The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Pendidikan Islam SVM Sem 1 2020 - BPTV

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mkakvkk, 2021-11-08 00:48:08

MODUL SVM SEM 1 PEND ISLAM

Modul Pendidikan Islam SVM Sem 1 2020 - BPTV

AYAT TILAWAH
SURAH IBRAHIM AYAT 35 - 41

Membaca ayat 35-41 dari Surah Ibrahim dengan betul dan lancar.

٣٥ۡۡ‫َوإِذۡۡقَا َلۡ ِإب َٰ َر ِهي ُمۡ َر ِبۡۡٱجعَلۡۡ َٰ َه َذاۡٱل َبلَ َۡدۡ َءا ِم ٗناۡ َۡوٱجنُب ِنيۡ َو َب ِن َّيۡأَنۡنَّعبُ َدۡٱۡلَصنَا َم‬

Dan ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata, “Jadikanlah negeri Mekah ini negeri yang
aman dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala”.

ۡ‫ر‬ٞ ‫َر ِۡبۡ ِإنَّ ُه َّنۡأَضلَل َنۡ َك ِثي ٗراۡ ِم َنۡٱلنَّا ِ ۡسۡ َف َمنۡتَ ِبعَ ِنيۡفَإِنَّهُۡۥۡ ِم ِنيۡ َو َمنۡ َع َصانِيۡفَۡإِنَّ َكۡ َغفُو‬
٣٦ۡ‫م‬ٞ ‫َّر ِحي‬

Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat dalam kalangan umat manusia,
oleh itu sesiapa yang mengikutku maka ia adalah dari golonganku, dan siapa yang menderhaka
kepadaku, maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

ْۡ‫وا‬٣‫ُم‬٧‫ٱ َّلربَّنَاَّۡص َلَٰۡإِو ِنةَۡۡيفَۡٱۡأَجسعَ َكۡلنۡأَ ُفِۡت َدۡٗة ِمۡ ِمن َۡنۡذُٱ ِلرنَّيَّاتِ ِيۡسۡۡتَبِ َهواِو ٍد ۡيۡإَِغ َليي ِ ِرهمۡ ِۡذ َۡوٱيرۡ َُززقر ُهمعٍِۡۡم ِعَننَۡدٱلۡثَّبَ َيمتَِٰ َر َك ِۡۡتٱۡللَ ُمعَلَّ َحُه َّمر ِۡمۡيَۡشَر ُكبَّ َنُراوۡ ِل َيُن ِقۡي‬

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian zuriat keturunanku di
sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumah Mu yang
diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, supaya mereka mendirikan solat, oleh itu
jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik kepada mereka dan kurniakanlah rezeki
kepada mereka dari pelbagai jenis buah-buahan dan tanam-tanaman, semoga mereka
bersyukur.

ۡ‫َربَّ َناۡۡإِنَّ َكۡتَعلَ ُمۡ َماۡنُخ ِفيۡ َو َماۡنُع ِل ُُۗنۡ َو َماۡيَخفَ َٰىۡ َعلَىۡٱّ َّللِۡۡ ِمنۡ َشي ٖءۡ ِفيۡٱۡلَر ِ ۡضۡ َوََلۡ ِفي‬
٣٨ۡ‫ٱل َّس َما ِۡء‬

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa
yang kami zahirkan, dan tiada sesuatu pun di langit dan di bumi yang tersembunyi dari Allah
SWT.

٣٩ۡ‫ٱل َحم ُدۡۡ ِّ َّللِۡٱلَّ ِذيۡ َو َه َبۡ ِليۡ َع َلىۡٱل ِك َب ِۡرۡإِس َٰ َم ِعي َلۡ َو ِإس َٰ َح َۚ َقۡ ِإ َّنۡ َربِيۡ َل َس ِمي ُعۡٱل ُّد َعا ِۡء‬

Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua, Ismail dan
Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar doa permohonan.

٤٠ۡ‫َر ِبۡۡٱجعَلنِيۡ ُم ِقي َمۡٱل َّص َل َٰو ِۡةۡ َو ِمنۡذُ ِريَّتِ َۚيۡ َربَّنَاۡ َوتَقَبَّلۡ ُد َعا ِء‬

Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat
keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

٤١ۡۡ‫َربَّنَاۡٱغ ِفرۡۡ ِليۡ َو ِل َٰ َو ِل َد َّيۡ َو ِلل ُمؤ ِم ِني َنۡ َيو َمۡ َيقُو ُمۡٱل ِح َسا ُب‬

Wahai Tuan kami, berilah ampun bagi ku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang yang
beriman, pada masa berlakunya Hari Perhitungan kelak.

Aktiviti
Membaca ayat di atas dengan lancar dan bertajwid dengan bimbingan guru.

AYAT KEFAHAMAN
SURAH IBRAHIM AYAT 35 – 41

INTISARI AYAT 35-41 SURAH IBRAHIM

• Perbuatan menyembah berhala adalah perbuatan yang hina dan tercela
• Allah SWT adalah tuhan yang Maha Esa
• Allah SWT tidak mempunyai sekutu

KEPENTINGAN MEMELIHARA SOLAT

• Meninggikan darjat seseorang
• Memelihara manusia dari perkara buruk dan mungkar
• Mencegah dari melakukan dosa dan maksiat

KELEBIHAN MENGAMALKAN DAN PENGAJARAN AYAT 40 DAN 41 SURAH IBRAHIM

• Mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT
• Amalan berdoa melahirkan generasi yang hampir dengan Allah SWT
• Sentiasa dalam keredhaan ibu dan bapa

AYAT HAFAZAN
SURAH IBRAHIM AYAT 40 – 41

MENGHAFAZ AYAT 40-41 DARIPADA SURAH IBRAHIM DENGAN BETUL DAN
LANCAR

٤٠ۡ‫َر ِۡبۡٱجعَلنِيۡ ُم ِقي َمۡٱل َّصلَ َٰوةِۡۡ َو ِمنۡذُ ِريَّ ِت َۚيۡ َربَّ َناۡ َوتَقَبَّلۡ ُد َعا ِء‬

Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat
keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

٤١ۡ‫َربَّنَاۡٱغ ِف ۡرۡ ِليۡ َو ِل َٰ َو ِل َد َّيۡ َو ِلل ُمؤ ِم ِني َنۡ َيو َمۡيَقُو ُمۡۡٱل ِح َسا ُۡب‬

Wahai Tuhan kami, ampunkanlah daku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang mukmin
pada hari terjadinya hisab(hari kiamat).

HADIS PILIHAN

MEMBACA HADIS DAN TERJEMAHANNYA DENGAN BETUL.

ُ‫اٌَطقَلََحبَِظَْتِهّهلفته‬،‫أََبُواَهرُيهَْخُْجَوفُمَمٌلَعىلله‬،َ‫ََعققَِهْيْلن‬،ِ‫اَوتَََضرَِعفُجَلصَْتْيهٌلدِِهظل‬،‫لَفهلرُاقٌَل‬،‫ََوروبَِتَراِفهَََفُّجه‬،َ‫ُهاْم‬،ً‫ي‬،‫جأَأَكتَََرَمََسخِْباَعافَاَّعهللةٌَُفِعَعيبَُالََاَْيخِّهظلاَِدهُلَللِِّة‬:ْ‫لهإٌِلنَِمَّانذََش‬،‫ففِهََشََاقواَََاروّهلٌَِّلُجَلبس‬،‫لََِوْي‬،ُ‫يبٍنُلَعه‬،‫ِنَعِفىاَوُاِقدََََتَّهُلجاَلَلَُايِّه‬،‫َاْالَاملَُِإْنَّهُوهلََملِراِصَمُجُماٍََصلاتبُلهلْْن‬،‫ِِِدَُتلش‬،‫ااإِقلَلْْلاماََاَهمَرأَلتَةٌَسْعَِظارلََُذلّاَُِمسهُجو‬

Maksudnya:
Ada 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tidak ada naungan
kecuali naunganNya
1. Pemimpin yang adil
2. Pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah SWT
3. Seseorang yang hatinya selalu terikat dengan masjid
4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah SWT, berkumpul dan berpisah kerana Allah SWT
jua
5. Seorang lelkai yang diajak zina oleh wanita yang jaya dan cantic tetapi dia menolaknya sambal
berkata “Aku takut kepada Allah SWT”
6. Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikan perbuatannya sehinggakan tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya.
7. Orang yang berzikir kepada Allah SWT di kala seorang diri hingga mengalir air matanya kerana
menangis.

PENGAJARAN HADIS.

1. pemimpin yang adil

2. Pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah SWT.

3. Seseorang yang hatinya selalu terikat dengan masjid.

4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah SWT, berkumpul dan berpisah kerana Allah SWT
jua.

5. Seorang lelkai yang diajak zina oleh wanita yang jaya dan cantiK tetapi dia menolaknya sambal
berkata “Aku takut kepada Allah SWT”.

6. Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikan perbuatannya sehinggakan tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya.

7. Orang yang berzikir kepada Allah SWT di kala seorang diri hingga mengalir air matanya kerana
menangis.

AKIDAH

TUJUAN MANUSIA DIHIDUPKAN DI MUKA BUMI.

Allah SWT menjadikan manusia di muka bumi bertujuan:

• Menjadi khalifah di muka bumi
• Beribadah kepada Allah SWT
• Mengajak kepada kebaikan
• Mencegah kemungkaran

RUKUN ISLAM.

• Mengucap kalimah syahadah
• Menunaikan solat
• Menunaikan zakat
• Berpuasa di bulan ramadhan
• Menunaikan haji di Baitullah bagi yang berkemampuan

Kelima-lima perkara ini dinamakan sebagai Rukun Islam.

RUKUN IMAN.

• Beriman kepada Allah SWT
• Beriman kepada Malaikat

o Jibril, Mikail, Israfil, Izrail, Munkar, Nakir, Raqib, Atid, Malik, Ridwan
• Beriman kepada Kitab

o Zabur, Taurat, Injil, al-Quran dan suhuf-suhuf
• Beriman kepada Rasul

o Nama 25 Nabi – Adam, Idris, Nuh, Hud, Saleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishaq, Ya’qub,
Yusuf, Ayub, Syuaib, Musa, Harun, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’, Yunus
Zakaria, Yahya, Isa, Muhammad

• Beriman kepada Hari Kiamat
• Beriman kepada Qada’ dan Qadar

PENGERTIAN IMAN.
Iman bermaksud mengakui, mengiktiraf dan membenarkan sesutu tanpa mendustakan atau
menidakkanya. Iman dari segi istilah pula ialah membenarkan dengan hati, melafazkan dengan lidah
dan melakukan dengan anggota badan

KESEMPURNAAN IMAN MELALUI HATI, LISAN DAN PERBUATAN.

• Membenarkan dengan hati iaitu mengakui keesaan Allah SWT sebagai tuhan sekalian
makhluk

• Mengakui Allah SWT adalah pencita kepada sekelian alam

CIRI-CIRI MANUSIA YANG BERTAMBAH KEIMANANNYA:

• Mengenali dan mengetahui tentang keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW
• Sentiasa dalam keadaan melakukan ibadah sama ada yang wajib mahupun yang sunat

CARA-CARA MENCAPAI KEMANISAN IMAN.
• Sentiasa melaksanakan perintah Allah SWT.
• Sentiasa berhati-hati dalam percakapan yang dikeluarkan.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN DAN AKIBATNYA.
(a) Syirik - Kesan kepada perbuatan syirik antaranya:

• Batalnya iman seseorang
• Rosak akidah

(b) Kufur - Kesan kepada perbuatan kufur antaranya:
• Terkeluar dari agama Islam
• Tidak mendapat rahmat Allah SWT di dunia dan di akhirat.

(c) Riddah –Kesan riddah antaranya:
• Dijatuhkan hukuman bunuh.
• Hubungan suami isteri terpisah

(d) Khurafat –Kesan melakukan perbuatan khurafat antaranya:
• Menyebabkan syirik kepada Allah SWT
• Berlaku pembaziran dari segi masa, wang ringgit dan tenaga

(e) Sihir –Kesan seandainya seseorang manusia melakukan perbuatan sihir antaranya:
• Merosakkan akidah mereka yang melakukan sihir
• Menimbulkan fitnah dalam kalangan masyarakat

(f) Munafiq –kesan kepada perbuatan ini antaranya:
• Hilang rasa percaya dalam kalangan masyarakat
• Hubungan erat dalam msyarakat akan runtuh

IBADAH

TAKRIF HUKUM
• Wajib – Diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan. Balasan dosa diberikan sekiranya
tidak melakukannya
Contoh: solat fardhu, puasa di bulan Ramadhan dan menunaikan zakat
• Sunat – Diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan. Tiada balasan dosa sekiranya
ditinggalkan.
Contoh: solat sunat, puasa pada hari isnin dan khamis dan bersedekah.
• Haram – Balasan dosa diberikan andai melakukannya. Ganjaran pahala bagi sesiapa yang
meninggalkannya.
Contoh: berzina, minum arak dan berjudi.
• Makruh – Tiada balasan dosa andai melakukannya. Ganjaran pahala bagi sesiapa yang
meninggalkannya.
Contoh: makan daging kuda, kerap mandi semasa berpuasa dan berlebihan membasuh
anggota wudhuk
• Harus – Tiada balasan dosa atau pun ganjaran pahala bagi sesiapa yang melakukannya atau
meninggalkannya.
Contoh: makan, minum dan berehat.

TAHARAH
• Makna bersuci – bahasa – bersih dan suci, istilah – bersih dan suci dari sebarang najis.

• Pembahagian hadas – hadas kecil dan hadas besar

• Rukun wudhuk
-niat
-membasuh muka
-membasuh kedua belah tangan hingga siku
-meyapu kepala
-membasuh kedua belah kaki hingga buku lali
-tertib dan mengikut urutan

• Rukun Mandi Wajib
-niat
-meratakan air ke seluruh angota badan, kulit dan rambut.

SOLAT

Rukun solat
• Niat
• Berdiri bagi yang mampu
• Takbiratul Ihram
• Membaca surah al-Fatihah
• Ruku’ serta Toma’ninah
• I’tidal serta Toma’ninah
• Sujud serta Toma’ninah
• Duduk antara dua sujud serta Toma’ninah
• Duduk Tahiyat Akhir
• Membaca Tahiyat Akhir
• Selawat kepada Nabi Muhammad SAW
• Memberi salam yang pertama

• Tertib
Aktiviti – pelajar menghafal bacaan tahiyat akhir dan membaca di hadapan kelas.

Syarat sah solat
• Islam
• Baligh
• Berakal
• Suci dari Hadas besar dan Hadas kecil

Perkara membatalkan solat
• Berhadas sebelum salam yang pertama
• Berubah niat

SOLAT JAMAK DAN QASAR
i. Makna musafir – perjalanan yang jauh melebihi 81 kilometer dengan niat yang baik
ii. Niat solat Jamak dan Qasar

SOLAT KETIKA SAKIT

i. Solat duduk
-solat duduk iftirasy
-solat duduk diatas kerusi
-solat duduk dengan kaki melunjur

ii. Solat baring

PUASA
Puasa ialah menahan diri, menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula
dari waktu subuh sehingga waktu maghrib dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu.

RUKUN PUASA
• Niat
• Tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa

PERKARA MEMBATALKAN PUASA
• Makan dan minum dengan sengaja
• Muntah dengan sengaja

SEMBELIHAN DALAM ISLAM.

Maksud sembelihan ialah menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara
memutuskan urat halkum dan urat mari’ dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana
Allah SWT.

Hukum sembelihan ialah wajib dengan tujuan di makan dagingnya

RUKUN SEMBELIHAN.
i. Penyembelih
ii. Binatang yang disembelih

iii. Alat sembelihan

SIRAH

KHULAFA’ AL-RASYIDIN.
Kerajaan Khulafa’ al-Rasyidin adalah kerajaan yang dipimpin oleh 4 orang sahabat Nabi Muhammad
yang meneruskan kesinambungan pemerintahan Nabi Muhamma SAW yang berpusat di Madinah.
Kerajaan Khulafa’ al-Rasyidin bermula dengan Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Saidina Umar al-
Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib. Mereka menggunakan gelaran
khalifah yang bermaksud orang yang memegang jawatan ketua negara Islam.

DASAR PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN.

i. Perlembagaan negara berdasarkan al-Quran dan Hadis.

ii. Undang-undang negara berdasarkan al-Quran dan Hadis.

iii. Khalifah berkuasa dalam membuat keputusan. Walaubagaimanapun, ijtihad khalifah perlu
dirujuk kepada Ahli Majlis Syura.

RIWAYAT HIDUP KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ SECARA RINGKAS.

Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Qahafah. Beliau dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Nabi
Muhammad SAW. Beliau seorang keturunan Bani Tamim dan merupakan orang yang pertama
memeluk Islam. beliau digelar al-Siddiq kerana mengakui kebenaran peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Beliau memegang jawatan khalifah selama 2 tahun sehingga tahun ke 13 Hijrah. Beliau wafat pada 23
Jamadil Akhir tahun 13 Hijrah dan dimaqamkan bersebelahan dengan Maqam Nabi Muhammad
SAW.

KEPERIBADIAN KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ.
Beliau seorang yang jujur
Beliau juga mempunyai pekerti yang baik dan tingkahlaku yang terpuji.

SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ KEPADA TAMADUN ISLAM.

• Memerangi golongan yang murtad
• Memerangi nabi palsu
• Memerangi golongan yang enggan membayar zakat

RIWAYAT HIDUP KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB SECARA RINGKAS.

Nama sebenar beliau ialah Umar bin al-Khattab bin Naufal. Beliau dilahirkan 13 tahun selepas
kelahiran Nabi Muhammad SAW. Beliau seorang keturunan Bani A’di dan merupakan orang yang
pertama memeluk Islam. beliau digelar al-Faruq yang bermaksud orang yang dapat membezakan
antara yang benar dan yang salah. Beliau memegang jawatan khalifah selama 10 tahun bermula
selepas kewafatan Saidina Abu Bakar sehingga tahun ke 23 Hijrah. Beliau wafat pada Akhir bulan
Zulhijjah tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 dan dimaqamkan berhampiran dengan Maqam Nabi
Muhammad SAW dan Maqam Saidina Abu Bakar.

KEPERIBADIAN KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB.
• Beliau adalah seorang yang berani dan tegas.
• Beliau juga merupakan seorang yang tidak pandai berpura-pura. .
• Beliau seorang yang sentiasa berterus terang dalam menyatakan sesuatu perkara.

KEGIGIHAN KHALIFAH KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB DALAM MENUNTUT
ILMU.
Saidina Umar al-Khattab masuk Islam pada tahun ke 6 kerasulan Nabi Muhammad SAW. Beliau telah
mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh adiknya yang telah memeluk Islam terlebih dahulu.
Beliau lantas meminta adiknya untuk mengulang semula ayat yang dibaca dan beliau memeluk Islam.
setelah itu, beliau sentiasa berdamping dengan Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat Baginda
yang lain.

SUMBANGAN KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB KEPADA TAMADUN ISLAM.
i. Menyusun semula pentadbiran negara-negara yang telah ditakluk oleh kerajaan Islam pada
zaman sebelum beliau menjadi khalifah.
ii. Membuat satu mekanisma baru berkaitan harta rampasan perang iaitu tanah-tanah tidak
termasuk dalam kategori harta rampasan perang

iii. Mengemaskini Majlis Syura

KEGIGIHAN KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB DALAM MENUNTUT ILMU.
i. Menuntut ilmu walaupun dengan orang yang lebih muda dari kita.
ii. Sentiasa mendampingi golongan alim ulama yang benar dalam mencari ilmu

AKHLAK

PENGERTIAN AKHLAK
Akhlak bermaksud budi pekerti, tingkahlaku, tabiat dan kelakuan seseorang. Manusia yang beriman
akan menonjolkan watak yang baik dan sesuai dengan masa dan tempat mereka berada. Hal
sebaliknya akan berlaku seandainya seseorang itu tidak beriman atau mempunyai tahap keimanan
yang sangat rendah. Akhlak sangat terkait rapat dengan sifat yang tertanam di dalam jiwa yang
mendorong kepada sesuatu perbuatan. Akhalah terbahagi kepada dua iaitu akhlak mahmudah dan
akhlak mazmumah

BERUSAHA BERAMAL DENGAN SIFAT MAHMUDAH.
Kita perlu sentiasa beramal dengan sifat atau akhlak mahmudah. Ini kerana orang yang berakhlak
mahmudah akan mempunyai kelebihan antaranya:

i. Mendapat rahmat dari Allah SWT
ii. Sentiasa dalam keadaan yang tenang
iii. Disayangi oleh masyarakat
iv. Mempunyai timbangan amalan baik yang berat di akhirat kelak

BERCAKAP BENAR
Bercakap benar bermaksud mengatakan sesuatu yang benar dan hak.

CIRI-CIRI BERCAKAP BENAR.
• Menyampaikan maklumat dengan berterus terang
• Menyampaikan maklumat dengan betul dan tepat

KELEBIHAN ORANG YANG BERCAKAP BENAR
• Disayangi masyarakat
• Mendapat kepercayaan orang lain

SIFAT MALU

Malu menurut kamus dewan bahasa bermaksud segan, dan aib. Dari segi istilah pula malu bermaksud
rasa segan atau aib terhadap perlakuan buruk yang telah dilakukan. Manusia yang beriman akan
merasa malu terhadap keburukan, kesalahan atau kesilapan yang dilakukan oleh dirinya sama ada
terlindung atau di hadapan orang ramai. Hal ini kerana orang yang mempunyai sifat malu sentiasa
merasakan Allah SWT memerhati setiap perbuatan yang dilakukannya.

JENIS SIFAT MALU YANG DITUNTUT SYARAK

• Malu melakukan maksiat seperti menipu ibu bapa, berjudi
• Malu melanggar perintah Allah SWT seperti tidak solat, tidak puasa

SIFAT MALU YANG DILARANG.

• Malu ketika belajar seperti malu untuk mengulangkaji pelajaran
• Malu ketika mencari rezki seperti malu untuk menceburi bidang pekerjaan yang tidak

dipandang tinggi oleh masyarakat
• Malu ketika menghadapi darurat seperti malu bercakap dengan doktor ketika kecemasan
• Malu dalam melakukan perintah agama seperti malu melaungkan azan
• Malu dalam melakukan kebaikan seperti malu bertanya


Click to View FlipBook Version