IBU ZAIN
“Agama dididik, moden dibela.
Dunia dikelek, akhirat ditatang”
Biodata Pelajar
KATEGORI SEKOLAH RENDAH
Nama Penuh Peserta : BEH JIEN MENG
Nama Sekolah : SJK(C) NAM HENG
Daerah : PASIR GUDANG
Nama Penuh Guru Pembimbing : PUAN TAY LEE FUNG
Pendahuluan
Ibu Zain atau nama sebenarnya Tan Sri
Hajah Zainon binti Munshi Sulaiman (22
Januari 1903 – 2 April 1989) ialah pelopor
wanita Melayu dalam bidang pendidikan
dan tokoh politik yang berpengaruh.
Penggerak aktivis pendidikan dan pejuang
wanita, beliau berjaya menyemarakkan
perkembangan nasionalisme tanah air.
Biodata Tokoh
Ibu Zain dilahirkan di Kampung Nyalas,
Melaka. Anak kepada Munshi Sulaiman, seorang
guru agama Islam dan Bahasa Melayu, dan Siti
Shahariah Haji Khamis, telah menerima didikan
pra-sekolah di Bandar Hilir dan kemudiannya di
Sekolah Rendah Perempuan Methodist Kampung
Belanda, Tengkera, Melaka (1909-1912) diikuti
Tengkera School (1913-1915) dan lulus Junior
Cambridge. Pencapaian akademik beliau tidak
ramai yang mampu digapai kerana sebelum
negara mencapai kemerdekaan, tidak ramai
wanita yang menerima pendidikan formal dan
berpendidikan tinggi.
Pada tahun 1921, beliau berhijrah ke Muar
untuk berkhidmat di Sekolah Perempuan Bandar
Maharani. Pada tahun 1959, beliau dipilih
sebagai wakil rakyat bagi kawasan Pontian
Selatan.
Pada tahun 1934, Ibu Zain mendirikan
rumah tangga dengan Encik Haji Amin bin Ahmad
pada pada usia 31 tahun dan dikurniakan tiga
cahaya mata iaitu Adibah, Fadzilah dan Sulaiman
Shakib.
Ibu Zain meninggal dunia pada 2 April 1989
di Johor Bahru kerana sakit barah dalam perut
dan disemadikan di Makam Mahmoodiah, Johor
Bahru.
Rasionalisasi Pemilihan Tokoh
Beliau seorang yang berpandangan jauh. Beliau sedar
ilmu ialah kunci pembentukan jati diri dan cuba dengan
sedaya upaya untuk menarik minat dan memberi
peluang agar lebih ramai kaum wanita pandai membaca
dan menulis. Beliau sering mengingatkan wanita
berkaitan dengan kepentingan ilmu pengetahuan untuk
mengangkat martabat wanita.
Kelebihan Tokoh
Ibu Zain akan menggunakan peluang yang ada untuk
menimba ilmu. Hal ini dapat dilihat semasa pendudukan Jepun,
Ibu Zain telah mempelajari Bahasa Jepun. Kebolehannya
berbahasa Jepun dalam masa singkat menyebabkan beliau
dihormati oleh pegawai dan askar dari negara matahari terbit itu.
Oleh itu, Ibu Zain dibenarkan untuk terus mengajar di sekolahnya
dengan syarat Bahasa Jepun juga perlu diajar.
Selain itu, Ibu Zain turut mempelajari Bahasa Arab.
Walaupun telah mempelajari bahasa al-Quran ini daripada
ayahnya, tetapi beliau tetap mendalami Bahasa Arab daripada
Haji Fadzullah Suhaimi.
Dalam perjalanan ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji
pada tahun 1933, beliau telah berjaya mempelajari tafsir al-
Quran. Di samping menunaikan haji, Ibu Zain juga melawat
beberapa buah sekolah di Mesir dalam usaha memajukan sistem
pendidikan tanah air.
Bukti Kredibiliti Tokoh
1947 - Dikurniakan Pingat Ibrahim Sultan (PIS) oleh
DYMM Sultan Johor
Wanita pertama mendapat pingat tersebut
1957 - dianugerahkan pingat JMN oleh Yang di-Pertuan
Agong
1957 - Tokoh Guru sempena Hari Guru
1974 - Pingat Tun Fatimah daripada Majlis Kebangsaan
Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia
1975 - Ijazah Kehormat Sarjana Muda Sastera oleh UKM
1979 - dianugerahkan Darjah Kebangsaan Panglima Sri
Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri dari SPB
Yang Dipertuan Agong ke VI, Almarhum Sultan
Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail
1980 - anugerah Suluh Budiman
1982 - dinobatkan sebagai Tokoh Sastera
1983 - anugerahTokoh Pendidikan
Beliau - juga turut mendapat anugerah luar Negara seperti
pingat - Lady Of Burma daripada Kerajaan Myanmar.
Gambar Ibu Zain ketika menerima Anugerah Tokoh Guru 1975.
Pada waktu itu, Tun Dr Mahathir merupakan Menteri Pelajaran
Malaysia. Sumber: Utusan Malaysia
Jasa dan Sumbangan Tokoh
Hasil usaha Ibu Zain menganjurkan Tabung Derma
Pelajaran Tinggi untuk Anak Perempuan Melayu
Semenanjung, Kolej Puteri Tunku Ampuan Mariam berjaya
ditubuhkan pada tahun 1948. Beliau juga mengasaskan
sekolah agama petang yang merupakan sekolah agama
perempuan yang pertama di Johor.
Pada April 1930, beliau mengusahakan penerbitan
majalah Bulan Melayu yang memuatkan berita kemajuan
dan pendidikan wanita.
Menyedari nasib kaum wanita yang dipinggirkan, Ibu
Zain menubuhkan Kumpulan Ibu Sepakat semasa
pendudukan Jepun pada 1945. Kumpulan ini bergabung
dengan Pergerakan Melayu Semenanjung pimpinan Dato’
Onn Jaafar menentang penjajah. Pada tahun 1948, beliau
dilantik menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor dan
seterusnya menjadi Ketua Kaum Ibu Malaya di
Perhimpunan Agung UMNO Kuala Kangsar pada tahun
1950.
Beliau turut memainkan peranan penting dalam
mendaulatkan Bahasa Melayu. Penglibatan beliau dalam
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun 1956
sehingga penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada
1958.
Penutup
Usaha beliau bukan sahaja meningkatkan taraf pendidikan malah
menyemarakkan perkembangan nasionalisme. Perjuangan dan bakti
Ibu Zain walaupun terhenti apabila negarawati ini meninggal dunia
pada 2 April 1989, namun
“Agama dididik, moden dibela.
Dunia dikelek, akhirat ditatang”
ditinggalkan oleh Allahyarhamah Tan Sri Hajah Zainun Sulaiman untuk
renungan dan teladan generasi kini. Ibu Zain bukan sahaja seorang
pendidik sejati tetapi juga patriot yang tidak pernah patah semangat
dalam memperjuangkan hak wanita dan bangsa tanah air.
Rujukan
Ridzuan bin Hasan, Sharifah Afidah binti Syed Hamid, Muslimin bin Fadzil,
Subramaniam a/l Raman; Sejarah Tingkatan 4; Dewan Bahasa dan Pustaka;
2019
Arkib Negara Malaysia http://www.arkib.gov.my/web/guest/tan-sri-hajah-
zainun-bt-munshi-sulaiman
Perpustakaan Negara Malaysia
https://www.pnm.gov.my/yangpertama/Edu_Guru_PHOTO1.htm
https://ms.wikipedia.org/wiki/Zainon_Munshi_Sulaiman
https://www.malaycivilization.com.my/exhibits/show/tokoh-pemikir-alam-
melayu/ibuzain
https://www.thestar.com.my/news/nation/2007/01/28/ibu-zains-blazing-
trail