MUZIUM: Perisai
Negara Bangsa
Malaysia
KUMPULAN 7
Samantha Tay Cai Ying 293457
Ng Xue Bin 293458
Kee Wei Ying 293580
Eu Le Xin 293708
Wong Wai Huo 293756
Muhammad Norhaziq Bin Rosli 293857
Nazirul Hazeim Bin Adam Malik 296215
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan Muka Surat
1
2.0 Latar Belakang 2-3
3.0 Sumbangan Muzium dalam 4-8
Membina Negara Bangsa
4.0 Peranan Kerajaan Membina 9-13
Negara Bangsa melalui Muzium
5.0 Kesimpulan 14
6.0 Rujukan 15-16
1.0 Pengenalan
Pembinaan negara bangsa bermaksud matlamat utama
bagi sesebuah negara dan boleh dianggap sebagai kemuncak
kejayaan bagi sesebuah negara, pentadbiran serta rakyatnya.
Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, pembentukan bangsa
melibatkan proses yang mengambil tempoh masa yang
panjang dan kita seharusnya memperkukuh lagi tahap
perpaduan kini bagi menghadapi pelbagai halangan dan
cabaran. Untuk mempercepatkan proses ini, peranan muzium
adalah penting.
Muzium merupakan sebuah pusat pendidikan dan
penyelidikan untuk pengajian kisah sejarah dan penyimpanan
tinggalan sejarah. Menurut Kamus Dewan, muzium
Bangunan Muzium Negara di KL Sentral
didefinisikan sebagai bangunan tempat menyimpan,
memelihara, mengkaji, atau mempamerkan objek-objek yang
mempunyai nilai sejarah, seni, saintifik, dan sebagainya.
Peranan muzium negara dalam pembentukan negara adalah mengambil
berat tentang unsur-unsur sosial dan budaya bersama dengan
pemeliharaan sejarah negara untuk menyedarkan rakyat negara tentang
pengenalan sesebuah negara. Muzium British merupakan contoh yang
baik yang memberi sumbangan dalam pembinaan negara.
Dari segi usaha pengikatan sosial, Muzium British mengandungi
pameran yang mempunyai pelbagai tema dan artifak. Hal ini telah
membuktikan bahawa Muzium British berjaya menunjukkan
kepelbagaian budaya kepada pengunjung dan secara tidak langsung
menguar-uarkan kepentingan perpaduan dalam bangsa ke atas
kenegaraan. Di samping itu, Muzium British mempamerkan barang-
barang yang melambangkan kenegaraan luar negara di satu tempat
supaya pengunjung boleh memahami konsep kenegaraan yang wujud di
Muzium Negara British di London seluruh dunia. Konsep kenegaraan yang ditunjukkan itu merupakan
pengikatan semua rakyat di negara itu walaupun mereka tidak terikat
dengan darah. Fenomena ini sedang berlaku di seluruh dunia
termasuklah Malaysia.
Malaysia mempunyai campuran kumpulan kaum yang berbeza
kerana hubungan antarabangsa atau penghijrahan ke negara pada suatu
ketika dahulu. Melalui pameran yang dibuat oleh muzium, budaya
setiap kaum dapat dikenali oleh rakyat Malaysia dan pelancong luar
negara. Dengan ini, rakyat Malaysia akan sedar bahawa budaya setiap
kaum perlu dipelihara. Pemeliharaan budaya dan warisan dapat
meningkatkan pelbagai objek dan artifak di muzium. Selain itu, melalui
pameran muzium rakyat Malaysia akan lebih mengetahui sejarah
Malaysia dan tokoh-tokoh yang mempertahankan negara Malaysia.
Semangat patriotisme akan ditingkatkan dalam kalangan rakyat
Gambar tokoh-tokoh Malaysia Malaysia sekiranya sejarah Malaysia dapat disebarkan kepada mereka.
Oleh itu, muzium dapat membina sesebuah bangsa dan negara. 1
2.0 Latar Belakang
Muzium merupakan unsur yang amat penting untuk Muzium Perak di Taiping
memaparkan sejarah yang telah berlaku. Kewujudan muzium
di Malaysia bermula dengan penubuhan Muzium Perak di
Taiping pada tahun 1883 semasa pemerintahan British atas
pencetusan idea oleh Residen British Ketiga yang bernama
Sir Hugh Low. Selepas itu, penubuhan muzium di Tanah
Melayu diteruskan di Sarawak Kuching pada tahun 1888 dan
seterusnya di Selangor. Sehingga kini, terdapat lebih 100
muzium di negara Malaysia seperti Muzium Telekom,
Muzium Sejarah Nasional, Muzium Kesenian Islam, Muzium
Diraja Seri Menanti dan sebagainya. Muzium Budaya
Borneo di Sarawak Kuching digelar sebagai muzium terbesar
di Malaysia dengan keluasan ruang kira-kira 31,000 meter
persegi.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari laman web
Jabatan Muzium Malaysia, Teramat Mulia Tuanku Abdul
Rahman Putra Al Haj Perdana Menteri Malaysia Pertama
telah menyuarakan cadangan penubuhan Muzium Negara.
Hal ini demikian kerana beliau berpendapat bahawa negara
kita memerlukan sebuah muzium yang beridentiti national
untuk mempamerkan kepelbagaian budaya, khazanah dan
alam. Sehubungan dengan itu, pembinaan Muzium Negara
bermula pada tahun 1959 dan siap sepenuhnya pada 31 Ogos
1963. Pada tahun 2015 pula, Muzium Negara telah
diisytiharkan sebagai bangunan warisan kebangsaan di
bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Muzium Negara
Jabatan Muzium Malaysia Plak Warisan Kebangsaan 2005 bagi Muzium Negara
2
Muzium-muzium yang diwujudkan di Malaysia pada masa ini kebanyakan ditadbir urus oleh Jabatan Muzium Malaysia.
Jabatan Muzium Malaysia berfungsi untuk menyelidik mengumpul, memelihara warisan sejarah, kebudayaan dan alam
semulajadi negara. Selain itu, jabatan ini mengurus muzium-muzium di bawah pentadbiran persekutuan dan memberi khidmat
kepakaran dan nasihat kepada muzium-muzium negeri, jabatan kerajaan dan swasta.
Muzium Budaya Borneo Muzium Diraja Seri Menanti Muzium Telekom
Muzium Kota Kuala Kedah Tujuan penubuhan muzium adalah untuk mempamerkan
barangan bersejarah sebagai tempat pembelajaran dan kajian
sejarah manusia serta memeliharakan bukti-bukti tinggalan
zaman dahulu. Kewujudan muzium-muzium juga berfungsi
sebagai satu pusat pendidikan tentang sejarah bagi sesuatu
kisah, zaman, kerajaan dan sebagainya. Sebagai contoh,
Muzium Kota Kuala Kedah yang terletak di terbing utara
muaran sungai Kedah. Muzium Kota Kuala Kedah merupakan
muzium yang menyimpan dan mempamerkan koleksi-koleksi
peralatan, senjata, dan khazanah lain yang tertinggal sebagai
bukti berlakunya Peperangan Kedah-Siam. Koleksi tersebut
masih direzab dan dijaga dalam keadaan yang baik dan
berjaya menarik minat pengunjung tempatan dan pelawat
asing.
Meriam Katak Puru yang digunakan untuk
menentang musuh pada zaman Kesultanan
Melayu Kedah dan pinggan mangkuk yang
dipamerkan dalam Muzium Kota Kuala
Kedah
3
3.0 Sumbangan Muzium dalam Membina Negara Bangsa
Muzium yang merupakan aset sesebuah negara telah memberi beberapa sumbangan
dalam pembinaan negara bangsa. Menurut Paiman Keromo, Ketua Pengarah Jabatan
Muzium Malaysia, kedudukan atau fungsi muzium dalam pembangunan sesebuah
negara telah diiktiraf oleh seluruh dunia dengan mewujudkan “Hari Muzium Sedunia”
atau “Hari Muzium Antarabangsa” pada setiap 18 Mei. Kewujudan hari istimewa ini
menunjukkan kepentingan muzium kepada sesebuah negara dalam mempercepatkan
proses pembinaan negara bangsa. Poster Hari Muzium Antarabangsa pada tahun 2022
3.1 Muzium Sebagai Gedung Khazanah Sejarah Dan Budaya Negara
Salah satu fungsi muzium adalah untuk Sebagai contoh, Muzium Negara Pandangan ini dapat dikukuhkan lagi oleh
menyimpan dan mengumpul bahan-bahan
pada zaman dahulu yang mempunyai nilai telah mempamerkan galeri-galeri Lelawathi Napiah, Mahzan Awang, Abdul
sejarah, seni dan budaya kepada sesebuah
negara. Dengan wujudnya muzium, mengenai masyarakat awal di Razap Ahmad dan Shakila Che Dahalan.
masyarakat dapat melihat barang-barang
zaman dahulu di depan mata mereka secara Malaysia sehinggalah masyarakat Menurut beliau:
fizikal. Lawatan di muzium dapat
memberikan gambaran dan pemahaman yang kini. Salah satu galeri yang “It would be easier for the pupils to
lebih jelas dan teliti kepada masyarakat
tentang sejarah dan budaya bangsa negara. dipamerkan adalah berkaitan understand history if they possess the
Dengan ini, sejarah dan budaya negara dapat
terus dikekalkan dan dipegang oleh generasi dengan proses perjuangan tokoh- experience interacting with the relics and
muda. Pendapat tersebut disokong oleh
Ahmad Faris Abd Jalal, Abdullah Yusuf, tokoh kebangsaan untuk artifacts available in the museum. They learn
Ahmad Faisal Abd Hamid dan Rahimin
Affandi Abd Rahim yang menyatakan mendapatkan kemerdekaan Tanah to transform their opinions, attitudes, and
bahawa: Melayu daripada jajahan British.
Dengan ini, masyarakat yang appreciation around the evidence that they
“Kewujudan muzium merupakan salah satu melawat Muzium Negara boleh have seen (Lord, 2007). This, in turn,
usaha ke arah mengekalkan khazanah memperoleh gambaran yang lebih positively affects pupils to become productive
warisan sejarah dan budaya bangsa kita.” jelas dan persefahaman yang lebih people who appreciate and preserve national
(Kesedaran Muzium Baru Di Malaysia JMS mendalam tentang perjuangan treasures like these for future generations.”
Vol 2 Issue 1: 93-111, 2019) tokoh-tokoh yang berusaha (Social Sciences, Education and Humanities,
menuntut hak dan pembebasan Volume 2, 2019)
orang Melayu. Justeru, muzium
telah memberikan impak yang Berdasarkan hujah-hujah di atas, memang
sangat besar kepada masyarakat tidak dapat dinafikan bahawa muzium sebagai
kerana mereka dapat merasai gedung khazanah sejarah dan budaya negara
kesukaran tokoh-tokoh dan dapat membina bangsa negara. Masyarakat
seterusnya menghargai jasa tokoh- boleh memahami sejarah negara dengan lebih
tokoh kebangsaan serta akan terus mendalam menerusi muzium. Pemahaman
mempertahankan kemerdekaan dan kajian yang lebih mendalam tentang
negara yang sedang dinikmati oleh sejarah negara dapat melahirkan masyarakat
setiap lapisan masyarakat. yang mempunyai jati diri yang tinggi serta
membentuk identiti bangsa dengan ancuan
sendiri dalam kalangan rakyat Malaysia.
Contoh Galeri dalam Muzium Negara
4
3.2 Memupuk Semangat Patriotisme
Muzium juga merupakan salah satu dan wujudnya kesedaran untuk Di samping itu, Pegawai Kota Kuala
wahana yang digunakan untuk mempertahankan negara serta Kedah, Mohamad Ruzi bin Sulaiman juga
memupuk semangat patriotik dalam semangat cinta akan negara dalam berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti
jiwa setiap lapisan masyarakat. Menurut jiwa mereka. muzium seperti ceramah, seminar dan
Abu Talib Rahman (2008), kerajaan Hal ini dapat dibuktikan bengkel yang dijalankan adalah selari
masih menggunakan muzium untuk daripada suatu rencana dalam dengan matlamat bagi melahirkan semangat
memperkukuh semangat patriotik dan Berita Mstar (10 September 2020) kesedaran dan kecintaan masyarakat
kenegaraan dalam rangka pembinaan yang menyatakan bahawa lawatan terhadap budaya warisan sendiri. Usaha-
negara bangsa. Hal ini demikian kerana ke muzium dapat membuatkan usaha pemuliharaan dan penyelidikan yang
kebanyakan muzium bersejarah kita kembali mengenang dijalankan dapat membuka mata
mempamerkan galeri-galeri sejarah pengorbanan dalam mengecapi masyarakat, betapa perlunya budaya
negara yang menunjukkan peristiwa- kebebasan seperti mana dirasai warisan dipelihara dan sekaligus dapat
peristiwa zaman dahulu. Apa-apa yang hari ini. Selain itu, pendapat memupuk semangat patriotisme.
dipamerkan dalam muzium adalah tersebut dapat ditegaskan lagi
bergantung kepada sejauh mana isu dengan contoh yang berikut: Oleh itu, dengan sokongan-sokongan
sejarah itu menyumbang kepada agenda “Muzium Peringatan tersebut, sudah terang lagi bersuluh bahawa
pembinaan negara bangsa pada masa kewujudan muzium sememangnya dapat
itu. Oleh itu, masyarakat yang melawat Kemerdekaan Negeri Melaka memupuk semangat patriotisme dalam
muzium dapat menyedari kesilapan setiap lapisan masyarakat dan seterusnya
yang dilakukan oleh generasi lama dan dibina bukan sahaja bertujuan mempercepatkan proses pembinaan bangsa
mendapatkan pengajaran daripada negara Malaysia.
peristiwa-peristiwa yang telah berlaku. memperingati kemerdekaan
Secara langsung atau tidak langsung,
rakyat Malaysia dapat melihat peristiwa Negara tetapi sebagai monumen
bersejarah Malaysia
untuk memupuk dan mewujudkan
semangat patriotisme dan
nasionalisme dalam kalangan
rakyat khususnya kepada generasi
muda.”
(Berita Pas Melaka,
)17 Januari 2021
Rakyat Malaysia
5
3.3 Mengukuhkan Perpaduan
Rakyat Malaysia yang Bersatu-padu untuk Memperoleh
Tugu Negara
Kemerdekaan Negara dan Jalur Gemilang
Pada tahun 1963, Muzium Negara ditubuhkan dan Tambahan pula, Konsep Muzium Baru juga dapat
proses pembentukan negara bangsa telah disemarakkan. mengeratkan perpaduan (Ahmad Farid Abd Jalal, Awang
Sejarah kebersamaan kesemua etnik yang berbeza di Azman Awang Pawi dan Rahimin Affandi Abdul Rahim,
Malaysia untuk menghadapi cabaran penjajahan British 2020). Menurut konsep tersebut, selain berfungsi sebagai
yang telah dilakukan. Menurut Ahmad Farid Abd Jalal, tempat menyimpan artifak, muzium juga bersifat terbuka
Abdullah Yusuf, Ahmad Faisal Abd Hamid dan Rahimin dalam menjalinkan hubungan dengan masyarakat dan ditaja
Affandi Abd Rahim (2019), kesemua etnik yang berbeza oleh pihak kerajaan yang dipilih secara demokrasi. Muzium
mengalami penderitaan semasa di bawah pemerintahan lebih berciri mesra masyarakat kerana para pengunjung
pihak kolonial British dan tentera Jepun. Dalam tekanan bebas mengkaji dan memberikan kritikan kepada penjelasan
yang sehebat itu, masyarakat yang berbeza kaum pada yang dibentangkan oleh kurator. Konsep ini berkhidmat
masa itu menggembleng tenaga untuk menentang untuk memajukan pemikiran masyarakat kerana seseorang
penjajahan kuasa asing serta memperjuangkan itu akan berfikir apabila diberikan hak menyuarakan
kemerdekaan negara. Sekiranya generasi masa kini pendapat sendiri. Jadi, kurator muzium akan
mengetahui proses itu, mereka akan sedar bahawa bertanggungjawab menjadi pendidik dengan menyampaikan
perpaduan sudah mula diterapkan dalam jiwa generasi pengajaran dalam bentuk sistem nilai baik dan data terkini
nenek moyang semenjak banyak dekad yang lalu. Mereka kepada pengunjung yang melihat pameran di muzium. Hal
juga akan memahami kepentingan perpaduan dalam ini dapat membuka pemikiran masyarakat supaya
menghadapi cabaran yang besar seperti pihak penjajah mempunyai kerelaan untuk menghormati dan mendukung
yang menakluki tanah air melalui senjata dan kekasaran. kepelbagaian kaum di Malaysia. Pengajaran yang boleh
Jadi mereka akan berusaha mengurangkan jurang antara diambil ialah daripada peristiwa penjajahan Tanah Melayu
kaum untuk mengikatkan segala anggota masyarakat bagi dan dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh
mewujudkan satu bangsa Malaysia. British. Melalui peristiwa tersebut, masyarakat dapat
mengetahui British sengaja memisahkan kaum-kaum supaya
tidak membawa risiko terhadap penjajahan di Tanah
Melayu. British berbuat demikian akibat pengetahuan
perpaduan antara kaum boleh menumbangkan penjajahan
British terhadap Tanah Melayu. Kesannya, masyarakat atau
pengunjung muzium dapat menyemai semangat perpaduan
dalam diri dan mempunyai sifat ingin memperjuangkan
tanah air.
6
3.4 Sebagai Institusi Pendidikan dan Pembelajaran
Artifak Sejarah di Muzium KL Sentral
Muzium boleh dijadikan sebagai saluran kepada pelajar untuk mendapatkan pengetahuan tambahan selain daripada ilmu yang
disampaikan oleh guru atau diperoleh daripada bahan ilmiah dan laman web. Marcus, A.S., Stoddard, J.D dan Woodward,W.W.
(2012) menyatakan bahawa kegunaan artifak boleh mendalami pemahaman pelajar-pelajar dan seterusnya memupuk pemikiran
yang berteraskan sejarah.
“The use of genuine artefacts deepens the pupils' understanding towards the content of a particular historical material as well
as developing historical thought and literacy skills not available in the classroom such as seeing, touching and experiencing the
past.”
(Marcus et al., 2012)
Pertandingan Mereka Cipta Model Yang Diadakan Oleh Muzium Kota Kuala Kedah
Selain lawatan ke muzium, pihak muzium harus memperbanyakkan aktiviti atau program kepada masyarakat bagi mewujudkan
sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah seperti yang terkandung dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Sebagai contoh, Muzium Kota Kuala Kedah telah menganjurkan pelbagai aktiviti yang menarik kepada masyarakat setempat
terutamanya pelajar di Kedah. Sempena bulan kemerdekaan, pertandingan mereka cipta model Kota Kuala Kedah telah
diadakan oleh pihak muzium dan pertandingan tersebut mendapatkan sambutan yang baik pada peringkat tadika, sekolah
rendah dan sekolah menengah. Menerusi pertandingan tersebut, negara dapat mencungkil bakat anak-anak Malaysia apabila
mereka berusaha untuk menghasilkan sebuah model sendiri dengan menggunakan kreativiti dan inovasi mereka. Tambahan
pula, pertandingan tersebut dapat memupuk nilai-nilai murni yang penting dalam kehidupan mereka apabila mereka
bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan yang terdiri daripada kaum yang berbeza sepanjang pertandingan tersebut. Dengan ini,
perpaduan antara kaum dapat diwujudkan dan mereka akan mengetahui kepentingan kerjasama daripada pelbagai kaum.
Jelaslah bahawa muzium berupaya memberikan sumbangan dalam mewujudkan suasana rakyat yang bersatu padu tanpa
prasangka dengan mengadakan pelbagai program kepada masyarakat terutamanya golongan remaja kerana mereka akan
menjadi tonggak kepada negara pada masa hadapan.
7
Pegawai Muzium Kota Kuala Kedah Member Penerangan Kepada Pelajar-pelajar
Lawatan ke muzium yang dijalankan oleh pihak sekolah dapat membuka mata dalam kalangan pelajar dan guru bimbingan.
Misalnya, Muzium Kota Kuala Kedah telah bekerjasama dengan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
(POLIMAS) untuk mengadakan lawatan sambil belajar bagi meningkatkan pengetahuan pelajar tentang sejarah negara.
Menerusi program tersebut, pelajar berpeluang menyaksikan bahan tinggalan yang dipamerkan dalam muzium dan
bertanya soalan kepada pegawai dan kakitangan muzium supaya dirinya dapat lebih memahami sejarah Malaysia. Soalan
yang ditanya akan dijawab oleh pegawai dan kakitangan yang berpengalaman. Hal ini demikian kerana mereka lebih jelas
tentang sejarah negara dan dapat memberi penerangan yang jelas kepada pelajar. Malahan, lawatan sambil belajar ke
muzium dapat mengubah pandangan pelajar tentang mata pelajaran Sejarah yang dianggap bosan dan seterusnya dapat
memberi ajaran berdasarkan peristiwa-peristiwa penting dalam memerdekakan Tanah Melayu yang terkandung dalam
sukatan mata pelajaran Sejarah. Pendapat tersebut telah dikukuhkan oleh Hanisah (2011) yang menyatakan bahawa
persekitaran pembelakaran yang berbeza dapat mempertingkatkan pemahaman pelajar mengenai sejarah dan sekaligus
menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.
Mohamad Rodzi (2009) telah menyatakan bahawa Pelajar-pelajar Memegang Jalur Gemilang Dengan Bangga
pendidikan sejarah merupakan elemen penting dalam
pembangunan jiwa kebangsaan dalam diri seseorang.
Hal ini demikian kerana seseorang yang memahami
proses pembinaan negaranya akan wujudnya nilai
kewarganegaraan dalam dirinya. Oleh itu, melalui
pendidikan sejarah yang disampaikan oleh muzium,
seseorang individu itu akan berasa bangga terhadap
identitinya sebagai warganegara Malaysia, di mana
pengiktirafan kemerdekaannya telah mengambil
tempoh masa yang sangat panjang serta pengorbanan
yang besar. Maklumat yang disampaikan di muzium
memberi kesedaran kepada generasi muda mengenai
aspirasi generasi lama untuk berjuang demi kemajuan
negara dan seterusnya menyebabkan generasi muda
untuk mendukung impian yang sama. Jadi, melalui
peranan sebagai institusi pendidikan, muzium
merupakan jambatan yang mengikat rapat generasi
kini dengan generasi lama yang berasal daripada satu
bangsa yang sama.
8
4.0 Peranan Kerajaan Membina Negara Bangsa melalui Muzium
Kerajaan perlulah memainkan peranannya yang penting untuk memaksimumkan penggunaan muzium dalam usaha
membina bangsa negara Malaysia. Hal ini terbukti dengan pendapat Mohd Azmi Bin Mohd Yusof dalam Berita JMM.
Menurut beliau:
“Sebagai nadi utama dalam usaha untuk membangunkan modal insan yang akan memacu kemajuan negara di masa
hadapan, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) akan terus berusaha menggarap potensi secara menyeluruh dalam bidang
permuziuman serta bidang lain yang berkaitan.”
(Berita JMM Jilid 26 Bil.3, Sept-Dis 2018)
4.1 Mengadakan Program-Program yang Berkaitan dengan Muzium
Jabatan Muzium Malaysia sering mengadakan kerjasama dengan pelbagai kementerian, jabatan atau agensi kerajaan
yang lain untuk mengadakan program-program menerusi muzium dengan tujuan mempercepatkan proses pembentukan
negara bangsa Malaysia.
4.1.1 Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM)
Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) merupakan program yang dilancarkan oleh Jabatan Muzium
Malaysia bersama Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memanfaatkan sepenuhnya fungsi institusi muzium dalam
membina negara bangsa. Program ini telah disertai oleh 43 buah muzium untuk memastikan peranan muzium dalam
pendidikan. Manakala menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching (2019), IPIM ialah program pendidikan
sebagai usaha mengintegrasikan murid daripada pelbagai latar sosiobudaya melalui konsep silang budaya yang
menggunakan gabungan pendidikan formal dan tidak formal yang boleh diperoleh dari muzium.
Majlis Pelancaran Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium
(IPIM) berlangsung
9
Institusi muzium merupakan penyokong Murid-murid yang Terlibat Dalam Program IPIM
kepada konsep Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) yang sedia ada di sekolah dalam Selain itu, program ini juga Menurut Timbalan Menteri
menyebarkan ilmu pengetahuan terutamanya
ilmu pengetahuan Sejarah. Program ini telah merupakan salah satu usaha kerajaan Pelancongan Seni dan Budaya,
mengadakan lawatan-lawatan murid sekolah
rendah atau sekolah menengah ke sesebuah untuk memaksimumkan fungsi Muhammad Bakhtiar Wan Chik
muzium. Kaedah pembelajaran sambil
melawat sambil belajar ini telah memberi muzium dalam melahirkan pelajar (2019):
pengalaman yang baharu kepada para murid
dan seterusnya meningkatkan minat mereka yang menghayati sejarah negara. Hal “Pembabitan muzium dalam
dalam meneroka sesuatu ilmu pengetahuan ini demikian kerana sejarah pendidikan negara sebenarnya
yang baharu kerana muzium akan merupakan pemacu ke arah memberi kelebihan kepada murid
mempamerkan khazanah warisan negara dan persefahaman dan penerimaan sekolah untuk merasai makna
membentangkan sejarah negara Malaysia terhadap teras kenegaraan yang dapat sejarah dan mengetahui lebih
secara bercerita. Pada masa yang sama, melahirkan dan membentuk jati diri mendalam warisan negara yang
pelajar-pelajar yang bakal menjadi rakyat yang patriotik, taat setia dan perlu dipertahankan dan difahami
pemimpin negara yang lebih cemerlang dari cinta terhadap negara (Berita JMM bagi mewujudkan rakyat cintakan
pelbagai aspek pada masa depan dapat Jilid 27, Januari-April 2019). Apabila negara.”
dilahirkan. muzium dapat menyebarkan sejarah
negara dengan berkesan dalam setiap (Berita Harian, 3 April 2019)
Pandangan ini mendapat sokongan daripada kalangan masyarakat, maka negara
bangsa dapatlah dibina. Dengan bukti-bukti tersebut, sudah
Berita JMM Jilid 27 (Januari-April 2019) terang lagi bersuluh bahawa IPIM
Pendapat di atas juga dapat ditegaskan merupakan salah satu usaha
yang menyatakan bahawa program ini lagi dengan pernyataan yang berikut: kerajaan untuk memanfaatkan
institusi muzium dalam membina
secara langsung dapat memanfaatkan “Program ini juga dapat negara bangsa. Yang Berhormat
memperlihatkan secara jelas peranan Puan Teo Nie Ching juga
sepenuhnya institusi permuziuman dan muzium sebagai sokongan kepada menyatakan bahawa program ini
KPM dalam mencapai objektif telah menonjolkan peranan
menyokong Falsafah Pendidikan mewujudkan modal insan daripada muzium dalam usaha mewujudkan
pelbagai kaum yang memahami satu bangsa yang berusaha sedaya
Kebangsaan dalam melahirkan insan yang sejarah bangsa dan negara serta upaya supaya dapat mewujudkan
melahirkan bangsa yang berdaya persekitaran yang harmoni.
harmonis serta seimbang daripada aspek saing serta berprestasi tinggi ke arah
intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Pertukaran Dokumen pada Program
mewujudkan persekitaran yang
Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM)
harmoni.”
antara Timbalan Menteri Pendidikan,
Teo Nie Ching dan Timbalan Menteri
(Berita JMM Jilid 27, Januari-April
Pelancongan, Seni dan Budaya,
2019)
Muhammad Bakhtiar Wan Chik di
Muzium Negara
10
4.1.2 Program Perdana Bermalam Di Muzium 2018
Program Perdana Bermalam Di Muzium merupakan program yang diadakan untuk membentuk jiwa, memupuk semangat
patriotik yang tinggi dan memberi kesedaran serta ilmu pengetahuan kepada generasi muda untuk menghargai khazanah
warisan negara. Menerusi program ini, pelajar-pelajar menyertai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan negara Malaysia
sepanjang program dilaksanakan. Sebagai contoh, pelajar-pelajar perlu menjawab kuiz Merdeka, melukis lukisan Sayangi
Malaysiaku, mewarna Jalur Gemilang dan sebagainya. Melalui aktiviti-aktiviti ini, generasi muda didedahkan kepada fakta-
fakta mengenai negara. Dr. John Woinarski (2017) dari Charles Darwin University menyatakan bahawa pengetahuan adalah
penting untuk memupuk generasi muda yang boleh membina suatu sistem pentadbiran berteraskan bangsa negara. Jadi,
pengetahuan ini mestilah diterapkan dalam pemuda sejak kecil lagi kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Mereka akan mempunyai asas yang kukuh dalam mempertahankan kemerdekaan serta identiti Malaysia. Justeru, program ini
dapat membentuk pelajar-pelajar menjadi seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab dan cinta akan negara.
Seterusnya, generasi muda pada masa kini adalah kurang kesedaran
terhadap khazanah warisan negara. Hal ini berlaku oleh sebab
kebanyakan pemuda jarang pergi ke muzium dan tidak pernah melihat
khazanah warisan negara. Namun demikian, pelaksanaan program ini
memberi peluang kepada pelajar-pelajar melihat khazanah warisan
negara. Ini juga merupakan peluang mendedahkan kepentingan khazanah
negara kepada mereka kerana khazanah warisan negara ialah aset penting
untuk memperbetulkan kelemahan dan kekurangan yang berlaku dalam
negara pada masa kini. Sebagai contoh, ‘dokumen-dokumen’ penting
yang masih disimpan dalam muzium telah dijadikan rujukan dalam
perjuangan menuntut hak–hak terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963
(MA63). Sehubungan dengan itu, cara pemeliharaan khazanah warisan
negara telah disebarkan melalui program ini supaya aset-aset negara yang
bernilai ini boleh disimpan lama. Singkat katanya, program Perdana
Bermalam di Muzium 2018 berjaya membentuk jiwa, memupuk
semangat patriotisme dan kesedaran serta ilmu pengetahuan telah
dipertingkatkan dalam kalangan pelajar-pelajar. Pandangan tersebut
mendapat sokongan daripada Zolkurnian Hassan (2018), Pengarah
Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah, yang mengatakan bahawa program
ini adalah dipacukan ke arah pembentukan patriotisme yang tinggi dalam
kalangan rakyat yang juga peka terhadap perihal khazanah warisan
negara.
Program Perdana Bermalan Di Muzium 2018 yang dianjurkan oleh Program Perdana Bermalam Di Muzium 2018
Muzium Labuan 11
4.2 Dasar Permuziuman Negara
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah
melancarkan Dasar Permuziuman Negara dalam menentukan hala tuju permuziuman negara dan mampu memberikan impak
jangka masa panjang dalam usaha pemeliharaan serta pemuliharaan warisan sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi negara.
Menurut kepada Portal Rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan
Budaya, kompilasi Dasar Permuziuman Negara dan Garis Panduan
dibahagi kepada dua bahagian iaitu 4 dasar dan 8 garis panduan
berkaitan dengan bidang permuziuman negara. Empat dasar tersebut
ialah Penubuhan Muzium, Pengurusan Koleksi, Pengurusan Konservasi
dan Keselamatan Muzium manakala lapan garis panduan ialah pameran,
penyelidikan, penerbitan, pemasaran muzium, pendidikan dan
pengembangan, kerjasama dan hubungan antarabangsa, pengurusan
sumber manusia dan pembangunan modal insan serta sukarelawan
muzium.
Melalui dasar tersebut, institusi permuziuman negara akan menjadi
lebih dinamik, berstruktur dan menyediakan tadbir urus yang semakin
professional. Apabila institusi muzium dapat ditingkatkan, maka koleksi
kesenian, kebudayaan, sejarah dan artifak dapat dikembangkan dan
dipamerkan dengan lebih berkesan di depan mata orang ramai. Hal ini
memberi kesan positif kepada proses pembinaan negara bangsa kerana
orang ramai mempunyai ruang dan peluang yang lebih luas untuk
melihat koleksi-koleksi tersebut yang mempunyai nilai sejarah dan
kebudayaan. Hal ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap
keistimewaan identiti negara bangsa dan seterusnya rakyat Malaysia
yang bersemangat patriotisme dapat dibentuk.
Hujah tersebut mendapat sokongan daripada pegawai Muzium Kota Majlis Pelancaran Dasar Permuziuman Negara
Kuala Kedah, Mohamad Ruzi bin Sulaiman (2022) melalui temu bual.
Menurut beliau:
“Dasar Permuziuman Negara ini boleh memupuk perpaduan dan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN)
memperkukuhkan integrasi nasional kerana ia direalisasikan merupakan dasar yang digubal dengan mengambil
berdasarkan Dasar Kebudayaan Negara 2021 (DAKEN). Menerusi kira prinsip-prinsip yang terkandung dalam Dasar
pameran berimpak tinggi dan program Pendidikan yang melibatkan Kebudayaan Kebangsaan 1971 dan perkembangan
penglibatan semua kaum ia dapat mengukuhkan perpaduan bangsa dan budaya semasa. Penggubalan dasar ini bertujuan
negara.” untuk memberi penekanan kepada usaha
pengukuhan jati diri dan pembinaan negara bangsa.
(Mohamad Ruzi bin Sulaiman, 2022)
Masyarakat Malaysia yang Berbilang Kaum
12
4.3 Pelan Strategik Yang Dilaksanakan Untuk Meningkatkan Taraf
Instiutsi Muzium Pameran Muzium Alam Semulajadi di
Muzium
Taraf institusi muzium perlulah sentiasa dipertingkatkan supaya muzium-muzium
bersesuaian dengan kegunaan semasa dan memainkan peranannya secara maksimum Gambar yang menunjukkan khazanah
dalam pembinaan negara bangsa. Oleh itu, kerajaan, terutamanya Jabatan Muzium Malaysia di Mini Muzium Negara
Malaysia, perlulah menyediakan pelan strategik dari semasa ke semasa supaya muzium
dapat terus berkembang selaras dengan kehendak semasa. Program lawatan ke muzium sambil
Menurut Datuk Kamarul Baharin Bin A. Kasim (2018), Ketua Pengarah Jabatan Muzium belajar
Malaysia, Penyediaan Pelan Strategik Jabatan Muzium Malaysia 2018-2022 merupakan
satu anjakan ke arah mempertingkatkan peranan Jabatan sebagai sebuah agensi utama
dalam bidang permuziuman yang menyumbang kepada perancangan dan pelaksanaan
agenda pembangunan negara. Pelan ini selaras dengan hasrat Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya untuk memajukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan
kebudayaan bertaraf dunia menjelang tahun 2020 serta mengekalkan jati diri bangsa yang
berteraskan seni, budaya, alam semulajadi dan khazanah negara.
Strategik-strategik yang dirancangkan dalam pelan ini untuk membina negara bangsa
termasuklah strategik penyebaran dan penyemarakan ilmu pengetahuan warisan sejarah,
budaya dan alam semula jadi. Untuk mencapai strategik tersebut, muzium-muzium baharu
ditubuhkan, galeri sedia ada dinaik taraf, pameran-pameran sementara dan pendidikan
muzium yang berimpak tinggi dan bertaraf antarabangsa juga dianjurkan. Laporan
tersebut telah menyatakan kesan pelaksanaan strategik tersebut dengan jelas iaitu:
“Peningkatan kualiti penyebaran, penyemarakan dan pendidikan ilmu pengetahuan
mengenai warisan sejarah, budaya dan alam semula jadi berjaya diterapkan dalam
kalangan masyarakat pelbagai peringkat umur dan latar belakang ke arah pembinaan
bangsa Malaysia yang bertoleransi dan mempunyai jati diri yang tinggi.”
(Pelan strategik 2018-2022)
Selain itu, strategik keempat iaitu pemantapan pemasaran dan pengukuhan muzium
juga dapat menimbulkan kesan positif seperti berikut:
“Meningkatkan apresiasi masyarakat terhadap kepentingan budaya material dalam
pembentukan jati diri bangsa. “
(Pelan strategik 2018-2022)
Daripada pelan tersebut, didapati bahawa usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi
taraf institusi muzium sehingga ke peringkat global dapat melahirkan rakyat Malaysia
yang lebih mempunyai jati diri kerana muzium dapat menyebarkan ilmu pengetahuan
tentang warisan sejarah, budaya dan alam semula jadi dengan berkesan dalam pelbagai
lapisan masyarakat sama ada golongan kaya atau miskin dan golongan muda atau warga
emas. Apabila kerajaan dapat meningkatkan mutu institusi muzium, maka proses
pembinaan negara bangsa juga akan menjadi lebih mudah dan berkesan.
Muzium Muzium Baharu di Sarawak
TLDM yang 13
bertaraf dunia
5.0 Kesimpulan
Melalui peranan muzium dan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan serta kerjasama daripada pelbagai pihak,
semangat patriotisme dapat dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia. Muzium menyebarkan pengetahuan sejarah negara
kepada pengunjung-pengunjung supaya rakyat Malaysia mengakui identiti sebagai seorang bangsa Malaysia dengan bangga
dan sanggup berkorban untuk negara Malaysia dari segi masa, harta, nyawa dan tenaga demi kemakmuran negara Malaysia.
Rakyat Malaysia akan memberitahu orang lain bahawa “Saya merupakan bangsa Malaysia” oleh sebab kebanggaan yang
ikhlas terhadap perjuangan tokoh-tokoh yang bekerjasama tanpa mengira kaum untuk mempertahankan tanah air. Selain itu,
muzium juga dapat mewariskan khazanah dan budaya sejarah Malaysia kepada generasi yang akan datang. Khazanah yang
disimpan di muzium merupakan bukti-bukti tentang sejarah negara yang berpanjangan beberapa dekad dan juga aset sedia ada
yang boleh dijadikan kekuatan Malaysia pada masa hadapan. Sebagai pemeliharaan khazanah, muzium menjaga khazanah
yang berharga ini dengan baik untuk memastikan generasi muda mempunyai peluang untuk menikmatinya. Kebudayaan yang
dipamerkan dalam kaca-kaca muzium juga akan diwarisi oleh generasi muda. Dengan ini, generasi muda dapat memegang
kebudayaan Malaysia dengan kukuh dan mereka akan sedar akan kepentingan menjaga khazanah dan budaya tanah air yang
tercinta. Seperti cerita tokoh-tokoh yang ditunjukkan dalam muzium, rakyat Malaysia mestilah mempertingkat tahap
perpaduan untuk mempertahankan bangsa dan identiti negara. Suatu bangsa negara tidak dapat diwujudkan selaginya rakyat
berpecah-belah.
Jika tiadanya muzium, proses membina bangsa akan dilambatkan kerana terdapat banyak warisan sejarah tidak dapat
ditunjukkan kepada rakyat Malaysia secara visual untuk mendalamkan pengetahuan mengenai negara. Oleh itu, pihak
kerajaan perlu mengeluarkan dan melaksanakan dasar melalui muzium supaya peranan muzium dalam membina bangsa dapat
dimaksimumkan. Pihak kerajaan juga perlu bekerjasama dengan pihak swasta untuk mengadakan pelbagai program melalui
muzium untuk menarik perhatian rakyat Malaysia melibatkan diri dalam program-program tersebut. Secara keseluruhan,
memang tidak boleh dinafikan bahawa muzium memainkan peranan yang penting dalam membina negara bangsa Malaysia di
bawah usaha-usaha kerajaan dan kerjasama pihak-pihak yang lain.
Satu Bangsa,
Satu Jiwa,
Satu Negara.
14
6.0 Rujukan
Akhbar
Aliza Minai Rajab (17 Januari, 2021). Hari ini dalam sejarah : Muzium Melaka dihadiahkan keris Pengisytiharan
Kemerdekaan. Berita PAS Online. Bahan diakses pada 17 Januari 2021, daripada https://berita.pas.org.my/hari-ini-
dalam-sejarah-muzium-melaka-dihadiahkan-keris-pengisytiharan-kemerdekaan/
Mohd Azmi bin Mohd Yusof, Mohd Razaimi bin Hamat dan Mohd Harris Faizal bin Abdul Jalil (Januari-April 2019),
Pelancaran Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM). Berita JMM. Bahan diakses pada Januari-April 2019, daripada
https://web.archive.org/web/20220303015723/http;//www.jmm.gov.my/files/Berita%20JMM%20Jld%2027%20Bil%201%2
0(Januari-April%202019).pdf
MStar urban. versatil (10 September, 2020), Semarakkan jiwa merdeka... Pelbagai info sejarah dan artifak penuhi 4 muzium
ini. Bahan diakses pada 10 September 2020, daripada
https://www.mstar.com.my/travel/destinasi/2020/09/10/semarakkan-jiwa-merdeka-pelbagai-info-sejarah-dan-artifak-
penuhi-5-muzium-ini
Nur Shazreena Ali (7 Mac, 2022), Sarawak sambut baik pembukaan muzium terbesar di Malaysia. Berita Malaysia Now
Online. Bahan diakses pada 7 Mac 2022, daripada https://www.malaysianow.com/my/news/2022/03/07/sarawak-
sambut-baik-pembukaan-muzium-terbesar-di-malaysia
Petah Wazzan Iskandar (3 April, 2019). Muzium pupuk rasa cinta kepada negara. Berita Harian Online. Bahan diakses pada 3
April 2019, daripada http://api.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/04/548541/muzium-pupuk-rasa-cinta-kepada-
negara
Portal Rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (6 April 2021), Dasar Permuziuman Negara Dan Kempen Kembali
Ke Muzium. Berita Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Bahan diakses pada 6 April 2021, daripada
https://www.motac.gov.my/media2/siaran/dasar-permuziuman-negara-dan-kempen-kembali-ke-muzium
TVS (4 August, 2022), Muzium beri sumbangan penting kepada Sarawak menuntut hak MA63. Berita Sarawak Online.
Bahan diakses pada 4 August 2022, daripada https://tvstv.my/2022/08/04/muzium-beri-sumbangan-penting-kepada-
sarawak-menuntut-hak-ma63-abang-johari/
Bahan Internet
Ahmad Farid Abd Jalal, Awang Azman Awang Pawi & Rahimin Affandi Abdul Rahim (2020), “Konsep Muzium Baru:
Analisis Kritikal Pemikiran Kolonial Terhadap Bangsa Melayu” JMS Vol. 3 Issue 1:122 - 147. Dipetik daripada
file:///C:/Users/taysa/Downloads/62650.pdf
Jabatan Muzium Malaysia, “Mengenai Jabatan Muzium Malaysia”. Dipetik daripada http://www.jmm.gov.my/ms/mengenai-
jabatan-muzium-malaysia
Jabatan Muzium Malaysia, “Mengenai Muzium Negara”. Dipetik daripada http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-
negara
John Woinarski (2017), “We need our country; our country needs us”. Dipetik daripada https://theconversation.com/we-
need-our-country-our-country-needs-us-77944
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (2019), “Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”. Dipetik daripada
https://www.epu.gov.my/sites/default/files/2020-02/ringkasanWKB2030.pdf
Lelawathi Napiah, Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad, Shakila Che Dahalan (2019), “Museum Based Learning in History
Education to Enhance Patriotism among Students” Social Sciences, Education and Humanities (GCSSSEH), Volume 2,
2019. Dipetik daripada file:///C:/Users/taysa/Downloads/icosh2-2019-78%20(1).pdf
Mohamad Rodzi Abd Razak (2009), “PEMBINAAN NEGARA BANGSA MALAYSIA: PERANAN PENDIDIKAN
SEJARAH DAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN” JEBAT Vol. 36 90-106. Dipetik daripada
file:///C:/Users/taysa/Downloads/Jebat2009_Rodzi.pdf
Mohd Zaini Othman (2019), “Masyarakat beradab dan pembinaan negara bangsa”. Dipetik daripada
https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/masyarakat-beradab-dan-pembinaan-negara-bangsa/
National Musuem, “About the National Musuem”. Dipetik daripada http://www.muziumnegara.gov.my/index.php/en/about-
national-museum
Buku Bacaan
Abu Talib Ahmad (2008). State Museums And Their Representations Of The Past In Malaysia, University of California
Press, California
Marcus, A.S., Stoddard,J.D, & Woodward,W.W. (2012). Teaching History with museum. New York, NY: Routledge.
Kamus
Kamus Dewan, Edisi Keempat, (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Temu Bual
Mohamad Ruzi Bin Sulaiman (23 December 2022). Peranan muzium dalam pembinaan bangsa negara.