The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ummirose0801, 2021-12-21 10:53:27

Ummi Juwairiyah (Kumpulan 1)(Etika)-2

Ummi Juwairiyah (Kumpulan 1)(Etika)-2

PENTADBIRAN PERNIAGAAN PENGURUSAN RISIKO
DAN TAKAFUL

NAMA : UMMI JUWAIRIYAH BINTI ROSE RIDZWAN SHAH
NO MATRIK : 065977

PENGENALAN Kajian kerja lapangan yang dijalankan ini bertajuk Perspektif Komuniti
Terhadap Golongan LGBT adalah akronim merujuk kepada golongan
OBJEKTIF lesbian,gay,biseksual, dan transeksual. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi
Keempat ( 2005), gender atau jantina membawa maksud golongan jenis
ANALISIS DAN kata dalam tatabahasa sesuatu bahasa seperti maskulin, feminin dan
PERBINCANGAN neuter. Definisi transgender menurut kajian ialah individu atau golongan
yang mempunyai kecelaruan identiti serta nafsu dan shahwat yang
bertentangan dengan aktiviti luar tabi’in manusia kerana ingin mengubah
ciptaan yang telah ditetapkan oleh tuhan. Pelbagai faktor yang
mendorong gejala ini berlaku. Terdapat juga perselisihan pandangan
tentang isu ini . Di Malaysia hanya agama Islam dan agama Kristian yang
mengharamkan penukaran jantina. Melihat adanya masalah LGBT maka
penyelidik melakukan penyelidikan untuk mengumpul informasi tentang
bagaimana pandangan daripada pelbagai perspektif tentang LGBT.

Terdapat tiga objektif kajian ini dilakukan, antaranya ialah :

1. Mengetahui pandangan masyarakat terhadap golongan LGBT. (
apa yang digambarkan mengenai LGBT )

2. Mengetahui sikap masyarakat terhadap LGBT ( diskriminasi,
sokongan dan tindakan yang perlu dilakukan.

3. Menambah pengalaman masyarakat dalam menghadapi masalah
LGBT iaitu pengalaman langsung atau tidak langsung dan
tindakan yang perlu dilakukan untuk mengatasinya.

Pada peringkat penyelidikan ini, tinjauan dijalankan dalam talian untuk
mengumpul pemahaman masyarakat atau komuniti tentang topik yang
kami lakukan iaitu perspektif komuniti terhadap golongan LGBT. Tinjauan
dalam talian telah dibuat melalui ‘ Google Form’ dan diedarkan melalui
pelbagai aplikasi komunikasi. Tinjauan ini telah dijalankan dari 28 Oktober
sehingga 30 Oktober 2021, dan telah menerima sebanyak 250 respons.
Borang kaji selidik mengandungi empat bahagian iaitu maklumat peribadi
responden, soalan umum berkaitan dengan pengetahuan terhadap
golongan LGBT, soalan berkaitan perspektif komuniti LGBT dan rakyat
Malaysia dari segi undang-undang dan soalan berkaitan perspektif
komuniti LGBT dan rakyat Malaysia dari segi agama. Kajian juga
dijalankan secara temu bual atas talian iaitu menemu bual bekas
golongan LGBT dan menemu bual pakar psikologi. Tajuk ini dipilih kerana

KESIMPULAN ingin mengetahui pandangan masyarakat terhadap golongan LGBT ,
RUJUKAN mengetahui cara untuk mengatasi masalah ini supaya Malaysia sentiasa
aman dan harmoni. Tajuk ini relevan dengan isu semasa yang semakin
hangat dan terdedah dengan golongan transgender di media sosial yang
semakin menjadi-jadi. Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan terdapat
banyak pandangan komuniti di Malaysia ini berkenaan dengan golongan
homoseksual dan LGBT ini. Majoriti komuniti yang memberikan
pandangan ini hampir sama maksudnya mereka merasakan bahawa
golongan homoseksual dan LGBT ini terpengaruh daripada budaya barat
yang menyokong golongan LGBT, seterusnya komuniti juga
berpandangan bahawa golongan ini memberi kesan yang negatif kepada
orang ramai tidak kira usia. Bukan itu sahaja, golongan LGBT ini dikatakan
kurang didikan agama.

Golongan LGBT harus diberikan peluang untuk memperbaiki diri mereka
dan kita sebagai rakyat yang bersatu padu haruslah bersama-sama
memberikan nasihat dan juga teguran kepada golongan ini. Namun
begitu, kita juga haruslah menghormati perasaan dan juga pandangan
golongan ini, berikan mereka masa untuk berubah menjadi yang lebih baik
dan tidak memaksa,memerli,menghina kerana mereka juga seorang
manusia yang berperasaan walaupun jalan yang mereka pilih ini salah
dan terpesong. Ibu bapa dan ahli keluarga merupakan sumber sokongan
yang utama dalam mengatasi dan membimbing mereka ke jalan yang
lebih baik. Jika semua masyarakat memainkan peranan dalam mengatasi
masalah ini maka negara Malaysia akan terhindar daripada masalah ini.

-Khairil Anwar, Sri Wahyuni, Al-Fikra: Jurnal Ilmiah Keislaman 16 (1), 85-
98,2017. Penerapan Mental Kognitif Islam dan Psikologi Islam dalam
mencegah perilaku LGBT pada remaja muslim.
https://scholar.google.com/scholar?hl=en&as_sdt=0%2C5&q=definisi+lg
bt&btnG=#d=gs_qabs&u=%23p%3DsvVqmh7n3GwJ

-Mohammad Afandi Md Ismail, Mohd Sabree Nasri, Journal of Law and
Governance 2 (1), 51-65, 2019. Gejala LGBT Di Malaysia.Isu dan
Cadangan Penyelesaian
https://scholar.google.com/scholar?hl=en&as_sdt=0%2C5&q=isu+lgbt+
malaysia&oq=lgbt+malaysia#d=gs_qabs&u=%23p%3DgQLmt7RjaZMJ

-Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif, Muhammad Syahlan Shafie, Hisham
Hanapi, Fareed Mohd, Journal of Advanced Research in Social and
Behavioural Sciences 13 (1),19-34,2018
https://scholar.google.com/scholar?hl=en&as_sdt=0%2C5&q=isu+lgbt+
malaysia&oq=lgbt+malaysia#d=gs_qabs&u=%23p%3DvXl-VEdU2NIJ

PENTADBIRAN PERNIAGAAN PENGURUSAN RISIKO
DAN TAKAFUL

NAMA : NUR QURRATU’AINI BINTI SUHAIZAN
NO MATRIK : 066118

PENGENALAN Kajian yang dijalankan berdasarkan tajuk Perspektif Komuniti Terhadap
Golongan Lesbian, Gay, Bisexual, And Transgender(LGBT) ini merupakan
antara isu utama yang dihadapi oleh kebanyakan negara termasuk Malaysia
dalam konteks permasalahan berhubung dengan gejala sosial yang semakin
mengambil tempat dan menyusup dalam sosio kehidupan masyarakat dalam
negara ini dan antara yang paling menonjol ialah LGBT.LGBT ini merupakan
golongan yang terlibat dalam kecelaruan gender dan merupakan sebuah
istilah yang memberi makna kepada hubungan seksual yang songsang dan
berkelakuan menyalahi adat dan norma kemanusiaan dalam konteks
perilaku seksual mahupun penampilan. Istilah transgender merupakan istilah
yang merangkumi kesemua individu yang merasakan naluri serta
perasaannya tidak selaras dengan jantina yang diberikan oleh tuhan
kepadanya selepas lahir.Terdapat 2 istilah asas yang merangkumi konsep
LGBT iaitu yang pertama, istilah homoseksual dan kedua adalah istilah
hetroseksual.Menurut kamus dewan edisi keempat, homoseksual
bermaksud golongan yang cenderung tertarik dari segi seks kepada orang
yang sama jenis jantina dengannya.Namun begitu,hetroseksual memberi
maksud yang berlawanan dengan homoseksual iaitu golongan yang
cenderung tertarik dari segi seks kepada orang yang berlainan jantina
dengannya.Melihat pada permasalahan ini,kajian ini dilaksanakan dengan
penuh teliti.

OBJEKTIF Terdapat tiga objektif kajian ini dilakukan, antaranya ialah :

1. Mengetahui pandangan masyarakat terhadap golongan LGBT. ( apa
yang digambarkan mengenai LGBT )

2. Mengetahui sikap masyarakat terhadap LGBT (diskriminasi, sokongan
dan tindakan yang perlu dilakukan).

3. Menambah pengalaman masyarakat dalam menghadapi masalah
LGBT iaitu pengalaman langsung atau tidak langsung dan tindakan
yang perlu dilakukan untuk mengatasinya.

ANALISIS / Sepanjang kajian ini dijalankan,terdapat beberapa kaedah pengumpulan

PERBINCANGAN data yang digunakan untuk memperoleh maklumat bagi membantu kajian

iaitu melalui tinjauan atas talian,menemu bual bersama bekas LGBT dan
menemu bual pakar psikologi.Kesemua kaedah yang diambil bagi
mengumpulan data ini adalah dilakukan secara maya memandangkan
keadaan yang tidak mengizinkan untuk melakukannya secara
bersemuka.Tinjauan atas talian yang mengandungi empat bahagian yang
dibuat melalui aplikasi ‘Google Form’ manakala berbeza bagi kedua-dua
temu bual iaitu melalui aplikasi ‘Google Meet’.Aplikasi-aplikasi ini dipilih
kerana mudah untuk dikendalikan serta memudahkan proses mendapatkan
respon daripada komuniti.Melalui tinjauan yang dibuat,seramai 250 orang
responden berjaya diperolehi yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur
,jantina, agama dan budaya di Malaysia.Tajuk ini releven dipilih kerana gejala
ini semakin menjadi bualan dalam kalangan rakyat Malaysia sejak akhir-akhir
ini.Tujuan utama memilihan tajuk ini adalah bagi mengetahui perspektif
komuniti terhadap golongan LGBT dan juga bagi membuka minda komuniti
mengenai peranan serta cara membendung gejala ini daripada menjadi
normalisasi dalam komuniti.Berdasarkan tinjauan yang dibuat,terdapat 234
responden bersamaan 93.2% bersetuju bahawa individu ysng terlibat dalam
golongan ini boleh dikenakan tindakan yang tegas seperti yang termaktub
dalam ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (1)2019 seperti lelaki
berlagak perempuan dan sebaliknya.Manakala selebihnya iaitu seramai 17
orang responden tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

KESIMPULAN Dalam usaha menangani isu LGBT ini memerlukan peranan semua pihak
RUJUKAN dalam mencari jalan penyelesaian sama ada dalam bentuk bimbingan atau
penguatkuasaan perlu diperkasakan.Namun begitu,kesemua peruntukan
kesalahan yang dilakukan oleh golongan LGBT samada yang terdapat dalam
kanun-kanun atau enakmen-enakmen, perlu diteliti semula untuk tujuan
penambahbaikan dan seterusnya dikuatkuasakan secara maksima.
Objektif utama undang-undang digubal dan dikuatkuasakan adalah untuk
mengelak pesalah laku daripada melakukan kesalahan berulang sekaligus
mampu menjaga nama negara menjadi lebih murni serta memartabatkan
nama baik Malaysia sebagai negara Islam.

-Ismail, M. A. M., & Nasri, M. S. (2019). Gejala Lgbt Di Malaysia: Isu dan
Cadangan Penyelesaian. Journal of Law and Governance, 2(1), 51-65.

-Abdullah, Z., Sa’ari, C. Z., & Chang, L. W. (2018). Transgenderisme di
Malaysia: Pelan Bimbingan Kembali kepada Fitrah dari Perspektif
Psikospiritual Islam. Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 20(2), 279-322.

-Ab Rahman, A., Zakaria, M. A., Yeap, M. J. M. F., & Ab Ghani, N. A. (2020).
Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender (LGBT) Menurut Perspektif
Undang-Undang Syariah Dan Undang-Undang Sivil Di Malaysia: Suatu
Perbandingan. Perdana: International Journal of Academic Research, 8(1),
31-45.

PENTADBIRAN PERNIAGAAN PENGURUSAN RISIKO
DAN TAKAFUL

NAMA : FATIN HANIS NAJIHAH BINTI MOHD.RASHIDI
NO MATRIK : 065791

PENGENALAN Kajian kerja lapangan yang dijalankan ini bertajuk perspektif komuniti
OBJEKTIF terhadap golongan LGBT. LGBT adalah akronim yang merujuk kepada
golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender. LGBT ini memberi
makna kepada hubungan seksual yang songsang dan haram secara
ijmak di dalam Islam. Konsep lesbian adalah perempuan yang
mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, perempuan
homoseksual (kamus dewan edisi keempat). Konsep gay pula
berlawanan dengan konsep lesbian iaitu gay adalah lelaki yang
mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, lelaki
homoseksual. Bagi biseksual terdapat banyak istilah. Yang pertama
biseksual membawa maksud seseorang yang tertarik secara seksual
kepada kedua-dua lelaki dan wanita manakala biseksual juga membawa
maksud seseorang yang mempunyai kedua-dua organ pembiakan atau
istilah lamanya dua jantina. Transgender pula individu yang mungkin
bertindak, berfikir, mempunyai perasaan atau ketrampilan yang berbeza
daripada jantina lahir atau biologi mereka. Di Malaysia, tiada peruntukan
perundangan spesifik terhadap gerakan LGBT namun perbuatan
homoseksual dan seksual di luar tabii merupakan satu kesalahan
berdasarkan undang-undang di Malaysia. Merujuk kepada undang-
undang jenayah sivil, seksyen 377B kanun keseksaan memperuntukkan
bahawa ‘sesiapa yang melakukan hubungn seks luar tabii secara
sukarela akan dihukum penjara maksimum 20 tahun termasuk sebatan’(
sinar harian 7 Mac 2021).

Terdapat tiga objektif kajian ini dilakukan, antaranya ialah :

ANALISIS 1. Mengetahui pandangan masyarakat terhadap golongan LGBT.
PERBINCANGAN 2. Mengetahui sikap masyarakat terhadap LGBT
3. Menambah pengalaman masyarakat dalam menghadapi

masalah LGBT iaitu pengalaman langsung atau tidak
langsung dan tindakan yang perlu dilakukan untuk
mengatasinya.

Terdapat dua kaedah digunakan dalam kajian ini iaitu kaedah kuantitatif
dan kualitatif. Bagi kaedah kuantitatif tinjauan dalam talian telah dibuat
melalui ‘Google Form’ dan telah diedarkan kepada orang ramai secara
atas talian bagi mengelakkan jangkitan Covid-19. Tinjauan ini dijalankan
selama 2 hari iaitu pada 28-30 Oktober 2021 dan seramai 250 responden
diperolehi. Terdapat 4 bahagian yang perlu dijawab oleh responden iaitu
maklumat peribadi responden, soalan umum pengetahuan terhadap
golongan LGBT, soalan berkaitan perspektif komuniti LGBT dan rakyat

KESIMPULAN Malaysia dari segi undang-undang dan terakhir dari segi agama. Kaedah
RUJUKAN kualitatif pula temu bual secara atas talian telah dijalankan. Informen yang
ditemu bual termasuklah bekas golongan LGBT dan pakar psikologi
dalam bidang LGBT. Tajuk ini telah dipilih kerana isu mengenai golongan
LGBT ini semakin hari semakin hangat diperkatakan terutamanya di
media sosial. Tajuk ini juga dipilih untuk mengetahui pandangan dan
sikap masyarakat masyarakat terhadap golongan LGBT agar dapat
mengatasi masalah terhadap golongan LGBT. Berdasarkan kajian ini,
terdapat tiga orang yang terjebak dengan LGBT daripada 250 responden
dan ini bersamaan 1.2%. Data ini menunjukkan memang ada golongan
LGBT dalam masyarakat kita di Malaysia. Komuniti di Malaysia
berpandangan bahawa golongan ini memberikan kesan yang negaif
kepada orang ramai dan bagi mereka golongan ini tidak memdapat
didikan agama yang cukup.
Permasalahan berkait dengan LGBT ini sememangnya perlu dibendung
sama ada secara agresif atau lembut kerana risiko untuk menjadikannya
menular secara kritikal sangat tinggi. Sebagai rakyat yang bersatu padu
masyarakat haruslah bersama-sama memberikan nasihat dan juga
teguran kepada golongan ini. Sekiranya semua golongan dapat memberi
kerjasama dalam membendung gejala LGBT tidak mustahil gejala ini
dapat dihapuskan di Malaysia.

1. Kamus dewan edisi keempat. (2021). Maksud gay. Capaian
daripada https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=GAY

2. Badrul Hafizan. (2018). “Bawa Pendirian Tolak LGBT ke
Parlimen,”. Akhbar Utusan Melayu 24 September 2018.

3. Fauziah, A., Samiyono, S., & Khairiyati, F. (2020). PERILAKU
LESBIAN GAY BISEKSUAL DAN TRANSGENDER (LGBT)
DALAM PERSPEKTIF HAK AZASI MANUSIA. Jurnal Surya
Kencana Satu: Dinamika Masalah Hukum dan Keadilan, 11(2),
151-162.

PENTADBIRAN PERNIAGAAN PENGURUSAN RISIKO
DAN TAKAFUL

NAMA: NUR ARINA BINTI IBRAHIM
NO MATRIK: 065344

PENGENALAN Menurut Marbawi (2006) dan Brill (1983), LGBT adalah singkatan bagi
OBJEKTIF lesbian, gay,biseksual dan transeksual. Dalam Mastuti (2012),
sesetengah pihak menambah akronim ini kepada LGBTIQ, di mana I
untuk intersex dan Q untuk queer.Terdapat dua pendapat mengenai
huruf T dalam LGBT sama ada merujuk kepada transeksual ataupun
transgender.LGBT adalah singkatan dari lesbian,gay,biseksual, dan
trangender. Lesbian, Gay, Biseksual, Trangander (LGBT) pada waktu
ini sudah mempunyai jaringannya di seluruh dunia. Melalui jaringan
ini, mereka mudah untuk mempromosikan agenda-agenda mereka
dan saling bertukar maklumat. Jaringan LGBT juga sudah terbentuk di
Malaysia dan terus berkembang di dalam kehidupan masyarakat
melalui pembentukan kumpulan-kumpulan NGO yang aktif
memperjuangkan hak LGBT. Perkara ini mempunyai pelbagai
pandangan bagi masyarakat islam dan masyarakat bukan islam. Hal
ini dekimian kerana perkara ini telah berlaku masalah mengenai LGBT
di Malaysia, proses penyelidikan akan dijalankan untuk mengumpul
maklumat atau data-data tentang pelbagai perspektif komuniti
terhadap golongan LGBT. Kajian kerja lapangan yang dijalankan ialah
Perspektik Komuniti Terhadap Golongan LGBT.
Terdapat tiga objektif kajian ini dilakukan, antaranya ialah:

1. Mengetahui pandangan masyarakat terhadap golongan LGBT. (apa
yang digambarkan mengenai LGBT).

2. Mengetahui sikap masyarakat terhadap LGBT (diskriminasi,
sokongan dan tindakan yang perlu dilakukan).

ANALISIS/ 3. Menambah pengalaman masyarakat dalam menghadapi masalah
LGBT iaitu pengalaman langsung atau tidak langsung dan tindakan
PERBINCANGA yang perlu dilakukan untuk mengatasinya.
N Kajian kerja lapangan yang dijalankan bagi Perspektif Komuniti
Terhadap Golongan LGBT adalah mengumpulkan data menggunakan
kaedah secara online iaitu menggunakan platform Google Form yang
mempunyai beberapa soalan. Soalan yang diberikan kepada komuniti
mempunyai 4 bahagian iaitu bahagian A (maklumat peribadi),
bahagian B (umum), bahagian C (perspektif komuniti terhadap
golongan LGBT dari segi agama) dan bahagian D (perspektif komuniti
terhadap golongan LGBT dari segi undang-undang). Kajian ini
dijalankan telah mendapat jawapan terkumpul iaitu responden
seramai 250.Tajuk tentang Perspektik Komuniti Terhadap Golongan
LGBT dipilih kerana gejala sosial dalam kalangan masyarakat di

KESIMPULAN Malaysia semakin parah dan membimbangkan. Masyarakat saban
RUJUKAN hari dihimpit dengan pelbagai perkara negatif sehingga menjadikan
kehidupan mereka tidak tenteram. Berdasarkan kajian yang bertajuk
Perspektik Komuniti Terhadap Golongan LGBT yang telah dijalankan
sangat relevan kerana zaman sekarang di Malaysia telah berleluasa
dengan gejala sosial iatu LGBT. Pada peringkat penyelidikan, tinjauan
mengeluarkan data iaitu 96.8% daripada jumlah responden bersetuju
cara rasional dan cara yang terbaik untuk menghadapi golongan
homoseksual dan LGBT ini dengan memberikan rawatan dari sudut
psikologi dan kerohanian. Di samping itu, 3.2% daripada jumlah
responden tidak bersetuju bahawa cara yang rasional dan terbaik
adalah dengan memberikan rawatan dari sudut psikologi dan
kerohanian. Sepanjang menjalankan kajian ini, terdapat kelemahan
dan kekurangan adalah sukar untuk berhubung dengan rakan kerja
yang kadangkala mempunyai masalah internet. Hali ini menyukarkan
dan memakan masa untuk proses kajian lapangan diselesaikan.
Sebagai kesimpulannya, projek kajian kerja lapangan ini dapat
memberikan pengetahuan dan pengalaman baharu. Antara cadangan
untuk tajuk kajian ini adalah pelajar yang terlibat dengan golongan
LGBT perlu ditempatkan di Pusat tahanan dan pemulihan khas LGBT
itu bagi merawat dan membimbing golongan itu ke arah kebaikan,
kerohanian dan kesejahteraan rakyat.Harapan untuk kajian lapangan
ini ialah dapat dilakukan dengan berjalan lancar dan baik. Akhir sekali,
kajian kerja lapangan yang telah dijalankan menunjukkan bahawa
hampir kesemua keputusan yang diperoleh menolak untuk
menyokong golongan LGBT ini. Justeru, golongan LGBT ini masih
memerlukan peluang dari orang ramai untuk berubah menjadi yang
lebih baik.
Fadhia Kemala. (28 Julai 2017)
Memahami LGBT, Istilah yang Mancakup Berbagai Orientasi Seksual
dan Gender
https://hellosehat.com/seks/tips-seks/apa-itu-lgbt/

Rosni Wazir.
ACADEMIA, Metodologi Dakwah@JPI(9-2)
https://www.academia.edu/download/62912239/METODOLOGI_DAK
WAH
JPI_9-220200411-6091-1uqoi5r.pdf

Usuli Faqih Research Centre PLT. 2021
http://perdanajournal.com/index.php/perdanajournal/article/view/60

PENGENALAN PENTADBIRAN PERNIAGAAN PENGURUSAN RISIKO
DAN TAKAFUL

NAMA: NUR IMAN SHAMIMI BINTI NUR AFFENDI
NO MATRIK: 065391

Kajian kerja lapangan yang dijalankan adalah berkaitan perspektif komuniti terhadap
golongan LGBT. LGBT adalah singkatan bagi Lesbian, Gay, Biseksual dan
Transeksual. Pada masa ini, LGBT sudah mempunyai jaringannya di seluruh dunia.
Melalui jaringan ini, golongan ini sudah mempromosikan agenda-agenda dan saling
bertukar maklumat. Di Malaysia, istilah LGBT telah mula digunakan secara meluas
pada era 90-an. Hal ini, bertujuan untuk mendapatkan hak-hak kumpulan yang
memperjuangkan homoseksual iaitu individu yang tertarik atau mempunyai
kecenderungan seksual terhadap jantina yang sama. Bukan itu sahaja, LGBT juga
boleh dikategorikan sebagai penyakit psikitari atas faktor kecelaruan pemikiran yang
dihadapi. Penyakit ini juga tidak terhad kepada gender semata-mata tetapi turut
merangkumi beberapa aspek lain seperti warna kulit, usia dan lain-lain. Maka denga
itu, kajian ini dilakukan bagi mengetahui pandangan komuniti atau masyarakat
terhadap golongan LGBT ini.

OBJEKTIF Terdapat tiga objektif kajian ini dilakukan, antaranya ialah :

1. Mengetahui pandangan masyarakat terhadap golongan LGBT. (apa yang
digambarkan mengenai LGBT)

2. Mengetahui sikap masyarakat terhadap LGBT (diskriminasi, sokongan dan
tindakan yang perlu dilakukan).

3. Menambah pengalaman masyarakat dalam menghadapi masalah LGBT
iaitu pengalaman langsung atau tidak langsung dan tindakan yang perlu
dilakukan untuk mengatasinya.

ANALISIS DAN Pada peringkat kajian ini berlangsung, ia memerlukan ahli kumpulan untuk
PERBINCANGAN mengadakan perjumpaan atas talian atau secara maya untuk berbincang tentang isi-
isi yang perlu dilakukan. Berdasarkan kajian yang bertajuk perspektif komuniti
terhadap golongan LGBT yang telah dijalankan, kaedah yang dilakukan untuk
mengumpul data-data adalah dengan membuat tinjauan atas talian menggunakan
platform ‘Google Form’. Tinjauan atas talian dijalankan bagi mendapatkan data-data
berkenaan dengan perspektif komuniti terhadap golongan LGBT ini. Soalan yang
diberikan dalam tinjauan atas talian tersebut sebanyak 14 soalan yang terdiri daripada
empat bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Setiap bahagian mempunyai soalan
yang berbeza-beza. Antaranya adalah seperti, bahagian A adalah soalan maklumat
diri berkaitan dengan umur, jantina, bangsa dan juga agama. Manakala untuk
bahagian B adalah soalan umum tentang pengetahuan umum LGBT. Bahagian C
pula, soalan berkenaan perspektif komuniti LGBT dan rakyat Malaysia dari segi

KESIMPULAN undang-undang dan untuk bahagian D berkenaan perspektif komuniti LGBT dan
RUJUKAN rakyat Malaysia dari segi agama. Tinjauan atas talian yang dilakukan telah mendapat
responden seramai 250 orang responden yang memberikan kerjasama yang amat
baik untuk menjawab soalan-soalan berkaitan dengan tajuk yang dibuat.
Kajian ini juga dijalankan dengan menemu bual seorang individu yang merupakan
bekas golongan LGBT dan menemu bual pakar psikologi dalam bidang LGBT.
Tajuk ini dipilih adalah untuk mengetahui sekiranya golongan LGBT ini akan
memberikan impak kepada perpecahan kepada semua agama. Umumnya, Islam
secara jelas menolak LGBT dan umat Islam memandangnya sebagai salah satu dosa
besar kerana terdapat banyak dalil dari ayat al-Quran dan hadis yang mengeji
perbuatan ini. Bukan itu sahaja, bahkan pada ajaran asal agama Kristian ada banyak
larangan terhadap perbuatan homoseksual atau LGBT ini. Jelas kita mengetahui
ajaran-ajaran yang bercanggah dalam agama ini tidak sepatutnya diikuti dan
perlakuan lesbian, gay, biseksual dan transeksual atau transgender merupakan suatu
kesalahan di bawah undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah.

Secara keseluruhannya, dengan adanya kajian kerja lapangan ini dapat memberikan
pengetahuan dan pengalaman baharu secara peringkat demi peringkat. Walaupun
secara dasarnya LGBT ini tidak dapat diterima seperti yang dinyatakan dalam Al-
Quran dan Hadis, tidak dinafikan bahawa golongan ini tetap pelu dibimbing dan
dinasihati. Perlakuan LGBT ini haruslah dicegah dengan pendekatan yang efektif
seperti menyampaikan nilai-nilai islam dan perlu juga melalui perlaksanaan undang-
undang syariah agar golongan ini sedar akan kelakuannya yang sudah terpesong.
Masyarakat memainkan peranan yang sangat penting dengan menghormati,
membimbing serta memberikan masa kepada golongan LGBT untuk berubah menjadi
yang lebih baik.

1. Mahfudzah Mohamad. (2015) Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat.
Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender: Perspektif Undang-undang
Jenayah Syariah : Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1-8.

http://journalarticle.ukm.my/9852/

2. Noor Hafizah Haridi, Kamal Azmi Abd. Rahman, Rosni Wazir. (2016) Jurnal
Pengajian Islam. Metodologi Dakwah Terhadap Golongan Lesbian, Gay,
Biseksual dan Transgender (LGBT).

https://www.academia.edu/download/62912239/METODOLOGI_DAKWAH___JPI_9-
220200411-6091-1uqoi5r.pdf

3. Irsyad Al-Hukmi. (2019) Isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

https://mufti.kedah.gov.my/images/PDF/Irsyadhukum/ISU-LESBIAN-GAY-
BISEKSUAL--TRANSGENDER-LGBT-dimampatkan.pdf

PENTADBIRAN PERNIAGAAN PENGURUSAN RISIKO
DAN TAKAFUL

NAMA : MUHAMMAD NAJMI BIN ROSLAN
NO. MATRIK : 066902

PENGENALAN Kajian kerja lapangan yang dijalankan ini bertajuk Perspektif Komuniti
OBJEKTIF Terhadap Golongan LGBT( Lesbian,Gay,Biseksual dan Transgender)
Menurut Ismail, M. A. M., Yahaya, M. H., Jamal, I. H., & Wakil, M. N. A.
(2020), isu “LGBT” antara bualan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia
tanpa mengira pelbagai peringkat umur, kaum, agama dan budaya. Isu ini
menjadi hangat kerana mereka menjadikan hak kebebasan dan asasi
manusia sebagai alasan untuk mempertahankan hak mereka. Menurut
Ermayani, T. (2017), Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT)
merupakan fenomena yang merebak di era moden yang sangat dipengaruhi
oleh anak muda pada hari ini disebabkan kurangnya didikan ibu dan bapa,
pendidikan agama Islam yang kurang diajar dan laman pornografi yang
bebas untuk diakses. Aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan
seseorang anak itu meliputi: spiritualitas (keimanan), fisik (jasmani), kejiwaan
(psikis), intelektual, emosi, moral, sosial, seksual, dan ekonomi. Jika ibu bapa
dan guru mampu menyeimbangkan aspek-aspek pendidikan tersebut, maka
akan tercapai pemahaman dan kesedaran tentang bahaya yang akan timbul
terhadap perilaku LGBT. Oleh kerana itu, peranan ibu bapa dan guru penting
dalam memahami bahaya LGBT bagi generasi muda.

Terdapat tiga objektif kajian ini dilakukan, antaranya ialah :

1. Mengetahui pandangan masyarakat terhadap golongan LGBT. (apa yang
digambarkan mengenai LGBT)

2. Mengetahui sikap masyarakat terhadap LGBT (diskriminasi, sokongan
dan tindakan yang perlu dilakukan).

3. Menambah pengalaman masyarakat dalam menghadapi masalah LGBT
iaitu pengalaman langsung atau tidak langsung dan tindakan yang perlu
dilakukan untuk mengatasinya.

ANALISIS DAN Pada peringkat penyelidikan ini, tinjauan dijalankan dalam talian untuk
PERBINCANGAN mengumpul pemahaman masyarakat atau komuniti tentang topik yang kami
lakukan iaitu perspektif komuniti terhadap golongan LGBT. Tinjauan dalam
talian telah dibuat melalui ‘ Google Form’ dan diedarkan melalui pelbagai
aplikasi komunikasi. Tinjauan ini telah dijalankan dari 28 Oktober sehingga
30 Oktober 2021, dan telah menerima sebanyak 250 respons. Tinjauan ini
dibuat berdasarkan pandangan masyarakat Malaysia terhadap golongan
Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender. Borang kaji selidik ini
mengandungi empat bahagian iaitu maklumat peribadi responden; soalan
umum berkaitan dengan pengetahuan terhadap golongan LGBT; soalan
berkaitan perspektif komuniti LGBT dan rakyat Malaysia dari segi undang-
undang dan soalan berkaitan perspektif komuniti LGBT dan rakyat Malaysia

KESIMPULAN dari segi agama. Melalui tinjauan yang dibuat, majoriti rakyat Malaysia
RUJUKAN menolak golongan ini. Walaupon masih ada segelintir rakyat Malaysia yang
menyokong golongan ini, perbezaannya dengan yang menolak golongan ini
sangat jauh dan ketara. Berdasarkan 250 orang responden, seramai 246
responden menolak keberadaan golongan homoseksual ataupun LGBT ini
manakala selebihnya iaitu 4 responden menyokong golongan ini. Peratus
perbezaan ini ialah 98.4% bagi responden yang tidak menyokong
keberadaan golongan ini, manakala peratus yang menyokong golongan ini
ialah sebanyak 1.6%.

Pengaruh golongan Lesbian, Gay, Bisekual dan Transgender masih lagi
terkawal di Malaysia. Walaupun masih ada segelintir yang menyokong dan
tergolong terhadap golongan ini, masih ada lagi ruang dan waktu untuk
mengubah fikiran mereka. Ibu bapa harus mengambil tahu dengan siapa
anak mereka berkawan kerana majoriti anak muda yang tergolong didalam
golongan ini disebabkan oleh pengaruh rakan. Bukan sahaja pengaruh
LGBT, hampir kesemua perkara negatif yang berlaku dikalangan anak muda
adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Selain pihak ibu bapa
dirumah, pihak guru dan kerajaan juga perlu mengambil bahagian untuk
membendung masalah ini. Pihak guru perlu menyebarkan pembelajaran
tentang keburukan LGBT kepada anak murid di sekolah. Manakala pihak
kerajaan yang paling berkuasa di sesebuah negara perlu menggunakan
kuasa mereka untuk menolak dengan sekeras-kerasnya golongan ini dengan
melakukan inisiatif seperti ceramah, kempen dan banyak lagi yang mampu
memberi kesan terhadap anak muda kita. Homoseksual ini bukan sahaja
diharamkan oleh agama, ia juga memberi kesan yang buruk terhadap
individu yang terlibat. Jika semua pihak mengambil tanggungjawab untuk
membendung masalah ini, tidak mustahil negara Malaysia dapat bebas
sepenuhnya dari golongan LGBT ini.
-Rosmiati, Pandangan Islam Terhadap LGBT
http://jurnal.stkipan-nur.ac.id/index.php/jium/article/view/5
- Mohammad Afandi Md Ismail, Mohd Sabree Nasri, Journal of Law and
Governance 2 (1), 51-65, 2019. Gejala LGBT Di Malaysia.Isu dan Cadangan
Penyelesaian
https://scholar.google.com/scholar?hl=en&as_sdt=0%2C5&q=isu+lgbt+mala
ysia&oq=lgbt+malaysia#d=gs_qabs&u=%23p%3DgQLmt7RjaZMJ
-Mohammad Hariz Shah Mohammad Hazim Shah, Penambahbaikan
Undang-undang Jenayah Syariah dalam Menangani Isu Transgender di
Malaysia,Cabaran dan Cadangan

PENTADBIRAN PERNIAGAAN PENGURUSAN RISIKO
DAN TAKAFUL

NAMA : MUHAMMAD IRFAN HAKIMI BIN ARMAN
NO. MATRIK : 067570

PENGENALAN Berdasarkan kerja lapangan yang sedang dijalankan adalah
OBJEKTIF berkaitan perspektif masyarakat terhadap golongan
LGBT.Secara akronimnya, LGBT ini bermaksud Lesbian, Gay,
Biseksual dan Transgender yang merupakan sekumpulan orang
ataupun golongan yang berkelakuan bertentangan dan salah
dari segi norma sosial dan agama.Namun, golongan LGBT ini
semakin aktif dan sangat bergiat kembang dalam masyarakat
pada masa kini.Rakaian golongan ini juga telah terbentuk di
Malaysia dan menjadi sebuah organisasi Pertubuhan bukan
kerajaan yang aktif dalam memperjuangkan hak LGBT ini.Walau
bagaimanapun, dalam agama Islam amat melarang perbuatan
ini dan telah bangkit banyak isu akibat daripada perbuatan
mereka ini.
Terdapat tiga objektif kajian ini dilakukan, antaranya ialah :

1. Mengetahui pandangan masyarakat terhadap golongan
LGBT. ( apa yang digambarkan mengenai LGBT )

2. Mengetahui sikap masyarakat terhadap LGBT (
diskriminasi, sokongan dan tindakan yang perlu
dilakukan.

3. Menambah pengalaman masyarakat dalam menghadapi
masalah LGBT iaitu pengalaman langsung atau tidak
langsung dan tindakan yang perlu dilakukan untuk
mengatasinya.

ANALISIS DAN Berdasarkan kajian yang dijalankan semasa melakukan projek
PERBINCANGAN e-sulam ini,kaedah kajian yang telah kami adalah melalui google
form. Bahagian soalan yang akan dianalisis adalah pengetahuan
umum masyarakat tentang LGBT dan soalan yang ditujukan
adalah berkenaan sejauh manakah rakyat di Malaysia ini
mengetahui adanya golongan LGBT dalam kalangan kita.Hasil
data yang diperoleh, seramai 238 responden bersamaan 95.2%
orang respendon mengatakan mereka sedar terdapatnya
golongan LGBT ini dan seramai 12 responden bersamaan 4.8%
orang sahaja yang tidak mengetahui adanya golongan LGBT
dalam kalangan kita.Jumlah orang yang mengetahui terdapat
golongan LGBT ini adalah ramai kerana zaman kini hidup seiring
dengan teknologi yang semakin mudah untuk mendapatkan

KESIMPULAN maklumat apa sahaja melalui akses internet.Hal ini sangat
RUJUKAN mempengaruhi masyarakat tidak kira usia muda atau tua dalam
mendapatkan info mengenai LGBT ini yang kini dikatakan
mengikut trend yang sama dengan keadaan semasa di Barat,
yang mana majoiritinya disumbangkan oleh komuniti yang
menyokong golongan LGBT ini.

Golongan yang sudah terlibat dengan LGBT ini sebenarnya
masih boleh ditangani untuk kembali kepada fitrah asal mereka
dengan cara mendapatkan nasihat kaunseling.Selain itu , ibu
bapa juga perlu memain peranan penting dengan sentiasa
memantau media sosial anak anak mereka supaya tidak
terpengaruh dengan perkara yang tidak berfaedah agar dapat
melahirkan generasi yang terhindar daripada perkara yang
merosakkan diri mereka.

Ghazali, S., Mapjabil, J., & Nor, A. M. (2011). Infrastruktur
komuniti dan hubungannya dengan golongan transeksual di
Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Jurnal
Kemanusiaan, 9(2).

Shah, M. H. S. M. H. (2021). Penambahbaikan Undang-undang
Jenayah Syariah dalam Menangani Isu Transgender di
Malaysia: Cabaran dan Cadangan: The Enhancement of the
Sharia Criminal Laws in Coping with Transgender Issue in
Malaysia: Challenges and Proposals. Sains Insani, 6(3).

Rahman, K. A. A., Nizam, M. M., & Azam, A. B. M. (2015). Profil
Masyarakat Melayu Malaysia Di Media Sosial Yang
Mempromosikan LGBT. Isu-Isu Semasa Media dan Dakwah.
Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

PENTADBIRAN PERNIAGAAN PENGURUSAN RISIKO
DAN TAKAFUL

NAMA : MUHAMMAD SYAFIQRI BIN MUHAMAD YUSOF
NO. MATRIK : 066764

PENGENALAN Kajian kerja lapangan yang dijalankan ini bertajuk Perspektif Komuniti
Terhadap Golongan LGBT( Lesbian,Gay,Biseksual dan Transgender).
Menurut pandangan Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif, Muhammad Syahlan
Shafie, Hisham Hanapi,dan Fareed Mohd Hassan (2018),gender ialah satu
perkataan moden yang dikaitkan dengan kecenderungan pemikiran dan
tingkahlaku, personaliti dan orientasi serta peranan dan identiti seseorang
individu berkaitan ciri-ciri kelelakian atau kewanitaan. Kecelaruan gender
merujuk kepada konflik dalaman seseorang secara individu yang mendorong
kepada kecelaruan dalam mengiktiraf dan menerima identiti diri mereka.
Kecelaruan ini boleh diterjemahkan kepada dua,iaitu sama ada dalam bentuk
meniru perilaku, pemakaian dan sifat jantina berlawanan atau melibatkan
hubungan seksual di luar tabi'e.Menurut pandangan Rosmiati (2017) (Jurnal
Ilmiah Umum) bahawasanya dalam pandangan islam juga menolak sekeras-
kerasnya golongan ini.

OBJEKTIF Terdapat tiga objektif kajian ini dilakukan, antaranya ialah :

4. Mengetahui pandangan masyarakat terhadap golongan LGBT. (apa yang
digambarkan mengenai LGBT)

5. Mengetahui sikap masyarakat terhadap LGBT (diskriminasi, sokongan
dan tindakan yang perlu dilakukan).

6. Menambah pengalaman masyarakat dalam menghadapi masalah LGBT
iaitu pengalaman langsung atau tidak langsung dan tindakan yang perlu
dilakukan untuk mengatasinya.

ANALISIS DAN Tinjauan penyelidikan ini dijalankan dalam talian untuk mengumpul
PERBINCANGAN
pemahaman komuniti mengenai topik yang kami lakukan iaitu Perspektif
Komuniti Terhadap Golongan LGBT.Tinjauan dalam talian telah dibuat
melalui ‘Google Form’ dan diedarkan melalui pelbagai aplikasi
komunikasi.Tinjauan ini telah dijalankan dari 28 Oktober sehingga 30 Oktober
2021,dan telah menerima sebanyak 250 respons.Menurut soalan ‘Adakah
anda mengetahui negara Malaysia mempunyai hak undang-undang terhadap
golongan homoseksual / LGBT? ’.Berdasarkan penyelidikan yang
dijalankan,seramai 167(66.3%) dari 250 orang respondan telah mengetahui

tentang negara Malaysia mempunyai hak undang-undang terhadap golongan
homoseksual/lgbt manakala seramai 85(33.7%) dari 250 orang respondan

berkemungkinan tidak mengetahui tentang perkara tersebut.Hal ini
menunjukkan bahawa sebahagian masyarakat Malaysia tidak mengetahui

akan kewujudan hak undang-undang terhadap golongan

KESIMPULAN homoseksual/lgbt.Di Malaysia terdapat dua jenis perundangan iaitu
RUJUKAN perundangan sivil dan perundangan syariah.Secara umum, dalam konteks
kesalahan yang melibatkan gejala LGBT,perundangan sivil tidak
memperuntukkan hukuman ataupun undang-undang khas bagi gejala
LGBT,akan tetapi perundangan sivil memperuntukkan hukuman terhadap
kasalahan seksual dan perhubungan di luar tabi’e.Kemudian,terdapat juga
perundangan yang meringankan hukuman yang disediakan oleh
perundangan sivil iaitu melalui perundangan syariah.Di antara contohnya,di
perundangan sivil, menetapkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan
termasuk sebatan bagi seksyen 377B-perhubungan seks luar tabi’e secara
sukarela,manakala di perundangan syariah pula menetapkan hukuman
denda tidak melebihi lima ribu ringgit, penjara selama tempoh tidak melebihi
tiga tahun atau sebat tidak melebihi enam sebatan atas sabitan bagi
kesalahan liwat dan musahaqah dibawah seksyen 25 dan 26 Akta Jenayah
Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 bagi kesalahan seks luar
tabi’e.Jadi dapat disimpulkan bahawa,
terdapat banyak lagi hak undang-undang terhadap golongan homoseksual/
lgbt ini yang mungkin tidak diketahui oleh masyarakat Malaysia.

Sebagai komuniti di Malaysia,masyarakat Malaysia haruslah mengambil
cakna terhadap hak undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia.Hal ini
demikian kerana sebagai komuniti kita tidak boleh untuk menghukum
seseorang itu walaupun dia seorang LGBT kerana di Malaysia mempunyai
hak undang-undang terhadap golongan homoseksual/LGBT ini.Kerajaan
juga perlu memainkan peranan yang penting terhadap pengenalan hak
undang-undang yang dilaksanakan seperti menyebarkan di media social.

1. Arif, M. I. A. M., Shafie, M. S., Hanapi, H., & Mohd, F. (2018). Salah Laku
Lgbt Dalam Perundangan Malaysia: Undang-Undang Sebagai
Mekanisme Pembanterasan dan Kawalan Misconduct of LGBT in the
Malaysian Law: Law as the Mechanism of Obliteration and
Control. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural
Sciences, 13(1), 19-34.

2. Rosmiati, R. (2017). Pandangan Islam Terhadap Lgbt.Jurnal Ilmiah
Umum (JIUM), 1(1).

3. Rahman, K. A. A., Nizam, M. M., & Azam, A. B. M. (2015). Profil
Masyarakat Melayu Malaysia Di Media Sosial Yang Mempromosikan
LGBT. Isu-Isu Semasa Media dan Dakwah. Kuala Lumpur. Penerbit
Universiti Malaya.

PENTADBIRAN PERNIAGAAN PENGURUSAN RISIKO

DAN TAKAFUL
NAMA : MUHAMMAD FARIS BIN MOHD ASRRI

NO. MATRIK : 065644

PENGENALAN Kajian kerja lapangan yang dijalankan ini bertajuk Perspektif Komuniti
OBJEKTIF Terhadap Golongan LGBT(Lesbian,Gay,Biseksual dan Transgender).
Menurut PRASTIWI, F. A. (2016) Lesbian ialah dua wanita yang sejenis
menjalin hubungan percintaan atau yang dikenal dengan homoseksual
wanita (lesbian). Gay atau homoseksual pula dapat ditakrifkan sebagai
golongan lelaki yang berminat dan tertarik kepada lelaki sahaja dan
mengamalkan amalan seks songsang yang bercanggah dengan ajaran
agama mahupun norma sosial masyarakat. (Joyce M. Hawkins, 2014).
Menurut Haridi, N. H., Abd Rahman, K. A., & Wazir, R. (2016),biseksual ialah
amalan hubungan seks bebas antara sesama lelaki atau perempuan.
Pasangan yang tersebut boleh termasuk pasangan yang menjalankan
hubungan seks sebelum berkahwin atau oleh pasangan yang sudah
berkahwin. Menurut Coyle dan Kitzinger (2002) transgender pula ialah
apabila pengalaman seseorang yang mengalami merasa ketidakselesaan
dengan jantina semulajadinya.Hal ini cenderung seseorang tersebut
menukar jantinanya termasuklah cara hidup imejnya.
Terdapat tiga objektif kajian ini dilakukan, antaranya ialah :

7. Mengetahui pandangan masyarakat terhadap golongan LGBT.
8. Mengetahui sikap masyarakat terhadap LGBT melalui diskriminasi,

sokongan dan tindakan yang perlu dilakukan).
9. Menambah pengalaman masyarakat dalam menghadapi masalah LGBT

iaitu pengalaman langsung atau tidak langsung dan tindakan yang perlu
dilakukan untuk mengatasinya.

ANALISIS DAN Tinjauan penyelidikan ini dijalankan dalam talian dari 28 Oktober sehingga
PERBINCANGAN 30 oktober 2021. Tinjauan ini dibuat melalui Google Form dan diedarkan
melalui pelbagai platform untuk mengumpul pemahaman komuniti
mengenai topik yang kami lakukan iaitu Perspektif Komuniti Terhadap
Golongan LGBT. Seramai 250 orang telah merespon. Menurut soalan yang
diajukan iaitu tentang pengiktirafan dan penenerimaan tuntutan golongan
LGBT oleh masyarakat di Malaysia . Berdasarkan penyelidikan yang
dijalankan,seramai 236 orang iaitu 94% daripada 250 responden telah
sedar bahawa masyarakat tidak bersetuju tuntutan dan pengiktirafan
golongan homoseksual/LGBT. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka
sudah mengetahui tentang keburukan dan larangan dalam agama islam di
Malaysia, hal ini juga mereka telah didedahkan oleh sesetengah pihak yang
bertanggungjawab tentang penyebaran berkaitan isu ini kepada
masyarakat. Manakala baki 15 orang responden iaitu 6% daripada 250
orang responden tidak menyedari tentang perkara. Hal ini dikatakan
demikian kerana mereka tidak mengetahui bahawa negara Malaysia iaitu

negara islam tidak membenarkan dan mengiktiraf golongan LGBT ini.
Sesetengah masyarakat membangkang dan membantah tentang isu LGBT
dan sesetengah masyarakat tidak mengambil tahu tentang isu ini di
Malaysia.Oleh itu, setiap pihak haruslah sedar bahawa isu LGBT ini dapat
memberi kesan buruk kepada negara Malaysia.Selain itu pihak kerajaan
yang bertanggungjawab hendaklah menekankan isu ini dengan lebih
mendalam supaya masyarakat akan lebih mengetahui tentang isu
LGBT.Sebagai contoh,pihak yang bertanggungjawab menyebarkan ke
dalam media sosial, di akhbar,majalah dan lain-lain.Selain itu,termasuklah
dengan menangkap dan menjarakan mereka yang terlibat dalam golongan
LGBT serta memberi kaunseling yang sewajarnya ,

KESIMPULAN Sebagai komuniti di Malaysia,masyarakat Malaysia haruslah sedar bahawa
RUJUKAN negara islam telah melarang dan mengharamkan golongan
homoseksual/LGBT di negara Malaysia..Hal ini kerajaan haruslah
mendedahkan masalah golongan LGBT kepada setiap lapisan masyarakat
mahupun di setiap pelosok di Malaysia. Kerajaan dapat menyebarkan isu ini
di media sosial,surat khabar,majalah dan lain-lain.Selain itu,peranan ibu
bapa juga merupakan usaha yang paling dominan untuk membendung
masalah golongan LGBT di negara Malaysia. Hal ini dapat mengurangkan
jumlah golongan LGBT. Ibu bapa bertanggungjawab untuk membimbing dan
membawa anak-anak kembali ke pangkal yang benar dan lurus dengan
penuh kasih-sayang.

.Haridi, N. H., Abd Rahman, K. A., & Wazir, R. (2016). Metodologi Dakwah
Terhadap Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender
(LGBT). Jurnal Pengajian Islam, 9(2), 103-119.

PRASTIWI, F. A. (2016). Gaya Hidup Lesbian Wisma Radhica Di Jalan
Gunung Muria Pabuaran (Doctoral dissertation, IAIN Purwokerto).

Rahman, S. F. A. (2020). Anak-Anak LGBT: Tindak Balas Ibu Bapa
Muslim. International Journal of Social Science Research, 2(4), 247-260.

PENTADBIRAN PERNIAGAAN (PENGURUSAN RISIKO DAN TAKAFUL)
NAMA : NUR ILYANA FATIHAH BINTI NAZRI

NO MATRIK : 065692

PENGENALAN Kajian kerja lapangan yang dijalankan ini bertajuk Perspektif
OBJEKTIF Komuniti Terhadap Golongan Lesbian, Gay, Bioseksual dan
Transgender. LGBT atau juga dikenali dengan nama lain iaitu
GLBT yang merujuk kepada sekelompok masyarakat yang
mengamalkan cara hidup Gay, Lesbian, Bioseksual dan juga
Transgender. Konsep lesbian adalah merujuk kepada holongan
yang mempunyai tarikan seksual terhadap perempuan lain.
Menurut Bieschke (2011), gay bermaksud seseorang lelaki yang
mempunyai emosi dan keinginan seksual terhadap lelaki lain.
Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada gejala ini
mempunyai kesannya yang tertentu. Oleh itu, tidak semua negara
menerima cara hidup ini terutama negara-negara islam seperti
Malaysia. Hal ini kerana, cara hidup golongan LGBT ini tidak selari
dengan ajaran agama islam. Oleh kerana gejala ini semakin
berleluasa maka kajian ini dilakukan bagi mendapatkan maklumat
mengenai pandangan dan perspektif dari pelbagai golongan
masyarakat tentang LGBT.

Terdapat tiga objektif kajian ini dilakukan, antaranya ialah:

1. Mengetahui pandangan masyarakat terhadap golongan
LGBT. ( apa yang digambarkan mengenai LGBT )

2. Mengetahui sikap masyarakat terhadap LGBT. (
diskriminasi, sokongan dan tindakan yang perlu dilakukan)

3. Menambah pengalaman masyarakat dalam menghadapi
masalah LGBT iaitu pengalaman langsung atau tidak
langsung dan tindakan yang perlu dilakukan untuk
mengatasinya.

ANALISIS DAN Kajian kerja lapangan ini dilakukan secara dalam talian bagi
PERBINCANGAN mendapatkan data mengenai perspektif komuniti terhadap
golongan LGBT. Bagi mendapatkan maklumat, borang kaji selidik
secara atas talian telah diwujudkan dan diedarkan kepada
responden. Kaedah ini berlangsung dari 28 Oktober 2021
sehingga 30 Oktober 2021 dan telah memperolehi sebanyak 250
responden. Boring kaji selidik ini mempunyai empat bahagian iaitu
maklumat peribadi, soalan berkaitan tentang pengetahuan mereka
terhadap golongan homoseksual atau LGBT, perspektif komuniti
LGBT dan rakyat Malaysia dari segi undang-undang dan perspektif
komuniti LGBT dan rakyat Malaysia dari segi agama. Selain
daripada agihan borang kaji selidik, kajian juga mengunakan
kaedah temu bual bekas golongan LGBT dan pakar psikologi
secara atas talian. Tujuan kajian ini dilakukan adalah bagi
mendapatkan pandangan atau perspektif dari pelbagai sudut oleh
pelbagai lapisan masyarakat tentang gejala LGBT ini, Tajuk ini

KESIMPULAN sangat relevan untuk dibincangkan dan dikupas kerana ramai
RUJUKAN masyarakat yang telah terpengaruh dan terjerumus ke dalam
gejala yang tidak sihat ini. Berdasarkan kajian yang dilakukan,
pandangan dan respon masyarakat menyatakan bahawa golongan
LGBT yang mahu mengubah cara hidup untuk Kembali kepada
normal adalah wajar dibawa ke pusat pemulihan akhlak untuk
membendung akidah mereka bagi yang beragama islam. Namun
begitu, terdapat juga beberapa bilangan responden yang tidak
bersetuju untuk menghantar mereka ke pusat pemulihan.
Sepanjang penyelidikan dijalankan, terdapat beberapa halangan
dan kelemahan yang dialami antaranya ialah rangkaian jalur lebar
yang terhad terutama sekali ketika menjalankan kaedah temu bual
kerana ia dijalankan secara atas talian. Masalah ini memberi impak
kerana ia menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi dengan
jelas.
Gejala LGBT ini secara keseluruhannya telah membawa kepada
budaya songsang dan melanggar ajaran agama. Namun begitu,
meskipun budaya ini adalah tidak normal, masyarakat tidak
seharusnya menghina atau mencaci keputusan golongan ini
sebaliknya menasihati dan memberikan sokongan sekiranya
mereka ingin kembali kepada normal. Oleh itu, institusi keluarga
memainkan peranan yang sangat penting untuk membendung
masalah ini daripada berlaku. Hal ini kerana, ibu bapa adalah insan
yang paling bertanggungjawab untuk menyematkan nilai-nilai
murni sebagai asas dalam membentuk identiti individu.

Celebes (2015). LGBT : Keburukan Dan Bahaya Dalam
Masyarakat Hari Ini.

Mahfudzah Mohamad (2015). Jurnal article. Lesbian, Gay,
Biseksual dan Transgender: Perspektif Undang-undang Jenayah
Syariah.

Noor Hafizah Haridi (2016). Jurnal pengajian islam. Metodologi
Dakwah Terhadap Golongan Lesbian, Gay, Bioseksual dan
Transgender (LGBT).


Click to View FlipBook Version