The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ieynarisyasyanis, 2021-10-25 07:47:35

flipbook asiah samiah

flipbook asiah samiah

ASIAH SAMIAH

IEYNARISYA SYANIS

SINOPSIS

Asiah Samiah merupakan sebuah drama yang mengisahkan tentang penderitaan seorang
wanita jelita akibat haknya dinafikan oleh suaminya Misa Sagaraga. Haknya untuk
bersuara, haknya untuk berbuat sesuatu, bahkan segala-galanya telah ‘dimatikan” oleh
Misa Sagaraga menyebabkan Asiah Samiah iaitu anak kepada Tuan Setiawan Tanjung ini
berasa tertekan, dan kemudian menjadi tidak siuman sehingga menyebabkan dia mati.

Drama Asiah Samiah ini digerakkan oleh babak-babak imbas kembali yang disorot
menerusi watak Marga Tua. Marga Tua merupakan saksi kepada pemderitaan Asiah
Samiah sebagai seorang wanita yang dinafikan hak dan cintanya. Marga Tua juga menjadi
saksi kepada kebobrokan (kejahatan) sikap manusia yang menyumbang kepada
penderitaan Asiah Samiah.

Semasa muda, Marga adalah guru Bahasa kepada Asiah Samiah. Dalam diam, dia
menaruh hati kepada Asiah Samiah. Namun dia tidak meluahkan hasrat hatinya itu kerana
mendapati Asiah Samiah mencintai sahabat baiknya sendiri iaitu Anas Samanda.

Penderitaan Asiah Samiah bermula apabila ayahnya dan ibunya (Puan Suari Alimin) telah menerima
lamaran seorang lelaki, Misa Sagaraga yang kaya-raya tetapi dia telah pun berkahwin sebanyak 20 kali
sebelumnya. Asiah Samiah sebenarnya mencintai Anas Samanda iaitu seorang pemuda miskin. Tetapi
ayahnya berkeras hendak menjodohkan anaknya dengan Misa Sagaraga dan Asiah Samiah tidak mampu
menolak kehendak ayahnya itu.

Ukuran kebahagiaan bagi Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin ialah apabila anaknya memiliki
harta kekayaan, kemewahan dan menikmati kesenangan tanpa had. Ibu bapa Asiah Samiah sangat
mengagumi Misa Sagaraga sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya dan terkaya. Namun kekayaan
Misa Sagaraga sebenarnya adalah hasil perniagaan haram dan perbuatan rasuah.

Penderitaan dan konflik jiwa Asiah Samiah semakin melebar apabila Misa Sagaraga merancang untuk
mengubah keperibadian Melayu dalam diri Asiah kepada jiwa kebaratan. Bagi Misa Sagaraga, gaya
kebaratan itu lebih mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Misa Sagaraga ingin perkahwinannya dilangsungkan di hotel besar secara mewah. Misa Sagaraga mahu
menjemput chef (tukang masak) dari Perancis serta pelaminnya dibuat oleh pereka dalaman yang terbaik
walaupun bayarannya sangat mahal.

Sesudah berkahwin, Misa sagaraga memaksa Asiah Samiah melayan kehendak nafsunya
secara keras dan hina. Bagi Misa Sagaraga, nilai perempuan atau isteri itu adalah begitu rendah
dan hanya sebagai hamba kepada lelaki yang kaya-raya seperti dirinya. Asiah Samiah
menerima cacian dan hinaan oleh Misa Sagaraga saban hari. Penderitaannya bertambah
apabila dia mendapati dirinya hamil daripada benih lelaki/suami yang tidak dicintainya. Dia
melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Laila Anurisah.

Akibat terlalu menderita dan mengalami kesedihan, Asiah Samiah hilang kewarasan dan tidak
dapat menjaga Laila Anurisah. Asiah Samiah meninggalkan anak dan suaminya dalam keadaan
tidak siuman. Penderitaan Asiah Samiah beralih kepada Laila Anurisah apabila Misa Sagaraga
menganggapnya anak sial. Laila Anurisah diusir keluar dari rumah itu dan diselamatkan oleh
Marga. Dia memelihara Laila Anurisah sehinggalah kanak-kanak itu meningkat remaja.

Setelah remaja, Laila Anurisah dirampas kembali oleh Misa Sagaraga daripada jagaan Marga.
Misa Sagaraga turut membunuh Anas Samanda kerana pemuda itu terlibat dalam perjuangan
menentang ketidakadilan sosial serta kezaliman yang berlaku dalam masyarakat. Menjelang
dewasa, Laila Anurisah datang menemui Marga (kini sudah tua) dan bertanyakan khabar
mengenai ibunya. Laila yang telah disangkakan sudah mati di tangan ayahnya, rupanya masih
hidup kerana diselamatkan oleh Pak Leh dan Siti Bunirah. Marga Tua telah menyatakan ibunya,
Asiah samiah telah pun meninggal dunia. Jawapan yang memilukan diterima oleh Laila
Anurisah.

TEMA

Tema drama ini bertemakan kemasyarakatan, iaitu bertitik tolak daripada
ketidakadilan sosial yang berlaku dalam masyarakat.

Drama ini membawa kehidupan masyarakat yang terdiri daripada golongan
yang mempunyai pengaruh, kuasa dan kekayaan wang ringgit yang
berhadapan dengan masyarakat golongan bawahan yang tertindas.

Golongan yang tertindas cuba untuk merubah keadaan, tetapi tidak berjaya
kerana mereka serba serbi kekurangan sama ada dari sudut pengaruh,
kuasa atau kekayaan. Akhirnya perjuangan golongan ini menemui
kegagalan.

PERSOALAN/ PEMIKIRAN

 Persoalan tentang pengaruh, kuasa dan kekayaan.
 Persoalan tentang percintaan yang terhalang
 Persoalan tentang kesetiaan dalam percintaan
 Persoalan tentang kasih sayang
 Persoalan tentang perjuangan menuntut hak.
 Persoalan tentang perbezaan darjat atau keturunan.
 Persoalan tentang kepentingan pendidikan.
 Persoalan tentang kepercayaan kepada bomoh.

PLOT

EKSPOSISI/ PERMULAAN

Marga Tua terus menunggu Asiah Samiah Tua untuk
mengikuti perkembangannya kerana Asiah Samiah Tua
kurang siuman dan sering menyanyi dan bercakap-cakap
disebabkan peristiwa yang dilaluinya dulu.

PERKEMBANGAN

Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin
memberikan kasih saying dan kesenangan yang
sepenuhnya kepada Asiah Samiah Muda tetapi tidak
memberikan kebebasan kepada Asiah Samiah. Anak
gadis kecil itu telah melahirkan cintanya kepada Anas
Samanda, seorang lelaki muda yang mempunyai
kesempurnaan tetapi miskin.

KONFLIK

Cinta Asiah Samiah dihalang oleh Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin yang ingin
menjodohkannya dengan hartawan yang memiliki kuasa , pangkat, dan harta yang melimpah
ruah dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kepuasan hatinya. Hal ini tidak dipersetujui
oleh Asiah Samiah kerana cinta dan impiannya hanya satu, iaitu untuk hidup dengan Anas
Samanda.

PUNCAK/ KLIMAKS

Akhirnya, Asiah Samiah aku dengan kehendak orang tuanya lalu berkahwin dengan Misa
Sagaraga. Asiah Samiah berasakan seperti dia telah mengkhianati cinta sucinya terhadap Anas
Samanda. Hasil perkahwinan tersebut lahirnya seorang anak kecil bernama Laila Anurisah.
Nama yang cantik itu telah lama diinginkan oleh Asiah Samiah. Asiah akhirnya melarikan diri
dari rumah Misa Sagaraga.

PELERAIAN

Laila Anurisah telah dijaga oleh Pak Leh dan Siti Bunirah. Akhirnya, Laila telah menemui Marga
Tua dan dia mendapati ibunya, Asiah Samiah telah meninggalkan dunia ini.

Watak dan Perwatakan

Asiah Samiah
 Seorang gadis yang cantik.
 Seorang yang penyayang dan setia
 Anak kepada Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin .
 Seorang yang meminati Bahasa dan sastera.
 Seorang yang tidak sombong, berbudi bahasa dan bersopan santun.
 Seorang yang kurang waras
 Seorang anak yang taat perintah orang tua.
 Seorang yang gigih berusaha dan tidak berputus asa.

Anas Samanda
 Seorang yang kacak
 Seorang yang dicintai oleh Asiah Samiah, namun beliau lebih cenderung

memperjuangkan hak diri dan keluarga.
 Seorang lelaki perkasa, idealis, tampan, anggun dan berani.
 Seorang yang mahu memerangi ketidakadilan
 Seorang yang miskin
 Seorang yang baik budi bahasanya
 Seorang yang romantis.
 Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga.

Marga
 Seorang yang berpengetahuan luas.
 Seorang yang berpendidikan tinggi.
 Seorang pekerja yang setia.
 Seorang yang bertanggungjawab sebagai anak sulung.
 Seorang yang realis
 Seorang yang prihatin
 Seorang yang mencintai Asiah dalam diam.

Misa Sagaraga
 Seorang yang kaya raya
 Seorang yang berkuasa dan dihormati.
 Seorang yang zalim dan menindas.
 Seorang yang kejam dan rakus
 Seorang yang mementingkan imej diri.
 Seorang tokoh yang berpengaruh.
 Seorang yang mementingkan nafsu.
 Seorang yang cuba memiliki harta sebanyak mungkin yang boleh.
 Seorang yang aktif membeli saham-saham mewah dan menguasai syarikat besar.

NILAI/ PENGAJARAN

NILAI PENGAJARAN

Hormat- Kita hendaklah menghormati kedua ibu bapa dan orang yang lebih
menghormati tua dari kita.
Bertanggungjawab
Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjalankan amanah
yang telah diberikan.

Sepakat/ kerjasama Kita hendaklah bekerjasama sesama masyarakat jika sesuatu hak
telah diambil oleh pihak luar bukannya dengan menerima tawaran
Keberanian yang telah diberikan.
Kasih-sayang
Kita hendaklah berani untuk memperjuangkan hak daripada orang
lain.

Kita mestilah saling sayang-menyayangi antara ahli keluarga kita.

Rasional Kita hendaklah bersikap rasional apabila membuat sesuatu
keputusan supaya tindak-tanduk kita dihargai dan dihormati orang
lain.

SUDUT PANDANGAN

Sudut pandangan drama Asiah Samiah ialah Sudut Pandangan Orang Ketiga. Sudut
Pandangan Orang Ketiga merupakan sudut pandangan yang melibatkan pengarang secara
langsung sebagai seorang pencerita kerana pengarang bukanlah mana-mana watak dalam
cerita. Pengarang menggunakan watak lain dan mempunyai kebebasan untuk
menceritakan segala peristiwa yang berlaku. Pengarang cuba menyelami segala peristiwa,
tempat, pemikiran, perasaan, dan lain-lain berdasarkan apa-apa yang disaksikan,
pengalaman, dan khayalan dengan menggunakan watak sebagai orang yang ketiga.
Pengarang akan menjadi orang yang serba tahu dalam cerita tersebut.

Sebagai contoh, Marga Tua telah menggunakan kata ganti nama diri ketiga iaitu ‘dia’
apabila menceritakan tentang Asiah Samiah.

‘Berikan saya tiga dalil mengapa saya tidak boleh menjadi gila! Pertama, kerana dia
merasuk saya! Kedua, kerana dia mengganggu ketenteraman saya. Ketiga, kerana dia
sudah berbuat demikian selama lebih 15 tahun!’ (mukasurat 192)

LATAR TEMPAT

• RUMAH ASIAH SAMIAH

Peristiwa Misa Sagaraga yang berkunjung ke rumah Asiah Samiah telah mendorongnya untuk menyuruh
pembantunya menyiasat tentang Asiah Samiah

• KAWASAN KAMPUNG

Penduduk kampung meminta bantuan Misa Sagaraga dalam pelbagai masalah yang dihadapi oleh mereka
dan Misa Sagaraga berjanji akan membantu mereka menyelesaikannya.

• PENJARA

Anas Samanda telah mati dalam perjuangannya kerana dihukum hukuman mati. Marga Tua pula
dipenjarakan kerana hadir dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh Anas Samanda.

• RUMAH MISA SAGARAGA

Laila telah diusir keluar dari rumahnya dan Marga telah mengambil dan memeliharanya. Anas Samanda yang
telah lama menghilangkan diri tiba-tiba muncul dengan semangat perjuangannya yang ingin menegakkan
keadilan.

LATAR MASA

o ZAMAN MUDA

Peristiwa imbas kembali zaman muda Asiah Samiah yang amat dikasihi oleh kedua-dua orang tuanya, Tuan
Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin.

Imbas kembali hubungan Asiah Samiah dan Anas Samanda yang tidak dipersetujui oleh keluarga Asiah
Samiah.

o 15 TAHUN

Sejak 15 tahun yang lalu, Marga Tua berada di jalan itu mendengar Asiah Samiah Tua menyanyi.

Kesetiaan dan keistimewaan Asiah Samiah dalam berkata-kata seperti seorang sasterawan menyebabkan
Marga Tua tetap mengikut perkembangannya.

o 20 TAHUN

Marga Tua telah bekerja selama 20 tahun dan tidak pernah menunjukkan sikap-sikap belot atau berpaling
tadah dalam pekerjaan yang dilakukannya.

LATAR MASYARAKAT

1. MASYARAKAT YANG BERANI MEMPERJUANGKAN HAK

Contohnya: Anas Samanda mewakili kelompok masyarakat anak muda yang berani memperjuangkan hak
milik keluarganya apabila tanahnya diambil oleh Misa Sagaraga untuk dibina kondominium walaupun
terpaksa menentang Misa Sagaraga yang berkuasa dan berpengaruh termasuklah sanggup berhadapan
dengan maut.

2. MASYARAKAT YANG PENYAYANG

Contohnya: Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin sangat menyayangi anak mereka iaitu Asiah
Samiah sehingga sanggup memilih orang yang berkuasa dan berharga untuk dijadikan menantu demi
memastikan anak mereka bahagia.

3. MASYARAKAT YANG PRIHATIN TERHADAP ORANG LAIN

Contohnya: Marga dan Pak Leh yang bertanggungjawab menjaga kebajikan Laila Anurisah apabila Asiah
Samiah tidak dapat menjaganya akibat mengalami masalah mental.

4. MASYARAKAT YANG SETIA BEKERJA

Contohnya: Marga Tua telah bekerja selama 20 tahun dan tidak pernah menunjukkan sikap-sikap untuk
membelot atau berpaling tadah dalam pekerjaan yang dilakukannya.

5. MASYARAKAT YANG SUKA MEMBERI NASIHAT

Contohnya: Marga Muda sering bertindak tegas dan sentiasa memberikan nasihat berguna kepada Anas
Samanda supaya menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat.

6. MASYARAKAT YANG PATUH AKAN IBUBAPA

Contohnya: Asiah Samiah sangat patuh kepada ibu bapanya dengan bersetuju tentang keputusan mereka
untuk memgahwinkan beliau dengan Misa Sagaraga walaupun Asiah sangat mencintai Anas Samanda.

7. MASYARAKAT YANG MEMENTINGKAN PENDIDIKAN

Contohnya: Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin mementingkan pendidikan dengan sanggup
mengupah guru, munsyi, tutor, dan guru mengaji demi memastikan Asiah Samiah menerima pendidikan
termasuklah Bahasa dan sastera.

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version