The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurnasuha3504, 2021-09-05 21:40:33

Tok Janggut buku skrap

tok janggut

Keywords: bestie

BUKU SKRAP

Tokoh Kemerdekaan
TOK JANGGUT

DISEDIAKAN OLEH : NUR NASUHA BINTI AZMI

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
3
PENDAHULUAN 4
BIODATA PELAJAR 4
5
BIODATA TOK JAGGUT 6
7
FAKTOR PENENTANGAN TOK JANGGUT 10
11
RASIONALISME PEMILIHAN TOK JANGGUT 12
13
PERJUANGAN TOK JANGGUT

KELEBIHAN TOK JANGGUT
KREDIBILITI TOK JANGGUT
KEKALAHAN TOK JANGGUT

JASA DAN SUMBANGAN TOK JANGGUT

PENUTUP

2

PENDAHULUAN

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama ialah peribahasa yang merujuk
kepada sumbangan seseorang itu akan terus diingati walaupun dia sudah tiada lagi. Sumbangan dan
jasa bakti akan tetap menjadi kenangan terutama sekali jasa yang ditaburkan kepada negara. Tokoh-
tokoh seperti negarawan yang telah banyak menaburkan jasa kepada masyarakat dan negara adalah
wajar sekali nama mereka disanjung dan terus kekal terpahat dalam tinta sejarah. Sehubungan dengan
itu, jasa tokoh-tokoh terkemuka seperti Tok Janggut, Tunku Abdul Rahman, Rentap, Za’aba, Tun H S Lee,
Tun Sambanthan dan ramai lagi wajar diberi penghormatan atas jasa yang telah mereka sumbangkan.
Oleh itu, sebagai generasi muda yang dapat menghirup udara keamanan dan kesejahteraan, saya akan
terus mengingati jasa mereka dengan pelbagai cara yang boleh dilakukan.
Sebagaimana yang termaktub, saya hendaklah menanamkan perasaan bangga lagi bermaruah menjadi
rakyat Malaysia. Kebanggaan bagi seseorang yang berjiwa merdeka adalah apabila mereka dapat
mendirgahayukan tokoh-tokoh pejuang Malaya terulung ke setiap penjuru alam. Namun, kisah-kisah
perjuangan mereka ini bukan sahaja bagai lenyap ditelan dek zaman malah perkara ini sudah tidak
menjadi tarikan kepada golongan generasi Z untuk terus meneroka dan mengenali tokoh-tokoh
kemerdekaan pada era silam. Oleh itu, sebagai anak watan Malaysia, saya perlulah berusaha sehabis
daya untuk menyuntik perasaan sayang dan menghargai perjuangan tokoh-tokoh terdahulu dalam jiwa
saya. Perasaan sayang ini dapat disemai dengan mengenali tokoh pejuang terdahulu yang dapat kita
lihat dalam kata-kata hikmat, ‘Tak kenal, maka tak cinta‘. Oleh sebab itu, saya akan menyayangi mereka
dan sentiasa berbangga apabila memiliki pemimpin yang berjuang demi negara.
Saya dengan ini ingin merungkaikan perkara,jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Tok
Janggut pada zaman dahulu.

3

BIODATA PELAJAR
PELAJAR:- pelajaru

NAMA: NUR NASUHA BINTI AZMI
TINGKATAN: LIMA
SEKOLAH: SMK BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU

P BIODATA TOK JANGGUT
JANGUT:-

NAMA: HAJI MAT HASSAN PANGLIMA MUNAS
GELARAN: TOK JANGGUT
TAHUN LAHIR: 1850
TEMPAT LAHIR: KAMPUNG SARING DAERAH JERAM, KELANTAN
TAHUN KEMATIAN: 1915 Pada Berusia 65 TAHUN
SUMBANGAN: MEMPERJUANGKAN KEBEBASAN KELANTAN

➢ BELIAU TELAH MENDAPAT PENDIDIKAN PONDOK DI KELANTAN DAN MAKKAH.
➢ MAHIR DALAM ILMU PERSILATAN.
➢ BEKERJA SEBAGAI PETANI DA PENIAGA.
➢ BELIAU MEMBIARKAN JAGGUT SAMPAI KE PARAS DADA.
➢ BELIAU JUGA MERUPAKAN TOKOH ISLAM TERBAIK DAN MENDAPAT SOKONGAN BANYAK

PENGIKUT DI KELANTAN.

4

FAKTOR PENENTANGAN

• British Memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani
membayar cukai tanah pada tahun 1915.

• Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai
pokok kelapa yang berbuah, cukai pokok pinang, cukai daun sirih, dan
ternakan lembu serta kerbau.

• Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.
Penduduk yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda.
Sikap biadab pegawai Bristish yang bertugas meimbulkan kemarahan
penduduk terhadap British.

• Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah
menyeru umat islam berjihad menentang penjajah barat. Tok Janggut
menyaut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap
British di Pasir Putih, Kelantan.

5

Semangat menentang Tok Janggut
peraturan Cukai yang di bersemangat jihad
perkenalkan dan diwajibkan menentang British

kepada petani.

RASIONALISME
PEMILIHAN TOK

JANGGUT

Beliau menentang kekerasan
Pentadbiran Encik Abdul Latif ,

Ketua Jajajan Pasir Puteh

6

Detik-Detik Perjuangan Tok Janggut
Pada 24 Mei 1915, Hj. Mohd Hassan bin Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut
bersama hampir 1000 pengikutnya telah menyerang British di Pasir Puteh, Kelantan. Dalam
serangan tersebut, Tok Janggut sendiri telah terkorban syahid bersama Tok Abas dan Tok
Hussein serta beberapa orang pengikutnya. Sepertimana kebanyakkan sejarah Melayu yang
lain, kekurangan catatan yang jelas menyebabkan timbulnya berbagai versi penceritaan.
Maka masyarakat mula membina mitos dan lagenda mengenai Tok Janggut. Cerita-cerita
mula diadakan iaitu Tok Janggut sebagai ulama‟ kepada pahlawan yang kebal ataupun ketua
penjahat (Ring leader). Ada juga yang mempertikaikan sama ada Tok Janggut benar-benar
terkorban dalam serangan tersebut atau apakah beberapa gambar yang dikatakan Tok Janggut
itu benar-benar gambar beliau. Perkara utama yang menjadi perbezaan pendapat dalam
kalangan pengkaji sejarah Tok Janggut ialah apakah sebab yang membawa kepada
kebangkitan beliau dan pengikutnya menentang British.
Terdapat dua sebab yang selalu dibincangkan punca utama penentangan Tok Janggut,
pertama tentangan terhadap kadar baru cukai tanah dan tanaman yang dikenakan ke atas
penduduk Kelantan yang dianggap tidak munasabah dan membebankan penduduk. Kedua
adalah disebabkan oleh perasaan tidak sukakan British yang dianggap berperang dengan k
kerajaan Turki. Kesungguhan daripada pemimpin agama khususnya Tok Janggut
menyedarkan penduduk Melayu agar tidak menyokong sebarang kuasa yang berperang
dengan kerajaan Turki. Pendirian Tok Janggut ialah keperluan bagi umat Islam bangun
menentang penjajahan kafir yang mahu menghancurkan umat Islam. Malahan ianya adalah
merupakan suatu pendirian yang dipegang oleh seluruh penduduk Islam di dunia. Mereka
harus berperang mempertahankan kedudukan agama Islam.

7

Penentangan Tok Janggut adalah merupakan kesedaran politik antarabangsa digunakan bagi menggerakkan
penentangan bercorak tempatan. Walaupun gerakan ini melibatkan penduduk di Kelantan, namun isu penentangan
adalah untuk mempertahankan agama Islam dan hak penduduk tempatan. Ia berlaku ditengah-tengah kancah Perang
Dunia Pertama yang sedang berlaku di Eropah. Kebimbangan pihak British ialah penentangan ini dijadikan sebagai
satu gerakan yang berjaya menyedarkan penduduk di Tanah Melayu untuk bangun menentang mereka. Oleh itu,
walapun penasihat British dilihat panik dengan perkembangan yang berlaku, namun permintaan beliau untuk
menghapuskan penentangan ini diambil serius oleh pihak pemerintah British sehingga bertindak menghatar pasukan
tentera yang cukup kuat untuk menamatkan pemberontakan.

Pihak British mempunyai hanya satu kaedah sahaja bagi menamatkan pemberontakan ini iaitu dengan cara
menghapuskan Tok Janggut dan pengikutnya dengan apa juga cara. British menggunakan kaedah yang sama
menghapuskan pemberontakan di India, dan juga pemberontakan anggota tentera di Singapura. Semua mereka
dihukum bunuh. Namun satu faktor yang jarang disebut ialah penentangan Tok Janggut ialah satu rentetan dari
cetusan kebangkitan Islam sedunia terhadap golongan penjajah yang mulai menakluki negara umat Islam sejak
tercetusnya Perang Dunia Pertama pada 1914. Kebangkitan Tok Janggut sebagai satu `jihad‟ mempunyai kaitan
dengan penglibatan Turki dalam Perang Dunia Pertama.12 Penentangan kerana memperjuangkan agama
kemudiannya dikaitkan dengan isu cukai yang dikenakan serta sikap membenci British. Tok Janggut meruapkan
pemimpin awal yang mmengaitkan ketidak adilan dasar British dengan perjuangan dalam bentuk jihad. Seterusnya
Tok Janggut memahami dan memimpin pengikutnya pemahaman terhadap penjajahan ke atas negara umat Islam juga
adalah satu bentu jihad didalam Islam. Oleh isu cukai tanah menjadi sebab yang yang mencetuskan penentangan
bersenjata oleh Tok Janggut dan penduduk Pasir Putih terhadap penjajah British. Sikap pihak British dibenci kerana
dianggap angkuh, merampas tanah, membonekakan Sultan, mengambil-alih pemerintahan negeri dan seringkali
memanipulasikan keadaan untuk kepentingan mereka.

8

Perkembangan yang berlaku di Turki seringkali diberi perhatian oleh penduduk Tanah
Melayu. Begitu juga keadaannya di Kelantan, yang menekankan soal agama Islam
menyaksikan orang Melayu begitu mengambil berat dengan masalah yang menimpa kerajaan
Uthmaniah Turki. Pihak British bimbang dengan sokongan penduduk Melayu kepada
kerajaan Turki. Peristiwa Dahagi di Singapura (Singapore Mutiny) pada 15 February 1915
juga menunjukkan Tanah Melayu mengikuti perkembangan kerajaan Turki dalam Perang
Dunia Pertama. Tentera India Muslim dibawah arahan British telah memberontak apabila
menerima berita bahawa mereka akan dihantar untuk berperang melawan Turki. Arahan
tersebut tidak boleh diterima oleh orang yang beragama Islam untuk memerangi negara yang
mempertahankan Islam. Anggota tentera yang memberontak telah ditangkap dan dibicarakan
mengikut mahkamah tentera. Akhirnya seramai 47 orang telah dijatuhkan hukuman tembak
sampai mati pada 25 Mac 1915. Peristiwa ini tentunya menambah kebencian orang Melayu
kepada British yang mahu menghapuskan solidariti masyarakat Islam mempertahankan
agama mereka.

Malahan kebangkitan penentangan Tok Janggut bukanlah merupakan satu peristiwa
tempatan sepertimana yang cuba digambarkan oleh ramai sarja. Sebaliknya ianya adalah
merupakan satu „storm‟ dalam „world cup‟. Peristiwa ini telah membuka mata masyarakat
dunia mengenai apa yang berlaku di Kelantan.

9

KELEBIHAN TOK
JANGGUT

Tok Janggut sedia Beliau dianggap sebagai
berkorban nyawa demi Pahlawan Kebanggaan Orang
Melayu kerana ketabahan hatinya
penduduk menentang penjajah Inggeris yang
mula mencengkam Negeri Kelantan

BUKTI KREDIBILITI
TOK JANGGUT

-29 APRIL 1915
Tok Janggut mengadakan mesyuarat di Kg Tok

Akib bagi memboikot pengenalan cukai oleh
British.

10

KEGAGALAN PERJUANGAN
Kegagalan pemberontakan 1915 memberi kesan besar terhadap perkembangan semangat
kebangsaan di kalangan penduduk di Tanah Melayu. Apa yang jelas berlaku mempamerkan
bahawa pihak British akan menggunakan Sultan (atau pihak istana) untuk melangsungkan
penguasaan mereka. Kaedah yang digunakan oleh Tok Janggut menentang secara terbuka
terhadap penguasaan British tidak akan berjaya kerana kuasa kolonial ini akan menggunakan
kekuatan ketenteraan bagi menghapuskan penentangan. Malahan pihak British menggunakan
alasan penentangan bersenjata bagi membolehkan mereka menghantar pasukan tentera untuk
menghadapi ancaman tersebut. Walaupun kebangkitan Tok Janggut tidak berjaya, namun ia
telah memberikan pengajaran yang cukup berguna kepada penduduk Tanah Melayu untuk
tidak menggunakan kekerasan menentang kuasa kolonial ini.
Selepas kegagaglan penentangan Tok Janggut, tidak lagi berlaku penentangan
bersenjata dalam kalangan penduduk Tanah Melayu. Masyarakat lebih bijak menyusun
strategi untuk menentang pihak British. Perubahan besar yang berlaku ialah mulanya tertubuh
organisasi politik bagi melawan kehadiran pihak British. Perkembangn ini telah membawa
penubuhan kesatuan Melayu di setiap negeri seperti Kesatuan Melayu Singapura yang
ditubuhkan pada 1926. Pada tahun 1937 tertubuh pula Kesatuan Melayu Muda yang
menggabungkan keahlian daripada seluruh Tanah Melayu. Kesatuan-kesatuan Melayu adalah
merupakan wadah baru dalam perjuangan semangat kebangsaan. Walaupun bentuk
perjuangan ternyata berubah namun penentangan Tok Janggut 1915 sering digunakan sebagai
pengajaran dan membina semangat untuk menentang British.

11

JASA DAN SUMBANGAN TOK
JANGGUT

➢ Beliau merancang menyerang Pasir Puteh dan
mendapat sokongan daripada Haji Said, Penghulu
Adam dan Che Ishak Merbol

➢ Pada 24 Mei 1915 Tok Janggut bersama kira-kira 1 000
pengikut menyerang kedudukan British di Pasir Puteh,
namun beliau terkorban bersama Tok Abas dan Tok
Hussein serta beberapa pengikut..

12

KESIMPULAN

Tokoh kemerdekaan negara telah banyak berjasa dalam memperjuangkan
kemerdekaan untuk Tanah Melayu.Terdapat ramai tokoh yang dapat dijadikan contoh atau
idola kepada generasi kini dan yang akan datang.Segala pengorbanan , rintangan , dan penat
lelah mereka berbakti untuk negara patut dicontohi dan dijadikan panduan.

Kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah
untuk dicapai.Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang
sangat panjang.Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menjadi sebuah
negara yang maju pada menjelang tahun 2020.Antara faktor utama kejayaan ini ialah melalui
situasi keamanan dan kesejahteraan negara seniaa terjamin.Dalam nada yang sama , kita
seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara ini yang dijajah dan
memerlukan kekuatan bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak akan lagi berlaku.

Namun semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa pengorbanan pejuang-pejuang Negara
terdahulu. Berapa ramai di antara kita yang sanggup berkorban seperti mereka? Berapa ramai
di antara kita yang sayangkan Negara? Berapa ramai di antara kita yang ingin menyumbang
dan berbakti kepada Negara? Marilah kita menjadi salah seorang daripada golongan itu. Tidak
perlu menjadi ahli politik ataupun menteri untuk menyumbang jasa kepada Negara, banyak
lagi alternatif yang boleh dipilih oleh kita.

Oleh itu , diharapkan agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-
undang , menjaga maruah negara dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi
mencapai kemerdekaan.

Tidak lupa juga untuk saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang
proses kami menyiapkan laman blog ini. Semoga perisian yang disampaikan oleh kami bergun
untuk semua. Kita juga perlu sentiasa ingat jika kita tidak menjaga Negara kita , ‘Sejarah
mungkin berulang’ dan juga ‘tanpa sejarah , siapalah kita’

Ayuh kita bersama-sama memupuk semangat cintakan Negara dalam diri kita untuk

keseja1h3teraan bersama.

TERIMA
KASIH

14


Click to View FlipBook Version