KERTAS KERJA
KERTAS KERJA PROGRAM SUKARIA SUKANEKA TABIKA/TASKA KEMAS KG LIMBANAK TAHUN 2023 9 NOVEMBER 2023 DEWANRAYA KG RAMAYAH 1.0 PENDAHULUAN Kanak-kanak biasanya terlibat dalam permainan sukan untuk bermain, berseronok dan mengisi masal lapang mereka. Bagi perkembangan awal kanak-kanak, sukan adalah penting dalam pendidikan Jasmani. Oleh sebab itu, kita akan sentiasa mendengarkan perkataan sukaneka disebut-sebut pada setiap tahun disekolah. Aktiviti sukaneka akan dianjurkan sekali setahun di setiap sekolah di Malaysia, tidak ketinggalan juga prasekolah seperti TABIKA/TASKA KEMAS Kg Limbanak Penampang. Walaupun salah satu matlamatnya adalah untuk menghiburkan para peserta termasuk ibubapa, aktiviti sukaneka ini sangat membantu kepada perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak di prasekolah. Kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti sukaneka ini dapat mengasah kemahiran sosial dan fizikal seperti yang kita ingini. Kualiti fizikal seperti kepantasan, tenaga, ketangkasan, kemahiran dan rasa seronok semasa bersukan adalah beberapa sifat kesukanan yang diperlukan pada masa kini. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi sihat di kalangan kanak-kanak dan ibubapa. 2.2 Membentuk sikap positif dan disiplin dikalangan kanak-kanak. 2.3 Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menunjukkan bakat mereka. 2.4 Memupuk semangat kesukanan terhadap kanak-kanak. 2.5 Memupuk sikap tidak mudah berputus asa dan keyakinan diri kanak-kanak. 2.6 Mengeratkan lagi silahturahim dikalangan ibubapa/penjaga dengan AJK TABIKA/TASKA dan pendidik. 3.0 SASARAN 3.1 107 Orang Kanak-kanak TABIKA/TASKA Kg Limbanak Penampang. 3.2 107 Orang Ibubapa / Penjaga Kanak-kanak. 3.3 Guru-guru, pembantu guru dan Ahli Jawatankuasa TABIKA/TASKA Kg Limbanak Penampang.
4.0 MAKLUMAT SUKANEKA Tarikh : 9 November 2023 Masa : 7.00 pangi hingga 11.30 pagi Tempat : Dewanraya Kg Ramayah, Penampang 5.0 PERBELANJAAN BIL PERBELANJAAN KOS (RM) KUANTITI JULAH (RM) 1. Sewa tempat 150.00 1 150.00 2. Banner 100.00 1 100.00 3. Cenderahati Perasmi dan JPKK Kg Ramayah 60.00 2 120.00 4. Tiket bertuah 50.00 1 50.00 5. Peralatan sukaneka 50.00 1 50.00 6. Makan minum Jemputan Khas dan AJK 4.5 30 135.00 7. Makan minum kanak-kanak (Sarapan dan makan tengahari) 3.25 107 347.75 952.75 Makan minum ibubapa adalah secara potluck. 6.0 SUMBER KEWANGAN 6.1 Sewa tempat - Sumbangan AJK 6.2 Banner dan tiket bertuah - Sumbangan AJK 6.3 Jamuan AJK /Guru - Sumbangan AJK 6.4 Cenderahati (Perasmi dan JPKK Kg. Ramayah) - Sumbangan AJK 6.5 Hadiah tiket bertuah - Sumbangan AJK 6.6 Hadiah permainan kanak-kanak - Sumbangan AJK 6.7 Makan minum kanak-kanak - Peruntukan TABIKA/TASKA 6.8 Peralatan Sukaneka - Sumbangan AJK 6.9 Hadiah permainan AJK - Sumbangan AJK
7.0 AHLI JAWATANKUASA (AJK) Penasihat : Pn Kamisah Binti Jaaffar (Penyelia Pendidikan Awal Kanak-kanak Daerah Penampang) Pengerusi : En Isidore Lajawah (Pengerusi TABIKA/TASKA KEMAS Kg Limbanak Penampang) Timbalan Pengerusi : En Florian Augustine (Tim Pengerusi TABIKA/TASKA KEMAS Kg Limbanak Penampang) Setiausaha : Pn Priscilla Jill Ukim (Setiausaha TABIKA/TASKA KEMAS Kg Limbanak Penampang) Bendahari : Pn Rahani Binti Jaafar (Guru TABIKA Kelas Cempaka) Ahli Jawatankuasa Kecil: 1. Guru dan pembantu guru TABIKA kelas Anggerik 2. Guru dan pembantu guru TABIKA kelas Bunga Raya 3. Guru dan pembantu guru TABIKA kelas Cempaka 4. Guru dan pembantu guru TABIKA kelas Dandelion 5. Guru dan pembantu guru TABIKA kelas Orkid Ahli Jawatankuasa Kecil: 1. AJK Sosial dan Rekreasi - Pn Bethany Kongkod dan Pn Anita G Johnny 2. AJK Sukan dan Kebudayaan - En. Sylvarius Kimon dan En Felix Aloysius 3. AJK Kerja - En Helol Miog, Pn Nora Daryap dan Pn Cartine Majunggal 4. AJK Publisiti - Pn Edna Juanis dan Pn Susanna Lee Persediaan Tempat & Pentas - Semua guru, pembantu guru dan AJK TABIKA/TASKA Tiket Bertuah - Pn Bethany Kongkod (Ketua)
7.1 SENARAI TUGAS Pengerusi • Mempengerusikan mesyuarat dan bertanggungjawab untuk menyempurnakan mesyuarat. • Memastikan minit mesyuarat yang telah diminitkan untuk diambil Tindakan segera. • Menjalankan arahan guru penasihat untuk melaksanakan tugas-tugas yang diberi dari masa ke semasa. • Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran, kewangan dan aktiviti. • Membahagikan tugas kepada semua ahli jawatankuasa dalam pelaksanaan sukan olahraga. • Memberi arahan dari semasa ke semasa kepada semua ahli jawatankuasa bagi memastikan setiap pelaporan diselesaikan. • Memilih jenis sukan yang hendak dilaksanakan semasa sukan olahraga bersama kanak-kanak. • Memastikan jemputan bagi kanak-kanak dengan murid prasekolah berjalan dengan lancar. • Memastikan semua peralatan yang hendak digunakan sudah tersedia. • Memastikan hadiah dan makanan kanak-kanak dan ahli jawatankuasa sudah di tempah dan dimaklumkan kepada pembekal. • Memastikan program sukaria sukaneka berjalan dengan lancar. • Sentiasa memantau keselamatan kanak-kanak terjamin sepanjang sukan olahraga berlangsung. • Sentiasa memastikan semua AJK dalam keadaan sihat dan boleh menjalankan sukan olahraga sebelum, semasa dan selepas amali dijalankan. • Bertanggung jawab menentukan hala tuju kejohanan. • Memeriksa setiap pelaporan setiap AJK sebelum difailkan menjadi pelaporan penuh. • Menyerahkan pelaporan penuh kepada pensyarah kursus. Timbalan pengerusi • Membantu mempengerusikan mesyuarat dan bertanggungjawab untuk menyempurnakan mesyuarat. • Membantu memastikan minit mesyuarat yang telah diminitkan untuk diambil Tindakan segera. • Membantu menjalankan arahan guru penasihat untuk melaksanakan tugas-tugas yang diberi dari masa ke semasa.
• Membantu membahagikan tugas kepada semua ahli jawatankuasa dalam pelaksanaan amali. • Membantu memberi arahan dari semasa ke semasa kepada semua ahli jawatankuasa bagi memastikan setiap pelaporan diselesaikan. • Membantu memastikan program amali kembara berjalan dengan lancar. • Membantu sentiasa memastikan semua AJK dalam keadaan sihat dan boleh menjalankan amali sebelum, semasa dan selepas amali dijalankan. • Membantu memeriksa setiap pelaporan setiap AJK sebelum difailkan menjadi pelaporan penuh. • Membantu menyerahkan pelaporan penuh kepada pensyarah kursus. Setiausaha • Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. • Menguruskan segala bentuk permohonan kepada pihak-pihak tertentu • Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail-fail untuk rujukan. • Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat dalam perlaksanaan program. • Menyiapkan surat yang perlu dihantar segera kepada individu tertentu atau badanbadan tertentu • Mengurus berkenaan surat menyurat. • Memanggil ahli jawatan kuasa untuk bermesyuarat. • Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat. • Mencatat dan mendatangani minit mesyuarat / laporan aktiviti. • Mencatat kehadiran ahli. • Menyimpan dokumen berkaitan program olahraga sukan. • Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program. • Menjalankan tugas yang diarahkan oleh pengerusi pada bila-bila masa. • Menyediakan tentatif program pelaksanaan. • Menyusun dokumentasi penuh pelaporan penuh sukan olahraga. • Memastikan setiap pelaporan dirujuk kepada pengerusi dan ditanda tangani oleh pengerusi serta disahkan oleh guru penyelaras • Mencetak setiap pelaporan atau minit yang hendak diserahkan kepada guru penyelaras.
Bendahari • Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang pengurusan pentadbiran kewangan. • Mengumpul segala dana dan kutipan yang diserahkan. • Membuat laporan terkini tentang kedudukan kewangan • Bertanggungjawab untuk mengurus semua kawangan kelab persatuan. • Membuat, bertanggungjawab dan menyimpan kira-kira berkenaan kawangan diatas kesahihannya. • Menyediakan kira-kira bulanan/ tahunan serta menandatanganinya. • Membuat laporan kawangan apabila diperlukan ahli jawatankuasa. • Menyediakan laporan kawangan untuk diaudit dan membentang kawangan dalam mesyuarat • Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai milik kejohanan. • Menyimpan semua resit-resit, baucar-baucar, buku rekod wang keluar masuk dan lainlain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. • Menjaga dan menguruskan harta benda bagi kejohanan dengan baik. • Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangan bagi perlaksanaan kejohanan. • Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh guru penasihat. Ahli Jawatankuasa Kecil: Guru dan pembantu guru TABIKA kelas Anggerik dan 5 orang ibubapa Guru dan pembantu guru TABIKA kelas Bunga Raya dan 5 orang ibubapa Guru dan pembantu guru TABIKA kelas Cempaka dan 5 orang ibubapa Guru dan pembantu guru TABIKA kelas Dandelion dan 5 orang ibubapa Guru dan pembantu guru TABIKA kelas Orkid dan 5 orang ibubapa • Menyediakan hadiah kaak-kanak • Menyediakan dan memastikan makanan kanak-kanak cukup • Memastikan kanak-kanak membuat latihan secukupnya sebelum sukaneka dijalankan • Menjadi pengadil dan juri semasa sukaneka • Mengawal keselamatan dan persekitaran aktiviti dijalankan • Membantu dalam memastikan sukaneka berjalan dengan lancar.
Ahli Jawatankuasa Kecil: AJK Sosial dan Rekreasi • Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. • Menyediakan laporan berkaitan tugas dalam program yang dijalankan. • Menjalankan tugas-tugas lain apabila pengerusi memberi arahan. • Memastikan setiap laluan adalah selamat. • Memastikan keselamatan semua semasa program dijalankan • Menyediakan dan menyelanggara peti kecemasan sebelum dan semasa program amali dijalankan. AJK Sukan dan Kebudayaan • Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. • Menyediakan laporan berkaitan tugas dalam program yang dijalankan. • Menjalankan tugas-tugas lain apabila pengerusi memberi arahan. • Memastikan kawasan Dewanraya dalam keadaan bersih sebelum dan selepas program dijalankan. AJK Kerja • Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. • Menyediakan laporan berkaitan tugas dalam program yang dijalankan. • Menjalankan tugas-tugas lain apabila pengerusi memberi arahan. • Menyenaraikan segala peralatan yang perlu digunakan. • Memastikan peralatan yang akan digunakan semasa program berlangsung. • Memastikan peralatan sentiasa cukup atau tidak. • Memastikan semua peralatan semasa sukaneka. • Memastikan segala keperluan aktiviti disediakan sebelum aktiviti dijalankan. • Memantau trek di peringkat awal sehari sebelum pelaksanaan aktiviti. • Menyediakan plastik/bakul sampah AJK Publisiti • Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. • Menyediakan laporan dokumentasi berkaitan tugas dalam program yang dijalankan. • Menjalankan tugas-tugas lain apabila pengerusi memberi arahan. • Membuat dokumentasi sepanjang aktiviti yang dilakukan sepanjang pelaksanaan program.
AJK Persediaan Tempat & Pentas • Memastikan semua peralatan seperti yang dirancang berada dalam keadaan baik. • Mengurus PA sistem AJK Tiket Bertuah • Mengurus penyediaan hadiah tiket. • Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk hadiah tiket bertuah. • Mencari dana dan sumbangan untuk tujuan cabutan tiket bertuah. • Memastikan semua hadiah tiket bertuah disediakan sebelum acara bermula. 8.0 PENUTUP Pihak penganjuran berharap program ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan dapat direalisasikan mengikut perancangan demi meningkatkan kepada perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak di TABIKA/TASKA Kg Limbank Penampang. Disediakan oleh, Disemak oleh, ..................................... .................................... (PRISCILLA JILL UKIM) (ISIDORE LAJAWAH) Guru TABIKA Kelas Anggerik Pengerusi Ahli Jawatankuasa TABIKA KEMAS Kg Limbanak, TABIKA KEMAS Kg Limbanak, Penampang Penampang Diluluskan oleh, ...................................... (LENDIANA CHIA) Pegawai KEMAS Daerah Pejabat KEMAS Daerah, Penampang
MINIT MESYUARAT • Bil 1 • Bil 2
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS KAMPUNG LIMBANAK Peti Surat 172, 89507 Penampang, Sabah Rujukan : JKTDK-TSK Kg LBK/2023 Perkara : MINIT MESYUARAT BIL 1/Sukaneka/2023 Tempat : DEWANRAYA KG RAMAYAH Tarikh/Masa : 15.10.2023 / 2.30 Petang Kehadiran: 1. En Isidore Lajawah – Pengerusi Tabika KEMAS Kg Limbanak 2. Pn Melka Severictus -PPMS B 3. Pn Edna Juanis -AJK Publisiti 4. Pn Rahani Jaafar – PM TBK C 5. Pn Shona Wan – PM TBK C 6. En Felix A Sitabal -AJK Kerja 7. Pn Anita Givendline -AJK Sukan 8. Pn Cartine Majunggal -AJK Kerja 9. Pn Nezlen A -PPMS C 10. Pn Maisarah Muslimin – PPMS D 11. Pn Nelly Francis -PPMS A 12. Pn Jessica Fredarick D – PM TBK B 13. Pn Priscilla Jill Ukim – PM TBK A 14. En Helol Miog – AJK Sukan BIL AGENDA TINDAKAN 1 Kata-kata aluan Pengerusi Jawatankuasa 1.1 Pengerusi mengalu-alukan dan berterima kasih atas kehadiran semua AJK dan PM/PPMS ke mesyuarat ini 2/2023. Untuk makluman
2 LAPORAN KEWANGAN 2.1 Baki wang dalam tangan setakat 15.10.2023 adalah RM1840.00. 2.2 Bendahari Pn Rahani mencadangkan agar akaun khas untuk jawatankuasa dibuka untuk memudahkan persekolahan. 2.3 Pengerusi mencadangkan agar sumbangan oneoff RM15 setahun dibayar oleh setiap ibubapa/keluarga ke tabung Jawatankuasa berkuatkuasa pada tahun 2024. Untuk Makluman 3 HARI SUKANEKA TABIKA/TASKA 3.1 Tarikh Cadangan : 9.11.2023 (Tabika mohon cuti peristiwa pada 10.11.2023 (Jumaat).) 3.2 Tempat : Dewanraya Kg Ramayah 3.3 Perasmi : Pegawai KEMAS Daerah Penampang 3.4 Sukaneka Ibubapa/AJK Pengerusi 4 PENGISIAN PROGRAM SUKANEKA 4.1 Cabutan Tiket bertuah Hadiah Cabutan Tiket Bertuah Hadiah Utama – RM250.00 Hadiah Pertama – RM200.00 Hadiah Kedua – RM150.00 Hadiah Ketiga – RM100.00 4.2 Hadiah Saguhati Tiket Bertuah – Sumbangan Ibubapa 4.3 Hadiah Kanak-kanak – Sumbangan Ibubapa Pn Edna En Alexis Pn Faridah Pn Erni 5 MAKANAN 5.1 Makanan Ibubapa/Murid – Potluck 5.2 Makanan Jemputan Khas/AJK Setiap kelas Pn Rahanie 6 Tempahan Baju AJK (50% harga baju disumbangkan oleh Pengerusi En Isidore Lajawah) En Arie
7 7.1 Banner Sukaneka 7.2 Cenderahati Perasmi dan JPKK Kg Ramayah Pn Melti 8 Gotong royong persediaan sukaneka adalah pada 8.11.2023 AJK Sukan 9 HAL-HAL LAIN 9.1 Tabika memohon sebuah tangki air untuk seetiap kelas untuk menyimpan bekalan air 9.2 Tabika memohon kerusi untuk kegunaan semasa aktiviti berkaitan yang dijalankan. 9.3 Pn Rahani menyuarakan masalah akan pencemaran udara dan sekitar Tabika disebabkan oleh binatang ternakan daripada jiran Tabika. Pengerusi Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang. Disediakan oleh, Disemak oleh, ..................................... .................................... (PRISCILLA JILL UKIM) (ISIDORE LAJAWAH) Guru TABIKA Kelas Anggerik Pengerusi Ahli Jawatankuasa TABIKA KEMAS Kg Limbanak, TABIKA KEMAS Kg Limbanak, Penampang Penampang
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS KAMPUNG LIMBANAK Peti Surat 172, 89507 Penampang, Sabah Rujukan : JKTDK-TSK Kg LBK/2023 Perkara : MINIT MESYUARAT BIL 2/Sukaneka/2023 Tempat : TABIKA KEMAS KG LIMBANAK KELAS ANGGERIK Tarikh/Masa : 5.11.2023 / 1.30 Petang Kehadiran: 15. En Isidore Lajawah – Pengerusi Tabika KEMAS Kg Limbanak 16. Pn Melka Severictus -PPMS B 17. Pn Edna Juanis -AJK Publisiti 18. Pn Rahani Jaafar – PM TBK C 19. Pn Shona Wan – PM TBK C 20. En Felix A Sitabal -AJK Kerja 21. Pn Anita Givendline -AJK Sukan 22. Pn Cartine Majunggal -AJK Kerja 23. Pn Nezlen A -PPMS C 24. Pn Maisarah Muslimin – PPMS D 25. Pn Nelly Francis -PPMS A 26. Pn Jessica Fredarick D – PM TBK B 27. Pn Priscilla Jill Ukim – PM TBK A 28. En Helol Miog – AJK Sukan BIL AGENDA TINDAKAN 1 Kata-kata aluan Pengerusi Jawatankuasa 1.1 Pengerusi mengalu-alukan dan berterima kasih atas kehadiran semua AJK dan PM/PPMS ke mesyuarat ini 2/2023. Untuk makluman 2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 1/2023 2.1 Minit mesyuarat 1/2023 telah dicadang untuk disahkan oleh En Felix A Sitable dan disokong oleh Pn Rahani Jaafar dan disahkan oleh pengerusi tanpa pindaan. Untuk Makluman
3 LAPORAN KEWANGAN 1.1 Baki wang dalam tangan setakat 5.11.2023 adalah RM887.25. Untuk Makluman 4 HARI SUKANEKA TABIKA/TASKA 4.1 Tarikh: 9.11.2023 (Tabika mohon cuti peristiwa pada 10.11.2023 (Jumaat).) 4.2 Tempat : Dewanraya Kg Ramayah 4.3 Perasmi : Pegawai KEMAS Daerah Penampang 4.4 Sukaneka Ibubapa/AJK Pengerusi 5 Laporan dari setiap AJK 5.1 Ahli Jawatankuasa Kecil: AJK Sosial dan Rekreasi - Membantu AJK kerja dalam penyediaan dan pengurusan peralatan yang diperlukan. AJK Sukan dan Kebudayaan - Persiapan untuk peralatan sukaneka Kanak-kanak, AJK dan Ibubapa AJK Kerja - Memaklumkan untuk membawa peralatan gotong royong pada 8.11.2023. - Kerusi di Dewanraya Kg Ramayah tidak mencukupi. - Perlu meminjam dan mengambil sendiri kerusi dari Dewan Kg Limbanak AJK Publisiti - Memastikan persediaandan peralatan untuk tujuan dokumentasi pada hari sukaneka lengkap dan berjalan dengan lancar. Pn Bethany Kongkod dan Pn Anita G Johnny En. Sylvarius Kimon dan En Felix Aloysius En Helol Miog, Pn Nora Daryap dan Pn Cartine Majunggal Pn Edna Juanis dan Pn Susanna Lee
5.2 Persediaan Tempat & Pentas - Memastikan semua peralatan persediaan tempat disediakan semasa gotong royong 8.11.2023. 5.3 Tiket Bertuah - AJK sudah menyediakan 1500 keping tiket untuk edaran dan jualan kepada orang ramai yang berharga RM2.00 sekeping. Semua guru, pembantu guru dan AJK TABIKA/TASKA Pn Bethany Kongkod (Ketua) 6 6.1 Hadiah Cabutan Tiket Bertuah Hadiah Utama – JINTIAN MINI MARKET Hadiah Pertama – FAMILY MART Hadiah Kedua – RAHUL MINI MARKET Hadiah Ketiga – SERENA TRADING Pn Edna En Alexis Pn Faridah Pn Erni Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang. Disediakan oleh, Disemak oleh, ..................................... .................................... (PRISCILLA JILL UKIM) (ISIDORE LAJAWAH) Guru TABIKA Kelas Anggerik Pengerusi Ahli Jawatankuasa TABIKA KEMAS Kg Limbanak, TABIKA KEMAS Kg Limbanak, Penampang Penampang
ATURCARA PROGRAM
9.11.2023
SURAT MENYURAT • Surat Jemputan • Surat Mohon Sumbangan
9 / 11 / 2023 22 / 10 / 2023
22/10/2023 9 / 11 / 2023 22 / 10 / 2023 9 / 11 / 2023 5 / 11 / 2023.
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS KG LIMBANAK PETI SURAT 172, 89507 PENAMPANG Tel:019-8809275/011-14048176 Ruj: JKTT/KMS/LBK-HST/23-24 Tarikh: 22 / 10 / 2023 .................................................. .................................................. Tuan/Puan, MEMOHON SUMBANGAN UNTUK HADIAH CABUTAN TIKET BERTUAH SEMPENA PROGRAM HARI SUKANEKA TAHUNAN TABIKA/TASKA KG LIMBANAK 2023 Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk. 2. sukacita dimaklumkan bahawa program seperti yang tertera diatas akan diadakan seperti pada ketetapan berikut: TARIKH : 9/11/2023 MASA : 7.30 Pagi TEMPAT : DEWANRAYA KAMPUNG RAMAYAH 3. Sebagai pengisian program dan alternatif untuk mencari dana untuk kos perbelanjaan dalam pelbagai aktiviti TABIKA/TASKA khasnya maka pihak penganjur akan mengadakan acara cabutan tiket bertuah. 4. Sehubungan ini, maka pihak penganjur memohon dengan rendah hati sumbangan ikhlas daripada Tuan/Puan untuk hadiah: ( ) Hadiah utama RM250.00 ( ) Hadiah Kedua RM150.00 ( ) Hadiah pertama RM200.00 ( ) Hadiah Ketiga RM100.00 5. Sila hulurkan sumbangan ikhlas Tuan/Puan kepada urusetia cabutan tiket bertuah di talian 014-8740770 atau 016-8153050 selewat-lewatnya pada 5 November 2023. Kerjasama dan keperihatinan daripada Tuan/Puan dalam membantu menjayakan program ini, kami hargai dan didahului dengan ucapan berbanyak terima kasih. Sekian, terima kasih. “BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH” Saya yang menjalankan amanah, (ISIDORE LAJAWAH) Pengerusi Jawatankuasa Tabika/Taska KEMAS Kg Limbanak Penampan