The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA: IRDINA SORFINA BINTI MOHD SABRI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IRDINA SORFINA BINTI MOHD SABRI IPG-Pelajar, 2024-03-11 11:22:01

CERPEN VANEESHA SI DISLEKSIA

NAMA: IRDINA SORFINA BINTI MOHD SABRI

VANEESHA CSI DISLEKSIA b br w q W ? BUKU CERITA KANAK-KANAK


WATAK EncikRanes h VANEESHA Aiman AikChong Nenek


i sebuah perkampungan, terdapat sebuah keluarga yang baharu berpindah. Vaneesha dan Encik Naresh berhijrah dari Bandaraya Malaya ke Kampung Sungai Lanjut. D Selepas kematian ibu Vaneesha, dia tinggal bersama neneknya di Kampung Sungai lanjut. Hal ini kerana, bapanya seorang yang sering sibuk dalam dunia pekerjaannya. Ayahnya meminta tolong neneknya untuk menjaga Vaneesha.


Disebabkan Encik Naresh dan Vaneesha sudah lama menetap di kawasan bandar. Mereka kurang akrab dengan jiran-jirannya. Membuat hal sendiri adalah pilihan mereka dek terbiasa dengan suasana kejiranan bandar. Tambahan pula, mereka sangat jarang pulang ke kampung halaman kerana kesibukan bapanya melainkan mempunyai asbab penting seperti kematian bapa Encik Naresh.


Walau bagaimanapun, Kewujudan Vaneesha sangat disukai oleh neneknya kerana boleh membuat rakan sembang dalam kehidupan harian dan tidak lagi berasa sunyi. Tetapi, Vaneesha lebih suka bersendiri dan melukis di dalam biliknya. Melukis adalah salah satu kepakaran dan hobi Vaneesha. Biliknya penuh dengan lukisan di setiap sudut. Neneknya tetap bangga kerana Vaneesha sangat komited dan mahir melukis. Bak kata pepatah “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. ”


Vaneesha mempunyai kisah silam tentang pengalaman persekolahan yang dialami di sekolah lama. Ini menyebabkan dia takut untuk masuk ke sekolah baharu. Di sekolah lama, dia sering dibuli dan dipandang rendah oleh orang sekelilingnya. Perkara seperti ini membuatkannya takut untuk mempunyai kawan dan keyakinannya untuk berkawan sangat rendah.


Pada hari pertama persekolahan Vaneesha di Sekolah baharu, dia masih takut untuk berkawan sehingga rakan sekelasnya menganggapnya seorang yang sombong. “BBB, cuba lukis muka Aik Chong. Kamu kan pandai melukis. ” Kata Aiman sambil menunjukkan jari telunjuknya pada Aik Chong. Aiman adalah seorang rakan kelasnya yang memberi gelaran “BBB” kepada Vaneesha. BBB bermaksud Budak Bandar Bisu


membersihkan Vaneesha juga sering diejek dan diketawakan oleh rakan kelasnya setiap kali dia disuruh membaca. Semua orang tahu bahawa dia lambat membaca. Walaupun guru sering memilihnya untuk membaca dihadapan kelas. Dia tetap tidak dapat membaca dengan lancar. Dia bukan seorang yang malas membaca, tetapi dia mengalami kesukaran membaca, mengenal pasti perbezaan huruf p dan b, ketinggalan perkataan pendek yang biasa, kesalahan ejaan semasa melakukan penulisan dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, dia juga lemah dalam kemahiran lisan menjadi lambat dan sukar menyebut perkataan. Kita mestilah ____ tempat tidur kita supaya sentiasa bersih dan selesa mengadakan


Disebabkan kesukarannya yang lambat dan sukar membaca. Dia berasa rendah diri dan tidak normal seperti rakan yang lain. Oleh sebab itu, dia semakin mengasingkan diri. Setiap kali guru bahasa mengajar, dia sering melukis. Dia tidak dapat fokus menyebabkan keputusan peperiksaannya juga tidak begitu cemerlang.


mengemas Faris dan abangnya berehat sambil minum segelas air setelah penat ___ halaman rumah Sehinggalah pada suatu hari, ketika waktu kelas cikgu Li Mei. Cikgu memanggil dan memberitahu bahawa beliau ingin berjumpa dengan Vaneesha selepas waktu kelas. Selepas itu, Vaneesha diberitahu bahawa dia perlu mengikuti kelas tambahan. Kelas tambahan itu dilakukan khas untuk membantu meningkatkan kemahiran membacanya. membersihkan


Kata adjektif Kelas tambahan yang diadakan dilaksanakan di rumah cikgu Li Mei. “Saya dapat kesan sesuatu perkara istimewa tentang awak lah Vaneesha. ” Kata cikgu kepadanya. “Istimewa tentang apa itu cikgu?” Tanya Vaneesha. Cikgu Li Mei tidak menjawab persoalan itu malah hanya membalas dengan senyuman.


Kata Nama Am Suatu hari, kelas tambahan khas dilaksanakan seperti biasa. “Kamu tahu tak apa itu disleksia?” Tanya Cikgu Li Mei sambil memandang ke arah Vaneesha. Disleksia itu ialah gangguan pembelajaran yang boleh memberi kesan terhadap keupayaan seseorang dalam membaca, mengeja, menulis dan bercakap. Cikgu rasa, kamu ada disleksia. Tapi tak pasti lagi. Cikgu memang dah berbincang dan beritahu pada ayah dan nenek kamu. Nanti kamu akan dapatkan rawatan susulan dengan doktor. Kamu jangan risau, doktor dan orang sekeliling kamu akan bantu sedaya upaya yang boleh. ” Kata guru bahasa itu.


Kata Nama Am Vaneesha ternganga, cuba menghadamkan tentang penyakit tersebut. ‘Aku sakit?’ Bisik Vaneesha. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan pembacaannya dahulu, kini lebih baik dan lebih lancar. Tetapi, dia masih perlukan banyak lagi latihan. Baginya kelas tambahan khas ini sangat membantu meningkatkan kemahirannya.


Sajak Cikgu ada buat sebuah sajak tentang disleksia. Kamu nak dengar? NAKK! “Haa, cikgu ada buat sebuah sajak tentang disleksia. Kamu nak dengar?” Kata cikgu. Vaneesha mengangguk tanda setuju. Gurunya pun mula bersyair:


AKU SEORANG DYSLEXIA Aku disleksia, Membaca bukan kepakaranku, Perkataan bukan mainanku, Tulisan bukan duniaku. Kadang, Dipandang serong tidak mahir membaca, Sukar menerima diri sendiri, Sukar berkomunikasi, Berada dalam dunia sendiri. Aku disleksia, Berjuang hari demi hari, Melangkah menghadapi cabaran, Cuba manusia biasa, Untuk meneruskan perjalanan sebuah kehidupan. AKU SEORANG DYSLEXIA Aku disleksia, Membaca bukan kepakaranku, Perkataan bukan mainanku, Tulisan bukan duniaku. Kadang, Dipandang serong tidak mahir membaca, Sukar menerima diri sendiri, Sukar berkomunikasi, Berada dalam dunia sendiri. Aku disleksia, Berjuang hari demi hari, Melangkah menghadapi cabaran, Cuba manusia biasa, Untuk meneruskan perjalanan sebuah kehidupan.


Sajak “Wah, hebatnya cikgu bersajak! Saya pun nak jadi macam cikgu, pandai bersajak. ” Kata Vaneesha. “Boleh, nanti esok kita belajar buat sajak dan cara mendeklamasikan sajak. ” Kata Mei Li. Vaneesha mengangguk tanda setuju. “Kamu dah siap?” Tanya Cikgu Mei Li. Vaneesha mengangguk. “Baiklah, disebabkan kamu dan siapkan kerja awal. Kamu boleh pulang awal harini. Hati-hati waktu berjalan pulang ya. ” Kata cikgu Li Mei. “Baik, terima kasih cikgu. ” Kata Vaneesha sambil salam tangan cikgu.


Selepas itu, dia segera keluar sambil melambai tangan pada gurunya. Tiba-tiba, dia merasakan sesuatu yang bergerak menuju kearahnya dari bahagian hadapan rumah. Dia memalingkan mukanya kearah tersebut. Terlihat sosokan yang dikenali, Aik Chong dan Aiman. Mereka sedang berbasikal menuju kearahnya. Tidak sempat dia menjerit, dia merasakan dirinya melayang dan terjatuh di satu tempat. Kemudian, dia tidak sedarkan diri.


“Bagaimana dengan anak saya doktor?” Kata seorang lelaki lingkungan 40-an. “Anak encik selamat, cumanya dia mengalami kecederaan pada bahagian buku lali yang agak serius. Jangan risau, Ia masih boleh dirawat. ” Jelas doktor. Encik Naresh terkejut mendengar berita tersebut. Cikgu Li Mei, Aiman dan Aik Chong juga termangu mendengarnya. Aiman dan Aik Chong sangat berasa serba salah pada Vaneesha kerana tidak sengaja melanggarnya menggunakan basikal. Disebabkan rumah cikgu perlu melalui kawasan berbukit, kemalangan seperti ini biasa berlaku tetapi tidaklah seteruk ini. Vaneesha memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk memulihkan semula kecederaan buku lali tersebut. Oleh itu, kerusi roda perlu digunakannya sepanjang waktu pemulihan. Bantuan untuk tolak Vaneesha ke sekolah pada setiap hari telah dibantu oleh Aik Chong dan Aiman.


Selepas beberapa bulan Aiman, Aik Chong dan Vaneesha pergi bersama-sama di mana sahaja. Mereka bertiga menjadi semakin rapat dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik. Walaupun mereka bertiga bukan kaum yang sama. Tetapi hubungan mereka sangat akrab kerana mereka juga adalah saudara mara. Selain itu, Aik Chong dan Aiman juga membantu Vaneesha dalam aktiviti pembelajaran supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran membaca, lisan dan bercakap Vaneesha. Walaupun pada mulanya Vaneesha tidak gemar dengan perangai Aiman dan Aik Chong yang sering mengejek dan mengacaunya, tetapi disebabkan tragedi kemalangan tersebut. Ia telah menyebabkan Vaneesha yang tidak yakin akan mempunyai rakan telah mempunyai keberanian dan wujudnya nilai persahabatan tidak kira kaum, bangsa dan agama.


“KAWAN SAMPAI BILA-BILA?” Tanya Aiman sambil memandang Aik Chong dan Vaneesha. “YA, KAWAN SAMPAI BILA-BILA!” Jerit mereka bertiga dalam keriangan.


TAMAT


SUMBER RUJUKAN Asep, S., & Indah, D. R. (2020). Metode Multisensori untuk Siswa Disleksia di Sekolah Dasar. Jurnal Basicedu, 5(1), 110-120. https://doi.org/10.31004/basicedu.v5i1.623 Dewan Bahasa dan Pustaka. (n.d.). Carian Umum. Carian Umum. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=perpaduan Disleksia - Portal MyHEALTH. (2024, February 22). Portal MyHEALTH. http://www.myhealth.gov.my/disleksia/ Pusat Jagaan Autisme CSEAT. (2022, April 21). APRIL, BULAN KESEDARAN AUTISME. Facebook. https://fb.watch/qKPzt3vVJ9/ Teknik Plot | PDF. (n.d.). Scribd. https://id.scribd.com/document/529922396/NOTA-TEKNIK-PLOT Wahid, P. R. A., & Bukhari, N. A. (2018). Gaya pembelajaran kanakkanak lembam dalam pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 16(2), 323-348.


Click to View FlipBook Version