The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masjidalwathoni, 2021-03-05 03:23:33

flip mesy 27112020

flip mesy 27112020

MINIT MESYUARAT KALI KE TIGA AJK MASJID AL WATHONI BUKIT PEGOH /BUKIT LARANG

Tarikh : 28 NOVEMBER 2020
Hari : SABTU
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Dewan Solat Masjid Al-Wathoni

Agenda

 Perutusan Pengerusi
 Pengesahan minit mesyuarat
 Perkara – perkara berbangkit
 Laporan Biro
 Hal-hal lain.

Kehadiran : Naib Pengerusi
Setiausaha
1. Ismail Bin Dollah Penolong Setiausaha
2. Mohd Hamidi Bin Zakariah Bendahari
3. Sohaimi Bin Mohd Imam 1
4. Abdul Rashid Bin Dimin
5. Nur Muhdiyoto Bin Mohd Rumi AJK
6. Mohd Yusoff Bin Abbas AJK
7. Muhammad Subari Bin Suboh AJK
8. Hj Mohd Noor Bin Siden AJK
9. Zamani Bin Md Isa AJK
10. Amir Bin Ibrahim AJK
11. Rosli Mahmood AJK
12. Mohd Anwar Bin Samsudin AJK
13. Mohd Khairul Bin Aziz AJK
14. Mohd Shahhair Bin Abd Hamid NOJA
15. Juhan Bin Abdul Rahman
1
Internal

TIDAK HADIR

1. DS Roslan Ibrahim Pengerusi
2. Mohd Fairos Bin Jaafar AJK
3.Mohd Radzuan Alias AJK
4. Roslan B. Mohamd Ali AJK
5. Ahmad Fuad Sahar AJK
6. Abdul Rashid Bin Mohideen Ab Kathir AJK
7. Idris Bin Md Top AJK
8. Ahmad Kamalarafin bin Hj Hashim AJK
9. Nazarudin Bin Abdul Rahim BILAL

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 En Ismail naib pengerusi mengetuai mesyuarat kali ini dan memberitahu Pengerusi tidak dapat hadir

kerana urusan keluarga

1.2 . Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli jawatankuasa di mesyuarat kali ini

2.PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat telah disahkan oleh Amir Bin Ibrahim dan sokong oleh Mohd Anwar Bin Samsudin.

3.PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Hj Mohd Noor membangkitkan tentang perkara 4.4 iaitu mengena status fix deposit di Bank Islam
dan Bendahari memberitahu akan mencairkan dalam masa terdekat.

4. LAPORAN KEWANGAN
4.1 Pembentangan penyata kewangan oleh bendahari bagi bulan Oktober 2020. (rujuk lampiran penyata
kewangan)

4.2 Bendahari mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang membantu
dalam urusan kewangan terutama untuk sama-sama mengira duit di hari Jumaat dan mengira
bulanan untuk tabung masjid.

4.3 Beliau membentangkan penyata kewangan dengan lebih jelas mengenai setiap perbelanjaan untuk
pengetahuan semua ahli jawatankuasa

Internal 2

5. LAPORAN BIRO

5.1 Laporan Biro Komuniti
5.1.1 Encik Zamani memberitahu bahawa Biro Komuniti telah mendapatkan jumlah penerima
bantuan iaitu 27 peserta
Makluman
5.1.2 Ziarah kasih dibuat setiap 2 minggu bantuan diberi berbentuk wang dan barangan keperluan
Makluman
5.1.3 Beliau mencadangkan membuat gotong royong bagi membersihkan tanah wakaf masjid
Al Wathoni dan bercadang mendapatkan sumbangan dari Yang Berhormat.(YB)

Tindakan :Setiausaha

5.2 Laporan Biro Imarah
5.2.1 Ustaz Noor memberitahu program-program kuliah yang telah dijalankan di masjid Al Wathoni
Makluman

5.3 Laporan Biro Prasarana

5.3.1 En Mohd Noor memohon plan asal bangunan masjid bagi memudahkan untuk rujukan kerja-
kerja ubahsuai dan baik pulih
Tindakan : Setiausaha

5.4 Biro Kecerian,Kebersihan & Keselamatan
5.4.1 Membentangkan kertas kerja bagi pemasangan kabinet,pemadam api,papan penyata ,papan doa
dan penyelenggaraan tiang bendera.Semua ahli jawatankuasa bersetuju dengan perbentangan
itu.
Makluman

6. HAL-HAL LAIN
6.1 En.Yusop mencadangkan kepada penyumbang tabung masjid untuk bayaran bil air dan elektrik.
Tindakan : Bendahari
6.2 Hj Mohd Noor mencadangkan pengurangan perbelanjaan di bahagian kuliah dan bil utiliti dan

mencadangkan membuat kempen jimat eletrik .Beliau mencadangkan agar membuat membuat graf bagi
membuat analisi dimana lebih dan kurang perbelanjaan.

Tindakan: Bendahari

Internal 3

7. UCAPAN PENANGGUHAN DAN DOA SELAMAT
7.1 Naib Pengerusi menangguhkan mesyuarat kerana untuk solat jenazah di masjid.
7.2 Bacaan doa oleh Ustaz Noor. Mesyuarat ditangguhkan

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

………………………………………………
(MOHD HAMIDI BIN ZAKARIAH)
Setiausaha Masjid Al-Wathoni

Internal 4


Click to View FlipBook Version