INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
LAPORAN
PERKHEMAHAN DAN KARNIVAL PJMS2082R
TARIKH
16 - 19 DISEMBER 2021
(KHAMIS - AHAD)
TEMPAT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
ANJURAN
PELAJAR SEMESTER 2
PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH
AMBILAN JUN 2021
OPSYEN PENDIDIKAN JASMANI
1.0 PENGENALAN
Program perkhemahan dan karnival sukan ini merupakan satu latihan untuk
melatih para pendidik menerima dan memikul tanggungjawab terhadap
kepimpinan, pengurusan diri, makan, disiplin, ketahanan fizikal dan mental.
Justeru, program ini diadakan agar para guru dapat mendedahkan diri kepada
suasana alam semula jadi dan proses berdikari seterusnya merapatkan hubungan
sesama insan serta alam semula jadi. Program ini telah dilaksanakan dengan
jayanya selama 4 hari 3 malam bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim.
2.0 OBJEKTIF
Di akhir program ini, pelajar dapat :
i) Membina personaliti, jati diri dan keyakinan diri dalam diri pendidik.
ii) Memantapkan disiplin dan daya tahan diri pendidik supaya menjadi insan yang
berkualiti.
iii) Melahirkan pendidik yang berketerampilan dari segi kepimpinan dan sahsiah
diri.
3.0 TARIKH PELAKSANAAN
Perkhemahan ini telah diadakan selama 4 hari bermula pada 16 Disember 2021 sehingga
19 Disember 2021
4.0 SASARAN PENYERTAAN
Seramai 42 orang pelajar Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah opsyen
Pendidikan Jasmani ambilan Jun 2021 telah menyertai program ini.
5.0 PENGISIAN PROGRAM
Berikut merupakan tentatif program sepanjang program perkhemahan ini berlangsung
16 Disember 2021 (Khamis)
8.00am-8.30am : Pendaftaran.
8.30am-9.00am : Taklimat Perkhemahan
9.00am-12.30pm : Persiapan Khemah
Persiapan Makan Tengahari
12.30pm-2.00pm : Pengurusan Diri
Makan Tengahari
Solat
2.00pm-4.00pm : Orienteering
4.00pm-4.30pm : Solat/Minum petang
4.30pm-6.30pm : Aktiviti Rekreasi Air
6.30pm-8.30pm : Pengurusan Diri
Makan Malam
Solat Maghrib/Isyak
8.30pm-11.00pm : Aktiviti Night Walking
11.00pm-12.00am : Refleksi
: Minum malam
12.00am-5.00am : Rehat/Tidur
17 Disember 2021(Jumaat)
5.00am-7.00am : Pengurusan Diri
: Solat Subuh
7.00am-7.30am : Malaysia Cergas
7.30-8.30am : Sarapan Pagi
8.30am-12.30am : Kembara/Flora n Fauna
12.30pm-2.00pm : Persiapan Diri
Solat Jumaat
Makan Tengahari
2.00pm-4.00pm : Survival
4.00pm-4.30pm : Solat/Minum petang
4.30pm-6.30pm : Aktiviti 4
6.30pm-8.30pm : Pengurusan Diri
Makan Malam
Solat Maghrib/Isyak
8.30pm-11.00pm : Pengurusan Karnival
11.00pm-12.00am : Refleksi
Minum malam
12.00am-5.00am : Rehat/Tidur
18 Disember 2021(Sabtu)
5.00am-7.00am : Pengurusan Diri
Solat Subuh
7.00am-7.30am : Malaysia Cergas
7.30-8.30am : Sarapan Pagi
8.00-8.30 : persiapan untuk semua kumpulan.
8.30- 9.30 : senam tari
9.30- 9.45 : rehat/persiapan untuk kumpulan 2.
9.45- 10.45 : senam beramai-ramai
10.45-11.00 : rehat/ persiapan kumpulan 3.
11.00-12.00 : sukaneka
12.00-2 ptg : rehat/makan/solat/persiapan kumpulan 4.
2.00-3.00 : sukan mini
3.00-3.15 : rehat/ persiapan kumpulan 5.
3.15- 4.15 : permainan anjung
4.15-4.3 : rehat/persiapan kumpulan 6.
4.30-5.30 : permainan halaman.
5.30- 5.45 : persiapan majlis penutup.
5.45- 6.30 : majlis penutup dan bersurai.
6.30pm-8.30pm : Pengurusan Diri
Solat Maghrib/Isyak
8.30pm-11.00pm : BBQ
11.00pm-12.00am : Refleksi
Minum malam
12.00am-5.00am : Rehat/Tidu
19 Disember 2021(Ahad)
5.00am-7.00am : Pengurusan Diri
; Solat Subuh
7.00am-7.30am : Malaysia Cergas
7.30-8.30am : Sarapan Pagi
8.30am-10.30am : Aktiviti kesukarelawanan
10.30am-12.30am : Menurunkan khemah
Persiapan Diri
Solat Zohor
Makan Tengahari
2.00pm-2.30pm : Majlis Penutupan
2.30pm : Bersurai
6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
AJK KERJA PERKHEMAHAN
Pengerusi : Amirrul Irfan Bin Abd Rashid
Naib Pengerusi : Nor Hasliza Binti Kipli
Setiausaha : Noorsuhaila Binti Sa’dom
Naib Setiausaha : Siti Nurfatihah Binti Kassim
Bendahari : Nur Afiqah Binti Ali Janah
Ajk Peralatan : Mohd Zamir Syafiq Bin Mohd Zambri
: Mohamad Zaidani Bin Zaidi
: Muhamad Haris Bin Rosman
: Muhamad Aiman Bin Zainal Abidin
: Azhar Bin Mat Zanggi
Ajk Makanan : Hana Nasuha Binti Hishamuddin
: Nur Fazila Binti Md Sidek
: Nurasiken Binti Hanafiah
: Nur Diyana Binti Azmi
: Ahmad Subhi Bin Dollah
: Syed Ahmad Sobri Bin Syed Zainol Abidin
: Muhamad Harith Bin Mohd Izani
Ajk Protokol : Anwar Safwan Bin Juhari
: Nurul Ema Binti Kamarullaili
Ajk Keselamatan : Mohamed Ghazaly Bin Mohamed Zain
: Muhammad Nor Ishamudin Bin Rosli
Ajk Aktiviti, : Mohd Faez Najmi Bin Md Zaharin
Dokumentasi : Siti Sakinah Binti Ahmad
& TEMPAT : Norshaira Binti Amat Salim
: Mohd Nazri Bin Mustafar
: Muhammad Hakimie Bin Hamidi
7.0 LAPORAN KEWANGAN RM 2240
1. SUMBER KEWANGAN RM 210
2450
Kutipan dari pelajar
Kutipan Tambahan RM 1177
JUMLAH KESELURUHAN RM 312
RM 50
2. PERBELANJAAN RM 250
Makanan dan minuman RM 150
Makanan hari karnival sukan RM 1939
Banner 511
Cenderahati
Alatan Keselamatan
JUMLAH KESELURUHAN
BAKI
8.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Program perkhemahan ini merupakan aktiviti anjuran pelajar program diploma pendidikan
pascasiswazah ambilan jun 2021 opsyen pendidikan jasmani yang bertempat di dalam
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor. Sepanjang program ini
berlangsung, para peserta telah mengikuti setiap aturcara yang dirancang dengan baik
secara amnya.
Bermula pada hari pendaftaran, iaitu pada hari khamis, 16 Disember 2021, para
peserta berkumpul di Jabatan Sukan, IPG Kampus Temenggong Ibrahim untuk
pendaftaran yang bermula pada pkul 8.00 pagi – 8.30 Pagi. Setelah selesai pendaftaran,
para peserta berkumpul untuk melaksanakan majlis perasmian program perkhemahan.
Taklimat perkhemahan daripada Tn.Sallehudin bin Ibrahim dan ucapan perasmian daripada
Tn.Hj.Syed Kamal bin Syed A.Bakar
Barisan pensyarah Pendidikan Jasmani yang terlibat
Sesi Taklimat Program Perkhemahan
Selepas majlis perasmian, para peserta bergerak ke kawasan perkhemahan untuk
mendirikan khemah serta membuat persiapan untuk makan tengah hari.
Aktiviti mendirikan khemah oleh peserta program
Penyediaan makanan tengahari oleh peserta program
Setelah mendirikan khemah dan menjamu selera, peserta program diberi masa untuk
melakukan pengurusan diri seperti mandi dan solat. Peserta telah diminta untuk berkupul semula
pada pukul 2 petang untuk melakukan aktiviti selanjutnya. Antara aktiviti yang dilaksanakan di
sebelah petang ialah aktiviti Orienteering dan Rekreasi Air. Manakala, aktiviti night walking pula
telah diadakan pada waktu malam. Para peserta diminta untuk mencari barang yang tersembunyi
di sekitar kawasan IPG.
Penerangan aktiviti orienteering yang disampaikan oleh En.Azhar.
Sesi taklimat mengenai aktiviti Orienteering
Aktiviti orienteering yang dilakukan oleh peserta
Aktiviti rekreasi air yang dijalankan di sebelah petang
Aktiviti memancing yang dilaksanakan oleh peserta program
Sesi taklimat bagi aktiviti malam iaitu night walking
Pada keesokkan harinya, peserta bangun seawal pukul 5 pagi untuk menunaikan solat
subuh secara berjemaah. Selepas itu, peserta melakukan aktiviti malaysia cergas yang telah
diketuai oleh en. Selepas kecergasan diri, peserta bersarapan dan melakukan aktiviti yang telah
dirancang pada hari tersebut iaitu kembara flora/fauna, survival dan pengurusan karnival yang
akan berlangsung pada 18 Disember 2022.
Aktiviti malaysia cergas
Penerangan aktiviti kembara flora dan fauna yang disampaikan oleh En. Fazli bin
Mohamed
Aktiviti kembara flora dan fauna
Aktiviti survival
Sesi penjurian bagi aktiviti survival yang dilakukan oleh barisan pensyarah
Pada hari sabtu, 18 Disember 2022, aktiviti karnival sukan telah dijalankan. Antara acara
yang dipertandingkan ialah pertandingan senam tari, senam beramai-ramai, sukaneka, sukan
mini, permainan anjung dan permainan halaman. Setelah tamat karnival sukan yang diadakan,
peserta diberi masa untuk pengurusan diri dan membuat persiapan untuk acara malam iaitu BBQ.
Permainan Bola sepak
Permainan Mini Badminton
Permainan ceper
Permainan ceper
Permainan congkak
Permainan Dam Ular
Permainan Batu-Gunting-Kertas
Pertandingan tarik tali
Pertanidngan tarik tali
Majlis penyampaian cenderahati daripada peserta program kepada Tn.HJ.Syed Kamal
bin Syed A.Bakar
Penyampaian hadiah kepada para pemenang
Majlis Penutup aktiviti Program Karnival Sukan
Barisan pensyarah yang turut hadir pada majlis penutup Karnival Sukan
Pada hari terakhir perkhemahan, peserta melakukan aktiviti malaysia cergas,
sukarelawan dan menurunkan khemah. Pada pukul 2.00 petang, semua peserta
berkumpul di jabatan sukan untuk majlis penutup.
Majlis penutup program perkhemahan
9.0 Refleksi
Program perkhemahan ini merupakan satu pengalaman yang menarik dan takkan
dilupakan buat kami selaku pelajar yang bakal menyandang tugas sebagai
seorang guru pendidikan jasmani kelak. Program seperti ini amat baik kerana ia
memberi pendedahan kepada kami tentang cara pelaksanaan aktviti sukan dan
kokurikulum di sekolah. Walaupun negara sedang dilanda pandemik Covid-19,
setiap peserta dan jurulatih mempunyai semangat yang tinggi serta mematuhi
Standard Operasi Prosedur yang telah ditetapkan dalam memastikan setiap
aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar.
Program ini dapat berlangsung dengan jayanya kerana pengisian program
telah disusun rapi oleh peserta dan diberi bimbingan oleh pensyarah-pensyarah
yang pakar dalam bidang sukan dan kokurikulum. Setiap aktiviti yang
dilaksanakan dibimbing dengan baik oleh setiap pensyarah yang terlibat. Tiada
rasa kekok untuk berkongsi ilmu dan pengalaman antara pensyarah dan
peserta.Oleh itu, hubungan yang baik antara pensyarah dan peserta dapat dibina
walaupun selama ini kami hanya bertemu di alam maya.
10.0 Dalam pada itu, program ini juga memberi latihan intensif kepada peserta
untuk mendapatkan pengalaman dalam aktiviti yang dilakukan seperti
berkhemah, kembara flora dan fauna, orienteering, survival dan menganjurkan
karnival sukan. Misalnya aktiviti kembara flora dan fauna. Aktiviti ini memberi
pendedahan kepada bakal guru untuk mengetahui tentang kejadian haiwan dan
tumbuh-tumbuhan yang ada di sekeliling kita. Hal ini sekaligus dapat
meningkatkan pengetahuan umum bakal guru tentang alam semesta. Untuk
menjadi seorang guru, kita mestilah mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis
supaya apa yang diajarkan kepada murid di sekolah berada di tahap yang tinggi
dan luar kotak. Justeru, aktiviti yang dijalankan telah memantapkan disiplin dan
daya tahan diri dalam menjadi seorang pendidik yang berkualiti.
Tambahan lagi, program ini secara tidak langsung telah melahirkan bakal
pendidik yang berketerampilan bagus dari segi kepimpinan, sahsiah dan disiplin
diri. Hal ini kerana setiap peserta mematuhi arahan dan dapat menyelesaikan
tugasan yang diberi dengan jayanya. Seiring dengan objektif program iaitu untuk
membina personaliti, jati diri dan keyakinan dalam diri pendidik, aktiviti yang
dirancang bersesuaian dan peserta telah membuktikan bahawa mereka mampu
menjadi pendidik yang cemerlang suatu hari nanti dalam usaha melahirkan modal
insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah.
Walaubagaimanapun, setiap program pasti ada kekurangan kerana bukan
semua sesuatu itu bersifat sempurna. Antara kekurangan yang perlu
penambahbaikan ialah disiplin peserta dari segi ketepatan masa. Selain itu, untuk
bahagian kerohanian, pengisian kerohanian seperti motivasi dan peringatan
untuk diri perlu ditekankan oleh guru-guru yang terlibat.
Penutup
Keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat
kerjasama yang baik daripada peserta, pensyarah dan pihak Institut Pendidikan
Guru Kampus Temenggong Ibrahim. Sepanjang program ini berlangsung,
pelbagai ilmu dan pengalaman berharga telah kami perolehi sekaligus dapat
diaplikasikan di sekolah tempat kami berkhidmat. Disamping itu, ia dapat
mengeratkan lagi silaturahim antara peserta, pensyarah dan warga IPG
Temenggong Ibrahim. Tuntasnya, program ini telah menjadi sumber motivasi
kepada peserta untuk meningkatkan disiplin, semangat berpasukan, berfikiran
kreatif, berkeyakinan diri serta berakhlak mulia
Disediakan oleh, a Disemak oleh, a
Suhaila Amirul
(NOORSUHAILA BINTI SA’DOM) (AMIRRUL IRFAN BIN ABD RASHID)
Setiausaha Program Perkhemahan, Pengerusi Program Perkhemahan
Disahkan oleh,
……………………………………
(SALLEHUDIN BIN IBRAHIM)
Penyelaras Program