The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dato' Jaafar bin Haji Muhammad

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurifah255, 2021-04-18 09:55:55

Tokoh Pemimpin Johor

Dato' Jaafar bin Haji Muhammad

Tokoh Pemimpin Johor

DATO' JAAFAR BIN
HAJI MUHAMMAD

MENTERI BESAR JOHOR
PERTAMA

i

N A M A SYARIFAH NUR THAQIFAH BINTI MOHAMAD
K E L A S 5 BERLIAN

E - M A I L [email protected]

N A M A S E K O L A H SMK TAMAN NUSA DAMAI

ALAMAT SEKOLAH JALAN DAMAI UTAMA, TAMAN NUSA
DAMAI,
81700, PASIR GUDANG,
JOHOR.

PENDAHULUAN 1

' Tokoh ' merupakan insan yang menunjukkan suri teladan yang baik dan cemerlang
kepada rakyat dan orang di sekitarnya. Mereka bersusah payah bagi memberikan yang terbaik.
Hal ini dapat dibuktikan dengan kemeriahan, keharmonian dan kesejahteraan negeri dan
negara pada masa kini. Kemerdekaan yang dicapai memerlukan banyak pengorbanan dan
kesabaran yang tinggi.

Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad merupakan salah seorang daripada mereka yang digelar
' tokoh '. Lebih tepat lagi, tokoh negeri Johor. Hal ini kerana beliau telah menyumbang tenaga
dalam pembentukan negeri Johor pada masa kini.

Beliau merupakan Menteri Besar Johor yang pertama dan dilantik oleh Sultan Abu Bakar
Temenggung Daeng Ibrahim pada tahun 1882. Pelantikan Dato' Jaafar bin Haji Muhammad
sebagai Menteri Besar ini mencipta sejarah bagi negeri Johor kerana ini merupakan kali
pertama seorang Menteri Besar dilantik dalam pentadbiran kerajaan Johor.

Tugas utama beliau ialah memimpin negeri serta menjalankan pentadbiran negeri. Beliau
mempunyai sifat yang berani dan bersemangat waja dalam melaksanakan tugasnya. Di
samping itu, beliau juga merupakan seorang pegawai kerajaan yang setia, cekap, bijak, amanah
dan berterus terang .

BIODATA TOKOH PEMIMPIN 2

Nama: Jaafar bin Haji Muhammad
Tahun lahir:1838
Tempat lahir: Teluk belanga, Singapura
Keturunan: Bendahara Paduka Raja Johor & Bendahara Kerajaan Melaka
Isteri: Aishah Ibrahim, Maimunah, Emon Abu Talib, Rugayah Hanum Abdullah & Selamah

Ambak
Anak: Dato’ Mustapha, Aminah, Fatimah, Khadijah, Dato’ Abdullah, Che Dara, Aishah,

Kamariah, Dato’ Onn, Malik, Azizah, Muhammad, Ahmad, Yahya dan Rugayah
Tarikh meninggal: 3 Julai 1919
Tempat dikebumikan: Makam Mahmoodiah, Johor Bahru

PENDIDIKAN TOKOH 3

Mendapat pendidikan Melayu
di Sekolah Melayu Teluk Belanga

KERJAYA TOKOH

1854 Mula berkhidmat dengan kerajaan negeri Johor ketika berumur 16 tahun sebagai
pelatih kerani kepada Temenggung Ibrahim.

1856 Dilantik sebagai Kerani Besar di Pejabat Menteri.
1860 Dilantik sebagai Penasihat dan Setiausaha negeri Johor.
-an Dilantik sebagai Dato’ Bentara (sama dengan jawatan Menteri Besar kini)

Memangku jawatan Dato’ Menteri hingga tahun 1882
1882 Dilantik sebagai Menteri Besar Johor
1904 Dilantik sebagai Pemangku Raja

SUMBANGAN TOKOH 4

Sepanjang beliau memegang jawatan Penasihat dan Setiausaha Negeri Johor,
beliau telah melakukan perubahan terhadap pentadbiran negeri Johor.

1868 Majlis mesyuarat negeri johor ditubuhkan.
1873 Jabatan Perbendaharaan & Pesuruhjaya polis ditubuhkan.

Semasa beliau menjadi Menteri Besar dari tahun 1882 hingga 1919,
Pakaian rasmi kerajaan Johor diwajibkan ke atas semua Pegawai British
yang berkhidmat.
Bendera Union Jack dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor.
Bahasa Melayu digunakan dalam semua urusan surat-menyurat.

SUMBANGAN TOKOH 5

Menentang cubaan campur tangan Inggeris di Johor.
1909 Dato’ Jaafar telah menasihatkan Sultan Ibrahim supaya tidak memasukkan
seorang Penasihat British ke dalam pentadbiran Johor melalui sepucuk
surat.

Ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar
1866 Menjadi pengiring Maharaja Besar dalam lawatan pertamanya ke Eropah.
Memangku tugas Sultan Johor ketika baginda keluar bagi menjalankan
pentadbiran negeri .

NILAI KEPIMPINAN 6

Berani memikul tanggungjawab walaupun di usia yang muda.
Kita hendaklah sentiasa berani dalam memikul tanggungjawab yang telah
diberikan tidak mengira usia supaya menjadi pemimpin yang hebat satu hari
nanti.

Memartabatkan bahasa dan menjaganya.
Kita seharusnya bangga akan bahasa ibunda dan berusaha sebaik mungkin bagi
mengekalkannya.

Berani menyuarakan pendapat.
Kita perlulah berani menyuarakan sesuatu pendapat dalam situasi tertentu agar
pendapat tersebut dapat memberikan idea dan kebaikan dalam sesuatu
organisasi.

Amanah dalam melakukan sesuatu tugasan.
Kita haruslah sentiasa amanah dalam melakukan tugasan yang diberi supaya
mendapat kepercayaan orang lain.

NILAI KEPIMPINAN 7

Gigih dalam mengubah negeri ke arah yang lebih baik.
Kita hendaklah berusaha dengan gigih untuk mengubah negeri mahupun negara
agar kemajuan dapat dicapai.

Tegas dalam mempertahankan negeri.
Kita haruslah tegas dengan pendirian dalam usaha mempertahankan negeri agar
tidak dijajah lagi.

Sikap toleransi yang tinggi dalam perbincangan.
Kita perlulah menyemai sikap toleransi dalam diri ketika membincangkan
sesuatu agar tidak memburukkan lagi keadaan.

Pandai memimpin dan mendidik anak-anak.
Kita seharusnya pandai dalam memimpin dan mendidik anak-anak kelak nanti
agar mereka mampu menjadi pemimpin yang hebat.

PENUTUP 8

Kesimpulannya, sebagai generasi kini yang melambangkan masa depan negeri, kita
seharusnya mencontohi sikap dan kepimpinan pemimpin masa dahulu. Hal ini kerana
mereka mempunyai nilai dan jati diri yang hebat menyebabkan negeri Johor boleh
berkembang maju seperti sekarang.

Selain itu, jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh negeri Johor wajarlah dikenang kerana
mereka telah melakukan yang terbaik demi membebaskan negeri daripada jajahan kuasa
asing.

Seterusnya, menjadikan tokoh-tokoh negeri Johor sebagai contoh pemimpin yang
hebat dan mengikuti jejak langkah mereka agar negeri Johor mencapai kemajuan yang
maksimum.

Akhir sekali, mewujudkan suasana yang harmoni dan perpaduan yang kuat antara
kaum sebagai langkah mengekalkan kesejahteraan negeri.

SUMBER RUJUKAN 9

BUKU

M.A. Fawzi Basri, Hasrom Haron, Sejarah Johor Moden 1855-1940: Satu
Perbincangan Dari Pelbagai Aspek, Kuala Lumpur; Jabatan Muzium.

INTERNET

Blogger. (2007, September 22). Dato' Jaafar bin Haji Muhammad. Dimuat turun
daripada http://infojohor.blogspot.com/2007/09/datuk-jaafar-bin-haji muhammad.html

Hirai, Arthur. (2021, Januari 1). Jaafar bin Haji Muhammad. Dimuat turun daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Jaafar_bin_Haji_Muhammad

Halim, Haiqal. (2019, Januari 28). Pendidikan Melayu Zaman British. Dimuat turun
daripada https://m-update.com/2019/01/28/pendidikan-melayu-zaman-british/

Hakim, Aiman. (2020, Mac 11). Dato Jaafar: Permulaan Legasi Politik Malaysia. Dimuat
turun daripada https://www.thepatriots.asia/dato-jaafar-permulaan-legasi-politik-malaysia/

Ismail, Zaidi. (2016, Oktober 28). Nilai Murni Pemimpin. Dimuat turun daripada
https://www.slideshare.net/zaidiismail14/nilai-murni-pemimpin


Click to View FlipBook Version