SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SIPUT
(MBA0028)
78100, LUBOK CHINA, MELAKA.
BUKU PERATURAN
SEKOLAH
Dipunyai oleh : ______________________________________________________
Kelas / Tahun :_______________________________________________________
2
ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka Surat
1
i FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1
2
ii PENGENALAN PERATURAN SEKOLAH 2
3
1 JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN 4
2 HARI PERHIMPUNAN 4
3 PAKAIAN SERAGAM 5
4 PAKAIAN LAIN/ KHAS 7
5 TATATERTIB MURID SEMASA BELAJAR 7
DAN REHAT 8
9
6 TATATERTIB MURID DI DALAM DAN 9
LUAR KELAS
9
7 KEGIATAN KOKURIKULUM
10
8 KESELAMATAN/ KECEMASAN 10
11
KEBAKARAN
11
9 KESELAMATAN JALAN RAYA
13
10 RAWATAN DAN CUTI SAKIT 16
16
11 KAWASAN LARANGAN 17
12 PERALATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN
13 PERATURAN AM
14 PELAWAT
15 PERINGATAN PENTING
16 SENARAI KESALAHAN SALAH LAKU
DAN TINDAKAN
17 TINDAKAN AJK DISIPLIN SEKOLAH
18 IKRAR MURID
19 PENGAKUAN IBU BAPA/ PENJAGA
20 LAGU SEKOLAH
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggingjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
mesyarakat dan Negara.
PENGENALAN PERATURAN SEKOLAH
1. Dasar Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang
intelek, emosi, jasmani, dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan
masyarakat Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan serta berakhlak
mulia. Berketerampilan serta bertanggungjawab.
2. Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut golongan remaja,
khususnya para pelajar perlu mendapat didikan dan bimbingan yang
sempurna bagi melahirkan pelajar yang berdisiplin tinggi dengan sahsiah
yang terpuji.
3. Undang- undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu
mewujudkan ketenteraman dan keselesaan pelajar serta kelicinan dan
keberkesanan dan keselesaan pelajar serta perjalanan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
4. Semasa belajar di sekolah ini, semua murid hendaklah mematuhi semua
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah yang selaras dengan
peraturan dan disiplin murid sekolah- sekolah rendah di Malaysia.
5. Semua murid hendaklah bekerjasama dengan Guru Besar, Penolong
Kanan, ibubapa atau penjaga serta guru- guru dan kakitangan sekolah
untuk menjaga nama baik sekolah serta meningkatkan disiplin diri.
6. Buku Peraturan Sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas
sebagai panduan dan makluman kepada murid- murid, ibubapa atau
penjaga, guru-guru serta kakitangan sekolah.
1
1. JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN
Tahap 1
Hari Mula PdP Akhir PdP
1.35 petang
Isnin 1.05 petang
12.05 tengahari
Selasa- Khamis 7.45 pagi
Jumaat
Tahap 2 Mula PdP Akhir PdP
Hari 7.45 pagi 2.05 petang
12.05 tengahari
Isnin- Khamis
Jumaat
Semua murid dikehendaki datang ke sekolah lebih awal 15 minit
sebelum waktu pembelajaran iaitu pada jam 7.30 pagi pada setiap
hari persekolahan.
2. * HARI PERHIMPUNAN
a) Pehimpunan sekolah diadakan pada setiap hari Isnin bermula pada
jam 7.45 hingga 8.15 pagi.
b) Semua murid hendaklah berada di tapak perhimpunan sebelum masa
yang ditetapkan. Sekiranya cuaca hujan atau ada sebab-sebab lain
pihak sekolah akan mengumumkan bahawa perhimpunan akan
diadakan di tempat lain atau dibatalkan pada hari itu.
c) Perbarisan hendaklah mengikut kelas masing-masing diketuai oleh
Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.
d) Semua Pengawas Sekolah hendaklah berdiri di belakang setiap
barisan mengikut arahan guru disiplin.
e) Semua Pengawas Sekolah hendaklah memakai pakaian seragam pengawas
yang lengkap, bersih dan kemas.
f) Pehimpunan akan dimulakan dengan lagu ‘Negaraku’, ‘Melaka Maju Jaya’,
Lagu Sekolah dan lagu ‘Melaka Maju Negeriku Sayang’, bacaan ikrar, ikrar
murid, laporan guru bertugas minggu lepas, ucapan guru bertugas
mingguan, aktiviti persembahan murid atau program sekolah dan
diakhiri dengan ucapan dari pihak pentadbir sekolah.
g) Semua murid dan guru hendaklah berdiri tegak semasa menyanyikan
lagu ‘Negaraku’, ‘Melaka Maju Jaya’, dan Lagu Sekolah.
h) Semua murid hendaklah berdiri di mana sahaja berada ketika lagu
‘Negaraku’, ‘Melaka Maju Jaya’, dan Lagu Sekolah dinyanyikan.
i) Semua murid mestilah senyap dan membuat catatan apabila guru-
guru memberi ucapan atau pengumuman.
Tertakluk kepada keperluan semasa sekolah
2
3. PAKAIAN SERAGAM
Setiap murid dikehendaki berpakaian kemas dengan pakaian seragam
sekolah yang lengkap seperti yang telah ditetapkan pada setiap masa
ketika berada di kawasan sekolah iaitu:-
Pakaian Murid Lelaki
a) Baju kemeja putih berlengan pendek, seluar panjang berwarna biru
tua. Berkasut dan bersarung kaki berwarna putih, memakai lencana
sekolah, tanda nama, bertali leher serta tali pinggang hitam/biru tua.
b) Murid lelaki dibenarkan memakai songkok (hitam/ biru tua sahaja).
c) Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian lapis dalam kecuali “singlet”
berwarna putih.
d) Murid lelaki tidak dibenarkan memakai seluar ketat, berkaki besar,
tali pinggang besar, rantai tangan dan rantai leher.
e) Warna baju, seluar dan kasut bagi Pengawas/Pustakawan mungkin
berbeza dengan murid biasa.
f) Ekor baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar.
Pakaian Murid Perempuan
a) Baju kurung putih berkain sarung biru tua, tudung berwarna putih,
berkasut dan bersarung kaki berwarna putih serta memakai lencana
sekolah dan tanda nama.
b) Pakaian/barang – barang seperti di bawah dilarang keras murid-
murid memakainya:
• Mini skirt
• Jeans
• Baju yang tidak berlengan
• Semua jenis kasut bertumit tinggi dan selipar
• Semua jenis barang kemas seperti rantai, gelang, cincin dan
subang.
• Pewarna kuku dan inai.
c) Warna baju, kain, tudung dan kasut bagi Pengawas/ Pustakawan
mungkin berbeza dengan murid biasa.
Perawakan
a) Rambut mestilah pendek paras tengkuk, tidak menutupi telinga atau
dahi serta bersikat dengan rapi.
b) Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih.
c) Wajah muka dan badan mestilah sentiasa ceria dan bersih selalu.
d) Gigi hendaklah sentiasa bersih.
e) Pemakaian barangan kemas atau solekan adalah dilarang.
3
4. PAKAIAN LAIN/ KHAS
a) Ketika menjalani kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan/ bersukan/
menjalankan aktiviti kokurikulum dan akitiviti luar bilik darjah, murid-
murid hendaklah memakai baju atau “T-shirt” yang telah ditetapkan oleh
sekolah, “Track suit”, berkasut dan bersarung kaki.
b) Murid-murid dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan mejolok
mata serta berwarna-warni.
5. TATATERTIB MURID SEMASA BELAJAR DAN REHAT
SEMASA BELAJAR
a) Semua murid mestilah senyap, berdisiplin dan bersedia untuk belajar
serta mewujudkan suasana pembelajaran yang tenang pada setiap
masa.
b) Murid-murid tidak dibenarkan keluar masuk kelas sama ada semasa
guru mengajar atau semasa ketiadaan guru.
c) Murid-murid dibenarkan keluar dengan memakai kad kebenaran
keluar hanya dengan kebenaran guru atau Ketua Kelas (jika tiada
guru).
d) Sepanjang masa belajar, murid-murid tidak dibenarkan keluar dari
kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran Guru Besar/ Penolong
Kanan/ Guru Bertugas/ Guru Kelas.
e) Ibubapa yang ingin membawa anak pulang atau ke klinik/ hospital
hendaklah memberitahu Guru Besar/ Penolong Kanan/ Guru Kelas
dan menandatangani buku “ Rekod Murid Pulang Awal” yang disediakan di
Pejabat Am.
f) Murid-murid yang tidak dapat hadir kerana sakit atau sebab-sebab
lain yang munasabah hendaklah memberi makluman kepada pihak
sekolah/ Guru Kelas dengan mendapatkan Surat Cuti Sakit dari
doktor atau surat dari ibubapa.
g) Murud-murid hendaklah menunjukkan sikap yang positif dalam
pembelajaran mereka.
h) Murid-murid yang berpindah ke bilik lain mestilah beratur dan
bergerak cepat dan berdisiplin.
i) Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam kelas
kecuali dengan pengawasan guru.
4
* WAKTU REHAT
a) Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu
rehat.
b) Semua murid hendaklah membeli makanan dan minuman dikantin
sekolah sahaja. Tidak dibenarkan langsung membeli makanan di luar
kawasan pada waktu rehat.
c) Murid-murid hendaklah beratur dengan senyap dan tidak berebut-
rebut semasa membeli makanan dan minuman di kantin sekolah.
d) Murid-murid mestilah duduk makan di meja kantin sahaja walaupun
membawa bekal makanan sendiri. Tidak digalakkan makan sambil
berdiri.
e) Murid-murid hendaklah meletakkan pinggan dan cawan ke dalam
bekas yang disediakan setelah selesai makan dan minum.
f) Semua murid hendaklah membuang sampah (pembungkus makanan
dan minuman ) ke dalam tong sampah.
g) Murid-murid dilarang menjalankan sebarang urusan perniagaan di
dalam kawasan sekolah.
h) Murid-murid mesti memastikan keselamatan diri sendiri dengan tidak
bermain-main di kawasan yang berbahaya.
Tertakluk kepada keperluan semasa sekolah
6. TATATERTIB MURID DI DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH
a) Murid-murid hendaklah sentiasa menghormati guru-guru dan semua
kakitangan sekolah dengan mengucapkan “Selamat Pagi/ Selamat
Tengah Hari/ Selamat Petang/ Salam Sejahtera atau
Assalammu’alaikum”, juga dengan sesama murid.
b) Murid-murid hendaklah berdiri dan memberi hormat kepada semua
guru yang keluar dan masuk ke kelas termasuklah sewaktu Guru
Besar, Penolong Kanan serta pelawat yang datang dan masuk ke
kelas.
c) Kebersihan serta ketenteraman kelas adalah tanggungjawab murid-
murid yang ada di dalam kelas itu dengan diawasi oleh Ketua Kelas,
Penolong Ketua Kelas dan Pengawas dengan bimbingan dan
pengawasan Guru Kelas.
d) Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bertanggunjawab atas segala
perkakas/perabot dan lain-lain peralatan yang ada di dalam kelas
masing-masing seperti papan tulis, almari, alat tulis, penyapu, tong
sampah, penyodok sampah, meja guru, kerusi guru, meja murid,
kerusi murid dan sebagainya.
5
e) Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan Pengawas
bertanggungjawab megingatkan guru jika terlewat masuk ke dalam
kelas.
f) Murid-murid dilarang keras melakukan perkara-perkara berikut:
•Menulis di papan tulis kecuali mendapat arahan guru.
•Menggunakan meja dan kerusi guru.
•Meninggalkan buku di atas meja selepas waktu belajar.
•Membuang kayu, batu atau benda-benda berbahaya lain ke dalam
kelas dan juga tandas.
•Membuang tuala wanita ke dalam lubang tandas. Tuala wanita
hendaklah dibungkus dengan kemas dan dibuang ke dalam tong
sampah.
•Membazir air di luar dan di dalam tandas.
•Berbuat bising, bermain, bergaduh dan berlari di dalam kelas.
•Membuang sampah merata-rata tempat. Sampah hendaklah
dibuang ke dalam tong sampah.
•Menconteng dan mengotorkan dinding sekolah, meja murid, papan
kenyataan, tandas sekolah dan seluruh bangunan sekolah serta
harta benda sekolah.
g) Murid-murid dilarang keras menconteng dan mengoyakkan buku teks
yang dipinjamkan kepada mereka. Jika hilang atau rosak hendaklah
diganti. Buku Teks hendaklah sentiasa dijaga kebersihan dan
keselamatannya dengan membalutnya dengan kemas.
h) Semasa menggunakan Makmal Sains, Makmal Komputer, Bilik
Agama, Pusat Sumber, dan lain-lain bilik khas , murid –murid
hendaklah berdisiplin dan sentiasa mematuhi peraturan yang
ditetapkan dalam bilik tersebut.
i) Kerja rumah atau kerja sekolah yang diarah oleh guru hendaklah
disiapkan di sekolah atau di rumah. Bantahan dan keingkaran
terhadap perkara ini adalah merugikan diri sendiri.
7. KEGIATAN KOKURIKULUM
a) Kegiatan Ko-Kurikulum adalah suatu aktiviti yang dijalankan di luar
daripada masa belajar. Murid- murid digalakkan melibatkan diri
sekurang-kurangnya satu dalam kegiatan kokurikulum berikut :
• Unit Beruniform
• Persatuan/Kelab Akademik
• Sukan dan Permainan 6
b) Murid-murid wajib hadir pada setiap perjumpaan kokurikulum pada
hari dan masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah termasuklah
mesyuarat dan latihan yang diadakan.
c) Murid-murid hendaklah berdisiplin dan memakai pakaian yang sesuai
mengikut kegiatan pada hari itu seperti yang telah di tetapkan oleh
pihak pengurusan ko-kurikulum.
d) Kehadiran murid dalam sesuatu kegiatan adalah menjadi salah satu
bukti kecergasan penglibatan mereka dalam aktiviti tersebut.
e) Penglibatan murid dalam sesuatu kegiatan kokurikulum akan dicatat
dan diberi markah.
f) Pihak sekolah akan sentiasa berusaha mengambil langkah
keselamatan demi mengelakkan berlakunya sebarang masalah
terhadap murid semasa mengikuti kegiatan kokurikulum. Jika berlaku
insiden yang tidak disengajakan ke atas murid maka pihak
ibubapa/penjaga tidak boleh mengambil tindakan ke atas pihak
sekolah tetapi seharusnya bekerjasama untuk mengatasinya.
8. KESELAMATAN/ KECEMASAN KEBAKARAN
a) Kecemasan adalah terkandung di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.8/1978. Membunyikan lonceng kebakaran bagi sesiapa sahaja
sama ada guru atau kakitangan bukan pengajar hendaklah tanpa
ragu-ragu membunyikan isyarat “ Fire Alarm” ( bunyi loceng bertalu-talu serta
panjang) setelah melihat tanda-tanda kebakaran.
b) Semua murid, guru dan kakitangan sekolah hendaklah berhenti dari
menjalankan PdP dan dikehendaki bergegas mengosongkan
bangunan dengan serta-merta.
• Apabila loceng isyarat dibunyikan, kakitangan sekolah dan
murid-murid hendaklah mengetahui tempat yang perlu dituju.
Rujuklah selalu pada Pelan Kecemasan Kebakaran yang
dipamer di papan kenyataan kelas dan papan kenyataan umum.
• Murid-murid daripada setiap kelas mestilah membuat satu
barisan kemudian meninggalkan kelas mengikut jalan yang
ditentukan.
7
• Murid-murid hendaklah bergegas keluar secara berdua-dua,
senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa memotong
barisan sehingga sampai ke tempat yang ditentukan.
• Ketua Kelas bertanggung jawab memastikan semua rakan
sekelasnya berada di tempat berkumpul dan melaporkan
kepada Guru Kelas jika terdapat salah seorang daripada
rakannya tiada dalam perhimpunan tersebut.
c) Setelah berkumpul, satu taklimat khas akan disampaikan oleh Guru
berkaitan dan Guru Besar mengenai keadaan itu.
d) Pasukan Bomba Sekolah akan memeriksa semua bilik dalam
bangunan sekolah. Jika terdapat murid yang terperangkap atau
tercedera, mereka akan membawanya ke tempat berkumpul. Mereka
ini juga hendaklah berusaha memadamkan api sehingga Pasukan
Bomba Kerajaan sampai.
9. KESELAMATAN JALAN RAYA
a) Semua murid mestilah mematuhi peraturan keselamatan jalan raya
dan menjaga keselamatan diri.
b) Murid-murid yang hendak melintas jalan raya hendaklah:
• Mencari tempat yang selamat untuk melintas.
• Tunggu dahulu di tepi jalan
• Pandang ke kanan jalan, ke kiri dan ke kanan semula dan apabila
tiada kenderaan melintaslah dengan pantas tetapi jangan berlari.
c) Murid-murid yang berjalan kaki hendaklah berjalan di sebelah kanan
jalan raya mnghadap kenderaan yang datang dari hadapan.
d) Murid-murid yang menggunakan basikal hendaklah menunggang
dalam ekoran atau barisan.
e) Murid-murid hendaklah beratur jika menaiki bas atau turun dari bas
sesudah berhenti.
f) Jika berlaku kemalangan/kecederaan dalam kawasan sekolah,
hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar/ Guru Penolong
Kanan/Guru Kelas/Guru Bertugas.
g) Semua kenderaan ibubapa/penjaga bas yang menghantar dan
mengambil murid-murid hendaklah berhenti menurunkan atau
menaikkan murid-murid di tempat yang selamat.
8
10. RAWATAN DAN CUTI SAKIT
a) Murid-murid hendaklah dibawa pulang ke rumah oleh ibu bapa atau
guru bertugas dan dihantar ke klinik/ hospital sekiranya memerlukan
rawatan.
b) Murid-murid yang hendak ke klinik/ hospital dengan ditemani olen ibu
bapa/ penjaga mestilah mendapat kebenaran Guru Besar atau Guru
Penolong Kanan dengan membawa bersama surat jaminan rawatan
dari sekolah untuk ke hospital.
c) Surat-surat cuti sakit mestilah dikemukakan sekiranya tidak hadir
persekolahan kerana sakit.
11. KAWASAN LARANGAN
a) Kawasan dan tempat-tempat berikut adalah menjadi kawasan
larangan kepada murid-murid, kecuali dengan kebenaran Guru
Besar atau guru yang bertanggungjawab atau mengikut jadual
waktu:
• Pejabat sekolah , bilik Guru Besar, Bilik Guru, Perpustakaan/
Pusat Sumber, Makmal Komputer, Surau, Bilik Sains, Bilik SPBT,
dan Tandas Guru.
• Tempat letak kereta/ motosikal guru-guru dan staf sekolah.
• Kawasan kantin pada masa PdP dijalankan.
• Kawasan luar pagar sekolah.
• Stor-stor kecuali dengan kebenaran.
• Rumah Guru dan kakitangan sekolah.
• Semua kawasan atau tempat yang ditanda sebagai “Kawasan
Larangan”.
12. PERALATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
a) Semua peralatan sekolah yang digunakan hendaklah dijaga dengan
baik.
b) Murid-murid tidak dibenarkan mengambil peralatan sukan sendiri
tanpa kebenaran atau diawasi oleh guru.
c) Alatan yang dipulangkan hendaklah disusun dengan teratur dan
kemas.
d) Setiap pengeluaran dan pengembalian peralatan sukan hendaklah
dicatat di Buku Rekod yang telah disediakan.
e) Murid-murid dilarang keras mencuri peralatan sukan dan pendidikan
jasmani.
9
13. PERATURAN AM
a) Murid-murid dilarang keras menghisap rokok dan menggunakan/
menyalahgunakan apa-apa jenis dadah. Tindakan tegas akan diambil
terhadap murid-murid yang didapati melakukannya.
b) Murid-murid dilarang keras bermain apa-apa sahaja bentuk judi di
dalam dan di luar sekolah.
c) Murid-murid dilarang keras meminum apa sahaja jenis minuman
keras yang memabukkan.
d) Murid-murid tidak dibenarkan membawa sebarang alat permainan
atau telefon bimbit ke sekolah kecuali mendapat kebenaran Guru
Besar.
e) Murid-murid dilarang bermain dengan alatan elektrik atau sebarang
peralatan yang boleh mengakibatkan kebakaran dan kemalangan.
f) Murid-murid adalah dilarang keras menconteng atau mengoyakkan
apa sahaja yang terdapat dipapan kenyataan kelas atau sekolah.
g) Semua murid hendaklah memberikan maklumat yang lengkap dan
tepat mengenai butir-butir diri dan ibubapa/penjaga kepada pihak
sekolah untuk tujuan kegunaan rasmi, perhubungan dan kebajikan.
h) Murid-murid hendaklah memaklumkan kepada guru kelas/pihak
sekolah sekiranya ada perubahan/pindaan maklumat pelajar.
i) Jika berlaku kecurian atau kerosakan harta benda sekolah hendaklah
dilaporkan kepada GuruBesar/Guru Penolong Kanan/Guru
Bertugas/Guru Kelas dengan segera.
14. PELAWAT
a) Ibubapa/ penjaga yang ingin berjumpa dengan murid semasa sesi
persekolahan hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar/
Guru Penolong Kanan.
b) Ibubapa/ penjaga tidak dibenarkan terus berjumpa dengan murid di
kelas masing-masing. Perjumpaan dan perbualan hendaklah
dilakukan di kawasan Pejabat Sekolah/ Pejabat Guru Besar atau Bilik
Guru sahaja.
c) Pelawat-pelawat/orang awam yang bukan dari kalangan ibubapa/
penjaga tidak dibenarkan sama sekali menemui murid –murid
sepanjang sesi pembelajaran berjalan kecuali mendapat kebenaran
daripada Guru Besar/Penolong Kanan.
10
15. PERINGATAN PENTING
a) Semua murid dikehendaki membaca, mengingati dan mematuhi
semua peraturan/undang-undang dalam Buku Peraturan ini.
b) Pihak sekolah/ AJK Disiplin sekolah tidak akan menerima alasan
murid-murid tidak mengetahui mana-mana peraturan/undang-
undang sekolah setelah Buku Peraturan ini dibuat dan dimiliki oleh
setiap murid.
c) Murid-murid yang melanggar mana-mana peraturan sekolah, serta
telah sabit kesalahan akan dikenakan tindakan/hukuman setimpal
mengikut :
• Jenis dan Kategori kesalahan
• Pelaku dan kekerapan melakukan kesalahan.
d) Murid-murid yang sengaja melanggar dan tidak mahu menyesuaikan
diri dengan peraturan sekolah ini boleh digantung atau dikeluarkan
dari sekolah ini.
e) Pihak sekolah dan AJK Disiplin Sekolah mengambil berat mengenai
sebarang kesalahan yang dilakukan oleh murid walaupun kecil,
kerana jika tidak dikawal boleh menimbulkan pelbagai masalah dan
kesulitan kepada rakan-rakan, guru-guru, pihak sekolah dan juga
ibubapa/ penjaga.
f) Peraturan-peraturan yang terkandung dalam Buku Peraturan ini
adalah tertakluk kepada perubahan atau pindaan yang dikeluarkan
oleh pihak Kementerian, Jabatan atau Pihak Sekolah dari semasa ke
semasa. Pihak sekolah/ AJK Disiplin Sekolah berhak dan boleh
meminda, menambah atau menghapuskan mana-mana bahagian
atau peraturan dalam Buku Peraturan ini jika difikirkan perlu.
16. SENARAI KESALAHAN SALAHLAKU DAN TINDAKAN
a) Kesalahan Berat
• Tingkahlaku Jenayah
i. Berjudi
ii. Mencuri
iii. Melawan atau mengancam, memukul atau mencederakan guru.
iv. Memukul atau mengancam/memukul/mencederakan Pengawas.
v. Membuli dan memeras ugut
vi. Menganggotai kumpulan haram atau kongsi gelap
vii. Mengedar dan menyalahgunakan dadah.
viii. Membawa senjata/benda tajam atau berbahaya
ix. Mencabul kehormatan
x. Mengancam/memukul atau mencederakan murid lain
11
xi. Menceroboh bilik khas atau Pejabat Guru Besar.
xii. Menunjuk perasaan atau berpekit.
xiii. Melibatkan diri dalam pertubuhan sulit dan haram.
• Tingkahlaku Lucah
i. Bercumbu-cumbuan
ii. Berkalwat
iii. Membawa bahan-bahan lucah
iv. Mengintai murid-murid perempuan
v. Menggunakan perkataan dan melakukan perbuatan lucah
vi. Melukis dan menulis kata-kata atau gambar-gambar lucah
• Tingkahlaku Biadab dan Kurang Sopan
i. Berkelakuan kasar terhadap guru, pengawas dan murid lain.
ii. Berbahasa kesat, mengherdik, mencaci, mengejek, mempersenda
dan menganiaya semua kakitangan sekolah, pengawas dan rakan
murid yang lain.
iii. Membawa, menyimpan, memberi, menerima atau menghisap
rokok serta alat menghisap rokok.
iv. Meminum arak
v. Mengganggu suasana pengajaran dan pembelajaran
vi. Tidak menghormati guru atau pengawas
vii. Tidak menghormati Lagu Kebangsaan dan Negeri.
• Tingkahlaku Musnah
i. Merosakkan harta benda sekolah
ii. Merosakkan harta benda Guru Besar, guru-guru dan kakitangan
sekolah
iii. Merosakkan harta benda murid lain
iv. Merosakkan harta benda kantin atau RMT sekolah
• Tingkahlaku Tidak Jujur atau Menipu
i. Menipu yang melibatkan wang
ii. Menipu yang melibatkan kepercayaan
iii. Mengambil tindakan tanpa melalui pentadbiran sekolah
iv. Mengulangi kesalahan yang sama melebihi dua kali atau setelah
nasihat dan amaran telah diberikan
12
b) Kesalahan Kecil atau Ringan
• Kekemasan Diri
i. Berambut panjang atau fesyen yang bertentangan dengan peraturan
sekolah
ii. Berkuku Panjang/ kotor
iii. Bertatu
iv. Memakai pakaian yang tidak sopan dan selain dari pakaian seragam
sekolah
v. Memakai barang perhiasan atau solekan yang dilarang
• Tingkahlaku Tidak Mementingkan Masa
i. Datang lewat ke sekolah
ii. Lewat ke perhimpunan
iii. Berkeliaran di kawasan sekolah semasa proses PdP
iv. Makan atau membeli makanan di kantin di luar waktu rehat
v. Tidak membuat kerja sekolah/ kerja rumah dan latihan yang diberikan
oleh guru
vi. Tidak menjalankan tugas membersihkan kelas sebelum waktu
pembelajaran bermula
vii. Tidak berada di dalam kelas atau bilik-bilik khas semasa pengajaran
dan pembelajaran sedang dilaksanakan.
• Ponteng
i. Ponteng sekolah
ii. Ponteng kokurikulum
iii. Ponteng ujian dan peperiksaan
• Membawa alat-alat permainan dan mainan ke sekolah tanpa
kebenaran guru.
17. TINDAKAN AJK DISIPLIN SEKOLAH
a) Kesalahan Berat
Bagi kesalahan berat yang dilakukan oleh murid setelah peringatan
diberikan, AJK Disiplin Peringkat sekolah boleh mengambil beberapa
tindakan ke atas murid termasuklah:
i. Setelah disiasat dan murid tersebut didapati bersalah maka pihak
sekolah akan memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan
Pelajaran Negeri , Daerah, Pihak Polis dan pihak-pihak lain yang
berkaitan untuk tindakan lanjut.
13
ii. Menggantung tanpa tarikh (untuk tujuan pembuangan) persekolahan
murid (jika diputuskan oleh AJK Disiplin Sekolah) dan menghantar
laporan bertulis kepada Jawatankuasa Disiplin Murid di peringkat
Jabatan Pelajaran Negeri.
iii. Mengenakan tindakan penggantungan (bertarikh) persekolahan
sehingga maksima dua minggu ibubapa/penjaga murid akan di
maklumkan dan dikehendaki melengkapkan surat perjanjian atau
menandatangani surat pengakuan mengenai kesalahan disiplin murid
yang terbabit.
iv. Hukuman rotan (maksimum 3 kali) oleh Guru Besar atau guru yang
diberi kuasa berbuat demikian yang merupakan amaran terakhir
kepada murid berkenaan. Ibu bapa/penjaga dan pelajar juga
dikehendaki melengkapkan surat perjanjian atau menandatangani
surat pengakuan.
v. Murid juga dibuang sekolah berdasarkan kesalahan yang dilakukan
setelah keputusan yang dibuat oleh Lembaga dimaklumkan kepada
Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan telah mendapat jawapan.
b) Kesalahan Ringan/Kecil
Bagi kesalahan ringan/ kecil (tidak diulang atau tidak melebihi dua kali)
yang dilakukan oleh murid, pihak AJK Disiplin Sekolah boleh
mengenakan beberapa tindakan ke atas murid termasuklah:
i. Memberi teguran dan nasihat kepada murid-murid yang terlibat .
ii. Memberi amaran peribadi (pertama, kedua, ketiga)
iii. Amaran keras di depan umum
iv. Memaklumkan dan meminta kerjasama daripada ibubapa/ penjaga
melalui surat-menyurat mengenai salahlaku murid dan amaran
pertama, kedua, ketiga atau terakhir.
v. Bayar ganti rugi
vi. Merampas barangan yang menyalahi peraturan sekolah.
Ibubapa/penjaga boleh menuntut barang-barang yang dirampas dari
pihak sekolah setelah memberi jaminan kesalahan tersebut tidak
akan berulang lagi.
c) Sebarang rayuan ke atas tindakan/ denda yang dikenakan hendaklah
dibuat melalui Guru Besar.
d) Kuasa pemutus dalam semua hal disiplin ialah Guru Besar.
e) Semua kesalahan yang dilakukan oleh murid akan direkodkan oleh guru
untuk tindaksusul.
f) AJK Disiplin Sekolah adalah menjadi badan pemerhati, penasihat,
memberi teguran dan amaran dalam perkara i,ii dan iii di atas. Tindakan
selanjutnya hendaklah dibawa kepada Guru Besar untuk diambil
14
tindakan. Dalam pada itu nasihat dan pendapat AJK Disiplin Sekolah
akan diambil kira.
g) Mereka juga diagihkan kuasa untuk mengambil tindakan yang wajar
sebagai langkah mencegah bagi mengatasi masalah kecil dan besar
serta memberi hukuman yang sesuai atas nasihat Guru Besar.
h) Guru-guru Kelas bertanggungjawab sepenuhnya mengajar, menasihat
dan mendidik murid-murid kelasnya untuk mematuhi semua peraturan di
sekolah ini. Mereka mesti menguatkuasakan peraturan-peraturan itu.
i) Guru-guru Kelas bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul
dalam kalangan murid-muridnya dan merujuk masalah serius kepada
AJK Disiplin dan Guru Besar.
15
18. IKRAR MURID
Bahawasanya kami, murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Siput
berikrar:
• akan menjaga nama baik sekolah ini,
• mematuhi peraturan- peraturan sekolah ini,
• dan sentiasa meningkatkan mutu pendidikan kami.
Maka, itulah ikrar kami dengan sesungguhnya.
Nama Murid :_________________________________
Kelas :_______________ ________
Tandatangan :_______________________
Tarikh :_______________________
19. PENGAKUAN IBU BAPA/ PENJAGA
Saya telah membaca dan memahami segala isi kandungan Buku
Peraturan Sekolah Kebangsaan Sungai Siput ini dan berjanji akan
bekerjasama memastikan pelaksanaannya berjaya demi kecemerlangan
anak-anak didik di sekolah ini.
In Shaa Allah, kejayaan pelaksanaan Peraturan Sekolah ini sudah
sewajarnya menghasilkan generasi insan yang kamil dan sentiasa
bertanggungjawab kepada kesucian agama Islam, ketinggian budaya
bangsa dan kesejahteraan Negara kita.
Tandatangan :____________________ Tarikh: __________
Nama Ibu/ Bapa/ penjaga :_____________________________
No. Kad Pengenalan :_____________________________
16
20. Lagu Sekolah
Berkobar semangat jiwa ragaku
Tekun, sabar tanpa jemu
Terus berusaha capai cita
Masa depan hidup bahagia.
Hormati guru sayang ibu bapa
Patuh ajaran agama
Saling membantu tiap masa
Teras prinsip hidup kita.
Sekolahku yang tercinta
SK Sungai Siput
Kami kan tetap berikrar
Unggul, maju, berwawasan
Ilmu puncak kejayaan.
Berbakti kepada ibu pertiwi
Namamu kan disanjungi
Maruah agama dan Negara
Teguh, tetap kami bela..
“Bersama Patuhi Peraturan Sekolah”
17