The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by annjacqulyne19, 2023-09-07 09:16:27

MUZIK BLUES

by annjacqy

MUZIKBLUES- ANN -


APA ITUMUZIKBLUES?Muzik blues juga dikenali dengan lirik yang berkaitan dengan kehidupan seperti kegagalan dalam percintaan atau kesulitan yang dihadapi dalam hidup. Muzik blues merujuk genre muzik yang berasal dari Amerika Syarikat dan muncul pada akhir abad ke-19. Muzik blues sering dikaitkandenganperasaan kesedihandankekecewaan,dan biasanya menggunakannada-nadaminor dalamimprovisasi muziknya.


SEJARAHMUZIKBLUESMuzik blues lahir dalam kalangan penduduk berkulit hitam dari sekitar selatan Amerika Syarikat. Muzik ini berkembang daripada muzik tradisi orangAfrikaseperti lagu bekerja, lagu rakyat dan lagu kerohanian. Pengaruh blues memainkan peranan pentingdalamsejarah muzik Amerika. Blues banyak mempengaruhi perkembangan muzik lain seperti jazz, rock androll, rhythm & blue dan banyak lagi.


SEJARAHMUZIKBLUESSaat itu, orang-orang berkulit hitamdi selatanAmerikaSyarikat sedang menghadapi diskriminasi danperlakuanyang tidak adil. Mereka ditempatkan di posisi yangrendahdalam masyarakat dan hidup dalamkemiskinan. Sejarah lahirnya muzik blues tidak terlepas daripadakeadaan sosial dan ekonomi di Amerika Syarikat. Oleh itu, orang-orang berkulit hitammenciptakanmuzikblues sebagai bentuk ekspresi perasaan dan jugasebagai sumber penghiburan.


SEJARAHMUZIKBLUESMuzik blues juga berasal daripada tradisi lisan. Orang-orangberkulit hitam pada masa dahulu kebanyakannyatidakmemiliki akses pendidikan formal dan literasi yangrendah. Oleh yang demikian, mereka mengandalkan tradisi lisanuntukmengajarkan nilai dan cerita kepada generasi berikutnya. Muzik blues juga menjadi sarana untuk menyampaikanpesanan sosial dan kritik terhadap situasi sosial danpolitikpada masa dahulu.


PERKEMBANGANMUZIKBLUES1890 an hingga 1920 an Muzik blues yang mula muncul pada awalnya dinamakansebagai Country Blues yang menggunakan gitar sebagai alatmuzik. 1930 an hingga 1940 an Muzik blues yang lebih moden pula dinamakan sebagai UrbanBluesyang telah mula menggunakan gitar elektrik dan peralatanamplifierlain sebagai alat muzik iringan. Kumpulan-kumpulan muzik blues mula menambah penggunaan alat muzik seperti saksofon, trompet dan harmonika.


CIRI-CIRI MUZIKBLUESØ Penggunaan alat musik khas Alat muzik yang sering digunakan dalammuzik blues ialahgitar, harmonika, piano dan bes. Selain itu, teknik permainangitarsepertibottleneck atau slide guitar juga sering digunakan dalammuzikblues.Ø Penggunaan skala blues Skala blues adalah sebuah skala nada yang terdiri daripada7nadadanditandai dengan penggunaan nada-nada yang disebut bluenotes. Bluenotes merupakan nada-nada yang terletak di antara skalamajoratauminor. Ø Pola kod yang sederhana Pola kod dalam muzik blues terdiri daripada 3 kod dasar, iaitukodI,IV,dan V atau disebut sebagai kod primer. Pola kod ini seringdisebutsebagai 12-bar blues yang terdiri daripada 12 bar muzikyangdiulang-ulang.


CIRI-CIRI MUZIKBLUESØ Lirik yang emosional Lirik dalam muzik blues sering dikaitkan tentang perasaansedihdankecewa dalam kehidupan seharian. Lirik ini disampaikandengangayavokal khas, iaitu nyaring, sengau dan sayu. Ø Improvisasi Improvisasi adalah suatu teknik dalam muzik blues di manapemuzikmemainkan nada-nada sesuai dengan perasaan dan spontanpadasaatitu. Teknik improvisasi ini membolehkan para pemuzikbluesuntukmengekspresikan emosi dan perasaan mereka denganlebihbebas dan kreatif.


ALAT MUZIKBLUESv Gitar Gitar ialah alat muzik utama dalam muzik blues. Biasanya, gitar digunakan untuk memainkan kod, melodi dan solo blues. Jenis gitar yang sering digunakan dalamblues ialah akustik dan elektrik. v Bes Bes ialah alat muzik yang penting dalammuzik blues. Iamemberikan dasar irama dan harmoni dalammuzikbluesserta seringkali digunakan untuk membuat groove khasdalam blues. v Harmonika Harmonika ialah alat muzik yang selalu digunakan dalam subgenre blues akustik. Harmonika digunakanuntuk menciptakan suara yang mendukung vokal danjuga sebagai alat muzik solo.


ALAT MUZIKBLUESv Piano Piano ialah alat muzik yang sering digunakandalamblues terutamanya dalamsubgenre bluespiano. Pianodigunakan untuk menciptakan melodi khasdalambluesdan juga sebagai alat muzik solo. v Saksofon Saksofon ialah alat muzik yang seringdigunakandalamsubgenre blues jazz. Ia memberikan bunyi muzikyangkhas dalam blues jazz dan seringkali digunakansebagai alat muzik solo. v Drum Drum memberikan irama dan groove yangpentingdalammuzik blues terutamanya dalamsubgenrebluesmodenseperti Chicago Blues dan Blues Rock.


ALAT MUZIKBLUESKazoo Washboard MandolinBanjo


FUNGSI MUZIKBLUESq Sebagai alat sosialisasi Muzik blues dapat menjadi alat sosialisasi bagi orang-orangyangmemiliki minat yang sama dalam genre muzik ini. Merekadapatberkumpul dan berbagi pengalaman serta pengetahuantentangmuzikblues, sehingga dapat mengeratkan hubungan sosial antaramereka.q Sebagai refleksi budaya Lirik-lirik dalam muzik blues seringkali mencerminkanrealiti sosialdanbudaya sehingga dapat menjadi sumber informasi tentangkehidupandanbudaya pada masa lalu.


FUNGSI MUZIKBLUESq Sebagai media hiburan Suara dan irama khas dalam muzik blues dapat membawakebahagiaan dan kesenangan bagi pendengar serta peminat genreini.q Sebagai cara mengekspresi emosi Muzik blues memiliki lirik yang penuh dengan emosi danperasaansehingga dapat menjadi sarana ekspresi emosi bagi pemuzikdanpendengarnya. Muzik blues dapat membantu orang untukmengungkapkanperasaan mereka dan meredakan tekanan emosi yangdialami olehmereka.


CARA PERSEMBAHANMUZIKBLUESPertengahan tahun 1920an Muzik Country Blues dirakam dengan seorang penyanyi solo sambil bermain gitar atau piano. Selain itu, persembahan diiringi dengan alat muzik harmonika atau alat perkusi mudah. Permulaan tahun 1930an Pemuzik blues banyakterpengaruh denganbudayaurban termasuk muzikpopular dan jazz. Persembahan kombomulabertapak dengan gabunganpiano, gitar dan alat muzikperkusi. Semasa tahun 1940an Sebilangan kumpulan muzik blues memasukkan alat muzik saksofon dan harmonika sebagai tambahan dalam muzik blues.


TOKOHMUZIKBLUESRobert Johnson (Walking Blues ) Robert Johnson dianggap sebagai salah satu legenda blues yang paling berpengaruh sepanjang masa. Ia dikenali kerana teknik permainan gitarnya yang unik dan lirik lagunya yang penuh dengan metafora dan simbolisme. (The Thrill isGone)B.B.KingB.B. King dikenali sebagai rajabluesdansalah satu gitaris terhebat dalamsejarahmuzik. Ia dikenali denganpermainangitarnyayang khas termasuk teknikbendingstringyang unik dan penggunaanvibratoyangrumit.Etta James (At Last ) Etta James dikenali sebagai salah satu penyanyi blues dan R&B terhebat sepanjang masa. Ia memiliki suara yang khas dan emosional, serta kemampuan untuk mengungkapkan perasaan melalui lagu-lagunya.


KESIMPULANSecara keseluruhan, muzik blues ialah genre muzik yang unik dan penuh dengan emosi. Genre ini bukan setakat menonjolkan kehebatandalambermain alat muzik dan nyanyian, namun genreini jugamampu menonjolkan kekreatifan pemuzik dalammengekspresi emosi, perasaan dan masalah yangdihadapi oleh mereka dalam bentuk lagu. Muzik ini berasal daripadalatarbelakang sosial danbudayayangsulit, dan terus berkembanghingga menjadi salahsatugenremuzik yang paling berpengaruhdalamsejarah muzikdunia.


TERIMAKASIH“ I'm trying to get people to see that we are our brother's keeper. Red, white,black, brown or yellow, rich or poor, we all have the blues.” -B.B. King


Click to View FlipBook Version