The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by catherenbd, 2023-02-08 20:07:19

e-Buletin Karnival Bulan Patriotik

e-Buletin Karnival Bulan Patriotik

E-BULETIN SRI RAJANG Diterbitkan oleh Biro Teknologi, Maklumat dan Penerbitan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023 Keluaran Khas KARNIVAL BULAN PATRIOTIK IPG KAMPUS RAJANG 2022


Kata Pengantar Penyunting e-Buletin Keluaran Khas PPPB Biro Teknologi, Maklumat dan Penerbitan Catheren Beda anak Rimong Biro Teknologi, Maklumat dan Penerbitan Syufiqah binti Rashid Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana dapat diberi peluang untuk menyertai AJK Penerbitan e-Buletin Keluaran Khas Karnival Bulan Patriotik. Saya juga ingin mengucapakan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Bulan Patriotik pada tahun ini serta yang memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung. Semoga buletin keluaran khas ini dapat dijadikan kenag - kenangan buat semua. Biro Teknologi, Maklumat dan Penerbitan Sapphire Rachell Rinai Ryan Salam sejahtera dan Salam Rajang di hati! Assalamualaikum dan Salam Rajang di hati! Sekali lagi, saya ingin menyatakan perasaan syukur di atas peluang yang diberikan untuk saya mengambil bahagian dalam penerbitan e-Buletin Keluaran Khas Karnival Bulan Patriotik ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada Biro TMP dan semua pihak yang turut serta dalam memberi sumbangan serta kerjasama bagi menjayakan proses penerbitan e-Buletin Keluaran Khas pada kali ini. Pertama sekali, saya amat berbesar hati kerana telah diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada AJK penerbitan E-Buletin Keluaran Khas Karnival Bulan Patriotik ini. Saya melihat bahawa karnival ini telah dijayakan dengan begitu terancang dan teliti oleh setiap pihak yang terlibat. Semoga warga Rajang menggunakan peluang ini untuk mengimbas semula kenangan yang telah dilakar sepanjang KBP berlangsung. Salam sejahtera dan Salam Rajang di hati! e-Buletin Keluaran Khas (Karnival Bulan Patriotik)


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang telah menganjurkan Karnival Bulan Patriotik. Karnival Bulan Patriotik ini merupakan aktiviti melibatkan siswa pendidik yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Sains Sosial dan juga Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan saya amat bangga terhadap semua siswa pendidik Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang yang bersama-sama melibatkan diri dan menyertai dalam semua aktiviti tersebut. Karnival Bulan Patriotik dibuat dengan tujuan mengingati dan menghargai Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Kita sewajarnya bersyukur kerana kita berpeluang lagi untuk menikmati kebebasan, ketenteraman dan hidup secara harmoni. Bangun pagi dan dapat menghirup udara segar dengan damai adalah sesuatu yang perlu kita hargai. Sedar dan tak sedar Malaysia sudah mengharungi 65 tahun sebagai negara merdeka Sungguhpun begitu, berapa ramai di antara kita ataupun dalam kalangan rakyat Malaysia itu sendiri yang benar-benar faham dan menghayati maksud sebenar erti kemerdekaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil peluang menghayati makna sebenar kemerdekaan kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya sekadar retorik pengkisahan sejarah semata-mata. Sebagai siswa pendidik, penglibatan anda semua dalam semua aktiviti yang dirancang, bukan sekadar untuk memenuhi pengisian aktiviti tetapi juga pada masa yang menyemarakkan semangat patriotik dikalangan kita semua. Marilah sama-sama kita berganding bahu menyemarakkan ikatan perpaduan sesama kita. Kita merdeka daripada penjajah, kita juga hendaklah merdeka daripada perkara yang sia-sia. Hanya melalui semangat perpaduan dan kekitaan yang unggul, saya percaya sukar untuk anasir luar yang cuba merosakkan serta meretakkan keharmonian yang selama ini dinikmati oleh penduduk di negara kita. Salam Merdeka. Banggalah dengan tanah airmu. Jadilah generasi penerus bangsa yang punya rasa cinta tanah air. Jadikan Malaysia sebuah negara yang maju, makmur dan adil. Jadikan siswa pendidik Rajang yang bersama pada pagi ini sebagai model rakyat Malaysia yang bersatu padu, harmoni dan sewajarnya dicontohi oleh masyarakat sekitar khususnya. Sekian. Terima kasih. YBrs. Encik Salahuddin bin Mohamed Nor Timbalan Pengarah, IPG Kampus Rajang


Puan Alice Pu Ting Kosin Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Rajang Karnival Bulan Patriotik 2022 (KBP) anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan Jabatan Sains Sosial pada 16 Ogos hingga 16 September 2022 telah dilangsungkan dengan jayanya. Syabas dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya pelajar-pelajar yang telah mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dirancang. Tanpa penglibatan semua pelajar, aktiviti yang dirancang tidak akan dapat diadakan. Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga khususnya kepada Ahli Jawatankuasa Karnival Bulan Patriotik, yang semuanya daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2022/2023 kerana telah menjadi tunjang utama dalam setiap aktiviti. Saya tahu kerja keras dan komitmen semua biro amat tinggi sepanjang program berlangsung. Semoga pengalaman baik yang pahit mahupun manis, susah mahupun senang yang dilalui menjadi pembelajaran bermakna sebagai bekalan sebagai guru kelak. Tahniah dan penghargaan kepada Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan, JPP 2022/2023 atas inisiatif menerbitkan e-Buletin Khas untuk karnival ini. Sesungguhnya penghasilannya menuntut banyak usaha dan komitmen daripada setiap ahli biro. Justeru, saya mengharapkan semua pelajar dapat menghayati dan menghargai setiap momen yang diabadikan dalam e-Buletin Khas ini. Karnival Bulan Patriotik ini diadakan adalah untuk memperingati Hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 yang diraikan setiap tahun. Sebagai warga Malaysia generasi pasca merdeka dan Pembentukan Malaysia, kita tidak merasai perit getir yang telah dilalui oleh pejuang negara sehingga terbentuknya negara Malaysia yang kita cintai ini. Namun, kita bertangungjawab memikul amanah besar untuk mengekalkan kemerdekaan negara dan menjaga keharmonian serta kesejahteraan Keluarga Malaysia. Akhir sekali, semoga para siswa pendidik dapat memahami dan mendalami perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia, menghayati makna dan tema kemerdekaan, mengamalkan kehidupan bersatu padu, bertoleransi dan harmoni, menonjolkan serta menyubur bakat dalam aktiviti yang dianjurkan serta mengamalkan kehidupan yang muhibah dan sentiasa bekerjasama dalam penganjuran program Salam Keluarga Malaysia


Puan Alice Pu Ting Kosin Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Rajang “Freedom is never given, it is won.” (A. Philip Randolph) “Patriotism is not short, frenzied outbursts of emotion, but the tranquil and steady dedication of a lifetime.” (Adlai Stevenson) “Patriotisme consists not in waving the flag, but in striving that our country shall be righteous as well as strong.” (James Bryce) “Ask not what your country can do for you, but what you can do for your country.” (John F. Kennedy)


MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL BULAN PATRIOTIK TAHUN 2022


Pelancaran Karnival Bulan Patriotik Tahun 2022


Pelancaran Karnival Bulan Patriotik Tahun 2022


PERTANDINGAN E-POSTER BIRO PERHUBUNGAN DOMESTIK & ANTARABANGSA


Johan ADRIANA NOURDINI BINTI MAZUAN TEOH PISMP BMMB3 AMBILAN JUN 2020


Naib Johan NUR SYAHMIN BINTI SHAMSOL PPISMP BMMB2 AMBILAN JUN 2022


Tempat Ketiga ALVINIE TREASSI ANDRY PISMP BMMB2 AMBILAN JUN 2020


Pemenang Saguhati SARAH BINTI ASMIN RYAN RAYNER GABRIELA GUMBA


Pemenang Saguhati PUTRI NUR ALEXSHA NUR NABILA SYAHIRAH


GALERI PENGISAHAN KENEGARAAN BIRO KEROHANIAN MORAL & DISIPLIN


Johan PISMP BMMB2 AMBILAN JUN 2021


Naib Johan PPISMP BMMB1 AMBILAN JUN 2022


Tempat Ketiga PISMP BMMB1 AMBILAN JUN 2021


Pemenang Saguhati PISMP BMMB1 2020 PPISMP BMMB2 2022 PISMP BIBB 2021 PISMP BMMB2 2020


KaryaPeserta PISMP BMMB3 2020 PISMP TSLB1 2020 PISMP TSLB2 2020 PISMP BIBB2 2020 PISMP BIBB1 2020


PERTANDINGAN FOTOGRAFI KLIK MALAYSIA BIRO KEBUDAYAAN & KESENIAN


Johan PISMP BIBB2 AMBILAN JUN 2020 1. Mike Kennelly Anak Sudin 2. Learry Anak Liap 3. Evelyn Utih Anak Esbey 4. Patrick Walter Anak Kallung 5. Valentine Tulang Anak Mering 6. Jinah Anak Rangkom


Naib Johan PISMP BMMB1 AMBILAN JUN 2021 1. Angellyna Jawai Anak Anthony Balai @Albert Balai 2. Ezil Sheril Bua’ Michael 3. Ambrose Igu Anak Lambat 4. Marylyn Ann Antony 5. Faizlina binti Abd.Rahman 6. Natallie Livan Joseph 7. Intan Alyanni binti Mohamad Zainal Abidin


Tempat Ketiga PISMP BMMB1 AMBILAN JUN 2020 1.Mohamad Shah Chin bin Mohd Andy Chin 2. Ku Nor Wahida binti Ku Abdul Rahman 3. Cheryl Saban Danur 4. Christer Ervina Teo 5. Nornazirah binti Jamlee


MASKOT CITRA MALAYSIA BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL


KaryaPeserta CITRA MALAYSIA PAHLAWAN MERDEKA BUNGA RAYA SAPPFIRE RANGGI MAT LEKIR


KaryaPeserta 5 KELOPAK MURNI MERAK RIMBA WAU KITA BONDA MARAYA DAUNTLESS KENYALANG ONRHUARA


KUIZ KENEGARAAN BIRO KEDIAMAN


VLOG KEMERDEKAAN BIRO AKADEMIK


Johan PISMP BMMB1 AMBILAN JUN 2022


Naib Johan PISMP BMMB3 AMBILAN JUN 2020


Tempat Ketiga PISMP BMMB1 AMBILAN JUN 2021


Pemenang Saguhati PISMP BMMB2 2021 PISMP BMMB3 2020


SKETSA MUZIKAL KELUARGA MALAYSIA BIRO HAL EHWAL WANITA


Johan 1. Mohammad Khairil Harisin Bin Ahmad 2. Natheneil Mattius Daling Anak Jantan 3. Nur Nazriel Bin Hamdan 4. Mohd Afiq Farhan Bin Mohd Dolhan 5. Robbie Fardean Anak Johnny 6. Mohamad Asyraf Fikri Bin Azman 7. Muhammad Fais Ismail 8. Ryan Rayner Anak Goumen 9. Patricia Sebi Anak Petrus 10. Sonia Evelyne Anak Bujang PISMP BMMB2 AMBILAN JUN 2022


Naib Johan 1. Stanley Dustern 2. Nur Azyra Binti Mohd Azhar 3. Nuha Fatihah Binti Bohari 4. Nur Najihah Binti Ahmad Zaidi 5. Nur Insyirah Hanani Binti Zakaria 6. Syarifah Nur Maisatah Binti Wan Razali 7. Nur Farihah Binti Alimat 8. Netalia Anak Philip 9. Patrick Carlos Anak Matu 10. Stephanie Lung Anak Pendafta Ukap PISMP BMMB2 AMBILAN JUN 2021


Tempat Ketiga 1. Vellyriana Dinda Anak Nelty 2. Nuraslinda Binti Amdin 3. Aini Nazirah Binti Abd Malkk 4. Clement Ho Liang Peng 5. Adriana Nourdini Binti Mazuan Teoh 6. Azzarul Asyraf Bin Norhalim 7. Teng Li Mei 8. Muhammad Danish Bin Bad Hamid 9. Mary Sariena Binti Mulana 10. Syariffah Nur Syazwaniey Binti Syarif Harlizan PISMP BMMB3 AMBILAN JUN 2020


JUALAN RASA MALAYSIA BIRO KEUSAHAWANAN


SUKAN WARGA RAJANG (SUWARA) BIRO SUKAN DAN REKREASI


MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL BULAN PATRIOTIK TAHUN 2022


Untuk menyaksikan video Selayang Pandang Karnival Bulan Patriotik 2022 IPGK Rajang yang telah disediakan oleh Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan, sila imbas kod QR di atas. Semoga pengalaman yang diperoleh sepanjang karnival ini berlangsung dapat memberi manfaat dan tersemat dalam ingatan warga IPGK Rajang. Terima kasih.


Biro Teknologi, Maklumat dan Penerbitan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023 Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Rajang JPP IPG Kampus Rajang @jppipgkr.official JPP IPGKR Official Kumpulan Editor: Catheren Beda anak Rimong Syufiqah binti Rashid Sapphire Rachell Rinai Ryan


Click to View FlipBook Version