The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOKOH PEMIMPIN MALAYSIA (TUN HUSSEIN ONN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-6751669, 2021-09-04 05:14:51

TOKOH PEMIMPIN MALAYSIA (TUN HUSSEIN ONN)

TOKOH PEMIMPIN MALAYSIA (TUN HUSSEIN ONN)

TOKOH PEMIMPIN
MALAYSIA

Tun Hussein bin Dato' Onn

NAMA : NURAIN QISTINA BINTI ABD RAHIM
TINGKATAN : 4 CEKAL
NAMA GURU SEJARAH : PUAN SHAH RENA

BINTI HUSSIN

KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGHARGAAN 1
PENGENALAN 2
LATAR BELAKANG 3
4
SUMBANGAN 5
PERSARAAN
GARIS MASA 6-7
TUN HUSSEIN ONN
8-9
LAMPIRAN

PENGHARGAAN

Saya Nurain Qistina Binti Abd Rahim mengucapkan
terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru
matapelajaran sejarah saya Shah Rena Binti Hussin kerana
telah membimbing dan tunjuk ajar saya sepanjang
penyiapan buku skrap yang bertajuk Tokoh Pemimpin
Malaysia.

Selain itu saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada ibu saya iaitu Alimahtun Sadiah Binti Belia
kerana mendorong saya sepanjang penyiapan buku skrap ini.
Seterusnya, kawan-kawan saya iaitu Safura Binti
Nazaruddin yang menyokong dan membantu semasa
membuat buku skrap ini.

Akhir sekali, saya hendak mengucapkan jutaan terima
kasih kepada orang yang menyokong saya sepanjang
penyiapan buku skrap yang bertajuk “Tokoh Pemimpin
Malaysia”. Saya menghargai kerjasama dan jasa baik anda
semua.
Sekian terima kasih.

PENGENALAN

Tun Hussein bin Dato' Onn merupakan Perdana Menteri
Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga
1981. Beliau dilihat sebagai seorang yang amat ikhlas dalam
perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan
mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa
yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di
dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan
perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein
Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

Beliau dilahirkan di Johor Bahru serta merupakan anak
sulung kepada Dato' Onn Jaafar yang
menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) pada tahun 1946. Beliau menerima
pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini
Telok Kurau Primary School dan di English
College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru.
Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan
Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun
kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst,
di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai
Regimen Hyderabad ke-19 (Tentera India) dan berkhidmat
di Timur Tengah sewaktu peperangan. Selepas peperangan,
kerajaan British melantik kerajaan beliau sebagai pengajar
di "Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya"
di Rawalpindi.

LATAR BELAKANG

 Tun Hussein Onn terlibat secara aktif dalam peperangan
di Mesir, Syria, Palestin, Iran dan Iraq bernula pada
tahun 1942.

 Beliau ditempatkan di Cawangan Perisikan Ibu Pejabat
Tentera British, India di New Delhi apabila Perang Dunia
Kedua meletus di rantau Asia.

 Beliau dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang
baru dan melatih para pejuang bawah tanah Malaya
menentang tentera Jepun yang menawan Malaya.

 Beliau pulang ke Malaya (dahulu Persekutuan Tanah
Melayu, kini Semenanjung Malaysia) pada 1945 dan
dilantik sebagai Komandan Depot Polis Johor Bahru.

 Beliau bersara daripada perkhidmatan ketenteraan
dengan berpangkat kapten, satu pencapaian yang cukup
cemerlang bagi seorang bumiputera semasa penjajahan
British.

 Beliau dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan
menepati masa, selama 6 tahun berkhidmat dalam
tentera.

 Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai
Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor dan
pernah bekerja di negeri Selangor sebagai pegawai daerah
untuk Klang dan Kuala Selangor.

SUMBANGAN

 Di bawah pentadbiran Tun Hussein Onn, Kementerian
Pelajaran terus meningkat maju.

 Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau telah
meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan
oleh Tun Abdul Razak khususnya dalam
menggerakkan Dasar Ekonomi Baru.

 Sebagai seorang pemimpin, beliau arif tentang hal ehwal
keselamatan dan memberi penekanan kepada konsep
Rukun Negara dan perjuangan terhadap ancaman dadah.

 Angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesar dan
dipermodenkan.

 Semasa dalam tempoh darurat, usaha membenteras
pengganas komunis di hutan dan bandar telah
diperhebat malah golongan yang bersimpati dengan
aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan
pengnitipan yang dikatakan berjaya

 Ketika ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi
dunia, beliau berjaya mengawal keadaan dan membantu
Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial.

 Beliau telah berjaya melancarkan Rancangan Malaysia
Keempat pada bulan April 1981.

 Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah
Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana
amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti
bumiputera dalam ekonomi negara.

 Sumbangan beliau yang terbesar ialah menegakkan tiang
keamanan yang kukuh.

PERSARAAN

 Selepas Tun Hussein Onn meletakkan jawatannya
sebagai Perdana Menteri, beliau masih aktif dalam
pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata
dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS)
semasa hayatnya.

 Beliau memainkan peranan utama dalam
pertubuhan Hospital Mata Tun Hussein Onn.

 Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Institut Kajian
Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan penasihat
kepada Petronas.

 Sewaktu krisis kepimpinan UMNO yang berlaku pada
tahun 1987, hubungan Tun Hussein Onn dengan Tun Dr.
Mahathir menjadi buruk kerana beliau menyokong "Team
B" bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman dan
menjadi pengkritik yang kuat terhadap pentadbiran Tun
Dr. Mahathir.

 Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Selasa,
29 Mei 1990, sewaktu berumur 68 tahun di Pusat
Perubatan Seaton, San Francisco, Amerika
Syarikat kerana serangan sakit jantung dan disemadikan
pada hari Jumaat di Makam Pahlawan, Masjid
Negara, Kuala Lumpur.

GARIS MASA
TUN HUSSEIN ONN

1922: Dilahirkan di 1942 (umur 20): 1945 (umur 23): Pulang
Johor Bahru pada 12 Terlibat secara aktif ke tanah air dan dilantik
Februari. dalam peperangan di sebagai Komandan Polis
Mesir, Syria, Palestin Johor Bahru.
dan Iraq.

1946 (umur 24): Menyertai 1950 (umur 28): Dilantik 1951 (umur 29): Menyertai
ayahandanya dalam bidang sebagai Ketua Pergerakan ayahandanya keluar dari
politik apabila Dato’ Onn bin Pemuda UMNO yang pertama; UMNO dan menubuhkan
Jaafar menubuhkan juga dilantik sebagai ahli Independent of Malaya Party
Pergerakan Melayu Johor Majlis Mesyuarat Persekutuan (IMP) dan kemudiannya
Semenanjung dan dilantik disamping menduduki Majlis Parti Negara.
sebagai Penolong Mesyuarat Perundangan
Setiausaha Agung UMNO. Negeri Johor dan Majlis Kerja
Negeri Johor.

1958 (umur 36): 1964 (umur 42): 1969 (umur 47):
Mendapat ijazah Menyertai UMNO Dilantik sebagai ahli
undang-undang di semula atas pelawaan jawatankuasa Kerja
Lincoln's Inn, England. birasnya, Tun Abdul UMNO (kini Majlis Kerja
Razak, Yang DiPertua Tertinggi UMNO) pada
UMNO. Jun.

1970 (umur 48): 1972 (umur 50): Dipilih 1973 (umur 51): Dilantik
Menjadi Menteri sebagai Naib Presiden sebagai pemangku Timbalan
Pelajaran pada UMNO. Presiden pada 8 Ogos oleh
September. Majlis Tertinggi UMNO
berikutan kematian Tun Dr.
Ismail. Juga dilantik sebagai
Timbalan Perdana Menteri
pada 13 Ogos dan memegang
portfolio Menteri Perdagangan
dan Perindustrian.

1976 (umur 54): Disahkan 1978 (umur 56): 1981 (umur 59): Menyatakan
sebagai pemangku Presiden Menang jawatan hasratnya untuk tidak
UMNO berikutan kematian Presiden UMNO tanpa mempertahankan jawatan
Tun Razak. Menjadi Perdana bertanding. Presiden UMNO sekaligus
Menteri Malaysia yang mengundurkan diri dari
ketiga pada 15 Januari. kepimpinan negara.
Meletakkan jawatan sebagai
Perdana Menteri negara pada
Julai 1981 atas sebab
kesihatan dan diambil alih oleh
Dato' Seri Dr Mahathir
Mohamad.

1990 (umur 68): Pulang ke
Rahmatullah pada 29 Mei
1990 di San Francisco,
Amerika Syarikat kerana
serangan sakit jantung.
Allahyarham disemadikan
di Makam Pahlawan, Masjid
Negara.

LAMPIRAN

Tun Hussein bin Dato' Onn

. Logo Institut Kajian Strategik
dan Antarabangsa (ISIS)
Logo Skim Amanah Saham
Nasional (ASN)

Logo United Malays National Hospital Mata
Organisation (UMNO) Tun Hussein Onn

Makam Pahlawan, Masjid SMK Desa Tun Hussein Onn
Negara, Kuala Lumpur

Sekolah Menengah Universiti Tun Hussein Onn
Kebangsaan Bandar Tun Malaysia (UTHM)

Bandar Tun Hussein Onn
MRT Station


Click to View FlipBook Version