The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 695-9-farah, 2022-05-11 07:35:03

WAN NOR FARAH AIDA BINTI MOHAMAD JAMIL

PENGHASILAN PRODUK
BMMB1114

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 2)

PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

BMMB1114

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA PELAJAR : WAN NOR FARAH AIDA BINTI
ANGKA GILIRAN : MOHAMAD JAMIL
2021192310026

NO.KAD PENGENALAN : 030208080108

KUMPULAN PPISMP AMBILAN JUN 2021

NAMA KURSUS : PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI
TAJUK TUGASAN : DAN RUMI
PENGHASILAN PRODUK

NAMA PENSYARAH AKADEMIK : SUHASNI BIN DOLLAH

TARIKH HANTAR : 9 MEI 2022

TARIKH MAKLUM BALAS DARIPADA
PENSYARAH :

BIL. JENIS-JENIS TULISAN KHAT

1. KHAT NASAKH
2. KHAT THULUTH
3. KHAT RIQ’AH

1. KHAT NASAKH

Khat nasakh merupakan satu kaedah penulisan khat yang paling praktikal penggunaannya
berbanding khat-khat yang lain, kerana disamping mempunyai bentuk yang cantik, ia juga
senang ditulis dan mudah dibaca. Khat nasakh sangat sesuai digunakan untuk menulis teks
Al-Quran, buku, majalah, akhbar dan sebagainya yang sering dibaca oleh orang
awam.Dinamakan khat ini sebagai Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk
menaskhahkan atau membukukan al-Qur’an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak
dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke
hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi
tulisan utama al-Qur’an





2. KHAT THULUTH

Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3). Dinamakan Khat Thuluth adalah kerana
Huruf menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebar menyamai satu
pertiga (1/3) lebar mata pen. Ia juga dikenali sebagai Khat Arab disebabkan
peranannya sebagai sumber asasi pelbagai khat Arab yang lahir selepas Khat Kufi.
Khat ini dikenali sebagai Ummul Khutut (Ibu tulisan) dan jarang digunakan dalam
penyalinan al-Quran lengkap kerana mempunyai banyak kaedah, menentukan
ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf, agak rumit serta
memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Biasanya khat ini ditulis dengan
pena yang lebar matanya diantara 2 hingga 3 mm.



3. KHAT RIQ’AH
Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman
pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah). Tujuan utama mereka mencipta khat ini
ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan
kakitangan kerajaan. Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis.
Ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika
dibandingkan dengan khat Nasakh. Penggunaan khat Riq’ah dalam masyarakat kita lebih
tertumpu kepada tulisan dan nota sahaja, berbanding khat Nasakh yang begitu meluas
digunakan, khususnya dalam penerbitan buku, majalah dan akhbar. Justeru, beberapa
langkah telah diambil untuk menjadikan khat Riq’ah dipelajari oleh murid-murid di sekolah
dan dapat digunakan dalam urusan harian, seperti urusan surat-menyurat, urusan
perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar di dalam akhbar


Click to View FlipBook Version