The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DAYA TARIKAN PERLANCONGAN BERTARAF DUNIA-converted (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by safikinsawi18, 2022-01-11 20:04:31

KUALA LUMPUR "DAYA TARIKAN PERLANCONGAN BERTARAF DUNIA"

DAYA TARIKAN PERLANCONGAN BERTARAF DUNIA-converted (1)

5 TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR
BERITA SEGENAP DIMENSI
RUANGAN KREATIF

EDISI
JANUARI

2022

ISI KANDUNGAN

s

1.0 SIDANG EDITOR

2.0 TINTA EDITOR

3.0 ARTIKEL UTAMA

4.0 ARTIKEL
SAMPINGAN

5.0 RUANGAN
KREATIF

6.0 5 TEMPAT
MENARIK DI KL
7.0 RUANGAN IKLAN

SIDANG EDITOR

SAFIKIN BIN SAWI
KETUA EDITOR

CHOO PUI SHAN
PENULIS

LI CHAN
PENULIS

AIMAN SHAFIQ BIN
SAIDI

PENULIS

TINTA EDITOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera.

Pertama sekali, alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi
kerana dengan limpah dan izin kurnianya, e – majalah
edisi Januari 2022 telahpun dapat diterbitkan.

Sebagai ketua editor, saya mewakili para siding editor
ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang
dan kepercayaan yang telah diberikan kepada kami
dalam menerbitkan e- majalah ini.

Objektif e – majalah edisi kali adalah menghuraikan
mengenai pelbagai daya terikan di Malaysia semasa
era pandemic Covid -19 ini. Turut dikongsikan jyga
mengenai keunikan – keunikan yang terdapat di Kuala
Lumpur sebagai tempat perlancongan bertaraf dunia.

Akhir kata, diharapkan segala perkongsian dalam edisi
kali ini dapat memberi impak positif kepada pembaca.
Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk
itu datangnya daripada kami.

Sekian

“DAYA TARIKAN PERLANCONGAN BERTARAF DUNIA”

PENULIS: SAFIKIN BIN SAWI

Dikenali sebagai kota metropolitan, Kuala Lumpur turut
menawarkan pelbagai lokasi menarik selain kaya dengan
budaya makanan yang pelbagai serta menjadi ‘syurga’ buat
penggemar membeli-belah untuk diterokai. Lihat sahaja
pelbagai destinasi menarik yang tersergam indah seperti
Kampung Baru, Taman Tugu, Taman Tasik Titiwangsa, Menara
Kuala Lumpur, KL Bird Park, Pusat Sains Negara, Menara
Berkembar Petronas (KLCC) dan Petaling Street.

Namun, ibu negara Malaysia yang pernah sunyi dan sepi
seketika akibat pandemik COVID-19, kini bangkit semula
menerima kedatangan pelancong domestik selari dengan
saranan kerajaan yang menggalakkan percutian dalam
negara sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(PKPP) berkuat kuasa. Sehubungan itu, pelbagai inisiatif
dilakukan peserta industri pelancongan bagi merancakkan
kembali industri dengan menawarkan kombinasi pelbagai
makanan, budaya dan alam sekitar yang menarik. Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri ‘turun padang’
untuk berkolaborasi dengan pemain industri dalam
memperkenalkan pelbagai tawaran yang menarik khas buat
warga kota bagi merancakkan pasaran pelancongan
domestik.

Kuala Lumpur menduduki tempat ke-10 sebagai bandar raya
yang menerima jumlah kedatangan pelancong asing
tertinggi di dunia, menurut Laporan Top 100 City
Destinations Ranking 2017 Edisi terbitan Euromonitor
International.

Di bawah Pelan Induk Pelancongan Kuala Lumpur 2015-
2025, satu daripada langkah utama yang perlu
dilaksanakan ialah memasarkan Kuala Lumpur secara
terjurus serta menyediakan untuk pendukung industri
dan pelancong akses lebih baik kepada maklumat
tentang bandar raya ini. Kerajaan menjangkakan boleh
mencapai 15 juta ketibaan pelancong tahun ini, 10.1
juta daripadanya pelancong luar negara, 4.9 juta
pelancong tempatan.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjenamakan
dengan berkesan Kuala Lumpur sebagai destinasi dinamik
bagi pelancong, kerajaan telah menggunakan media
digital dan memanfatkan potensinya secara menyeluruh
seperti 'Hello KL' E-newsletter dan kempen #IAMKL.
Objektif utama #IAMKL ialah mendekati khalayak
antarabangsa secara cergas dan menghiburkan, sambil
meningkatkan kesedaran tentang keistimewaan bandar
raya ini dalam kalangan pengembara untuk menarik minat
mereka berkunjung ke sini.

BERITA SEGENAP DIMENSI PENULIS: CHOO PUI SHAN

SEJAK sektor pelancongan dibuka

setelah hampir dua tahun ia

ditutup akibat pandemik Covid-

19 ramai mengambil peluang

untuk bercuti bersama keluarga

dan rakan-rakan. Ini menjadikan

keadaan di beberapa destinasi

popular seperti Pulau Langkawi,

Pulau Pinang dan Melaka sesak

dengan pelancong kerana

masing-masing mengambil

peluang bercuti bersama

keluarga

Disebabkan itu pula ada antara kita yang
masih teragak-agak untuk pergi bercuti
kerana bimbangkan keselamatan
keluarga dan memilih untuk tunggu dan
lihat terlebih dahulu.

Tetapi itu sebenarnya bukanlah halangan
untuk bercuti. Sebenarnya kita tidak
perlu berjalan jauh untuk merehatkan
minda kerana di Kuala Lumpur sendiri
pun sesuai untuk merehatkan minda.

Lebih menarik, bagi pengunjung luar dari
Kuala Lumpur yang telah menerima
vaksin lengkap boleh mendapat pelbagai
manfaat penginapan dan tawaran
eksklusif di bawah kempen Vaxxed To Go
oleh Agoda.PENULIS: CHOO PUI

SHAN



5 TEMPAT MENARIK DI
KUALA LUMPUR

PENULIS: AIMAN SHAFIQ

1. Makteh ikan bakar

Bersebelahan dengan stesen LRT Dato Keramat adalah sebuah
gerai Melayu, Mat Teh Ikan Bakar yang merupakan gerai ikan
bakal yang terkenal di KL. Betapa menggodanya aroma ikan bakar
dari gerai ni membuatkan sesiapa sahaja terpanggil untuk
singgah. Ikan di sini disaluti dengan kunyit dan kemudiannya
dibalut dengan daun pisang sebelum dibakar. Daun pisang yang
digunakan menambahkan lagi keharuman ikan bakar yang
dihasilkan. Ikan bakar ini kemudiannya dihidangkan dengan sos
cili istimewa dan ulam-ulaman untuk dimakan dengan nasi yang
masih panas.

2. Restoran Sambal Hijau

Pernah mendapat liputan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan sehingga
diserbu lebih daripada 2000 orang setiap hari, Restoran Sambal Hijau
adalah destinasi menjamu selera yang mesti anda singgah sekiranya
ingin melihat pilihan masakan kampung Melayu dan Minang yang
banyaknya sehingga mencecah 80 jenis lauk-pauk, ulam-ulaman,
sayuran, kuih dan pencuci mulut setiap hari. Antara menu wajib cuba
sekiranya anda berpeluang untuk ke sini adalah gulai tanjung ikan
bakar, patin tempoyak, sup ekor dan sebagainya. Percayalah, masuk
sahaja ke dalam kedai ini, boleh kecur air liur tanpa anda sedar, aroma
masakannya cukup menggambarkan keenakan yang bakal menerjah
deria rasa.

3. The Khan Mongolian Restaurant Halal Buffet BBQ Steamboat

Makanlah sepuas hati di The Khan Mongolian Restaurant Halal Buffet BBQ Steamboat tanpa perlu
bersedih dengan wang yang perlu dibelanjakan. Bayaran yang dikenakan cukup murah iaitu
hanya RM45 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak (0.9 – 1.3 meter). Murah kan? Di sini
anda dapat merasai masakan Mongolia Muslim, steamboat dan bbq yang enak secara buffet.
Pelbagai jenis makanan laut segar, daging-daging, sayuran dan sup yang boleh dinikmati. Untuk
pencuci mulut pula terdapat ais krim dan juga buah-buahan.

4. Restoran Kaw’d (Kawd Ampang Waterfront)

Berkonsepkan retro dan hipster, Restoran Kaw’d (disebut
“caught”) yang terletak di Ampang Waterfront adalah
sebuah lokasi lepak yang cukup menarik untuk anda lawati
bersama rakan-rakan atau keluarga bagi menikmati antara
hidangan yang paling best pernah menyentuh lidah anda.
Menu yang dihidangkan di sini adalah terdiri daripada
beberapa buah konsep berbeza iaitu Coffee & Dessert,
Asian Fusion, BBQue, Local Fusion dan American Soul Food.
Harganya? Tidak membebankan poket. Sebab utama
kenapa anda kena cuba masakan di sini adalah kerana
hidangannya dihasilkan dengan menggunakan teknik “sous
vide” yang seringkali digunakan di restoran-restoran
mewah. Teknik masakan ini dikatakan dapat memberikan
hasil masakan yang tidak mungkin dapat dicapai dengan
teknik masakan yang biasa.

5. Halab KL

Halab KL adalah sebuah restoran
yang dinamakan sempena nama
lama sebuah bandar di Syria iaitu
Aleppo. Dengan nama yang diambil
dari negara timur tengah ini, sudah
semestinya ia menggambarkan jenis
hidangan yang diketengahkan iaitu
masakan tradisional Syria. Antara
hidangan yang ditawarkan adalah
seperti chicken maklouba, kibbeh
labanieh (meatball bersama stew
yogurt), muhammarah (kacang
walnut dan lada merah), freaka
lamb, shawarma dan banyak lagi.
Daripada pelbagai menu yang
ditawarkan, disarankan untuk anda
mencuba menu lamb cubenya yang
kaya dengan rasa sampai terpejam
mata enaknya.

Di samping semua hidangan ini, anda boleh melengkapkan lagi dengan menempah dessert seperti
marshmallow stick (marshmellow disaluti coklat), ais krim pelbagai rasa, halab special choc (ais krim
coklat berkon bersama krim dan buah) dan banyak lagi yang sangat instagrammable persembahan
hidangannya. Untuk minuman pula, bermacam jenis minuman menarik yang ditawarkan seperti jus kiwi,
caramel milkshake, banana milkshake dan lain-lain lagi.

RUANGAN IKLAN

PENULIS: AIMAN SHAFIQ


Click to View FlipBook Version