INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2021 TUGASAN 3 PENULISAN AKADEMIK NAMA : HANI JUITA NATASYA BINTI JUNI ANGKA GILIRAN : 2021062310036 UNIT : SAINS 1 KOD DAN NAMA KURSUS : GPP1092 PENGANTAR PENGAJIAN PENDIDIKAN NAMA PENSYARAH : ARUN BIN DAUD TARIKH HANTAR : 6 APRIL 2022 TANDATANGAN PENSYARAH TARIKH MARKAH KOMEN PENSYARAH: TANDATANGAN PELAJAR: TARIKH:
1 G PP1 0 9 2 I M EM A R T A B ATK A N PR O FE SI O N K E G U R U AN ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Penghargaan 2 Abstrak 3 Pengenalan 3 Definisi konsep bagi elemen 5 Konsep elemen yang signifikan 5 I. Senario Hala tuju dan aspirasi pendidikan Malaysia masa kini II. Sahsiah dan Kompetensi Guru III. Permuafakatan dalam Komuniti 7 8 Hubungkait elemen signifikan dalam memartabatkan profesion keguruan 9 Kesimpulan 9 Rujukan 11
2 G PP1 0 9 2 I M EM A R T A B ATK A N PR O FE SI O N K E G U R U AN PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, sekalung kesyukuran ke Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam atas segala baraqah serta rahmat-Nya mengurniakan saya nikmat ketabahan, kesabaran, kesihatan, tenaga dan kelapangan masa dalam usaha untuk menyiapkan Kerja Kursus Pengantar Pengajian Pendidikan (GPP 1092) dengan penuh jayanya setelah bergelar sebagai pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG). Pertama sekali, ucapan setinggi-tinggi penghargaan saya dedikasikan buat pensyarah, Tuan Arun Bin Daud, selaku pensyarah subjek Pengantar Pengajian Pendidikan atas tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya dalam memastikan kerja kursus ini memenuhi kriteria sehingga terhasilnya penulisan ini. Walaupun dalam kesibukan, beliau tetap meluangkan masa untuk bersama saya dan rakan-rakan sekelas dalam membimbing serta memberi penerangan tentang kerja kursus ini. Kesabaran, komitmen dan keikhlasan Tuan amat saya kagumi. Sesungguhnya, banyak perkara baru yang telah saya pelajari melalui perkongsian-perkongsian yang disampaikan. Buat keluarga tercinta, seikhlas ucapan apresiasi saya titipkan atas sokongan, motivasi, nasihat serta dorongan sepanjang tempoh saya melaksanakan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sama bertungkus-lumus untuk menghasilkan tugasan ini serta perkongsian pendapat dan idea yang bernas dalam usaha untuk menghasilkan tugasan KKP yang mampu memenuhi piawaian pemarkahan yang diberikan. Akhir kata, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyempurnakan tugasan kerja kursus ini. Semoga Allah melimpahi kesejahteraan, kerahmatan dan keberkatan kepada kita semua selamanya. Terima kasih.
3 G PP1 0 9 2 I M EM A R T A B ATK A N PR O FE SI O N K E G U R U AN Hala Tuju, Aspirasi Pendidikan Masa Kini & Elemen Penting Memartabatkan Profesion Keguruan ABSTRAK PENGENALAN Pendidikan dengan pendidik sebagai pemacu utama kelangsungan perjalanannya (Gamal, 2003) boleh diibaratkan sebagai kunci kepada usaha dalam membangunkan masyarakat dan negara. Kesinambungan perkembangan pendidikan yang berlaku tidak akan mampu menjana keberhasilan tanpa akar dalam konteks pendidikan di mana guru sebagai duta penyampai serta pengantara maklumat (Sawari, 2017) kepada generasi muda. Penekanan terhadap pembentukan modal insan yang berkualiti dan mapan selaras dengan falsafah, visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara keseluruhannya (Hishammuddin, 2009) memerlukan peningkatan terhadap produktiviti dan kompetensi pendidik dalam merealisasikan pembentukan entiti bermutu tinggi sebagai “satu keperluan, dan bukan lagi kemewahan” (Rancangan Malaysia ke 9, hal. 27, 2006). Menurut Azhar et al. (2007), hasil kajian rintis mendapati pendidik sebagai wadah penting dalam menjamin kelangsungan pendidikan. Entiti yang terdidik secara holistik dan menyeluruh melalui pendidikan berkualiti merupakan produk yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara secara lestari, selaras dengan hala tuju dan aspirasi pendidikan pada masa kini (Mohammed Nor, 2000). Misdi et al. (2021) menyatakan bahawa langkah proaktif yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah dengan Dasawarsa ini, tahap kompetensi serta martabat profesion keguruan sering menjadi bahan ciapan dan bualan dalam kalangan warganet di seluruh dunia. Hal ini telah mempengaruhi corak, hala tuju serta tujuan pendidikan sebagaimana diuarkan oleh kerajaan melalui pembaharuan terhadap sistem pendidikan pada abad ke-21. Pendidikan melahirkan pelajar berminda kelas pertama berorientasikan pendidikan antarabangsa yang kian meluas menjadi aspirasi sistem pendidikan negara demi berhadapan keperluan pada era ini. Artikel deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungkait berkaitan hala tuju serta aspirasi pendidikan dalam negara masa kini bagi memartabatkan profesion keguruan di Malaysia. Oleh itu, analisis dan kajian berkenaan kerangka SKPM-g2 telah dibuat dengan berpandukan kepada pacuan atribut seperti penekanan terhadap elemen sahsiah, kompetensi guru dan permuafakatan guru dalam komuniti dalam memelihara profesion keguruan ini sebagai profesion pilihan (sub-anjakan ke-4 dalam 11 anjakan utama transformasi PPPM13-25). Berdasarkan hasil analisis ini, pengukuhan standard profesionalisme keguruan adalah bertunjangkan kepada hubungan positif signifikan antara ketiga-tiga set kriteria yang dinyatakan supaya lebih sistematik bagi mendukung aspirasi pendidikan berkualiti pada masa kini dan hadapan.
4 G PP1 0 9 2 I M EM A R T A B ATK A N PR O FE SI O N K E G U R U AN memperkenalkan pelbagai mekanisme kependidikan melalui beberapa perangkaan semula terhadap mekanisme sedia ada, yang kini menekankan konsep pembangunan profesional tenaga pengajar bagi memenuhi keperluan aspirasi pendidikan di Malaysia pada era ini. Revolusi bagi memartabatkan profesion keguruan dapat dilihat sejak dari era pendidikan awal, bermula daripada pengenalan sistem pendidikan vernakular, sehinggalah kepada rombakan sistem pendidikan sedia ada kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia seiring dengan aspirasi dan hala tuju sistem pendidikan yang diperhalusi pada tahun 2013 yang lalu. Kepentingan martabat profesion keguruan ini berulang kali ditekankan oleh kerajaan sebagaimana dinyatakan di dalam teras kelima Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), sehinggalah kepada pelan pembangunan pendidikan yang terkini melalui anjakan keempat yang terkandung dalam “11 Anjakan Transformasi” Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 dihubungkan kepada 5 Aspirasi Sistem dan 6 Aspirasi Murid. Menurut laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, peningkatan terhadap standard profesionalisme guru telah diberi fokus sejak dari gelombang pertama pengenalannya (Siraj & Ibrahim, 2012). Pengayaan skop “Memartabatkan Profesion Keguruan” membuahkan satu standard dikenali sebagai Standard Guru Malaysia (SGM, 2009) bagi menjamin kemenjadian guru yang berkualiti, kompeten dan mahir dalam profesion keguruan di samping menambah baik dasar pembangunan sistem pendidikan negara. Pendidikan diupayakan dengan berpaksikan kepada hala tuju dan aspirasi yang dijelmakan dalam dua teras strategik (Wan Ismail & Said, 2012) di bawah kata kunci (i) membangunkan modal insan dan (ii) memartabatkan profesion keguruan melalui Pelan EKSHIBIT 1. 11 Anjakan Transformasi PPPM13-25 (SUMBER: Unit PADU, 2013)
5 G PP1 0 9 2 I M EM A R T A B ATK A N PR O FE SI O N K E G U R U AN Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Modal insan yang dihasilkan perlu berkeupayaan mempunyai pemikiran analitikal, kritis dan kreatif (Ying, 2006) serta mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah demi memenuhi keperluan hala tuju dan aspirasi sistem pendidikan masa kini. Rangkaan hala tuju dan aspirasi pendidikan negara yang telah dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menggariskan satu matlamat jitu iaitu untuk menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai pendidikan bertaraf dunia. Siraj & Ibrahim (2012) berpendapat bahawa apabila menyentuh berkenaan kualiti pendidikan, maka hubungannya dengan kualiti guru tidak dapat dipisahkan. Kewujudan piawaian/standard guru melalui SGM menggariskan keperluan guru untuk memiliki domain sahsiah, domain kompetensi keguruan serta domain permuafakatan dalam komuniti bagi memartabat profesionalisme kerjaya di samping merealisasikan hala tuju dan aspirasi pendidikan. 2.0 DEFINISI KONSEP BAGI ELEMEN 2.1 HALA TUJU DAN ASPIRASI PENDIDIKAN Hala tuju dan aspirasi pendidikan merujuk kepada harapan atau keinginan individu atau kerajaan untuk mencapai sesuatu tahap pendidikan dan ia tidak semestinya bergantung pada realiti sosioekonomi individu tersebut (Gorard, See dan Davies, 2012). 2.2 SAHSIAH DAN KOMPETENSI GURU Sahsiah guru merupakan penampilan kendiri yang berperanan menunjukkan nilai diri seseorang pendidik secara holistik dari segi fizikal, emosi, corak pemikiran, interaksi dan amalan spiritual. Tahap kompetensi guru ialah kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesional, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard Guru Malaysia). 2.3 PERMUAFAKATAN DALAM KOMUNITI Kamus Dewan, 2017 mendefinisikan permuafakatan sebagai perundingan antara dua orang atau lebih dan dibuat untuk mencapai persetujuan bersama. Maka itu, permuafakatan dalam komuniti adalah interaksi antara pihak sekolah dengan individu yang memberi kesan kepada pembangunan pelajar (Hogue, 2012) secara sukarela untuk mencapai satu matlamat yang sama. 3.0 KONSEP ELEMEN YANG SIGNIFIKAN I. SENARIO HALA TUJU DAN ASPIRASI PENDIDIKAN MALAYSIA MASA KINI Hasrat kerajaan dalam pemantapan hala tuju dan aspirasi sistem pendidikan berkualiti seiring pendidikan bertaraf antarabangsa bagi memperkembangkan potensi individu secara holistik sepenuhnya dizahirkan menerusi tiga komponen utama melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Tiga komponen yang dijadikan teras untuk merealisasikan hala tuju pembangunan pendidikan negara ialah; (i) 5 Aspirasi Sistem (ii) 6 Aspirasi Murid (iii) 11 Anjakan Transformasi
6 G PP1 0 9 2 I M EM A R T A B ATK A N PR O FE SI O N K E G U R U AN Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan merangkumi akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Melihatkan kepada prestasi semasa sistem pendidikan dan pencapaian lampau, PPPM13-25 dibangunkan bagi melakar visi sistem pendidikan Malaysia. Pelan ini merangkumi model kerja daripada aspek strategik dan operasional yang dijangka dapat menggerakkan sistem pendidikan ke arah hala tuju bertaraf internasional sekaligus memenuhi 5 aspirasi sistem pendidikan negara di samping mempersiapkan generasi muda bagi menghadapi keperluan negara pada abad ke-21. Justeru, senario hala tuju pendidikan pada masa kini jelas berpaksikan kepada konteks pencapaian hasil/produk pendidikan melalui PPPM13-25 sebagaimana ditunjukkan dalam Ekshibit 3 dan Ekshibit 4. EKSHIBIT 2. Hala tuju sistem pendidikan menuju tahun 2020 (SUMBER: Siraj & Ibrahim, 2012) EKSHIBIT 3. Hala tuju/aspirasi sistem pendidikan negara. (SUMBER: PPPM13-25, 2013) EKSHIBIT 4. Hala tuju pendidikan melalui keberhasilan 6 Aspirasi murid (SUMBER: PPPM13-25, 2013)
7 G PP1 0 9 2 I M EM A R T A B ATK A N PR O FE SI O N K E G U R U AN Terdapat lima hasil pencapaian utama yang menjadi hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini secara menyeluruh, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan (PADU, 2013). Produk kependidikan yang disasarkan ini adalah selaras dengan aspirasi sistem berteraskan kepada pelaksanaan anjakan berdasarkan dinamisme yang ditambatkan kepada sistem pendidikan dunia yang berprestasi tinggi. Menurut Don et al. (2014), agenda pembaharuan dan reformasi terhadap visi dan misi pendidikan ini mengutamakan pembangunan sistem pendidikan secara berterusan dari semasa ke semasa supaya negara dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara besar yang lain pada peringkat global. Selain hasil keseluruhan sistem ini, pelan ini juga terus berpegang teguh kepada merealisasikan visi dan misi asal Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu pendidikan seimbang sebagai aspirasi bagi setiap murid. Konsodilasi antara pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, serta identiti nasional yang kukuh merupakan hasrat kerajaan dalam membentuk keberhasilan murid yang penting bagi mempersiapkan murid untuk berjaya dan berkembang maju pada masa kini. II. SAHSIAH DAN KOMPETENSI GURU Kompetensi boleh dibahagikan kepada 3 elemen utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu dipertingkatkan seiring dengan hasrat kerajaan dalam memperkasakan sistem pendidikan (Sulaiman & Ahmad, 2018). Kajian yang dijalankan oleh Jantan & Piaw (2017) menerusi ujian kolerasi Pearson (r) mendapati terdapat inter-korelasi yang signifikan antara kompetensi guru dengan komponen seperti kemahiran membentuk sahsiah serta peranan guru mewujudkan motivasi pelajar dalam proses PdP. Jasmi (2017) berpendapat bahawa peribadi guru dengan elemen sahsiah serta kompetensi tinggi seharusnya mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik. Pelan Induk Pembanguan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menetapkan salah satu sinergi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membentuk pelajar yang memiliki penampilan yang unggul bagi mendukung cita-cita negara pada masa kini. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru membantu pelajar bagi membentuk dan mencorakkan identiti pelajar yang sedang melalui proses keremajaan (Awang & Teh, 2009), maka peranan kompetensi guru serta elemen sahsiah perlu dipamer oleh setiap warga pendidik untuk mencapai hasrat aspirasi sistem PPPM terutama dalam era yang serba mencabar ini. Kajian Abdullah Sani, Abdul Rashid dan Abdul Ghani (2007) mendapati guru merupakan pihak yang bertanggungjawab membentuk budaya sekolah yang positif di mana hasilnya terbentuk dalam lingkungan pelajar yang dikaitkan sebagai produk sesebuah sekolah. Oleh yang demikian, SGM mengetengahkan elemen sahsiah dan tahap kompetensi guru melalui “Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan” yang dilabel sebagai inisiatif bagi pembentukan guru yang memiliki
8 G PP1 0 9 2 I M EM A R T A B ATK A N PR O FE SI O N K E G U R U AN towering personality. Penghayatan ketiga-tiga paksi tersebut mampu menjadi landasan untuk membentuk tahap kompetensi guru yang jitu, melalui pembinaan domain diri, domain profesion dan domain sosial (Idris & Hamzah, 2013). Pengamalan ketiga-tiga domain dalam kalangan warga pendidik menjadi titik mula untuk memartabatkan profesion keguruan dengan lebih berkesan, didukung oleh barisan guru yang kaya dengan elemen sahsiah (nilai diri guru) serta berkebolehan dalam segenap aspek, dan bukan hanya bertapak kepada teknik pedagogi semata. III. PERMUAFAKATAN DALAM KOMUNITI SGM menggariskan keperluan domain sosial untuk diamalkan dalam kalangan pendidik melalui Standard 1 SGM. Domain sosial ini perlu dititikberatkan ketika guru berinteraksi dengan masyarakat dan persekitaran sekaligus dapat berfungsi sebagai agen sosialisasi dalam komuniti. Melalui domain ini, permuafakatan guru adalah melalui pembinaan semangat kemasyarakatan di mana penglibatan guru di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh komuniti amat dituntut oleh SGM. Skala kompetensi nilai profesionalisme keguruan adalah diperincikan oleh tiga domain utama, dengan salah satu daripadanya ialah domain sosial. Oleh yang demikian, pencapaian permuafakatan dalam komuniti di bawah domain sosial adalah amat penting bagi bagi mengukuhkan kedudukan kompetensi guru apabila terdapat kepercayaan daripada komuniti, yang majoritinya terdiri daripada ibu bapa para pelajar. Dengan itu, mentaliti/pandangan komuniti terhadap martabat profesion keguruan akan berubah kepada mentaliti kompetensi guru-guru di sekolah kerajaan adalah standing dengan kompetensi guru swasta. Walau bagaimanapun, dapatan tinjauan oleh Mamata et al. (2019) menjelaskan bahawa aspek sosial khususnya permuafakatan antara guru dengan masyarakat perlu diberi penekanan, di mana guru bukan hanya berperanan di sekolah, malah keberadaan mereka turut menuntut mereka berinteraksi dan memainkan peranan yang bermakna dalam komuniti. EKSHIBIT 5. Kerangka konsep amalan nilai profesional keguruan. (SUMBER: SGM, hal. 38, 2009) EKSHIBIT 6. Kerangka internasional kompetensi guru (SUMBER: Pugh, 2020)
9 G PP1 0 9 2 I M EM A R T A B ATK A N PR O FE SI O N K E G U R U AN 4.0 HUBUNG KAIT ELEMEN DALAM MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN Beare (2001) mengenal pasti kompetensi minimum yang perlu dikuasai oleh guru terhadap lima komponen iaitu kurikulum, pedagogi, penilaian, sumbangan kepada sekolah dan sumbangan kepada profesion (Buyong et al., 2020). Sulaiman & Ahmad (2018) mendapati terdapat 25 artikel/jurnal yang menjelaskan mengenai kompetensi dalam profesionalisme perguruan yang diperlukan oleh seorang pendidik untuk memenuhi hasrat memartabatkan profesion keguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam membentuk guru yang berkualiti. Menurut Sulaiman Daud (1995), pendidikan pada abad ke- 21 bukan sahaja memerlukan kita melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang industri dan teknologi, pengurusan dan perdagangan tetapi juga harus menghasilkan insan yang mempunyai sistem nilai dan etika serta akhlak yang baik, berperibadi mulia, bertanggungjawab, patuh kepada Tuhan serta berkemampuan untuk membangunkan masyarakat dan negara (dalam Shahril dan Habib 2001). Dalam dunia moden yang berkembang pesat ini, peranan sekolah telah berubah dan guru perlu meningkatkan domain pengetahuan dan kecekapan-kecekapan baru untuk membolehkan mereka mengikut peredaran zaman (Mohammed Sani, 2005). Cabaran kepada guru dalam pendidikan kini merangkumi usaha melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, pengurusan sekolah yang berkesan, harapan menggunung masyarakat dan banyak lagi. Oleh itu, para guru hendaklah terdiri dari golongan yang teguh sahsiahnya dan bersedia untuk mengadaptasi diri dengan perubahan yang berlaku begitu pantas masa kini sekaligus masih mampu untuk menyahut seruan kerajaan di dalam kandungan PPPM. Tuntasnya, integrasi elemen sahsiah, tahap kompetensi guru serta permuafakatan guru dalam komuniti adalah model utama dalam sinergi usaha untuk merealisasikan aspirasi sistem pendidikan dan sekaligus memartabatkan profesion keguruan masa kini. 5.0 KESIMPULAN Penekanan kepada pembangunan profesionalisme keguruan yang berterusan berasaskan kompetensi akan melahirkan pendidik yang mampu memenuhi kesepadanan dan keperluan masyarakat berpengetahuan di samping membentuk perkembangan profesion perguruan yang lebih menarik (Mahmud, 2015). Dapatan penulisan ini menunjukkan pencapaian C: Komuniti S: Pelajar T: Guru EKSHIBIT 7. Kerangka segi-tiga hubungan korelasi pendidikan melibatkan guru, pelajar dan komuniti.
10 G PP1 0 9 2 I M EM A R T A B ATK A N PR O FE SI O N K E G U R U AN sederhana terhadap tiga elemen penting penentu kualiti profesion keguruan perlu diberi perhatian sewajarnya agar proses pendidikan yang bertujuan menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dipertingkatkan kualitinya. Kefahaman guru terhadap elemen sahsiah dan kompetensi diri melalui proses pendidikan perlu dimantapkan kerana ia adalah asas untuk melahirkan insan berakhlak mulia. Elemen domain sosial melalui permuafakatan dalam komuniti di kalangan bakal pendidik juga perlu diperteguhkan dimana guru perlu sedar bahawa proses permuafakatan adalah proses untuk merealisasikan aspirasi pendidikan dan keberhasilan murid seiring mengangkat profesion keguruan di mata masyarakat. Oleh itu, fahaman warga pendidik perlu selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-3035 serta Standard Guru Malaysia (SGM) agar ia benar-benar menjadi penanda aras memartabatkan profesion keguruan daripada implementasi PPPM serta SGM melalui item seperti tahap pencapaian aspirasi pendidikan negara masa kini, sahsiah dan tahap kompetensi bakal guru di Malaysia seterusnya tahap hubungan sosial antara guru dan komuniti. Pulangan dalam bentuk keberhasilan murid serta profesion keguruan perlu dimaksimumkan untuk komitmen kerajaan melalui setiap ringgit yang dibelanjakan dalam bajet persekutuan untuk pendidikan. 2003 pp.
11 G PP1 0 9 2 I M EM A R T A B ATK A N PR O FE SI O N K E G U R U AN RUJUKAN Awang, H. W., & Teh, N. (2009). Sekolah sebagai pembangunan modal insan. Azhar, M., Abdul Hafiz, A., Azmi Shah, S. Kamarul Azmi, J. & Mohd Ismail, M. (2007). Tahap profesionalisme guru-guru pelatih pendidikan Islam dalam latihan praktikum. Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda. Buyong, N., Mohamed, S., Satari, N. M., Bakar, K. A., & Yunus, F. (2020). Kindergarten Teacher’s Pedagogical Knowledge and Its Relationship with Teaching Experience. Don, Y., Sarkowi, A., & Daud, Y. (2014). Pembentukan dan Peningkatan Kualiti Guru di Malaysia (UUM Press). UUM Press. Gamal, A. N. Zakaria. (2003). Prinsip-prinsip pendidikan Islam. PTS Publication & Distributiors SDN BHD. Pahang Darul makmur. Gorard, S., See, B. H., & Davies, P. (2012). Attitudes and aspirations in educational attainment: exploring causality. York: Joseph Rowntree Foundation. Idris, N. H., & Hamzah, R. (2013). Nilai profesionalisme bakal guru berteraskan indikator Standard Guru Malaysia (SGM). Jurnal Teknologi, 60(1), 31â-37. Jantan, Y., & Piaw, C. Y. (2017). Kompetensi guru dalam membentuk sahsiah pelajar sekolah. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 4(3), 1-12. Jasmi, A. K. (2016). "Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran." Ensiklopedia Pendidikan Islam. Skudai Johor: Fakulti Tamadun Islam UTM & Persatuan Cendekiawan Pendidikan Islam (Malaysia), 56-59. Mamata, M. A., Rahmanb, S. M. H. S. A., Sa’arib, C. Z., Semanb, A. C., & Ulfah, N. (2019). Amalan Etika Perguruan Berasaskan Pemikiran Imam Abū Ḥanīfah: Suatu Tinjauan terhadap Aplikasi Guru Pendidikan Islam di Selangor. UMRAN-International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 6(2), 93-110. Misdi, N. B., Abdullah, Z., & Sumintono, B. (2021). The Level of Professionalism Development of MARA College's Teacher. EARR (Educational Administration Research and Review), 5(1). Mohammed, N. (2000). Education administrators’ professional standards: The Malaysian perspective. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education.
12 G PP1 0 9 2 I M EM A R T A B ATK A N PR O FE SI O N K E G U R U AN Pugh, A. (2020, Oktober 8). Announcing: SkoolSpot International Teacher Competency Framework. SkoolSpot. https://www.skoolspot.com/post/announcing-skoolspot-international-teacher-competencyframework Sawari, S. S. M. (2017). Guru Bersahsiah Mulia Menurut Pandang Ibnu Sahnun: Analisa Buku Adab Al Mualimin. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 2(2), 1-10. Siraj, S., & Ibrahim, M. S. (2012). Standard kompetensi guru Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Kebangsaaan. Sulaiman, J., & Ahmad, W. M. R. W. (2018). Kompetensi dalam menentukan profesionalisme guru Vokasional di Malaysia: Cabaran ke arah pembangunan profesionalisme guru TVET. Online Journal for TVET Practitioners. Wan Ismail, W. Z., & Said, H. (2012). Kompetensi Guru Sekolah Menengah Luar Bandar Di Daerah Segamat Dan Hubungannya Dengan Perjawatan Guru Cemerlang (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia). Ying, B. P. (2006). Amalan reflektif ke arah peningkatan profesionalisme diri guru. Jurnal IPBA 3(2), 102- 109.