The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syafiq Nadzarul, 2023-03-14 11:33:37

English Panel Presentation

Everyone can speak English

Panitia Bahasa Inggeris Ketua Panitia Nurul Huda Bt Abdul Manap


PERANCANGAN STRATEGIK ORGANISASI BAHASA INGGERIS 2023 PANITIA BAHASA INGGERIS SK DARULAMAN 08000 TIKAM BATU KEDAH DARUL AMAN CARTA ORGANISASI PANITIA BAHASA INGGERIS 2023/2024 PENGERUSI : PN. HASLINA BINTI CHE HAT GURU BESAR SK DARULAMAN NAIB PENGERUSI : EN. NOR HASROL BIN AZIZAN PK PENTADBIRAN KETUA PANITIA : PN. NURUL HUDA BINTI ABD MANAP SETIAUSAHA : PN. SHEILA BINTI MOHD ARUDDIN ARUMUGAM AJK : PN. YUHANA BINTI YAHAYA : PN. FARAH DINA BINTI BAHARUDDIN : PN. SALRIDA BT JAMIN : EN. WAN MOHD RABANI BIN WAN SAZALI


Carta Organisasi


VISI : PANITIA BAHASA INGGERIS AKAN BERUSAHA MENJAYAKAN VISI SK DARULAMAN MISI : Panitia Bahasa Inggeris berusaha untuk meningkatkan penguasaan empat kemahiran asas Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid iaitu mendengar, menyebut, membaca dan menulis. meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris ke Band 4 dan 5. Menyediakan dan melengkapkan data TOV untuk matapelajaran Bahasa Inggeris mengikut keperluan dan kehendak semasa. Menyediakan murid-murid SK Darulaman untuk menyertai pertandingan ko-akademik Bahasa Inggeris Peringkat Daerah KMY. RASIONAL : Perancangan Strategik ini dibuat bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Bahasa Inggeris berada pada landasan yang sebenar iaitu membantu menjayakan visi SK Darulaman untuk menjadi antara sekolah cemerlang dalam Daerah KMY. MATLAMAT : Menjadikan pencapaian matapelajaran Bahasa Inggeris setanding dengan matapelajaran teras lain di sekolah. Menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek yang diminati dan dapat mempraktikkan kemahiran berbahasa Bahasa Inggeris dengan berkesan di dalam dan luar sekolah oleh murid-murid, guru-guru dan staf sekolah ini. Menyediakan murid-murid untuk berhadapan dengan cabaran menguasai ilmu pengetahuan dalam Bahasa Inggeris pada masa depan. OBJEKTIF : Memastikan aktiviti yang dirancang tidak bercanggah dengan dasar dan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina modal insan cemerlang. Memastikan penglibatan murid-murid secara menyeluruh dalam setiap aktiviti yang dirancang oleh panitia. Membantu meningkatkan pencapaian murid-murid di dalam setiap ujian Bahasa Inggeris yang dijalankan sama ada pada peringkat sekolah, daerah, Jabatan Pelajaran Negeri ataupun Kementerian Pelajaran Malaysia.


PROGRAM 1: Mesyuarat Jawatankuasa Panitia Bahasa Inggeris 2022/23 Objektif : 1.Memastikan semua guru panitia Bahasa Inggeris memainkan peranan dan menyumbang buah fikiran di dalam menjayakan semua aktiviti panitia. 2.Memastikan tiada guru panitia Bahasa Inggeris yang ketinggalan di dalam memperolehi maklumat semasa dan terkini tentang perkembangan matapelajaran Bahasa Inggeris. 3.Memastikan aktiviti yang dirancang dapat memberi manfaat kepada keseluruhan warga sekolah. Kumpulan Sasaran : 1.Semua guru matapelajaran Bahasa Inggeris di SK Darulaman 2.Pihak pentadbiran sekolah : Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Kurikulum. Aktiviti : Akan dijalankan tiga kali setahun iaitu pada bulan Mac , Jun dan Oktober. Membincangkan semua keperluan aktiviti panitia Bahasa Inggeris . Membuat peneguhan pdpc matapelajaran Bahasa Inggeris. PROGRAM 2 : TOV/ PBD /Analisis Post-Mortem Prestasi Objektif : Menyediakan data Headcount yang terkini untuk matapelajaran Bahasa Inggeris. Menyediakan analisis setiap peperiksaan untuk tindakan menambahbaikkan Kualiti dan kuantiti pencapaian ujian. Merancang tindakan susulan berdasarkan prestasi ujian semasa terutama di dalam memantapkan proses pdpc guru dan murid. Kumpulan Sasaran : 1.Semua murid SK Darulaman dari tahun 1 hingga 6. 2.Semua AJK panitia Bahasa Inggeris. Aktiviti : Membincangkan hasil analisis pentaksiran yang dijalankan. Membuat perubahan yang perlu mengikut data semasa pencapaian murid. Dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.


PROGRAM 3 : Pemantapan PdPc / PLC Objektif : Memastikan proses pdpc berjalan dengan lancar dan teratur. Memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran yang sepatutnya. Memastikan guru-guru dapat melaksanakan proses pdpc mengikut Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Kumpulan Sasaran : 1. Semua AJK Panitia Bahasa Inggeris Aktiviti : 1.Program pemantapan pdpc ini akan dijalankan sepanjang tahun berdasarkan Takwim Sekolah. 2.Mengadakan perbincangan dari masa ke semasa sekiranya perlu antara pihak pentadbir dan AJK Panitia / Pairing Monitoring . PROGRAM 4 : Bulan Bahasa Rasional : Masih ramai murid kurang berminat untuk mempelajari Bahasa Inggeris dan kurang yakin untuk memulakan perbualan dalam Bahasa Inggeris di dalam mahupun di luar bilik darjah. Matlamat : Untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua yang dapat digunakan dengan efektif di dalam dan luar bilik darjah. Di samping itu dapat membiasakan guru-guru dan murid-murid dengan persekitaran Bahasa Inggeris yang kondusif. Objektif : Memastikan di akhir program : 1. Minat penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan guru-guru dan murid-murid akan meningkat. 2. Tahap yakin diri ( self-esteem) guru-guru dan murid-murid SKDA meningkat. 3. Dapat menyumbang ke arah peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris. 4. Mengubah tanggapan bahawa Bahasa Inggeris susah dipelajari dan dipraktikkan dalam amalan seharian. Tema : LIVELY ENGLISH Tempoh pelaksanaan : Sepanjang bulan Mei 2023


Kumpulan Sasaran: Semua Warga SKDA Aktiviti : Mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pelancaran Bulan Bahasa Inggeris Spell it right ( Knowledge Discovery Magazine) Year 4-6 Read a paragraph a day ( Year 6) Colour it right ( Year 1 – 6) Nursery Rhymes Songs ( Year 1, 2, 3, 4) Word Maze Competition ( Guru dan Staff SKGC) Word Puzzle Contest ( Year 1 – 6) Story telling Competition ( Year 4,5 ,6) Public Speaking ( Open to teachers, pupils and staff) Assembly Presentation PROGRAM 9 : Intensive Reading Programme (Year 1, 2 & 3) Objektif : Menanam minat membaca buku-buku Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid Tahun 1, 2 dan 3. Menambah minat dan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid. Menjayakan Program NILAM dengan merekodkan bahan bacaan Bahasa Inggeris ke dalam buku Rekod Nilam. Kumpulan Sasaran : Semua murid Tahun 1, 2 dan 3 Aktiviti : Guru membawa bahan bacaan ke kelas. Murid membaca dalam masa senggang atau selepas menghabiskan kerja di dalam kelas. Guru melatih murid merekodkan bahan bacaan ke dalam buku Rekod Nilam. PROGRAM 10: Contemporary Literature ( Year 4, 5 & 6) Objektif : Menanam minat murid untuk terus membaca bahan Bahasa Inggeris. Menanam nilai murni melalui bahan yang dibaca.


Menambah ilmu pengetahuan murid tentang budaya hidup masyarakat luar yang berbeza dengan Malaysia. Kumpulan Sasaran : Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 Aktiviti : Guru menggunakan satu waktu pdp Bahasa Inggeris untuk pengajaran “ Contemporary Literature”. Murid-murid dilatih membaca dan memahami cerita. Ujian lisan dijalankan oleh guru bagi menguji pemahaman murid tentang cerita yang dibaca. * Aktiviti dijalankan sepanjang tahun 2023 PROGRAM 12: Write A Paragraph A Day Objektif : Membantu murid-murid menulis dengan baik karangan dalam Bahasa Inggeris. Melatih murid menggunakan tatabahasa Bahasa Inggeris dengan baik dan berkesan. Kumpulan Sasaran : Semua murid ; Tahun 2 hingga 6 Aktiviti : Murid akan diberikan sebuah petikan setiap hari. Murid akan dilatih membaca dan memahami petikan tersebut. Murid akan menyalin semula petikan tersebut. Bahan akan disediakan oleh guru matapelajaran masing-masing mengikut kreativiti guru dan Kesesuaian bahan untuk tahap murid-murid. Bagi setiap Tahap 1 dan 2 seorang murid akan dipilih setiap minggu bagi mengetuai Bacaan semasa perhimpunan pagi. ( Sweet Monday )


PROGRAM 14: Language Competition – / Online Objektif : Menambah minat dan penguasaan murid dan guru di dalam menggunakan Bahasa Inggeris. Mencari dan menyediakan wakil sekolah ke pertandingan peringkat Daerah dan Negeri. Menggalakkan murid menyertai aktiviti ko-akademik Bahasa Inggeris. Kumpulan Sasaran : Semua warga SK Darulaman Aktiviti : Mengadakan pertandingan pada peringkat kelas dan sekolah. Memilih pemenang untuk mewakili sekolah. Mengadakan latihan lebih awal kepada murid-murid yang terpilih. Menyertai Hari Bahasa Inggeris secara talian di peringkat Daerah. PROGRAM 15 – HIP ( Highly Immersive Programme ) Objektif : Melaksanakan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia pada peringkat sekolah. Menjalankan pelbagai aktiviti melalui aktiviti Panitia Bahasa Inggeris. Memastikan penglibatan semua murid dalam aktiviti HIP. Memberi peluang yang sama kepada setiap murid. Kumpulan Sasaran : Semua murid SKDA Aktiviti : Aktiviti untuk Program HIP akan dijalankan melalui Bulan Bahasa Panitia Bahasa Inggeris. Aktiviti akan dijalankan secara menyeluruh untuk memberi peluang sama- rata kepada semua murid SKDA. Aktiviti akan dijalankan sepanjang tahun.


SKDA E V E R Y O N E C A N S P E A K E N G L I S H


Click to View FlipBook Version