S. (2019). Pentaksiran Bilik Darjah dan Kemenjadian Murid: Pengukuran Tahap Perkembangan Pembelajaran Murid dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. SMK Tunku Seri Indera Putera, Malaysia. Boon.PY., L. L. (2017). Pentaksiran dalam Pendidikan. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Faezah Saliman, Z. M. (2023). Amalan Guru Bahasa Melayu di Sekolah Kurang Murid dalam Melaksanakan dan Melaporkan Pentaksiran Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 119-129. Fara Izzati Marnizam, S. R. (2021). Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Jurnal Pendidkan Sains dan Matematik Malaysia, 81-94. Kurikulum, B. P. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kementerian Pendidikan Malaysia. Kurikulum, B. P. (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (edisi ke-2). Kementerian Pendidikan Malaysia. Malaysia, K. P. (2018). Pentaksiran Bilik Darjah. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Roslan, M. M. (2019). Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Kesannya Kepada Murid Tahap Satu di Malaysia : Analisis Subjek Pendidikan Islam. Fakulti Pengajian Islam & Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Tan Jia Yuh, H. B. (2020). Pentaksiran Bilik Darjah dan Prestasi Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Hulu Langat, Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 70-90.


LAMPIRAN KAEDAH LISAN


KAEDAH BERTULIS


KAEDAH PEMERHATIAN


Click to View FlipBook Version